DASAR LATIHAN PERGURUAN/ PERGURUAN/ KURIKULUM IPG KAMPUS GAYA
KANDUNGAN 01 LATAR BELAKANG KURIKULUM AWAL 02 1960-AN 03 KURIKULUM 1970-AN KURIKULUM 1980- 04 AN KURIKULUM 1990- 05 AN 06 KURIKULUM 2000- AN
AHLI KUMPULAN DIAN SURAYA ELIORA SYAZWANI
Institut Pendidikan Guru sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang bertanggungjawab melatih guru-guru telah melaksanakan pelbagai kurikulum pendidikan guru sejak penubuhannya. Kurikulum yang dijalankan telah mengalami banyak perubahan sepanjang 60 tahun yang telah berlalu. Perubahan tersebut selaras dengan perkembangan keperluan pendidikan dan aspirasi negara. Bermula dengan melahirkan guru-guru sijil perguruan untuk sekolah rendah dan menengah dalam aliran Inggeris, kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya melahirkan guru di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru
Sepanjang tempoh program pra perkhidmatan bagi melatih bakal guru, IPGK Gaya telaah menawarkan kursus-kursus seperti: Kursus Perguruan Asas (KPA), Kursus DIploma Perguruan Malaysia (KPDM), Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD), Kursus Perguruan Selepas Ijazah (KPLI). Selain itu, program seperti Program Kembar B. Ed (TESL) dengan UITM, University College Plymouth (St.Mark &St. John) juga diadakan. Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru Kini, institut ini menawarkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Diploma Perguruan Selepas Ijazah (DPLI) dan program KPLI j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Sementara itu, terdapat juga program dalam perkhidmatan yang dijalankan untuk guru-guru bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Kursuskursus yang ditawarkan termasuklah Kursus Dalam Cuti (KDC), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP).
Institut ini juga menjalankan Program Latihan Perguruan Institusi Pendidikan Swasta (PLPS). Turut dijalankan ialah Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Sabah dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Projek Khas Pensiangan-Salinatan, Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) juga telah diadakan. Kursus Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijalankan bagi meningkatkan dan menambahbaik pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mulai November 2008, Program Pengsiswazah Guru Sekolah Rendah (PGSR) telah dijalankan. Mulai November 2011 pula, program Pengsiswazahan Guru (PPG) ditawarkan bagi Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) meningkatkan tahap akademik mereka. Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru Latar Belakang Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Guru
Di awal penubuhannya, Gaya College merupakan sebuah kolej perguruan aliran Inggeris untuk menyediakan guru-guru bagi sekolah rendah dan menengah rendah. Guru terlatih yang dihasilkan akan mengajar Inggeris sebagai bahasa kedua. Sejak tahun 1963 hingga 1976, institut Ini telah menjalankan kursus-kursus perguruan secara tersendiri. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang dijalankan turut diurus sendiri oleh pihak maktab pada waktu itu. Institut ini sangat beruntung kerana pengetua pertamanya iaitu Mr. J.E. Tod adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan bekas Pengarah Latihan Guru Malaya (1959-1960) yang sekarang dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Sebelum itu beliau pernah menjadi menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (1947), pengetua Penang Free School (1957) dan pengetua pertama Maktab Perguruan Bahasa, Johor Baharu (1958). Beliau juga pernah menjadi Pengarah Latihan Guru Sabah (1961). PELAKSANAAN KURIKULUM 1960-AN
Kelayakan masuk ke Gaya College pada tahun 1963 ialah pemerolehan Cambridge School Certificate dan Borneo Junior Certificate. Pelajar berkelulusan Cambridge School Certificate akan dilatih sebagai guru pengkhususan Bahasa Inggeris dan salah satu mata pelajaran pilihan. Mereka akan berkhidmat di tahap dua sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Pelajar berkelulusan Borneo Junior Certificate pula dilatih menjadi guru am sekolah rendah. Secara keseluruhanya ,semua pelajar akan mengikuti latihan perguruan selama 2 tahun. Pelajar dibahagikan mengikut kelas dimana P course adalah untuk sekolah rendah sementara S course pula adalah untuk sekolah menengah. Dalam kurikulum perguruan, latihan mengajar merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting. Penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) adalah sangat-sangat dititikberatkan dalam latihan tersebut. Para pelajar yang menjalani latihan mengajar perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan rancangan pengajaran beserta ABM dari pensyarah sebelum dibenar menggunakanya di dalam kelas. Pengetua pertama maktab ini telah membuat percubaan memasukkan beberapa kursus perguruan yang pernah dijalankan di Semenanjung Tanah Melayu. Hai int disebabkan tujuan penubuhan maktab yang berbeza dari segi sasaran tenaga guru. PERKEMBANGAN KURIKULUM 1960-AN
