The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhazwaothman, 2021-01-26 02:02:58

RAHSIA SIAP PHD DALAM 18 BULAN

RAHSIA SIAP PHD DALAM 18 BULAN

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

RAHSIA
PhD

DALAM

18 BULAN

DR. MOHD NORAZMI BIN NORDIN

1

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

RAHSIA PHD DALAM 18 BULAN
MOHD NORAZMI BIN NORDIN

2

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

MUQADDIMAH

Buku Rahsia Siap PhD dalam 18 Bulan ini ditulis bertujuan untuk memberikan
panduan asas kepada para pelajar doktor falsafah secara penyelidikan dalam
menyiapkan penyelidikan mereka secara cepat, tepat dan bermakna. Penulisan
buku ini merupakan coretan perkongsian pengalaman penulis sendiri yang telah
berjaya menyiapkan tesis penyelidikan peringkat doktor falsafah dalam masa
yang cepat iaitu satu tahun enam bulan. Perlu diingatkan disini bahawa, selain
usaha saya sendiri, ramai pihak yang telah membantu saya secara langsung dan
tidak langsung. Pada akhirnya, Allah jualah yang menentukan semua
pencapaian hebat ini. Secara asasnya, penulisan tesis kajian ini perlulah
dijalankan secara saintifik iaitu mengikut tatacara yang betul dan melalui proses
pengesahan yang tertentu. Dalam menulis tesis kajian ini, beberapa perkara
perlu diambilkira sebelum penulisan dijalankan. Oleh yang demikian, buku ini
menjelaskan secara ringkas, mudah dan berperingkat dalam menulis tesis kajian.
Sekiranya para pelajar dapat mengikuti dengan baik serta konsisten cara
penulisan dan tempoh masa masa yang diberikan, dengan izin tuhan tesis anda
akan berjaya disiapkan dalam masa yang dingini.

Penulis ingin menegaskan bahawa, panduan yang diberikan dalam buku
ini adalah sebagai cadangan sahaja dan ianya bukanlah muktamad. Mungkin
beberapa pihak yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju dengan
kaedah penulisan yang dijelaskan. Bagi mereka yang inginkan penulisan tesis
yang lebih hebat, mereka boleh menggunakan kaedah lain. Buku ini mungkin
juga akan menggambarkan bahawa penulisan tesis ini bergantung kepada
template tertentu. Terpulang kepada diri sendiri untuk memilih dan menilai.
Perlu diingatkan juga, anda sendiri yang menentukan cara anda menulis dan
penyelia anda pada akhirnya akan menentukan penulisan tesis anda.

Walaubagaimanapun, penulis berbesar hati sekiranya kaedah ini dipilih
kerana ianya bukan sahaja mudah, malah ianya berstruktur dan cepat untuk
disiapkan. Selebihnya anda dan penyelia anda boleh berbincang bagi
memurnikan lagi penulisan tesis anda. Setinggi-tinggi penghargaan kepada
penyelia tesis PhD saya iaitu Dr. Mohamad Zaid bin Mustafa dan penyelia

3

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

bersama iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq yang
membimbing saya dengan begitu sabar dan penuh komitmen. Begitu juga
kepada isteri dan anak-anak penulis yang banyak memberikan semangat untuk
penulis meneruskan cita-cita.

Penulis juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada Prof. Madya Dr. Azman bin Hasan, iaitu pengasas Research Content
Structure (RCS) yang mana banyak membantu penulis menyiapkan tesis PhD
dengan cepat dan tepat. RCS ini jugalah yang menjadi tunjang rujukan utama
bagi pemebentukan Struktur Kajian Al Fateh (SKAF) ini. Untuk pengetahuan
semua, SKAF adalah inisiatif dan ubahsuai saya berdasarkan pengalaman dan
perbincangan saya bersama penyelia kajian saya iaitu Dr. Mohamad Zaid bin
Mustafa, dengan berpaksikan kepada RCS. Jika anda memerlukan perincian dan
penerangan yang lebih jelas, sertailah bengkel yang dianjurkan oleh Prof.
Madya Dr. Azman bin Hasan berkaitan RCS serta segala keperluan berkaitan
kajian yang diadakan setiap bulan. Anda juga boleh mengikuti bengkel yang
saya anjurkan. Selamat maju jaya.

Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
B.Ed (IPG Ilmu Khas) 2006-2011
M.Ed (OUM) 2015-2017
PhD (UTHM) 2018-2020
[email protected]
drnorazminordin.weebly.com
01153555095

4

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Hak Cipta © Mohd Norazmi bin Nordin 2020
Keluaran Pertama 2020
Diterbitkan oleh:

Mohd Norazmi bin Nordin
Self Publisher

Batu Pahat, Johor
[email protected]
Hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi da nisi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis penulis, Mohd Norazmi bin Nordin.

5

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Isi Kandungan
PRA KAJIAN

Memahami SKAF (7)
Menentukan Isu (8)
Mengenalpasti Faktor (15)
Mengenalpasti Masalah (18)
Membentuk Model dan Tajuk Kajian (20)

PENULISAN BAB

Bab 1 (23)
Bab 2 (40)
Bab 3 (46)
Bab 4 (61)
Bab 5 (65)
Rujukan (70)
Abstrak & Pemurnian (71)

TAMBAHAN

Membina Soal Selidik (74)

6

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

STRUKTUR KAJIAN AL FATEH (SKAF)

(Fast, Accurate, Template, Effective, Honest)

Kredit kepada Prof. Madya Dr. Azman bin Hasan (Timbalan Dekan Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM) yang mengasaskan Research
Content Structure (RCS) yang menjadi tunjang kepada SKAF ini.
Petunjuk:
F= Faktor
M=Masalah
DI= Dimensi Isu
DK= Dimensi Kesan
X= *Dimensi tambahan yang dikutip melalui temubual dengan responden
MODEL = Model bagi kajian yang akan dibentuk

7

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
MENENTUKAN ISU
Langkah pertama dan utama dalam menjalankan kajian adalah menentukan isu
kajian kita. Isu kajian merupakan perkara pokok yang menjadi asbab kepada
bermulanya kajian kita. Dengan isu itulah, yang menyebabkan kita perlu
menjalankan kajian. Jika tiada isu, maka tak perlulah kita menjalankan kajian.
Oleh yang demikian, kita perlulah mengenalpasti isu yang boleh kita jadikan
landasan untuk menjalankan kajian. Berpandukan kepada Struktur Kajian Al
Fateh (SKAF) yang disediakan pada awal buku ini, menentukan isu merupakan
langkah pertama yang perlu dilaksanakan.

Rajah 1: Peringkat 1 dalam SKAF
Sebelum kita menentukan isu, kita perlu memahami dahulu apa itu isu.
Selalu kita dengar ada yang menyebut sebagai “isu itu masalah dan masalah itu
isu”. Pada asasnya, isu itu bukan masalah dan masalah itu tidak semestinya isu.
Terdapat perbezaan bagi kedua-dua perkara ini, di mana isu merupakan aspek
yang lebih besar jika dibandingkan dengan masalah. Di dalam isu, terdapatnya
pecahan masalah. Manakala masalah pula adalah sebahagian daripada isu.
Dalam kajian, isu merupakan asas untuk kita lakukan kajian, manakala masalah
adalah punca yang perlu kita selesaikan. Rajah 2 menunjukkan konsep isu dan
masalah.

8

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

masalah
faktor

isu

Rajah 2: Konsep Isu dan Masalah
Jika dapat dilihat, isu adalah rangkuman kepada faktor dan juga masalah
tentang sesuatu perkara. Oleh yang demikian, isu perlulah mempunyai faktor-
faktor yang menyebabkan ianya berlaku, dan masalah-masalah yang
menjadikan ianya faktor. Rajah 3 di bawah pula menerangkan konsep masalah
yang mewujudkan sesuatu isu.

masalah
1

isumasalah
2

masalah
3

Rajah 3: Masalah dalam Isu
Jadi, mari kita mulakan dengan menentukan isu bagi kajian kita sendiri.
Melalui pengalaman saya ketika menjalankan kajian PhD, penentuan isu
mengambil masa yang agak lama untuk ditentukan, kecuali anda telah bersedia
pada peringkat master. Perlu saya ingatkan di sini, isu kajian mestilah dalam
bentuk yang negatif, tidak boleh berbentuk positif. Sekiranya ianya positif,
ianya bukanlah isu dan ianya tidak perlu dikaji. Isu perlulah memenuhi kriteria
seperti berikut, sekiranya anda ingin menyiapkannya dengan cepat:
i. Berkaitan dengan master anda dahulu

9

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

ii. Berkisar tentang profesionalisme anda (persekitaran pekerjaan anda)
iii. Berbentuk negatif
iv. Ada bukti ianya berlaku
v. Boleh diselesaikan
vi. Kos yang tidak tinggi
vii. Mudah dilaksanakan
viii. Tidak sensitif
ix. Ada gap dalam akademik (belum ada yang menjalankan kajian berkaitan

terhadap populasi kajian anda- akan dibincangkan dalam bab akan
datang)
x. Boleh digeneralisasikan (populasi kajian anda mempunyai isu yang
sama)

