The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kursus Asas Psikologi Pendidikan EDUP2083D-TUGASAN 2 (PENULISAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saufiatun2014, 2022-04-01 08:21:11

Kerja Kursus Asas Psikologi Pendidikan EDUP2083D-TUGASAN 2 (PENULISAN)

Kerja Kursus Asas Psikologi Pendidikan EDUP2083D-TUGASAN 2 (PENULISAN)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 2)
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(EDUP2083D)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR SAUFIATUN SYAKIRAH BINTI MUSA

ANGKA GILIRAN 2021192380014

NOMBOR KAD 860603-56-5626
PENGENALAN PDPM OKTOBER 2021 (B1)

KUMPULAN

NAMA KURSUS ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN (EDUP2083D)

NAMA PENSYARAH PUAN NOORIZAN BINTI BABA

TARIKH HANTAR 01 APRIL 2022

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA

PENSYARAH

Tugasan kedua saya dalam subjek Asas Psikologi Pendidikan adalah menganalisis tentang
peringkat perkembangan kanak-kanak dan kaitannya dengan perbezaan
individu,pembentukan personaliti serta konsep kendiri.

PENGENALAN

Merujuk kepada Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 yang
ditubuhkan bertujuan memastikan perkembangan holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir
hingga empat tahun.Justeru itu,perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dapat dibentuk untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani,jasmani dan emosi agar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa itu perkembangan kanak-kanak?

Perkembangan kanak-kanak ialah proses yang berterusan dari lahir hingga kematangan
dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan tetapi dapat
dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya.Ianya berlaku secara
cepat dan sukar diramal.Perubahan tingkah laku mental dapat dilihat dari segi
jasmani,kognitif,emosi,sosial dan rohani.Setiap kanak-kanak mengalami tahap
perkembangan yang berbeza mengikut rentak mereka sendiri.Secara amnya,perkembangan
seseorang kanak-kanak itu dipengaruhi pelbagai faktor antarnya
genetic,neurologi,fizikal,persekitaran dan emosi.Begitupun,terdapat beberapa peringkat
perkembangan yang ibu bapa perlu ambil perhatian demi untuk membesarkan seorang
kanak-kanak dengan gembira dan sihat.Terdapat empat aspek penting peringkat
perkembangan kanak-kanak iaitu motor kasar,motor halus dan visi,kelakuan dan
pembangunan sosial serta pertuturan dan pendengaran.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak bergantung kepada faktor persekitaran
dalaman dan luaran.Manakala sesetengahnya di luar kawalan dan kita yang
membentuknya.Mempunyai pemahaman yang baik tentang apa yang diperlukan oleh kanak-
kanak pada setiap tahap perkembangan mereka membantu ibubapa membesarkannya
dengan baik.Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.Yang pertama,dari segi keturunan.Keturunan adalah penyebab perwatakan fizikal dari
ibu bapa kepada anak-anak melalui gen mereka.Ia mempengaruhi semua aspek
penampilan fizikal seperti ketinggian,berat badan,struktur badan,warna mata,tekstur rambut
dan kecerdasan dan kebolehan.Penyakit juga dilepaskan melalui gen seperti penyakit
jantung,diabetes,obesiti dan faktor-faktor genetic yang boleh menjejaskan pertumbuhan
anak.Walau bagaimanapun,faktor persekitaran dan pemeliharaan dapat memberikan yang
terbaik daripada kualiti yang ada sekarang dalam gen.Faktor yang kedua adalah factor

persekitaran.Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
kanak-kanak dan ia mewakili jumlah keseluruhan ransangan fizikal dan psikologi yang
diterima oleh kanak-kanak.Antara factor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
awal kanak-kanak melibatkan persekitaran fizikal,keadaan geografi,persekitaran sosial dan
hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya.

Faktor yang ketiga adalah factor jantina.Perkembangan anak lelaki dan perempuan adalah
berbeza ,terutamanya apabila mereka mendekati akil baligh.Lelaki cenderung lebih tinggi
dan fizikalnya lebih kuat daripada perempuan.Pun begitu .perempuan akan mempunyai
tahap kematangan lebih cepat berbanding lelaki.

Faktor keempat adalah senaman dan kesihatan.Senaman di sini merujuk kepada masa
bermain biasa dan aktiviti sukan yang membantu tubuh meningkatkan kekuatan otot dan
jisim tulang.Malah,senaman juga menjadikan mereka sihat dan melawan penyakit dengan
menguatkan sistem imun.Permainan luar mendedahkan mereka kepada mikrob yang
membantu mereka membina ketahanan dan mencegah alahan.

