\ SK KAMPONG BHARU JALAN DATOK ABDUL RAZAK 50300 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 SESI 2024 / 2025 DISEDIAKAN OLEH SITI SARAH BINTI AB KADIR Penyelaras Transisi 2024/2025
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 1 PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 ( PTTS 2.0 ) SESI 2023 / 2024 1.0 PENGENALAN Program Transisi Tahun Satu 2.0 sesi 2024/2025 (PTTS2.0) merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid daripada pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama. Secara keseluruhannya, Program Transisi Tahun satu 2.0 sesi 2024/2025 ini mengambil masa selama 4 Minggu. Program ini bermula pada 11 Mac hingga 5 April 2024. Seramai 80 orang murid tahun 1 akan mendaftar pada sesi 2024/2025. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang daripada latar belakang yang berbeza akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran formal. 2.0 RASIONAL Murid yang melangkah masuk ke tahun satu biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan latar belakang yang berbeza. Begitu juga keadaan pandemik COVID19 telah memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada semua peringkat persekolahan termasuk prasekolah. Keadaan ini mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek pengurusan pembelajaran. Antaranya; 2.1 Tahap kematangan yang berbeza antara murid 2.2 Kesediaan untuk belajar 2.3 Pengetahuan dan kemahiran Tahap kematangan mereka tidak sama kerana berpunca daripada persekitaran mereka membesar iaitu, persekitaran di rumah dan dalam masyarakat. Mereka bergaul dengan kumpulan yang lebih besar berbanding kumpulan yang pernah mereka lalui semasa di Prasekolah. Pelbagai cabaran dan dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu pertama persekolahan. Bagi murid yang telah mengikuti program prasekolah dan tadika bersedia untuk menerima pembelajaran formal manakala bagi murid yang tidak pernah didedahkan dengan program ini belum bersedia sepenuhnya. Oleh itu, bagi murid yang pernah mengikuti program prasekolah dan tadika lebih mudah berkembang berbanding mereka yang tidak mengikuti proses pembelajaran awal yang terancang.
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 2 3.0 MATLAMAT / TUJUAN Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru penyayang-Minda Cergas Mata Bercahaya. Antara tujuannya ialah; • Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan rakanrakan baru dalam masa yang singkat. • Guru dapat menyelaraskan keperluan murid dari segi kognitif, emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1. • Meningkatkan semangat dan minat murid untuk terus belajar dalam suasana yang baru • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran Tahun 1. • Membantu murid menyesuaikan diri dalam kelas Tahun 1. • Menyatupadukan pendekatan Prasekolah dengan Program KSSR di Tahun 1 • Murid yang bersedia dalam aspek sosio emosi, sikap dan nilai serta literasi dan numerasi awal bagi mengikuti pembelajaran tahun 1. 4.0 OBJEKTIF Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mencapai aspirasi berikut, iaitu: • Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal. • Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah. • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran. • Membantu murid mengurus diri sendiri. • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya..
