The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK ANNUAL DINNER SIXMA_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulainroslan57, 2024-02-21 02:26:23

E-BOOK ANNUAL DINNER

E-BOOK ANNUAL DINNER SIXMA_compressed

SIXMA TAQWA 24 Februari 2024 (Sabtu) Dashbox Hotel, Cyberjaya Tema: Songket


Isi Kandungan Sekapur Sireh, Seulas Pinang Seuntai Kata, Semanis Bicara Madah Kata Pujangga Tinta Sekalam Rasa Gemala Hati, Dendangan Jiwa Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Senarai Jawatankuasa Pelaksana Lirik Lagu Aturcara Majlis Menu Makan Beradab Senarai Penerima Anugerah Mission Code Sixma Taqwa 2024 Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang Sekalung Penghargaan 3 4 5 6 7 8 9-11 12 13-15 16 17 29 30 31 Dendangan Jiwa Penerima Anugerah 18-28


Sekapur Sireh, Seulas Pinang Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, warga Sixma Taqwa diberi kesempatan dan peluang untuk berkumpul di Annual Dinner & Recognition Sixma Taqwa 2024. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Penerima Anugerah pada malam ini atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2023. Sesungguhnya tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha yang gigih secara berterusan, doa dan tawakkal pada yang Maha Esa. Semoga kejayaan yang dicapai dapat memberi inspirasi kepada semua warga Sixma Taqwa. Resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Moga kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain apabila kita sudah berjaya. Jangan lokek berkongsi ilmu, terus merendah diri dan jangan lupa untuk berkongsi rezeki dengan yang lain. Tidak dilupakan juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana Annual Dinner & Recognition Sixma Taqwa 2024 yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Founder & Senior AgencyManager Sixma Group Pn. Hajah Nik Nor Roslina binti Haji Nik Abdul Rahman Semoga tahun 2024 ini akan mendatangkan lebih kejayaan yang cemerlang buat diri kita semua dalam kerjaya takaful ini.


SeuntaiKata, Semanis Bicara Assalamualaikum to all SixmaTaqwa comrades Pertama, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas segala nikmat yang telah dikurniakan, kerana tanpa bantuan Allah s.w.t., pasti kita tidak akan dapat mencapai segala pencapaian untuk tahun 2023. Kedua, tahniah kepada semua ahli SixmaTaqwa!!! Alhamdulillah walau keadaan ekonomi kian mencabar dan persaingan yang lebih sengit, tahun 2023 kita berjaya membuat jualan sebanyak 5.5 Juta dengan 123 orang ahli. Terima kasih kepada semua kerana kejayaan ini adalah hasil daripada keringat dan teamwork daripada semua ahli team SixmaTaqwa. Syabas!!!! Semoga kita semua dapat memulakan impian untuk menjadi LEBIH BAIK, memperbaiki segala KESILAPAN LEPAS dan memulakan buku baru dengan catitan IMPIAN yang belum kesampaian, catitan TINDAKAN dan STRATEGI untuk impian tersebut. Jangan dilupa ILMU yang perlu dituntut untuk memantapkan MATLAMAT yang sudah ditulis, BULATKAN TEKAD untuk tidak menoleh ke belakang dan terus memandang ke hadapan kerana dalam perjalanan untuk IMPIAN tersebut, akan adanya DUGAAN dan HALANGAN tidak dijangka yang mungkin menjadikan diri LEMAH dan mungkin terus REBAH. Oleh itu, DOA adalah pendinding paling HEBAT untuk menjadikan diri LEBIH KUAT dan SABAR untuk melalui pelbagai proses sebelum menikmati IMPIAN yang DIINGINI. Kejayaan adalah milik mereka yang punya MATLAMAT jelas, KONSISTEN dengan TINDAKAN, SABAR melalui situasi genting, POSITIF untuk KEKALKAN MOMENTUM Dan akhir kata, saya doakan sahabat SIXMA TAQWA seperjuangan melangkah ke tahun 2024 dengan semangat baru. Moving Forward With Love, Trust and Respect AgencyManager Tuan Haji Nik Muhammad Azlan bin Haji Nik Abdul Rahman Dengan misi 2024: “11.1.1” : 11 Million 100 New Business Partner 100% Growth. So, let’s work together as a TEAM AND MAKE IT HAPPEN!!! "The TIME is NOW, The PLACE is HERE, The PERSON is ME!! “


