The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KSSM_2021_DP_Bahasa_Melayu_Tingkatan_5_(_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maegan chong, 2021-07-05 02:47:11

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM

KSSM_2021_DP_Bahasa_Melayu_Tingkatan_5_(_compressed

...,
C

Menulis Simbol Kedaulatan Negara

1. Berdasarkan kolaj, tulis karangan dengan bahasa yang berbudaya dalam
bentuk:

Aktiviti a. Karangan rencana tentang langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang.
b. Surat rasmi kepada pihak yang berkenaan untuk membuat aduan tentang
kesilapan pengibaran Jalur Gemilang.

2. Sediakan buku skrap yang mengandungi maklumat tentang Jalur Gemilang.

Kibarkan Jalur Gemilang

TEMA 13 1 Bendera dinaikkan
atau diturunkan secara
2

perlahan-lahan dan

tidak tergesa-gesa.

Sebahagian daripada

Jati Diri, Warganegara Patriotik bendera hendaklah

diselempangkan ke

bahu supaya tidak

meleret ke tanah.

Upacara menaikkan bendera dilakukan 4
pada awal sesi persekolahan, manakala
upacara menurunkan bendera dilakukan
setelah tamat sesi persekolahan.

Semasa bendera 3
sedang dinaikkan,

semua yang berada

di kawasan yang

berhampiran

hendaklah Pada hari-hari biasa dan ketika ada
acara Kerajaan Persekutuan, Jalur
berdiri untuk Gemilang berada pada kedudukan
di tengah-tengah. Di kirinya ialah
menghormatinya. bendera negeri, manakala
di kanannya ialah bendera institusi.

174

5 Bendera separuh 6

tiang dikibarkan Memotong
ketika pemimpin bendera untuk
negara meninggal apa-apa tujuan
dunia. pun tidak
dibolehkan.
Naikkan bendera Namun
ke puncak. Kemudian, demikian,
turunkannya kain lain yang
perlahan-lahan ke bermotifkan
separuh tiang sebagai warna dan
tanda berkabung. corak bendera
boleh dipotong dan dibuat baju.
Bendera yang 7 Bagi tujuan meraikan kejayaan
negara, bendera boleh digunakan
dipasang pada untuk menyelimuti tubuh TEMA 13
pemenang.
kenderaan
Sama ada pada 8
berat hendaklah
tiang, pada
teguh agar tidak bangunan, atau
pada kenderaan,
tercabut dan pastikan bendera
tidak dipasang
jatuh ke jalan terbalik.

lalu dilenyek Jati Diri, Warganegara Patriotik

kenderaan lain

atau terlalu

besar hingga

mengganggu

pengguna jalan raya yang lain.

9 Bendera 10 Bendera yang telah

hendaklah rosak tidak boleh
disimpan di dibuang ke dalam
tempat khas. tong sampah atau
Sebelum dibiarkan reput di
dinaikkan, tanah. Lupuskannya
pastikan dengan cara
bendera membakarnya.
tersebut berada Walau
dalam keadaan bagaimanapun,
baik. Jika telah bendera yang baharu dan masih elok tidak
lusuh atau telah boleh dibakar atau dipijak.
koyak, bendera
tersebut hendaklah dilupuskan.

(Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan u175
bahasa berbudaya. KPM

Masa Itu Emas

Pengukuhan

1. Laksanakan Pembelajaran Berbalik. Sediakan:

Aktiviti

tema. Soalan tersebut mestilah terdiri daripada aras rendah, sederhana,
dan tinggi. Markah ditentukan berdasarkan darjah kesukaran sesuatu
soalan.
2. Laksanakan permainan.

TEMA 13

Jati Diri, Warganegara Patriotik Kenal pasti frasa dalam ayat. Lengkapkan frasa peribahasa.
Nama saya Zanariah. (2 markah) Biduk ……., …………. bertaut

(4 markah)

Cara Permainan

Permainan ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau secara individu.
Bilangan pemain tidak dihadkan.
Pemain dikehendaki memutarkan jarum jam. Nombor yang diperoleh
didarabkan dengan 10 saat bagi menentukan jumlah masa yang diperuntukkan
untuk menjawab soalan. Pemain boleh menjawab seberapa banyak soalan
berdasarkan aras soalan yang dipilih selagi masa belum tamat.
Soalan yang tidak dapat dijawab hendaklah diletakkan semula ke dalam
susunan kad yang belum dijawab. Soalan yang telah dijawab dengan tepatnya
hendaklah diletakkan ke dalam susunan kad yang berasingan.
Permainan dikira tamat apabila semua soalan berjaya dijawab atau peruntukan
masa telah tamat.
Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah terkumpul yang paling banyak.

176

Pengayaan Tiket Merentas Benua
Aktiviti
Berdasarkan carta alir, laksanakan aktiviti yang berikut dengan menggunakan
intonasi yang sesuai:

Malaysia Antarabangsa.

bertugas tentang isu permohonan pasport.

Carta Alir Permohonan

Pasport Malaysia Antarabangsa

Tanggungjawab/ Proses Kerja Tempoh Masa
Tindakan
Mula Mula TEMA 13

Pelanggan Lengkapkan Beratur dan serahkan
Permohonan dokumen untuk semakan
di kaunter nombor giliran
Pegawai Imigresen
di Kaunter Pertanyaan Tidak Lengkap Lengkap Semak dokumen 15 minit
Pegawai Imigresen Lengkap Serahkan nombor giliran
di Kaunter Pertanyaan Jati Diri, Warganegara Patriotik
Tunggu sehingga nombor
Pelanggan giliran dipanggil dan serahkan
permohonan/pasport lama

Pegawai Imigresen Buat pindaan/pembetulan Tidak Lengkap Semak Mykad/sijil kelahiran,
di Kaunter Pertanyaan imbas cap jari dan ambil gambar 25 minit

Pegawai Imigresen Cetak maklumat
di Kaunter Penerimaan permohonan

Pelanggan Tidak Betul Betul Semak cetakan maklumat 30 minit
Pelanggan Lulus permohonan
Isi ruang 60 minit
Pegawai Kanan catatan Tandatangan dan cap jari
Imigresen Jumlah
Pelanggan Ralat Semak permohonan untuk 130 minit
Pegawai Imigresen keputusan
di Bilik Proses Buat pindaan
Tunggu sehingga nombor
Pelanggan Tidak Betul giliran dipanggil dan buat
Pelanggan bayaran
Cetak pasport
Tamat Tunggu sehingga nombor
giliran dipanggil dan semak
pasport di Kaunter Serahan
Tandatangan, imbas cap jari
dan ambil pasport

Tamat

(Sumber: www. imi.gov.my)

177

Kalau bahasa bersemi hebat,
Itulah tanda bangsa bermartabat.
Kalau sastera mendukung budaya,
Itulah sikap menghargai karya.
Kalau bahasa dan sastera terjaga,
Itulah jati diri warisan warga.

178

•• ...

.• · ·•

14• TEMA



CITRA BAHASA

DAN SASTERA KITA

1. Mengapakah kita perlu menghargai jasa
Sasterawan Negara?

2. Bagaimanakah cara menyemarakkan
budaya membaca dalam kalangan remaja?

3. Huraikan peranan peribahasa dalam
masyarakat.

4. Apakah yang anda tahu tentang penerbitan
karya? Jelaskan.

179

Daripada Minda kepada
T inta IlmudManenBdeerntugtaurr

1. Berdasarkan bahan, berbincanglah tentang program untuk menghargai

peranan Sasterawan Negara dengan menerima atau menolak hujah secara

Aktiviti rasional dan bertatasusila.

2. Buat resensi buku sebuah karya Sasterawan Negara.

TEMA 14 Sembang Sastera

Adib Zamir, Matheena, Irdina, dan Yin Soon berbincang tentang acara yang akan diadakan
untuk menghargai peranan Sasterawan Negara dalam pembangunan masyarakat melalui
telesidang.

Adib Zamir

Citra Bahasa dan Sastera Kita Sasterawan Negara telah memainkan
peranan penting sebagai pemangkin
pembangunan negara. Sebagai murid, kita
wajar menghargai mereka.

Matheena

(4) Saya tidak menafikan peranan yang
dimainkan oleh Sasterawan Negara. Namun
Irdina demikian, kita juga tidak boleh mengetepikan
! peranan yang dimainkan oleh para penulis
muda.

Penulis muda banyak berkarya
melalui media sosial. Terdapat karya
mereka yang tidak boleh dipandang
ringan.

Yin Soon
Ada satu ungkapan, “tebu pada awak,
peria pada teman”. Irdina mungkin
menggemari karya penulis muda
tetapi orang lain tidak.

Irdina

,I Karya penulis muda seperti Karim
Mohd, Ruhaini Matdarin, dan Wan
Nor Azriq terbukti bermutu. Karya
mereka turut memenangi hadiah
sastera.

180

SasterMaewngahnargNai egara
SMK BITARA JAYA

15 – 19 Jun 20

Bicara Karya

Keris Mas Shahnon Usman A. Samad Arena Muhammad TEMA 14
Ahmad Awang Said Wati Haji Noordin
Salleh Hassan

Abdullah S. Othman Anwar Kemala Baha Zain Zurinah Siti Zainon Citra Bahasa dan Sastera Kita
Hussain Kelantan Ridhwan
Hassan Ismail

Latar Belakang Objektif

Pembinaan sesebuah negara bukan Penganjuran acara “Menghargai
sahaja terletak pada kemajuan material. Sasterawan Negara” adalah untuk
Pembangunan negara perlu seiring mencapai objektif yang berikut:
dengan kematangan pemikiran rakyat 1. Memberi murid pengetahuan tentang
dan pembangunan jati diri bangsa. Salah
satu cara untuk mencapai kematangan cara untuk menghayati karya sastera
dalam pelbagai aspek.
kiran adalah melalui penulisan karya 2. Memupuk kesedaran murid tentang
sastera. peranan sastera untuk membentuk
pemikiran dan jati diri masyarakat

Malaysia.

3. Mendedahkan seberapa banyak karya

Sasterawan Negara yang menjadi

khazanah kesusasteraan tanah air.

4. M e l a h i r k a n m u r i d y a n g d a p a t

menghasilkan karya sastera yang

bermutu.

Sastera Pencetus Minda Masyarakat

1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan 181
bertatasusila.

... .. ;,.~l:;·j~,-;••;;,;t{!tt~~~:



Jawi Peranakan

Membaca 11·--~-c::· ·_ < -::··>~?_'.':-\:;:,

1. Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai untuk
mendapatkan maklumat. Kemudian, terangkan kekuatan dan kelemahan
penggunaan bahasa golongan Jawi Peranakan.
Aktiviti 2. Terokai pelbagai bahan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Jawi

Peranakan. Kemudian, bentangkannya.

Bahasa Pertuturan Jawi Peranakan Pulau Pinang

TEMA 14 Jawi Peranakan di Pulau Pinang ialah kelompok
peranakan yang beragama Islam. Selain
Citra Bahasa dan Sastera Kita berlatarbelakangkan India sebagai tempat asal,
kelompok ini juga merangkumi golongan lain seperti
Arab, Benggali, Punjabi, Gujerati, dan Afghani yang
berkahwin campur dengan orang Melayu tempatan.
Kelompok ini merupakan kelompok unik yang
mengamalkan budaya campuran antara budaya asal
dengan budaya Melayu.

Bahasa pertuturan harian masyarakat Jawi
Peranakan di Pulau Pinang ialah Dialek Melayu
Pulau Pinang (DMPP). Dialek ini bukan sahaja
digunakan oleh mereka dalam khalayak, malahan dalam institusi
kekeluargaan. Penggunaan bahasa Melayu berpunca daripada wujudnya pertembungan
budaya dalam corak kehidupan harian mereka melalui perkahwinan campur antara lelaki
India Islam dengan wanita Melayu Islam tempatan pada suatu ketika dahulu.

