The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR QISTINA AFIQAH BINTI MOHD NAZRY Moe, 2023-07-08 00:10:30

My TATABAHASA

My Exercise

Keywords: Qistina@2021

[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 3 2 2 3 10 4 10 C (Pilih satu) 1 15 2 15 Jumlah 60 Bahasa Melayu 02/1 UJIAN BERTULIS Kertas 1 Sept./Okt. 1 jam 30 minit PT3 2019 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 NAMA : ....................................................................................................... ANGKA GILIRAN : ARAHAN: 1. Buka kertas peperiksaan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 4. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Bagi soalan Bahagian A hitamkan jawapan yang betul pada helaian jawapan yang disediakan pada halaman akhir kertas peperiksaan ini, manakala bagi soalan Bahagian B, dan Bahagian C, jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. 6. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.


TERHAD 2 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD Bahagian A [20 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] Soalan 1 – 4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Para penyokong pasukan badminton itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin . A genting B getir C tipis D runcing Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Kamarul tersepak batu lalu jatuh . A tersembam B terpelanting C tercampak D terguling


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 3 02/1 Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Setibanya di rumah, Roslina mendapati barang di dalam biliknya kerana rumahnya digeledah pencuri. A bertindih-tindih B berserak-serak C bertimbun-timbun D berlonggok-longgok 4 Bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat meringankan beban mangsa banjir itu. A seelok-eloknya B sebaik-baiknya C setidak-tidaknya D seboleh-bolehnya


TERHAD 4 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD Soalan 5 – 6 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 5 Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual pada orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan. 6 Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan. Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 7 I Gadis itu menyisihkan sekuntum bunga ros di celah-celah rambutnya. II Pasukan bola baling sekolah kami mara ke pusingan akhir setelah berjaya menyisihkan pasukan tuan rumah. III Kita tidak boleh menyisihkan pendapat bahawa pencemaran alam sekitar menjadi punca penularan pelbagai jenis penyakit. IV Adik menyisihkan diri di dalam biliknya beberapa jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan. II Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti. III Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis. IV Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja A C D B A B C D


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 5 02/1 Soalan 9 – 10 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 9 Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. A dari tahun ke setahun B daripada tahun ke tahun C daripada setahun ke setahun D dari setahun ke setahun 10 Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi ais ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan. A mengisi ais dalam B mengisikan ais di dalam C mengisikan ais ke dalam D mengisi ais ke dalam Soalan 11 – 12 Pilih ayat-ayat yang betul. 11 I Jalan raya ke kampung itu paling sunyi sepi sekali selepas jam 12.00 tengah malam. II Walaupun dia bukan sangat pandai, dia tidak membantu rakan-rakannya. III Parasnya yang kemelayuan menyebabkan pelakon itu diminati di Malaysia. IV Sudah letih lesu badannya ketika dia ditemui terdampar di pinggir pantai. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja


TERHAD 6 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD 12 I Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. II Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. III Beberapa pintu rumah kedai itu telah dibeli oleh seorang usahawan untuk dijadikan bengkel kereta. IV Kita tidak boleh terlalu bergantung pada ihsan orang lain dalam mencapai matlamat hidup. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 13 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 13 Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh, kecuali A seperti itik pulang petang. B seperti belut pulang ke lumpur. C tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua. D berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 7 02/1 Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan drama di bawah. ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya. PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama. ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail? PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahan cucu saya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini. DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga. PAK MAIL : Betul, Tuk. ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail? PAK MAIL : Dia di dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah! FAUZIAH : (Dari dalam) Ya, ayah. PAK MAIL : Keluar sekejap. FAUZIAH : Baik, ayah. (FAUZIAH keluar) ENCIK MUSA : Begini, Puan Fauziah. Kami datang untuk menyampaikan sekeping cek bantuan untuk keluarga puan. (Bangun untuk menyampaikan cek itu) Jadi terimalah cek ini. (Mengunjukkan sekeping cek) FAUZIAH : (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya) Dipetik dan diubah suai daripada drama ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia


TERHAD 8 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD 14 Apakah masalah utama yang dihadapi oleh Pak Mail? A Kematian menantunya Sarjan Akhbar. B Masalah kewangan persekolahan cucunya. C Kepulangan cucunya dari asrama. D Masalah pencen bulanannya. 15 Yang berikut merupakan perwatakan Encik Musa, kecuali A bertanggungjawab B penyayang C prihatin D amanah Pak Mail telah mendapat bantuan tanpa diduga sewaktu beliau benar-benar memerlukannya. 16 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah A kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. B bagai si kudung mendapat cincin. C bagai tikus jatuh ke beras. D orang mengantuk disorongkan bantal. 17 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan drama di atas? A Hayati terpaksa pulang ke rumah kerana menghadapi masalah di asrama. B Pak Mail telah menerima cek bantuan yang disampaikan oleh Encik Musa. C Datuk Penghulu berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan masalah Pak Mail. D Cek bernilai sepuluh ribu ringgit merupakan sumbangan peribadi Encik Musa kepada Fauziah.