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 3 5.0 TEMA:MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Minda Cerdas Kemampuan murid-murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu antara satu sama lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam masa yang sama murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktivit-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain daripada itu, melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid serta dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang sedia ada. Mata Bercahaya Murid-murid Tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama dengan kawan-kawan, suasana persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa dan penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun 1. 6.0 SASARAN • Murid Tahun 1 • Guru Tahun 1 • Pihak sekolah • Pihak Prasekolah • Ibu bapa • PIBG
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 4 7.0 PELAKSANAAN PTTS 2.0 PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu. PTTS 2.0 mengandungi 2 fasa iaitu: 7.1 FASA PENYESUAIAN (11-22 Mac 2024) i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan. ii. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran perbualan awal dan rehat. iii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid ( Lampiran A ). 7.2 FASA KESEDIAAN (25 Mac -5 April 2024) i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu tahun satu. ii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A). iii. Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. iv. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 5 8.0 KIT PROGRAM TRANSISI 2022 Kit Program Transisi telah disediakan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sebagai panduan para pihak sekolah dan guru tahun 1. Sehubungan dengan itu, penyelaras telah merangka buku pengurusan guru bagi merancang semua aktiviti. Untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti, penyelaras transisi telah merangka modul murid yang mengandungi lembaran kerja yang akan digunakan sepanjang PdP. Kit Program Transisi tahun Satu 2.0 Buku Pengurusan Guru PTTS 2.0 Modul Transisi Murid
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 6 9.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PTTS 2.0 Pengerusi : Pn.Noor Azizah Binti Abd Ghani Guru Besar SK Kampong Bharu Timbalan Pengerusi : En Mohd Mazli Bin Malik Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi : Pn Isrosnaizah Binti Ishak Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penyelaras: : Cik Siti Sarah Binti Ab Kadir Setiausaha : Pn Nasuha Binti Shamsudin AJK : Semua Guru Tahun 1 Nuraini Fatin Binti Ramli (Guru Bimbingan Dan Kaunseling) Senarai Guru Tahun 1 2024/2025 1 ALBIRUNI Guru Kelas : Pn Kamilah Binti Yusoff (Guru Pend. Islam & Tasmik) Guru Pembantu : Pn Suriati Binti Zaini (Guru Muzik dan Guru Tasmik) Cik Ruhana Binti Zjanis (Guru BM) En. Amirul Ridhuan Bin Harun (Guru BI) En Mohd Hanizu Bin Hussin (Guru Matematik) Pn Norafnizah Binti Maharin (Guru Sains) Pn Shahedah Binti Mohamed (Guru PJK) Norazian Binti Nording (Guru BA) Pn Norhazwani Binti Mohd Nasir (Guru Seni) En Nik Mohd Ikhwan Bin Nik (Guru Tasmik) Cik Saranya A/P Murgan (Guru Pemulihan) Pn Zainariah Binti Ismail (Guru Pend Moral) 1 ALFARABI Guru Kelas : Pn Siti Hasmaq Binti Abd Rahman (Guru Matematik) Guru Pembantu : Cik Siti Sarah Binti Ab Kadir (Guru BI) Pn Nasuha Binti Shamsudin (Guru BM) Pn Nazian Binti Mohd Salleh (Guru Sains) Pn Shahedah Binti Mohamed (Guru PJK) Pn Nur Suriati Binti Zaini (Guru Pend Islam, Tasmik dan muzik) Pn Kamilah Binti Yusoff (Guru Tasmik) Pn Norazian Binti Nording (Guru BA) Pn Norhazwani Binti Mohd Nasir (Guru Seni) Cik Saranya A/P Murgan (Guru Pemulihan)
