KOD KURSUS: MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: FILEM OLA BOLA YOU WILL BELIEVE
AGAIN
NAMA PENSYARAH: ASNUURIEN NAJMA
BINTI AHMAD
NAMA KUMPULAN:
1) NOORSYAZANA BINTI ZAINUDDIN
(33DFO20F1022)
2)DHARSHINI A/P JAYARAMAN
(33DFO20F1028)
3)DHANES DEVI A/P MOTTAIAN
(33DFO20F1008)
4)NURFARAHIN SYUHAIDA BINTI OLIM
MOHAMMAD
(33DFO20F1030)
Isi kandungan:
i)objektif
ii)cara projek dilaksanakan
iii)berapa lama projek dilaksanakan
iv)cara bekerjasama antara ahli di dalam
talian
v)cara mencari maklumat
vi)idea-idea baru yang diketengahkan dalam
projek
vii)idea mengenai kesepaduan dan
penggerak kesepaduan nasional dalam filem
viii)cadangan untuk menambah baik idea
yang sedia ada kepada perkara akan datang
ix)kesimpulan
OBJEKTIF
-Mengenal pasti kebaikan patriotisme yang wujud dalam Filem Olabola.
-Mengkaji impak-impak yang besar daripada kerjasama dalam
kalangan seluruh rakyat
-Mengenal pasti sumbangan-sumbangan tamadun Melayu, Cina dan
India yangmembantu dalam pembentukan Malaysia pada hari ini.
CARA PROJEK DILAKSANAKAN
Pada mulanya , pensyarah kami telah menghantar maklumat tentang
projek ini melalui google meet semasa waktu kelas.Selepas itu,Kami
sekumpulan berbincang tentang projek dan mengkongsikan idea
masing-masing melalui aplikasi ‘whatsapp’.Kami juga mencari
maklumat dan idea-idea tesebut di google dan buku rujukan.Selepas
itu,kami menaip projek kami,sepenuhnya dalam ‘Microsoft word’ dan
memasukkan tugasan kami dalam aplikasi anyflip.Akhirnya,kami telah
menghantar tugasan kami kepada pensyarah dalam bentuk anyflip
melalui aplikasi ‘Whatsapp’.
BERAPA LAMA PROJEK
DILAKSANAKAN
Tugasan ini telah diberikan kepada kami pada 21/10/20.Dalam proses
2 minggu,kami telah mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini
secara kumpulan dan kami telah menghantar tugasan ini pada 4/11/20.
CARA BEKERJASAMA ANTARA
AHLI DALAM TALIAN
Kami berkerjasama dan menjalankan tugasan projek ini secara
berganding bahu bagi mencapai matlamat projek ola bola kami.
Kerjasama kami dalam menjalankan tugas ini adalah dengan rasa
tanggungjawab dan pengetahuan kami masing- masing yang perlu
digunakan bagi menjalankan tugasan ola bola dengan
jayanya.Seterusnya kami mempunyai matlamat yang jelas untuk
mencapai matlamat kami dan untuk jayakan tugasa ini dengan baik.
Ahli kumpulan kami menunjukkan komited pada tugasnya.Selain itu,
ahli kumpulan kami dapat menunjukan kemahiran berfikir secara
dinamik.
CARA MENCARI MAKLUMAT
Kami menggunakan pelbagai platform untuk mencari maklumat untuk
menjalankan tugasan ini. Pada mulanya,Kami semua menonton filem
ola bala untuk mendapat idea.Selain itu, mengadakan perbincangan di
dalam kumpulan untuk agihkan tugasan dan membincang tentang cara
untuk membuat tugasan ini. Seterusnya, kami mencari maklumat dalam
melayari internet untuk siapkan tugasan ini.Yang inilah cara kami
mencari maklumat untuk siapkan tugasan ola bola ini dengan
berjayanya.
IDEA-IDEA BARU YANG
DIKETENGAHKAN DALAM PROJEK
Filem dan Ideologi
Filem seperti media massa lain tidak beroperasi dalam kekosongan.
Filem dapat dilihat sebagai satu medium untuk menstrukturkan proses
pengeluaran makna dalam masyarakat. Kebanyakan filem beroperasi
dalam industri kapitalis mempunyai matlamat untuk mengaut
keuntungan. Pada masa yang sama juga filem beroperasi untuk
mengekalkan order sosial yang sedia ada.
Ideologi
Ideologi adalah satu konsep yang dibangunkan dalam tradisi Marxist
yang memperkatakan bagaimana masyarakat distruktur supaya
membolehkan golongan/kelas yang memegang kuasa (dominant group)
mempunyai kawalan yang maksimum terhadap masyarakat dengan
melibatkan konflik yang minima. Keadaan ini tidak melibatkan
golongan/kelas yang memegang kuasa menggunakan kekerasan untuk
menindas atau mengubah pemikiran masyarakat tetapi ianya terjadi
dalam keadaan institusi-institusi dominan dalam masyarakat digunakan
sebagai alat untuk menyebarkan idea-idea, nilai-nilai, simbol, konsep
mengenai sesuatu perkara untuk mengesahkan order sosial yang sedia
ada
Dengan kata lain, industri filem tidak beroperasi dalam kekosongan.
Malah andaian yang melihat industri filem sebagai sebuah institusi
hiburan semata-mata yang hanya memberikan apa yang diinginkan
oleh penonton perlu dihakiskan. Jelas sekali andaian industri filem
bersifat hiburan adalah satu andaian yang cetek. Peranan industri filem
yang beroperasi dalam dunia kapitalis bermotifkan keuntungan serta
penyebaran wacana-wacana tertentu perlu diambil kira dalam usaha
kita memahami kompleksiti hubungan filem dan ideologi dan
pembentukan makna dalam masyarakat.