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 9 02/1 Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah. “Varieti padi baru MR220 CL1 dan MR220 CL2 yang dikacukkan daripada varieti MR220 ini dijangka dapat mengawal masalah padi angin dan rumput-rampai yang menjejaskan tanaman padi. Kita jangka ini dapat memberi perolehan beras 73.8 peratus dan 75.4 peratus. Tentunya ini lebih baik daripada MR220 yang beri pulangan 61.7 peratus. Sudah terbukti dalam uji kaji, hasilnya antara 8480 sehingga 8690 kilogram sehektar.” Alif terhimbau perbualan dengan pegawai pertanian yang sentiasa tidak lokek maklumat dengannya. Dia hafal kebaikan yang bakal diperoleh daripada varieti padi yang diusahakan ini. Benih varieti ini kebal terhadap racun rumpai imidazolodonone, dapat menjimatkan penggunaan air melalui pembanjiran sawah yang dilewatkan, dan keadaan ini sekali gus dapat mencegah satu lagi masalah perosak utama, iaitu siput gondang emas. Dengan kos tidak melebihi RM600 sehektar, nilai tuaiannya cukup berbaloi, iaitu dengan pulangan lima kali ganda. “Jangan pandang rendah bidang ini, Alif. Bidang pertanian cukup menjanjikan. Awak dah ada modal … petak bendang itulah modalnya. Kita tidak perlu beli beras dari luar kalau kita serius usahakan tanah sendiri. Sekarang kita beli beras dari Thailand … kalau negara itu berdepan dengan krisis, misalnya banjir atau kemarau dan hasilnya terjejas, kita nak bergantung pada siapa pula? “Bayangkan pula kalau nilai ringgit jatuh dan bath melambung, tentu teruk kita menanggung kos mengimport beras.” Dipetik daripada cerpen ‘Menuai Emas’, antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 18 Berdasarkan petikan, rangkai kata berdepan dengan krisis membawa maksud A mendepani halangan B menghadapi masalah C mendepani kegentingan D menghadapi pergelutan


TERHAD 10 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD 19 Yang berikut merupakan kebaikan benih varieti padi baru yang dinyatakan oleh pegawai pertanian kepada Alif, kecuali A benihnya kebal terhadap racun rumpai imidazolodonone. B masalah padi angin dan rumput-rampai dapat dikawal. C pembanjiran sawah dapat dilewatkan. D memberikan pulangan beras sebanyak 61.7 peratus. 20 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan tersebut? A Petani yang menanam varieti padi MR220 akan mendapat hasil sehingga 8690 kilogram sehektar. B Kejatuhan nilai bath dan kenaikan nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan kos mengimport beras. C Kos yang diperlukan bagi penanaman varieti padi baru MR220 CL2 melebihi RM600 sehektar. D Kedua-dua varieti padi baru merupakan hasil kacukan daripada varieti MR220.


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 11 02/1 Bahagian B [25 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] 1 Dalam setiap iklan di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. (i) (ii) (iii) (i) (ii) (iii) [3 markah] Air Mineral Semula Jadi Jenis punca air : Air bawah tanah Isi padu minima 500 ml Diluluskan oleh: Kementerian Kesihatan Malaysia Buatan Malaysia Jawatan Kosong Jawatan : Posmen Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk hadir ke sesi temuduga terbuka seperti ketetapan berikut: Tarikh : 10 November 2019 Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang Tempat: Ibu Pejabat Pos Malaysia Kuala Lumpur SK SERI MAHKOTA SETIA Pemberitahuan: Pendaftaran murid-murid pra-sekolah Tahun 2020 Tarikh : 27 Disember 2019 Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Blok A, SK Seri Mahkota Setia Kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk hadir mengikut ketetapan tersebut amat dihargai.


TERHAD 12 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Selepas menjalani kursus penanaman padi secara moden, sebahagian besar petani-petani memperoleh hasil tuaian yang sungguh amat memuaskan. (ii) Sekaki payung yang baru emak beli telah saya gunakan untuk ke sekolah semasa hujan lebat. [2 markah]


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 13 02/1 3 Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Petikan 1 “Kebetulan pada hari itu, Lim Meng yang baru balik dari sekolah nampak Lim Foong terkapai-kapai kerana lemas. Lim Meng cuba turun untuk menolong menyelamatkan Lim Foong tetapi dia pula yang lemas. Dia dah tak menghiraukan keselamatannya lagi asalkan abangnya selamat. Mujur Sudin ada di situ. Dialah yang menyelamatkan Lim Meng. Sudin tak mengira Lim Foong itu bangsa apa, agama apa untuk ditolongnya. Dia ikhlas menolong Lim Meng tapi sayangnya dia tidak sempat menyelamatkan Lim Foong,” Sim Pau menangis lagi mengingatkan peristiwa lama itu. Dipetik daripada Cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’ antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia Petikan 2 Amir memicit-micit sampul itu dan sahlah bahawa isinya ialah wang. Amir mengeluh. “Janganlah begini, Toh Seng. Kami tidak boleh menerima wang ini,” kata Amir. Kali ini, Toh Seng pula yang mengeluh. “Amir, kita hidup bersama-sama. Masa senang kita hadapi bersama-sama. Masa susah pun mestilah kita hadapi bersama-sama juga. Ambillah duit itu. Niat kami hendak membantu sahaja,” kata Toh Seng, sedikit kesal dengan sikap Amir yang tidak mahu menerima bantuan itu. Masing-masing terdiam. “Ambillah duit itu, Amir. Awak boleh menggunakannya sebagai modal untuk berniaga nanti,” kata Toh Seng. Dipetik dan diubah suai daripada novel, Kasih Sahabat karya Alias Derait, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, KSSM