Assalamualaikum w.b.t. Tahniah atas kejayaan yang diperoleh pada tahun 2023! Hati yang penuh semangat, pekerjaan keras dan ketekunanmu telah membawa hasil yang luar biasa. Kamu telah menghadapi tantangan dengan tekad yang kuat dan tak kenal lelah. Prestasi yang kamu raih adalah bukti nyata dari dedikasi dan usahamu yang tiada henti. Terus jaga semangat dan terus melangkah ke depan dengan keberanian dan ketekunanmu. UnitManager2 Madah Kata Pujangga Pn. Shafidah binti Salleh Tahniah sekali lagi atas kejayaanmu yang menginspirasi ini! Semoga kesuksesanmu yang luar biasa ini menjadi pijakan untuk pencapaian yang lebih besar di masa depan.


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapatlah kita mengadakan Majlis Annual Dinner & Recognition 2024 pada hari ini. 2 sebab utama kita mengadakan event ini; Pertama untuk mengeratkan hubungan sesama warga Sixma yang datang dari serata Malaysia. Kedua untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan ejen-ejen Sixma yang telah berhempas pulas dan bersengkang mata demi meraih kejayaan yang hebat pada tahun lepas. Saya berharap semua yang hadir akan mendapat suntikan energy yang luar biasa untuk mencipta kejayaan yang lebih besar pada tahun 2024. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan majlis pada malam ini. UnitManager2 Tinta Sekalam Rasa En. Kamarulzaman Bin Nasib Semoga majlis kita pada malam ini akan menjadi kenangan yang terindah buat semua yang hadir. Majulah Sixma di tahun 2024. Jumpa anda di puncak kejayaan.


Gemala Hati, Dendangan Jiwa Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua commitee yang bertungkus lumus untuk mengadakan "Dinner Sixma" yang cukup gilang gemilang ini. Tahniah kepada semua Toppers & Qualifiers yang telah mencapai kejayaan yang cukup bermakna pada tahun 2023. Hasil usaha keras anda semua ini, kita raikan dengan cukup istimewa pada malam ini. Kepada yang belum berjaya, jangan kecewa, teruskan berusaha & berjuang untuk tahun 2024 ini. InshaAllah masanya akan tiba, teruskan berusaha, tingkatkan kemahiran dan sentiasa belajar menambah ilmu untuk mencapai kejayaan. Saya teringat akan pesanan dan nasihat seorang guru iaitu Dale Carnegie di dalam kitab beliau "How To Win Friends and Influence People" Antara nasihat beliau, kalau kita inginkan sebuah kejayaan yang kecil, 80% akan bergantung kepada Skill & Knowldge iaitu kemahiran dan ilmu. Tetapi kalau kita inginkan kejayaan besar, Skill & Knowledge ini hanyalah 20% sahaja. 40% lagi adalah perhubungan antara manusia dengan manusia manakala 40% lagi adalah sikap kita. Bermaksud, hubungan manusia dan juga sikap menyumbang 80% daripada kejayaan sesorang. Ini yang menjadikan salah satu resepi kejayaan bagi seorang usahawan dalam apa jua bidang. Akhir kalam, teruskan berjuang, ingat! Kalau dah mula habiskan, kalau letih rehat, rehat bukan berhenti, selagi ada nafas, selagi itulah kita masih diberi peluang untuk berjuang mencapai kejayaan dan cita-cita. UnitManager1 En. Muhammad Nur Ilham Bin Salleh (Abe Am)


Assalamualaikum w.b.t. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada Annual Dinner & Recognition Sixma Taqwa 2024. Sesungguhnya kejayaan kalian menjadi inspirasi buat kami semua. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua ahli jawatankuasa Annual Dinner & Recognition Sixma 2024 atas segala kerjasama dan usaha yang dilakukan bagi memastikan Annual Dinner & Recognition Sixma 2024 dapat berjalan dengan lancar. Bagi pihak ahli jawatankuasa Annual Dinner & Recognition Sixma 2024, kami telah berusaha memberikan yang terbaik. Andai terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan sepanjang pengendalian Annual Dinner & Recognition Sixma 2024, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. ProjectManager Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Noor Syuhada binti Halim Semoga Annual Dinner & Recognition Sixma 2024 pada malam ini berjalan dengan jayanya dan dapat menggembirakan keluarga Sixma Taqwa sekalian “Let’s Enjoy the Night”


