The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by whafiz391, 2021-11-27 17:19:42

membina benteng hadapi fitnah (1)

membina benteng hadapi fitnah (1)

NOTA PEMBELAJARAN

MENTAUHIDKAN KELUARGA

“IQRA bismirabbikallazi khalaq”

(Bacalah Dengan Nama TuhanMu pada segala kejadian)

AL ALAQ : 1

“MEMBINA BENTENG HADAPI FITNAH KEHIDUPAN”

DISEDIAKAN OLEH:
(AL FAKIR USTAZ FARID ABU AULIYA)

Isi Kandungan

1.0 Fasal 1 : MENJAGA SURUHAN ALLAH DI DALAM KELUARGA
2.0 Fasal 2 : MELETAKAN KEUTAMAAN YANG UTAMA
3.0 Fasal 3 : PERBETULKAN TUJUAN KEHIDUPAN

1.0 Fasal 1 : MENJAGA SURUHAN ALLAH PADA
KELUARGA

(MEMAHAMI TUGAS HAKIKI)

TUGAS HAKIKI SUAMI & ISTERI

Tugas atau Jawatan HAKIKI manusia sebelum memegang apa saja
gelaran atau gerangan di muka bumi ini adalah TUGAS dan JAWATAN
sebagai "HAMBA". Hatta selepas memegang gelaran sesudah itu juga masih
tetap KEKAL status "HAMBA -Nya" Antara status yang manusia perolehi
adalah bermula menjadi seorang ANAK kemudian menjadi seorang
SUAMI/ISTERI selepas itu menjadi seorang AYAH/IBU pada masa yg sama
memegang pelbagai bentuk JAWATAN yang ada. Walaupun begitu masih
tidak mampu menggugurkan JAWATAN & TUGAS ABADI kita iaitu si "HAMBA"

Maka,yang WAJIB diberikan TUMPUAN adalah JAWATAN YANG KEKAL ITU
iaitu "HAMBA". Jikalau setiap diri ANAK ADAM itu JELAS status nya sbg
"HAMBA" maka ianya pasti akan DUDUK di dalam status GOLONGAN yang
ALLAH kehendaki iaitu golongan - golongan yang TAAT dan PATUH.

Maka apakah STATUS hamba ini?
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Az zariyat : 56)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang

kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah
dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At taubah : 24)

Maka dalam soal ini, jika diletakkan kepada TAJUK SUAMI@ISTERI makanya
JELAS ALLAH mengatakan SUAMI & ISTERI HANYA SENYA SEMBAH dan
BERIBADAT kepada ALLAH semata mata.
Erti kata lain jika tidak MENYEMBAH ALLAH maka kita akan MENYEMBAH
NAFSU. Maka Suami yang MENYEMBAH NAFSU adalah tidak akan mendidik
isterinya dan ahli keluarganya untuk TUNDUK dan TAAT kepada ALLAH SWT.
Makanya Isteri yang SEMBAH NAFSU tidak akan TUNDUK DAN TAAT kpd
SUAMInya. Kerana mentaati SUAMI itu adalah tanda mentaati perintah
ALLAH SWT.

Jelas di sini MENDIDIK dan MENTAATI itu adalah TUGAS SEBAGAI HAMBA
daripada Yang MAHA ESA.

cth 1 : Kisah Nabi NUH alaihissalam
Seorg Suami yg TAAT kepada ALLAH tetap menjalankan TUGAS utama
MENDIDIK isteri yang jelas KAFIR dan menentang ALLAH.namun sbg HAMBA
tugasnya WAJIB MENDIDIK tanpa memikirkan hasil drpd DIDIKAN tersebut.
kerana HASIL pemahaman (hidayah & petunjuk) adalah MILIK ALLAH.

Cth 2 : Asiah dan firaun. Asiah TETAP TAAT dan PATUH kepada suruhan
suaminya biarpun si suami seorang yang KAFIR. Ini jelas menunjukkn bahawa
tugas sebagai HAMBA ITU tetap TAAT dan PATUH kepada SUAMI kerana
ianya adalah SURUHAN ALLAH sebagai hambaNya. Melaksanakan tugas
melayan SUAMI tanpa perlu menunggu SUAMI itu baik terlebih dahulu. Hal ini
kerana ianya adalah PERINTAH ALLAH. Atas KETAATAN Asiah kepada ALLAH

biarpun situasinya penuh dengan UJIAN telah membuatkan ALLAH meredhoi
Asiah dan meletakkan sebagai PENGHUNI SYURGA-NYA.