DMPP yang dituturkan oleh komuniti ini tidak sama antara satu kumpulan dengan
kumpulan lain yang menjadi teras kepada Jawi Peranakan tersebut. Sebagai contoh, Jawi
Peranakan yang berteraskan Tamil, maka terlihatlah pengaruh bahasa Tamil yang kuat dalam
DMPP mereka. Jawi Peranakan yang berteraskan Arab pula dipengaruhi oleh bahasa Arab.

Bagi generasi Jawi Peranakan yang berteraskan India Islam yang awal, walaupun bahasa
Tamil merupakan bahasa ibunda, kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.
Selepas generasi keempat, bahasa Tamil tidak lagi dipelihara oleh masyarakat ini. Bahasa ini
dikatakan semakin pupus dalam corak kehidupan harian mereka.

Penggunaan DMPP dalam kalangan masyarakat Jawi Peranakan yang terasnya India
Islam ini memperlihatkan pengaruh bahasa Tamil yang jelas.

Bapa – atta, ba
Datuk – tok atta, tok ba, dada, tok caca, appa
Nenek – nani, mamak, nana

}Kakak – aci, na, akka

[ lAbang – nana, ane, anen
Contoh pengaruh bahasa Tamil -·
dalam kosa kata panggilan
keluarga. .':,

Demikian serba ringkas tentang DMPP yang digunakan sebagai bahasa pertuturan ~--.,7 '•1 ,
sehari-hari dalam kalangan Jawi Peranakan. Oleh sebab orang Jawi Peranakan merupakan
mereka yang berdarah kacukan, maka bahasa yang digunakan oleh mereka juga tidak dapat ·•· ;, '
lari daripada pengaruh bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa Tamil. Pengaruh ini mungkin agak
tebal bagi generasi awal Jawi Peranakan. Namun demikian, pengaruh ini semakin menipis bagi
generasi kemudiannya.

(Sumber: Noriah Mohamed dan Omar Yusof. “Tinjauan Identiti dan Bahasa Hibrid dalam
182 kalangan Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia”

dlm. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 28(2), hlm 35 – 61, 2010)

Akhbar TEMA 14

Berbahasa Melayu Pertama Citra Bahasa dan Sastera Kita

Akhbar berbahasa Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1876
di Singapura ialah Jawi Peranakan. Akhbar ini diterbitkan dalam empat halaman
pada setiap hari Isnin dengan jumlah cetakan sekitar 250 naskhah. Bagi tahun
pertama, penerbit menggunakan cap litograf tetapi setelah mesin cetak Melayu
(Jawi) diperoleh dari England, akhbar ini dicetak dengan gaya cetakan yang jelas
dan mudah.

Antara tokoh penting dalam penerbitan akhbar ini termasuklah Munsyi
Muhammad Said Dada Muhyiddin yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau
dilahirkan daripada keluarga peranakan Tamil di Pulau Pinang. Keadaan
ini bukan sahaja menunjukkan peranan masyarakat Jawi Peranakan dalam
pembangunan Pulau Pinang tetapi juga dalam pembangunan dunia Melayu
Nusantara. Buktinya, walaupun akhbar Jawi Peranakan diterbitkan di Singapura,
pengarangnya ialah anak kelahiran Pulau Pinang.

Jawi Peranakan diterbitkan untuk menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan
orang Melayu. Selain itu, akhbar ini juga menyiarkan bahan bacaan seperti berita
tempatan, petikan berita luar negara, dan surat daripada pembaca. Akhbar ini
juga digunakan sebagai wacana untuk mengembangkan hasil kesusasteraan
Melayu yang sebahagian daripadanya bertemakan nasionalisme. Wartawan Jawi
Peranakan pula pada umumnya terdiri daripada kaum Jawi Peranakan. Mereka
banyak menulis tentang kepentingan orang Melayu.

Oleh sebab kekurangan bahan bacaan untuk
sekolah Melayu selepas pertengahan abad ke-19,
akhbar ini telah dijadikan sumber bacaan utama
di sekolah Melayu. Akhbar ini diedarkan di Negeri-
negeri Selat dan di kawasan-kawasan sekitarnya
seperti Riau dan Sumatera Barat, dan juga
di Betawi, Semarang, dan Jawa. Jawi Peranakan
mempunyai beberapa ejen di London, Pulau
Pinang, Melaka, Kelang, Kuala Kangsar, Johor, Deli,
Padang, Betawi, dan Sarawak.

Jawi Peranakan diterbitkan hingga bulan April
1895. Akhbar Jawi Peranakan yang menggunakan
cogan kata “Tawakal itu Sebaik-baik Bekal” ini
menjadi sumber penting dalam perkembangan
bahasa Melayu. Kemunculan akhbar ini
menjadi faktor penting dalam sejarah kegiatan
kewartawanan dan keintelektualan orang
Melayu. Kini, masih terdapat beberapa naskhah
akhbar ini di Arkib Negara Malaysia.

(Sumber: Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 2, hlm. 1032 – 1033, 1995.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

2.4.1 Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat re eksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam 183
pelbagai bidang ilmu.

Bacalah dengan Hatimu

Menulis Seni Bahasa

1. Baca teks dengan telitinya. Kemudian, buat justi kasi pentingnya amalan

membaca dibudayakan dalam kalangan masyarakat dan olah maklumat

Aktiviti yang terkandung dalam teks tersebut dalam pelbagai bentuk penulisan dan
bahan gra k.

2. Berdasarkan bahan, hasilkan skrip drama yang bertemakan galakan budaya

membaca.

3. Cadangkan aktiviti yang sesuai dijalankan di sekolah anda untuk

menyemarakkan program Dekad Membaca Kebangsaan. 6

TEMA 14 Dekad Membaca Kebangsaan
2021 – 2030
Pendidikan

Mewujudkan Malaysia sebagai negara 5 sepanjang hayat
membaca dan bangsa Malaysia yang berilmu

dan bertaraf dunia menjelang tahun 2030.

Citra Bahasa dan Sastera Kita Prasekolah Tahap pencapaian pembacaan rakyat Capaian digital
Malaysia yang aktif membaca meningkat atau e-buku
kepada 25 peratus daripada jumlah
penduduk pada lima tahun pertama 4
pelaksanaan program.
Pembangunan
Kelompok Sasaran pembacaan

Memperkenalkan bahan dan pembacaan awal. dalam kalangan
remaja dan

3 kanak-kanak

Sekolah Rendah Memperkenalkan teknik membaca dan Pelaksanaan
menganalisis.
Pesta buku
Sekolah Membaca untuk pengetahuan kreatif dan sebagai destinasi
Menengah inovatif.
2 perbukuan
Pelajar (UA/US) Membaca untuk pengetahuan kreatif dan masyarakat
inovatif, rekreasi, dan lain-lain.

Masyarakat 1Membaca untuk meningkatkan pengetahuan Pembangunan
Umum prasarana dan
dan pembacaan sebagai asas kerjaya. aktiviti membaca
Penjawat
Awam Membaca untuk meningkatkan profesionalisme
dan menambah ilmu dalam urus tadbir kerajaan.
Belia
Membaca untuk rekreasi dan menambah Kepelbagaian
184 ilmu pengetahuan yang kreatif dan inovatif. program
membaca

(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)

I

MMie:11m11u11p11u1 k Budaya Membaca

Kajian profil membaca rakyat Malaysia bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia

- yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara ialah majalah (62.8 peratus); akhbar (61.2
Malaysia (PNM) pada tahun 2005 mendapati peratus); buku ilmiah (54.8 peratus); novel
rakyat Malaysia hanya membaca sebanyak dan ksyen (47 peratus); bahan dalam talian
d u a na s k ha h buku setahun. Walau (46.4 peratus); buku bukan fiksyen (29.9
bagaimanapun, angka ini meningkat kepada peratus); komik (25.3 peratus) dan jurnal

15 naskhah pada tahun 2014. Bilangan (19.9 peratus). Statistik ini menunjukkan

ini dianggap masih rendah berbanding bahawa anggapan masyarakat memilih

dengan 40 judul buku setahun di negara bahan bacaan yang kurang nilai ilmiah

maju. Laporan Adult and Youth Literacy adalah kurang tepat. Kajian ini menunjukkan

National Regional and Global Trends bahawa kebanyakan rakyat Malaysia TEMA 14

1985-2015 terbitan UNESCO Institute for membaca bagi tujuan untuk menambahkan

Statistic pula menunjukkan kadar celik ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.

huruf rakyat Malaysia adalah sebanyak 94.94 Bahan bacaan juga dipilih sebagai bahan

peratus. Namun demikian, secara purata, hiburan bagi mendapatkan motivasi serta

rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga untuk tujuan pendidikan. Oleh itu, bolehlah

20 buah buku setahun. Jika dibandingkan dikatakan bahawa masyarakat kita berada

dengan jumlah penduduk negara, kadar di landasan yang betul jika diukur daripada Citra Bahasa dan Sastera Kita

literasi rakyat negara ini masih jauh jumlah dan jenis bahan bacaan.

ketinggalan.

Menurut statistik PNM, trend pinjaman

bahan dari perpustakaan di seluruh negara

Membacamenunjukkan sedikit penyusutan. Hal ini
berlaku demikian mungkin kerana bahan

Membukabacaan masyarakat kini tidak lagi terhad
kepada buku zikal. Generasi Y dan netizen

Mindalebih gemar mengakses bahan bacaan
melalui Internet. Statistik peminjaman

bahan digital PNM menunjukkan “Buku yang kubaca selalu memberikan

peningkatan yang ketara. Berdasarkan data sayap-sayap baharu. Membawaku terbang -
ini, PNM tidak melihat ada isu mengenai ke taman-taman pengetahuan paling menawan,
bahan bacaan di perpustakaan tidak melintasi waktu dan peristiwa, berbagi cerita

dipinjam atau tidak menarik minat cinta, menyapa semua tokoh yang ingin
masyarakat. Walau bagaimanapun, tidak kujumpai, sambil bermain di lengkung pelangi.”

dinafikan terdapat buku perpustakaan

yang kurang dipinjam atau digunakan (Abdurahman Faiz,
disebabkan kekinian maklumat atau Aku Ini Puisi Cinta, 2005)
kandungannya.

Berdasarkan Kajian Interim Tabiat

Membaca Rakyat Malaysia 2014, didapati

(Sumber: Berita Harian, 15 Januari 2017)

3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justi kasi daripada pelbagai bahan dan sumber -·
bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan gra k dengan menggunakan ayat yang
sesuai. 185

4.3.1 Menghasilkan skrip drama dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik.

dManenBdeerntugtaurr Tatabahasa Impian Anda,
Impian Kami

1. Berdasarkan bahan, jalankan simulasi perundingan untuk menerbitkan buku
sendiri secara bertatasusila.

Aktiviti 2. Kenal pasti ayat terbitan yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis
perenggan pendek dengan menggunakan ayat terbitan.

3. Kumpulkan karya hasil penulisan rakan-rakan anda dan terbitkannya dalam
bentuk fotokopi.

Tulis dan Terbit Sendiri

TEMA 14 Saya telah menyiapkan sebuah manuskrip
antologi cerpen. Saya tidak mahu
menghantarnya kepada syarikat penerbitan
tetapi mahu menerbitkannya sendiri.

Citra Bahasa dan Sastera Kita Anda ingin melihat karya anda dalam bentuk bercetak? Kini, anda tidak perlu lagi bersusah
payah untuk mencari penerbit bagi merealisasikan impian anda. Akan kami zahirkan
impian anda menjadi kenyataan.

Idea Manuskrip Terbit sendiri
mencurah-curah telah siap

u186
KPM

Orkid Maryam telah pergi ke pejabat Syarikat Kasih Mustika untuk berunding tentang TEMA 14
penerbitan antologi cerpennya.

1 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Kasih Mustika?
Kami menawarkan perkhidmatan penyediaan reka letak muka surat,
rekaan kulit buku, dan pencetakan.

