SULIT
LAPORAN OPERASI PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 158 ENAKMEN
MINERAL 2001 (PENALTI KERANA MELOMBONG TANPA LESEN ATAU PAJAKAN) DI
KEDUDUKAN KOORDINAT GPS (RSO) WF562430, WMR345547 SUNGAI LENGGADAI,
MUKIM KERATONG, DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.
1. No. Laporan : 45 / 2021
2. Tarikh Operasi : 24 MEI 2021 (ISNIN)
3. Jenis Kesalahan : Penalti Kerana Melombong Tanpa Lesen Atau Pajakan
4. Seksyen Akta / Enakmen berkaitan :
Seksyen 137(1)(a), (b) dan Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001.
5. Bil. Anggota Operasi : 8 orang
6. Punca Tindakan :
Aduan oleh pemberi maklumat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
7. Ringkasan Operasi :
24 Mei 2021 (Isnin) Jam 11.28 Pagi (UPNP Zon Pahang Timur).
7.1 Pada 24 Mei 2021, jam 11.28 pagi, Pegawai Penguatkuasa Kanan Zon Pahang Timur
telah menerima aduan daripada Encik Zaidi (Pegawai Pejabat Perhutanan Negeri
Pahang), pemberi maklumat beliau telah memaklumkan terdapat aktiviti pelombongan
disyaki tidak sah di Sungai Lenggadai, Mukim Keratong daerah Rompin, Pahang.
7.2 Anggota Zon Pahang Timur telah membuat semakan maklumat berkaitan aduan bagi
memastikan lokasi sebenar kawasan aduan dan kebenaran aduan.
7.3 Pada Jam 02.00 Petang, anggota unit bergerak dari Zon Pahang Timur ke kawasan
aduan.
7.4 Lebih kurang pada jam 1645HRS, bertempat di kedudukan koordinat GPS (RSO)
WF562430, WMR345547 Sungai Lenggadai, Mukim Keratong , Daerah Rompin,
Pahang, anggota Zon Pahang Timur dan Pejabat Hutan Daerah Rompin telah melihat
sebuah excavator sedang melakukan kerja-kerja pengasingan bahan mineral disyaki
bijih besi menggunakan jengkaut yang di pasang alat pengasingan mineral pada
excavator tersebut dengan pengawasan oleh seorang lelaki.
7.5 Setelah pemandu excavator memberhentikan excavator yang di pandu, beliau telah
bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
7.6 Anggota unit berjaya menangkap lelaki yang mengawasi kerja-kerja tersebut. Pegawai
Serbuan telah mengarahkan individu tersebut mengemukakan sebarang dokumen
SULIT
kebenaran bagi aktiviti yang di lakukan tetapi gagal.
7.7 Pegawai Serbuan telah maklumkan kepada individu tersebut bahawa perbuatan yang
dilakukan merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 158 Enakmen Mineral 2001
iaitu melombong tanpa lesen atau pajakan.
7.8 Pegawai Serbuan seterusnya menyita excavator yang digunakan bagi kesalahan
melombong tanpa lesen atau pajakan.
7.9 Anggota unit di datangi oleh seorang lelaki mengaku sebagai wakil syarikat yang menjalankan
aktiviti perlombongan di kawasan tersebut. Beliau juga telah gagal mengemukakan dokumen
berkaitan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.
7.10 Pengurus tapak ditangkap menurut seksyen 137(1)(a) dan excavator yang digunakan di sita
menurut seksyen 137(1)(b) enakmen yang sama dan telah di tempatkan di tapak sita PTG
Pahang bersebelahan bangunan KDN, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan dikawal oleh
anggota rela.
7.11 Kedua-dua individu tersebut diminta hadir untuk memberi keterangan kepada Pegawai
Penyiasat di Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Zon Pahang Timur.
8. Tindakan Yang diambil
Seksyen 137(1)(a), (b) dan Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001.
9. Syor Tindakan Susulan
Pembukaan kertas siasatan kesalahan di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001.
Disediakan Oleh :
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang
Zon Pahang Timur.
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT
SULIT