Dalam kajian saya, bebanan tugas guru pendidikan khas yang tinggi
merupakan isu kajian. Isu ini dipilih kerana ianya berkaitan dengan master saya
dahulu. Ianya juga melibatkan saya secara langsung kerana saya adalah guru
pendidikan khas. Sememangnya isu ini adalah negatif tetapi bukanlah sesuatu
yang sensitif untuk dikaji. Isu ini juga mempunyai bukti secara ilmiah
berdasarkan kepada kajian terdahulu dan diakui oleh guru-guru pendidikan khas
yang lain. Pada pandangan saya pada ketika itu, ianya boleh diselesaikan dan
mudah untuk dijalankan kerana kosnya tidaklah tinggi. Lebih bertuah, penyelia
saya mempunyai geran berkaitan kajian ini. Berdasarkan kepada kajian
terdahulu, tiada satu pun kajian yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah
ini. Kajian-kajian yang ada hanyalah dalam bentuk menentukan kesahihan
adanya isu ini, dan kajian berkaitan beban tugas guru belum dilakukan terhadap
populasi guru-guru pendidikan khas. Inilah yang dikatakan sebagai gap dalam
kajian akademik. Isu kajian yang saya pilih didorong oleh beberapa faktor
seperti pentadbir, dasar, ibu bapa, murid dan juga guru. Faktor-faktor ini pula
didasari oleh masalah-masalah tertentu seperti gaya kepimpinan, pengetahuan
dan kelayakan (pentadbir), berubah-ubah, tidak menepati pasaran dan tidak jelas
(dasar), kemahuan yang tinggi, jangkaan yang luar biasa dan kurang kerjasama
(ibu bapa), pelbagai kategori, tidak mengikut kohort umur dan tidak boleh
berdikari (murid) serta, kurang kompetensi, pengalaman dan kemahiran (guru).

10

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Pada peringkat pertama ini, anda hanya perlu menentukan isu kajian
sahaja. Jangan fikir pada perkara lain. Sebagai contoh, isu beban tugas guru
pendidikan khas yang tinggi telah dipilih sebagai isu kajian. Setelah itu, kita
perlulah mencari sekurang-kurangnya lima kajian-kajian lepas berkaitan isu
yang dipilih. Kemudian, dapatkan pula sekurang-kurangnya lima kajian-kajian
terdahulu berkaitan kesan yang akan berlaku sekiranya isu yang dipilih tidak
diselesaikan. Kesemua proses ini, anda perlu lakukan dalam masa seminggu
sahaja, dimana sehari anda perlu ambil masa 1-2 jam untuk setiap sesi. Rajah 4
dibawah menunjukkan proses yang saya jalankan bagi menyiapkan langkah
yang pertama ini beserta tempoh masa yang diambil.

• isu-beban tugas guru
• 5 kajian terdahulu dan fakta berkaitan isu

isu kajian • 2 hari

• 5 kajian terdahulu berkaitan berlakunya isu

bukti isu • 2 hari

• 5 kajian terdahulu berkaitan kesan yang berlaku
sekiranya isu tidak diselesaikan

kesan isu • 2 hari

• kemaskinikan penulisan, semak ejaan dan tatabahasa
serta format

touch-up • 1 hari

Rajah 4: Proses Peringkat 1 (Menentukan Isu)

Sekali lagi saya ingatkan, jika anda mengikuti tempoh masa yang saya
cadangkan, kajian anda akan siap dalam tempoh satu setengah tahun. Berikan
komitmen dan perhatian bagi proses yang dicadangkan. Jika masih samar-
samar, ikutilah bengkel yang saya adakan pada setiap hari Sabtu pada tarikh
yang sentiasa dikemaskini. Setelah selesai proses ini, maka peringkat pertama
dalam SKAF telah berjaya anda penuhi.

11

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Saya amat berharap dalam masa seminggu anda telah berjaya
menyiapkan proses pada peringkat ini. Segala jenis rujukan bagi kajian
terdahulu, mestilah disimpan dalam folder tertentu yang berkaitan mengikut
keselesaan anda menyusunnya. Setelah selesai, maka peringkat kedua bolehlah
dijalankan pada minggu kedua. Disiplinkan diri anda dalam menjalankan kajian.
Anda boleh lakukannya. Antara isu yang dapat saya cadangkan untuk anda bagi
kluster sains sosial adalah seperti berikut, tetapi boleh diperluaskan lagi:

i. Pengangguran
ii. Penyakit berjangkit
iii. Keberkesanan PDPc
iv. Lambakan guru
v. Pemanasan Global
vi. Pelaksanaan dan Pemahaman berkaitan Revolusi Industri 4.0
vii. Murid Gagal dalam peperiksaan
viii. Dan lain-lain.

Berikut disediakan langkah-langkah bagi peringkat pertama secara ringkas
bagi memudahkan pemahaman dan progress anda.

i. Cari isu yang tepat. (1 hari)
ii. Cari 5 kata kunci berkaitan isu. (1 hari)
iii. Cari 5 bukti adanya isu, berdasarkan kajian terdahulu. (1 hari)
iv. Cari 5 kesan jika isu tidak diselesaikan, berdasarkan kajian terdahulu. (1

hari)
v. Cari 5 kata kunci bagi kesan tersebut. (1 hari)
vi. Tuliskan semua dapatan dalam perenggan. (1 hari)
vii. Semak ejaan dan tatabahasa. (1 hari)

 Carian kajian terdahulu boleh terus menggunakan google scholar.
 Perkara i hingga iii ditulis dalam 1 perenggan, manakala perkara iv dan

v ditulis dalam perenggan berasingan.

12

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
Setelah semua proses ini anda jalankan, maka peringkat 1 telah pun berjaya
dilaksanakan hanya dalam 1 minggu sahaja. Kemudian, boleh terus ke peringkat
kedua.

√ Siap!

Peringkat
2

Rajah 5: Selesai Peringkat 1.
Berikut disediakan juga contoh penulisan yang telah siap. Contoh ini diambil
daripada tesis PhD saya. Perlu saya jelaskan di sini, sekiranya anda dapat
menyiapkan keempat-empat peringkat dalam pra kajian ini dalam masa yang
dicadangkan, maka anda akan berjaya menyiapkan Bab 1 anda hanya dalam
masa 1 bulan sahaja.

13

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
Rajah 6: Peringkat 1 telah Lengkap

14

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
MENGENALPASTI FAKTOR
Peringkat kedua dalam pra kajian adalah mengenalpasti faktor kepada isu yang
telah dipilih pada peringkat pertama. Sebagai contoh, isu yang dipilih adalah
‘beban tugas guru pendidikan khas yang tinggi’. Kita perlu mengenalpasti
apakah faktor yang menyebabkan berlakunya isu ini. Dalam kajian PhD saya,
saya telah mendapati faktor dasar, faktor murid, faktor guru dan faktor pentadbir
telah menyebabkan berlakunya isu beban tugas guru pendidikan khas yang
tinggi. Kesemua faktor ini dicatatkan pada peringkat kedua seperti mana yang
ditunjukkan dalam SKAF.

Peringkat 2

Rajah 7: Peringkat 2

15

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Perlu dijelaskan di sini bahawa faktor yang dikenalpasti mestilah
rangkuman kepada permasalahan yang berlaku. Ini bermaksud, faktor adalah
perkara utama yang menyebabkan berlakunya isu. Sebagai contoh, faktor
berlakunya isu beban tugas guru pendidikan khas, bukan kemahiran guru atau
kesediaan guru, tetapi faktor tersebut adalah faktor guru. Faktor guru ini adalah
rangkuman kepada masalah kemahiran dan kesediaan guru. Tulis dahulu faktor
yang anda fikirkan secara logik yang menyebabkan berlakunya isu. Kemudian,
cari 3-5 kajian terdahulu berkaitan faktor tersebut. Setelah itu, kenalpasti faktor
manakah yang utama daripada kesemua faktor yang diperoleh. Bagi tujuan ini,
anda perlu melihat faktor yang dominan yang mempunyai paling banyak kajian
terdahulu. Letakkan faktor tersebut diakhir sekali dalam SKAF. Ini bertujuan
untuk memudahkan penulisan tesis anda nanti dimana penulisan perlulah dalam
bentuk koheran atau berkaitan diantara satu perenggan ke satu perenggan yang
lain secara berturutan. Jangan lupa untuk simpan semua rujukan bagi kajian-
kajian terdahulu dalam folder berkaitan yang mana anda selesa dalam
menguruskannya. Peringkat kedua ini dicadangkan hanya seminggu sahaja.
Berikan komitmen anda yang tinggi bagi memenuhi hasrat untuk siapkan tesis
dengan cepat. Selepas selesai proses bagi peringkat ini, bolehlah teruskan ke
peringkat ketiga pada minggu berikutnya. Kalau masih samar-masar, sila hadiri
bengkel saya. Secara ringkasnya, proses bagi peringkat kedua ini boleh
dinyatakan seperti berikut, sekiranya anda ingin menyiapkannya cepat:

i. Fikir logik, apakah faktor kepada isu kajian. Faktor adalah rangkuman
kepada masalah.

ii. Cari 3-5 kajian terdahulu bagi setiap faktor (4 hari)
iii. Tentukan faktor manakah yang dominan.
iv. Letak faktor dominan pada bahagian bawah sekali dalam SKAF.
v. Tulis semua faktor dan kajian-kajian terdahulu dalam perenggan. (2 hari)
vi. Semak ejaan dan tatabahasa. (1 hari)

 Faktor bukan dominan dalam 1 perenggan, manakala faktor dominan
dalam perenggan berasingan.