2 Bayaran yang diperlukan untuk menerbitkan buku sendiri berapa?
Bayaran bergantung pada perkhidmatan yang diperlukan, ketebalan
buku, dan jumlah cetakan.

3 Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyuntingan dan pemasaran Citra Bahasa dan Sastera Kita
buku?

Kami tidak membuat penyuntingan. Namun demikian, kami boleh
mencadangkan nama beberapa orang penyunting jika saudari
memerlukannya. Untuk pemasaran buku, kami ada menyediakan
perkhidmatan tersebut. Saudari juga boleh memasarkan buku saudari
sendiri.

Pakej A Pakej B Pakej C

Reka letak muka surat, Pencetakan sahaja. Reka letak muka surat,
rekaan kulit buku, dan 1000 naskhah rekaan kulit buku, dan
pencetakan. 130 – 150 muka surat pencetakan.

50 – 100 naskhah RM5.90 senaskhah 1000 naskhah
90 – 110 muka surat 130 – 150 muka surat
RM10.00 senaskhah RM7.00 senaskhah

Pembahagian Keuntungan Pemasaran Buku: Kami - 60 peratus Anda - 40 peratus

1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justi kasi tentang sesuatu 187
perkara secara bertatasusila.

5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks.

Peribahasa Warisan Kita

Menulis

1. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam teks. Kemudian, murnikan teks tersebut.
2. Analisis teks untuk menentukan kejituan dan kesinambungan idea teks
tersebut.
Aktiviti

3. Tulis satu situasi berdasarkan setiap peribahasa yang terdapat dalam bahan
ini.

Peribahasa dalam Pembangunan Masyarakat

Oleh: Ilham Hamka bin Mazuan
Peribahasa bertugas untuk membentuk
TEMA 14 tamadun masyarakat daripada satu Beribu-ribu telur yang dikeluarkannya tetapi
zaman ke satu zaman yang lain. sang penyu tetap senyap tidak berbunyi.
Hal ini demikian kerana kias ibarat yang Secara keseluruhannya, peribahasa
ada dalam sesebuah masyarakat bukan
Citra Bahasa dan Sastera Kita sekadar memberikan gambaran tentang tersebut memberikan erti yang kita tidak
sikap dan nilai anggota masyarakat itu perlu menghebohkan atau mencanang
tetapi juga merupakan sumber pendidikan, tindak-tanduk kita seharian. Yang lebih
iaitu menjadikan mereka ahli masyarakat penting ialah hasil daripada perbuatan kita.
Biarlah orang lain memberikan penilaian

yang berhemah tinggi. Terdapat banyak kepada hasil yang kita keluarkan kerana
peribahasa yang memberikan makna yang kita sendiri yang akan mendapat malu
boleh membentuk peribadi manusia. jika hasilnya tidak ada sedangkan kita

Beberapa contoh yang dapat dinukilkan sudah bising riuh-rendah ke sana ke mari
sebagai membuktikan bahawa peribahasa menyatakan apa yang akan dilakukan oleh
yang disebutkan sebagai perumpamaan
yang memberikan makna supaya merendah kita.
diri, tidak angkuh, dan takbur adalah seperti Demikian kita melihat beberapa banyak
yang berikut:
contoh-contoh peribahasa yang mempunyai
makna yang berunsur pendidikan

i. Ikutlah resmi padi, makin berisi menunjukkan bahawa hasil sastera lama

makin tunduk; mempunyai fungsi yang tertentu dalam

ii. Jangan ikut resmi ayam, bertelur masyarakat. Kita melihat juga makna yang

sebiji riuh sekampung; dan tersirat di dalam peribahasa itu

iii. Ikutlah resmi penyu, telur beribu tak semua ahli masyarakat ikuti.
siapa yang tahu. Peribahasa menjadi
penunjuk kepada
Gambaran alam atau kehidupan yang mereka untuk memilih
terdapat dalam peribahasa tersebut dengan cara hidup yang baik.
sendirinya memberikan kita makna yang Peribahasa juga dapat
tepat. Batang padi akan melentur jika memberikan
buahnya semakin berisi. Seekor ayam yang panduan mengenai
baharu bertelur memang riuh bunyinya, sikap yang harus
berketak ke sana ke sini. Seekor penyu diikuti dan wajar
yang bertelur di pantai pula sentiasa dihindari oleh
menyembunyikan telurnya dalam pasir. mereka.

188 (Sumber: Adaptasi daripada Peribahasa dan Pembangunan Masyarakat. Ari n Said. Pelita Bahasa,
Disember 1992, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Melentur Buluh Biarlah
daripada Rebungnya

Peribahasa memang tidak asing dalam meningkat dewasa kelak. Dalam hal ini, ibu TEMA 14
kalangan masyarakat Melayu sejak bapa perlu menyemaikan nilai-nilai murni
dahulu. Setiap peribahasa mempunyai dan memberikan pendidikan moral kepada Citra Bahasa dan Sastera Kita
maksud yang tertentu dan menampilkan anak-anak ketika mereka masih kanak-kanak.
pengajaran secara tersirat. Di antara
peribahasa yang mashur ialah melentur buluh Ini kerana kanak-kanak mudah
biarlah daripada rebungnya. Peribahasa mendengar kata atau nasihat ketika
ini bermaksud mendidik anak-anak biarlah mereka masih kecil berbanding setelah
ketika anak itu masih kecil. mereka remaja atau dewasa. Dalam usia
kanak-kanak, sikap, perangai, dan amalan
Peribahasa ini tercipta dari ketelitian baik anak-anak senang dibentuk. Justeru,
masyarakat dahulu dalam melihat satu mereka masih belum terpengaruh dengan
perkara. Jika kita amati sifat buluh, kita akan anasir-anasir yang kurang sihat. Sekiranya
mendapati bahawa buluh yang telah keras anak-anak dibiarkan tanpa dibentuk atau
memang sukar untuk dilentur. Tambahan dilentur tingkah laku mereka sejak kecil,
pula, ketika buluh itu masih daripada mereka dikhuatiri akan berkelakuan tidak
peringkat rebung, batangnya masih lembut bermoral menjadi sampah masyarakat
dan mudah dilentur. Demikianlah telitinya apabila mereka dewasa kelak. Seandainya
masyarakat Melayu dahulu dalam melihat perkara ini berlaku, sudah terlambat untuk
sesuatu kejadian alam. mengubah perangai mereka kerana nasi
telah menjadi bubur. Kesimpulannya,
Berdasarkan maksudnya, peribahasa ibu bapa sebagai ketua keluarga mestilah
ini bertujuan untuk menyedari golongan bersikap prihatin terhadap kelakuan anak-
ibu bapa tentang tanggung jawab mereka anak mereka sejak mereka masih kecil dan
dalam mendidik anak-anak. Mereka perlu kanak-kanak lagi.
memberikan didikan yang baik sejak
anak-anak mereka masih kecil lagi. Setelah Pengajaran peribahasa melentur
anak-anak didedahkan dengan amalan buluh biarlah daripada rebungnya
yang baik sejak mereka masih kecil, ini dihayati. Mereka perlu sedar yang
amalan ini akan sebati ke dalam hidup anak-anak merupakan pewaris dan pelapis
mereka. Seandainya jika kanak-kanak telah generasi akan datang pada masa depan.
berkelakuan negatif sejak kecil, sukar untuk Sesungguhnya, ibu bapa berperanan penting
ibu bapa mengubahnya setelah mereka dalam mendidik anak-anak sejak kecil.

3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai

teks. 189

TEMA 14 Pemburu Kota

Citra Bahasa dan Sastera Kita Pemulihan

Baca dan catat maklumat dalam bentuk bahan gra k.

Aktiviti

Penyair dari Seberang Takir

T. Alias Taib dilahirkan pada 20 Februari 1943 di Kampung Padang Engku Sar,
Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku
Alias bin Taib. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ali A.S.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapas (1952).
Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan
Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu (1958). Pada tahun 1968, beliau lulus
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). T. Alias Taib mendapat latihan
perguruan di Pusat Latihan Perguruan Kuala Terengganu (1962). Setelah tamat
latihan, beliau bertugas di Kuala Terengganu, Dungun, dan Kuala Lumpur.

Beliau mula menulis pada tahun 1960. Puisinya yang berjudul
“Persembahan” mula disiarkan dalam majalah Angkatan Baru keluaran
bulan Oktober 1964. Pada bulan Mac 1965, cerpennya yang berjudul “Dunia
Pelayan” disiarkan oleh majalah yang sama. T. Alias Taib lebih menumpukan
penulisannya dalam genre puisi. Karya puisinya pernah disiarkan oleh majalah
Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, dan Mastika. Akhbar
seperti Berita Minggu dan Mingguan Malaysia juga pernah menyiarkan karya
beliau.

Sepanjang penglibatannya dalam genre puisi, T. Alias Taib telah memenangi
pelbagai hadiah. Pada tahun 1974, beliau memenangi
hadiah sagu hati Sayembara Puisi Kuala Lumpur
yang dianjurkan oleh GAPENA. Puisinya yang
berjudul “Sekali-sekala” (1975), “Papan Tanda
Kota” (1976) dan “Setinggan” (1976) memenangi
Hadiah Karya Sastera. Puisinya “Kukutip Makna
Sunyi” memenangi Hadiah Sastera Malaysia
1986/87 dan “Di Kedai Ikan” memenangi
Hadiah Sastera Malaysia 1988/89. Pada
tahun 1985, puisinya yang berjudul “Baris
Pertama” memenangi Hadiah Utama Utusan
Melayu-Public Bank dan diikuti dengan puisi
“Penjual Buku” pada tahun 1991. Kumpulan puisi
beliau yang berjudul “Piramid” telah memenangi
Hadiah Sastera Malaysia 1990/91.
T. Alias Taib menghembuskan nafas yang
terakhir pada 17 Ogos 2004. Dunia kesusasteraan
tanah air kehilangan penyair yang banyak menghasilkan

karya yang bertemakan kemanusiaan.
(Sumber: Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4,
190 hlm. 2397, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka)

Dirgahayu Bahasaku

Pengukuhan

Kenal pasti ayat terbitan yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat
terbitan dengan perkataan anda sendiri.

Aktiviti

Bahasa Melayu Bahasa Berdaulat

Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang tujuh ribu bahasa masih dituturkan di seluruh TEMA 14
dunia pada masa ini? Sepuluh daripada bahasa tersebut dituturkan oleh lebih 3.6 bilion
J penduduk dunia. Bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan sepuluh bahasa tersebut. Bahasa Citra Bahasa dan Sastera Kita
Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak dua ribu tahun dahulu apabila wujudnya
I?- pelbagai kerajaan Melayu awal. Antaranya termasuklah Funan, Champa atau Kembayat
Negara sehingga ke zaman kerajaan dan Kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka,
Johor serta Johor-Riau, Patani, Brunei, dan Acheh. Bahasa Melayu bahasa berdaulat. Bahasa
ini didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di alam Melayu.

Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu menjadi tonggak perpaduan. Bahasa ini
digunakan dalam segenap lapangan kehidupan, merangkumi pentadbiran, undang-undang,
diplomasi, perdagangan, ilmu, dan pendidikan. Pada zaman Kesultanan Melayu, bahasa
Melayu mempunyai tulisan yang benar-benar luas penggunaannya, iaitu tulisan Jawi. Tulisan
ini telah digunakan sehingga melahirkan tradisi bahasa Melayu persuratan yang menjadi asas
bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu berkembang sebagai lingua franca, wahana pengantara
yang merentas sempadan kaum dan sempadan geogra .

Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa ialah jiwa kepada bangsanya. Bahasa itu sebahagian
daripada roh bangsanya, mencerminkan sejarah, adab tertib, etika, dan etiket bangsa
dalam sesuatu peradaban. Perkembangan tamadun sesuatu bangsa, dari segi keupayaan
dan pencapaian intelek, tergambar dalam bahasa. Perbendaharaan kata sesuatu bahasa
menggambarkan khazanah tamadun, hubungan silang budaya yang berlaku, kisah-kisah
pengembaraan, sifat-sifat keterbukaan, dinamisme, kemajuan dan tahap teknologi sesuatu
bangsa pada sesuatu masa. Bahasa-bahasa utama di dunia memiliki adukan perbendaharaan
kata daripada pelbagai bahasa. Dalam hal ini, bahasa Melayu juga telah mengasimilasikan
perkataan daripada pelbagai kaum di gugusan Melayu, serta perkataan-perkataan dari Barat
dan Timur Arab, Parsi, Portugis, Inggeris, China, dan India. Elemen pengaruh-mempengaruhi
telah memperkaya bahasa Melayu, menjadikannya bahasa yang dinamik, bahasa yang hidup,
dan bahasa yang terus berkembang.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Sultan Nazrin Muizzudin Shah, hlm. 10 – 17, 2017.
Maju Bahasa Majulah Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

u191
KPM

Puisi Penyeri Acara

Pengayaan

Olah maklumat yang terkandung dalam bahan kepada pelbagai bentuk bahan
penulisan dan bahan gra k.

Aktiviti

Memilih Puisi untuk Majlis

TEMA 14 Menentukan majlis 1
yang akan diadakan.

Citra Bahasa dan Sastera Kita Berbincang untuk 3 Mencipta dan mengumpulkan
memilih puisi yang
sesuai. 2 puisi yang akan digunakan
dalam majlis tersebut.

Menulis skrip pengacaraan majlis

4 tersebut dengan memasukkan
puisi yang sesuai.

Contoh Puisi untuk Majlis

Ikan haruan di atas para, Kalau kebaikan selalu diingat,
Masak singgang untuk tetamu; Murid belajar rasa bersemangat.

Ucapan aluan pembuka bicara, Kalau ganjaran selalu diberi,
Di dewan gemilang kita bertemu. Murid belajar tak kira hari.

Waktu petang hendak bertemu, Kalau ajaran selalu diulang,
Petang Isnin di tepi muara; Murid belajar menjadi cemerlang.

Selamat datang sekalian tetamu,
Dengan izin dimulakan acara.

192

TEMA15

INDUSTRI

CEMERLANG,

NEGARA

GEMILANG

1. Bagaimanakah Perindustrian Kecil dan
Sederhana (PKS) dapat menambahkan
pendapatan rakyat?

2. Jika anda menjadi pengusaha industri
perabot, apakah jenis perabot yang akan
anda usahakan? Berikan alasan.

3. Apakah yang anda faham tentang
pendigitalan industri? Jelaskan.

Jika industri gigih dipacu,
Nama Malaysia megah di mercu.

Jika industri dimajukan sentiasa,
Rakyat Malaysia aman sentosa.

193

Tunjang Ekonomi Negara

Mendengar
dan Bertutur

1. Berdasarkan bahan, buat rumusan dan ulasan tentang isu semasa
yang dihadapi oleh Perindustrian Kecil dan Sederhana secara kritis

Aktiviti dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis.
2. Jalankan teknik main peranan sebagai usahawan yang mengutarakan
permasalahan dan pegawai dari jabatan berkaitan yang memberikan
cadangan untuk menangani permasalahan yang dihadapi.

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Tiada Masalah
TEMA
yang Tidak dapat Diselesaikan

Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS)

berpotensi memberikan sumbangan yang

besar kepada ekonomi negara. PKS juga boleh Industri pemprosesan
makanan
menyediakan asas-asas yang kukuh untuk
menjanakan pertumbuhan industri baharu

di samping mengukuhkan industri sedia ada. Namun begitu, PKS

juga menghadapi pelbagai isu. Antara isu utama yang dihadapi oleh

PKS termasuklah isu pemasaran produk.

Saiz Mikro Kecil Sederhana
Jenis
Sektor Jualan Pekerja Jualan Pekerja Jualan Pekerja
tahunan tahunan tahunan

Industri berasaskan Pembuatan RM300 5 hingga < RM15 juta 75 hingga
logam 000 hingga 75 pekerja hingga < 200
Perkhidmatan RM15 juta pekerja
dan sektor lain < RM300 RM50 juta
000 < 5 pekerja 30 hingga
RM3 juta < 75
RM300 5 hingga < hingga
000 hingga 30 pekerja RM20 juta pekerja
RM3 juta

(Sumber: www.smecorp.gov.my)

Industri berasaskan
plastik

Industri kraf tangan Industri komponen automotif Industri komponen
194 elektrik dan elektronik

Industri pencetakan Industri inap desa

1. Ruang atau skop pasIasruanPemasaran Produk PKS

terhad: 6. Bersaing sesama sendiri pada
- Produk berbentuk kerana hanya tertumpu
pasaran tempatan.
makanan.
- Tidak tahan lama dan
mudah rosak. Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15
5. Sukar menembusi
2. Kualiti barangan: pasaran global:
- Teknologi rendah. - Kurang promosi
- Tahap kemahiran dan pengiklanan.
dan kepakaran
pekerja rendah.

3. Lokasi: 4. Saingan daripada
– Luar bandar. industri besar.
– Pedalaman.

Beberapa peurnktaurkamyaennginpgekralutkdainkpiermkaansaorleahn:pengusaha

Adakah pembungkusan Bagaimanakah hendak
produk dan perkhidmatan memberitahu pelanggan
yang anda tawarkan tentang produk atau
menarik perhatian Perkara-perkara perkhidmatan anda?
pelanggan? untuk Meningkatkan

Pemasaran

Sejauh manakah anda Apakah yang membezakan
memastikan produk atau produk atau perkhidmatan
perkhidmatan anda anda dengan pesaing?
berkualiti?

1.8.1 Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang 195
gramatis.

Membaca Rezeki daripada Alam
Aktiviti
Tatabahasa

1. Baca dan analisis bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai
untuk membuat inferens.

2. Kenal pasti dan fahami penggunaan ayat majmuk dalam bahan. Kemudian,
hasilkan perenggan menggunakan ayat majmuk mengikut konteks.

3. Rancang satu bentuk promosi untuk mengetengahkan produk daripada
kenaf kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Kenali Kenaf
TEMA
Siapa sangka pokok kenaf yang menghasilkan bunga seperti bunga hiasan mendatangkan

seribu manfaat kepada industri di negara ini. Kenaf atau nama sainti knya Hibiscus

cannabinus L. ialah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka

pendek. Kenaf mempunyai pertalian rapat dengan pokok bendi dan kapas.

Pokok serba guna ini ditanam bagi pengeluaran serat, empulur, dan biji benih. Pokok kenaf

boleh mencapai ketinggian antara 2.5 meter hingga 4.5 meter dalam tempoh 120 hari selepas

ditanam. Antara aspek yang tidak kurang pentingnya dalam penanaman kenaf termasuklah

pembajaan dan pengairan. Pembajaan dan pengairan yang mencukupi penting bagi pokok

ini kerana kedua-dua perkara ini mempengaruhi penghasilan biji benih dan serat. Biji benih

akan mula terhasil apabila kenaf berusia tiga bulan.

Kenaf tumbuh di atas pelbagai jenis tanah, termasuk tanah liat dan tanah peroi. Namun

begitu, tanah yang paling sesuai bagi tanaman kenaf ialah tanah jenis peroi berpasir. Hal ini

dikatakan demikian kerana tanah ini mempunyai saliran yang baik. Selain itu, tanah jenis

ini juga mengandungi kandungan humus yang tinggi serta berkemampuan tinggi untuk

menyerap air.

Keluasan Tanaman Kenaf bagi Sehingga hari ini, jumlah negeri di Malaysia yang
Pengeluaran Serat dan Empulur mengusahakan tanaman kenaf semakin bertambah.
Hal ini memberikan gambaran bahawa kenaf akan
Negeri Keluasan Tanaman menjadi antara komoditi utama negara kita. Pelbagai
(hektar) usaha yang penting telah dilaksanakan oleh banyak

2017 2018
392.500 507.300 agensi. Antaranya termasuklah Institut Penyelidikan
Kelantan

Terengganu 299.200 325.100 dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau Malaysian

Pahang 320.500 422.00 Agricultural Research and Development Institute

Kedah 363.00 16.000 (MARDI) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Perlis 35.000 113.00 yang melaksanakan aktiviti seperti penyelidikan dan

Perak 7.000 10.000 pembangunan serta pengkomersialan produk kenaf.

Johor 15.000 10.000 Semoga usaha ini berjaya mengetengahkan kenaf

Melaka 0 5.000 sebagai satu lagi sumber pendapatan negara.

Jumlah Keseluruhan 1 432.20 1 408.40

(Sumber: Lembaga Kenaf dan Tembakau (Sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/
Negara (LKTN)) mteknologi/kenaf.pdf)

196

Daun dan batang Biji benih kenaf IMBAS SAYA
berprotein tinggi menghasilkan minyak
Kegunaan
makanan ternakan Kenaf produk kosmetik.
dijadikan pelet, kiub,
dan caf. Inovasi baharu

Batang gentian kenaf dapat dijadikan pelapik
menghasilkan serat landasan kereta api.
menggantikan pelapik sedia ada yang
produk perabot, tekstil, diperbuat daripada kayu dan konkrit.
kertas, kraf tangan, dan
komponen kenderaan.

Bagaimanakah Serat daripada Kenaf Dihasilkan? Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15
12

Sdbmeiapelteaonpntgaoggsnuktgneu.anaSkaieaafrnnda,timbpluaiestasaarihnndkgdaakneneksdnoeearrnftaigtkaadnsailam rtsdedeSetiriekitbpkirinuitaasagnttar.gddhdkaa.uulnPaasrmd.omiSsraeeienkmsnagdiennganuimdtdaaihitrdnaaaiaunidmtcsuaueal,ahrkskmiaenanrngatsgatdenalbaugsnaakegriraait
kenaf.
4
3

dpSireboriaslaetssy,ardenatgtnitnedgrikhaekarsaiinnl gsdekilbaenepr.assihkan, Sskpeeeellpeerspauadasisaa, hspmearraoaannste.abs-ompleeanhngadeiprjuienanglgaunsaha

2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan 197
teknik bacaan yang sesuai.

5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.

Zaman Beralih, Musim Bertukar •

Menulis Seni Bahasa

1. Berdasarkan bahan, hasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap
dengan menggunakan bahasa berbudaya.

Aktiviti 2. Hasilkan gurindam dengan menggunakan idea yang kreatif serta bahasa
yang indah.

3. Berbincang dengan rakan anda tentang usaha-usaha yang harus diambil
oleh pengusaha tempatan untuk memastikan produk sejuk beku mampu
bersaing dalam pasaran antarabangsa.

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 berkembang bak cendawan
TEMA tumbuh selepas hujan.

selaras dengan gaya hidup yang

ringkas dan mudah. Makanan Sejuk Beku

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa
Bersatu atau Food and Agriculture Organization (FAO)

bahan kimia pada suhu negatif 18 darjah Celcius.
dan aktiviti enzim dalam makanan.

Peranan badan-badan tertentu dalam mengetengahkan industri

* Membantu * Mengeluarkan * Melakukan
pengusaha sijil kesihatan penyelidikan dan
pembangunan
dengan untuk makanan dengan
menggunakan teknologi
memasarkan produk ke memastikan makanan dan kaedah yang boleh
memajukan industri
peringkat antarabangsa. dan bahan yang makanan Malaysia.

* Menemukan syarikat- bersentuhan dengan
syarikat asing dengan makanan mematuhi

pembekal produk Malaysia. keperluan yang telah

* Mengelolakan latihan ditetapkan bagi
untuk meningkatkan memastikan makanan

kemahiran pengeksport yang dieksport selamat.

u Malaysia.
198
KPM

Kategori Produk
Sejuk Beku

Bahan Mentah

Apakah Keistimewaannya?

mengukus, memanggang. Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15

Separa Proses

- kesempatan yang kecil sering kali
merupakan permulaan kepada
usaha yang besar.