TERHAD 14 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD 1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan tindakan yang diambil oleh Sudin dan Toh Seng ketika membantu rakan mereka dalam kesusahan. [3 markah] 2 Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut. [3 markah] 3 Perpaduan antara kaum akan memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara kita. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh sekiranya perpaduan antara kaum dapat dipupuk di negara kita? [4 markah]


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 15 02/1 4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Tema ialah persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya dan digambarkan menerusi peristiwa-peristiwa yang berlaku. Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan watak yang telah ditetapkan. [10 markah] NOVEL TEMA WATAK JUSTERU IMPIAN DI JARING HEMPASAN OMBAK TAWANAN KOMANDER CAUCASUS CHOT Kegigihan / Ketabahan seorang anak muda yang ingin mencapai impian. Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga. Kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan. SYAHIR FARID FARHANI ALIAS


TERHAD 16 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD .


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 17 02/1 Bahagian C [15 markah] [Masa dicadangkan : 15 minit] Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. 1 Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. JOM BERCUTI KUALA LUMPUR – PULAU PINANG (BUTTERWORTH) KERETA API / ETS HARGA TIKET MASA BERTOLAK DEWASA KANAK-KANAK 6.13 PAGI RM79 RM44 KUALA LUMPUR – KUALA TERENGGANU BAS EKSPRES HARGA TIKET MASA BERTOLAK DEWASA KANAK-KANAK 10.30 MALAM RM43 RM32.90 KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU KAPAL TERBANG HARGA TIKET MASA BERLEPAS DEWASA KANAK-KANAK 11.00 PAGI RM390 RM335


TERHAD 18 02/1 [Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD .


[Lihat halaman sebelah 02/1 TERHAD TERHAD 19 02/1 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kegunaan-kegunaan serai. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Serai ialah sejenis rumput yang dikatakan berasal dari Selatan India dan Sri Lanka. Serai menjadi tarikan banyak pihak kerana penggunaannya yang meluas dalam industri makanan, perubatan tradisional dan nilai komersialnya dalam penghasilan minyak pati serai. Sejak dahulu lagi, selain dijadikan penyedap masakan, serai juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, sakit kepala, radang gusi, kusta dan malaria. Bagi golongan wanita, serai sangat berguna kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana serai yang dicampurkan dengan lada dapat dijadikan sebagai terapi terbaik di rumah untuk mengatasi masalah haid dan loya. Selain itu serai dipercayai dapat mengurangkan asid urik, kolesterol, lemak yang berlebihan dan toksin dalam tubuh manusia melalui proses detoksifikasi secara semula jadi. Sudah tentu hal ini sesuatu yang menggembirakan banyak pihak, khasnya bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan. Bagi golongan yang menghadapi masalah kulit muka seperti jerawat pula, serai juga diyakini dapat membantu mereka. Berdasarkan kedudukan serai sebagai tumbuhan ubatan dalam rawatan tradisional, pelbagai kajian moden telah dilakukan terhadap serai termasuklah minyak pati serai dan ekstrak cecairnya. Kini, minyak pati serai dikomersialkan dalam pelbagai bidang. Sebatian kimia utamanya iaitu sitral menghasilkan bau lemon yang kuat dan wangi. Sebatian inilah yang digunakan dalam pembuatan kosmetik seperti minyak wangi dan sabun. Peranan serai sebagai antikanser juga turut diakui. Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan laporan, minyak pati serai berkesan untuk menghalang pertumbuhan sel tumor, sekali gus membunuhnya. Jelaslah bahawa serai merupakan anugerah Tuhan yang cukup istimewa kepada manusia. Oleh itu, para petani boleh mengusahakan tanaman serai sebagai tanaman alternatif lantaran potensinya yang besar dalam industri tempatan dan antarabangsa. Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Minyak Pati Serai Antikanser’, Dewan Kosmik bil. 2, 2017


TERHAD 20 02/1 02/1 TERHAD . KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT _\ /_ PENGESAHAN PENGETUA ........................................................


TERHAD 21 02/1 02/1 TERHAD HELAIAN JAWAPAN BAHAGIAN A NAMA: ANGKA GILIRAN: Hitamkan jawapan anda. Contoh: 1 A B C D 11 A B C D 2 A B C D 12 A B C D 3 A B C D 13 A B C D 4 A B C D 14 A B C D 5 A B C D 15 A B C D 6 A B C D 16 A B C D 7 A B C D 17 A B C D 8 A B C D 18 A B C D 9 A B C D 19 A B C D 10 A B C D 20 A B C D A B C D


Click to View FlipBook Version