JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB 3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (PENULISAN REFLEKTIF) Nama : SITI NUR MARYAM BINTI SHAHRULLIZAM No. K/P : 010512-08-0454 Angka Giliran : 2020242340144 Program : PISMP Ambilan : JUN 2020 Unit : V7 Nama Pensyarah : PN. ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 17 OKTOBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _17 OKTOBER 2023_ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
KEBANGSAANKEBUDAYAAN HASIL PENULISAN: SITI NUR MARYAM BINTI SHAHRULLIZAM
PENGENALAN Sedari atau tidak Malaysia merupakan sebuah negara yang berlatar belakangkan masyarakat yang majmuk yang tercetus disebabkan oleh kedatangan penjajah suatu ketika dahulu. Catatan sejarah juga ada menunjukkan bahawa hubungan di antara rumpun masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina dan India serta etniketnik yang lain telah wujud sebelum kehadiran penjajah Barat lagi (Hasnah, 2009). Hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pedagang-pedagang Cina dan India telah datang ke negara ini yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu untuk berniaga (Steve, 2003). Situasi ini menyebabkan sebahagian daripada mereka telah berkahwin dengan masyarakat tempatan sehingga menetap terus di Tanah Melayu. Ikatan perkahwinan dan jaringan asimilasi yang berlaku telah membentuk suatu komuniti baru bagi masyarakat Cina yang dikenali sebagai baba dan nyonya manakala komuniti chitti bagi masyarakat India.
PENGARUH-PENGARUHYANG MENCABARKEHARMONIAN KEBUDAYAANKEBANGSAAN DI MALAYSIAPADA MASA HADAPAN
‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’ begitulah ungkapan yang boleh digambarkan terhadap hubungan yang dimiliki oleh rakyatrakyat di Malaysia. Situasi ini berlaku apabila wujudnya masyarakat yang memiliki pelbagai budaya sehinggakan perpaduan setiap rakyat acap kali menjadi agenda utama dalam isu pemerintahan negara. Malah, isu, konflik atau cabaran yang tercetus ini sering kali dikaitkan dengan sikap dan prasangka individu dari kalangan etnik yang berbeza yang boleh mencetuskan masalah yang besar sehingga menyebabkan pertumpahan darah serta kerosakan harta benda (Syed Husin Ali, 2008 & Shamsul Amri Baharudin, 2006). Sejarah Malaysia juga telah membuktikan kewujudan beberapa konflik yang pernah berlaku di antara etnik di Malaysia seperti Peristiwa 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh isu politik serta Peristiwa Kampung Medan dan Peristiwa Kampung Rawa 1998 yang disebabkan oleh isu keagamaan.
POLITIK Konflik yang berlaku dalam konteks politik dan etniketnik di Malaysia telah wujud disebabkan adanya variasi parti politik yang diwakili oleh setiap etnik. Di Malaysia, variasi parti politik terwujud disebabkan oleh kepelbagaian etnik dan budaya yang ada (Intan Abd Hadi & Junaidi Awang Besar, 2022). Sebagai contoh, sebahagian besar orang Melayu menyokong United Malays National Organization (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS), kaum Cina menyokong Malayan Chinese Association (MCA) dan Democratic Action Party (DAP), manakala kaum India menyokong Malayan Indian Congress (MIC). Sokongan-sokongan ini datang daripada kumpulan etnik yang sama sejak parti-parti politik tersebut ditubuhkan. Ini kerana antara tujuan awal parti tersebut dibentuk adalah untuk memperjuangkan kepentingan etnik masingmasing. Malike Brahim (2012), turut menyuarakan pandangan beliau bahawa: “As an autonomous group of citizens having the purpose of making nominations and contesting elections in the hope of gaining control over governmental power through the capture of public offices and the organization of the government. ” “As an autonomous group of citizens having the purpose of making nominations and contesting elections in the hope of gaining control over governmental power through the capture of public offices and the organization of the government. ”
POLITIK Ini menunjukkan bahawa setiap parti yang dibentuk memiliki tujuan dan matlamat yang tertentu. Bukan itu sahaja, kewujudan parti politik yang variasi dan mengikut etnik ini juga telah membentuk suatu kefahaman yang berbeza dari segi matlamat dan ideologi yang dibawa sehinggakan tercetusnya isu politik perkauman dek kerana setiap parti akan mempertahankan hak-hak kaum masing-masing dan berusaha mendapatkan kuasa. Menurut Azman Abd Manaf (2013), politik perkauman ini tercetus disebabkan oleh perasaan kebencian yang ditimbulkan oleh ahli politik itu sendiri sehingga mencetus dan mendatangkan ancaman kepada perpaduan kaum khususnya dalam aspek kebudayaan yang dimiliki oleh setiap kaum serta menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat. Walaupun politik dilihat memberikan banyak kebaikkan kepada kehidupan khususnya dalam memelihara hak manusia.Namun, secara tidak sedar kemunculan pelbagai parti politik di Malaysia juga telah mendatangkan masalah perkauman. Masalah ini tercetus apabila wujudnya perbezaan kemahuan dan pendapat terhadap sesebuah parti politik serta terlalu mementingkan parti dan memandang dari perspektif sendiri tanpa usul periksa sehingga mewujudkan permasalahan.