Sedia Dimakan

Apakah Potensinya?

- kecemerlangan ialah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik.

makanan sejuk beku pada peringkat antarabangsa
* *Membantu
* Mengeluarkan sijil Menyediakan
dan logo halal agar usahawan kemudahan
pengguna tidak pembiayaan
ragu-ragu kerana produk memasarkan dan FAMA kepada pengusaha PKS.

telah disahkan halal, mempromosikan
bersih, dan selamat. produk. * Menyediakan program
latihan seperti Program

Galakan Eksport Bumiputera

(GEB) untuk membantu

pengusaha membangunkan

jenama produk, pensijilan

luar negara, dan pemasaran.

3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan u199
bahasa berbudaya. KPM

4.3.2 Menghasilkan gurindam secara tertib, menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang
indah.

Perabot Buatan Kita

Membaca

1. Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Kemudian,

kenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat yang terkandung dalam

Aktiviti bahan.

2. Hasilkan buku skrap tentang perabot kayu buatan Malaysia dengan cara

mencatat kelebihan dan kekurangan perabot tersebut.

Pokok Getah Tua Masih Berguna

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Pokok getah yang berusia 25 tahun tidak Antara rekaan perabot yang popular
TEMA lagi produktif mengeluarkan lateks. Pokok dihasilkan daripada kayu getah termasuklah
ini harus ditebang untuk digantikan dengan meja makan, katil, dan almari. Untuk
pokok yang baharu. Pokok yang telah ditebang memastikan kemasannya terpelihara,
ini boleh digunakan untuk menghasilkan perabot ini perlu dielakkan daripada terkena
perabot yang berkualiti tinggi. Pokok getah sinaran cahaya matahari. Selain itu, air yang
atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis tumpah di atas perabot hendaklah dilap
tergolong sebagai kayu yang tahan lasak, dengan segeranya. Permukaan kayu getah
sederhana keras, dan mudah dibentuk. juga akan rosak jika terkena bahan pelarut
seperti alkohol, minyak wangi, dan cecair
Sebelum dijadikan perabot, kayu getah pengilat kuku.
yang telah dipotong perlu diawet dan
dikeringkan terlebih dahulu. Satu daripada Kayu getah menjadi pilihan pembuat
kaedah yang digunakan untuk mengawet perabot kerana kayu ini lebih mesra alam,
kayu getah ialah pengawetan bertekanan
tinggi. Selepas diawet, kayu getah dikeringkan eksibel, dan tahan lasak. Jika dibandingkan
dengan menggunakan dandang pengeringan dengan kayu balak, penggunaan kayu getah
tanur. tidak menyebabkan kemusnahan hutan.

Proses Pengawetan Bertekanan Tinggi

Kayu getah Bahan awet boron Tekanan hidro Vakum akhir Tekanan rendah
dimasukkan ke dimasukkan dan dikenakan bagi dilakukan bagi dikenakan
dalam silinder memenuhi ruang memastikan mengeluarkan sebelum kayu
pengawetan dan di dalam silinder bahan awet dapat baki bahan awet yang telah diawet
dikenakan tekanan pengawetan. dimasukkan ke yang masih ada dibawa keluar
vakum bagi dalam liang kayu. di dalam silinder daripada silinder
mengeluarkan udara pengawetan. pengawetan
yang terperangkap untuk dikeringkan.
dalam liang kayu.

(Sumber: 1. Hamdi Mawardi, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
2. http://woodtechnology.blogspot.com/)

200

Daripada Pohon Bambu

Buluh atau bambu yang berusia dalam lingkungan empat hingga lima tahun sesuai untuk
dijadikan perabot. Pada peringkat ini, buluh telah matang dan sesuai untuk ditebang. Buluh
yang berusia lebih daripada lima tahun tidak sesuai untuk dijadikan perabot kerana mudah
pecah dan merekah. Buluh yang berusia di bawah empat tahun juga tidak sesuai dibuat
perabot kerana mudah mengecut.

Sebelum dijadikan perabot, buluh perlu diawet terlebih dahulu bagi menghindarkan
masalah bubuk, kulat, dan cendawan. Buluh boleh diawet dengan menggunakan kaedah
tradisional ataupun moden. Kaedah tradisional mengawet buluh adalah seperti yang
dinyatakan dalam jadual di bawah.

Proses Cara Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15
1. Merendam
Buluh direndam di dalam air yang mengalir, tidak mengalir, atau
2. Mengasap berlumpur selama tiga hingga empat minggu.

Buluh dikerat dan selepas itu disalai di atas api.

3. Merebus Buluh direbus dengan air dan campuran garam serta bahan kimia
selama 30 minit hingga 60 minit.

Kaedah moden mengawet buluh pula memerlukan penggunaan
bahan kimia tertentu. Bahan kimia boraks menghasilkan perabot
buluh berwarna gelap, manakala borik menjadikannya berwarna
putih. Setelah semua proses pengawetan selesai dan buluh
betul-betul kering, barulah buluh boleh digunakan sebagai bahan
perabot. Tempoh proses pengawetan yang diperlukan adalah lebih
kurang selama sebulan.

Bilah buluh mempunyai kekuatan anjalan yang tinggi dan
mudah dibentuk. Dalam pembuatan perabot, buluh juga sesuai
digandingkan dengan bahan lain seperti besi, kaca, dan kayu. Set
perabot yang dihasilkan mencecah harga ribuan ringgit berdasarkan
jenis produk dan kualitinya. Bagi memastikan perabot buluh tahan
lama, perabot buluh hendaklah diletakkan jauh daripada tempat yang
panas atau terdedah pada cahaya matahari.

Buluh yang dijadikan set sofa, katil, dan almari semakin menjadi
pilihan. Industri perabot daripada buluh mempunyai potensi besar untuk
dimajukan. Sehubungan dengan itu, kegiatan penanaman buluh di negara ini
juga akan berkembang untuk memenuhi permintaan buluh tempatan.

(Sumber: 1. Risalah “Formula Merawat Buluh”. Malaysian Bamboo Society
2. http://satujutaideabisnes.blogspot.com)

2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan 201
sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Industri Pascamoden

Menulis

1. Berdasarkan pelbagai bahan, olah dan hubung kaitkan maklumat yang
diperoleh untuk menghasilkan bahan grafik dan penulisan dengan

Aktiviti menggunakan ayat yang gramatis serta penanda wacana yang sesuai.
2. Terokai maklumat lain tentang pengaplikasian elemen digital dalam sektor
perindustrian. Kemudian, kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda
menggunakan pelbagai medium.

Pendigitalan Industri Peruncitan dan
Pengurusan Bekalan
Kemajuan dalam perkembangan rangkaian
Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Internet dan teknologi pintar di seluruh dunia -+ •I
TEMA membawa kesan yang amat besar terhadap
kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana II ;; 1111
perkembangan ini memudahkan kehidupan
seharian manusia. Begitu jugalah halnya Pengangkutan dan Logistik
dalam sektor perindustrian. Pengaplikasian
Internet Benda dalam bidang perindustrian .....
menjadi pemangkin kemajuan sektor ini. •

Apakah Internet Benda? -_...~

Internet Benda merujuk pada semua peranti
elektronik yang berkomunikasi sesama
sendiri melalui Internet. Peranti elektronik
yang mengaplikasikan Internet Benda ini
dikenali sebagai peranti pintar. Sebagai
contoh, telefon, jam, dan sistem keselamatan
rumah pintar. Objek yang besar seperti kereta
dan rumah juga kini mula mengaplikasikan
penggunaan Internet Benda.

Bagaimanakah Internet Benda V
berfungsi? V
V
Melalui Internet Benda, penggunaan
pengesan atau sensor pada peranti V
membolehkan perkongsian data atau pelbagai V
bentuk interaksi berlaku. Sebagai contoh,
interaksi antara manusia dengan benda, V
benda dengan manusia atau interaksi antara V
benda dengan benda yang lain.

(Sumber: https://www.networkworld.
com/article/3207535/what-
is-iot-the-internet-of-things-
explained.html)

u202
KPM

-- Perbankan Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15

Impak Internet Benda
dalam Industri

Perkilangan

I 'f

Pertanian

V

V

V

V

V
_____ ____~- V
V

=·. - - -. - = I•• (Sumber: http://ikkm.edu.my/images/
dokumen/penerbitan/demensi/
, demensi-koop-44/44-10.pdf)

3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi 203
menghasilkan penulisan dan bahan gra k dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Laba daripada Makanan
TEMA
Pemulihan

Berdasarkan bahan, kenal pasti jenis ayat majmuk dan hasilkan perenggan
yang mengandungi ayat majmuk mengikut konteks.

Aktiviti

Pembuka Selera

Sos merupakan sediaan makanan dalam bentuk cecair
atau separa cecair. Terdapat juga sos yang dicampur
dengan rempah atau tanpa rempah yang bertujuan
untuk menambahkan keenakan makanan.
Di negara kita, antara sos yang mendapat
permintaan paling tinggi termasuklah sos cili dan
sos kicap.

Sos cili yang disediakan mestilah daripada cili yang baik serta masak seperti yang
termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kisaran cili akan dicampurkan
dengan garam, gula, dan cuka. Sos cili lazimnya mengandungi bahan pengawet, bahan
pewarna, bahan perisa serta kondisioner makanan yang dibenarkan. Kini, sos cili merupakan
produk utama dalam industri sos. Pelbagai jenis sos cili telah dikeluarkan seperti sos cili ai,
sos cili hijau, dan sos cili padi.

Sos kicap pula dihasilkan daripada kacang soya yang telah melalui dua peringkat
pemeraman, iaitu pemeraman kacang soya yang dikenali sebagai pemeraman pepejal dan
diikuti oleh pemeraman kacang soya dalam larutan garam. Proses pemeraman di dalam
larutan garam ini dinamakan pemeraman moromi. Dalam industri pembuatan kicap secara
moden, kacang soya yang telah direbus akan digaul dengan campuran tepung gandum
dan ibu kicap atau inokulum. Selepas itu, campuran tersebut akan diletakkan di dalam
dulang keluli tahan karat dan berlubang-lubang dan diperam di atas rak khas di dalam bilik
pemeraman koji selama 48 jam. Kulat akan tumbuh pada campuran itu dan akan dikenali
sebagai koji. Suhu dan kelembapan udara di dalam bilik dikawal untuk mendapatkan koji
yang terbaik.

Kemudian, koji dimasukkan ke dalam tangki pemeraman yang diperbuat daripada kaca
gentian gred makanan yang dilengkapi peralatan seperti penapis, lubang peredaran udara,
injap, dan saluran paip. Air garam pada kepekatan 22 peratus dimasukkan ke dalam tangki
pemeraman pada jumlah tertentu dan kemudian didedahkan kepada cahaya matahari
selama dua bulan. Setelah tempoh pemeraman tamat, air kicap disedut keluar dengan
menggunakan pam ke dalam tangki pematangan untuk didedahkan kepada cahaya matahari
selama seminggu. Air kicap kemudiannya dipam ke tangki pemendapan.

Air kicap seterusnya diadun dengan air garam, gula pasir, karamel, bahan penambah
perisa, bahan awet, dan bahan pemekat sebelum dimasak pada suhu 80 darjah Celcius
selama 30 minit sebelum dibotolkan. Pembotolan dilakukan dengan menggunakan
mesin pengisi jenis sistem bervakum untuk mempercepat proses pengisian.

(Sumber: Hamdzah A. Rahman, 2016. Makanan Tradisional Masyarakat
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

204

Negara Maju, Rakyat Sejahtera

Pengukuhan

Berdasarkan bahan, hasilkan dua jenis karangan yang lengkap dengan
menggunakan bahasa berbudaya.

