The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahash21, 2021-05-23 01:33:38

Batas Pergaulan (1)

Batas Pergaulan (1)

MENGENALPASTI
BATAS-BATAS
PERGAULAN

Our Team

AZDHARI UWIES BIN FAZARIOUS
20DKA1 8F2030

MUHAMMAD AFIQ IZZAN BIN TIMI
20DKA1 8F2020

NUR FITRAH BINTI ESA
20DKA1 8F201 8

NUR AIN FATIHAH BINTI ISKANDAR
20DKA1 8F201 6

AISYAH BINTI ASHKAR
20DKA1 8F201 4

ISI KANDUNGAN 4
5
● PENGHARGAAN 8
● PENGENALAN 9
● PERINGKAT-PERINGKAT PERGAULAN 11
● AURAT DAN PEMAKAIAN LELAKI DAN WANITA 14
● ADAB YANG PERLU DIIKUTI KETIKA BERGAUL 19
● HUKUM PERGAULAN DIANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 20
● IMPLIKASI DARIPADA PERGAULAN BEBAS 21
● KESIMPULAN 23
● LAMPIRAN
● RUJUKAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan e-folio
yang ditugaskan ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuhnya penghargaan kepada Puan Farah Hanan
binti Abu Bakar pensyarah subjek DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam diatas kesudian dan
kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sanggup
membantu kami dari segi bantuan kewangan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian
Terima Kasih.

PENGENALAN Tentu konteks yang dibahas adalah hubungan interaksi
lawan jenis yang berstatus bukan mahram. Dan salah satu
Pergaulan antara lawan jenis merupakan contoh muamalah antara lawan jenis yang mendatangkan
sebuah keniscayaan dalam kehidupan sehari-hari, maslahat dicontohkan oleh isteri-isteri nabi yang
namun potensi fitnah juga terdapat di dalamnya meriwayatkan hadis kepada kaum lelaki dan menjawab
karena bila tidak diatur maka tentu akan pertanyaan-pertanyaan mereka terkait ilmu agama. Andai
membawa mudharat dengan melanggar batas- bukan kerana muamalah antara lawan jenis ini maka sangat
batas larangan agama. Oleh sebab itulah Islam sulit rasanya segala riwayat-riwayat tersebut dapat diajarkan
sebagai agama yang sempurna, menyeluruh, dan
mencakup segala aspek kehidupan manusia
menetapkan pelbagai aturan dalam hubungan
muamalah antara lawan jenis agar mendatangkan
maslahat dan bukannya menimbulkan mafsadat.

Namun di sisi lainnya, muamalah antara
lawan jenis juga dapat mendatangkan mafsadat
manakala dapat menyebabkan seseorang melanggar
batas-batas larangan Allah Ta’ala. Bahkan dalam
Islam terdapat suatu kaedah yang disyorkan oleh
para ulama dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, yaitu
Saddu Dzaraai’. Kaedah ini menyebutkan bahwa
apabila suatu hal itu dibolehkan namun dapat
menghantarkan seseorang kepada hal yang dilarang
dan diharamkan Allah, maka hal yang awalnya boleh
tersebut juga menjadi haram hukumnya. Salah satu
contoh iaitu adalah dilarang bercinta (couple) selagi
tidak berkahwin kerana itu dapat mendekatkan
seseorang itu pada perbuatan zina. Dan fakta inilah
yang banyak terjadi pada zaman kita sekarang ini.
Wal ‘iyyadzu billah.

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal
daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti
bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini
ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan
ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi
dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara
seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang
atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari

dua orang sahaja.

PERINGKAT-PERINGKAT PERGAULAN

PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT TOLONG-
PENGENALAN MEMAHAMI MENOLONG

Berkenalan atau taaruf ialah Peringkat memahami atau Peringkat tolong-menolong atau
peringkat yang membantu tafahum ini merupakan taawun ialah peringkat yang
kita untuk saling kenal- peringkat yang dapat terjalin daripada hubungan yang
mengenali dalam memahami sifat, latar akrab. Namun, setiap tindakan
memulakan sesuatu belakang akhlak seseorang. yang dilakukan dalam pergaulan
hubungan. Melalui cara ini, Dengan ini mudahlah kita antara sesame manusia mestiah
kita dapat mengetahui sifat, untuk menentukan orang bertetapan dengan peraturan
bangsa, agama, kegemaran yang akan menjadi teman yang telah ditetapkan oleh Allah
dan kedudukan yang ada SWT.
pada diri seseorang kita.
03

