The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adreeana Arrisa, 2024-02-24 22:32:49

18_NURADREEANA_BMI_T1BMMB3283

Buku Cerita Kanak-Kanak

Biodata Pengarang No. Kad Pengenalan Kelas Nuradreeana Arrisa bt Aznureen BMMB3283 030611-08-0466 Angka Giliran 2021232340499 Bahasa Melayu Nama Pensyarah Puan Masni binti Jamin


Ratna & Rajuna


Di sebuah desa yang aman dan damai, tinggallah seorang gadis yang bernama Ratna. Ratna merupakan anak yatim piatu, ibu bapanya meninggal sewaktu dia masih kecil. Kini dia hanya menumpang teduh dan kasih dari ibu dan kakak saudaranya, Mak Kuntum dan Melur. Matanya yang bersinar bak permata seperti namanya menyebabkan dia kelihatan sangat jelita. Disebabkan oleh paras rupa Ratna, dia sering didera oleh Mak Kuntum dan Melur. Setiap hari Ratna perlu melakukan semua kerja rumah, jika tidak Mak Kuntum tidak membenarkan dia makan pada hari tersebut. 1


Pada suatu hari, Ratna menjalani rutin harian hidupnya seperti biasa. Dia pergi ke tepi sungai untuk mencuci pakaian sambil menyanyi. Lagu ini sering dinyanyikan oleh arwah ibunya. Sekurang-kurangnya, dengan menyanyi lagu ini dia boleh menggamit kembali memori manis bersama ibunya di samping mengubat rindu dan lara yang ada di hatinya. Di tepi sungai yang mengalir, Angin berbisik, dedaun berdansa, Kita bersama, di sini berada, Dalam keindahan alam mempesona. Oh sungai yang jernih, Melodi alam mengalun lembut, Kita menyanyi, kita tertawa, Di tepi sungai, kita bahagia. (melodi Bapaku Pulang dari Kota) 2


“Eh! Hari sudah senja, aku perlu pulang sekarang” , kata Ratna setelah dia menyedari hari semakin gelap. Dia meletakkan pakaian di dalam raga dan terus bergegas pulang. 3


“Ratna dah bal..” “Baru jumpa jalan pulang ke rumah? Dari petang kau keluar untuk mencuci baju baru sekarang kau balik? Kau memang anak tak sedar diri”, tempik Mak Kuntum ke arah Ratna yang masih berada di muka pintu. “Ratna minta ma..” Sebuah tamparan hinggap di muka Ratna, terasa bahang panas di pipinya. “Sudah, berani kau menjawab! Kenapa kau tak mati saja macam ibu dan ayah kau. Hidup pun menyusahkan aku saja!”, kata Mak Kuntum. 4


“Ratna rasa seakan dirinya tidak lagi mempunyai tempat di rumah tersebut. Dia tidak lagi mampu menahan perlakuan kasar dari Mak Kuntum. Tanpa berfikir panjang, Ratna berlari keluar dari rumah. Dia tidak menyedari bahawa dia sudah masuk ke dalam hutan yang tebal. Suasana hutan menjadi semakin gelap dengan cahaya bulan yang samar-samar. Bunyi serangga di dalam hutan mengalunkan melodi sedih seakan-akan memahami perasaan Ratna malam itu. Ratna hanya berjalan mengikut naluri hati untuk mencari tempat berteduh. Dia pun terus melangkah berteduh sehinggalah dia terlihat sebuah rumah agam. 5


“Bolehlah aku berteduh di sini malam ini sementara menunggu hari cerah. Esok aku akan cari jalan keluar dari sini”, kata Ratna. Dia pun terus berjalan ke pintu hadapan. Ratna terus membuka pintu dan menjenguk ke dalam untuk melihat sekiranya rumah itu berpenghuni. Keadaan rumah itu yang bersih, tidak nampak seperti rumah tinggal. 6


Ratna pun berjalan masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung ke atas sofa. Bertentangan dengan sofa itu terdapat sebuah potret seorang lelaki yang sangat rupawan. “Mungkin dia tuan rumah ini” , getus Ratna. 7


Dalam kebingungan sama ada rumah itu berpenghuni ataupun tidak, dia terdengar akan bunyi tapak kaki yang datang dari tingkat atas. Satu susuk tubuh yang besar dan berbulu berjalan menuruni tangga. Ratna terus bangun dan berlari ke pintu. “Tunggu! Jangan lari, aku tidak akan menyakiti kau”, kata lelaki itu. Ratna baru sahaja menguak pintu, terdengar satu bunyi yang sangat kuat. Ratna menoleh ke belakang dan terlihat lelaki itu terjatuh dari tangga. Tidak sampai hati untuk membiarkan, dia pun berjalan ke arah lelaki itu untuk menolongnya. 8