Aktiviti

Faktor Perkembangan Pesat Perindustrian

Dasar/ Polisi Buruh Pasaran Modal Industri Cemerlang, Negara Gemilang TEMA 15
Kerajaan tenaga buruh saiz pasaran dana tempatan
promosi dan tempatan murah. dan kuasa
taraf perintis. beli pengguna. pinjaman
Teknologi kerajaan/swasta.
Kemerosotan
Komoditi pemindahan teknologi,
hasil pertanian pembangunan,
dan pembalakan.
dan penyelidikan.

Kesan

Memusnahkan Meningkatkan Mengurangkan Memindahkan
kawasan hutan. imej negara kemasukan teknologi moden

di mata dunia. barang import. dan kepakaran.

Meningkatkan Membuka Meningkatkan Menggoyahkan Meminggirkan
pendapatan peluang pencemaran
negara. pekerjaan. sistem sektor
alam.
kekeluargaan. pertanian.

Daripada segenggam Di mana air bertakung, Duduk sama rendah,
jadi segantang di situ ikan berkampung berdiri sama tinggi

Senduk besar tak u205
mengenyang KPM

Pelancongan Kesejahteraan

Pengayaan

Berdasarkan bahan, buat inferens tentang pelancongan kesejahteraan
Aktiviti dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai.

Industri Cemerlang, Negara Gemilang 15 Sesudah sibuk bekerja sepanjang tahun, dapat merehatkan minda dengan melancong
TEMA pastinya menjadi sesuatu yang diimpikan oleh setiap orang. Kajian mendapati melancong
dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan, apatah lagi jika kita melakukan pelancongan
kesejahteraan. Global Wellness Institute mende nisikan pelancongan kesejahteraan sebagai
perjalanan yang berkaitan dengan usaha untuk mensejahterakan diri. Sambil kita menikmati
keindahan tempat orang, kita dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan

zikal seperti melakukan sukan untuk kecergasan tubuh badan. Terdapat juga pelancong yang
melancong untuk mencari perkhidmatan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seperti
yoga, meditasi, dan urutan. Kadangkala, ada juga pelancong yang mencari perkhidmatan bagi
menurunkan berat badan dan tatacara melakukan diet. Selain itu, perubatan konvensional
seperti homeopati, perubatan alternatif, dan perubatan menggunakan herba turut menjadi
pilihan pelancong yang melancong untuk kesejahteraan diri.

Rahmawati binti Othman, Dr. Ahmad Rithaudin
Pelancong Tempatan. bin Md. Noor,
Timbalan Dekan (HEP),
Yang saya perlukan dalam pelancongan Fakulti Muzik UiTM Shah Alam.
kesejahteraan ini ialah perkhidmatan yang
membantu saya untuk menghilangkan Pelancongan kesejahteraan bukan sahaja
tekanan dan merehatkan diri seperti yoga, menawarkan peluang untuk kita mengenali
kelas meditasi, atau urutan. Tukang urut budaya sesebuah negara tetapi juga
terlatih yang mempunyai pemahaman memberi kita peluang untuk mendapatkan
mendalam tentang tubuh manusia dapat rawatan atau prosedur dalam perubatan
membetulkan urat-urat yang tegang kesan konvensional seperti perubatan alternatif,
daripada tekanan kerja. Hal ini penting perubatan herba, atau homeopati.
bagi saya kerana melaluinya saya dapat
merehatkan kiran dan memulihkan tenaga Walaupun pemeriksaan perubatan secara
saya kembali setelah penat bekerja. berkala berfungsi untuk menjaga kesihatan

zikal kita, sesi spa secara berkala pula bukan
sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan
emosi dan mental tetapi juga sebagai minyak
untuk mesin agar dapat berfungsi dengan
baiknya.

206

TEMA16

INTEGRITI

1. Mengapakah integriti perlu?
2. Apakah punca berleluasanya rasuah?
3. Nyatakan perkaitan antara Tonggak

12 dengan penjawat awam.

Jangan kita ingkar amanah,
Kelak hidup hancur musnah.

Jangan kita menabur fitnah,
Kelak hubungan menjadi musnah.

Jangan kita berhasad dengki,
Kelak kesilapan sukar dibaiki.

Jangan kita makan rasuah,
Kelak berduka terjejas maruah.

207

Mendengar Seni Bahasa Indahnya Kejujuran
dan Bertutur

1. Berdasarkan bahan, buat rumusan dan penilaian tentang kekuatan dan

kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Aktiviti 2. Persembahkan petikan novel secara langsung dengan kreatifnya dan

menariknya.

3. Baca sebuah novel. Kemudian, tulis rumusan dan penilaian novel tersebut.

Muat naik dalam media sosial.

Antara Nikmat Hidup dengan Cabaran

Sedutan Novel 1: Silir Daksina, Nizar Parman

TEMA 16 Sepanjang perjalanan ke pekan, tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari mulut See Hwa.
Hanya Tauke Ong yang rancak bercakap. Tidak pula dia menyebut tentang anak gadisnya
Integriti yang sejak tadi membisu di tempat duduk belakang. Tidakkah dia mahu memperkenalkan
anaknya itu kepadanya?

“Berapa lama Haiqal di sini?”
“Err… tak pasti lagi, pak cik. Mungkin sehingga keputusan STPM diumumkan. Saya ni
hendak berehat-rehat di sini. Tukar angin,” jawab Haiqal.
“Baguslah kalau begitu, Haiqal. Kampung ini, kampung Haiqal juga. Pak cik harap Haiqal
akan berasa selesa tinggal di sini. Lagipun, banyak perkara yang akan Haiqal uruskan di sini.
Kini sudah sampai masa untuk Haiqal meneruskannya. Segala-galanya akan pak cik serahkan
kembali kepada Haiqal,” ujar Tauke Ong.
‘Apa pula yang perlu diuruskannya? Apa pula yang harus aku teruskan? Bunyinya agak
berat,’ bisik hati Haiqal.
“Apa perkaranya, pak cik?”
“Selama ini, pak ciklah yang diamanahkan oleh arwah ayah kamu untuk mengerjakan
semua tanahnya di baruh dan di belakang rumahnya yang telah ditanami pokok kelapa sawit.
Cuma tanah yang pak cik duduki sekarang sahaja yang masih kekal dengan pokok-pokok
getah. Nanti pak cik serahkan buku bank yang dibuka oleh arwah ayah Haiqal atas nama
kamu.”
Tidak diduga sama sekali, rupa-rupanya, arwah ayahnya ada meninggalkan sesuatu
untuknya. Betapa seharusnya dia mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong yang telah
menjaga amanahnya.
“Terima kasih banyak, pak cik.
Tak tahulah saya hendak membalas
budi baik pak cik dan keluarga,” kata
Haiqal.
“Ini amanat arwah ayah awak,
Haiqal. Sebagai orang yang
diberikan kepercayaan, pak cik akan
melaksanakannya. Bukan sedikit
jasa arwah ayah Haiqal kepada
keluarga pak cik, hutang budi yang
tidak akan terbayar sehingga kami
mati,” jelas Tauke Ong.

u208 (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Nizar Parman, Silir Daksina. hlm.
KPM 154 – 156, 2010. Utusan Publications & Distributors)

Sedutan Novel 2: Leftenan Adnan Wira Bangsa, Abdul Latip Talib

“Kami lebih sayang akan diri kami daripada mengikut kemahuan kamu,” jawab Budin. TEMA 16
“Lagipun perlawanan tinju ini tidak mengikut peraturan yang sebenarnya. Kami mahu
dianjurkan secara adil.” Integriti
“Jangan paksa kami bermusuhan kerana kami sudah menjadi sahabat,” kata Adnan pula.
Semaun seolah-olah hilang sabar dan cuba mengugut kedua-dua jaguh itu. “Aku akan
kerjakan kamu,” katanya.
“Apabila kami bersatu, tiada sesiapa boleh kalahkan kami,” balas Budin pula.
Semaun nampak gementar dan keluar dari gelanggang dengan rasa kecewa. Mereka yang
menonton juga bersurai dan meninggalkan tempat tersebut dengan penuh kehampaan.
Keesokan harinya, orang ramai yang berkumpul di warung Pak Samad bercerita tentang
perlawanan tinju antara Budin dengan Adnan itu. Kebetulan Husin, ayah Budin, dan Pak
Saidi ada di situ. Kedua-dua orang tua itu kelihatan terkejut mendengarnya.
“Anak Pak Husin dan anak Pak Saidi itu memang degil. Kedua-duanya nak jadi samseng
dalam kampung. Apa nak jadi budak-budak itu apabila dah besar nanti?” kata Samuri
marah-marah.
“Beberapa hari yang lepas,
buah rambutan di belakang rumah
aku dicuri budak-budak. Aku agak
mereka yang punya kerja. Pak Husin
dan Pak Saidi tolong ajar budak-
budak tu. Anak kita biar kurang
makan asalkan jangan kurang ajar!”
kata Dolah, ayah Semaun pula.
Pak Husin dan Pak Saidi
berpandangan sesama sendiri.
Kedua-duanya berasa malu kerana
orang ramai sedang memperkatakan
perihal anak mereka. Pak Husin
paling malu. Dia terus keluar dari
warung lalu bergegas pulang ke
rumahnya. Tanpa banyak soal, Pak
Husin membelasah Budin.
Tetapi berlainan pula dengan Pak Saidi. Apabila sampai di rumah, dia memanggil Adnan
lalu bertanya, “Benarkah kamu bertinju dengan Budin, anak kawan baik ayah?”
“Mereka suruh kami bertinju, tetapi kami tidak bertinju. Oleh itu, ada yang sakit hati lalu
memberitahu orang ramai kami bertinju,” jawab Adnan terus terang.
“Benarkah begitu?” tanya Pak Saidi pula.
“Kalau kami bertinju pasti ada yang bengkak dan berdarah. Ayah tengoklah badan saya ni,
tak ada kesan apa-apa pun,” jawab Adnan sambil membuka bajunya.
Namun begitu, Pak Saidi masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi, “Benarkah kamu
mencuri buah rambutan Pak Dolah?”
“Kawan-kawan ada mengajak saya mencurinya, tetapi saya tidak mahu. Lagipun di dusun
kita ada buah-buahan,” jawab Adnan.
Barulah Pak Saidi nampak senang hati lalu berkata, “Sekiranya kamu bergaduh, mencuri
ataupun buat perangai tak senonoh, ayah akan rotan kamu.”
“Saya sentiasa ingat pesan ayah,” ujar Adnan.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Abdul Latip Talib, Leftenan Adnan
Wira Bangsa. hlm. 91 – 92, 2014. Mika Cemerlang Sdn. Bhd.)

1.8.2 Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang

gramatis.

- --4.4.3 Mempersembahkan sedutan novel secara langsung dengan kreatif dan menarik. 209

Kronisme, Nepotisme,
Membaca Kleptokrasi

1. Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan QUACK. Kemudian, buat
penilaian dan perbandingan dengan betulnya berdasarkan bukti yang
terdapat dalam teks.

Aktiviti 2. Cari maklumat tentang kes-kes rasuah yang telah dan sedang dibicarakan
dan buat penilaian serta perbandingan berdasarkan bukti.

Kesalahan Utama Rasuah

TEMA 16 Menerima Tuntutan Palsu

Memberi Salah Guna Kedudukan

Integriti Puan A Kes 2
sering membawa
buah tangan untuk Syarikat B
sering mendapat
Kes 1kakitangan sebuah jabatan. pelbagai kontrak
daripada sebuah jabatan.
Beliau amat disenangi oleh Mereka dikatakan bijak mengisi
kakitangan jabatan tersebut. Oleh itu, borang permohonan kontrak
setiap kali berurusan dengan jabatan dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Sebenarnya, mereka
itu, beliau akan mendapat layanan telah memperoleh maklumat awal
yang istimewa. Adakah daripada orang dalam. Adakah ini
ini rasuah?