Kumpulan Subjek Wajib/Pilihan I Bahasa Inggeris, Pendidikan, Matematik, Bahasa Kebangsaan Wajib II Sejarah, Geografi, Sains, Seni & Pertukangan, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains Rumahtangga, Bahasa Melayu Pilihan III Latihan Mengajar Wajib Tidak ada kumpulan Sains Perpustakaan Wajib Mata pelajaran yang ditawarkan pada tahun 1963 dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan I, II dan III. Sains Kepustakaan tidak dimasukkan dalam mana-mana kumpulan namun wajib dipelajari oleh guru-guru pelatih. PERKEMBANGAN KURIKULUM 1960-AN
PERKEMBANGAN KURIKULUM 1970-AN 1963-1970: Bahasa pengantar digunakan ialah Bahasa Inggeris 1971: Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar secara berperingkat. Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya kecuali kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Institut hanya melatih guru sekolah menengah sahaja. Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu dijalankan. Kursus latihan guru sandaran dikendalikan pada masa cuti sekolah (Kursus Dalam Cuti). 1963-1971 1977
PERKEMBANGAN KURIKULUM 1980-AN Kursus perguruan sekolah rendah sekali lagi diadakan bersama-sama kursus perguruan sekolah menengah. Kursus Perguruan Asas (KPA) 3 tahun dilaksanakan bagi menggantikan kurikulum lama. Pengambilan pelatih dikendalikan oleh Unit Pengambilan dan Penempatan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) diperkenalkan. Latihan selama setahun membolehkan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang bukan pendidikan menjadi guru-guru sekolah menengah. Opsyen-opsyen yang ditawarkan termasuklah pengajian Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, TESL, Geografi dan Sejarah. 1982 1985
1990 PERKEMBANGAN KURIKULUM 1990-AN Makmal pertama (mesin 286) dirasmikan. Makmal ini digunakan untuk mengendalikan kursus Ekonom dan Perdagangan. 1994 Kursus Dalam Perkhidmatan 14 mingguKomputer Dalam Pendidikan dimulakan dengan 20 orang peserta dari sekolahsekolah seluruh Sabah. Kursus ini dikendalikan 2 kali setahun. Kursus Dalam Masa Cuti (KDC) untuk opsyen Pendidikan Agama Islam turut diadakan.
1995 PERKEMBANGAN KURIKULUM 1990-AN Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) telah diperkenalkan Latihan selama 1 tahun ini membolehkan pemegang diploma dalam bidang bukan pendidikan untuk menjadi guru-guru di sekolah menengah Opsyen-opsyen yang ditawarkan hanya Pengajian Matematik dan Pengajian Sains sahaja pada tahun ini. 1996 Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (KPDM) 3 tahun & Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) 1 Tahun diperkenalkan Program KPDM: -menyediakan guru-guru sekolah rendah & pelatih mesti berkelulusan SPM/ STPM -Opsyen yang ditawarkan adalah Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Kemahiran Hidup, Pengajian Islam, Seni & Pendidikan Jasmani
1996 PERKEMBANGAN KURIKULUM 1990-AN Program KSPK: Kursus 2 minggu untuk melatih Jurulatih Utama ICT di kalangan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang komputer dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri dimulakan. - menawarkan 2 opsyen sahaja iaitu Bahasa Melayu dan TESL Perubahan sistem pendidikan guru di Malaysia pada tahun 1996-an menyebabkan kursus Diploma Perguruan Malaysia diperkenalkan di semua institut pendidikan di Malaysia untuk menggantikan Kursus Perguruan Asas. Sejak itu, Institut Perguruan Gaya turut menawarkan pelbagai kursus mengikut kepakaran tenaga pengajar dan infrastruktur yang terdapat di institut.
PERKEMBANGAN KURIKULUM 1990-AN Sejak itu, Institut Perguruan Gaya turut menawarkan pelbagai kursus mengikut kepakaran tenaga pengajar dan infrastruktur yang terdapat di institut. Antara kursus-kursus Diploma Perguruan Malaysia yang ditawarkan adalah seperti yang berikut. Kursus-kursus Diploma Perguruan Malaysia Sumber: Citra Gaya (2016)
Kurikulum tahun 2000-an merupakan kesinambungan daripada kurikulum tahun 1990-an. Bagaimanapun, untuk mempertingkatkan kemahiran profesional dan pengetahuan dalam bidang perguruan, kurikulum tahun 2000-an mengutamakan aspek ikhtisas, akademik dan perkembangan diri. Perubahan dan penjenamaan semula yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap institut pendidikan di Malaysia turut dialami oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Oleh itu, institut ini turut menyumbang dalam melatih guru praperkhidmatan serta melatih semula para guru yang sedang berkhidmat PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN
2000 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun dalam bidang Teknologi Maklumat (TM), Kemahiran Hidup (KH) dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dijalankan Seramai 69 peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah di seluruh negeri Sabah terlibat dalam program KSPK pada tahun ini 2001 Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun dalam bidang Pendidikan Seni dan Pengajiaan Inggeris di samping bidang TM, KH dan PJK bagi pesertapeserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah dari negeri Sabah Seramai 78 orang guru terlibat dalam kursus-kursus ini.