Ucapan dari lubuk hati seorang MDRT Syukur kepada Tuhan sekalian alam. Pada kesempatan ini, saya ingin memberikan penghargaan kepada semua leaders dan rakan ejen Sixma yang hadir malam ini. Anda semua adalah pahlawan di bidang ini dan saya berbangga dapat berada di tengah-tengah kalian semua. Dalam pekerjaan ini, kita menghadapi banyak cabaran dan rejection. Namun,berkat kesabaran dan kerja kuat kita mampu menolong ramai orang di luar sana. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakan ejen yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam memberikan perlindungan kewangan kepada masyarakat. Melalui pengetahuan yang mendalam, kerja keras, dan membudayakan integriti dalam pekerjaan, anda telah membantu klien-klien meraih ketenangan fikiran dan ketepatan dalam rencana kewangan mereka. Malam ini adalah medan untuk mengeratkan ikatan kita di bawah satu payung agensi. Marilah kita saling berkongsi idea, pengetahuan, dan pengalaman dalam rangka memperbaiki diri kita sebagai ejen Takaful yang hebat. Saya ingin memberikan penghargaan khusus kepada rakan ejen yang telah mencapai anugerah pada malam ini. Prestasi ini adalah bukti nyata dari kesungguhan dan dedikasi anda terhadap profesion ini. Kalian telah membuktikan bahawa keberhasilan tidak diraih dengan keberuntungan semata, tapi melalui upaya nyata dan kerja keras yang konsisten. Terima kasih telah menjadi inspirasi bagi kami semua. Marilah kita menjaga semangat ini agar terus berkobar. Teruslah memperoleh pengetahuan baru, mengasah keterampilan kita, dan memberikan layanan terbaik kepada pelanggan. Saya berharap agar kita semua dapat terus berjaya dan gemilang bersama. Terima kasih telah menjadi bahagian dari pasukan ini. Semoga selepas annual dinner ini kita lebih semangat dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran di masa depan. Marilah kita raikan kejayaan ini bersama-sama dan terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa yang akan datang!! Sixma boleh!!


Ucapan dari lubuk hati seorang Star Club “Ini adalah limpah kurnia dari Tuhanku” Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dari-NYA. Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat kejayaan ini. Tanggal 14 Feb 2024 yang lepas, genap 4 tahun saya bersama Prudential BSN di bawah naungan Agensi Sixma Group. 4 Tahun berturut-turut dianugerahkan sebagai Prudential Wealth Planner, 2 Tahun sebagai Executive Wealth Planner dan alhamdulillah pernah mendapat pengiktirafan Million Dollar Round Table (MDRT) 2023 di peringkat antarabangsa. Kejayaan saya hari ini bukanlah hasil usaha saya seorang. Tetapi, saya mempunyai insan tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan tanpa jemu. Alhamdulillah, berkat doa Umi Abah serta Ibu Ayah Mertua merupakan senjata utama kejayaan saya sehingga kini. Terima kasih buat isteri tercinta kerana banyak berkorban demi melihat suaminya berjaya. Sanggup menjaga 3 orang puteri solehah kami dari pagi sampai ke pagi esoknya demi memberi peluang kepada saya untuk lebih fokus dalam kerja. Ya, kejayaan hari ini adalah kejayaan kami bersama. “Wo Ai Ni”. Terima kasih buat semua Leaders Sixma, Introducer saya (Hafizi) dan sahabat-sahabat sixma yang sentiasa positif dan tak lokek berkongsi ilmu serta membimbing saya sepanjang dalam kerjaya ini. Moga Agensi Sixma Group ini mencapai Misi & Visi yang utama iaitu ingin melahirkan Muqmeen Professional serta menjadi Agensi Bumiputera yang Terbaik di dalam Prudential Malaysia. ي ِّب َذا ِمن َفْضِل َر َٰه KEBERKATAN DIPEROLEH, KEJAYAAN DIRAIH. KEJAYAAN DEMI KEBAHAGIAN Saya doakan semoga kejayaan saya ini boleh memberi inspirasi kepada sahabat-sahabat sixma yang lain dan semoga kita semua dapat memberi manfaat kepada orang lain diluar sana. InsyaAllah. Akhir kalam, kejayaan bukan diukur pada berapa jumlah production yang diraih. Bukan jua diukur pada pengiktiran yang dirangkul. Tetapi, diukur pada berapa berkatnya rezeki yang diperoleh.


