The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PERSARAAN- CIKGU ASMA, CIKGU HASNAH & CIKGU KANARIAH 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bolkiah2014, 2022-08-12 12:03:31

MAJLIS PERSARAAN- CIKGU ASMA, CIKGU HASNAH & CIKGU KANARIAH 2020

MAJLIS PERSARAAN- CIKGU ASMA, CIKGU HASNAH & CIKGU KANARIAH 2020

YANG DIRAIKAN:

PN. ASMA BINTI SALAIHI

(PK 1 SK KALOK) (1984-2020)

Puan Asma binti Salaihi merupakan anak
yang paling bongsu daripada 10 orang adik
beradik kepada pasangan hidup Salaihi bin
Gom dan Dayang Siti Salmiah binti Abang
Ahim. Beliau telah dialahirkan pada 23 Jun
1964, berasal dari Kampung Hulu Pusa,
Sarawak dan telah berkahwin dengan
pasangan hidup pilihannya Hanis bin Amin
pada 18 Nov 1989 dan telah dikurniakan 8
cahaya mata.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kerajaan
Pusa dari tahun 1971 – 1976 iaitu selama 6 tahun. Seterusnya beliau
melanjutkan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah di Sekolah
Menengah Kerajaan Saribas, Debak (Feb 1977) Tingkatan Peralihan (BI
kpd BM) dan Sekolah Menengah Kerajaan Sheikh Haji Othman Kuching
(1977-1981). Disebabkan minatnya yang sangat mendalam untuk
menjadi seorang pendidik, beliau seterusnya menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching
(1986-1989) iaitu selama 3 tahun.

Tamat sahaja pengajiannya di Maktab Perguruan, beliau telah
ditugaskan sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Kalok (1984 -
1988), Setelah itu beliau ditugas pula di SB Chong Hua Pusa (1988-
1989), SRK Beladin (1989-1990), SRK Pusa (1990-1997), SK Entebu
(1997-2004), SK Muton (2004-2008) dan akhirnya Kembali semula ke SK
Kalok sebagai Penolong Kanan Pentantadbiran (2008-2020). Tempoh
Perkhimatannya di SK kalok ini telah capai 12 tahun lamanya.

Di samping ketabahan dan semangat yang tinggi beliau miliki, beliau
juga merupakan seorang guru yang bertanggunjawab dan sentiasa
ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Selain itu, beliau juga seorang yang
peka dan prihatin dengan orang disekelilingnya. Sikap beliau itu wajar
dijadikan contoh oleh para pendidik yang lain. Buktinya, beliau telah
dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1997
dan 2010. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati beliau dan
segala penat lelah beliau dibalas dengan pahala yang melimpah
diakhirat kelak, Amin ya Rabbal ‘alamin.

YANG DIRAIKAN :

PN. KANARIAH BINTI UJANG

(1989-2020)

Pn. Kanariah binti Ujang merupakan anak
sulung kepada pasangan hidup Hj Ujang bin
Kobet dan Hjh Jaedah binti Awi yang mana
telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. Beliau
telah dilahirkan pada 27 Ogos 1964, berasal
dari kampung Pusa dan telah berkahwin
dengan pasangan hidup pilihannya Abang bin
Hassim pada 13 Mei 1989 dan telah
dikurniakan 2 cahaya mata, 1 putera dan 1
puteri.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Kerajaan Pusa (Darjah
2-6) dan melanjutkan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah di
Sekolah Menengah Kerajaan Saribas,Debak. (Tingkatan 1-5). Disebabkan
minatnya yang sangat mendalam untuk menjadi seorang pendidik,
beliau seterusnya menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi
Maktab Perguruan Rajang,Bintangor.

Tamat sahaja pengajiannya di IPG, beliau telah ditugaskan sebagai guru
di Sekolah Kebangsaan Pusa pada tahun 1989 – 2007 selama 21 tahun.
Setelah itu beliau ditugas pula di Sekolah kebangsaan Kalok pada tahun
2008 dan berkhidmat di sini sehingga hari persaraannya pada tahun
2020. Tempoh Perkhimatannya di SK kalok ini telah capai 12 tahun
lamanya.

Di samping ketabahan dan kesabaran yang tinggi beliau miliki, beliau
juga merupakan seorang guru yang penyayang dan sentiasa ikhlas dalam
mendidik anak bangsa. Selain itu, beliau juga seorang yang suka
berterus-terang dan prihatin dengan orang disekelilingnya. Sikap beliau
itu wajar dijadikan contoh oleh para pendidik yang lain. Semoga Allah
SWT merahmati dan memberkati beliau dan segala penat lelah beliau
dibalas dengan pahala yang melimpah diakhirat kelak, Amin ya Rabbal
‘alamin.