16

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Peringkat 3 Siap! Faktor
Dominan

17

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
MENGENALPASTI MASALAH
Peringkat ketiga dalam pra kajian, seperti dalam Rajah 8, adalah mengenalpasti
masalah. Peringkat ini memerlukan kita untuk mendapatkan masalah bagi faktor
dominan yang telah kita pilih pada peringkat kedua. Berdasarkan tesis kajian
saya, faktor dominan adalah pentadbir, oleh yang demikian, masalah bagi
pentadbir dalam isu beban tugas guru pendidikan khas yang tinggi perlu
dikenalpasti.

Peringkat 3

Dalam peringkat ini, anda boleh fikirkan dahulu secara logik apakah
masalah berkaitan pentadbir. Masukkan dulu secara rawak. Setelah itu, cari 3-5
kajian terdahulu bagi setiap masalah yang dikenalpasti. Jika tiada sebarang
kajian terdahulu berkaitan masalah yang dimasukkan secara rawak tadi, masalah
itu boleh dibuang. Sekali lagi saya ingatkan, peringkat ini hanya memerlukan

18

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

seminggu sahaja tempoh untuk disiapkan. Berikan komitmen anda supaya ianya
dapat dicapai. Setelah anda berjaya menyiapkan peringkat ketiga ini, anda boleh
teruskan peringkat keempat pada minggu berikutnya. Berikut adalah ringkasan
bagi progress pada peringkat ini:

i. Kenalpasti masalah berkaitan faktor secara rawak sahaja.
ii. Cari 3-5 kajian bagi setiap masalah. (3 hari)
iii. Tulis setiap dapatan dalam bentuk perenggan. (3 hari)
iv. Setiap masalah ditulis dalam perenggan yang berbeza.
v. Carian kajian boleh dilakukan dengan menggunakan google scholar.
vi. Semak ejaan dan tatabahasa. (1 hari)

Berikut disediakan hasil pada peringkat ketiga berdasarkan kepada tesis PhD
yang telah saya siapkan. Jika anda masih samar-samar, ikutilah bengkel saya.
Sedar atau tidak, secara kasarnya, anda telah pun dapat 42 kajian terdahulu yang
boleh dibuat tinjauan literatur pada Bab 2 dan pada penulisan rujukan, setelah
anda siap peringkat 3 ini.

Peringkat 4
Siap!

19

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

MEMBENTUK MODEL DAN TAJUK KAJIAN

Peringkat keempat dan terakhir dalam pra kajian adalah membentuk model
kajian bagi kajian ini. Pembentukan model kajian ini secara automatiknya akan
dijadikan sebagai tajuk kajian kita. Inilah kaedah cepat yang kita gunakan,
dimana tajuk terhasil pada peringkat keempat. Anda mungkin tertanya-tanya
mengapakah perlu untuk menghasilkan model. Perlu saya jelaskan di sini
bahawa, pada peringkat pengajian PhD, pelajar perlulah menghasilkan
penyelesaian dan memperkenalkan beberapa perkara baru dalam dunia
akademik berdasarkan kepada kajian yang dilakukan. Oleh yang demikian,
penghasilan model dianggap sebagai perkara baru dan juga penyelesaian bagi
isu kajian yang kita kaji. Model inilah sumbangan kita kepada dunia akademik.
Selain itu, beberapa dimensi baru dalam konstruk juga akan dikira sebagai
sumbangan kita kepada dunia akademik. Dimensi-dimensi baru ini akan kita
dapatkan apabila kita mula menjalankan temubual nanti. Itu akan dijelaskan
pada bab yang akan datang. Perkara inilah yang membezakan pengajian dan
pengiktirafan antara sarjana (master) dengan PhD.

Peringkat 4

20

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
Pada peringkat ini, model yang akan dibentuk akan merangkumi beberapa
pembolehubah (konstruk) dalam kajian samada bersandar atau tidak bersandar.
Berdasarkan SKAF, pembolehubah boleh ditentukan dengan berpandukan
kepada bahagian yang mempunyai dimensi. Biasanya kajian akan merangkumi
dua pembolehubah bersandar dan satu pembolehubah tidak bersandar. Rajah 10
dibawah menunjukkan pembolehubah berkaitan mengikut SKAF.

P2
P3

P1

Rajah 10: Penentuan Pembolehubah
Terdapat tiga pembolehubah dalam kajian kita, iaitu P1 (pentadbir), P2
(beban tugas guru) dan P3 (kepuasan kerja). P1 dan P3 adalah pembolehubah
bersandar, manakala P2 adalah pemboleh ubah tidak bersandar. Ketiga-tiga
pembolehubah mempunyai hubungan dan pengaruh antara satu sama lain.
Model yang akan dibentuk adalah gabungan P1 terhadap P2 dan P3.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga pembolehubah ini, model kajian dan tajuk bagi
kajian kita adalah seperti berikut:

21

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

MODEL PENGARUH PENTADBIR TERHADAP BEBAN TUGAS
DAN KEPUASAN KERJA GURU PENDIDIKAN KHAS

Setelah anda berjaya menyiapkan peringkat 4 ini, maka proses bagi pra
kajian telahpun berjaya anda penuhi. Bagi proses ini, hanya beberapa minit
sahaja diperlukan. Selepas ini anda sudah boleh untuk terus kepada proses
seterusnya dalam penulisan tesis mengikut bab. Kita akan melihat
bagaimanakah cara untuk menulis Bab 1 hingga Bab 3 pada proses seterusnya
kerana ianya merupakan akar bagi kajian kita. Bab 4 dan Bab 5 akan menyusul
kemudian. Setelah penat menyiapkan 4 peringkat dalam pra kajian ini, anda
rehat dulu selama seminggu sebelum anda sambung dengan penulisan Bab 1
berdasarkan SKAF yang telah dilengkapkan. Jika anda masih samar-samar,
ikutilah bengkel saya. Berikut disediakan SKAF yang telah lengkap.

Rajah 11: SKAF yang Telah Lengkap

22

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

PENULISAN: BAB 1

Setelah berjaya melengkapkan pra kajian, penulisan tesis boleh dimulakan
dengan penulisan Bab 1. Bagi memudahkan proses dan juga mempercepatkan
penulisan, saya nasihatkan anda tetapkan terus format pada paparan Word anda
kepada format penulisan yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti. Dengan
penetapan format yang betul, masa anda tidak akan dihabiskan untuk membuat
kemaskini kepada format apabila penulisan anda siap nanti. Kemaskini pada
format, ejaan dan tatabahasa sangat leceh dan mengambil masa yang lama. Oleh
yang demikian, penetapan format penulisan yang betul sangat penting dalam
penulisan tesis yang cepat. Itu rahsia yang pertama. Rahsia yang kedua adalah,
anda perlu memulakan penulisan anda seceapat mungkin. Taip sahaja apa yang
bermain di fikiran anda berdasarkan kepada SKAF yang anda telah lengkapkan.
Pada peringkat awal ini, tidak perlu lagi anda masukkan sebarang citation
daripada mana-mana rujukan. Anda tulis sahaja dulu mengikut pengetahuan
sedia ada anda. Setelah itu, barulah sibukkan diri untuk mendapatkan serta
memasukkan citation.

Kembali kita kepada penulisan Bab 1. Dalam bab ini, beberapa topik
dan sub topik secara asasnya perlu dimasukkan bagi kajian sains sosial. Berikut
saya sertakan topik-topik berkaitan. Anda boleh copy dan paste dahulu senarai
ini dalam tesis Bab 1 anda sebagai template. Kemudian, mula menulis mengikut
topik yang berkaitan. Ini merupakan satu lagi rahsia penulisan tesis PhD yang
cepat. Penggunaan template pada permulaan dan seterusnya menulis mengikut
topik. Template yang disediakan ini sedikit sebanyak akan membuka ruang
motivasi dalam diri anda untuk menulis yang mana kadang-kadang kita tidak
tahu apa yang perlu ditulis. Bab 1 perlu memiliki topik-topik berikut:

1.1 Pengenalan
1.2 Latarbelakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah (3 hari)
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian

23

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Aspek Akademik
1.7.2 Aspek Praktikal
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian (3 hari)
1.10 Kerangka Konsep Kajian
1.11 Kerangka Teori Kajian
1.12 Definisi Istilah dan Operasi
1.13 Rumusan (4 hari)
Saya benarkan anda untuk copy dan paste sahaja senarai ini dalam tesis anda.
Terdapat 13 topik secara asasnya untuk ditulis dalam Bab 1. Persoalannya,
apakah yang perlu ditulis dalam setiap topik tersebut? Untuk itu, kita kembali
kepada SKAF yang telah dilengkapkan.

24

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

PENGENALAN, LATARBELAKANG KAJIAN DAN PENYATAAN
MASALAH

Kita mulakan dengan menulis pengenalan. Pengenalan adalah ringkasan
bagi keseluruhan kajian yang kita jalankan. Oleh yang demikian, anda perlu
menulis kesemua perkara yang tercatat dalam SKAF dalam pengenalan. Sedar
atau tidak, dalam pra kajian, anda telahpun menulisnya. Oleh yang demikian,
anda perlu gabungkan kesemua penulisan yang anda telah jalankan dalam topik
pengenalan ini. Penulisan perlu mengikut turutan yang ditunjukkan dalam
SKAF seperti dalam Rajah 12. Siap bagi topik pengenalan. Mudah kan?