Faktor kelima adalah faktor nutrisi kanak-kanak.Nutrisi adalah faktor penting dalam
pertumbuhan kerana ia melibatkan semua yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dan
membaiki dirinya berasal dari makanan yang kita makan.Diet yang seimbang yang kaya
engan vitamin,mineral,protein,karbohidrat dan lemak adalah penting untuk perkembangan
otak dan tubuh.

Faktor keenam pula adalah faktor pengaruh keluarga.Keluarga mempunyai kesan yang
paling mendalam dalam memupuk kanak-kanak dan menentukan cara perkembangan
secara psikologi dan sosial.Pertumbuhan yang paling positif dilihat apabila meluangkan
masa,tenaga dan cinta dalam perkembangan kanak-kanak seperti membaca kepada
mereka,bermain dengan mereka dan mempunyai perbualan bermakna.

Faktor ketujuh ialah faktor pembelajaran dan pengukuhan.Pembelajaran melibatkan lebih
daripada persekolahan,membina kanak-kanak itu secara mental,intelektual,emosi dan sosial
sehingga mereka berfungsi sebagai individu yang berguna dengan baik dalam
masyarakat.Pengukuhan adalah komponen pemebelajaran di mana suatu kegiatan atau
latihan diulang dan ditapis untuk menguatkan pelajaran yang dipelajari.Contohnya ialah
memainkan alat muzik,mereka menjadi lebih baik bermain ketika mereka berlatih bermain
insturmen.

Pembentukan personaliti

Faktor genetik bentuk personaliti kanak-kanak.Contohnya sikap pendiam anak terutama
apabila berdampingan dengan orang yang tidak dikenali atau di luar kelompok keluarga
sering membuatkan ibubapa bimbang apabila memikirkan keupayaan si kecil itu untuk

menyesuaikan dirinya Ketika menjejakkan kaki ke alam persekolahan kelak.Kanak-kanak
pendiam sering kali tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan
sedangkan mereka tahu jawapannya.Ini berlaku disebabkan pelbagai faktor.Antara faktor
yang mempengaruhi sikap pendiam seseorang kanak-kanak ialah genetik,pendedahan ibu
bapa kepada ilmu bersosial,persekitaran,gaya hidup dan asuhan penjaga atau
pengasuh.Kebiasaanya ,apabila salah seorang ibu atau bapa kurang bercakap atau
pendiam,anaknya mempunyai potensi lebih besar untuk mewarisi sikap itu.

Kaedah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak.

Pertama banyakkan komunikasi,bercerita dan menggalakkan anak bercerita mengenai
perjalanan hariannya .Untuk menggalakkan anak bercerita,ibubapa boleh bertanya
mengenai rakan baiknya dan peristiwa yang menarik pada hari itu.

Kedua,mencari idea untuk memastikan anak gemar mengadu atau bercerita.

Ketiga,sentiasa menunjukkan contoh sifat peramah seperti bergaul mesra dengan saudara-
mara serta jiran tertangga.

Keempat,meminta pandangannya dalam perkara yang membabitkan dirinya.Contohnya
warna baju,peraturan di rumah atau perancangan menu keluarga.

Kelima,yakinkan dirinya dia seorang yang berani dan kerap memuji.

Keenam,jangan sesekali memperkecilkan dirinya kerana ia akan lebih memburukkan
keadaan.

Perkembangan psikososial kanak-kanak

Teori psikososial menjelaskan perubahan dalam pemahaman diri,hubungan sosial,dan
proses mental yang mendukung hubungan antara seseorang dan dunia sosialnya dari bayi
hingga kehidupan dewasa.Erik Erison adalah seorang psikologi yang mengembangkan
salah satu teori perkembangan psikososial yang paling popular dan berpengaruh.Ia tertarik
pada bagaimana interaksi dan hubungan sosial berperanan dalam perkembangan dan
pertumbuhan manusia.Ada beberapa tahap dalam teori psikososial menurut Erik Erikson.

Tahap pertama iaitu kepercayaan lawan ketidakpercayaan.Dari umur 0 hingga 18
bulan).Pada Ketika ini,bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak
percaya.Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi
tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya terutama daripada ibu.Sebaliknya
jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna makan akan timbul perasaan
tidak percaya pada tahap ini.Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan
dalam diri bayi tersebut.

Tahap kedua ialah kemandirian lawan malu dan ragu.Dari umur (18 bulan hingga 3
tahun).Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan
sendiri.Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa.Situasi
ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak
tersebut.Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina
perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap ketiga iaitu inisiatif lawan rasa bersalah.Dari umur (3 hingga 6 tahun).Pada tahap ini
kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.Banyak inisiatif dilaksanakan bagi
memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi.Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang
dibuat oleh dewasa.Perkembangan Ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan
menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif,suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah
apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap keempat berdaya saing lawan rasa rendah diri.Dari umur 6 hingga 12 tahun.Kanak-
kanak yng berkembang dengan baik pada peringkat ini akan menghasilkan sikap yang
berdaya saing,terasing dengan kejayaan diri dan orang lain.