POLITIK Buktinya, Peristiwa 13 Mei 1969 wajar diambil ikhtibar apabila masalah perkauman dijadikan ideologi utama oleh ahli-ahli politik sehinggakan berlakunya rusuhan kaum diantara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina yang berjaya memporakperandakan tanah air ketika itu. Situasi ini berlaku apabila isu-isu perkauman menjadi bahan utama sepanjang kempen Pilihan Raya 1969 yang mana isu-isu sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu dijadikan sebagai isu utama dalam kempen pilihan raya (Azlah Sham & Mohamed Ali, 2018). Menurut Hoo Lal Lai (1989), isu Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Bahasa Malaysia turut digembar gemburkan oleh penduduk bukan Melayu. Walaupun pada hakikatnya, bahasa Malaysia cuma sebagai alat interaksi dan tidak mempengaruhi integrasi dan interaksi antara kaum. Berdasarkan laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), punca tercetusnya rusuhan ini dikaitkan dengan tindak-tanduk pihak tertentu sama ada parti kerajaan mahupun parti-parti pembangkang yang menimbulkan isu-isu sensitif sehingga menyemarakkan api perkauman.
Masalah ini bertambah rumit lagi apabila DAP dan Gerakan menganjurkan ‘perarakan kemenangan’ di Kuala Lumpur. Penganjuran perarakan tersebut dianggap sebagai faktor serta-merta tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 (Majlis Gerakan Negara, 1969). Justeru, bagaimana budaya yang dimiliki oleh setiap masyarakat dapat dipelihara dan dikembangkan sedangkan politik yang berlaku di negara sendiri tidak stabil sehingga mengancam nyawa masyarakat. Walhal, di Malaysia budaya datangnya daripada masyarakat yang berbilang kaum sehinggakan negara Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki banyak kebudayaan. POLITIK
SOSIAL Umumnya, penjajahan British di Melaka telah memberikan kesan kepada pembangunan dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini. Hal ini kerana semasa penjajahan British, British telah memperkenalkan empat jenis sekolah vernakular iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Inggeris yang mana pada saat ini tiga daripada empat buah sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Penubuhan sekolah-sekolah ini pada suatu masa dahulu tidak mendapatkan dasar pendidikan yang tetap oleh pihak British sehinggakan pihak British membiar dan membebaskan penggunaan pelbagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sehingga menjadi benih dalam menyemai isu perkauman dalam kalangan masyarakat (Maisarah Othman & Suffian Mansor, 2021). Buktinya, sehingga saat ini, sekolah SK, SJKC dan SJKT masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam kalangan guru dan guru, guru dan murid serta murid dan murid.
SOSIAL Bukan itu sahaja, ketiadaan sistem pendidikan berbentuk kebangsaan juga memperlihatkan bahawa pihak British telah memisahkan kaum-kaum mengikut jenis sekolah. Keadaan ini telah menjadi titik permulaan kewujudan isu perkauman apabila wujudnya jurang di antara kaum. Jurang yang terbentuk tersebut boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa pengantar. Misalnya, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin dan sekolah tamil menggunakan bahasa tamil. Keadaan yang buruk menjadi semakin memburuk apabila mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain dan tidak memerlukan satu sama lain. Sistem persekolahan yang memisahkan murid mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik ini dilihat tidak memberikan kesan yang baik dalam menanamkan integrasi dalam diri muridmurid kerana situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi, pergaulan atau batas sosial murid-murid terhad di antara etnik yang sama sahaja.
