1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH
Kg. Air Putih, Mukim 18, Parit Sulong,
83500 Batu Pahat, Telefon / Faks : 07-4188671
Johor Darul Takzim. Emel
:
[email protected]
Laman Web :
Ruj. Kami : SKAP.JBA0096/PIBG/100-13/1/4 ( 3 ) 2021
Tarikh : 27 Oktober 2021
Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor.
Ibu / Bapa / Penjaga / Guru
Murid SK Air Putih
Tuan / Puan,
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK AIR PUTIH KALI KE- 29 TAHUN 2021
Merujuk perkara di atas.
2. Berhubung perkara di atas pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan
untuk bersama menghadirkan diri sebagai ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Air Putih kali
ke-29 tahun 2021. Acara tahunan ini diadakan bagi membincangkan perancangan dan isu-isu
yang timbul melibatkan murid-murid, para ibu bapa dan pihak sekolah bagi menambahbaik
perjalanan program di sekolah dan merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan pihak
penjaga murid.
3. Berikut merupakan butiran untuk majlis yang akan diadakan :
Tarikh : 31 Oktober 2021
Hari : Ahad
Masa : 1.45 petang
Tempat : Google Meet
3. Borang Usul sekiranya terdapat usul yang ingin tuan/puan bahaskan sewaktu
mesyuarat tersebut akan diberikan melalui pautan yang ditetapkan.
4. Kehadiran tuan/puan menjayakan mesyuarat ini amat kami hargai.
Sekian terima kasih.
“PENERAJU PEMBAHARUAN,
PENGGERAK PERUBAHAN”
Saya yang menjalankan amanah,
................................................ 2
(NGATEMAN BIN AMAT)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa & Guru
BACAAN DOA
3
ISI KANDUNGAN Muka Surat
Perkara 5
Aturcara Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-29/2021 6
Kata Aluan Guru Besar 7
Kata Aluan Yang Dipertua Agung PIBG 8
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-29/2021 9
Jawatankuasa Tertinggi PIBG 2019/2021 10-17
Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-28/2020 18-20
Penyata Kewangan PIBG 2021
Laporan Aktiviti PIBG 2021 21
Usul / Cadangan 22
4
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK AIR PUTIH KALI KE-29/2021
1.45 petang Pendaftaran (Google Meet)
2.00 petang
2.15 petang Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG mengambil tempat
2.45 petang
Bacaan Doa oleh Hj. Hirman binti Satemin
3.30 petang
Ucapan Aluan En. Ngateman Bin Amat (YDP PIBG SK Air Putih)
Ucapan Perasmian Pn. Sitara Binti Komaise (Guru Besar SK. Air Putih)
Mesyuarat Agung PIBG SK Air Putih kali ke-29 dimulakan
Pembentangan minit mesyuarat yang lalu dan perbincangan hal-hal
berbangkit
Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir 31
Disember 2020
Cabutan Bertuah
Pelantikan AJK PIBG 2021-2023
Perbahasan Usul dan Cadangan
Hal-hal Lain
Ucapan penangguhan
Cabutan Bertuah
Bersurai
5
Kata Aluan Guru
Besar
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya pada
tahun ini, dapat sekali lagi kita melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 untuk tahun
2021. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan,
Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan staf sokongan SK Air Putih kerana sudi melapangkan
masa untuk hadir dalam mesyuarat ini. Sesungguhnya inilah masa yang terbaik untuk kita
merangka dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG sekolah ini.
Sehubungan dengan itu, platform ini harus digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan
cetusan idea dan pandangan di samping melaksanakan tanggungjawab menentukan arah tuju
persatuan ini khasnya dan SK Air Putih amnya untuk tahun ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengharapkan ahli PIBG SK Air Putih bersatu hati
untuk berperanan sebagai agen penggerak dalam meningkatkan kemajuan persatuan ini
menjadi lebih dinamik seterusnya membantu sekolah ke arah menjadi sekolah yang berkualiti
dan kemenjadian murid yang cemerlang. Harapan saya agar guru-guru, ibu bapa dan
masyarakat setempat dapat sama-sama mendokong kegemilangan ini agar terus berkekalan
dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Dikesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan
diadakan secara bersemuka tidak lama lagi. Semoga ibu bapa dapat menggalakkan dan
memberikan semangat kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah.
