The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IIJ 3005: MULTIMEDIA DAKWAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bidadariangel3005, 2022-06-13 02:37:31

Mariah al-qibtiyyah

IIJ 3005: MULTIMEDIA DAKWAH

IIJ 3005 : MULTIMEDIA DAKWAH

Mariah
Al-

Qibthiyah

Ummul Mukminin yang dicemburui

Ahli kumpulan

Nur Nadia Adha binti Mohd Yusof

17118728

Nurul Izzah Adibah binti Mohd Amran

17091309

Khadijah binti Hassan

17115842

Nur Syazwani binti Mohd Johari
17137496

Syalfira binti Azmi
17152230

Syaza Iman binti Anuar
17170270

02

Isi Kandungan

Pengenalan 04

Hadiah dari Mesir 06

Bayangan dan Harapan 15

Mariyah, Ibunda Ibrahim 19

Bulan Sabit terbenam 29

Wasiat Rasulullah 34

Keistimewaan Mariyah 37

Meninggalnya Mariyah 40

Bagaimana menaladani 42
Mariyah?

Rujukan 52

03

01

Pengenalan

Wanita Mesir Isteri Rasulullah

04

Pengenalan

Mariyah binti Syam’um Al Qibthiyah. Mariyah adalah
seorang wanita yang cantik dan berkulit putih.
Ibunya adalah seorang Romawi yang beragama
Kristian manakala ayahnya adalah seorang bangsa
Qibthiy. Oleh sebab itu, Mariyah membesar menjadi
seorang gadis yang manis dan menarik. Mariyah
adalah penganut agama Nasrani. Mariyah Al
Qibthiyah dibesarkan di salah satu desa di dataran
tinggi Mesir yang diberi nama Hifin berdekatan kota
Anshuna yang terletak di pinggir sebelah Timur
Sungai Nil dekat Asymunin. Di sanalah dia
meluangkan masa kanak-kanaknya sebelum pindah
bersama Sirin, adiknya pada permulaan masa
remajanya ke Istana Muqauqis, Raja Mesir. Dia
menjadi salah seorang penghuni istana Alexandria,
Mesir kerana Mariyah adalah hamba sahaya wanita
milik Raja Muqauqis. Sebagai bentuk
penghormatannya kepada Rasul, Raja Muqauqis
menghadiahkan Mariyah untuk Nabi Muhammad
SAW yang telah memberitahu tentang Islam
kepadanya melalui Hathib bin Abu Balta’ah RA.

05

02

Hadiah dari Mesir

“Sungguh saya sudah memuliakan
utusan anda dan saya mengirimkan

2 orang puteri untuk anda”

06

Setelah keamanan kaum Muslim mulai stabil dan
kekuatan jiwa mereka semakin kuat, Rasulullah SAW
mengutus para duta dakwah untuk menyampaikan risalah
Islam ke segala penjuru jazirah.

Salah seorang penguasa yang dituju oleh utusan
Rasul itu adalah Raja Muqauqis, penguasa Iskandariyah
(Alexandria) Mesir. Rasul mengirim Hathib bin Abu Balta’ah
RA sebagai utusannya. Mariyah sudah mendengar tentang
kebangkitan seorang Nabi dari Jazirah Arab yang mengajak
manusia menganuti agama yang diturunkan dari langit. Dia
ada di istana pada waktu Hathib bin Abu Balta’ah datang
membawa surat dari Rasulullah SAW kepada Raja
Muqauqis.

Hathib diizinkan masuk, lalu dia menyampaikan
surat tersebut, yang isinya: “Dengan menyebut nama Allah
Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad
bin Abdullah kepada Muqauqis, Raja Mesir. Keselamatan
bagi orang yang mengikuti petunjuk.

07

Sungguh saya mengajak anda dengan seruan Islam,
masuklah Islam agar anda selamat dan Allah pasti memberikan
pahala kepada anda 2 kali. Tetapi jika anda berpaling, maka
menjadi tanggungan anda adalah dosa dari semua bangsa
Qibthiy. Wahai Ahli Kitab, marilah menuju ajaran yang sama di
antara kami dan kalian iaitu agar kita tidak menyembah
kepada selain Allah dan jangan kita menyekutukan Allah
dengan sesuatu. Jangan kita jadikan sebahagian di antara kita
menjadi Tuhan untuk sebahagian yang lain. Hanya Allah Tuhan
kita semua. Jika kamu semua berpaling, maka katakanlah,
‘Saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang
Islam.”…………………………

Muqauqis membaca surat itu, kemudian dilipatnya
dengan saksama dan rasa hormat diletakkan dalam kotak yang
terbuat daripada gading lalu diserahkan kepada salah seorang
budak perempuannya. Kemudian Raja Muqauqis menoleh
kepada Hathib, meminta penjelasan lebih lanjut tentang Nabi
Muhammad SAW berikutan sifat-sifatnya. Setelah Hathib
menerangkan, maka Muqauqis berkata setelah berfikir agak
lama:

08

“Saya sudah tahu bahawa seorang Nabi masih akan diutus. Saya
kira lahirnya di daerah Syam kerana di sanalah tempat lahirnya
nabi-nabi tetapi rupa-rupanya sudah lahir di Jazirah Arab
tetapi bangsa Qibthiy semestinya tidak mahu mengikuti saya
jika menerima seruan Nabi itu. Dan saya merasa sayang dengan
kerajaan ini, sayang untuk melepaskannya.”

Kemudian dia memanggil pembantunya dan menyuruhnya
menulis apa yang dia katakan:

“Saya telah membaca surat anda, dan mengerti seruan anda.
Sungguh, saya sudah tahu bahawa seorang nabi akan diutus
dan dahulu saya mengira akan lahir di daerah Syam.Sungguh
saya sudah memuliakan utusan anda dan saya mengirimkan 2
orang puteri untuk anda, keduanya mempunyai kedudukan
terhormat di kalangan bangsa Qibthiy dan saya juga telah
mengirimkan pakaian dan kuda untuk kenderaan. Dan semoga
kesejahteraan untuk anda.”

09

Raja Muqauqis memberikan surat itu kepada Hathib sambil
memohon maaf bahawa dia belum dapat menerima seruan Nabi
SAW kerana dia sudah tahu bagaimana kuatnya orang-orang
Qibthiy berperang untuk agama mereka. Dan dia pun
menasihatkan kepada Hathib agar menyembunyikan
percakapan mereka berdua, jangan sampai didengari oleh
bangsa Qibthiy satu huruf pun.