2002 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program baru telah dimulakan di institut ini, iaitu Program Kembar Sarjana Muda Pendidikan (TESL) secara kolaborasi dengan Universiti Teknologi Mara (UITM). Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam Kohort 1 untuk program ini. 2003 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dimulakan pada Januari 2003. Seramai 106 pelatih mengikuti kursus yang meliputi opsyen Pengajian Inggeris, Pengajian Agama Islam, Matematik dan Sains. Program KDPM-SR (KDC) dimulakan pada Disember tahun ini dengan 28 pelatih mengikuti opsyen Pengajian Cina dan Sains.
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program Kembar dengan Universiti Tempatan Tahun 2002 dan Luar Negara Tahun 2007 Program Kembar B.Ed (TESL) bersama UITM dijalankan bermula pada tahun 2002. Pada tahun 2007, program tersebut dijalankan bersama University College Plymouth St. Mark dan St. John (Marjon, United Kingdom. Program Kembar B. Ed (TESL) dengan UITM, pelajar mengikuti foundation (60 minggu) dan satu tahun di institut ini, mengikuti tahun dua dan tiga di UITM dan seterusnya berada di institut ini pada tahun akhir.
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Bagi pelajar Marjon pula, mereka hanya mengikuti foundation (60 minggu) dan tahun akhir di institut ini. Pelajar Marjon semasa menjalani pengajaran dan pembelajaran di UK. Sumber: Citra Gaya (2016)
2004 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dimulakan. Seramai 43 orang pelatih terlibat dalam kohort pertama ini. Mereka mengikuti opsyen Pengajian Teknik Vokasional/ Bahasa Melayu dan Pengajian Matematik/ Bahasa Cina dalam tempoh 1 1/2 tahun. Para pelatih yang lulus program PPISMP akan ditawarkan Program Perguruan Pendidikan Rendah Empat Tahun (PPPR4T) 2005 Program baru iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) j-QAF dimulakan. Seramai 164 orang pelatih terlibat dalam kohort pertama ini yang perlu menamatkan kursus dalam tempoh 1 1/2 tahun Kursus merangkumi Pengajian Agama Islam dan Pengajian Bahasa Arab dan dipraktikkan mengikut mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang oleh modul BPG dan sesi interaksi bersama pensyarah semasa cuti sekolah.
2005 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program KDPM-SR (KDC) diteruskan pada Disember tahun ini dengan 29 orang guru pelatih yang mengikuti opsyen Pengajian Cina/Matematik. 2006 Program 1 Minggu Pembestarian untuk sekolah bestari diadakan di institut ini. Seramai 956 guru terlatih dari sekolahsekolah di Gabungan Kota Kinabalu dan Gabungan Beaufort terlibat dalam kursus ini. Kursus Perguruan Ijazah Sarjana Muda Keguruan melalui kolaborasi Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Open University (OUM) pengajian Prasekolah diperkenalkan Seramai 19 orang pelajar terlibat
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Tahun 2004 Program ini merupakan kursus persediaan bagi pelajar mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kursus ini mula diperkenalkan di institut ini pada tahun 2004. Seramai 74 orang terlibat dalam ambilan pertama dengan pengkhususan Pengajian Teknik Vokasional/ Bahasa Melayu dan Pengajian Matematik/ Bahasa Cina Program ini dijalankan selama tiga semester sebelum pelajar mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Kurikulum j-QAF Tahun 2005 Program j-QAF ditawarkan mulai 2005 Program ini dijalankan selama 18 bulan, mengikut mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Program ini bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain di sekolah rendah. Interaksi kuliah dijalankan semasa cuti semester sekolah dan semua penempatan guru ditentukan oleh pihak JPN.