Akhir kata, syabas dan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru,
ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
PN. SITARA BINTI KOMAISE
Guru Besar SK Air Putih.
6
Kata Aluan
Yang Dipertua PIBG
SK Air Putih
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya saya
dapat merakamkan sepatah dua kata dalam buku program ini sempena Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-29 bagi tahun 2021.
Dewasa ini jika kita lihat secara mendalam untuk mencapai matlamat setiap aktiviti yang
dilaksanakan itu, ianya memerlukan komitmen dan keprihatinan yang tinggi semua pihak
terutamanya daripada ibu bapa. Justeru itu, marilah kita sama-sama berganding bahu memikul
tanggungjawab ini bersama.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar SK Air Putih serta guru-guru yang telah berusaha bertungkus-lumus mendidik anak-anak
kami dengan penuh dedikasi dan diharapkan segala usaha ini dapat meningkatkan lagi mutu
pencapaian akademik murid sekolah ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan seluruh
warga SK Air Putih kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada PIBG. InsyaAllah
semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada tahun ini dan seterusnya ke arah menjayakan
pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta sahsiah diri para pelajar di sekolah ini.
Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua Jawatankuasa Tertinggi PIBG
yang telah banyak menyumbangkan pendapat, idea dan tenaga dalam persatuan ini. Justeru
itu, saya mengharapkan agar kerjasama yang diberi dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
NGATEMAN BIN AMAT
Yang Dipertua PIBG SK Air Putih
7
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29/2021
PENASIHAT : Pn. Sitara binti Komaise
(Guru Besar SK Air Putih)
PENGERUSI : En. Ngateman bin Amat
(YDP PIBG SK Air Putih)
NAIB PENGERUSI : En. Azmi bin Suradi
(NYDP PIBG SK Air Putih)
SETIAUSAHA : Pn. Siti Aisah binti Mohd Sawal
(Setiausaha PIBG SK Air Putih)
BENDAHARI : Pn. Siti Nurul Aqidah binti Munasir
(Bendahari PIBG SK Air Putih)
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN (Google Form)
Pn. Rusmainairuzi binti Rubani Pn. Siti Fadzilah binti Rasul
Pn. Siti Aisah binti Mohd Sawal Pn. Haslinda binti Misri
Pn. Zainawa binti Osman Pn. Siti Noriah binti Hj. Muri
PENCATAT MINIT MESYUARAT TEKNIKAL
Pn. Siti Aisah binti Mohd Sawal En. Mohd Shahrul Razi bin Salamon
Pn. Siti Fadzilah binti Rasul Tn. Hj. Yusoff bin Karim
Pn. Diana binti Ithnin Hj. Paat binti Mingan
En. Mohd Salim bin Kassim
PENGELOLA HADIAH, CENDERAHATI ,
CABUTAN BERTUAH DAN SIJIL BACAAN DOA
Pn. Nurul Huda binti Omar (K) Tn. Hj. Hirman bin Satemin
Pn. Siti Nurul Aqidah binti Munasir
Pn. Siti Fadzilah binti Rasul JURUGAMBAR & DOKUMENTASI
Pn. Norpariza binti Mohd Nordin En. Abdul Alim Muhammad bin
Pn. Norahsehekein binti Danu Samiran
En. Mohd Azmi bin Senin
JURUACARA/MODERATOR En. Mohd Nazir bin Zainal
Pn. Rusmainairuzi binti Rubani
8
JAWATANKUASA TERTINGGI PIBG SK AIR PUTIH 2019/2021
PN. SITARA BINTI KOMAISE
GURU BESAR SK AIR PUTIH
(PENASIHAT)
EN. NGATEMAN BIN AMAT
