SEKOLAH KEBANGSAAN
TANJUNG SEPAT
MAJLIS SEKALUNG BUDI
SEJAMBAK KASIH
26 SEPTEMBER 2021
9.30 PAGI
YOUTUBE LIVE
KEDIAMAN MASING-
MASING
TN. HJ. RAHMAT BIN MUSMAN
1 MAC 1985
HINGGA
26 SEPTEMBER 2021
AHMAD IMAN ASY’AR BIN NAHILI
KETUA MURID
SK TANJUNG SEPAT 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pegawai PPD Daerah Kuala
Langat, Pengerusi Majlis Guru Besar Kuala Langat, YDP PIBG SK Tanjung Sepat, Tuan Guru
Besar Tuan Hj. Rahmat bin Musman, guru-guru dan rakan-rakan SK Tanjung Sepat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya dapat menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis yang bermakna ini.
Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana
memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan sebagai mewakili murid-murid SK
Tanjung Sepat. Izinkan saya melafaz pantun bagi memeriahkan majlis.
Terbang serindit ke pohon meranti,
Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Guru Besar tersayang.
Tinggi rumput dari padi,
Manis mangga dapat dirasa
Kasih dijunjung sekalung budi,,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.
Bibir merah tergigit lada,
Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Guru Besar berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.
Salam keampunan kami hulur,
Biar berpanjangan tali kemesraan,
Ilmu dihalal terus tetap subur,
Semoga terus mendapat keberkatan.
Akhir kata, saya mewakili murid-murid SK Tanjung Sepat, ingin memohon jutaan ampun
dan maaf seandainya tutur kata dan tingkah laku menyinggung hati cikgu. Semoga cikgu sihat
berpanjangan dan gembira bersama keluarga tercinta. Doakan kami di sini akan terus
cemerlang dalam bidang akademik dan pembentukan sahsiah yang baik senantiasa. Terima
kasih cikgu atas jasa dan bakti walau hanya seketika..
Terima kasih cikgu kerana menjadikan kami insan yang seimbang dalam semua bidang.
Kami akan sentiasa mengenang jasa dan bakti Guru Besar dan guru-guru di sini. Kami sanjungi
dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya.
Sekian, terima kasih.
PN. ZUMMAZUWEN BINTI KADER
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK TANJUNG SEPAT
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Salam bahagia bertaut mesra memulakan
seuntai bicara dalam ruangan yang amat bermakna ini.
Saya mewakili guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat dengan ini mengucapkan Selamat
Bersara kepada Yang Dihormati Tuan Haji Rahmat Bin Musman. Semoga persaraan ini dapat
diisi dengan penuh beerti kepada beliau sekeluarga. Sesungguhnya segala tunjuk ajar dalam
rentetan perkhidmatan beliau akan kami jadikan landasan untuk membina platform yang lebih
berjaya dan cemerlang pada masa mendatang.Segala pengalaman beliau yang dititipkan buat
kami akan kami manfaati sebaik mungkin dalam menjana kegemilangan sekolah ini.
Segala nasihat dan bimbingan yang diterima sama ada secara langsung mahupun tidak, secara
sedar atau sebaliknya adalah didikan yang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
Keikhlasan menabur budi menyemai bakti akan kami jadikan dorongan untuk lebih berjaya
dalam kehidupan.
Dalam meraih pengalaman, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Maka dengan penuh rasa
rendah diri kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama ini, ada kata
yang tak berkenan di hati, ada rasa yang terkilan di jiwa ,malah ada tingkah yang tak kena di
mata. Halalkan segala limpah budi dan segala yang telah kami terima selama tuan menaungi
kami.
Dalam tindakan berbudi bicara,
Bersilih pangkal melilit perdu.
Sampailah masa tuan bersara,
Hilanglah akal tempat mengadu.
Salam kasih buat Guru Besar, Tuan Haji Rahmat bin Musman.
Sekian, terima kasih.
EN. FAIZUL BIN MOHD. JAIS
YANG DI-PERTUA PIBG
SK TANJUNG SEPAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, sebagai YDP PIBG dapat saya menulis
sepatah dua kata khas untuk Tn. Haji Rahmat Bin Musman, Guru Besar SK Tanjung Sepat.
Kini telah tiba tarikh yang menjadi penghitungan Tuan Guru Besar yang dikasihi saban
waktu untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani.
Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya serta pihak PIBG dalam menjayakan program-
program yang dirancang demi kecemerlangan SK Tanjung Sepat. Saya amat bersyukur kerana
dapat bekerjasama dengan seorang pemimpin yang mengutamakan pendidikan anak-anak tanpa
mengenal erti jemu.
Saya juga amat tertarik dengan corak pentadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan
beliau di sini. Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG akui Tuan Guru Besar mentadbir sekolah ini
dengan mesra, mudah dibawa berbincang, membimbing dengan penuh kasih sayang serta penuh
rasa empati. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu
teguran dan nasihat yang Tuan Guru Besar lontarkan akan kami ingati.
Yang pergi tetap akan pergi. Biarlah jalinan yang terbentuk antara kami menjadi selitan
memoriindah buat Tuan Guru Besar yang akan mengakhiri pelayarannya selaku kelasi dan
nakhoda bakhtera pendidikan yang diceburinya pada tarikh keramat hari ini. Mudah-mudahan,
segala pengalaman yang diperolehi daripada Tuan Guru Besar menjadi panduan kepada kita
untuk menjadi insan yang berjaya dan berkarisma seperti beliau.
Bunga Cempaka putih berseri,
Indah disunting disanggul rakan,
Segala kerjasama dan bantuan yang diberi,
Syukur dan terima kasih PIBG ucapkan.
Terima kasih Tn Haji Rahmat Bin Musman, semoga sentiasa sihat dan dalam peliharaan
Allah SWT dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
USTAZ NOOR FAIZ BIN DASUKI
PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR
KUALA LANGAT
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya dapat menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis yang bermakna ini. Terima kasih kepada pihak sekolah di atas
jemputan ini dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana telah merancang dan
menguruskan majlis ini.
Majlis pada hari ini adalah khusus untuk meraikan persaraan Tuan Haji Rahmat bin
Musman, Guru Besar SK Tanjung Sepat yang sangat kita hormati. Pada kesempatan ini, saya
sebagai wakil Majlis Guru Besar merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Kuala Langat, ingin
menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Rahmat bin Musman atas
perkhidmatan beliau selama hampir 36 tahun dalam dunia pendidikan.
Banyak kenangan yang akan terpahat sepanjang sejarah perkhidmatan beliau menjadi
sebagai seorang pendidik. Walaupun akan bersara tetapi ketokohan, kecemerlangan dan
dedikasi beliau telah memberi suntikan semangat kepada kami dalam meneruskan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Secara peribadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada insan yang kita raikan pada
hari ini kerana pada hemat saya, beliau peroleh kesihatan yang baik berpanjangan. Doa dan
harapan kita semua agar Allah s.w.t memberkati kehidupan beliau. Semoga beliau berada dalam
ruang waktu yang lapang untuk beriadah, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan
kegembiraan bersama keluarga tercinta.
Akhir kata, bagi pihak Majlis Guru Besar Kuala Langat, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan bersusah payah
beliau lalui semata-mata menyumbangkan khidmat bakti terhadap anak didik . Kami berhutang
budi kerana Tuan Hj. Rahmat bin Musman sangat dedikasi, komitmen dan kerja keras beliau
sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik dan sepanjang berkhidmat di sekolah
ini. Saya juga berharap amanah yang ditinggalkan digalas dengan baik terutama kepada
barisan pentadbir dan guru-guru SK Tanjung Sepat. Teruskan perjuangan mengurus dan
mendidik anak bangsa.
Tuai padi tinggal Jerami,
Mega petang amat redup,
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Pisang emas pisang berangan,
Selang seli si pohon ara,
Bersara tuan terasa kehilangan,
Doa kami tuan sejahtera.
TN. HJ. AZHAR BIN A. KADIR
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PPD KUALA LANGAT
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama berkumpul
secara maya bagi satu majlis yang akan menjadi sejarah bagi warga SK Tanjung Sepat dan juga
kenangan bagi orang yang kita raikan pada hari ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi terima
kasih atas jemputan bagi menyempurnakan majlis persaraan Tn. Hj. Rahmat Bin Musman, Guru Besar
SK Tanjung Sepat yang akan bersara pada 26 September 2021.