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 7 10.0 Pelan Tindakan PTTS 2.0 PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2.0 SESI 2024 / 2025 BIL PERKARA TARIKH CATATAN 1 • Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Program Transisi 4 FEB-2 MAC 2024 Rujuk Carta 2 • Merancang Aktiviti Program Transisi oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti Minggu Orientasi 4 FEB-2 MAC 2024 Penyelaras Program Transisi 3 • Proses Penyediaan Fizikal Program • Bilik Kelas Tahun 1 3-10 MAC 2024 Penolong Kanan Kurikulum /Guru Tahun 1 4 • Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi Tahun 2024 5 MAC 2024 Semua Guru 5 • Mesyuarat AJK Program Transisi Tahun 1 Kali yang Pertama bagi Tahun 2024 6 MAC 2024 Semua Guru Tahun 1 6 • Perancangan aktiviti dan penyediaan modul dan bahan bantu belajar 4 FEB-8 MAC 2024 Penolong Kanan Kurikulum /Guru Tahun 1 6 • Taklimat Ibu bapa/ PIBG (Hari Orientasi Tahun 1) 7 MAC 2024 Pentadbir/ Semua Guru Kelas Tahun 1 / AJK Program Transisi 2024/2025 7 • Program Transisi Tahun 1 2.0 o Fasa Penyesuaian o Fasa Kesediaan 11-22 MAC 2024 25 MAC-5 APRIL 2024 Semua Guru 8 • Penutup Transisi & Guru Penyayang 5 APRIL 2024 Semua Guru
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 8 11.0 CARTA GANTT PTTS 2.0 BIL AKTIVITI FEB 2024 MAC 2024 APRIL 2024 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 Perancangan dan Agihan Tugas dan persediaan persekitaran 2 Taklimat Program AJK pelaksana 3 Keceriaan kelas dan susun atur kelas 4 Pelaksanaan modul Fasa orientasi dan modul Fasa Kesediaan 5 Penyediaan bahan taklimat kepada ibu bapa 6 Taklimat ibu bapa dan senarai semak kesediaan murid 7 Transisi (Fasa Orientasi) 8 Transisi (Fasa Kesediaan) dan Pentaksiran 9 Proses Penilaian Murid Tahun 1
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 9 12.0 PERBELANJAAN Anggaran Pendapatan: BIL PERKARA JUMLAH 1. KUTIPAN BAYARAN IBU BAPA TAHUN 1 (BAHAN TRANSISI) RM 30.00 X 80 RM 2400.00 2. SUMBANGAN PIBG RM 300.00 JUMLAH RM 2700.00 Anggaran Perbelanjaan: BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH 1 Modul Transisi Lembaran Transisi RM7.00 X80= RM560 RM5.00 x80=RM400 RM 960.00 2. Pertandingan Tempat 1: RM 10.00 X 2 = RM 20.00 Mewarna Tempat 2: RM 8.00 X 2 = RM 16.00 (Individu) Tempat 3: RM 7.00 X 2 = RM 14.00 JUMLAH: RM 50.00 RM 50.00 Pertandingan Tulisan Tempat 1: RM 10.00 X 2 = RM 20.00 Kemas Tempat 2: RM 8.00 X 2 = RM 16.00 Tempat 3: RM 7.00 X 2 = RM 14.00 JUMLAH: RM 50.00 RM 50.00 Pertandingan Tempat 1: RM 10.00 X 2 = RM 20.00 Membaca Tempat 2: RM 8.00 X 2 = RM 16.00 Tempat 3: RM 7.00 X 2 = RM 14.00 Murid terbaik transisi Cenderahati murid JUMLAH: RM 50.00 RM 15 x 4=RM60 RM 4 x 80=RM320 RM 50.00 RM 60.00 RM320.00 RM 530.00 3. Bahan aktiviti transisi Tag dan tali tag Nama 80 pcs Kertas Warna 2 rim Kertas Putih 2 rim Playdoh dan belon 80 pcs Gam dan Gunting 80 pcs Kayu Batang Ais Krim (8 pack) Kertas Lukisan 100 helai Laminate Film 2 pack Manila kad 10 keping Bahan aktiviti Pembelajaran berasaskan projek (PBP) RM1210.00 JUMLAH RM 2700.00
Kertas Kerja ProgramTransisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) 2024/2025 | 10 13. JADUAL AKTIVITI MINGGU TRANSISI Rujuk Buku Pengurusan Guru Program Transisi 14. PENUTUP Adalah diharapkan agar Program Transisi 2.0 sesi 2024/2025 ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping dapat meningkatkan perasaan ingin tahu dalam kalangan murid serta keyakinan diri untuk terus belajar di sekolah ini. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………........................... ….………………………….…..... (SITI SARAH BINTI AB KADIR) (MOHD MAZLI BIN MALIK) Penyelaras Program Transisi 2.0 PK Pentadbiran, SK Kampong Bharu SK Kampong Bharu Disahkan Oleh: ................................................................... (NOOR AZIZAH BINTI ABD GHANI) Guru Besar, SK Kampong Bharu.