SOSIAL Tambahan itu, setiap etnik di setiap jenis sekolah akan mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum lain kerana beranggapan bahawa mempelajari bahasa ibunda kaum lain bukanlah satu keperluan. Buktinya, kaum Cina dilihat akan sentiasi mempertahankan bahasa dan identiti sekolah mereka berdasarkan kenyataan yang dikemukan, iaitu: “Chinese education and language have been important communal issues to the Chinese in Malaysia just like Islam in the major issue to the Malays” (Suryadinata 1989). “Chinese education and language have been important communal issues to the Chinese in Malaysia just like Islam in the major issue to the Malays” (Suryadinata 1989). Situasi ini akan menyebabkan setiap etnik tidak dapat berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain sehingga mewujudkan perselisihan faham serta masalah perkauman (Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Ismail Ali, 2012). Malah, lebih buruk lagi apabila setiap etnik tidak dapat menerima budaya satu sama lain.
EKONOMI Rentetan daripada kedatangan penjajah ke Tanah Melayu suatu masa dahulu serta pelaksanaan dasar “Pecah dan Perintah” telah menyebabkan wujudnya jurang perbezaan yang ketara di antara etnik-etnik di Malaysia. Perbezaan yang ketara dalam sektor ekonomi ini boleh dilihat menerusi penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Menurut Faris Dziauddin, Nasir Nayan dan Kamarul Ismail (2016), dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’ yang diamalkan oleh pihak British telah menyebabkan wujudnya segregasi kaum mengikut kawasan dan kegiatan ekonomi. Buktinya, dalam penguasaan sektor ekonomi, Malaysia telah memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik bahkan pada saat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sektor ekonomi di Malaysia memperlihatkan bahawa majoriti etnik Melayu hanya menguasai sektor pertanian yang memerlukan tenaga daripada sumber manusia dan penggunaan teknologi yang rendah. Manakala, etnik India pula terlibat dalam ekonomi perladangan di estet-estet getah dan kelapa sawit.
EKONOMI Situasi ini berbeza dengan etnik Cina yang sebahagian besarnya telah menguasai sektor ekonomi yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden yang luas. Menerusi kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh ketiga-tiga etnik dapatlah dilihat dengan jelas bahawa wujudnya jurang penguasaan ekonomi yang ketara dan ketidakseimbangan dalam pembahagian sektor ekonomi setiap etnik. Freeman (1968), turut menyuarakan pandangan beliau, bahawa: “Pada masa ini banyak dari jawatan-jawatan di peringkat tinggi dan kebanyakan dari jawatanjawatan di peringkat tengah – akauntan, kerani, mekanik, tukang – adalah diisi oleh orang dari keturunan Cina, dan seseorang boleh berjalan dalam pejabat – pejabat banyak syarikat besar dan kecil, tanpa melihat lebih dari satu dua muka Melayu” “Pada masa ini banyak dari jawatan-jawatan di peringkat tinggi dan kebanyakan dari jawatanjawatan di peringkat tengah – akauntan, kerani, mekanik, tukang – adalah diisi oleh orang dari keturunan Cina, dan seseorang boleh berjalan dalam pejabat – pejabat banyak syarikat besar dan kecil, tanpa melihat lebih dari satu dua muka Melayu”
EKONOMI Kenyataan yang dikemukan oleh Freeman ini jelas memperlihatkan situasi yang berlaku dalam sektor ekonomi di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakkan sektor maju yang dikuasi oleh orang Cina memperlihat sikap kurang berminat untuk mengambil etnik-etnik lain untuk bekerja di sektor ekonomi mereka sehingga menyebabkan etnik-etnik lain kekal dalam kondisi atau keadaan yang mundur manakala etnik mereka sendiri kekal maju bahkan semakin berkembang dalam sektor ekonomi. Kegagalan dan kelemahan dalam mengagihkan kekayaan ekonomi secara adil dan ditambah pula dengan ketiadaan dasar untuk mengintegrasikan antara kelompok masyarakat yang berbilang kaum ini boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum. Misalnya, Malaysia pernah melalui satu episod hitam rusuhan kaum yang meletus pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur iaitu antara orang Melayu dan Cina. Malah, keganasan kaum turut juga berlaku di beberapa tempat lain tetapi tidaklah serius berbanding dengan rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur (Shamsul & Anis, 2011).