IDEA-IDEA MENGENAI
KESEPADUAN DAN PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL DALAM
FILEM
Filem Ola Bola ada kelainan kerana ia dapat menarik penonton dari
semua kaum sedangkan filem Melayu hanya dapat menarik penonton
Melayu. Oleh itu lrbih banyak filem seperti ini dihasilkan pada masa
akan datang supaya semua kaum dapat menonton sebuah filem
bersama.Menarik untuk diperhatikan, bahawa filem ini seperti mana
filem-filem yang sepatutnya menyatakan realiti sebenar kehidupan di
Malaysia, menggunakan kesemua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil,
Inggeris, Mandarin, Kantonis, dan juga Hokkien.
Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne
yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak
negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana
ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh
pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan
dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke
England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan
untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui
suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak
negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya
mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga
menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin
rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah
masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu
peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain
harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara.
Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara
sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat
mereka dan harapan negara.
Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa
penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat
bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan
membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang
terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
CADANGAN UNTUK MENAMBAH
BAIK IDEA YANG SEDIA ADA
KEPADA PERKARA AKAN DATANG
Filem seperti media massa lain tidak beroperasi dalam kekosongan.
Filem dapat dilihat sebagai satu medium untuk menstrukturkan proses
pengeluaran makna dalam masyarakat. Kebanyakan filem beroperasi
dalam industri kapitalis yang mempunyai matlamat untuk mengaut
keuntungan. Pada masa yang sama filem juga beroperasi untuk
mengekalkan order sosial yang sedia wujud. Industri filem Malaysia
adalah salah satu cabang institusi media di Malaysia yang secara tidak
langsung memuatkan nilai-nilai dan pandangan-pandangan tertentu
dalam masyarakat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis
kandungan filem-filem “box office” terpilih di Malaysia untuk mengkaji
tema, plot, makna dan mesej yang terdapat di dalamnya yang dilihat
berupaya untuk menstrukturkan proses pengeluaran makna kepada
masyarakat. Ideologi secara umumnya satu konsep yang dibangunkan
dalam tradisi Marxist yang memperkatakan bagaimana masyarakat
distruktur supaya membolehkan golongan yang memegang kuasa
mempunyai kawalan yang maksimum terhadap masyarakat dengan
melibatkan konflik yang minima.
Peralatan perfileman yang canggih
mampu meningkatkan mutu filem. Teknologi canggih juga dapat
meningkatkan kesan khas dan dapat menarik minat penonton. Oleh
yang demikian pihak pengeluar filem mesti berusaha meningkatkan
keupayaan tersebut agar filem kita tidak hanya memaparkan persoalan
yang remeh. Oleh itu, filem tempatan yang berkualiti mempunyai
potensi untuk dimajukan di pasaran domestik dan antarabangsa.
Produk filem dapat dieksport atau dipertandingkan di peringkat dunia.
Pusat latihan khusus untuk bakal pelakon-pelakon perlu ditubuhkan
Pusat ini ditubuh boleh memupuk ramai bakal pelakon dan melakon
filem yang menarik .Selain itu,melalui pusat latihan bolehmelahirkan
pelakon yang mempunyai insan seni berbakat tinggi dalam bidang seni
filem supaya mampu memaparkan warisan budaya Malaysia. Ini dapat
menjamin negara kita menghasilkan pelakon yang berkaliber dan
berdisiplin dan seterusnya mengharumkan nama Negara.
Jawatankuasa itu juga telah merangka akta yang kemudiannya
diluluskan oleh Parlimen sebagai Akta 244, Akta Perbadanan Filem
Nasional Malaysia (FINAS) tahun 1981.
FINAS ditubuhkan
untuk membangun, memelihara dan mengembangkan industri
perfileman di Malaysia. Maka dengan adanya penglibatan pihak
Kerajaan, di harap FINAS telah berjaya menggerakkan aktivitinya
dengan cepat dan berkesan. Inisiatif baru yang selaras dengan DFN akan
diwujudkan oleh FINAS untuk melonjakkan industri perfileman tempatan
ke taraf dunia bagi memartabatkan serta mengantarabangsakan filem
tempatan supaya mampu menjual nama dan identiti Malaysia di mata
dunia
Kesimpulannya,langkah-langkah atas adalah perkembangan arus
industri perfileman global yang menjurus ke arah
mengantarabangsakan industri filem dari segi khalayak penonton dan
bakat pembikinan filem.
KESIMPULAN
Filem ini memaparkan semangat 1Malaysia. Para pelakon pelbagai
keturunan bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing tetapi
berkongsi satu matlamat iaitu memastikan Malaysia layak beraksi di
Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.
Filem ini memberi mesej mudah, selagi kita bersatu dan bekerjasama,
kita boleh mencapai apa sahaja kejayaan. Kecintaan kepada bola sepak
menyebabkan mereka melupakan segala perbezaan latar belakang dan
pandangan bagi memastikan pasukan kebangsaan berjaya.
Sukan khususnya bola sepak adalah medium perpaduan yang terbukti
paling berkesan, walaupun apa yang dipaparkan dalam Ola Bola sukar
dilihat lagi dalam era ini.
Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia,
sukan sememangnya dapat digunakan sebagai salah satu saluran
integrasi.