Hathib pulang ke Madinah pada tahun ke-7 Hijrah sambil
membawa berbagai-bagai macam hadiah. Muqauqis telah
mengirimkan hadiah untuk Rasulullah SAW, di antaranya
adalah Mariyah (Maria) dan Sirin (Serene), saudara
perempuannya, lalu seorang budak hitam bernama Ma’bur,
seekor baghal (persilangan antara kuda dan keldai) betina yang
berwarna kelabu, seekor himar (keldai) kelabu bernama Ya’fur,
seekor kuda bernama Luzaz, juga dihadiahkan kepada Nabi
Muhammad SAW madu yang berasal dari wilayah Nabha,
sebuah desa di Mesir.

10

Kedua adik-beradik itu merasa kesepian kerana berpisah
dengan tanah air. Mereka berjalan sambil memuaskan matanya
memandang lembah tercinta. Sampai akhirnya hilang dari
pandangan, selamat tinggal dan perpisahan yang disertai air
mata bergenang kepada tanah tempat tumpah darahnya dan
tempat bermain-main pada masa kecilnya.

Hathib dapat merasakan apa yang dialami oleh kedua
adik-beradik tersebut bahawa mereka merasa terharu kerana
perpisahan itu. Oleh sebab itu, Hathib lalu mendekati keduanya,
bercerita tentang sejarah tanah Arab sejak zaman purba,
menceritakan kisah-kisah yang tersebar di sekitar kota Mekah
dan daerah Hijaz, sepanjang masa yang tidak terhitung berapa
abad lamanya.

Kemudian, dia mulai menceritakan tentang Muhammad
Rasulullah SAW sebagai seorang beriman, pengikut setia.
Mendengar cerita itu, kedua adik-beradik tersebut mulai
tertarik kepada agama Islam dan Nabi yang mulia.

11

Keduanya tenggelam di dalam khayalannya tentang
kehidupan baru, yang sebentar lagi mereka hadapi, tentang
Nabi yang mulia, yang telah menunggu di Madinah,
menunggu kembalinya sahabat Hathib dengan membawa
jawapan Muqauqis. Sampai akhirnya, rombongan dari Mesir
itu tiba di kota Madinah ketika Rasulullah SAW baru saja
kembali dari Hudaibiyah setelah mengadakan perdamaian
dengan orang-orang Quraisy.

Rasulullah SAW menerima semua hadiah dan surat dari
Muqauqis itu. Akan tetapi, Rasulullah menerima Mariyah
sedangkan Sirin dihadiahkan kepada penyairnya, Hasan bin
Tsabit RA. Setelah itu, tersebarlah khabar kepada isteri-isteri
Rasul bahawa Rasulullah SAW telah memilih Mariyah Al
Qibthiyah, seorang puteri Mesir yang manis, rambutnya
keriting, wajahnya cantik menawan, datang dari bumi Nil
untuk dirinya. Rasul menitipkannya di rumah Al Haritsah bin
Nu’man yang berdekatan dengan Masjid Nabawi.

12

Aisyah berusaha sekuat tenaga untuk menenangkan
jiwanya untuk tidak mengkhuatirkan puteri Mesir ini. Dia
tidak lebih dari seorang budak bangsa Qibthiy yang asing,
yang dihadiahkan oleh seorang pembesar.

Tetapi Aisyah mulai memerhatikan. Ternyata,
Rasulullah SAW mementingkan puteri Mesir itu dan
Aisyah mulai gelisah kerana dilihatnya Rasulullah SAW
sering berulang-ulang pergi ke sana dan tinggal agak
lama di sana.

Mengenai kisah ini, ada riwayat dari Abdullah bin
Abdurrahman bin Abi Sa’sa’ah yang berkata, “Pada tahun
ke-7 Hijrah, Muqauqis, Gabenor Iskandariyah
(Alexandria), mengirim Rasulullah SAW Mariyah dan
saudara perempuannya, Sirin; 1000 mitsqal emas dan 20
baju yang lembut, bighalnya Duldul dan keldainya Ufair.
Bersama kesemuanya ada orang kasim bernama Ma’bur
dan seorang lelaki tua, saudara lelaki Mariyah.”

13

Abdullah bin Abdurrahman melanjutkan kisahnya,
“Muqauqis mengirimkan semuanya itu dengan Hathib bin
Abi Balta’ah. Hathib RA menawarkan Islam kepada Mariyah
dan mendorongnya untuk menerimanya. Maka, Mariyah
dan Sirin memeluk Islam. Sedangkan Ma’brur tetap
memeluk agama Nasrani sebelum akhirnya ia pun memeluk
Islam di Madinah.”

14

03

BAYANGAN DAN HARAPAN

“Tetapi Hajar adalah ibu bagi anak

Ibrahim, lalu apakah Mariyah akan
menjadi ibu bagi anak Muhammad

SAW?”

15

Sudah berlalu kira-kira setahun, Mariyah merasa bahagia
kerana dia disenangi oleh Rasulullah SAW, tuannya. Dia sudah
merasa tenang hidup di bawah naungan beliau dan dia merasa
cukup puas kerana kepadanya pula dibentangkan tabir,
sebagaimana yang dibentangkan terhadap isteri-isteri Nabi
SAW yang lain.

Kini, harapan dan cita-citanya, bahkan keseluruhan
wujudnya, tertuju kepada tuannya yang sangat mulia itu,
yang rupa-rupanya takdir telah mempertemukan dirinya
dengan tuannya, tanpa rencana sebelumnya. Maka bagi
Mariyah, Rasulullah SAW adalah satu-satunya tuan, teman,
kaum keluarga dan tanah airnya. Cita-citanya selama ini
dicurahkan untuk kesenangan dan kebahagiaan beliau.

Di samping itu, Mariyah sendiri membawa daya tarikan
Mesir, dalam tiupan angin lembah yang harum. Dia juga
diliputi oleh pandangan-pandangan yang menggelorakan dan
bayangan-bayangan yang menarik seperti Layazis dengan
cintanya yang mendalam, Nevertibtiy dengan kecantikannya,
Hatshebsut dengan kerajaannya yang besar dan Cleopatra
dengan daya tarikannya yang mengagumkan.

Dan, tidak kering-keringnya mata air memancar yang selalu
menyirami Mariyah setiap saat dengan pembicaraan yang
ringan dan percakapan yang menarik.

16

Hanya saja, Mariyah selamanya ingin mendengar kisah
Hajar temannya, puteri Mesir yang datang dari bumi Nil, dan
tidak lama kemudian hamil dari tuannya iaitu Nabi Ibrahim,
lalu membangkitkan rasa cemburu isteri tuannya, Sarah.

Sehingga akhirnya Nabi Ibrahim pergi dengan puteri
Mesir itu ke Rumah Suci, bersama anaknya, dan di sanalah
Ibrahim meninggalkan keduanya, dalam kesepian di lembah
yang tidak ada tanaman, di reruntuhan Rumah Suci tua.