21 3
8
9 4
5
12 10 6
11 7

Rajah 12: Langkah Menulis Pengenalan

25

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Bagi latarbelakang kajian dan permasalahan kajian pula, penulisan
perlulah diperincikan sedikit sahaja lagi bagi penulisan yang telah sedia ada
yang anada telah tulis dalam pra kajian. Anda juga mungkin boleh menambah
citation dengan mencari lagi kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan topik
yang ingin ditulis. Lihat SKAF ini untuk mengetahui peringkat mana yang perlu
dimasukkan bagi kedua-dua topik ini.

Ditulis dalam topik Ditulis dalam topik
Penyataan Masalah Latarbelakang kajian

26

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Berdasarkan SKAF, kesemua faktor kajian ditulis dalam topik
latarbelakang kajian, manakala kesemua masalah kajian ditulis dalam topik
penyataan masalah. Mudah kan? Tapi saya ingatkan disini supaya penulisan
yang sedia ada yang anda telah buat dalam pra kajian bagi faktor dan masalah
kajian ini, perlu diperincikan sedikit lagi dalam topik latarbelakang kajian dan
penyataan masalah ini. Masukkan pertambahan citation dan juga murnikan ayat
supaya ianya tidak 100% sama dengan apa yang anda telah tulis pada bahagian
pengenalan. Selesaikan penulisan anda ini dalam tempoh tiga hari sahaja.
Berikan komitmen anda dan disiplinkan diri dalam mencapai matlamat. Ingat,
anda telahpun menulisnya pada peringkat pra kajian. Cuma anda perlu murnikan
sahaja dalam penulisan Bab 1 ini. Anda boleh lakukan. Setelah selesai bagi topik
ini, kita teruskan pula dengan penulisan objektif, persoalan dan juga hipotesis
kajian

OBJEKTIF, PERSOALAN DAN HIPOTESIS KAJIAN

Topik ini sangat penting dalam menentukan halatuju kajian kita. Objektif
menunjukkan tujuan kita menjalankan kajian ini. Persoalan pula menunjukkan
samada dapatan kajian kita dapat menjawab persaoalan atau tidak. Manakala
hipotesis pula menunjukkan pencapaian dapatan kajian kita. Bagaimanakah
menulisnya? Saya sediakan template ini, anda boleh copy dan paste dalam tesis
anda dan ubahsuai mengikut kesesuaian kajian anda.

Objektif Kajian

1. Meneroka dimensi bagi beban tugas guru, pentadbir dan kepuasan kerja guru.
2. Menentusahkan model pengukuran hubungan antara beban tugas guru,

pentadbir dan kepuasan kerja guru pendidikan khas.
3. Menentusahkan model struktur pengaruh antara beban tugas guru, pentadbir

dan kepuasan kerja guru pendidikan khas.

Persoalan Kajian

1. Apakah dimensi bagi beban tugas guru pendidikan khas?
2. Apakah dimensi bagi pentadbir bagi program pendidikan khas integrasi?
3. Apakah dimensi bagi kepuasan kerja guru pendidikan khas?

27

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

4. Apakah model pengukuran hubungan antara beban tugas guru, pentadbir dan
kepuasan kerja guru pendidikan khas dapat ditentusahkan?

5. Apakah model struktur pengaruh antara beban tugas guru, pentadbir dan
kepuasan kerja guru pendidikan khas dapat ditentusahkan?

Hipotesis Kajian

1. Pentadbir mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap beban tugas
guru pendidikan khas.

2. Pentadbir mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap kepuasan
kerja guru pendidikan khas.

3. Kepuasan kerja mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap beban
tugas guru pendidikan khas.

4. Pentadbir mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap beban tugas
guru pendidikan khas.

5. Pentadbir mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap kepuasan
kerja guru pendidikan khas.

6. Kepuasan kerja mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap beban
tugas guru pendidikan khas.

Penulisan bagi topik ini mestilah mempunyai kaitan antara satu sama lain, iaitu
objektif kajian mestilah berkait dengan persoalan kajian, manakala hipotesis
pula berkait dengan persoalan kajian. Pastikan penggunakan istilah bagi
pembolehubah sentiasa konsisten bagi menunjukkan nilai yang berkualiti dalam
penulisan.

KEPENTINGAN KAJIAN

Topik berikutnya adalah berkaitan kepentingan kajian. Bagi topik ini,
penerangan mestilah tepat, fokus dan relevan. Ini kerana topik ini
mencerminkan betapa bermaknanya kajian anda ini terhadap dunia akademik.
Kepentingan kajian ini juga akan diberi perhatian oleh panel semasa
pembentangan proposal dan juga viva voce kelak. Oleh yang demikian,
perinciannya perlulah ditulis dengan penuh bermakna. Sebaiknya, kepentingan
ini ditulis berdasarkan isu-isu semasa agar ianya dilihat bersifat dinamik dan
memenuhi keperluan semasa. Kepentingan kajian terbahagi kepada dua sub
topik iaitu aspek akademik dan aspek praktikal. Aspek akademik lebih kepada

28

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

menambahkan lagi koleksi kajian sedia ada dan memenuhi ruang kosong (gap)
bagi pembolehubah berkaitan kajian. Manakala bagi aspek praktikal pula ialah
kesesuaian kajian anda terhadap keperluan semasa dan adakah ianya boleh
dipraktikan dalam dunia realiti. Berikut saya sediakan kepentingan kajian
berdasarkan kepada tesis PhD saya. Ingin saya jelaskan bahawa, ini bukanlah
yang terbaik, tetapi boleh dijadikan rujukan. Penulisan ini juga boleh diubahsuai
supaya ianya menepati kajian anda dan relevan untuk diketengahkan.

1.7.1 Aspek Akademik

Dari sudut akademik, terdapat dua kepentingan yang dikemukakan melalui
kajian ini, iaitu :

i. Penyelidikan ini akan menambah sumber rujukan ilmiah kepada pengkaji
yang akan datang. Jurang ilmu dan penyelidikan yang ada akan dapat diisi
dengan kajian ini dan seterusnya akan menambah koleksi ilmu yang berguna
kepada dunia penyelidikan ilmiah dan pendidikan amnya. Perkongsian ilmu
berkaitan isu beban tugas guru, kepimpinan sekolah dan juga kepuasan kerja
dapat berjalan secara berterusan dengan penambahan khazanah ilmu seperti
kajian ini.

ii. Penglibatan guru pendidikan khas dan juga PPKI akan menambahkan lagi
rujukan bagi sasaran tersebut kerana kebanyakkan kajian yang ada sehingga
ke hari ini masih banyak yang tertumpu kepada guru-guru aliran perdana di
sekolah rendah dan menengah. Namun bagi guru-guru pendidikan khas,
penyelidikan di dalam negara masih lagi kurang. Oleh yang demikian,
kerangka hipotesis yang dikemukakan ini boleh dikembangkan lagi bagi
mengisi jurang kajian yang ada.

1.7.2 Aspek Praktikal

Beberapa pihak berkepentingan akan mendapat manfaat hasil dari
penyelidikan ini, iaitu :

i. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengambil perhatian
kepada hasil kajian ini dalam melakukan beberapa penambahbaikan seperti
meneliti semula pekeliling berkaitan beban tugas guru pendidikan khas,

29

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

menambahbaik PPKI dan juga memenuhi sasaran kerajaan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Anjakan 5 iaitu
“Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap
Sekolah”. Melalui hasil kajian ini serta pengenalan model baharu, inisiatif
melalui kajian ini dapat dicadangkan kepada pihak KPM untuk memenuhi
hasrat tersebut. Selain itu, hasil kajian ini juga diharap mampu untuk
menjadi pelengkap kepada Modul Standard Kompetensi Kepengetuaan
Malaysia (SKKM) dan juga Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS) yang
diperkenalkan oleh Institut Aminudin Baki (IAB) sebagai cadangan kepada
Anjakan 5 PPPM. SKKSM dan KOMPAS merupakan rujukan secara umum
kepada kepimpinan sekolah, manakala hasil kajian ini dilihat secara khusus
kepada kepimpinan guru besar di PPKI.
ii. Pihak berkepentingan yang lain seperti pelajar, penyelidik dan ahli akademik
dapat menambahkan rujukan ilmiah serta amalan penyelidikan. Kajian ini
juga membuka ruang rujukan yang dinamik dan terkini kepada para pengkaji
untuk melakukan kajian susulan pada masa akan datang.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Topik ini menjelaskan berkaitan fokus utama kajian kita dan keterbatasan yang
dikaji supaya kajian yang kita lakukan tidak terkeluar daripada objektif utama
kita. Skop dan batasan kajian ini juga menjadikan kajian kita lebih tertumpu dan
tidak terlalu luas. Bagi topik skop kajian, penulisan perlulah menjelaskan
berkaitan pembolehubah yang dikaji sahaja. Tidak boleh melibatkan
pembolehubah yang diluar daripada kajian kita sepertimana yang telah
dicatatkan dalam SKAF. Bagi batasan kajian pula, anda perlu nyatakan tentang
populasi dan sampel kajian anda. Nyatakan juga bahawa kajian ini tidak
melibatkan organisasi yang lebih besar dan tertumpu kepada responden kajian
sahaja. Saya sediakan contoh penulisan yang boleh anda jadikan panduan.
Ubahsuai mengikut kesesuaian kajian anda sendiri.

