1 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 3766 / 2 PERNIAGAAN TINGKATAN 5 Kertas 2 2 Jam 15 Minit PERNIAGAAN KERTAS 2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C 2. Jawab lima soalan daripada Bahagian A , dua soalan daripada Bahagian B dan satu soalan wajib di Bahagian C. 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang disediakan. 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. 5. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak
2 BAHAGIAN A [ 50 markah ] Jawab lima soalan sahaja. 1. (a) Jelaskan kepentingan keuntungan kepada perniagaan [3 markah] (b) Dialog di bawah berkaitan dengan jenis bentuk pemilikan perniagaan. Maya : Saya dan Gina ingin memulakan perniagaan dalam bidang andaman. Apa kata kamu turut serta? Lily : Saya pun berminat dengan perniagaan ini. Saya akan sumbangkan modal tapi saya tidak dapat turut aktif kerana terikat dengan kerja saya. Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang sesuai bagi Maya Gina dan Lily ?. Berikan alasan. [3 markah] (c) Terangkan jenis rakan kongsi pilihan : (i) Lily [2 markah] (ii) Gina [2 markah] 2. (a) Graf di bawah menunjukkan trend persekitaran sesebuah perniagaan. (i) Apakah trend perniagaan tersebut? [1 markah] (ii) Mengapa trend di atas boleh berlaku? [3 markah] (b) Jelaskan gaya pengurusan berikut : (i) Pengurusan Autokratik [3 markah] (ii) Pengurusan Laissez-faire [3 markah]
3 3. (a) Berikan maksud di bawah : (i) Visi [2 markah] (ii) Misi [2 markah] (b) Terangkan kesan sekiranya sesebuah perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif [6 markah] 4. (a) Gambar di bawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi. Berikan proses pembelian yang seharusnya dipatuhi oleh Encik Nadzim sebelum membuat pembelian barang. [4 markah] (b) Terangkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada peringkat kawalan semasa bagi memastikan aktiviti pengeluaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. [6 markah] Encik Nazril Encik Nadzim Saya akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi. Saya akan ikuti proses pembelian yang sepatutnya. Saya perhatikan kuantiti barang yang dibeli berlebihan daripada yang diperlukan. Barang yang dihantar juga lewat. Ini akan menjejaskan keuntungan dan nama baik perniagaan.
4 5. (a) Gambar di bawah menunjukkan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan. Perancangan sumber manusia yang strategik akan memudahkan pihak pengurusan merangka program bersesuaian untuk pembangunan perniagaan yang mampan. Huraikan aspek pengelolaan sumber berdasarkan gambar di atas. [6 markah] (b) Terangkan faktor penentuan sistem penggajian yang dibayar oleh sesebuah organisasi perniagaan. [4 markah]
5 6. (a) Terangkan prosedur mengurus sumber teknologi dan sumber fizikal oleh perniagaan. [6 markah] (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran. Apakah sumber pembiayaan luaran yang sesuai digunakan oleh Puan Qaisara? Berikan komen anda. [4 markah] Puan Qaisara bercadang untuk memulakan perniagaan salon kecantikan. Beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM50 000 dengan kadar yang segera. Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh enam bulan. Puan Qaisara menjadikan barang-barang berikut yang dianggarkan bernilai RM100 000 sebagai cagaran.
6 BAHAGIAN B [ 30 markah ] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7. (a) Maklumat di bawah berkenaan salah sebuah bentuk perniagaan lain yang diusahakan oleh Encik Rashid. (i) Anda sangat berminat dengan jenis perniagaan yang diusahakan oleh En. Rashid. Berikan alasan anda. [4 markah] (ii) Berdasarkan alasan di 7(a), jelaskan cabaran yang berlaku dalam perniagaan yang diceburi oleh En. Rashid. [6 markah] (b) Jelaskan prosedur pengurusan teknologi yang perlu dilaksanakan oleh syarikat induk bagi mengatasi masalah spekulasi tersebut. [5 markah] 8. (a) Syarikat Syahera Perfume merancang untuk mengeluarkan minyak wangi secara besar-besaran. Sebagai seorang pengurus pemasaran, terangkan campuran pemasaran bagi produk tersebut. [6 markah] (b) Encik Anuar membuat mesyuarat dengan pekerjanya secara atas talian. Encik Anuar tidak dapat mendengar dan melihat paparan pembentangan dengan jelas dari Cik Aina, pengurus kewangan kerana gangguan pada talian. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses komunikasi yang berlaku semasa mesyuarat itu sedang berlansung. [9 markah] En. Rashid merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah kafe yang terkenal iaitu Old Town White Coffe yang terletak di bandar Kuantan. Beliau sentiasa mendapatkan maklumat daripada syarikat induk untuk memastikan aktiviti yang dijalankan menepati sistem yang telah ditetapkan. Perniagaannya semakin maju dengan adanya kualiti produk dan perkhidmatan disediakan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi berbanding kafe yang lain. Ramai pelanggan berkunjung untuk menikmati hidangan yang lazat dan boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma. Namun, baru-baru ini beliau terkejut apabila adanya spekulasi tentang kualiti rasa pada salah satu menu yang dijual sama sahaja dengan kafe-kafe yang lain. Situasi ini menyebabkan beliau mula risau sekiranya resepi bagi menu tersebut telah ditiru oleh pihak lain.