YANG DIRAIKAN

PN. HASNAH BINTI BALE

(1988-2020)

Puan Hasnah binti Bale merupakan anak ke-4
pasangan hidup Hj. Bale b. Johari dan Hjh.
Hamsiah bt. Hj. Zaini daripada 9 orang adik-
beradik. Beliau dilahirkan pada 19 Julai 1964,
berasal dari kampung Sekaan Besar Matu,
Sarawak dan telah berkahwin dengan pasangan
hidup pilihannya Patrick b. Hj. Kamis pada tahun
1989 dan juga telah dikurniakan 9 cahaya mata.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kerajaan Orang
Kaya Selair, Matu dari tahun 1973 - 1978 iaitu selama 6 tahun . Seterusnya
beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah di Sekolah
Menengah Kerajaan Matu dari tahun 1979 - 1982 selama 4 tahun dan
Sekolah Menengah Kerajaan Meradong, Bintangor dari tahun 1983 -1984
iaitu selama 2 tahun. Disebabkan minatnya yang sangat mendalam untuk
menjadi seorang pendidik, beliau seterusnya menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi di Maktab Perguruan Sarawak, Miri pada tahun
1986 - 1988 selama (2 1/2 tahun ).

Tamat sahaja pengajiannya di Maktab Perguruan, Puan Hasnah telah
ditugaskan sebagai guru di Sekolah Kerajaan Batu Telingai, Suai Miri
(Disember 1988 - Disember 1989. Setelah itu beliau ditugas pula di Sekolah
Kerajaan Batu Niah, Suai, Miri (Disember 1989 - Disember 1993), Sk St.
Augustine, Bintangor pada ( Disember 1993 - Disember 1994 ), Sk. Orang
Kaya Selair, Matu ( Disember 1994 - Disember 2017 ), Sk. Datuk Bandar,
Debak (1 Januari 2018 - 15 Januari 2018 ) dan akhirnya di Sk. Kalok, Pusa (16
Januari 2018 - 19 Julai 2020 ). Tempoh Perkhimatannya di SK kalok ini telah
capai 12 tahun lamanya.

Di samping kesabaran dan kecekalan hati yang tinggi beliau miliki, beliau juga
merupakan seorang guru yang penyayang dan berdedikasi dalam mendidik
anak bangsa. Suka untuk dinyatakan disini bahawa Puan Hasnah pernah
mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2003. Selain itu, beliau
juga seorang yang suka berterus-terang dan peramah dengan orang
disekelilingnya. Sikap beliau itu wajar dijadikan contoh oleh para pendidik
yang lain. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati beliau dan segala
penat lelah beliau dibalas dengan pahala yang melimpah diakhirat kelak,
Amin ya Rabbal ‘alamin.

JAWATANKUASA

Penasihat :PPD Betong
Pengerusi
:En. Bolkiah Bin Brahim (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 :En. Richard Ellein Law (Pemangku PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 :Pn. Roslin Binti Sebli (PK Hem)
Naib Pengerusi 3 :En. Safie Bin M entali ( PK KK )
Setiausaha
:Pn. Noor Raihan Binti M ahmood
Naib Setiusaha :Pn. M asitah Binti Kawi
Bendahari
:En. Zaidi bin Pindah
Naib Bendahari :Pn. Lena Binti Sudin
AJK : 1. Semua Guru Sk Kalok

2. Semua Kumpulan Pelaksana SK Kalok

3. Semua AJK PIBG SK Kalok

4. Semua Guru KAFA SK Kalok

5. Semua Pekerja Swasta Sk Kalok

6. Semua Pelajar SK Kalok

AJK Kerja : Pengurusan Tetamu Jemputan PA Sistem
1. En. Safie Bin M entali (K) 1. En. M ohd Fauzi Bin Ramli (K)
2. En. Richard Ellain Law 2. En. M ohd. Hilmi Bin M D Akhir
3. Pn. Roslin Binti Sebli
4. Pn. Seniah Binti Dabong Siaraya Dan Multimedia
1. En. M ohd. Hilmi Bin M D Akhir (K)
Persiapan Dewan 2. En. Richard Ellein Law
1. En. Abg Fadlizan Bin Abg Ridzuan (K) 3. Pn. Noor Raihan Binti M ahmood
2. En. Abdul Latif Bin Jemat 4 . C ik Husna Qurratul Aini Binti Abdul
3. En. Zaidi Bin Pindah
4. En. Saudi Bin Jemi Latif
5. En. Lihi Bin Jemi 5 . C ik Nur Hasinah Binti Hanis
6. En. Fadil Bin Sulung
7. Pelajar Lelaki Tahun 6 Pengurusan Jamuan
1. Pn. Roslin Binti Sebli (K)
Dokumentasi/Juru Gambar 2. Pn. Fatin Nurzavila Binti Ahmad
1. En. M ohamad Amir Al-Hafiy Bin 3. Pn. Noraidah Binti Nua
4. Pn. Za’anah Binti Ghanti
M ohamad Yusoff 5. Pn. Noor Raihan Binti M ahmood