30

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

1.8 Skop Kajian

Kajian ini ditumpukan kepada tiga pembolehubah iaitu faktor kepimpinan guru
besar, bebanan tugas guru pendidikan khas dan juga kepuasan kerja guru-
guru pendidikan khas sahaja. Kajian ini melibatkan populasi 1,041 guru-guru
pendidikan khas di 270 buah sekolah rendah yang melaksanakan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Johor setakat kajian ini
dijalankan sebagai perwakilan kepada PPKI seluruh Malaysia. Kajian ini juga
melibatkan soal selidik dan juga maklumbalas daripada guru-guru pendidikan
khas PPKI. Bagi faktor kepimpinan guru besar, beberapa aspek dikaji seperti
gaya kepimpinan, sikap, dan juga pengetahuan guru besar. Manakala bagi
bebanan tugas guru pula, kajian ditumpukan kepada masa, suasana kerja dan
keadaan kerja. Seterusnya bagi kepuasan kerja pula adalah fisiologi,
keselamatan dan hubungan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan responden dari sekolah-sekolah rendah yang
melaksanakan PPKI di dalam negeri Johor yang mewakili keseluruhan
populasi guru-guru PPKI di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga hanya
memberikan penumpuan kepada tiga aspek utama iaitu kepimpinan guru
besar, bebanan tugas guru dan juga kepuasan kerja guru PPKI. Guru besar
dan guru-guru pendidikan khas ini pula melibatkan guru-guru yang berada di
sekolah-sekolah rendah yang melaksanakan PPKI dan tidak melibatkan guru-
guru di sekolah pendidikan khas (SPK).

Walaupun terdapat pelbagai faktor yang memberikan pengaruh kepada
beban tugas guru dan juga kepuasan kerja guru, seperti faktor guru sendiri,
murid, fasiliti dan juga kurikulum, kajian ini hanyalah ditumpukan kepada
faktor kepimpinan guru besar kerana guru besar adalah golongan terpenting
dalam mengurus organisasi sekolah. Kesemua responden yang terlibat juga
hanya memberi maklum balas kepada soal selidik yang ditadbirkan. Oleh yang
demikian, pendapat dan persepsi mereka mencerminkan pendirian mereka dan
tidak mewakili organisasi lain yang lebih besar seperti Bahagian Pendidikan
Khas (BPKhas) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan

31

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) ataupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing.

Ingin saya tegaskan disini bahawa tempoh masa yang diperlukan untuk
menyiapkan topik objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, skop dan batasan kajian hanyalah 3 hari sahaja.
Disiplinkan diri anda dan berikan komitmen yang jitu dalam menyiapkan
penulisan bagi topik-topik ini. Sedar atau tidak, penulisan Bab 1 anda telah pun
sampai separuh jalan dan ianya hanya mengambil masa dalam seminggu
sahaja. Ini kerana kebanyak penulisan telahpun anda buat dalam pra kajian.
Tetapkan agar penulisan anda mengikut tempoh masa yang dicadangkan
supaya hajat anda untuk menyiapkan tesis dalam masa satu tahun setengah
dapat dicapai. Tiada yang mustahil. Anda sendiri yang menentukannya. Setelah
siap topik-topik diatas, maka anda boleh menulis kerangka kajian pada minggu
berikutnya.

KERANGKA KONSEP KAJIAN
Kerangka dalam kajian terbahagi kepada dua iaitu kerangka konsep dan
kerangka teori. Kedua-duanya penting dalam menjelaskan kajian secara ringkas
dan padat. Kerangka kajian perlu memenuhi keperluan kajian seperti
pembolehubah, dimensi dan juga teori-teori berkaitan. Selain itu, kerangka yang
dibuat juga mestilah menarik dan mudah untuk difahami. Untuk menentukan
apakah yang perlu dimasukkan dalam kerangka konsep terlebih dahulu, mari
kita lihat semula kepada SKAF kita.

32

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Ketiga-tiga pembolehubah yang ditandakan didalam SKAF adalah
perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kerangka konsep kajian. Contoh yang
saya sediakan mungkin memudahkan anda untuk mereka kerangka konsep anda
sendiri. Kerangka konsep ini boleh dibuat berdasarkan kreativiti anda.

33

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Kerangka konsep ini adalah kerangka konsep bagi tesis PhD saya. Ianya
bukanlah yang terbaik, tetapi boleh dijadikan panduan asas. Lihat perkara yang
perlu dimasukkan dalam kerangka konsep ini. Ketiga-tiga pembolehubah
dimasukkan dan juga dimensi bagi setiap pembolehubah berkaitan. Ianya boleh
diubahsuai mengikut kreativiti anda serta kesesuaian kajian anda. Namun
begitu, pastikan anak panah (arrow) dalam arah yang betul seperti didalam
Rajah 14 diatas. Jika dilihat ada dimensi yang masih lagi tidak mempunyai nama
tertentu seperti X1, X2, Y1, Y2, Z1, Z2 dan Z3. Kesemuanya merupakan
dimensi yang akan anda perolehi semasa anda menjalankan temubual kelak.
Bukan sahaja 7 elemen, mungkin akan lebih lagi. Inilah antara perbezaan antara
master dan juga PhD. Master hanya apa yang ada dalam kajian terdahulu, tetapi
PhD adalah yang baru serta tambahan yang diperoleh melalui temubual.

Jangan lupa untuk tuliskan tajuk bagi setiap rajah yang anda masukkan
ke dalam penulisan tesis anda. Ini adalah format asas penulisan. Tajuk bagi
sesuatu rajah, ditulis di bawah rajah. Berbeza dengan jadual, tajuk jadual perlu
ditulis pada bahagian atas jadual. Format ini standard dalam semua penulisan
akademik. Selain itu, penerangan berkaitan rajah atau jadual yang dimasukkan
perlulah ditulis samada sebelum atau selepas paparan rajah atau jadual tersebut.
Nombor bagi rajah dan jadual juga perlu ditulis. Ini juga format asas penulisan
akademik. Jika rajah/jadual tersebut adalah rajah/jadual yang pertama dalam
Bab 1, nombor mestilah ditulis sebagai Rajah 1.1 atau Jadual 1.1. Jika

34

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

rajah/jadual tersebut adalah rajah/jadual kedua dalam Bab 1, nombor mestilah
ditulis sebagai Rajah 1.2 atau Jadual 1.2. Begitu juga sekiranya rajah/jadual
tersebut adalah yang pertama dalam Bab 2, ia mestilah ditulis sebagai Rajah 2.1
atau Jadual 2.1. Jika rajah/jadual itu adalah yang kedua dalam Bab 2, ia perlu
ditulis sebagai Rajah 2.2 atau Jadual 2.2. Begitulah seterusnya dalam bab-bab
yang berikutnya. Masukkan juga beberapa lagi citation tambahan berkaitan
kerangka konsep kajian ini bagi menambah rujukan.

Selain kerangka konsep kajian, anda juga perlu menyediakan kerangka
teori kajian. Kerangka teori kajian adalah perkara yang sama seperti kerangka
konsep, namun ianya ditambah dengan teori-teori berkaitan pembolehubah
kajian. Anda perlu mencari 2-3 teori yang berkaitan dengan pembolehubah
kajian anda. Diantara teori yang dipilih juga, anda perlu tetapkan teori manakah
yang paling dominan dan letakkan di tempat teratas. Masukkan juga beberapa
citation berkaitan kerangka teori kajian bagi menambahkan bilangan rujukan.
Contoh dibawah dapat membantu anda.

Beban Tugas Guru :
Masa, Suasana kerja, Jenis Kerja

(Teori Pengurusan Saintifik
Taylor, 1911 & Teori Pengurusan

Henri Fayol, 1949)

Kepimpinan Guru Besar: Kepuasan Kerja Guru :

Gaya Kepimpinan, Sikap, Fisiologi, Keselamatan,
Pengetahuan Hubungan (Teori Maslow, 1954

(Teori Gaya Kepimpinan Kurt & Teori Herzberg, 1968)
Lewin, 1939; Teori Kepimpinan
Situasi Hersey Blancard, 1969 &
Teori Kepimpinan Kontigensi,

1967)

35

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

DEFINISI ISTILAH DAN RUMUSAN

Topik terakhir yang perlu ditulis dalam Bab 1 adalah definisi istilah dan
rumusan. Definisi istilah sangat penting bagi mengelakkan pembaca terkeliru
dengan terma-terma tertentu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
Perincian bagi definisi istilah mestilah tepat dan menjurus kepada kajian anda.
Istilah yang perlu dimasukkan adalah ketiga-tiga pembolehubah dan juga
beberapa istilah yang anda fikirkan perlu anda jelaskan kepada para pembaca
tesis anda. Anggaplah mereka sebagai kali pertama mendengar dan membaca
istilah tersebut. Masukkan juga beberapa citation yang bersesuaian. Anda juga
mungkin tertanya-tanya kenapa pembolehubah yang saya cadangkan hanya 3?
Ini kerana ianya sudah mencukupi untuk menjelaskan serta menyelesaikan isu.
Selain itu, ianya juga adalah rahsia untuk cepat siapkan tesis PhD anda.