Pertama sekalinya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tn. Hj. Rahmat Bin Musman
selaku Guru Besar SK Tanjung Sepat kerana dapat mengakhiri perkhidmatan dengan keadaan yang
sihat, ceria, gembira, bahagia dan yang paling penting telah pun berkhidmat lebih 30 tahun.
Saya difahamkan bahawa Tn. Hj. Rahmat telah berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
selama 36 tahun. Saya yakin dan percaya dalam tempoh yang begini panjang banyak sumbangan yang
telah diberi oleh Tn. Hj. Rahmat , saya mewakili seluruh warga PPD Kuala Langat ingin mengucapkan
selamat bersara. Semoga dengan persaraan ini, Tn Hj. Rahmat sentiasa di dalam rahmat Allah dan
perlindungannya.
Marilah kita berdoa kepada Allah Yang Maha Esa semoga segala pengorbanan dan kerja buat Tn.Hj.
Rahmat yang telah beliau sumbangkan kepada dunia pendidikan ini, Allah akan membalasnya
dengan sebaik-baik ganjaran. Diharapkan juga Tn. Hj. Rahmat serta keluarga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, kesejahteraan, kebahagiaan yang berkekalan dan
dirahmati serta diberkati dunia dan akhirat. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.
Sekali lagi kepada Tn. Hj. Rahmat , Guru Besar SK Tanjung Sepat selamat bersara dan sudah tentu kita
akan kehilangan seorang penjawat awam yang sangat berwibawa dan sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
TN. HJ. RAHMAT BIN MUSMAN
GURU BESAR SK TANJUNG SEPAT
2019 - 2021
“MUTIARA KATA BUAT SEMUA WARGA SKTS YANG
TERCINTA”
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selamat sejahtera
Kata-kata ini tidaklah lebih berharga dari mutiara di laut sana
Kata-kata ini tidaklah seindah bintang yang menghiasi langit malam
Namun lewat kata-kata ini, saya ingin berterima kasih dan memohon maaf kepada
semua warga SKTS sepanjang saya berkhidmat bermula dari bulan 14 April 2019
hingga kini 26 September 2021.
Teman,
Ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh kemajuan ketamadunan dan kegelitaan
kehidupan manusia.
Jangan pernah berasa lelah dan jemu mendidik anak muridmu.
Teman,
Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, ada bahagia dan rindu.
Dan itu semualah yang memberatkan ketika kita harus berpisah.
Telah tamat sudah perkhidmatan saya, kini tiba masa saya berlalu.
Doa saya semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih
sayang-Nya…InsyaAllah..
ATURCARA MAJLIS
9.30 pagi : Montaj pembukaan majlis
: Bacaan doa
: Nyanyian Lagu Sekolah
10.15 pagi : Persembahan video ucapan
Ø Ucapan wakil murid, barisan guru & AKP
Ø Ucapan barisan pentadbir
Ø Ucapan YDP PIBG
Ø Ucapan Pengerusi MGB, Kuala Langat
Ø Ucapan Tuan PPD, Kuala Langat
Ø Ucapan Tuan Guru Besar
10.45 pagi : Persembahan murid
:Majlis memotong kek
: Persembahan multimedia persaraan Guru Besar
12.00 t/hari : Bersurai
JJaawwaattaannkkuuaassaaIInndduukk
PPenenaasishihaat tPProroggraramm : :PPnn. .ZZuummmmaazuzuwwenenbBinitnitKi Kadaedrer(G(GPPKKPPenetnatdabdibriarna)n)
TTnn. .HHj.j.RRoozlzilibBininHHj.jO. Ommarar(G(GPPKKHHalaEl EhwhwalaMl Muruirdi)d)
PPnn. .AAzmzmaahhbBinitnitJi aJafaafrar(G(GPPKKKKo-ok-ukruirkiukluulmum) )
PPenenggereurusisiPProroggraramm : :PPnn. .SSitiitiNNoorrFFaaddhhilialahhbBinitnitSi aSbababrar
NNaaibibPPenenggereurusisi : :EEnn. .AAbbdduul lRRaafafarrbBininTTalaiblib