AURAT DAN
PEMAKAIAN
LELAKI DAN

WANITA

Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut Islam, perkara penting
yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita.
Aurat diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud
keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi
daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-
A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

AURAT LELAKI PEMAKAIAN LELAKI

Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak
al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah
antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu,
adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan
pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah
dengan sempurna. untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi
menurut syariat Islam.
AURAT WANITA
PEMAKAIAN WANITA
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita
ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua
tapak tangannya (Maudidi,1 995) anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan
seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestil
longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaia
wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan
tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelak
Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki d
tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan
berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang
disyariatkan dalam Islam.

ADAB YANG PERLU DIIKUTI KETIKA
BERGAUL

1 . Memelihara pandangan

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat” (QS. 24:30)

2. Menutup aurat secara sempurna

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya

Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur : ayat 31 ).

3. Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram

Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah
berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya
yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).

4. Menjaga perkataan dan mengawal perbualan

Melunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut.
Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan
sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang
berbunyi : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 1 9).

Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung ,
contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerananya menggambarkan
keperibadian penuturnya.

5.Mengawal perhiasan

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-
orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang
keji)” surah Al-ahzab 33,33

6. Menghindari tempat tidak baik

Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi
bahaya yang banyak(akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) iaitu:

Itsarat asy-syahwat(menimbulkan gejolak syahwat). Hal ini dapat mengakibatkan dua hal
negatif:
Idthirab an-nafs(kegoncangan dan kegelisahan jiwa)
Al-wuqu’ fi al-ma’ashi(terjatuh kepada kemaksiatan)

Su’uzhann al-akhrin(menimbulkan prasangka buruk orang lain).
Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram(terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan
oleh Allah SWT).
Idh’af al-iman wa’adamu karahiyat al-ma’ashi(melemahkan iman dan kehilangan
kebencian kepada kemaksiatan).
‘Urdhatun li su-il khatimah(terancam meninggal dalam su’ul khatimah).
Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’(tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya
maksiat tersebut ke tengah masyarakat).

HUKUM Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi
PERGAULAN (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini
DIANTARA LELAKI tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih
DAN PEREMPUAN mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada
hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita
kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur
pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat
dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi
wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat
bagi wanita.

LARANGAN BERKHALWAT DAN MUSAFIR Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat
TANPA MAHRAM dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula
melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram.
Perempuan dilarang bermusafir bersendirian Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’
tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan
lelaki ajnabi (sah kawin dengannya). perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur
pergaulan.
Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada
hadis-hadis berikut: Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu
pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah
i. Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah
kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana
tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian.
kecuali ada bersamanya mahram.” Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada
pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama
ii. Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari
dengan perempuan kecuali bersamanya larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram.
mahram dan tidak harus musafir kecuali
bersamanya mahram.”

HUKUM PREMPUAN SOLAT JEMAAH DI Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes
MASJID wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan
bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram.
Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi
lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh
melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di berada dalam satu saf dengan lelaki. Kalau dalam solat yan
masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak
wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi
adalah lebih afdhal bagi mereka. dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih
terdedah kepada fitnah, sudah tentu tegahan bergaul dalam
Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak keadaan itu lebih ditegah.
mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami
atau wali, tidak memakai bau-bauan tidak berhias dan
tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah
di dalam masjid. Syarak menentukan saf bagi wanita
dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki.
Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang
dinyatakan oleh Abdullah bin Abbas yang beliau
mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah
r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau
berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka
menunaikan solat bersama.

HUKUM WANITA TURUT SERTA DALAM Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan
PERANG JIHAD Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka
ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan
Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang
ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri
jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang
serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan
izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta
berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa

jihad bagi wanita adalah mengerjan haji.

Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal
menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di
medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan

tidak boleh bergaul dengan lelaki.

WANITA TIDAK WAJIB SOLAT JUMAAT

Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak
wajib menunaikan solat jumaat. Mazhab Hanafi
berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah
kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di
samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki
dlam keadaan yang boleh membawa fitnah. Alasan ini
membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita
dan lelaki ajnabi adalah haram.