Bagi rumusan pula, anda perlu menulis secara ringkas apa yang telah
anda perincikan dalam Bab 1 ini. Dalam rumusan juga jelaskan apakah yang
akan anda tulis dalam Bab 2. Bagi topik kerangka kajian, definisi istilah dan
rumusan ini, anda hanya perlukan masa 3 hari untuk siapkan. Berikan komitmen
dan disiplinkan diri anda untuk mengikut masa yang telah saya cadangkan. Jika
anda masih samar-samar, ikutilah bengkel kajian saya. Secara keseluruhannya,
anda hanya memerlukan masa 10 hari untuk menyiapkan penulisan bagi Bab 1
ini, termasuk 1 hari bagi membuat semakan ejaan dan tatabahasa. Sedar atau
tidak, sehingga tahap ini, rujukan anda mungkin telahpun menghampiri 70.
Berikut adalah contoh bagi penulisan definisi istilah dan juga rumusan yang
saya ambil sebahagiannya daripada tesis PhD saya.

1.12 Definisi Istilah dan Operasi

Definisi istilah memberikan maksud dan penjelasan mengenai istilah-istilah
yang digunakan agar terdapat persamaan dalam penafsiran dan bagi
mengelakkan salah tafsiran (Merry & Rahmat, 2016). Menurut Rosli (2018)
pula, definisi istilah ini menjelaskan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia
perlu dijelaskan definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas
kajian yang dijalankan.

36

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

1.12.1 Kompetensi

Sathiyabama (2017), menyatakan bahawa kompetensi bermaksud gabungan
kemahiran, pengetahuan, nilai keperibadian dan motif seseorang yang
menjadikan prestasi kerja mereka pada tahap cemerlang. Dalam kajian ini,
kompetensi yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung kepada kompetensi
guru besar di sekolah. Elemen kompetensi yang terhasil adalah bagi mengatasi
masalah gaya kepimpinan, sikap dan juga pengetahuan guru besar dalam
menguruskan PPKI di sekolah, berfokus kepada beban tugas serta kepuasan
kerja guru PPKI.

1.12.2 Gaya Kepimpinan

Junaidi (2000) menyatakan bahawa gaya kepimpinan adalah tingkah laku
yang ditunjukkan oleh pemimpin semasa menyelia kakitangan bawahannya.
Manakala Muttalib (2014) pula menyatakan bahawa gaya kepimpinan adalah
cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang ada padanya untuk
mempengaruhi orang bawahannya dalam mencapai objektif. Dalam kajian ini,
penumpuan diberikan kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru
besar sekolah yang mempunyai PPKI dalam negeri Johor.

1.12.3 Pentadbir Sekolah

Menurut Hussain et. al., (2017), seseorang atau perkumpulan orang yang
membuat keputusan untuk sesuatu organisasi dikenali sebagai pentadbir.
Dalam kajian ini, pentadbir yang dimaksudkan secara khusus adalah guru
besar sekolah rendah yang mempunyai PPKI.

1.12.4 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Menurut laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), PPKI
adalah program percantuman kelas pendidikan khas yang menempatkan MBK,
di sekolah-sekolah terpilih dengan tujuan supaya, semua murid berkeperluan
khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan
sesuai. Dalam Kajian ini, PPKI yang dimaksudkan adalah PPKI dalam negeri
Johor yang mewakili populasi PPKI seluruh Malaysia.

37

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

1.12.5 Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk
mengajar kanak-kanak istimewa yang mengalami kerencatan mental,
bermasalah pembelajaran, bermasalah emosi dan tingkah laku, bermasalah
bahasa dan komunikasi, bermasalah fizikal dan kesihatan, bermasalah
pendengaran, dan bermasalah penglihatan (Mohamad & Yaacob, 2013).
Dalam kajian ini, guru-guru pendidikan khas yang terlibat adalah dari sekolah
rendah yang mempunyai PPKI dalam negeri Johor yang mewakili populasi
guru-guru PPKI seluruh Malaysia.

1.12.6 Beban Tugas

Beban tugas merujuk kepada tugas-tugas berlebihan yang diarahkan oleh
pihak pentadbir (Muhammad Abdillah & Woo, 2010). Abdul Ghani et. al.,
(2013) pula menyatakan bahawa bagi konteks pendidikan khas, guru-guru
dibebani dengan tugasan yang sepatutnya tidak melibatkan mereka dan
pendidikan khas khususnya seperti melakukan tugasan pengajaran disamping
kerja-kerja pengurusan. Norashid dan Hamzah (2014) berpendapat beban
tugas adalah hasil daripada pemprosesan sumber dan pelaksanaan yang
berlaku secara serentak. Dalam kajian ini, beban tugas adalah tugas
sampingan dan tugas yang tidak berkaitan dengan MBK serta PPKI.

1.12.7 Kepuasan Kerja Guru

Zulfu (2010) menyatakan bahawa kepuasan kerja sebagai keberkesanan atau
respon berbentuk emosi terhadap aspek pekerjaan yang dilakukan. Manakala
kepuasan kerja guru pula adalah suatu tindak balas emosi atau perasaan
samada suka atau tidak seorang guru terhadap sesuatu tugasan yang diberikan
(Yousof, 2009). Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal dan Habib (2017)
menyatakan bahawa guru yang mempunyai kepuasan kerja mempunyai
motivasi yang tinggi untuk meningkatkan mutu kerjanya terhadap
pembangunan murid-murid secara berterusan. Kepuasan kerja guru dalam
kajian ini adalah kepuasan dalam pengajaran MBK di dalam kelas.

38

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

1.13 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang rangkuman kajian seperti latar belakang kajian,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konsep,
kerangka teori dan beberapa istilah penting dalam kajian ini memberikan
gambaran jelas berkaitan keseluruhan kajian. Adalah dinyatakan bahawa,
guru-guru PPKI sangat terbeban dengan tugasan harian mereka bukan sahaja
berkaitan tugasan akademik, malah tugas-tugasan sampingan. Disebabkan
oleh faktor kepimpinan guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan yang
kurang sesuai, kurang pengalaman dan pengetahuan serta sikap yang kurang
baik, ianya memberikan kesan kepada kepuasan kerja guru. Jesteru, amatlah
penting bagi guru besar untuk melihat kembali beberapa aspek untuk ditambah
baik agar guru-guru pendidikan khas di PPKI ini terbela kebajikan mereka
dan gembira dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Dalam bab yang
seterusnya, dijelaskan berkaitan sorotan kajian. Bab 2 selepas ini
menerangkan berkaitan teori-teori yang terlibat dalam kajian ini serta sorotan
kajian-kajian terdahulu berkaitan konstruk kepimpinan guru besar, beban
tugas guru dan kepuasan kerja guru PPKI.

Besarlah harapan saya agar anda semua dapat mengikut langkah-
langkah penulisan yang telah saya cadangkan dalam Bab 1 ini serta mematuhi
tempoh masa yang ditetapkan. Dengan komitmen dan disiplin, anda mampu
untuk menyiapkan tesis PhD anda dalam masa yang cepat sepertimana yang
telah saya lakukan. Saya berkongsi segala rahsia dan langkah-langkah ini semua
supaya anda juga dapat mengecapi kejayaan sepertimana saya lakukan. Tiada
yang lebih afdal dan baik serta menggembirakan saya selain dari berkongsi
pengalaman juga pengetahuan saya bersama anda. Dalam masa 10 hari sahaja,
anda dapat menyiapkan Bab 1 penulisan teesis PhD anda. Secara kumulatifnya
termasuk penyediaan SKAF dalam pra kajian, perjalanan penulisan tesis PhD
anda setakat ini adalah selama 1 bulan 10 hari. Jika anda sudah bersedia, mari
kita tulis pula Bab 2.

39

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

PENULISAN: BAB 2

Penulisan Bab 2 ini penting dalam menyatakan tinjauan literatur yang telah kita
lakukan. Dalam Bab 2 ini kita perlu menjelaskan berkaitan kajian-kajian
terdahulu mengenai pembolehubah mahupun isu yang kita pilih untuk dikaji.
Perincian ini sebenarnya adalah untuk mengukuhkan lagi perkara yang menjadi
dasar kepada kita untuk membuat keputusan menjalankan kajian kita. Selain
kajian terdahulu, bab ini juga memerlukan kita memperincikan teori-teori yang
berkaitan dengan pembolehubah yang kita pilih sepertimana dalam kerangka
teori yang kita bina dalam Bab 1. Bagi menyiapkan Bab 2 ini, ianya agak rumit
dan leceh kerana kita bukan sekadar hanya memasukkan fakta berkaitan kajian
terdahulu dan teori, tetapi kita juga perlu membuat perbandingan, memberi
pendapat dan juga memberikan rumusan terhadap kajian dan teori yang kita
pilih. Pada bab inilah, citation kita akan bertambah dengan banyak sekali.
Setelah selesai sahaja penulisan kita pada bab ini, kita akan mempunyai
sekurang-kurangnya 100 rujukan atau lebih, bergantung kepada kajian dan teori
yang dipilih. Bagi memudahkan pemahaman dan proses penulisan tesis Bab 2
anda, saya sediakan topik yang perlu ada dalam Bab 2. Topik dan sub topik ini
adalah berdasarkan kepada tesis PhD saya. Saya cadangkan masa selama 2
minggu untuk anda siapkan penulisan Bab 2 ini. Perlu saya ingatkan disini
bahawa, perincian dalam Bab 2 ini akan anda gunakan semula pada penulisan
Bab 5 iaitu bab terkhir dalam penulisan tesis anda. Berikut adalah topik dan sub
topik yang perlu dimasukkan dalam Bab 2 tesis anda.

