MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
TAJUK TUGASAN
PERPADUAN DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH
CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
NAMA PELAJAR
1. DHANESH DEVII A/P MOTTAIAN (33DFO20F1008
2. NURFARAHIN SYUHAIDA BINTI OLIM
MOHAMMAD(33DFO20F1030
3. DHARSHINI A/P JAYARAMAN(33DFO20F1028)
4.NOORSYAZANA BINTI ZAINUDDIN(33DFO20F1022)
SENARAI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Mewujudkan masyarakat yang harmoni
4. Langkah-langkah untuk memupuk perpaduan
5. Etika untuk mencapai perpaduan kaum
6. Manfaat perpaduan
7. Kesimpulan
8. Lampiran
9. Rujukan
1.0 PENGENALAN
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara
aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya
jurang perpisahan . Kita perlu mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah dan
patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari
Malaysia pada 16 September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi
penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus
kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi
nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar
tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi
kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan
rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan
susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa
Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan
Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah
menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020. Hubungan baik dalam
masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak
yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan
kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk
meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan
dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya
berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi
merealisasikan matlamat perpaduan nasional.
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
1.Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan.
2.Memelihara,mengekal dan meningkatkan
perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional.
3.Mempromosikan persefahaman dan keharmonian
antara agama.
4.Menjalankan wacana perpaduan dan kajian
perhubungan kaum.
5.Memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan
integrase nasional.
3.0 MEMUWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
HARMONI
Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat
Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita
seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya.
Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna
rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia
adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni
yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.
Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata
peribahasa,”bulat air kerana pembentung, bulat
airkerana muafakat".
3.1 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum tak lekang di bibir masyarakat
dewasa ini.Oleh kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,maka
perpaduan kaum amatlah mustahak untuk memastikan keamanan negara.Isu
perpaduan kaum ini wajar dijadikan agenda perdana dalam setiap dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan.Antaranya,pengunaan Bahasa kebangsaan.Cara
paling penting ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan.Hal ini demikian,
penggunaan satu Bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum
dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Sebagai
contohnya, Bahasa melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum
lain.Jelaslah,langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara
kaum di negara ini.Kedua,peranan ibu bapa memupuk semangat hidup
bermasyarakat tanpa mengira warna kulit,budaya,kepercayaan dan agama.Hal ini
demikia,Meraka perlu mendidik anak-anak agar mengamalkan semangat
kejiranan sejak kecil lagi kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.Misalnya,semasa merailan perayaan kaum dan agama,ibu bapa
sewajarnya mengamalkan sikap bertukar makanan dan ziarah menziarahi dalam
kalangan penduduk setempat.Selain itu,perpaduan kaum juga dapat dipupuk
melalui aktiviti bermasyarakat.Hal ini demikian,dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantun antara satu sama lain dengan menghapuskan
sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.Sebagai
contohnya,aktiviti gotong-royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan.
3.2 Etika untuk mencapai perpaduan kaum di malaysia
Etika merupakan piawaian yang berasakan betul dan salah terhadap perbuatan
atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia.Seperti
itulah,etika adalah salah satu penting untuk mencapai perpaduan kaum di
Malaysia.Yang pertama adalah ibu bapa menanmkan semangat perpaduan antara
kaum sejak kecil lagi.Cara ini memupuk semangat perpaduan kaum antara rakyat
dan akan mewujudkan harmoni antara manusia.Seterusnya,kerajaan sentiasa
berusaha agar sikap bersatu padu wujud dalam diri rakyat Malaysia walau di mana
pun berada.Contohnya,kerajaan perlu mengiklankantentang etika dan perpaduan
kaum dalam semua saluran iaitu social media,radio, televisyen.selain itu kerajaan
kena mengaturkan pelbagai akitivi seperti ceramah perpaduan kaum.Cara ini
dapat masyarakat bolehlah membetulkan kesalahan meraka dan mereka dapat
mengetahui cara untuk mewujudkan perpaduan kaum antara satu sama
lain.Seterusnya,kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan
menggalakkan rakyat saling mengambil berat antara satu sama lain.Masyarakat
sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham.Hal ini dapat mewujudkan harmoni antara kaum .Rakyat akan hidup aman
dan damai.Selain itu,tidak ,meletakkan sebarang batasan untuk bergaul dengan
sesebuah atau kaum dan agama yang berkerjasama.
3.3 Manfaat perpaduan
Perpaduan anatara rakyat Malaysia amat penting untuk mewujudkan negara yang
aman dan damai.Hidup secara perpaduan memberi banyak manfaat kepada rakyat
dan negara.Yang pertama manfaat pepaduan ialah memajukan sector pelancongan
Negara.Negara yang perpaduan ramai pelancong akan dating mengunjung ke
negara kita.Ramai pelancong suka mungunjung negara yang aman dan
damai,bersih dan perpaduan.Seterusnya,mewujudkan masyarakat yang harmoni
dan sejahtera. Selain itu,perpaduan amat penting kerana memperkukuhkan
keselamatan negara dan rakyat.Perpaduan di sesebuah negara dapat mewujudkan
kestabilan politik dan dapat meningkatkan ekonomi negara.Selain itu,perpaduan
dapat melahirkan perasaan cintakan tanah air.Perpaduan dapat meningkatkan
negara di mata dunia.Perpaduan amatlah penting kepada rakyat dan sesebuah
negara.Hidup secara perpaduan dapat juagak memberi banyak manfaat kepada
semua.
4.0 KESIMPULAN
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat
diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.
Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan
suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan
kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
6.0 LAMPIRAN
7.0 RUJUKAN
WWW.PENERANGAN.GOV.MY
WWW.BHARIAN.COM.MY
SPAJ.UKM.MY