EKONOMI Walaupun pelbagai hujah telah dikemukakan tentang penyebab kepada peristiwa 13 Mei 1969, namun satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah peristiwa 13 Mei 1969 bukan sahaja disebabkan oleh isu-isu perkauman yang dijadikan bahan utama sepanjang kempen Pilihan Raya 1969, tetapi ketidakseimbangan sosio-ekonomi terutamanya kepada golongan majoriti Melayu dan taburan ruangan masyarakat juga menjadikan rusuhan kaum begitu mudah meletus. Menurut Shafie Mohd Salleh (1971), menyatakan punca peristiwa 13 Mei 1969 secara am kerana kerenggangan budaya, ekonomi dan perkauman. Walaupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 tersebut bersifat tempatan tetapi impaknya dirasai sampai ke seluruh pelusuk negara. Impak daripada peristiwa tersebut juga menjadikan semua pihak tidak lagi memandang isu hubungan antara kaum di Malaysia sebagai isu yang remeh sebaliknya ia perlu diberi perhatian yang serius dan segala masalah yang boleh membawa kepada masalah ketegagan kaum perlu ditangani dengan sebaik mungkin (Zulkifly, 2009).
AGAMA&BUDAYA Masyarakat perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi pelbagai etnik yang mana didominasikan oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini memiliki agama dan budaya yang berbeza yang melambangkan ciri-ciri dan sudut pandangan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun, pada saat ini agama dan budaya sering kali menjadi perintis yang utama kepada masalah dan cabaran terhadap hubungan etnik di Malaysia. Sejajar dengan kenyataan Khoo dan Kay (2007), agama dan budaya akan sering menjadi faktor dan punca kepada kerenggangan hubungan antara etnik. Hal ini kerana agama dan budaya merupakan suatu perkara yang sensitif sekiranya disentuh dan disoalkan dengan cara yang salah oleh mana-mana pihak yang bertentangan agama dan budayanya. Kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkajipengkaji terdahulu seperti Halimahton, Hua dan Raman (2006), Yong dan Md Sidin (2010), (2011) dan (2012) serta Dafrizal, Fauziah Ahmad dan Faridah Ibrahim (2011), turut menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada konflik perkauman yang tercetus adalah disebabkan oleh isu agama dan budaya yang mana sejak 10 tahun kebelakangan ini isu ini menjadi amat serius dan kritikal.
Buktinya, Berdasarkan jadual di atas, dapatlah dilihat dengan jelas bahawa agama merupakan isu yang hangat dan menjadi berita utama sepanjang masa. Misalnya, peristiwa Kampung Medan yang merupakan titik hitam bagi sejarah Malaysia apabila tercetus pergaduhan di antara kaum India dan kaum Melayu untuk tempoh 13 hari, iaitu bermula 4 Mac 2001 sehingga 13 Mac 2001. Pergaduhan yang berlaku ini bukan sahaja berlaku di Kampung Medan tetapi telah merebak kepada beberapa buah kampung yang lain seperti Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria serta sekitar Jalan Klang Lama. AGAMA&BUDAYA
AGAMA&BUDAYA Punca utama pergaduhan di antara dua kaum ini berlaku adalah ekoran daripada persediaan majlis perkahwinan yang diadakan di rumah orang Melayu dan majlis pengebumian yang dijalankan di rumah orang India yang mana kedua-dua kaum ini tinggal berjiran. Ketegangan berlaku apabila kaum masing-masing tidak saling hormat menghormati sehingga membawa kepada perasaan marah dan akhirnya tercetuslah pergaduhan kaum yang tidak terkawal sehingga mengorbankan enam orang serta lebih daripada 100 orang yang cedara parah. Berdasarkan peristiwa Kampung Medan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa ketidakpuasan hati di antara dua kaum telah menyebabkan tercetus pergaduhan yang besar. Menurut Femandez (2004), punca utama konflik antara agama dan budaya tercetus adalah pandangan yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Persepsi begini adalah suatu perkara yang bahaya dan perlu dihindarkan dalam knteks ruang pemikiran masyarakat supaya nilai toleransi antara agama dan budaya yang berbeza dapat disemai (Azman Amin Hassan, 2005).
KESIMPULAN Kewujudan perbezaan di antara aspek politik, sosial, ekonomi dan agama serta budaya telah melahirkan suatu pengaruh yang sukar buat negara untuk membina sebuah negara yang harmoni serta memiliki kebudayaan kebangsaan yang variasi. Hal ini kerana sikap prejudis dan fahaman yang stereotaip telah menyumbang kepada tahap kepercayaan yang rendah dalam kalangan masyarakat yang pelbagai. Walau bagaimanapun, setiap cabaran atau pengaruh negatif yang timbul dan dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Justeru itu, langkah efesyen dan efektif perlulah diambil dan dilaksanaka baik pihak kerajaan, badan bukan kerjaan mahupun masyarakat tempatan itu sendiri. Ungakapan ‘berganding bahu’ perlulah digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan harian supaya permasalahan yang tercetus dapat diatasi dan dirungkaikan dengan baik dan berkesan.
