The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azli Yusof, 2023-03-07 03:39:34

MARAN CHAMPION LEAGUE (MCL)

MARAN CHAMPION LEAGUE (MCL)

SUPER 8 TOP TIER TEAM IN MARAN COMPETE TO WIN MARAN FA PRESIDENT CUP 2022/2023 MARANCHAMPION LEAGUE (MCL) ANJURAN: PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH MARAN


Objektif 02 Latar Belakang 01 Anggaran Perbelanjaan 05 Format Kejohanan 03 Jawatankuasa Program 06 Syarat Pertandingan 04 Kesimpulan 07 KANDUNGAN


MCL 22/23 LATARBELAKANG Bola sepak sebagai sukan nombor satu di kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan muda.Sukan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang boleh dilihat dari berbagai sudut.Bola sepak mempunyai sejarah tersendiri yang begitu sinonim dengan perjuangan,semangat cintakan negara,perpaduan dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan keputusan yang membanggakan. Penganjuran kejohanan ini diharap dapat merapatkan hubungan antara belia-belia di Daerah Maran khususnya dan mencungkil bakat- bakat baru yang dapat di ketengahkan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi. Persatuan Bola Sepak Daerah Maran mempunyai persfektifnya tersendiri terhadap permainan bola sepak ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan perpaduan dan mencungkil bakat-bakat di daerah Maran khususnya.Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkn kelulusan dan bantuan kewangan daripada Persatuan Bola Sepak Daerah Maran. Penganjuran edisi kali ini berbeza kerana semua pasukan dalam Daerah Maran akan dipecahkan kepada 4 Zon yang mana hanya 2 pasukan terbaik setiap Zon akan layak memasuki MCL. Ini akan memberi peluang lebih banyak pasukan untuk bertanding.


MCL 22/23 OBJEKTIF 01 Menghidupkan kembali kemeriahan bola sepak di Daerah Maran. 02 Mengcungkil bakat baru untuk memantapkan pasukan bola sepak Daerah Maran 03 Memberi peluang kepada persatuan di bawah gabungan Maran mentadbir urus kejohanan 04 Mendekatkan belia khususnya dan semua lapisan masyarakat kepada aktiviti sukan 05 Pembangunan bersepadu pemain, pegawai, pasukan, infra dan pertandingan


FORMATKEJOHANAN 04/10 ZON LUIT 2 ZON JENGKA 2 ZON JEMPOL 2 ZON CHENOR 2 MCL 22/23 Semua pasukan dalam Daerah Maran yang ingin menyertai MCL perlu bermain di peringkat Zon. Terdapat 4 zon dalam Daerah Maran akan menganjurkan liga untuk mencari 2 pasukan terbaik yang layak untuk merebut Piala Presiden Maran Fa MARANCHAMPIONLEAGUE (MCL) 8 pasukan yang layak mendapat slot MCL akan di bahagi kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan main liga satu pusingan untuk mencari slot ke perlawanan separuh akhir. 4 pasukan terbaik akan meneruskan perjuangan untuk menempah tiket ke perlawanan akhir dan seterusnya 2 pasukan terbaik di Daerah Maran akan berentap untuk merangkul Piala Presiden Maran FA PERINGKATZON


SYARAT PERTANDINGAN MCL 22/23 PEMAIN Berumur 16 tahun ke atas. Tidak didaftarkan didalam mana-mana pasukan yang menyertai pertandingan dibawah kendalian FAM seperti Piala Belia, Piala Presiden, Piala FAM, Liga Perdana Dan Liga Super pada tahun semasa. PERATURAN PERMAINAN Peraturan pertandingan akan ditetapkan secara terperinci pada mesyuarat JK kejohanan. Undang – undang yang akan ditetapkan akan menitik beratkan tujuan asal kejohanan diadakan iaitu mencungkil bakat – bakat di dalam Daerah Maran. Di samping itu,Maran Champion League ini juga bakal melahirkan pasukan yang diuruskan oleh pengurusan yang profesional sebagaimana ditetapkan FAM.


ANGGARAN PERBELANJAAN MCL 22/23


MCL 22/23 10/10 PENGARAHPROJEK NAIB PRESIDEN 2 MARAN FA N A Z M I B I N S U L A I M A N PEGAWAITEKNIKALPERTANDINGAN MOHAMADAZLI BINMOHAMED YUSOF BAKRI BINMOHDTAHAR (P.K.C) MUHDHANIF BINZAKRI


KESIMPULAN PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH MARAN PENGARAH PROJEK Kejohanan Maran Champion League (MCL) ini adalah satu kejohanan yang mungkin menjadi pemangkin kepada penghasilan remaja, belia-belia dan masyarakat yang berkualiti dan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi menjana pembangunan salasiah diri malahan negara. Kejayaan dari kejohanan ini kemungkinan besar akan menjadi pendorong kepada penganjuran yang lebih besar dan mungkin menjadi salah satu kejohanan tahunan di Daerah Maran. Disamping itu, dengan adanya kejohanan ini dapat melahirkan jaguhjaguh bola sepak negara pada masa hadapan. Justeru itu, diharap cadangan ini mendapat kelulusan pihak Tuan untuk menghulurkan perutukan yang sewajarnya bagi menjayakan kejohanan ini. Disediakan oleh Diluluskan oleh: (NAZMI BIN SULAIMAN) (DATO' SHARUDDIN BIN JALI,DIMP,SMP.) MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Click to View FlipBook Version