Mariyah ingin sekali agar Rasulullah SAW menceritakan
petunjuk Ilahi, yang telah menuntun Hajar, ke tempat
memancarnya air Zamzam, menggambarkan bagaimana
Jazirah Arab memancar kerana air Zamzam itu. Jazirah Arab
memulai kehidupan baru dan bagaimana Hajar hidup
memenuhi sejarah. Perbuatannya berlari-lari untuk mencari
air di antara bukit Safa dan Marwah, menjadi syi’ar agama
yang suci, ibadah pada masa Jahiliyah dan dalam agama
Islam.

Mariyah lalu menjadi terbiasa, jika sendirian maka
selamanya dia berfikir tentang Hajar yang asalnya dari Mesir
dan sifat keibuannya bagi Ismail dan bagi bangsa Arab.

Dan tidaklah salah pemikirannya, bahawa pada dirinya
sendiri banyak persamaan dengan Hajar. Mereka berdua
sama-sama puteri Mesir; Hajar dihadiahkan oleh Sarah

17

kepada Nabi Ibrahim; Mariyah dihadiahkan oleh Muqauqis
kepada Nabi Muhammad SAW, keduanya sama-sama
membangkitkan rasa cemburu isteri-isteri yang lain, di rumah
tuannya yang seorang Nabi, Ibrahim ataupun Muhammad.

Tetapi Hajar adalah ibu bagi anak Ibrahim, lalu apakah
Mariyah akan menjadi ibu bagi anak Muhammad SAW?
Alangkah tingginya harapan itu! Alangkah dekat dengan
mustahil!

Rasulullah SAW sudah menikah, setelah wafatnya Khadijah
dengan 10 isteri. Di antaranya ada puteri remaja, ada pula wanita
dewasa, ada lagi yang telah punya anak. Tetapi, rahim isteri-
isteri beliau semuanya kering, tidak mempersembahkan
seorang anak pun untuk baginda Rasulullah SAW, sang
pemimpin itu, sedangkan maut sudah merampas puteri-
puterinya dari Khadijah. Yang tinggal hanya Fathimah az-Zahra.

Di samping itu, kini Rasulullah SAW sudah mendekati usia 60
tahun, dan nampaknya beliau sudah tidak mengharapkan anak
lagi, setelah lewat beberapa tahun yang tandus, dari isteri yang
cukup ramai.Lalu, dari mana Mariyah mengharapkan akan
terjadi apa yang dulu terjadi pada Hajar, bahawa Hajar menjadi
ibu bagi Ismail?

Sungguh, angan-angan yang lebih jauh dari harapan tipis,
harapan yang lebih lemah dari fatamorgana!

18

04

MARIYAH, IBUNDA
IBRAHIM

“Ternyata Mariyah benar-benar hamil!”

19

Mariyah telah melalui tahun kedua dalam kehidupan
Rasulullah SAW dan tidak putus-putusnya dia mengenang
Hajar, Ismail dan Ibrahim. Tiba-tiba dia merasakan gejala-
gejala kehamilan, tetapi dia menganggap sepi perasaan tiu,
dan menganggapnya hanya khayalan belaka, tidak lebih dari
sangkaan yang ditimbulkan oleh impiannya yang tak
kunjung padam untuk menjadi ibu dan kenangannya yang
tak luput dari Hajar dan Ismail.

Mariyah menyembunyikan perasann tersebut, sebulan, 2
bulan, dalam keadaan masih ragu, belum jelas baginya,
apakah itu sekadar impian atau lamunan, sampai akhirnya
muncul gejala-gejala kehamilan yang lebih jelas dari
khayalan!

Ketika itu, dia membukakan rahsianya kepada adiknya,
Sirin. Adiknya mengatakan bahawa itu bukan khayalan lagi,
bukan sangkaan, tetapi memang betul, janin yang hidup.

Mariyah hampir saja jatuh pengsan, terharu kerana
kegembiraan yang memuncak. Sungguh dia sama sekali
tidak menyangka, bahawa Allah akan mengabulkan doanya,
mewujudkan harapannya yang tandus dan lemah bagai
fatamorgana.

20

Dirinya tenggelam dalam kegembiraan dan kerinduan,
sehingga pada suatu hari, Rasulullah SAW datang
mengunjunginya. Maka segeralah, Mariyah menyampaikan
rahsia yang selama ini terpendam. Rahsia tentang isi
rahimnya.

Rasulullah SAW mendengar cerita Mariyah, lalu teringat
memang pada hari-hari terakhir ini, Mariyah sering demam,
badannya agak panas, dan dia tampak gelisah tidak mahu
makan, gejala-gejala yang dahulu dikenalinya pada Khadijah
pada awal kehamilan. Tetapi, selama ini baginda mengira
bahawa keadaan Mariyah itu hanyalah demam biasa, yang
akan segera sembuh. Ternyata Mariyah benar-benar hamil!

Rasulullah SAW menengadahkan tangan ke langit,
dengan wajah berseri-seri, mengucapkan rasa syukur ke
hadrat Allah Sang Maha Pencipta, bahawa Allah telah
menganugerahkan kepada beliau setelah mengalami
peninggalan puterinya tercinta, Zainab yang meninggal
setelah didahului oleh adik-adiknya; Ruqayah, Ummu
Kalsum, Abdullah dan Qasim.

Maka ketika Mariyah menceritakan keraguannya
dahulu, pada saat awal-awal kehamilan, Rasulullah SAW
teringat firman Allah yang menceritakan tentang Nabi Allah
Zakaria

21

“Zakaria berkata, ‘Ya Tuhanku, bagaimana aku akan
mempunyai anak, sedang isteriku seorang yang mandul dan
aku sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua.’
Tuhan berfirman, ‘Demikianlah.’ Tuhan berfirman, ‘Hal itu
mudah bagi-Ku, dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu
sebelum itu, padahal kamu belum ada sama sekali.’” (QS 19:
8-9)

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan lagi firman
Allah:“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita
tetamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan?
(Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu
mengucapkan, ‘Salam.’ Ibrahim menjawab, ‘Salam.’ (kamu)
adalah orang-orang yang tidak dikenal. Maka dia pergi diam-
diam menemui keluarganya, kemudian dia membawa daging
anak sapi gemuk (yang dibakar), lalu dihidangkan kepada
mereka. Ibrahim berkata, ‘Silakan kamu makan.’ (Tetapi
mereka tidak mahu makan), kerana itu Ibrahim merasa takut
kepada mereka. Mereka berkata, ‘Janganlah kamu takut, dan
mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan
(kelahiran) seorang anak yang cerdas (Ishaq). Kemudian
isterinya datang memekik (tercengang) lalu menepuk
mukanya sendiri seraya berkata, ‘(Aku adalah) seorang
perempuan tua yang mandul.’ Mereka berkata, ‘Demikianlah
Tuhanmu memfirmankan.’ Sesunggunya Dialah yang Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (QS 51: 24-30)

22

Mendengar hal itu, Mariyah tertawa, menonjolkan masa
mudanya yang cemerlang, sampai berkata:“Tetapi, saya bukan
wanita tua, ya Rasulullah!”Dan demikianlah, dunianya dipenuhi
oleh kebahagiaan dan harapan, masa depan yang indah.