RUJUKAN Azlan Sham & Mohamed Ali. (2018). Dinamika Pembentukan Komuniti dalam Sejarah Malaysia: Pelajaran dari Peristiwa 13 Mei 1969. eProsiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Azmah Abd. Manaf. (2013). Perkembangan Politik dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Ekonomi Terengganu, Antara Tahun 1955 Hingga 1969. Jebat: Malaysian Journal of History, Politicsand Strategy. Azman Amin Hassan. (2005). Solving conflicts in a multicultural society: The case of In Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan. Reading on Ethnic Multicultural Society. Serdang: Penerbit UPM. Dafrizal, Faridah Ibrahim & Fauziah Ahmad. (2011). Framig of Controversial Caricatures of Muhammad: A Story of Two Malaysian Mainstream Newspapers. Jurnal Komunikasi, Jilid 27(2). Faris Dziauddin, Nasir Nayan & Kamarul Ismail. (2016). Mengukut Perubahan Segregasi Kaum di Malaysia Menggunakan Indeks Entropi dan Sistem Maklumat Geografi (GIS): Kajian Kes Negeri Perak Bagi Tempoh 1991-2000. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Soziety and Space. 12(2). Hasnah Hussiin. (2009). Kesan Modenisasi Ke Atas Hubungan Kaum di Malaysia. Jurnal UMP Sains Sosial & Pengurusan Teknologi. 1(1).
RUJUKAN Halimahton S, Hua N.T & Raman. (2006). Covering Race and Religion: The Moorthy and Cases in Four Malaysian Newspapers. Kajian Malaysia. Vol. XXIV, No.1&2. Hoo Lal Lai. (1989). “Hubungan Etnik di Universiti Malaya; Satu Penelitian Terhadap Sikap Pelajar Cina”. Kuala Lumpur, L.I, Jabatan Antropologi Dan Sosiologi. Intan Abdul Hadi & Junaidi Awang Besar. (2022). Pandangan Terhadap Fahaman Politik Kepartian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana. 6(1). Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Ismail Ali. (2012). Kurikulum Pelajaran Vernakular Melayu di Tanah Melayu Pada Zaman Kolonial British sehingga Perang Dunia Kedua. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan. 18. Khoo & Kay Kim. (2007). The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruits of Ethnic Cooperation.Dalam Voon Phing Keong (Ed). Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and FiftyYears After. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies. Majlis Gerakan Negara (1969). The May 13 Tragedy: A Report. Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara.
RUJUKAN Malike Brahim. (2012). Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Petaling Jaya: IBS. Maisarah Othman & Suffian Mansor. (2021). Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di Melaka. Jurnal Wacana Sarjana. 5(2). Shamsul Amri Baharuddin (2006), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Shafie bin Mohd Salleh (1971), “Trajidi 13 Mei 1969 dan Kerajaan Dharurat Dari Sudut Kemasharakatan dan Perlembagaan Persekutuan”. (L.I. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Shamsul AB & Anis Y. (2011). Managing peace in Malaysia: a case study’. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 18, May 2011, Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia. Steven, F. (2003). Malaysia and Capitalist Modernization: Plural and Multicultural Models dalam Pluralism and Multiculturalism in Colonial and Post-Colonial Societies, International Journal on Multicultural Societies (JJMS), Vol.5, no.2.
RUJUKAN Suryadinata. (1989). The Ethnic Chinese in the Asean States. Singapore: ISEAS. Syed Husin Ali (2008), Ethnic Relations in Malaysia, Harmony & Conflict, Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. Yong Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. (2011). Framing Religious Dispute: A Comparative Analysis of the Lina Joy Controversy by Malaysian Newspapers. The Journal of the South East Asia Research Centre for Communication and Humanities. Vol.3, Issue 2, September, 21-38. Yong Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. (2012). Framing Interethnic Conflict in Malaysia: Comparative Analysis of Newspaper Coverage on The Hindu Rights Action Force International Journal of Communication. 6, 166-189. Yong Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. (2010). Covering Religious Conflict in Malaysia Chew Daily Framed the Lina Joy Controversy. Malaysian Journal of Media Studies, No.2, Pages 11-22. Zulkifly O. (2009). Dasar Ekonomi Baru Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa. Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia.
Lebat sungguh si bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka; Seni dijaga budaya dijunjung, Baru terpelihara adat pusaka. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. TAMAT