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang
lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil
(orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul
sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari
kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi
peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan
semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan,
serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya
(dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu
untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.
(Al fatir : 18)

Ayat diatas adalah jelas ALLAH perkatakan menjadi kiasan bagi seorang
SUAMI yang sudah mengajak ISTERI untuk berlaku TAAT tetapi tidak mahu
kembali juga kepada ALLAH maka DOSA isteri, SUAMI terlepas. Kerana ALLAH
hanya memberi tanggunngjawab untuk mendidik tetapi bukan meletakkan
kepada hasil didikkan.

Begitu juga isteri, kiasan untuk meletakkan kerana SUAMI baru boleh berubah
maka tergugur sama sekali, kerana SETIAP diri anak adam SUDAH
DIPERTANGGUJAWABKAN untuk WAJIB TAAT kepad ALLAH dan RASUL tanpa
perlu menyalahkan sesiapa dan tergantung kepada sesiapa kerana
semuanya ALLAH telah nyatakan bahawa segalanya berbalik kepada diri
sendiri.
Wallahua'lam

Senarai semak para SUAMI untuk para ISTERINYA.

1. JAGA AURAT isteri
Jangan mudah dilihat

2. JAGA SOLAT isteri
Awal waktu

3. JAGA HATI isteri
Jangan SYIRIK

4. JAGA PERASAAN isteri
Jangan CINTA DUNIA

5. JAGA KHIDMAT isteri
Lakukan kerana ALLAH

Senarai semak para ISTERI untuk DIRINYA.

1. JAGA AURAT DIRI
Jangan mudah dilihat

2. JAGA SOLAT
Awal waktu

3. JAGA HATI
Jangan SYIRIK

4. JAGA PERASAAN
Jangan CINTA DUNIA

5. JAGA KHIDMAT
Lakukan kerana ALLAH

Senarai semak para IBU untuk ANAK-ANAKNYA.

1. JAGA AURAT ANAK-ANAK
Jangan mudah dilihat

2. JAGA SOLAT ANAK-ANAK
Awal waktu

3. JAGA HATI ANAK-ANAK
Jangan SYIRIK

4. JAGA PERASAAN ANAK-ANAK
Jangan CINTA DUNIA

5. JAGA KHIDMAT ANAK-ANAK
Lakukan kerana ALLAH

2.0 Fasal 2 : MELETAKAN KEUTAMAAN YANG
UTAMA

(MENGAKHIRATKAN DUNIA)

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-
limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakkan di muka bumi;

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan” (Al Qasas : 77)

Jelas menunjukkan bahawa, realiti kehidupan akhir zaman ini dipenuhi
dengan FITNAH yang sedang berleluasa. Fitnah yang telah dijelaskan oleh
Rasulullah sallallahualaihiwasallam jelas menekankan kepada aspek
KEDUNIAAN dan HARTA. Menjelaskan bahawa, perkara yang utama yang
hendak di hindarkan itu adalah terperangkap dengan FITNAH DUNIA. Ianya
akan menyebabkan amalan seluruhnya binasa dan menjadi asbab punca
segala kemaksiatan dan kejahatan.

Di antara ciri – ciri ALLAH SWT meneguhkan orang-orang Mukmin daripada
FITNAH adalah :

1. Jika ia berkata ia jujur
2. Jika ia menghukum ia berlaku adil
3. Jika diberi cubaan/Musibah ia bersabar
4. Jika diberi ia bersyukur

Keadaannya di antara manusia lainya seperti yang hidup berjalan di
tengah-tengah kubur orang yang sudah mati.