Cepat sekali berita gembira itu tersiar ke seluruh kota
Madinah, bahawa Rasulullah SAW sedang menunggu lahirnya
anak beliau dari Mariyah, puteri Mesir.Dan tentu saja kami tidak
perlu menggambarkan bagaimana berita itu menjadi pukulan
yang pedih bagi ibu-ibu kita (Ummul Mu’minin), isteri-isteri
Nabi SAW yang lain.

Apakah benar, wanita asing itu hamil, padahal belum lebih
setahun lamanya dia sudah berada di Madinah? Sedangkan di
sana ada Ummahatul Mu’minin, ada puteri Abu Bakar, ada
puteri Umar, ada puteri Perbekalan Rombongan, ada cucu Abdul
Muthalib, semuanya tidak punya anak.

Rasa cemburu mereka menyala, tidak mengerti apa yang
akan mereka buat! Tiba-tiba, tersiarlah dari mulut ke mulut,
tuduhan terhadap Mariyah, seperti tuduhan yang dahulu
dihadapkan kepada Ummul Mu’minin Aisyah binti Abu Bakar al-
Siddiq.

Dahulu, Aisyah binti Abu Bakar terlepas dari tuduhan itu
dengan turunnya ayat-ayat dari langit, lalu apakah Mariyah
binti Syam’un dapat mengharapkan turunnya ayat-ayat sepert
itu yang akan menjadi saksi kebenarannya?

23

Benar, Allah ‘Azza wa Jalla tidak membiarkan Mariyah
menderita dalam musibah itu, bahkan Allah menunjukkan
bukti yang pasti tentang kebohongan yang dilontarkan
kepadanya.

Muhammad az-Zuhriy menceritakan, dari Anas bin Malik,
dia berkata:“Mariyah ibu, Sayyid Ibrahim, seorang budak
milik Rasulullah SAW, pada suatu hari sedang berada di
tempat minumnya. Dan ada seorang lelaki bangsa Qibthiy
(Mesir) datang ke sana, membawa air dan kayu untuk
Mariyah. Lalu orang-orang berbicara: ‘Budak lelaki
mendatangi budak wanita.’ dan berita itu sampai kepada
Nabi, lalu beliau mengutus menantunya, Ali bin Abi Thalib,
untuk menyelidikinya. Maka Ali menemukan orang Qibthiy
itu berada di atas pohon kurma di sana. Kemudian, ketika
dilihatnya Ali mengambil pedangnya, dia segera turun lalu
melepaskan kainnya sehingga dia tidak berpakaian sehelai
benang pun. Sayidina Ali melihat dengan jelas budak lelaki
itu. Dia adalah lelaki yang dahulu datang bersama Mariyah,
yang dihadiahkan oleh Muqauqis kepada Nabi SAW. Melihat
itu Ali RA segera kembali menemui Nabi SAW, lalu
menceritakan apa yang dilihatnya pada lelaki Qibthiy yang
digosipkan itu.”

24

Kemudian, Jibril, pembawa wahyu yang dipercayai,
datang menemui Nabi SAW seraya berkata:“Keselamatan
Allah bagimu, wahai ayah Ibrahim."Mendengar ucapan
Malaikat Jibril itu, maka Nabi SAW merasa tenang.

Dan Rasulullah mengkhuatirkan keselamatan Mariyah,
maka beliau memindahkan Mariyah ke ‘Aliyah, suatu tempat
di luar kota Madinah, agar Mariyah dapat beristirahat,dan
keselamatannya lebih terjamin, demikian juga kesihatan
dirinya serta janinnya akan lebih terpelihara.

Dalam hal ini, Aisyah RA berkata: “Saya tidak pernah
mencemburui seorang wanita, lebih dari cemburu saya
kepada Mariyah. Bagaimana tidak, dia cantik, rambutnya
keriting, disenangi oleh Rasulullah. Mula-mula dia datang
ditempatkan di rumah Haritsah bin Nu’man yang menjadi
tetangga kami, lalu hampir setiap hari setiap malam
Rasulullah SAW berada di sana, dan saya jadi gelisah, lalu
Rasulullah memindahkan Mariyah ke ‘Aliyah. Maka kami
merasa lebih pedih lagi. Kemudian dia dianugerahi anak oleh
Allah, sedangkan kami tidak dianugerahi anak.”

Rasulullah mementingkan sekali untuk menjaga Mariyah,
demikian juga adiknya, Sirin, sehingga tibalah saat janin itu
cukup umur. Tibalah waktu kelahiran, pada suatu malam,
bulan Dzulhijjah tahun ke-8 Hijrah.

25

Rasulullah memanggil bidannya, Salma, isteri Abu Rafi’,
kemudian beliau menyendiri ke sudut, mengerjakan solat
dan berdoa. Lahirlah bayi itu dengan selamat, dan Ummu
Rafi’ Salma datang membawa khabar gembira maka
Rasulullah SAW mengucapkan terima kasih kepadanya, dan
memuliakannya dengan pemberian sedemikian rupa,
kemudian Nabi segera menemui Mariyah, mengucapkan
selamat kepadanya, atas kelahiran puteranya yang
melepaskan dirinya dari status budak. Setelah itu
Rasulullah SAW memangku bayinya, membawanya ke
hadapannya, sebagai penebar kegembiraan dan kasih
sayang, dan beliau memberi nama bayi itu Ibrahim,
mengambil berkat dari Nabi Ibrahim, datuk para Nabi AS.

Selanjutnya Rasulullah SAW bersedekah kepada fakir
miskin Madinah, seharga perak yang beratnya sama dengan
berat rambut Ibrahim. Dan ibu-ibu Ansar berebut untuk
menyusunya, mereka ingin agar Mariyah dapat tenang
melayan Rasulullah SAW kerana mereka mengerti bahawa
beliau sangat menyenanginya.

Dan demikianlah, ayah bayi itu, Rasulullah SAW
memilih siapa yang akan menyusui puteranya. Beliau
memberikan kepada ibu yang menyusuinya, 7 ekor
kambinig betina, supaya ibu itu dapat mengambil susunya,
jika air susunya sendiri kurang untuk Ibrahim.