Kes 3 rasuah?Kes 4

Syarikat C

210 Seorang menawarkan
pemimpin telah diskaun terhadap
menggunakan kuasa barang-barang yang dibeli.
untuk melantik Walau bagaimanapun,
rakan-rakannya bagi diskaun itu tidak ditulis dalam
menjawat jawatan tertentu. resit pembelian. Diskaun itu
Adakah ini juga rasuah? diberikan kepada pihak yang
mengurus pembelian.

Adakah ini rasuah?

Cik D
ialah ketua
jabatan. Beliau Wang
Suapan
Kes 5sering memberikan Perkhidmatan
kontrak secara adil kepada
syarikat yang berbeza, Hadiah Bonus
Jawatan
namun begitu, kesemua Upah Diskaun
syarikat ini didaftarkan atas
nama adik-beradik dan
Undi
Kes 6sauAddaarrkaaa-smhuiaanhria?jubeglaiau.tepneStagenasewgokareiatgnaiaghtuan
rasuah yang berlaku di
tempat kerjanya. Walau
bagaimanapun, beliau
tidak mengambil sebarang
tindakan sama ada menegur,
memberikan amaran, atau TEMA 16
membuat laporan kepada
pihak yang berkaitan.
Adakah ini rasuah?

Hukuman Integriti
1. Gagal melapor pemberian, janji atau
Kronisme ialah amalan mengutamakan
tawaran rasuah
atau mementingkan teman rapat dalam
pelantikan sesuatu jawatan, pemberian kedua-duanya sekali.
sesuatu projek, dan sebagainya. 2. Gagal melapor permintaan atau

Nepotisme ialah perbuatan atau amalan memperoleh suapan

yang mementingkan atau melebihkan kedua-duanya sekali.
sanak saudara dan kawan-kawan sendiri
sahaja. (Sumber: https://www.sprm.gov.my/index. php/
pendidikan/kenali-rasuah)
Kleptokrasi ialah kerajaan yang

pemimpinnya dan mereka yang berkuasa
mengeksploitasi dan merompak sumber
negara untuk kepentingan sendiri.

2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti

yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 211

TEMA 16 Pengurusan Integriti

Menulis

1. Dengan menggunakan bahasa berbudaya, olah maklumat daripada bahan
untuk menghasilkan pelbagai bentuk karangan lain.

Aktiviti 2. Berdasarkan bahan, cipta pantun.

Kerja sebagai Ibadah

Integriti sangat penting. Namun begitu, integriti tidak lahir dengan sendirinya dalam diri
setiap individu. Integriti perlu dipupuk sejak kecil melalui institusi kekeluargaan secara
turun-temurun. Oleh hal yang demikian, apabila seseorang individu mulai memasuki
alam pekerjaan, integriti telah pun mendarah daging. Hal ini akan memudahkan mereka
menyesuaikan diri dengan budaya kerja positif dan cemerlang di tempat kerja masing-masing
selain mengurangkan risiko untuk terjebak dalam aktiviti salah laku di tempat kerja.

Kepentingan Integriti

Integriti Indeks Ekonomi Pentadbiran
Jenayah Meningkat Cekap
Menurun

Kategori Jenis Aduan Integriti Mengikut Pecahan bagi Tahun 2014 – 2018
Jenis Aduan

Tahun Salah Guna Salah Laku Kegagalan Lain-lain Jumlah
Kuasa/ Anggota Mengikut
2014 Awam Prosedur
2015 Penyelewengan
2016 18 15 3 53
2017 17
2018 23 10 10 63
Jumlah 20
19 10 4 55
212 22 25
12 2 5 44
17
9 2 1 29
102
80 39 23 244

(Sumber: http://www.data.gov.my/data/ms_MY)

AMALAN Menerapkan Menjaga dan
INTEGRITI sifat menghargai mengekalkan
setiap pemberian, keharmonian dalam
KEJORA perkhidmatan, atau masyarakat serta
bantuan kepada pembangunan yang
diri sendiri dan
sedia ada.
masyarakat. Saling

menghormati

sesama manusia

walaupun

berbeza agama

dan bangsa.

Bersifat adil, Mengamalkan Bertanggungjawab, Tidak meletakkan TEMA 16
jujur, dan ucapan “terima bekerjasama, dan sifat negatif dalam
amanah dalam ikhlas dalam setiap setiap pekerjaan dan
menjalankan kasih” setiap perkhidmatan yang
pekerjaan dan kali menerima pekerjaan dan
perkhidmatan pertolongan atau perkhidmatan yang dilaksanakan.
awam.
bantuan. dilaksanakan.

(Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)

PESANAN INTEGRITI

UNIT INTEGRITI

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Tidak Suka Selalu Menjadi Contoh Integriti
Membuang Masa Tersenyum kepada Orang Lain

SEMAKIN MENINGKAT NILAI INTEGRITI
SEMAKIN KURANG INDIVIDU TERPENGARUH OLEH

NILAI-NILAI NEGATIF.

Tidak Mengambil Taat kepada Tugas
Kesempatan dan Ketua

PENGURUSAN INTEGRITI

Terapi hati cetus tindakan proaktif dan
integriti dalam budaya kerja sehari-hari.

BERDAYA. BERBAKTI. BERKUALITI.

(Sumber: Majlis Daerah Sabak Bernam)

3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa 213
berbudaya.

TEMA 16 Untung tetapi Rugi

Integriti Membaca Tatabahasa

1. Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Kemudian, buat
rumusan tentang pandangan daripada penulis yang berbeza berdasarkan
bukti secara rasional.

Aktiviti 2. Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif dalam bahan. Kemudian, bina perenggan
yang mengandungi ayat aktif dan ayat pasif dengan betulnya mengikut
konteks.

3. Cari maklumat tentang cara-cara untuk menuntut ganti rugi daripada tribunal
dan rumuskan maklumat dalam bentuk poster.

Integriti dalam Perniagaan

Bukan semua ahli perniagaan berintegriti. Demi keuntungan dan kelangsungan syarikat,
mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk menipu pelanggan. Hakikat ini pahit
untuk diakui, namun begitu, hanya mereka yang mengalami mengetahui kebenarannya.

Apa Kata Mereka?

Pengguna yang mengalami kerugian dan berasa tidak puas
hati tentang urus niaga yang dilakukan bolehlah memfailkan
tuntutan ganti rugi yang nilainya tidak lebih daripada

(TTPM). Perkhidmatan yang lebih mudah, lebih murah, dan
lebih cepat jika dibandingkan dengan tuntutan ganti rugi
di Mahkamah Sivil disediakan di TTPM.

Encik Raymond Sherif,
Pegawai Undang-undang.
Saya pernah beberapa kali ditipu ketika saya membuat
pembelian dalam talian. Pertamanya, bayaran telah saya
buat, namun barang yang saya nanti tidak sampai-sampai.
Kali kedua, sampai, tetapi barangan tersebut tidak seperti
yang diiklankan dalam talian dari segi zikal dan kualitinya.
Walaupun kerugian tidak mencecah ribuan ringgit, namun
saya tetap menuntut ganti rugi supaya peniaga tidak
sewenang-wenangnya menipu pengguna.
Encik Navinkumar a/l Ratanam,
Pembeli tegar dalam talian.

Pembeli kadang-kadang terlalu cerewet. Mereka tidak mahu
mengeluarkan wang tetapi hendak barangan murah dan
berkualiti. Tidakkah mereka sedar bahawa alah membeli,
menang memakai? Mana mungkin sebuah beg tangan yang

Puan Norziatulhana binti Mohd. Yasin,
214 Usahawan dalam talian.

Kes TEMA 16

untuk melangsingkan badan yang ditawarkan oleh
Malangnya, setelah menghabiskan 10 sesi selama
satu bulan setengah, berat badannya hanya
susut 1.5 kilogram dan pengurangan sebanyak
2 sentimeter di bahagian pinggang.
Beliau telah melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap hasil tersebut. Namun begitu, beliau diminta
untuk meneruskan sesi rawatan. Menurut mereka,
penggunaan beberapa teknologi diperlukan bagi
merawat tubuh rakan saya itu yang dikatakan mempunyai
masalah yang serius. Tawaran tersebut ditolak oleh rakan
saya kerana sudah hilang keyakinan terhadap Syarikat X.
Kemudian, beliau menyertai program yang serupa di Syarikat Y dan hasilnya,
berat badannya turun dengan ketaranya setelah melalui 10 lagi sesi pelangsingan
Syarikat X. Sebelum perbicaraan di tribunal bermula, bayaran penuh telah
dipulangkan oleh Syarikat X kepada rakan saya.
Pada pendapat saya, memang penting untuk kita mengetahui hak kita sebagai
pengguna dan mempraktikkannya.

Hak-hak Integriti
Pengguna
KPDHNHEP
Hak untuk mendapatkan
keperluan asas. Hak untuk mendapatkan
keselamatan.
Hak untuk mendapatkan
maklumat. Hak untuk membuat
pilihan.
Hak untuk mendapatkan
ganti rugi. Hak untuk menyuarakan
pendapat.
Hak untuk mendapatkan
alam sekitar yang sihat Hak untuk mendapatkan
pendidikan pengguna.
dan selamat.

2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu 215
berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai.

5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks.

TEMA 16 Keperibadian Penjawat Awam

Menulis

- 1. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan dan betulkan kesalahan tersebut.
2. Analisis kejituan dan kesinambungan idea dalam bahan.
Al<llvltf 3. Baca dokumen rasmi. Kemudian, analisis kejituan dan kesinambungan idea

dalam dokumen tersebut.

TONGGAK

Tonggak 12 diilhamkan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin
Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara yang disampaikan lewat ucapan perasmiannya
bersempena dengan Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992. Sejak itu, Tonggak 12
telah menjadi dasar dan pegangan penjawat awam. Antaranya ialah Menghargai Masa,
Ketekunan Membawa Kejayaan, Keseronokan Bekerja, Kemuliaan Kesederhanaan,

Integriti Menghargai Masa Ketekunan Membawa

--- I.-,__-_-----K=e~-jayaa~n -~

Orang yang menghargai masa Ketekunan bererti memberi
tidak akan membiarkan berlalunya tumpuan kepada sesuatu kerja
masa tanpa sebarang kerja yang sehingga selesai dan sempurna
berfaedah. Pada masa kini, dengan hingga membawa kejayaan serta
adanya teknologi canggih maka kecemerlangan kepada agensi
perhubungan menjadi semakin dan individu. Apabila kita sebut
rapat dan banyak keputusan ketekunan, yang tergambar
dilaksanakan dalam masa yang dalam ingatan kita adalah seekor
singkat. Tidak bertindak segera semut. Biasanya sang semut akan
atau melengahkan keputusan akan memikul benda-benda yang
menyebabkan hilangnya peluang berkali-kali lebih berat daripada
keemasan. Setiap orang diberi masa dirinya. Namun begitu kegigihan,
yang sama banyak. Terpulanglah kesabaran, kekuatan hatinya tidak
kepada setiap individu untuk akan padam sehingga selesai kerja
merancangkan masanya dengan atau matlamatnya tercapai.
bijak.

u (,_____ ____,)“Orang yang paling tidak tahu (,_____ ____,)“Kejayaan adalah kepunyaan
memanfaatkan masa ialah orang orang yang paling tekun.”
yang selalu merungut tentang – Napoleon Bonaparte
kekurangan masa.” – La Bruyere
216
KPM

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan
memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala
bentuk rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

12 berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

(Sumber: Adaptasi daripada Pelan Integriti Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani 2014 – 2018)

Ketinggian Peribadi, Kekuatan Sifat Baik Hati, Pengaruh Teladan, Kewajipan TEMA 16
Menjalankan Tugas, Kebijaksanaan Berhemat, Keutamaan Kesabaran, Peningkatan
Bakat dan Nikmat Mencipta. Dalam kesempatan ini, mari kita telusuri sebahagian
daripada Tonggak 12 tersebut.