(Tafsir Ibnu Katsir : Abu Ja’far ar Razi riwayatkan dari Ubay bin Kaab ra)

1. Jujur dengan meletakkan kembali kepada kedudukan asal :
a. Dunia itu melalaikan (Al Hadid : 20)
b. Dunia itu kecil (An Nisa’ : 77)
c. Dunia itu Tipu Daya (Al Fathir : 5) (Al An’am 70)
d. Dunia itu permainan (Muhammad : 36)
e. Dunia itu senda gurau (Al An’am 32)
f. Dunia dan Harta itu fitnah (HR Ahmad & AT Tirmizi)
g. Dunia itu ibarat bangkai (HR Ibnu Majah,Hakim & Tirmizi)

“Barangsiapa yang menjadikan semuanya tujuannya hanya satu sahaja,
yaitu kembali kepada Nya(kiamat), maka Allah akan mencukupkan

baginya keperluan dunianya. Dan barang siapa yang menjadikan tujuannya
bercabang-cabang dalam berbagai kehidupan dunia,maka Allah tidak
akan peduli kepadanya di lembah mana dari bumi-Nya ini akan binasa”

(Ibnu Majah)

“Allah Ta’ala berfirman: ‘Hai anak cucu Adam, luangkanlah waktumu untuk
beribadah kepada Ku, nescaya Aku akan memenuhi dadamu dengan
kekayaan dan akan aku tutup kemiskinanmu. Dan jika kamu tidak

melakukannya, maka akan aku penuhi dadamu dengan kesibukkan dan
tidak pula Aku menutupi kemiskinanmu“

(Imam at Tirmidzi dan Ibnu Majah) “

3.0 Fasal 2 : PERBETULKAN TUJUAN KEHIDUPAN

(MENGAKHIRATKAN DUNIA)

TUJUAN HIDUP UNTUK MATI

Syariat=Tersurat (Luaran/aturan)

Hakikat=Tersirat (Isinya/Niat)

Ramai orang nak nampak dulu baru percaya. Dalam konteks kehidupan,
yang nampak hanya duit. Selagi tak nampak duit, tak percaya. Jadi, duitlah
yang diletakkan sebagai perbincangan utama. Sedangkan ada
perbincangan yang lebih besar di sebalik duit. Yang tersirat disebalik duit,
hakikatnya adalah REZEKI.

Rezeki tak nampak, kalau rezeki nampak senang, tak payah cari. Tapi berapa
ramai yang nampak rezeki bila nampak duit. Perbincangan sebenar rezeki
adalah SEDEKAH. Sedekah pada waktu pagi masa terbaik. Malaikat menjamin
rezeki pada waktu pagi. Kita sanggup cabar diri kita untuk dapar pendapatan
tetap, tapi kita tak cabar diri kita untuk ada sedekah tetap.

Sanggup berusaha siang dan malam untuk syariat semata2. Untuk
perbelanjaan harian, makan minurm, bayar kereta dan sebagainya. Namun
bila tidak memahami hakikat, hasil yang dapat tidak seperti yang diusahakan.
Bila tidak memahami rezeki, tidak ramai yang mahu berebut2 untuk sedekah.
Rezeki dengan sedekah itu memang pasangan dia. Al-Baqarah:3

‫َو ِم َّما َر َز ْق َٰنَ ُه ْم يُن ِفقُو َن‬

“…dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka”

Simpanan orang beriman adalah sedekah. Apabila hakikat kehidupan ini
ditekan, barulah kita akan dapat kehidupan yang sempurna dengan
membetulkan balik NIAT kita. Barulah perjalanan duit itu menjadi sempurna.

Contoh lain, dalam syariat perkahwinan yang nampak hanya suami dan isteri.
Jadi, bila cerita tentang manusia, dia berbicara tentang EMOSI, perasaan.
Tenggelam dengan perasaan dan keluar kata-kata yang membuai perasaan
dan janji2 yang palsu. Hakikatnya bukan manusia, tetapi KASIH SAYANG.

Perbincangan hakikat ini perlu diperhalusi apatah lagi di akhir zaman kerana
kehidupanini telah disalah erti dalam konteks kebendaan. Akhirnya manusia
semakin moden, semakin keliru. Ini menjadi agenda kepada Dajjal. Antara kias
mata satu secara zahirnya hanya melihat satu sudut, iaitu DUNIA. Bila bincang
bab AKHIRAT, manusia tidak boleh terima. Takut duit habis, sedangkan rezeki
tak habis-habis.