SSeteitaiauusasahhaa : :CCikikGGitiatannjljiliaA/p/PGGunuansaesgeagraarnan
BBenenddaahhaariri : :PPnn. .HHaairiirninNNaajajahhbBinitnitMi Mohodh.dS. aSjaujruiri
Jawatankuasa Pelaksana
Jemputan dan Pendaftaran Video Ucapan VIP
Pn. Zummazuwen binti Kader En. Abdul Rafar bin Talib
Tn. Hj. Rozli bin Hj. Omar En. Zainal bin Paiman
Pn. Azmah binti Jaafar En. Mohd Suhaindi bin Shamiram
Video Ucapan Murid Video Ucapan Murid
Pn. Hairin Najah binti Mohd Sajuri Pn. Siti Salmah binti Othman
Cik Rafeah binti Subari Pn. Azlina binti Jamal
Bacaan Doa
Tn. Hj. Sahidun bin Miskam
Jawatankuasa Pelaksana
Streaming Cenderahati GB
Pn. Siti Nor Fadhilah binti Sabbar Pn. Erma Suziyanti binti Ponimin
Pn. Noor Afifah binti Azizan Pn. Noor Haini anak Leman
SKTS.TV & Gangs
Buku Program Hadiah Guru
Pn. Norhafidzah binti Sibadar Cik Gitanjli a/p Gunasegaran
Pn. Nor Azneza binti Tashiron Pn. Siti Nor Aishah binti Aziz
Cik Aslinda binti Abdullah
Hadiah Murid Persiapan Tempat
En. Mohamad Masrun bin Tapah Pn. Norisah binti Isa
En. Nahili bin Hj. Awap En. Marhalim bin Mahsurom
En. Nor Asri bin Sulaiman Pn. Noranizah binti Sokir
Pn. Siti Nadiah binti Masngon
Banner dan Poster Persembahan Murid
En. Amirudin bin Amran Pn. Nurulaatikah binti Mohamed Hasbullah
Tn. Hj. Mazni bin Sajana Pn. Jayakkody a/p Sawamani
Montaj Rakaman
Pn. Anisah binti Marlan En. Mohd Shazni bin Dasiman
Pn. Hjh. Rozita binti Amron En. Mohd Shuhail bin Abd. Rahim
En. Mohd Faisal bin Taib
En.Ahmad Shafie bin Musa
SKTS.TV & Gangs
Biodata
Nama Bapa : Musman B Marsindi
Nama Ibu : Hjh. Salminah Bt Mat Kasan
Tarikh Lahir : 26 September 1961
Tempat Lahir : Batu 35, Kg. Bukit Chaggang
Adik-beradik : 8 orang
Anak ke-berapa : Ke-2
Biodata
Nama Isteri : Hjh. Misriah Bt Hj. Maksom
Tarikh Perkahwinan : 9 April 1987
Cahaya mata : 2 orang
Nama Anak : Muhammad Faiz
Hani Nabihah
Cucu : 4 orang
Nama Cucu
: Ammara Fatihah
Amni Farhah
Umar Harriz
Maryam Imani
Sejarah Pendidikan
SK Bukit Changgang ( 1968 – 1973 )
SMK Sungai Manggis ( Jan 1974 – Mac 1974)
SM Sultan Abdul Samad ( Mac 1974 – 1979)
SM Telok Datok ( Ting. 6 dari 1980 – 1981)
MP Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
(1982 – 1984)
Sejarah Perkhidmatan
SK SUNGAI BUMBUN (A), PULAU CAREY 1985 – 1987
GURU AKADEMIK BIASA 1988 – 1992
Dis 1992 – 31/10/2003
SK LABOHAN DAGANG 16/11/2003 – 15/5/2011
GURU AKADEMIK BIASA 16/5/2011 – 14/4/2019
15/4/2019 – 26/9/2021
SK SRI LANGAT (INTEGRASI)
GURU AKADEMIK BIASA
SK BANDAR BANTING
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK SUNGAI LANG
GURU BESAR
SK TANJUNG SEPAT
GURU BESAR
Anugerah Pencapaian
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 1994
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2006
Kenangan Mengusik Jiwa
Kenangan Mengusik Jiwa
Kenangan Mengusik Jiwa
Bingkisan Terakhir
Teman,
Betapa pilunya hati,
Menghadapi perpisahan ini,
Pahit manis perjuangan,
Telah kita rasa bersama,
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini…..
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan
kita
Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah
dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah kita contohilah Rasullulah
Dan para sahabat di dalam
bersahabat
Ukhuwah dan muhibbah kita jalinkan
Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan
kita
Antara kita semua