(YDP PIBG SK AIR PUTIH)
EN. AZMI BIN SURADI
(NAIB YDP PIBG SK AIR PUTIH)
EN. MUHAMAD AMIRUL ARIF BIN AGUS SALIM
(SETIAUSAHA PIBG SK AIR PUTIH)
PN. RUSMANAIRUZI BINTI RUBANI
(NAIB SETIAUSAHA)
PN. SITI NURUL AQIDAH BINTI MUNASIR
(BENDAHARI PIBG SK AIR PUTIH)
PN. NURUL HUDA BTE OMAR
(NAIB BENDAHARI)
AHLI JAWATANKUASA (LELAKI) AHLI JAWATANKUASA (WANITA)
1. EN. MOHD NAZIR BIN ZAINAL 1. PN. MASANA BINTI OTHMAN
2. EN. ZAMANI BIN DAEE 2. PN. HASLINDA BINTI MISRI
3. EN. MOHD AZMI BIN SENIN 3. PN. NORPARIZA BINTI MOHD
4. EN. MOHD SHAHRUL RAZI BIN NORDIN
SALOMON 4. PN. DIANA BINTI ITHNIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN. SALIM BIN KASSIM
PN. SAHIDA BINTI A. BAKAR
9
MINIT
MESYUARAT
AGUNG PIBG
(2020)
10
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-28 SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH TAHUN 2020
Tarikh : 16 Februari 2020
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Air Putih
Pengerusi : En. Ngateman Bin Amat
Kehadiran : 57 orang
Turut Hadir : Pn. Sitara Binti Komaise, Guru Besar SK Air Putih
1.0 KATA ALU ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli PIBG
yang datang menghadiri mesyuarat agung pada pagi ini.
1.2 YDP juga mengucapkan selamat datang kepada Puan Sitara selaku guru besar baharu
yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 2 Januari.
2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Ahli merujuk minit mesyuarat yang lalu pada buku program yang telah diedarkan. (Rujuk
Buku Program)
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
4.1 Pn. Siti Asnah Bt. Khambali mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
4.2 Pn. Siti Zaiton Binti Ngadimin menyokong cadangan tersebut.
5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN & ISU BERBANGKIT
5.1 Ahli merujuk Penyata Kewangan pada buku program yang telah diedarkan semasa
Bendahari membentangkan Penyata Kewangan. (Rujuk Penyata Kewangan pada Buku
Program)
5.2 En. Mohd Khirol bertanyakan tentang jumlah ahli PIBG yang masih belum membayar
sumbangan PIBG bagi tahun 2020.
11
5.3 En. Mohd Khirol juga meminta agar pihak AJK PIBG mengambil tindakan kepada ahli PIBG
yang masih belum membayar sumbangan tersebut supaya adil kepada semua ahli yang
telah membayarnya. Terdapat juga ahli yang mengambil ringan tentang bayaran
sumbangan tersebut.
5.4 Pihak sekolah bersama AJK PIBG akan mengusahakan untuk mengambil langkah yang
sesuai untuk mengatasi masalah ini agar ia tidak menjadi budaya yang berterusan dalam
kalangan ahli PIBG.
5.5 En. Ermi meminta agar Bendahari dan pemeriksa kira-kira untuk menyemak semula
pengiraan Penyata Kewangan kerana terdapat ralat.
5.6 Bendahari telah membuat semakan semula dan terdapat ralat pada aliran wang masuk
iaitu pada 17.1.2019, Sumbangan 2019. Jumlah tersebut adalah RM 50.00, bukan RM
5.00. Bendahari memohon maaf dan meminta ahli memperbetulkan ralat tersebut.
5.7 Pembentangan tentang aktiviti 2019 yang tidak terlaksana
5.7.1 Pembelian kerusi batu dengan kutipan RM 10 setiap keluarga.
5.7.2 Sumbangan pokok bunga daripada ibu bapa untuk pihak sekolah untuk tujuan
keceriaan sekolah.