26

Dan mulalah Rasulullah SAW memerhatikan pertumbuhan
Ibrahim dari hari ke hari, dan merasakan bahawa kehadiran
Ibrahim menghilangkan kesepian beliau dan membawa
kegembiraan. Alangkah inginnya Nabi, agar seluruh dunia turut
berbahagi dengan beliau dalam kegembiraan.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW membawa puteranya,
Ibrahim, dengan tangan beliau sendiri ke rumah Aisyah, lalu
memanggil Aisyah dengan mesra dan gembira, mengajaknya
untuk melihat persamaan-persamaan Ibrahim dengan ayahnya.
Aisyah merasa, seolah-olah sebuah anak panah dilepaskan tepat
mengenai jantungnya. Dia hampir menangis merasakannya,
akan tetapi dengan sekuat tenaga tangisnnya ditahan, lalu dia
berkata dengan mengejek, “Hah, tidak ada persamaan yang
kulihat dengan Rasulullah.”

Rasulullah SAW cepat mengerti apa yang sedang dirasakan
Aisyah, beliau cepat-cepat membawa Ibrahim kembali dan
mengerti perasaan Aisyah yang bersedih kerana tidak
mempunyai anak.

Sejak itu, seolah ada api dalam sekam, rasa benci dan
cemburu yang ditutupi dengan pergaulan yang baik dan
bermanis wajah tetap tersimpan. Hingga terjadi suatu
peristiwa, Mariyah berdua-duaan dengan Nabi SAW di rumah
Hafshah, maka api menyala, membakar segalanya sehingga
terjadilah peristiwa Nabi SAW mengharamkan Mariyah untuk
dirinya.

27

Terfikir oleh Mariyah, bahawa dia betul-betul sudah
mencapai harapannya. Benar, dia telah melahirkan anak
untuk Nabi SAW seperti dahulu Hajar melahirkan Ismail
untuk Nabi Ibrahim.

Dan peristiwa tuduhan, musibah cemburu itu berakhir
dengan kebaikan untuknya. Peristiwa Nabi SAW
mengharamkan dirinya bagi beliau, kemudian kembalinya
Rasulullah SAW kepada dirinya, menjadi ayat-ayat yang
dibaca di dalam kitab suci Al-quran yang diturunkan oleh
Allah, yang dengan membacanya, kaum Muslimin beribadah,
sebagaimana dahulu terjadi pada Hajar, saat kecemburuan
Sarah menyebabkannya terbuang ke tempat tandus, lembah
sepi yang menakutkan.

Kebahagiaan Mariyah melebihi kepuasan. Dia dapat
memberikan kepada Rasul yang sudah tua dan hampir putus
asa, seorang anak lelaki yang menjadi cahaya, pandangan
Nabi SAW menjadi hiburan beliau, pengganti kehilangan
yang beliau rasakan kerana wafatnya anak-anak dari
Sayidatina Khadijah.

28

05

BULAN SABIT
TERBENAM

“Sungguh wahai Ibrahim, kami tidak dapat
berbuat apa-apa untuk melindungimu dari

kekuasaan Allah.”

29

Tetapi, kebahagiaan Mariyah tidak berlangsung lama.
Hanya kira-kira 1 tahun setengah, kemudian terjadilah
musibah berat, musibah yang sungguh pahit. Sayyid Ibrahim
sakit, sedang umurnya belum mencapai 2 tahun. Ibunya
gelisah, lalu dia memanggil adiknya, Sirin. Keduanya, tidak
tidur semalaman, duduk di dekat tempat tidur Ibrahim,
menjaganya untuk mengurus penyakitnya, sedang jiwa
mereka berdua merasa hancur melihatnya kerana sayang dan
khuatir.

Namun, cahaya kehidupan mulai padam perlahan-lahan
dalam diri Ibrahim. Ayahnya, Nabi SAW datang dipapah oleh
Abdurrahman bin Auf, lemah kerana sedih, lalu beliau
memangku puteranya, mengambilnya dari pangkuan ibunya
dalam keadaan hampir meninggal. Beliau meletakkan
Ibrahim di pangkuannya, dalam keadaan sedih dan tidak
dapat berbuat apa-apa, tidak dapat melakukan apa-apa,
hanya berkata: “Sungguh wahai Ibrahim, kami tidak dapat
berbuat apa-apa untuk melindungimu dari kekuasaan Allah.”

Air mata beliau berlinangan, melihat satu-satunya putera
itu menghadapi sakaratul maut, kemudian beliau mendengar
suara tarikan nafasnya yang terakhir, bercampur dengan
suara tangisan ibunya, yang kehilangan satu-satunya
anaknya, dan adiknya, Sirin, yang tergamam dan sedih.

Ibrahim sudah wafat!

30

Nabi SAW membongkok mencium tubuh puteranya,

sementara air mata melimpah dari kedua matanya,

kemudian beliau menguasai diri dan berkata: “Air mata

mengalir, hati sedih, namun kami tidak mencetuskan kata-

kata kecuali yang diredai oleh Tuhan. Sungguh, kami betul-

betul sedih dengan pemerrgianmu wahai Ibrahim!

Sesungguhnya kita semua adalah kepunyaan Allah dan kita

akan kembali kepada-Nya.”

Kemudian Nabi SAW menoleh kepada Mariyah dengan
kasih sayang dan sedih, beliau bersabda menghiburkan
Mariyah: “Sesungguhnya dia ada yang menyusuinya di
syurga.”

Adik sepupu Nabi SAW, Al-Fadhl bin Abbas datang lalu
memandikan jenazah kecil itu, sedang ayahnya, Rasulullah
SAW duduk memandangnya dengan kesedihan yang
mendalam.

Selanjutnya, jenazah Ibrahim dibawa dari rumah
ibunya, di atas sebuah tempat tidur kecil. Di belakangnya
berjalan ayahnya, Rasulullah SAW terus menuju perkuburan
Baqi’, di sana beliau menyembahyangkan puteranya, lalu
dibaringkan dengan tangan beliau sendiri ke dalam
kuburnya, kemudian beliau meratakan tanah dan
menyiramnya dengan air.

31

Rombongan yang menghantarkan jenazah Ibrahim
kembali ke rumah masing-masing. Kota Madinah terdiam
dalam sepi, cuaca mendung dan matahari mengalami
gerhana. Orang-orang yang mengatakan bahawa itu
kerana wafatnya Ibrahim.

Kata-kata tersebut sampai ke telinga Rasulullah SAW,
maka beliau menoleh kepada sahabatnya seraya
bersabda: “Sesungguhnya matahari gerhana bukan
kerana wafatnya seseorang atau kerana lahirnya
seseorang.”