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kerangka Teori Gaya Kepimpinan

2.2.1 Teori Gaya Kepimpinan Kurt Lewin

2.2.2 Model Kepimpinan Situasi Hersey Blanchard

2.2.3 Teori Kepimpinan Kontigensi Fiedler

2.2.4 Ringkasan Dimensi Teori-teori dan Model Kepimpinan

40

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

2.3 Kerangka Teori Pengurusan
2.3.1 Teori Pengurusan Saintifik Taylor
2.3.2 Teori Pengurusan Henry Fayol
2.3.3 Ringkasan Dimensi Teori-teori Bagi Beban Tugas Guru
2.4 Kerangka Teori Kepuasan Kerja
2.4.1 Teori Maslow
2.4.2 Teori Herzberg
2.4.3 Ringkasan Dimensi dalam Teori-teori Kepuasan Kerja Guru
2.5 Kepimpinan dalam Pendidikan Khas
2.6 Beban Tugas Guru Pendidikan Khas
2.7 Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas
2.8 Kepimpinan Guru Besar dan Beban Tugas Guru Pendidikan Khas
2.9 Kepimpinan Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas
2.10 Beban Tugas Guru dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas
2.11 Kepimpinan Guru Besar, Beban Tugas Guru Pendidikan Khas dan

Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas
2.12 Rumusan

KERANGKA TEORI
Anda boleh copy dan paste sahaja topik dan sub topik yang saya cadangkan ini,
serta ubahsuai mengikut kesesuaian kajian anda. Secara asasnya, Bab 2 ini
mengandungi teori dan kajian terdahulu. Penulisan anda perlulah bermula
dengan penulisan teori bagi setiap pemboleh ubah yang ada, mengikut kerangka
teori kajian.

41

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Beban Tugas Guru :
Masa, Suasana kerja, Jenis Kerja
(Teori Pengurusan Saintifik Taylor, 1911
& Teori Pengurusan Henri Fayol, 1949)

Kepimpinan Guru Besar: Kepuasan Kerja Guru :

Gaya Kepimpinan, Sikap, Pengetahuan Fisiologi, Keselamatan, Hubungan
(Teori Maslow, 1954 & Teori Herzberg,
(Teori Gaya Kepimpinan Kurt Lewin,
1939; Teori Kepimpinan Situasi 1968)
Hersey Blancard, 1969 & Teori
Kepimpinan Kontigensi, 1967)

Anda perlu menulis mengikut pembolehubah yang telah dipilih. Paling penting,
citation perlu dilakukan terus kepada sumber pertama bagi teori tersebut.
Contohnya bagi Teori Gaya Kepimpinan Kurt Lewin, sekurang-kurangnya 1
citation mestilah diambil terus dari buku Kurt Lewin dan ditulis sebagai Lewin
(1937). Begitu juga dengan teori-teori seterusnya. Penulisan teori ini juga perlu
dipetik daripada sumber-sumber lain yang menyokong dan yang tidak
menyokong. Sumber-sumber yang anda masukkan perlulah bersifat dinamik,
iaitu dalam tempoh 10 tahun terbaru. Sekiranya anda lakukan kajian PhD anda
pada tahun 2020, maka sumber yang anda masukkan perlulah dari tahun 2010
dan ke atas. Elakkan sumber daripada blog dan juga yang tidak menulis nama
penulis. Dapatkan dari buku ataupun artikel jurnal. Pada akhir perbincangan
mengenai teori-teori berdasarkan setiap pembolehubah, rumusan perlu
dilakukan dengan mengeluarkan beberapa dimensi penting yang telah
dijelaskan melalui teori. Pada rumusan teori-teori juga, anda perlu nyatakan
teori manakah yang dipilih sebagai teori yang dominan bagi pembolehubah
tersebut. Jika masih samar-samar anda boleh ikuti bengkel saya.

42

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU

Selain perincian teori, anda juga wajib memasukkan perincian kajian-kajian
terdahulu mengikut pembolehubah anda dan juga gabungan antaranya jika ada.
Jika dilihat dalam contoh topik dan sub topik yang saya berikan, kajian-kajian
terdahulu perlu ditulis mengikut turutan dan pemboleh ubah. Dalam penulisan
perincian kajian-kajian terdahulu, anda perlu jelaskan keputusan bagi kajian
tersebut selain perkara asas mengenai kajian tersebut. Pastikan juga anda
nyatakan dalam setiap kajian yang anda lakukan samada ianya bertepatan
dengan hipotesis kajian anda. Ingat, hipotesis kajian. Rujuk semula dalam Bab
1. Sebab itu saya nyatakan ianya leceh dan rumit. Perlukan masa sehingga 2
minggu untuk lengkapkan. Kadangkala ianya akan bertambah setelah Bab 4
anda siap nanti. Nyatakan sama ada pembolehubah satu berhubungan atau tidak
dengan pembolehubah kedua dan seterusnya. Saya sediakan contoh penulisan
topik ini sebagai rujukan anda.

Huang et. al., (2013) dalam kajian mereka meneroka hubungan antara
kepuasan kerja guru dengan gaya kepimpinan guru besar dan gaya membuat
keputusan oleh guru besar. Berdasarkan kepada sampel yang dipilih secara
rawak dalam kalangan guru-guru sekolah rendah, menengah dan atas, data
dikumpulkan dengan cara menjawab soalan yang dihantar melalui surat.
Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa gaya membuat keputusan
berperanan penting sebagai faktor mediator antara gaya kepimpinan guru
besar dan kepuasan kerja guru. Berkaitan kajian ini pula, pengetahuan dan
sikap yang positif dalam membuat keputusan sangat penting kepada
kemenjadian sesuatu pekerjaan dan kualiti pekerjaan tersebut, khususnya
dalam berhadapan dengan MBK yang pelbagai di kelas PPKI.

Mirela (2016) menyatakan gaya kepimpinan tranformasional memberikan
impak yang positif terhadap kepuasan kerja guru melalui tinjauan literatur
beliau. Guru besar mengetuai pengurusan di sekolah secara keseluruhannya.
Kajian tersebut mendapati bahawa kepuasan kerja guru dipengaruhi oleh
faktor dalaman dan faktor luaran. Kepimpinan adalah tingkah laku yang
menjelmakan budaya positif dan meningkatkan kepuasan kerja guru telah lama
dibuktikan melalui banyak kajian. Tinjauan tersebut dijalankan ke atas

43

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

beberapa teori dan kajian semasa bagi melihat impak kepimpinan terhadap
kepuasan kerja guru. Sebahagian kajian mendapati kepuasan kerja yang
terhasil daripada faktor dalaman dan luaran memberi kesan kepada kepuasan
kerja keseluruhannya. Faktor-faktor tersebut mempengaruhi kepuasan kerja
guru dalam pelbagai cara. Dimensi karisma, kepedulian individu, stimulasi
intelektual dan pengaruh pentadbir memberikan impak positif kepada kepuasan
kerja guru.

Ivana dan Nebojsa (2014) melalui dapatan kajian mereka menyatakan bahawa
gaya kepimpinan guru besar mempengaruhi keseluruhan pencapaian sekolah.
Tujuan kajian tersebut dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan gaya
kepimpinan pentadbir sekolah dan kepuasan kerja guru-guru. Sampel yang
dipilih merangkumi 22 buah sekolah dalam negara Serbia. Pengkaji dalam
kajian tersebut menggunakan dua set instrumen soal selidik berbeza iaitu
tingkah laku guru besar dalam amalan gaya kepimpinan dan kepuasan kerja
guru. Instrumen pertama berkaitan gaya kepimpinan menggunakan grid
pengurusan Blake, manakala instrumen kedua adalah Job Satisfaction Survey
(JSS) untuk mengumpul data berkaitan kepuasan kerja guru. Setiap sekolah
melibatkan 10 orang guru dan pentadbir dalam menjawab soalan soal selidik
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar
mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap kepuasan kerja guru.

Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang tidak memberikan keputusan
yang sama seperti kajian-kajian yang lain, dimana dapatan kajian mendapati
bahawa kepuasan kerja guru tidak mempunyai hubungan yang signifikan,
antaranya adalah kajian oleh Windy et. al., (2019) dan Hishamuddin (2013)
yang mendapati keputusan yang sebaliknya. Secara keseluruhannya, dapatan
daripada kajian lepas menyaksikan gaya kepimpinan guru besar memberikan
pengaruh kepada kepuasan kerja guru. Guru besar yang mengamalkan
hubungan yang positif dengan guru-guru dapat mewujudkan rasa kepuasan
dalam bekerja guru-guru. Kajian-kajian yang dikemukakan menunjukkan bukti
bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan guru
besar dan kepuasan kerja guru.