6.0 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
6.1 En. Mohd Khirol Bin Suradi mencadangkan supaya Penyata Kewangan disahkan.
6.2 En. Ermi Bin Misran menyokong cadangan tersebut.
7.0 PEMBENTANGAN USUL
7.1 Usul Pn. Siti Asnah binti Khambali
Usul 1 :
Menggesa kepada pembekal baju sukan untuk pelajar-pelajar SK Air Putih agar
dipercepatkan menyiapkan tempahan baju. Jangan sampai sesi persekolahan hingga
pertengahan tahun baru nak dapat. Biasanya, inilah fenomena yang terjadi dari tahun ke
tahun.
7.1.1 En. ‘Alim menerangkan menyatakan bahawa proses tempahan dan mengambil
saiz baju sukan adalah pada bulan Januari minggu ke-2. Tempahan tidak boleh dibuat
awal kerana dikhuatiri ada murid yang baharu atau lewat masuk bersekolah di
sekolah ini. Kelewatan selalunya berlaku pada kilang/kedai. Biasanya pada bulan Mac,
baju sudah disiapkan dan tak sampai pertengahan tahun.
12
7.2 Usul : En. ‘Abdul ‘Alim Muhammad bin Samiran
Usul 1 :
Cadangan kepada PIBG untuk memanfaatkan tanah milik sekolah di bahagian luar pagar
sekolah (di belakang kelas tahun 1), diusahakan dengan tanaman-tanaman yang boleh
memberikan hasil pendapatan untuk tabung PIBG dan kegunaan pembangunan
infrastruktur sekolah.
7.2.1 En. Ngateman menyatakan bahawa terdapat isu yang timbul tentang tanah
tersebut di mana hak milik kawasan tanah tersebut tidak dapat diselesaikan akibat
daripada persetujuan pemilik dahulu dengan sekolah yang tiada dokumen rasmi.
Pemilik dahulu telah meninggalkan warisnya dan warisnya telah mengusahakan
tanah tersebut menyebabkan mereka tidak mahu menyerahkan semula hak milik yang
sepatutnya menjadi hak sekolah.
7.2.1 En. Ngateman akan cuba memohon pejabat tanah untuk ukur semula dan
membuat persempadanan semula. Kemudian baru berbincang dengan pewaris-
pewaris tersebut supaya sekolah juga mendapat manfaat daripada kawasan tanah
tersebut.
(Tindakan YDP PIBG & Setiausaha)
7.3 Usul : Pn. Rusmainairuzi binti Rubani
Usul 1 :
Air paip di dalam tandas prasekolah terlalu perlahan. Mohon individu yang mahir
memeriksa dan seterusnya menyelenggara sekiranya terdapat kerosakan.
7.3.1 En. Mohd Khirol akan memeriksa masalah tersebut. Jika ada kerosakan, akan
diusahakan tetapi PIBG perlu mengeluarkan sedikit kos untuk memperbaiki
kerosakan tersebut.
(Tindakan En. Mohd Khirol Bin Suradi)
7.3.2 En. Mohd Khirol mencadangkan juga untuk menukar salur paip itu kepada salur
paip PVC yang anggaran kosnya kurang lebih RM 100.
Usul 2
Memohon peruntukan untuk menggantikan beberapa buah nako tingkap kelas prasekolah
yang sudah rosak.(5 buah nako yang rosak).
13
7.3.3 En. Khirol menyatakan bahawa harga bagi 1 set tingkap nako adalah RM 20.
Kesemua jumlah kos tingkap yang perlu diganti adalah RM 100.
7.3.4 En. Khirol juga mencadangkan untuk menggantikan tingkap itu kepada tingkap
gelongsor kerana beliau yang merupakan Pengerusi Permuafakan Pra-Sekolah
SKAP sedang mengusahakan untuk memasang pendingin hawa di kelas pra-sekolah
Beliau juga memohon bantuan daripada pihak PIBG.
(Tindakan En. Mohd Khirol Bin Suradi)
7.4 Usul : Pn. Siti Nurul Aqidah binti Munasir
Usul 1
Memohon bantuan ibu bapa untuk memperbaiki atap surau yang bocor sama ada tenaga
kerja atau bantuan kewangan.