Rasulullah SAW menyimpan luka hatinya yang berat
dengan sabar, pasrah atas ketentuan Allah terhadap
dirinya. Dan Mariyah, tetap diam di rumahnya, berusaha
untuk bersabar dengan sebaik-baiknya, agar jangan
sampai kambuh luka hati tuannya, Rasulullah SAW. Dan
jika merasa tak tertahan, dia pergi ke Baqi’, beristirahat
dekat dengan anaknya yang telah kembali ke hadrat
Tuhan, mencari kelegaan.

Tetapi, usia Rasulullah SAW berakhir, tak lama
sepeninggalan Ibrahim. Pada tahun ke-10 Hijrah, baru
saja terbit bulan Rabiulawal pada tahun berikutnya,
beliau mulai sakit dan beberapa hari kemudian beliau
wafat, menemui Tuhan yang Maha Tinggi.

32

Beliau meninggalkan Mariyah, yang masih hidup 5
tahun lagi, dalam keadaan tersisih dari orang banyak,
hampir tidak ada yang ditemuinya selain adiknya, Sirin
dan hampir tidak pernah keluar rumah kecuali untuk
menziarahi kubur orang yang dicintainya iaitu Rasulullah
SAW di masjid atau kubur anaknya di perkuburan Baqi’.

Memang benar, setiap jiwa yang hidup akan
merasakan mati, dan cukuplah kebahagiaan bagi Mariyah,
bahawa dia masuk dalam kehidupan Nabi yang mulia dan
bahawa langit campur tangan untuk memeliharanya,
ketika isteri-isteri Nabi SAW yang lain terang-terangan
memusuhinya, dan bahawa Allah mengutamakan dirinya
untuk memperoleh kebanggaan menjadi ibu kepada putera
Rasulullah SAW, Ibrahim bin Muhammad.

33

06

WASIAT
RASULULLAH SAW

Jika kalian berhasil menaklukkannya, maka
bersikap baiklah kepada para penduduknya
kerana mereka memiliki tanggungan dan
hubungan kekeluargaan.”

34

Kemudian, di samping itu, cukuplah pula menjadi
keuntungan bagi Mariyah, bahawa dia melanjutkan
hubungan lama antara negeri Mesir dan Jazirah Arab, yang
dimulai dari Hajar, dari masa lalu, kemudian dilanjutkan
pada masa depan. Rasulullah SAW mewasiatkan kepada
pengikut-pengikutnya supaya mereka berbuat baik kepada
keluarga Mariyah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya suatu saat
kalian akan menaklukkan Mesir, ada sebuah daerah di sana
yang disebut Al Qirath. Jika kalian berhasil
menaklukkannya, maka bersikap baiklah kepada para
penduduknya kerana mereka memiliki tanggungan dan
hubungan kekeluargaan.”

Para sahabat sentiasa menjaga pesan Rasulullahl
tersebut. Ketika Pelabuhan Iskandariyah dan wilayah Mesir
ditaklukkan dengan jalan peperangan oleh Panglima Amr
bin Al ‘Ash RA pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin
Khattab RA, secara tidak langsung wilayah Mesir menjadi
negeri kharajiyah (yang dikuasai dengan jalan perang) dan
setiap orang yang tinggal di Mesir harus membayar kharaj
(semacam pajak tanah) kepada baitul mal. Akan tetapi,
Khalifah Umar tidak menarik kharaj dari penduduk Hifn
dan Al Qirath, negeri asal Mariyah dan memperlakukan

35

mereka dengan baik layaknya kepada kerabat dekat. Semua ini
dilakukan para sahabat demi menjaga wasiat Rasulullah SAW
itu.

Demikian pula dengan apa yang dilakukan Imam Al-Hasan
bin Ali bin Abi Thalib RA yang menasihati Mu’awiyah bin Abi
Sufyan RA, dalam surat-surat yang dikirim, agar berbuat baik
kepada penduduk Hifn dan Al Qirath. Akhirnya, Khalifah
Mu’awiyah juga tidak menarik pungutan kharaj dari mereka.

Kemudian, ketika Ubadah bin Shamit RA datang ke Mesir
dan menaklukkan seluruh wilayahnya, ia segera mencari desa
asal Mariyah dan bertanyakan bekas rumah tinggalnya, lalu ia
membangun sebuah masjid di sana.

Perlakuan kaum Muslim terhadap orang-orang Qibthi,
kaum Mariyah, demikian baik sehingga membuat mereka juga
bersimpati terhadap Islam dan kaum Muslim. Bahkan, mereka
yang secara tradisional masih menganut ajaran Nasrani hingga
kini, setuju untuk melakukan syariat Islam atas diri mereka
kerana keadilan Islam telah mereka rasakan selama berabad-
abad.

36

07

KEISTIMEWAAN
MARIYAH

“Mariyah Al Qibthiyah adalah kesukaan
Nabi Muhammad SAW.”

37

Keistimewaan Mariyah Al Qibthiyah dalam hati Rasulullah
SAW adalah dia seorang wanita yang memberi keturunan
kepadanya. Bahkan, ada sebuah riwayat yang menyebutkan
bahawa ketika Mariyah melahirkan Ibrahim, Malaikat Jibril
datang kepada Rasul dan berkata, “Assalamu’alaikum ya Aba
ibrahim!”

Ali bin Abi Thalib RA berkata, “Ketika Rasulullah SAW
mendengar salam Jibril seperti itu, Rasul merasa lega
kerananya.”

Dalam riwayat yang lain, Ibnu Abbas RA mengisahkan,
“Ketika Mariyah, ibu Ibrahim melahirkan, Rasulullah SAW
berkata bahawa anak yang dilahirkannya telah
memerdekakan ibu yang melahirkannya.”

Masih dari riwayat Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW
bersabda, “Setiap hamba sahaya wanita yang melahirkan anak
dari majikannya akan menjadi bebas merdeka saat
majikannya itu meninggal, kecuali jika majikannya itu
bebaskan budaknya itu sebelum dia meninggal.”

Sedangkan Anas bin Malik RA berkata tentang Mariyah ini,
“Mariyah Al Qibthiyah adalah kesukaan Nabi Muhammad
SAW.”

38

Abdullah bin Abdurrahman berkata, “ Mariyah Al
Qibthiyah, ibunda Ibrahim bin Muhammad SAW adalah
seorang wanita yang cantik dan jujur.”

Selain itu, Aisyah binti Abu Bakar RA berkata, “Aku tidak
cemburu dengan seorang wanita, kecuali kecemburuanku
kepada Mariyah. Itu disebabkan kerana dia cantik.
Rasulullah SAW begitu mengaguminya.”

Aisyah pun melanjutkan kisahnya, “Ketika kali pertama
Mariyah dibawa kepada Rasul, dia ditempatkan di rumah
Haritsah bin Nu’man RA. Dia adalah tetangga kami dan Rasul
banyak menghabiskan siang dan malam dengan Mariyah
sehingga perhatian kami menjadi tertuju kepadanya. Rasul
menjadi terkejut dan Nabi Muhammad SAW memindahkan
Mariyah ke Aliyah.”