Tahap kelima identiti lawan kekeliruan identity.Peringkat ini remaja mesti Berjaya mencari
identity dalam pekerjaan,peranan jantina,politik dan agama.

Tahap keenam,keintiman lawan keterasingan.

Tahap ketujuh,kemurahan hati lawan kebantutan.

Tahap kelapan,ego yang berintegriti lawan kehampaan.

Secara keseluruhannya ada lapan tahap dan peringkat dalam perkembangan psikososial
sepanjang hidup seseorang individu yang merangkumi keseluruhan daripada jangka hayat
manusia dari lahir hingga usia tua.

Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak

Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan personaliti ialah faktor genetik,
dan pesekitaran. Bentuk fizikal, kecergasan, kesihatan, keluarga, didikan ibu-bapa,
pengalaman awal kanak-kanak, pengaruh rakan dan sekolah, sisio-budaya, kejiranan,
komuniti bahkan negara juga turut mempengaruhi pembentukan
personaliti. Personaliti boleh dilihat melalui tingkahlaku yang boleh diperhatikan dalam
konteks hubungan antara individu dengan individu lain, iaitu bagaimana seseorang itu
memberi reaksi atau interaksi terhadap individu dan persekitaran.

Apakah peranan seorang guru dalam perkembangan kendiri kanak-kanak?

Guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat pada murid kerana
setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Kesilapan guru ialah selalu
mengandaikan murid-muridnya dalam sebuah kelas adalah sama. Hal ini akan membawa
kepada pembentukan konsep kendiri yang salah. Oleh yang demikian, guru perlu
memperbetulkan tanggapan yang salah ini serta guru mestilah memainkan peranan penting
untuk membantu kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Dalam hal ini,
guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi dan interaksi yang
baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan
cara ini, guru boleh menggunakan kebolehan yang terdapat dalam diri murid untuk
meningkatkan konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak tersebut.

Apabila kanak-kanak sedar akan keupayaan diri mereka, keyakinan diri mereka akan
meningkat. Hal ini membolehkan kanak-kanak tersebut menjalinkan hubungan sosial yang
baik dengan individu yang berada dekat denga persekitaran mereka. Oleh yang demikian, ia
akan membawa kepada kemahiran interaksi yang baik, gaya percakapn yang berhemah dan
dapat mengawal emosi dengan bijak. Ini adalah konsep kendiri positif yang terbentuk di
dalam diri murid tersebut. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tauladan yang baik serta
menjadi model dalam pembentukan kendiri yang positif kepada murid-murid.

Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pelajar yang berpusatkan murid. Apabila murid
diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya di dalam bilik darjah, ia dapat monolong
kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang
untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat yang unik yang ada dalam setiap
kanak-kanak.

Aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulim juga dapat menanamkan sikap yang positif
dalam diri murid-murid. Aktiviti-aktiti yang memerlukan murid-murid bekerja dalam
kumpulan, menyelesaikan masalah, berdikari, berdisiplin, tolong-menolong dan menonjolkan
sifat kepimpinan akan membantu murid membina konsep kendiri yang positif.

Oleh itu, guru perlu memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak serta
membimbing dan menasihati mereka supaya kanak-kanak merasakan diri mereka
berkebolehan dan berkeyakinan. Justeru, hal ini akan membantu membina watak kanak-
kanak yang sihat dalam semua perkembangan.

Implikasi terhadap kanak-kanak autism dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini
kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata.
Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk

mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara
yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.Guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih
fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang
berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya
bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding
bahan yang berbentuk fantasi.
Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah,
lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka.
Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan
perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif
seperti mencederakan diri atau orang lain.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran seperti keluarga,rakan sebaya,status sosio
ekonomi,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat,sumber teknologi,guru dan sekolah
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Jelaslah bahawa faktor
persekitaran mempengaruhi perjalanan kehidupan kanak-kanak dan memberi impak
terbesar dalam pewatakan,pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Rujukan

https://www.slideshare.net/nurafiqahbahiah1/faktorfaktor-mempengaruhi-personaliti-dan-
kendiri

http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_kendiri

https://www.scribd.com/document/496071301/IMPLIKASI-PDP-AUTISME


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ของดีปากพะยูน อำเภอปากพะยูน จังหวัดพัทลุง
Next Book
pdf_20220401_192103_0000