Bacaan Doa Pengurusan Hadiah
1. Ustaz Abdul Latif Bin Jemat 1 . C ik Siti Hafizah Binti M asini (K)
2. Pn. Rabiah Binti Abang Kawi
Pengacara Majlis 3. Pn. Haslina Binti Othman
1. Pn. Annur Alisa Binti M ohamed Ilias 4. Pn. Siti Irma Binti Shuib
2. Pn. Sarifpah Aisah Binti Wan M arjuki
Persiapan Pentas (Backdrop)
Pengurusan Pelajar 1. Pn. Lena Binti Sudin (K)
1. Pn. Sa’olah Binti Zulkipli (K) 2 . C ik Nor Amanu Binti Yunus
2. Pn. Nona Binti M at 3 . C ik Normala Binti Leman
3. Pn. Nurul Aklima Binti Saffeai 4 . C ik Sharini Binti Sidi
4. Pn. Norhelmeliawaty Binti Penie 5 . C ik Nurul Athirah Binti Bujang@ Karim
5 . C ik Nur hasinah Binti Hanis 6 . C ik Habsah Binti Rejab
7. Pn. Hajibah Binti Senawi
Pengurusan Persembahan Kompang 8. Pelajar Perempuan Tahun 6
1. Pn. Roski Binti Kipli (K)
2. Ahli Kompang Kampun Kalok Pengurusan Persembahan Pelajar
1. Pn. Sofiah Binti Seni (K)
Pengurusan Bunga Mawar 2. Pn. Zarina Binti Juni
1. En. Muhd Haziq Ariffin Bin Abdul Latif (K) 3. Pn. M areni Binti Suhaili
2. En. M uhd. Khuzairi Bin Shuib 4. Pn. M asitah Binti Kawi
3 . C ik Azura Binti Shuib
4 . C ik Norfazila Binti Ata Pengurusan Surat Jemputan
5. Pelajar Perempuan Tahun 5 Bestari 1. Pn. Nur M asitah Binti Abdullah (K)
2. Pn. Intan Zariah Binti Abg M orni
Buku program
1. C ik Norshakila Binti M ohd Adnan

TENTATIF PROGRAM

9.00 Pagi: -Pelajar tahun 6 masuk ke dewan
9.30 pagi: -Ketibaan semua Guru, Guru KAFA dan AKP SK Kalok serta tetamu

jemputan ke Dewan SK Kalok.

-Perarakan masuk ke dewan
-Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
-Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Latif Bin Jemat
-Uc apan alu-aluan En. Bolkiah Bin Brahim, Guru Besar SK Kalok.
-Ucapan wakil pelajar SKKalok, adik Muhamad Rusyaidi Bin Mohd
Nazri
-Persembahan nyanyian daripada pelajar SK Kalok
-Uc apan Pn. Asma Binti Salaihi (Mantan PK 1 SK Kalok)
-Uc apan Pn. Kanariah Binti Ujang
-Uc apan Pn. Hasnah Binti Bale
-Tayangan Video
-Penyampain c enderahati
- Acara memotong kek sempena hari lahir dan majlis persaraan
-Sesi bergambar
12.00 t/hr:-M ajlis Jamuan
-Bersurai.

JASAMU DIKENANG

Segala Bakti Yang Engkau Curahkan
Mengajar Mendidik Anak Bangsa
Segala Jasa Yang Engkau Taburkan
Menjadi Kenangan Tak Akan Kami Lupakan

Engkau Laksana Pelita Di Malam Gelita
Memancarkan Sinar Sepenuh Rela
Jiwamu Tabah Hatimu Cekal

Kasihmu Suci Semangatmu Berkobar
Yang Tak Pernah Mengenal Erti Putus Asa
Yang Tak Pernah Meminta Puji Dan Puja.

Jasamu Tak Akan Luput Dalam Ingatan Kami
Sepanjang Hayat Mekar Di Sudut Hati
Tiap Sepatah Katamu Mengisi Erti
Tiap Madahmu Mengandungi Hikmat

Pembentuk Peribadi Penegak Kebenaran
Pengatur Hidup Petunjuk Kebahagiaan

Hanya Kata-kata Ini Yang Dapat Kami Lafazkan
Terkumpul Dari Seribu Hati Menjadi Satu
Menadah Tangan Dengan Doa Restu

Kepada Tuhan Yang Menjanjikan Pembalasan
Kepadamu Guru-guru Yang Berjiwa Mulia
Pembimbing Petunjuk Ke Arah Maju Jaya

Jujur Dan Ikhlas Engkau Berbakti
Di Kota Dan Desa Atau Di Hujung Negeri

Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan
Hidupmu Bagaikan Pelita Di Tengah Malam

Membakar Diri Menerangi Yang Kelam
Jasamu Akan Kami Kenang Sepanjang Zaman.

Ahmad Sarju

SEKOLAH KEBANGSAAN KALOK
94950 Pusa, Sarawak

Tel: 083-465601 Faks: 083-465601
Email: [email protected]

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG
Jalan Yong Shau Nen,95700 Betong, Sarawak
Tel: 083-472152 Faks: 083-472172

Laman Web: www.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version