Aisyah pun tidak berkuasa untuk menahan
kecemburuannya. Dia pun berkata, “Rasul sering
mengunjungi Mariyah di Aliyah. Hal itu sungguh berat bagi
kami. Kemudian, Allah SWT memberi Mariyah seorang anak
lelaki darinya dan kami merasa terbuang kerananya.

39

08

MENINGGALNYA
MARIYAH

“ Wafatnya seorang Pencinta
Rasulullah”

40

Setelah Rasulullah SAW wafat, Mariyah tetap sebagai
hamba sahaya yang dimiliki Rasulullah SAW. Dia wafat 5
tahun setelah wafatnya Rasulullah, iaitu pada masa
pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab RA pada bulan
Muharam tahun ke-16 Hijrah.

Muhammad bin Umar berkata, “Mariyah, ibu Ibrahim,
meninggal pada bulan Muharam, tahun ke-16 Hijarah.
Khalifah Umar bin Khattab RA mengumpulkan orang-
orang untuk menghadiri pemakamannya dan
menyembahyangkannya.”
Mariyah dikuburkan di Perkuburan Baqi’.

41

09

BAGAIMANA MENELADANI
MARIYAH?

Mariah, Wanita idola

42

Dalam salah satu hadisnya, Rasulullah SAW pernah
mengatakan tentang kedudukan Mariyah dan kaumnya,
“Perlakukanlah orang-orang Qibthi dengan baik kerana mereka
memiliki tanggungan dan hubungan kekerabatan.”

Oleh kerana itu, dari hadis Rasulullah SAW tadi, kita akan
mengetahui bagaimana kedudukan Mariyah di sisi Rasul. Jika
kaumnya sahaja begitu diistimewakan, apalagi Mariyah yang
setia mendampingi dan melayani Rasulullah SAW.

Malik menghuraikan sabda Rasulullah SAW tadi dengan
penjelasannya, “Hubungan kekerabatan dan keluarga dengan
mereka adalah bahawa Ismail bin Ibrahim berasal dari kaum
mereka dan ibu Ibrahim, putera Nabi Muhammad SAW berasal
dari kaum mereka.

Selayaknya setiap Muslimah mengetahui perikehidupan
sekaligus meneladani wanita mulia yang menjadi ummu walad
setelah Raja Al Muqauqis menghadiahkannya kepada
Rasulullah SAW.

43

Mengenai keistimewaan Mariyah Al Qibthiyah RA, tadi
kita sudah sedikit mengungkap perikehidupan dan sifat
keibuan dari Ibrahim bin Muhammad SAW ini. Untuk
mengingatkan kembali, kita akan menghurai kembali
tentang keutamaan dan keistimewaannya.

Pertama, Mariyah RA adalah seorang wanita yang
memiliki sifat hanif (lurus) sehingga ia mudah menerima
kebenaran ajaran Islam. Ketika dalam perjalanan dari
Iskandariyah menuju Madinah, Mariyah dan Sirin
menyaksikan bagaimana akhlakul karimah (peribadi mulia)
Hathib bin Abu Balta’ah RA yang menjadi duta dakwah Rasul
kepada Raja Al Muqauqis. Dia sungguh tertarik dengan
perlakuan Hathib yang begitu menghormati dan
memuliakannya.

Dari perlakuan Hathib yang baik itu, Mariyah berfikir
lebih mendalam tentang pemimpin Hathib di Madinah dan
ajaran hidup yang diajarkannya kepada Hathib dan para
pengikutnya yang lain. Tentunya, pemimpin Hathib dan
ajaran hidup yang diajarkannya itu benar-benar luar biasa.

Dari interaksi Mariyah dengan Hathib sepanjang
perjalanan menuju Madinah itulah Mariyah bersama Sirin
mengikrarkan 2 kalimah syahadah di hadapan Hathib bin
Abu Balta’ah RA.

44

Kita juga boleh menjadi seorang wanita yang hanif seperti
Mariyah Al Qibthiyah ini. Caranya mudah, asalkan kita
isitiqamah menjalankannya, iaitu membiasakan hidup yang
sihat, dari mula berfikir dengan sihat hingga menjalani
kehidupan secara sihat.

Dalam erti kata lain, kita tidak tercemar oleh kehidupan
yang merosakkan sehingga orang-orang yang memiliki sifat
hanif akan mudah menerima kebenaran Islam. Termasuk diri
kita yang mungkin awalnya hanya menjalankan Islam sebatas
ritual dan kita pun tetap bersih dari kotoran dunia. Orang-
orang yang bersih akan mudah diajak untuk memahami
bahawa Islam tidak sekadar ritual tetapi meliputi seluruh
aspek kehidupan, mulai urusan masuk ke tandas hingga
urusan pemerintahan dan kenegaraan.

Maka, kita seharusnya mampu menjaga diri dengan
membiasakan kehidupan yang sihat dan menghindarkan diri
dari lingkungan yang sakit agar kita mewarisi sifat hanif
seperti Mariyah Al Qibthiyah. Dia mudah menerima kebenaran
ajaran Islam meski hanya melihat melalui akhlakul karimah
seorang Hathib bin Abu Balta’ah RA apalagi jika seandainya
Islam dihidupkan oleh kaum Muslim seluruhnya. Tampaknya
janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terwujud, Islam akan
menjadi rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi sekalian alam).

45

Mariyah tidak ingin mengadu domba dan menyusahkan
Rasul. Dia tidak ingin menjadi beban baru bagi Rasulullah
SAW yang sangat sibuk dengan tanggunggjawabnya sebagai
utusan Allah, pemimpin umat, suami dan orang tua. Justeru
sebaliknya, Mariyah ingin membahagiakan Rasul,
meringankan tanggungjawabnya dan memberikan yang
terbaik untuk ayahanda kepada anaknya, Ibrahim.

Termasuk ketika keberadaan Mariyah di sisi Rasul yang
pernah menimbulkan konflik dengan isteri Rasul lainnya,
terutama Hafshah binti Umar bin Khattab RA dan Aisyah
binti Abu Bakar RA yang cemburu berat dengan kemesraan
Rasul dan Mariyah.

Sehinggakan konflik di antara para isteri Rasul yang
cemburu terhadap Mariyah ini membuatkan Allah
menurunkan wahyu untuk menyelesaikan urusan rumah
tangga Rasul-Nya ini. Al Qur’an mengabadikannya dalam
surah At Tahrim ayat 1-5 di mana ayat-ayatnya mengungkap
tentang keberadaan Mariyah, kecemburuan Hafshah,
pembicaraan Hafshah kepada Aisyah tentang rahsia Rasul,
kesusahan Rasul kerana pembicaraan itu dan perintah Allah
SWT kepada isteri-isteri Rasul (Hafshah dan Aisyah) untuk
segera bertaubat.