“Kita dikenali dari apa yang kita lakukan berulang kali. Kebaikan bukan sekadar

(,_____ _ _ _ ______.)perbuatan, tapi suatu tabiat.” – Aristotle

Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan

r Sejak zaman-berzaman, kerja Kesederhanaan ialah sikap yang Integriti
menolak keterlaluan, sama ada
ialah suatu beban yang perlu keterlaluan dalam menetapkan
dilakukan untuk hidup sama sesuatu peraturan, perbelanjaan,
ada dengan membanting tulang dan sebagainya. Sesuatu yang
ataupun memerah otak. Kerja keterlaluan, umpama hiasan yang
bukanlah sesuatu yang ringan, berlebihan, tidak menyenangkan mata
tetapi bagi kebanyakan manusia, memandang. Dalam tugas sehari-hari,
bekerja itu yang tiada hujungnya. sikap sederhana dalam percakapan,
Namun begitu, jika kita mengambil mengeluarkan arahan, bergaul,
pendirian yang optimistik, kita berpakaian yang sopan, dan lain-lain
boleh menjadikan kerja itu sesuatu sangat penting bagi meningkatkan
yang mendatangkan keseronokan. kecekapan sesuatu organisasi.
Perbuatan melanggar disiplin kerja
“Kerja yang dilakukan secara tidak boleh dibiarkan kerana ini tidak
spontan dan penuh keseronokan dianggap sederhana.
“Hanya orang yang mempunyai
(_________)tidak akan pernah menjadi kesabaran untuk melakukan perkara
beban.” – Mahatma Gandhi yang mudah dengan sempurnanya
dapat memiliki kemahiran untuk
(Sumber: Adaptasi daripada Tonggak Dua Belas, melakukan sesuatu yang sukar dengan
Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, mudahnya.” – Johann C. Schiller.
1992)

3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai 217
teks.

Penilaian

Soalan 1
Berdasarkan bahan, tulis rencana untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
keselamatan jalan raya. Panjang rencana anda hendaklah antara 150 patah perkataan
hingga 200 patah perkataan.

Statistik Kemalangan Jalan Raya

1. Secara umum, purata kes maut jalan raya pada tahun 2019 ialah sekitar 7000 hingga

8000 orang setahun. Hal ini bermakna, dianggarkan 20 orang maut setiap hari

di jalan raya negara ini, manakala lebih 25 000 orang cedera setiap tahun.

TEMA 16 2. Kadar kematian jalan raya di Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi

di dunia. (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/33624/KOLUMNIS/

20-maut-setiap-hari-di-jalan-raya)

Indeks Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya

Kerajaan memandang serius perangkaan kemalangan ini dan menangani isu
keselamatan jalan raya ini secara holistik. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah
intervensi yang mengguna pakai pendekatan 5E. Pendekatan ini merangkumi
pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran, dan penilaian. Antaranya
termasuklah:

Integriti sekolah rendah dan menengah. 01

Penguatkuasaan piawaian teknikal kenderaan berdasarkan piawaian 02
United Nations Economic Commision for Europe.

Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan berkala dan ad hoc dijalankan 03
oleh agensi-agensi penguat kuasa sepanjang masa.

Penambahbaikan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Automated 04
Enforcement System (AES) yang berterusan.

Penyelenggaraan dan aktiviti pengauditan keselamatan jalan raya. 05

Kempen advokasi bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan 06
agensi-agensi berkaitan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan 07
media massa.
Penilaian tentang keberkesanan usaha atau aktiviti keselamatan jalan raya
yang dijalankan selain memastikan pelaksanaannya menepati
kumpulan sasaran.

(Sumber: http://www.mot.gov.my/my/darat/keselamatan-jalan-raya/perangkaan-
kemalangan-jalan-raya-indeks-kematian)

u218
KPM

Soalan 2 TEMA 16
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya antara 350 patah
perkataan hingga 500 patah perkataan. Integriti

(i)
Setiap bakal pekerja harus menerima hakikat bahawa era globalisasi pastinya
membawa perubahan dalam aliran pemikiran. Majikan lebih cenderung
untuk memilih dan memerlukan calon pekerja yang memiliki kepakaran serta
pemahaman merangkumi pelbagai aspek kemahiran. Beberapa ciri penting perlu
ada, iaitu berdikari, berinisiatif, mahir berkomunikasi, pandai menyesuaikan diri,
berdisiplin, dan mengamalkan etika berpakaian.

(Sumber: Diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/84480/
tip-kerjaya-ciri-pekerja-pilihan-majikan)

Berdasarkan maklumat dalam bahan di atas, kemukakan pendapat anda tentang
ciri-ciri yang perlu ada pada setiap bakal pekerja yang cemerlang.

(ii)
Karya sastera sememangnya kurang mendapat tempat di hati masyarakat kerana
mereka lebih berminat dengan bahan bacaan ringan. Penyuburan minat terhadap
karya sastera perlu bermula dari sekolah lagi dengan memperbanyak naskhah
di perpustakaan supaya mudah diakses oleh murid dan guru.

– Datuk Dr. Zurinah binti Hassan, Sasterawan Negara

Sasterawan Negara berpendapat bahawa penyuburan minat terhadap karya sastera
perlu bermula dari sekolah.

Berdasarkan pendapat tersebut, kemukakan cadangan kepada pihak sekolah tentang
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyuburkan minat murid terhadap karya
sastera.

Soalan 3
Berdasarkan bahan, jawab soalan-soalan di bawah.

(i) Pilih dua kata kerja terbitan dan dua kata nama terbitan yang terdapat dalam
bahan. Kemudian, bina ayat untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada usahawan
Perindustrian Kecil dan Sederhana. Antaranya termasuklah penyediaan kios
niaga di pasar raya besar bagi memasarkan produk terbaharu mereka. Yang
penting, mereka perlu melakukan penambahbaikan dalam setiap kelemahan
yang dikenal pasti.

219

TEMA 16 (ii) Berdasarkan bahan, tukarkan tiga ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.
Integriti
Ibu merenung mataku tepat-tepat. Aku menundukkan kepala kerana
tidak selesa direnung sebegitu rupa. Tanganku tiba-tiba dipegang oleh ibu
dengan eratnya.

“Ibu menyayangi semua anak ibu. Tiada pilih kasih. Ibu harap, Min faham
situasi ibu,” kata ibu. Nada suaranya sebak dan di hujungnya kedengaran ibu
teresak-esak.

Aku mengangkat mukaku. Ibu kupeluk erat.
“Maafkan Min kerana melukakan hati ibu,” suaraku tenggelam timbul
antara esakan aku dengan ibu.

(iii) Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,
senaraikan dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut.

Bahan 1

menggunakan dan menggubah rekabentuk anyaman sedia ada dan
menambah rekacorak yang berunsurkan kepada motif pelbagai spesis

ora dan fauna, bentuk geometri, dan sebagainya. Pembaharuan yang
dibuat adalah bersesuaian citarasa pelanggan. Encik Ishak bin Kassim
turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Kraf Anyaman

kraf anyaman rotan masih terus dikekalkan. Usaha ini sekaligus mampu
meningkat dan meluaskan pasaran tempatan dan luar negara.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kraftangan.gov.my
maklumat kraf/tokoh-kraf/adiguru)

Bahan 2

Sebuah syarikat pengeluar motosikal di negara kita telah mengadakan

Besi Arah Selatan hari ini. Kempen ini dianjurkan bersempena dengan
perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.
Pengerusi Eksekutif syarikat semasa ditemui pemberita mengatakan yang
setiap tahun kadar kemalangan jalan raya akan meningkat terutama pada
musim perayaan atas faktor kenderaan yang bertambah dari masa ke semasa.
Deretan kenderaan-kenderaan akan kelihatan di mana-mana arah sama ada

Inisiatif untuk mengurangkan statistik kemalangan di jalan raya diambil oleh
pihak kami sebagai melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat.
Kempen ini bertemakan Utamakan Keselamatan dan rayuan juga dibuat
kepada penunggang sepanjang kempen supaya tolong jangan menggunakan
telefon bimbit semasa menunggang.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my/
220 vroom/2020/01/533623/kempen-keselamatan-jalan-raya)

(iv) Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis TEMA 16
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu baku tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya. Integriti

Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan tiada juga
berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara

Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”

(v) Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua
peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Itulah yang menjadi pegangan kami
dalam ekspedisi ini. Apakan daya, malang tidak berbau. Ketua kumpulan
yang terpaksa menghentikan pendakian telah menyebabkan kami seperti
anak ayam kehilangan ibu.

Soalan 4
Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?
Sebenarnya Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul
kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan seperti cara nenek moyang
kepada nenek moyangnya, dan cucu-cicit kepada cucu-cicitnya berjalan, telah betul
dan sempurna. Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang berasa hairan dan takjub
melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan
ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, daripada doktrin-doktrin, rukun-rukun,
fatwa-fatwa sampailah kepada pekeliling-pekeliling dan memo-memo.

Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan
dan mengawas pelaksanaan peraturan-peraturan, daripada peraturan lalu lintas
jalan raya, peraturan datang ke pejabat, dan peraturan berpakaian, sampailah kepada
peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di mahkamah, peraturan menyekat air
dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala
yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah apabila melihat manusia yang tidak
pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya,
memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan
dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu majun untuk
memperkuat bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit,
menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran di samping berkelahi,
menindas, dan menipu sesama sendiri.

Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar atau menyuruh anaknya
berjalan betul? Ketam atau manusia?

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Usman Awang, 1987. Puisi-puisi Pilihan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
221

TEMA 16 (i) Apakah maksud “hairan dan takjub”?
(ii) Mengapakah Sang Ketam mengatakan bahawa kaum mereka tidak pernah mengajar
Integriti
anak ketam berjalan dengan betulnya?
(iii) Apakah perkara yang menimbulkan kehairanan Sang Ketam terhadap manusia?
(iv) Berdasarkan bahan, ulas idea yang terdapat dalam bahan dengan menggunakan

analogi yang betul dan tepat.
(v) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh manusia agar kehidupan

mereka lebih sejahtera dan harmoni?

Soalan 5
Baca petikan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

tengoklah nanti bagaimana saya bawa Tajau Emas ke sana. Ada Aya-Strawberry
Park lagi,” kata Waheeda positif. Haji Said yang berusia awal 50-an itu mengangguk
kagum melepaskan pelanggan setianya pergi meninggalkan pejabatnya.

“Kalaulah usahawan Bumiputera mempunyai kecekalan dan jati diri seperti
Waheeda, alangkah baik dan cepatnya negara kita mencapai taraf negara maju.”

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Beb Sabariah, hlm. 304-305,
2016. Novel Tirani. Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan pusat pelancongan yang diusahakan oleh
Waheeda di Tanah Tinggi Cameron.

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang anda pelajari.
Aktiviti membaca novel membawa banyak kebaikan. Jelaskan kebaikan tersebut.

222

Jawapan/Lampiran Pilihan

TEMA 1: ANDA BERSIH, ANDA SIHAT

Halaman 4 – 5 (Soalan 2)

Kata Tunggal Kata Majmuk

ahli meja bandar raya
anak mulut Ketua Pengarah
bagi mutasi makan angin
batuk negeri kakitangan
bersin oleh sapu tangan
buah pada cuti sakit
cuci pakai kerjasama
dalam perlu garis panduan
dan pola terima kasih
dengan rumah pelitup muka
di sabun
gejala sekolah
hantar sembuh
hendak seperti
hidung sukar
hingga supaya
in uenza syarikat
ini tangan
jika tempat
ke tinggal
keluarga tisu
kes tropika
ketika turut
kurang wabak
lantai wad
negara yang

TEMA 2: SUKAN DAN REKREASI

Halaman 18 – 19 (Soalan 2)

Kata Terbitan

Awalan Akhiran Apitan Sisipan

jurulatih undian menyampaikan gelanggang
diundang bulatan berkaitan lelaki
beberapa lontaran meliputi gemilang
bertiga leretan pertandingan
pemain balingan dipertandingkan
pengukur lantunan perseorangan
leretan menggunakan
peralatan

223


Click to View FlipBook Version