Hanya memikirkan kehendak manusia. Dalam perkhawinan, apa yang
perempuan nak? Patutnya apa yang Allah nak daripada perempuan.
Manusia tidak mampu menguruskan hidupnya tanpa ada pencipta. Manusia
yang cuba lari dari hakikat, asal usulnya maka akan nampak ketidak stabilan
dalam hidupnya. Percakapan yang keras, menuntut hak yang tak pasti.

Nabi s.a.w itu diutuskan untuk sempurnakan AKHLAK.

‫إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق‬

Luaran akan jadi bernilai bila ada pengisiannya. Pengisian bagi harta adalah
sedekah. Harta yang tidak disedekahkan, orang kata kedekut, orang tak suka.
Perangai manjadi harta yang bernilai, yang penting biarpun dia tiada harta.
Dia ada kata2 yang memberikan kesan kepada orang yang mendegarnya.

Zaman sekarang canggih, tetapi sifat kemanusian semakin terhakis.
Bagaimana nak kembalikan nilai kemanusiaan sekiranya tidak kembali
kepada Allah? Manusia ini bertuankan ALLAH. Jadi, kena kembali kepada
Allah. Bunyi macam tak international lansung.

Membina manusia bukan dengan melengkapkan prasarana. Manusia itu
dibina dari dalam, bahkan dia yang merubah luaran. Orang yang ada sifat

KEKAYAAN dia tidak risau dengan kemiskinan. BIla dalam miskin, terjadilah
perebutan. Itulah agenda Nabi s.a.w. Bersandar kepada sifat wajib bagi Nabi,
S.A.F.T inilah struktur utama untuk membina kehidupan. Apa binaan asasnya?

Agenda utama adalah membangunkan akhlak. Kehidupan nak diluruskan
dengan panduan.

‫َوأَ َّل ِو ٱ ْستَ َٰقَ ُمو ۟ا َعلَى ٱل َّط ِريقَ ِة لَأَ ْسقَ ْي َٰنَ ُهم َّمآ ًء َغ َد ًقا‬

Dan bahwasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama
Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang
segar (rezeki yang banyak). (. Al-Jin:16.)

Contoh boleh dilihat di Makkah dan di Madinah. Kedua2nya semakin pesat
bukan semakin mundur. Kekuasaan Allah ada di tempat yang subur dengan
IBADAH. Makkah tak hujan tetapi air tidak kering2, tempat yang diberkati. Bila
balik kepada agama, Allah limpahkan kenikmatan.Tetapi manusia diuji untuk
terus melihat dunia atau sebaliknya.

Tiada agama bagi yang tidak berakhlak. Kaedah untuk memahami makna
akhlak dengan memahami tujuan hidup adalah MATI. Inilah bermulanya
perbincangan tentang kehidupan. Sebab mati itu pasti. Yang lain2 belum
pasti. Penyakit akhir zaman adalah takut mati. Padahal kematian itu adalah
kembali. Solat jenazah di haramain setiap 5 waktu solat. Pergi Makkah &
Madinah sempurna belajar hakikat kehidupan.

1. Menunggu solat menjadi undang2 di sana, berniaga hanya sementara
menunggu solat. Ulang alik masjid.

2. Menunggu mati. Hati akan HIDUP bila mengingati mati, hati akan mati bila
ingat hidup. Mati sebagai MATLAMAT, itulah sebenar2 hidup.

Matikan diri sebelum mati. SUAMI sebagai pintu syurga, jadi kahwin untuk mati.
Kematian sebagai pembakar semangat kerana bersama KEBAIKAN, bersama
amal yang terbaik. Dunia menjadi ladang AKHIRAT. Semuanya menjadi asbab

kebaikan. Buat kebaikan dengan JIWA yang mengenal kebaikan (ALLAH).
Buat baik dan mengenal kebaikan.

Kematian pembuka bicara kepada HAKIKAT KEHIDUPAN dan jalan utama
untuk menyelamatkan diri daripada FITNAH KEHIDUPAN.

Wallahua’lam


Click to View FlipBook Version