46

Mariyah sendiri bersikap sami’na wa atha’na (kami
dengar dan kami taat), menunggu dan melihat bagaimana
keputusan Allah dan Rasul-Nya atas masalah yang terjadi.
Dia tetap berkeyakinan bahawa keputusan itu pasti yang
terbaik untuknya, sekaligus ibrah (pelajaran berharga) bagi
kaum Muslim pada umumnya. Sedari awal, Mariyah
memang tidak pernah ataupun berkeinginan terhadap
sesuatu hingga membuatkan Rasul kesusahan. Kelembutan
dan sifat rendah hatinya begitu mempersonakan.

Kita juga boleh memiliki sifat lathif seperti Mariyah Al
Qibthiyah ini. Caranya, dengan berlatih dan membiasakan
diri untuk istiqamah menjalankan kewajipan-kewajipan kita
sebagai Muslimah. Dengan cara itu, kita akan mudah
menerima taklif syar’i (beban hukum) yang menjadi
tanggungjawab kita sebagai Muslim (orang yang berserah
diri). Ini bermaksud hati, perasaan dan jiwa kita telah lathif
(lembut) untuk menerima sehingga kita merasa tidak
terbeban dengan berbagai-bagai tanggungjawab yang ada.

Berbeza halnya jika kita bermalas-malasan, tidak peduli
atau bahkan tidak pernah membiasakan diri beramal soleh,
bahkan kita biasa bermaksiat. Pasti hati kita akan keras dan
membatu, merasa terbeban dengan kewajipan-kewajipan
yang ada. Oleh kerana itu, mari kita berlatih dan
membiasakan diri beramal sesuai dengan kewajipan dan
tanggungjawab kita sebagai Muslimah

47

Ketiga, Mariyah adalah seorang wanita yang cantik.
Kecantikan Mariyah tidak hanya sebatas lahiriah. Dia juga
memiliki kecantikan batiniah. Dalam erti kata lain, Mariyah
memiliki kecantikan luar dan dalam. Mariyah adalah seorang
wanita yang jujur sebagaimana kesaksian Abdullah bin
Abdurrahman sehingga Rasul pun langsung mengaguminya.

Kita juga boleh meneladani peribadi cantik yang dimiliki
oleh Mariyah Al Qibthiyah ini. Tidak susah, asalkan kita mahu
menjalaninya, iaitu melakukan ta’shimu bi hablillah (berpegang
teguh kepada tali agama Allah) dengan selalu menjalankan
kewajipan-kewajipan kita sebagai Muslimah dan membiasakan
diri untuk selalu bermuhasabah diri kita masing-masing. Kita
boleh menilai dan bermuhasabah diri, sudah sejauh mana kita
berpegang teguh pada tali agama Allah ini.

Oleh kerana itu, para muslimah selayaknya meneladani
sisi milkul yamin Rasulullah SAW ini. Mariyah memiliki sikap
hanif, lathif dan kecantikan yang istimewa sehingga
menghantarkannya menduduki posisi mulia di hati Rasulullah
Muhammad SAW.

Kita pun selayaknya mengikuti sikap hidupnya yang luar
biasa itu agar mendapatkan kedudukan mulia dalam Islam,
dicintai Allah dan Rasul-Nya serta menjadi kebanggaan kaum
Muslim pada umumnya. Untuk itu, mari kita bersama-sama
meneladani para wanita mulia yang ada di sekeliling Rasulullah
SAW ini.

48

Kita juga boleh menjadi seorang wanita yang hanif seperti
Mariyah Al Qibthiyah ini. Caranya mudah, asalkan kita
isitiqamah menjalankannya, iaitu membiasakan hidup yang
sihat, dari mula berfikir dengan sihat hingga menjalani
kehidupan secara sihat.

Dalam erti kata lain, kita tidak tercemar oleh kehidupan
yang merosakkan sehingga orang-orang yang memiliki sifat
hanif akan mudah menerima kebenaran Islam. Termasuk diri
kita yang mungkin awalnya hanya menjalankan Islam sebatas
ritual dan kita pun tetap bersih dari kotoran dunia. Orang-
orang yang bersih akan mudah diajak untuk memahami
bahawa Islam tidak sekadar ritual tetapi meliputi seluruh
aspek kehidupan, mulai urusan masuk ke tandas hingga
urusan pemerintahan dan kenegaraan.

Maka, kita seharusnya mampu menjaga diri dengan
membiasakan kehidupan yang sihat dan menghindarkan diri
dari lingkungan yang sakit agar kita mewarisi sifat hanif
seperti Mariyah Al Qibthiyah. Dia mudah menerima kebenaran
ajaran Islam meski hanya melihat melalui akhlakul karimah
seorang Hathib bin Abu Balta’ah RA apalagi jika seandainya
Islam dihidupkan oleh kaum Muslim seluruhnya. Tampaknya
janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terwujud, Islam akan
menjadi rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi sekalian alam).

49

Kita juga boleh menjadi seorang wanita yang hanif
seperti Mariyah Al Qibthiyah ini. Caranya mudah, asalkan
kita isitiqamah menjalankannya, iaitu membiasakan hidup
yang sihat, dari mula berfikir dengan sihat hingga menjalani
kehidupan secara sihat.

Dalam erti kata lain, kita tidak tercemar oleh kehidupan
yang merosakkan sehingga orang-orang yang memiliki sifat
hanif akan mudah menerima kebenaran Islam. Termasuk diri
kita yang mungkin awalnya hanya menjalankan Islam
sebatas ritual dan kita pun tetap bersih dari kotoran dunia.
Orang-orang yang bersih akan mudah diajak untuk
memahami bahawa Islam tidak sekadar ritual tetapi meliputi
seluruh aspek kehidupan, mulai urusan masuk ke tandas
hingga urusan pemerintahan dan kenegaraan.

Maka, kita seharusnya mampu menjaga diri dengan
membiasakan kehidupan yang sihat dan menghindarkan diri
dari lingkungan yang sakit agar kita mewarisi sifat hanif
seperti Mariyah Al Qibthiyah. Dia mudah menerima
kebenaran ajaran Islam meski hanya melihat melalui
akhlakul karimah seorang Hathib bin Abu Balta’ah RA apalagi
jika seandainya Islam dihidupkan oleh kaum Muslim
seluruhnya. Tampaknya janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan
terwujud, Islam akan menjadi rahmatan lil ‘alamin (rahmat
bagi sekalian alam).

50


Click to View FlipBook Version