44

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
Besarlah harapan saya agar anda teliti dalam penulisan Bab 2 ini, kerana ianya
rumit dan penting. Ikuti cadangan masa yang ditetapkan supaya anda dapat
siapkan mengikut masa dan cepat. Sekali lagi saya ingatkan, untuk mencari
sumber, boleh terus taipkan keywords anda di google scholar untuk
mendapatkan buku dan juga kajian-kajian terdahulu. Selepas siap sahaja Bab 2
ini, rujukan anda akan mencapai 100 hingga 120 rujukan. Simpan dalam folder
yang berkaitan yang mudah untuk anda cari semula kelak, kerana anda akan
tulis dalam bahagian RUJUKAN pada kahir penulisan tesis anda. Jangan
hilangkan. Penat untuk mencarinya semula. Secara keseluruhannya setakat ini
anda telah menggunakan tempoh masa lebih kurang 2 bulan untuk siapkan
sehingga Bab 2. Anda boleh teruskan dengan penulisan Bab 3 selepas ini.

45

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

PENULISAN: BAB 3

Bab 3 merupakan bab yang menjelaskan berkaitan metodologi kajian, iaitu
kaedah kita untuk menjalankan kajian bermula dari proses-proses, prosedur dan
termasuk juga melakukan kajian rintis. Pada bab ini juga anda perlu
menjalankan sedikit kajian untuk menentukan kesahan soal selidik yang anda
bina. Bab 3 ini juga adalah bab terakhir yang perlu disiapkan sebelum anda
melakukan pembentangan proposal. Setelah ianya lulus, barulah kajian sebenar
dapat dijalankan. Bab ini sangat penting dalam menentukan betapa saintifik dan
teknikalnya proses kajian kita. Bertepatan atau tidak kaedah yang digunakan dan
menentukan samada perjalanan kajian kita itu tepat atau sebaliknya. Bagi
menyiapkan keseluruhan Bab 3 ini, saya cadangkan tempoh selama 2 bulan. Ini
kerana banyak proses yang kritikal dan klinikal yang perlu dijalankan. Bagi
memudahkan pemahaman anda, berikut saya senaraikan topik dan sub topik
yang perlu anda tulis dalam Bab 3, berdasarkan kepada tesis PhD saya. Anda
boleh copy paste dan ubahsuai mengikut kesesuaian kajian anda. Untuk
memudahkan penerangan, saya tulis terus perinciannya dalam topik tersebut
dengan tulisan sendeng (italic)

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Pada topik ini anda hanya terangkan apa yang akan anda tulis dalam Bab 3 ini
secara keseluruhannya. Ringkas dan padat dalam 1 perenggan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Topik ini sangat penting dalam menerangkan metodologi kajian anda. Saya
cadangkan anda untuk melakukan kajian dengan menggunakan rekabentuk
kaedah campuran iaitu mix method (kualitatif dan kuantitatif). Ini bagi
memudahkan anda menunjukkan dimanakah sumbangan anda dalam dunia
akademik peringkat PhD. Selain itu, rekabentuk ini juga membolehkan anda
mendapat beberapa data secara saintifik. Ini memudahkan anda untuk membuat
beberapa artikel untuk dihantar ke jurnal, dimana setiap universiti sekarang

46

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
mewajibkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal berindeks Scopus untuk
dihasilkan.

Dalam topik ini juga, anda perlu masukkan citation berkaitan dengan
rekabentuk kajian. Masukkan 3-5 citation beserta rajah yang menunjukkan
kaedah mix method tersebut. Kebiasaannya yang terbaik adalah menggunakan
rujukan buku-buku metodologi kajian seperti Creswell, Othman Talib atau
Chua. Tidak perlu terlalu panjang atau terlalu pendek. Saya cadangkan anda
tulis dalam 2 perenggan sahaja. Pastikan penggunaan istilah yang betul bagi
method yang digunakan. Ini akan menjadi perhatian bagi panel dalam
pembentangan proposal dan juga viva anda nanti.
3.3 Proses Penyelidikan
Topik ini pula memerlukan anda untuk menjelaskan cara anda menjalankan
kajian bermula dengan menetapkan objektif kajian sehinggalah pembentukan
model kajian. Gunakan rajah yang bersesuaian dan juga penerangan yang
padat serta jelas bagi topik ini. Saya sediakan contoh yang boleh anda jadikan
panduan. Anda boleh ubahsuai mengikut kajian anda. Kebiasaannya kajian
akan melalui 2 fasa seperti yang ditunjukkan.

47

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Fasa 1: Kajian Keperluan (Penentuan Konstruk Dan Pembangunan
Instrumen Kajian)

Membentuk objektif dan persoalan kajian
Sorotan Literatur (Teori, Model, Kajian Terdahulu)

Menjalankan temubual
Mengenalpasti Dimensi (Konstruk Kepimpinan Guru Besar, Beban Tugas dan

Kepuasan Kerja Guru PPKI)
Menyediakan Soal Selidik Kajian
Kesahan Muka dan Kandungan

Menjalankan Kajian Rintis
Analisis Kajian Rintis (Model Pengukuran Rasch/Winsteps)

Menyediakan Instrumen Kajian Sebenar (Soal Selidik)
Fasa 2: Kajian Sebenar

Menjalankan Kajian Sebenar
Analisis Deskriptif (SPSS)

Analisis Inferensi (SEM-Structural Equation Modelling)-AMOS
MODEL PENGARUH KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP BEBAN

TUGAS DAN KEPUASAN KERJA GURU PPKI
Rajah 3.2: Proses Penyelidikan (Ubahsuai daripada Chua, 2011)

48

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

Hadamkan betul-betul rajah ini dan perhatikan proses yang dilakukan.
Suka saya ingatkan supaya perlu ada penerangan berkaitan rajah ini satu
persatu. Saya juga cadangkan penggunaan SPSS, Model Pengukuran Rasch
dan SEM-Structural Equation Modelling untuk tujuan analisis data. Harapan
saya agar anda juga memilih kaedah ini supaya dapat mengikuti penulisan tesis
ini dengan tepat dan cepat.

3.3.1 Fasa 1: Kajian Keperluan (Penentuan Konstruk Dan Pembangunan
Instrumen Kajian)

Sub topik ini adalah perincian setiap perkara dalam proses penyelidikan seperti
dalam rajah yang ditunjukkan sebelum ini. Anda buat la ayat anda sendiri bagi
menerangkan bagaimana proses untuk sub topik ini dilakukan. Ringkas dan
padat.

3.3.1.1 Temubual

Sub topic ini pula anda jelaskan serba sedikit tentang kaedah temubual.
Masukkan 2-3 citation berkaitan temubual serta jelaskan prosedur yang
dijalankan ketika temubual dan analisis yang dijalankan. Ini anda perlu rujuk
buku dan juga nota-nota berkaitan kaedah kajian kualitatif secara temubual.
Jelaskan berapa orang yang anda temubual dan perkara-perkara yang anda
fikirkan perlu. Nanti penyelia anda akan bantu untuk murnikan. Terangkan juga
berkaitan jenis soalan dalam temubual dan masukkan citation.

3.3.1.2 Instrumen Kajian (Soal Selidik)

Sub topik ini pula anda perlu perincikan berkaitan kaedah kuantitatif dengan
soal selidik. Masukkan 3-5 citation berkaitan soal selidik, cara anda bangunkan
soal selidik., soalan mana yang anda ambil, bagaimana item soalan dibentuk.,
kepada siapa soal selidik ini akan diberikan. Anda perlu membina set soal
selidik anda sebelum anda menulis pada topik ini. Anda mungkin memerlukan
masa 1-2 minggu untuk menyiapkan set soal selidik yang lengkap. Ambil masa
anda, buat rujukan dan cari contoh-contoh soal selidik yang berkaitan serta
berbincang dengan penyelia anda berkaitan soal selidik ini. Set soal selidik
yang anda bina akan berubah sekurang-kurangnya 3 kali iaitu pada permulaan,

49

Rahsia PhD dalam 18 Bulan | Dr. Mohd Norazmi bin Nordin

selepas kesahan muka dan kandungan dan juga selepas kajian rintis. Bagi
mengelakkan anda perlu mengubahnya banyak kali, saya nasihatkan anda rujuk
betul-betul kaedah untuk membina set soal selidik ini. Hadiri kursus dan
bengkel yang saya anjurkan atau mana-mana pihak yang anjurkan supaya anda
dapat menghasilkan set soal selidik yang berkualiti. Item soalan yang dibina
mestilah merangkumi kesemua dimensi dalam setiap pembolehubah. Selepas
siap, barulah anda boleh menulis dalam topik ini. Contoh dibawah mungkin
dapat membantu anda.
Instrumen yang dibangunkan bersifat asli dan memenuhi keperluan objektif
kajian serta relevan dalam menjawab persoalan kajian (Chua, 2006). Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang diubahsuai supaya
menepati objektif dan berupaya untuk menjawab persoalan kajian seperti
School and Staffing Survey (SASS) oleh National Centre for Education
Statistics (2007), Leader Behavior Description Questionnair (LBDQ) oleh
Ohio State University (1962) dan Teacher Job Satisfaction Questionnaire
(TJSQ) oleh Lester (1982). Soal Selidik ini dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu Bahagian A (Demografi), Bahagian B (Beban Tugas Guru),
Bahagian C (Kepimpinan Guru Besar) dan Bahagian D (Kepuasan kerja
Guru).
i) Bahagian A : Demografi
Bahagian A terdiri daripada soalan-soalan berkaitan demografi responden
seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik, status
perkahwinan, jawatan, bidang ikhtisas dan subjek yang diajar. Bahagian ini
juga mempunyai item berkaitan pengetahuan responden tentang guru besar
mereka seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

50


Click to View FlipBook Version