7 9. Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Rina. (a) Lakarkan satu jenis carta organisasi yang sesuai untuk membantu melancarkan perniagaan Pn. Rina dan berikan alasan anda. [6 markah] (b) Jelaskan sumber fizikal yang berkaitan dengan perniagaan Pn. Rina. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, adakah tindakan oleh Pn. Rina wajar untuk mendapatkan modal tambahan tersebut. Jelaskan. [5 markah] Pn. Rina merupakan pesara penjawat awam. Beliau ingin membuka satu perniagaan bakeri roti dan kek dan perlu membuat perancangan pengurusan kedai dengan lebih teratur. Rakan lamanya iaitu Pn. Ruzita yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pastri bersetuju untuk bekerja dengannya serta dibantu oleh dua orang tenaga kerja yang baru sahaja tamat dalam bidang kulinari iaitu Cik Anis dan Cik Nabilah. Pn. Rina juga bertuah kerana anaknya Johari baru sahaja tamat dalam bidang perakaunan dan turut serta membantunya dalam menguruskan perniagaan. Sebelum operasi perniagaan dimulakan, beliau perlu memastikan segala kelengkapan kedai mencukupi dan berada dalam keadaan baik bagi membantu melancarkan operasi dalam menghasilkan roti dan kek. Namun, modal daripada simpanan wang peribadinya masih belum mencukupi untuk membeli peralatan yang diperlukan. Beliau tertarik dengan tawaran syarikat ar-Rahnu yang menawarkan promosi iaitu tiada upah simpanan dikenakan pada bulan pertama pinjaman. Maka, beliau membuat keputusan untuk menggunakan barangan berharga yang dimilikinya bagi mendapatkan kemudahan pinjaman tersebut.
8 Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 6 Encik Khairi merupakan peniaga kedai percetakan di daerah Kuantan Pahang sejak tahun 2010. Beliau menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan percetakan seperti percetakan kad, baju T, pelekat, tuala dan beberapa lagi mengikut permintaan pelanggan. Dengan bermodalkan wang simpanannya sendiri sebanyak RM 50 000.00, beliau memulakan perniagaan D’Stock Enterprise dengan dibantu oleh adik dan anaknya yang telah tamat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Kewangan. Mereka turut dibantu oleh dua orang pekerja sepenuh masa dengan dibayar gaji sebanyak RM 1300.00 sebulan. Encik Jamal, adik kepada Encik Khairi banyak membantu beliau di bahagian pengeluaran. Setelah melihat komitmen adiknya yang sangat baik, Encik Khairi bercadang untuk menukarkan adiknya di bahagian pemasaran dan jualan. Encik Jamal menolak tawaran tersebut kerana tiada kemahiran dan tidak yakin dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan baik. Setelah meneliti aliran barang dan perkhidmatan yang ditunjukkan oleh abangnya, Encik Jamal menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Manakala, Siti Munirah anaknya menguruskan bahagian pembelian dan kewangan. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dilaksanakan, pendapatan perniagaan D’Stock Enterprise agak terjejas kerana tidak dapat menjalankan perniagaan. Disebabkan lama tidak menggunakan mesin, salah satu mesin percetakan mereka telah rosak kerana terlalu lama tidak digunakan. Encik Jamal mencadangkan untuk membeli sebuah mesin baru yang lebih canggih bagi menggantikan mesin yang telah rosak secara tunai tetapi ia tidak dipersetujui oleh Siti Munirah memandangkan kedudukan kewangan perniagaan D’Stock Enterprise tidak mencukupi. Beliau mencadangkan agar mesin dibeli menggunakan kaedah pembiayaan yang lebih sesuai dan ia dipersetujui oleh Encik Khairi.
9 Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut : (a) Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan D’Stock Enterprise. [3 markah] (b) Terangkan aliran barang dan perkhidmatan yang boleh diaplikasikan oleh Encik Jamal selaku pengurus di bahagian pemasaran dan jualan. [7 markah] (c) Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan oleh Siti Munirah? Berikan alasan anda. [4 markah] (d) Sebagai pemilik perniagaan D’Stock Enterprise, Encik Khairi memerlukan analisis untuk melihat perubahan dalam persekitaran perniagaannya. Sediakan analisis SWOT untuk membantu Encik Khairi. [6 markah] KERTAS SOALAN TAMAT