IMPLIKASI DARIPADA PERGAULAN BEBAS

Merosakkan jiwa dan akhlak Menyuburkan perzinaan

Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi
buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk ketika puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh
bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan
dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal.
akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat
seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan
kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina
kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon dan perbuatan maksiat yang lain.
keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT
serta melakukan perbuatan-perbuatan yang Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara

disukai-Nya. Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah
SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat
Membawa kepada kemurkaan akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah,
Allah SWT seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga
dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan
Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah daripada pergaulan bebas ini.
Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang
mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar
perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat
kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada
dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi

mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.

KESIMPULAN

Pergaulan merupakan interaksi antara manusia. Setelah melaksanakan kertas kerja ini
kami mendapati pergaulan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Namun, setiap perkara di dunia datang dengan dua aspek, positif dan negatif. Oleh itu,
dalam bergaul, kami percaya kita sebagai manusia perlu bersandarkan syariat Allah dan
hadis Rasulullah. Hal ini supaya, implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak
berlandaskan syariat iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan secara efisien.

Tambahan lagi, melalui kertas kerja ini, kami dapat mengetahui inisiatif yang boleh
dilakukan bagi membendung gejala pergaulan bebas menyeluruh kepada semua pihak
seperti individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat, dan juga negara. Setiap pihak perlu
memainkan peranan masing-masing supaya hal ini dapat dibanteras secara efisien.

Selain itu, kami dapat mempelajari, adab-adab yang perlu di patuhi agar kita sebagai
manusia tidak melanggar batas yang telah ditetapkan Allah dan yang disampaikan oleh
Rasulullah. Peribahasa yang bersesuaian dengan tajuk kertas kerja yang kami lakukan ini
adalah “mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku,
adalah sebaiknya kita cuba sehabis baik untuk mencegahnya. Walau bagaimanapun,

manusia hanya merancang, hanya Allah yang menentukan.

LAMPIRAN

Selain pandangan, hal lainnya yang perlu dititik beratkan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dalam hal
bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan juga berkhalwat (berduaan). Nabi SAW bersabda :

“Sungguh jika kepala seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya daripada dia menyentuh
perempuan yang tidak halal baginya.” (HR. Tabrani & Baihaqi)

“Tidaklah sekali-kali seorang laki-laki menyepi (berkhalwat) dengan seorang perempuan kecuali yang ketiganya adalah setan.”
(HR. Tirmidzi & Ahmad)

“Tidak boleh seorang laki-laki menyepi dengan seorang perempuan! Dan tidak boleh seorang perempuan melakukan safar
kecuali bersama dengan mahramnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Cinta (Al-Hubb) di dalam Islam merupakan sesuatu yang agung, bahkan menurut Ibnul Qayyim dalam kitab Ad-Daa’ wa Ad-
Dawaa’, beliau menyebutkan bahawa salah satu karakteristik ibadah iaitu adanya perasaan cinta yang mendalam dengan
ketundukan kepada yang berkuasa iaitu Allah Ta’ala yang bermaksud ketika kita mencintai dan tunduk kepada sesuatu melebihi
cinta kita kepada Allah maka kita akan tergolong kepada perbuatan syirik khafi, kerana secara tidak langsung kita menganjungi
sesuatu selain Allah. Itulah makna dari firman Allah Ta’ala :

{Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan tandingan-tandingan selain Allah yang mereka cintai sebagaimana cinta
kepada Allah. Adapun orang-orang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah.} (QS. Al-Baqarah : 1 65)

Oleh kerana itu sebagai seorang muslim kita wajib menjadikan Allah Ta’ala sebagai satu-satu yang paling kita cintai melebihi
apapun di dunia ini, kerana itu sahaja kunci untuk kita mampu untuk menikmati dan merasai nikmat iman.

Rasulullah SAW bersabda : “Tiga hal yang apabila terdapat pada diri seseorang maka dia akan merasakan manisnya
keimanan : Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari apapun, apabila mencintai seseorang maka cintanya itu
berdasarkan rasa cinta kepada Allah, dan benci apabila dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci bila
dimasukan ke dalam neraka.” (HR. Bukhari-Muslim)

RUJUKAN

INTERNET

1 - https://fattfatma.wordpress.com/201 3/07/31 /aturan-pergaulan-menurut-syariat-islam/
2- http://adabpergaulan.blogspot.my/p/adab-pergaulan-lelaki-dan-perempuan.html
3- https://fadhlyashary.blogspot.com/201 1 /1 2/cara-bergaul-yang-benar-menurut-islam.html
4- http://bmk1 201 0.blogspot.my/


Click to View FlipBook Version