Ucapan dari lubuk hati Leader Top Unit Assalamualaikum NR1 Comrades Alhamdulillah we did it again for the Top Unit 2023!!! I would like to thank each and every members of NR1 for all you contributions. We will never make it ALONE because this achievement is our TEAM EFFORT and each one of you is the PILLAR OF NR1. Thank you NR1, tanpa kod NR1, kita mungkin tidak akan kenal antara satu sama lain. Bila di sini, kita mula kenal, mula kerja sama sama, kongsi impian masing masing, bagi energy kat kawan kawan, perah otak bersama, makan sama sama, gelak sama sama, kongsi masalah, embrace kelebihan setiap orang, terima kekurangan setiap orang, kita sanggup tolak ansur. Kenapa??? Kerana kita semua merasakan kita sebuah KELUARGA. Thank you KELUARGA NR1❤️❤️❤️ With great teamwork and blessing from Allah swt in shaa allah sama-sama kita capai 4 Juta tahun ni Hati yang memberi itu hati yg bahagia Hanya dengan memberi kita akan menerima Salam cinta drpd Leader NR1 Hj Nik Azlan Mari kita panjatkan doa supaya perjalanan di tahun 2024 akan lebih bersinar. Pray to be strong and not pray to be easy.


PENASIHAT : Tuan Hj. Nik Muhammad Azlan Hj. Nik Abdul Rahman Kamarulzaman Nasib PROJECT MANAGER : Noor Syuhada Halim PENGACARA MAJLIS Muhammad Amirul Ariff Abd Razak Siti Nur Sabrina Mudzamel BACAAN DOA Ustaz Nasruddin Mohamed Noori PENJAGA MASA Mardhiyah Kamarudin VIDEO & JURUGAMBAR Mohammad Fakhrudin Toleha Ekhsan Hassan PENDAFTARAN Norsyuhada Kamarudin (PA NR1) PROTOKOL Rozana Ismail (PA NR6) Dayang Fathiah Abu Bakar Nurul Ain Roslan LOGISTIK ,TEKNIKAL & PA SISTEM Ustaz Nasruddin Mohamed Noori Thajudin Jalaludin Norashidah Othman (PA NR1) PENGURUSAN JAMUAN Wan Nadzimah Wan Mamat DESIGN & MULTIMEDIA Mohammad Fakhrudin Toleha Norashidah Othman (PA NR1) Nurul Ain Roslan ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN Narimah Ahmed (PA MH1) Fatin Najwa Mohd Anuar Loh (PA NR3) HIASAN DAN PERSIAPAN TEMPAT Mardhiyah Kamarudin PERSEMBAHAN Kamarulzaman Nasib Muhamad Hafizi Ab Rahman Jawatankuasa Pelaksana


Lirik Lagu Cita & Harapan Terkenangkan waktu dulu Kisah aku dengan mu Juga merubah mimpi menjadi nyata Tanpa pernah ada ragu Mana arah dituju Saat gemilangnya aku dengan mu Kini telah berubah semua Cita dan harapan Pahit manis semua ku telan Walau apapun yang kan terjadi Ku tetap di sini Meneruskan ini perjalanan Ku bawa berita Ku khabarkan dengan jiwa Keihlasan…ketulusan Jadi bekalan ini perjalanan Kini telah berubah semua Cita dan harapan Pahit manis semua ku telan Walau apapun yang kan terjadi Ku tetap di sini Meneruskan ini perjalanan Ku bawa berita Ku khabarkan dengan jiwa Keihlasan…ketulusan Jadi bekalan ini perjalanan (ulang 2 kali) Jadi bekalan ini perjalanan Mesti teruskan ini perjalanan


We all share the same destination We all work together as one In this place there’s only one vision And that’s to be the NUMBER ONE We all have the right combination Care and quality there’s no compromise Doing the very best will be our mission It’s something that we need to realize It’s something very special in our eyes We are PRUDENTIAL Our values mean a lot We are the people Who’ll give it all we’ve got With a sunny disposition We can overcome the odds Yes we have a valid reason to believe We are NUMBER ONE Take one more step Reach out for excellence We’ll do whatever it takes to touch the sky And we’ll help each other reach our aspiration We know that we can do it if we strive We are Prudential Our values mean a lot We are the people Who’ll give it all we’ve got With a sunny disposition We can overcome the odds Yes we have a valid reason to believe We are NUMBER ONE We are NUMBER ONE We are NUMBER ONE Lirik Lagu Prudential


Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi Segalanya pastikan terbukti nanti Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Menyerlah jauh dari yang biasa Lirik Lagu Gemuruh


Aturcara Majlis 6.30 petang – 7.30 malam: Pendaftaran dan Sesi Bergambar (Photobooth) 8.00 malam – 8.15 malam: Perarakan masuk Leaders & Qualifiers 8.16 malam – 8.30 malam: Kata Aluan Pengacara Majlis dan Doa Pembukaan Lagu Prudential dan Lagu Gemuruh 8.31 malam – 8.45 malam: Ucapan Pembukaan oleh Founder and Senior Agency Manager Sixma Group: Pn. Hjh. Nik Nor Roslina binti Haji Nik Abdul Rahman 8.46 malam – 9.05 malam: Bacaan Doa Makan dan Jamuan bermula Persembahan 1 (3 buah lagu) 9.06 malam – 9.40 malam: Penyampaian Anugerah bagi PWP, EWP dan Top Recruiter 9.41 malam – 9.55 malam: Penyampaian Anugerah bagi Top 3 Agent dan Top 3 Y1Y2 9.56 malam – 10.05 malam: Persembahan 2 (2 buah lagu) 10.06 malam – 10.25 malam: Penyampaian Anugerah bagi Star Club, MDRT dan Top Unit 10.26 malam – 10.35 malam: Penyampaian Anugerah bagi Agent of the Year 10.36 malam – 10.45 malam: Persembahan 3 (Team Kota Bharu) 10.46 malam – 10.55 malam: Penyampaian Hadiah bagi Best Dressed 10.56 malam – 11.10 malam: Ucapan Penutup oleh Agency Manager, Tuan Hj. Nik Azlan bin Haji Nik Abdul Rahman 11.11 malam – 11.15 malam: Lagu Cita & Harapan 11.16 malam – 11.20 malam: Sesi Bergambar Sixma Taqwa dan bersurai


APPETIZER Mesclun salad with condiment, German Potato Salad, Corral Lettuce, Romaine Lettuce, Roasted Vegetable Salad, Thai Chicken Salad, Russian Salad, Black olive, green olive, Gherkin, Cherry tomato, Carrot, Cucumber, Onion Ring, Thousand island, Caesar dressing, Tartar sauce, Pasta Salad SOUP Seafood Chowder Bread Rolls and Butter MENU Kampung Fried Rice Fried Mee Hoon Tomyam Corn On the Cob Buttered Vegetable Grilled Tomato Roasted Potato BBQ GRILL PIT Lamb Shoulder Chicken Wings Beef Jumbo Sausage Chicken Jumbo Sausage Grilled Sting Ray Grilled Tiger Prawn Selection of Black Paper Sauce, BBQ sauce, Mushroom Sauce, Air Asam DESSERT Fresh Cut Fruits Marble Cheese Cake Bread Butter Pudding Malay Kuih DRINKS Chilled Juice Coffee & Tea PASTA COUNTER Choice of Spaghetti Penne, Fettucine Choice of Sauce Bolognese, Tomato, Carbonara Menu Makan Beradab


Senarai Penerima Anugerah


Million Dollar Round Table (MDRT)


Star Club


Star Club


ExecutiveWealth Planner (EWP)


PrudentialWealth Planner (PWP)


Top 3 Agent


Top 3Y1Y2


Top 3 Recruiter


Top Unit 2023


Agent of the Year 2023


11 MILLION PRODUCTION 100 NEW BUSINESS PARTNER 100 % GROWTH Mission Code Sixma Taqwa 2024


Sixma Taqwa mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua staf yang banyak membantu dari setiap unit sepanjang tahun 2023 dan dalam mengendalikan Annual Dinner & Recognition Sixma Taqwa 2024. Mereka adalah individu yang banyak bertungkus lumus di sebalik tabir dan diharapkan semua ajen dapat menghargai jasa mereka dan mengenali mereka dengan lebih mendalam. Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang


Jawatankuasa pelaksana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada: Finance SBU yang melancarkan urusan kewangan Semua agents yang telah memberi kerjasama yang baik Leaders yang memberikan pelbagai input, idea, bimbingan dan menjadi pemudahcara serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Annual Dinner & Recognition Sixma Taqwa 2024 Sekalung Penghargaan


Click to View FlipBook Version