2007 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (PPPR4T) mula diperkenalkan dan ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Merupakan program latihan perguruan pra-perkhidmatan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang untuk sekolah rendah Pengambilan pertama adalah pada Januari 2007 dan seramai 71 orang pelajar telah didaftar di Institut Perguruan Gaya 2007 25 orang guru pelatih mendaftar kursus KDPM-LPBS (Pengajian Cina/Sains) ambilan Jan 2007 75 pelatih mendaftar kursus KPLI j-QAF LPBS ambilan Jan 2007, 131 pelatih KPLISR ambilan Jan 2007 dan Julai 2007 (PC, PI, Matematik, Kajian Sosial, B&K dan Pemulihan). Kursus KSPK (TESL), KDP 14 minggu (TMK, B&K dan TESL) dan KPM-OUM 14 minggu turut diadakan dan dihadiri oleh guru-guru terlatih yang berkhidmat di seluruh Sabah dan Sarawak
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN SEJARAH BAHASA MELAYU TESL PERAKAUNAN EKONOMI GEOGRAFI KESUSASTERAAN MELAYU KURSUS-KURSUS KHAS DAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) DI INSTITUT PERGURUAN GAYA
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Tahun 2006 Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) telah ditamatkan dan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) mode Kursus Dalam Cuti (KDC) pula diperkenalkan pada tahun 2008 Bagi ambilan 2008, IPG Kampus Gaya mempunyai 5 kumpulan PGSR: - Program Pendidikan Pra Sekolah - Pendidikan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah - Pendidikan Matematik Pendidikan Rendah - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Rendah - Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Pelaksanaan Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2007 Matlamat program adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme keguruan. Menawarkan 3 jenis kursus: Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Elektif Program PISMP yang telah dijalankan: -Bahasa Melayu Pendidikan Rendah -Matematik Pendidikan Rendah -Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah -Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah -Bahasa Cina Pendidikan Rendah -Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL)
PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Pelaksanaan Kurikulum Program Latihan Pendidikan Swasta (KDC) Tahun 2009 Program Latihan Pendidikan Swasta (KDC) juga dijalankan pada masa cuti (KDC) Ditaja oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Labuan dan ditawarkan kepada guru-guru agama yang sedang mengajar di Sekolah Rendah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan yang berkelayakan (SPM) Terdapat juga kursus yang ditaja oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS ) untuk guru-guru agama yang mengajar di Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama JHEAINS yang berkelayakan (Diploma/Ijazah). Program latihan mereka tamat pada tahun 2011
Pelaksanaan Kurikulum Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Tahun 2011 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Diperkenalkan pada ambilan Disember 2011 dan mempunyai tiga semester Menawarkan kursus kepada guru-guru sandaran tidak terlatih Pengkhususan yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) Merupakan sambungan kepada Program Pensiswazah Guru Sekolah Rendah (PGSR) Program ini membenarkan guru sekolah menengah untuk mengikut serta Ambilan pertama pada bulan Jun 2011 adalah Program TESL, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Rendah, Pengajian Islam Pendidikan Rendah dan Pendidikan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Pelaksanaan Kurikulum Program Pensiswazahan Guru (PPG) Tahun 2011
Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru-guru. Program KSPK dan KDPK memberi laluan kepada guru untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Program KSPK mula dilaksanakan pada tahun 2000 manakala program PKPG dilaksanakn pada tahun 2004 sehingga 2007 bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kursus yang pernah di jalankan ialah KDP 14 Minggu TMK, KDP 14 Minggu Kaunseling, KDP Bestari dan KDP 6 Minggu Conversion English KPKI pula telah dilaksanakan sejak 1998 dengan kerjasama JPN Sabah dan dilaksanakan secara out-reach Latihan Pembangunan Staf pula bertujuan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme staf IPG Kampus Gaya Pelaksanaan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKI) dan Latihan Pembangunan Staf
PELAKSANAAN PROJEKPROJEK KHAS SEJAK TAHUN 2004 Program Pensiangan Salinatan Tahun 2004 PERKEMBANGAN KURIKULUM 2000-AN Pelaksanaan Program Khas Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Tahun 2005 Pelaksanaan Program Khas Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Tahun 2005 Dirancang untuk mengurangkan jurang perbezaan antara advantaged Schools dan disadvantaged Schools Dijalankan sepanjang 2004 sehingga 2009 untuk meningkatkan profesionalisme guru di kawasan pendalaman Daerah-daerah yang terlibat termasuklah daerah Papar, Tenom dan Sipitang Dilaksanakan untuk mengatasi masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun satu Sekolah yang terlibat (digelar sebagai sekolah angkat) dalam program tersebut pada tahun 2006 ialah SK Moyog, Penampang dan SK Sindumin, Sipitang Tiga buah sekolah angkat ditambah pada tahun 2007 dan 2008 dan program tamat pada tahun 2009 Bertujuan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah pembinaan negara bangsa Semua guru terlibat dalam program ini termasuklah guru opsyen dan bukan opsyen Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah dari daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kuala Penyu, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. Isi kandungan program merupakan pendedahan kepada pengetahuan kandungan Bahasa Melayu terkini serta strategi penyampaian yang kreatif, inovatif dan selari dengan pengajaran abad ke-21 Program MBI pula dijalankan untuk menambahbaik pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
RUJUKAN Abdullah Muhammad (2016). Citra Gaya: Sejarah sejak 1963. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
TERIMA KASIH