9


“Biar saya tolong kamu”, kata Ratna pendek. Ratna kemudian membantu lelaki itu untuk bangun dan memimpin dia ke sofa. Sebaik sahaja dia duduk, Ratna pun melabuhkan punggung di hujung sofa. “Nama saya Rajuna. Terima kasih kerana membantu saya. Nama awak siapa?”, kata lelaki itu. “Ratna”, balas Ratna pendek. Ratna sudah tidak mampu untuk menahan pelbagai persoalan yang timbul di benak fikirannya. Dia terus mengajukan soalan kepada Rajuna. “Awak sebenarnya apa ya Rajuna? Kenapa awak tinggal bersendirian di tengah hutan?” tanya Ratna. Rajuna mula mengeluh panjang sebelum bercerita. Berat sebenarnya untuk menceritakan kisah hidupnya yang sangat gelap itu. Tetapi, dia sendiri tidak mampu untuk menanggung seorang diri. Dia perlukan tempat untuk bercerita. 10


11


“Sebenarnya, saya ialah manusia seperti kamu. Tetapi saya telah disumpah oleh ibu saya”, kata Rajuna. “Apa yang sudah kamu lakukan, Rajuna ?” tanya Ratna lagi. “Saya dahulu merupakan seorang budak lelaki kampung yang datang dari keluarga yang miskin. Pada satu hari, saya ditawarkan untuk ikut berlayar di lautan. Ibu tidak membenarkan saya untuk pergi kerana bimbang akan keselamatan saya. Tetapi, saya berkeras untuk pergi kerana ingin mengubah takdir hidup kami. Saya berjanji kepada ibu untuk tidak melupakannya”, jelas Rajuna panjang lebar. “Setelah beberapa bulan, kapal yang saya berlayar itu berlabuh di pelabuhan. Apabila saya turun dari kapal, saya nampak ibu dengan pakaian yang compang-camping dan kelihatan sangat selekeh. Saya malu”, tambah Rajuna. 12


““Jadi, saya halau dia”, kata Rajuna sambil tersenyum sinis. Ratna sangat terkejut. Sudah disumpah ibu masih tidak mahu insaf? “Tidak baik begitu, Rajuna. Awak sepatutnya menginsafi perbuatan awak selepas ditimpa musibah ini. Terbalik pula dengan awak, macam seronok disumpah ibu sendiri”, nasihat Ratna. “Bukan salah saya. Malulah saya jika anak-anak kapal nampak ibu saya begitu”, balas Rajuna. Itu pula yang difikirkan Rajuna. Malu dilihat bersama ibunya sendiri. “Habis itu, sekarang yang badan berbulu seperti ini tak malu pula?” sindir Ratna. 13


“Saya ini anak yatim piatu, ibu bapa saya meninggal ketika saya masih kecil. Saya tinggal bersama mak dan kakak saudara saya. Tapi, mereka pula mendera saya. Awak pula masih ada ibu tetapi dibuat begitu pula”, tambah Ratna. “Tapi...” kata Rajuna cuba memenangkan ego dalam dirinya. “Tapi apa? Awak sepatutnya meminta maaf dekat ibu awak. Awak perlu menginsafi perbuatan awak ini? Apakah berbaloi tinggal di rumah agam ini, tetapi keseorangan?”, potong Ratna. Rajuna seakan-akan tersedar dari mimpi. Dia bangun dari sofa dan mula menangis menyesali perbuatannya. Dia jatuh terjelepok di atas lantai lalu berdoa. 14


“Ya Tuhanku! Kau ampunkanlah dosa aku kepada ibuku! Ibu, Rajuna minta ampun ibu! Rajuna rindu akan ibu!”, jerit Rajuna. Sebaik sahaja Rajuna habis berdoa, dentuman petir kedengaran di luar rumah. Angin bertiup kencang menyebabkan lilin-lilin terpadam. Suasana rumah menjadi gelap dan Rajuna jatuh pengsan secara tiba-tiba. Ratna terkejut lalu berlari menerpa ke arah Rajuna. Ratna pun menyelak jubah yang disarung Rajuna untuk membantunya. Dia terkejut apabila di sebalik jubah itu ialah seorang lelaki yang sama seperti di dalam potret yang tergantung di dinding. 15


“Rajuna... Rajuna”, panggil Ratna sambil menggoyangkan bahu Rajuna. Rajuna tersedar dari pengsannya. Dia melihat tangannya yang sudah tidak berbulu, dia terus bangun dan berlari ke cermin untuk melihat keadaan dirinya. “Sumpahan dia sudah terlerai ke?”, detik Ratna dalam hati. Dia cuba untuk mengejut Rajuna yang masih belum sedarkan diri. “Aku sudah kembali seperti sedia kala!” jerit Rajuna di hadapan cermin. Dia berlari pula ke arah Ratna. 16


“Terima kasih, Ratna. Kau sudah menyedarkan aku dan membantu aku untuk kembali ke sedia kala. Aku terhutang budi kepada kau. Terima kasih, Ratna. Terima kasih.”, ucap Rajuna. Dia tidak berhenti berterima kasih kepada Ratna. Ratna hanya tersenyum gembira. Siapa sangka hanya disebabkan dia lari dari penderaan di rumah dia dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan. 17


Pengajaran Kita mestilah sentiasa menasihati orang lain yang membuat perkara yang salah. 1. Kita mestilah sentiasa menghormati orang tua. 2. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan orang lain. 3. 18


Ratna merupakan seorang anak yatim piatu yang kini tinggal dengan mak tirinya. Ratna dizalimi oleh mak tirinya sehinggalah dia pergi meninggalkan rumah yang dia dibesarkan itu dan bertemu dengan seorang jejaka.


Click to View FlipBook Version