7.4.1 En. Zamani dan YDP akan memeriksa kerosakan tersebut dan akan membantu
memperbaiki kebocoran atap di surau.
(Tindakan En. Zamani Bin Daee)
Usul 2
Bantuan untuk membina penghadang/dinding di tempat wuduk perempuan kerana
keadaannya yang terdedah.
7.4.1 En. Zamani akan bantu untuk menguruskan pembinaan tempat wudhuk
perempuan. Kos ditanggung oleh PIBG.
(Tindakan En. Zamani Bin Daee)
7.5 Usul : Pn. Masana binti Othman
Usul 1
Mencadangkan program simulasi peperiksaan upsr di mana ibu bapa akan memerhatikan
anak mereka menjawab soalan upsr mengikut masa peperiksaan sebenar di sekolah. Oleh
yang demikian, ibu bapa sendiri dapat mengenalpasti kelemahan anak masing-masing
supaya ibu bapa dapat melakukan pemantauan susulan kepada anak di rumah.
14
7.5.1 Pn. Sitara menyatakan bahawa Ujian Diagnostik UPSR akan diadakan pada
minggu hadapan, kemudian sekolah akan menjalankan Hari Penetapan Target yang
akan dihadiri oleh para ibu bapa murid-murid tahun 6 untuk menetapkan target
berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik UPSR tersebut.
7.5.2 Program Kecemerlangan Tahun 6 akan dibentangkan kepada semua ibu bapa
pada hari tersebut.
7.5.3 Cadangan Program Simulasi UPSR bersama ibu bapa diterima dan akan
dilaksanakan pada ujian bulan April
(Tindakan : Pihak Sekolah)
7.6 Usul : En. Muhammad Shahrul Razi bin Salamon
Usul 1
Mohon peruntukan sumbangan PIBG untuk membeli sebuah Hot & Cold Temperature
Water Dispenser Purifier untuk kegunaan murid untuk memudahkan murid mendapatkan
bekalan air minuman. Dicadangkan belian tunai bukan sewaan untuk menjimatkan kos
kerana ada model yg mudah tukar filter tanpa perlu bantuan juruteknik.
7.6.1 En. Khirol menyatakan bahawa, usul ini perlu ditangguhkan kerana kewangan
PIBG tidak mencukupi dan kos untuk melaksanakan adalah terlalu mahal. Semua ahli
mesyuarat bersetuju.
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 En. Mohd Khirol bin Suradi
8.1.1 Beliau mencadangkan bahawa, pihak PIBG perlu mengadakan satu program untuk
masyarakat kampung atau luar untuk mendapatkan dana daripada organisasi-
organisasi luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jawatankuasa masjid dan
sebagainya.
8.1.2 Setiap tahun perlu ada program yang melibatkan masyarakat supaya PIBG boleh
mendapatkan dana.
8.1.3 Contoh program yang dicadangkan adalah Kursus Asas Umrah. Buka penyertaan
kepada penduduk kampung dan diwajibkan ke atas ibu bapa dan guru SK Air Putih
untuk menyertainya. Masa program antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Cadangan bayaran yang dikenakan RM 20. Sasarkan penyertaan seramai 100 orang.
15
Minta kerjasama daripada ejen haji dan umrah untuk mengelola dan kerjasama
daripada masjid. Pasang ‘banner’ untuk war-warkan tentang kursus tersebut.
8.2 Pn. Sitara binti Komaise
8.2.1 Pn. Sitara menyambut baik cadangan En. Mohd Khirol. Sekiranya program ini
dilaksanakan, beliau akan memaklumkan kepada PPD agar sebaran program lebih
meluas.
8.2.2 Beliau juga mencadangkan supaya program itu dijalankan pada waktu cuti.
Cadangan itu dipersetujui ahli PIBG yang lain.
8.3 Tn. Hj Yusoff Bin Karim
8.3.1 Tn. Hj Yusoff (GPK Hem) meminta cadangan dari ahli mesyuarat sekiranya ada
sebarang perubahan bayaran sumbangan PIBG.
8.3.2 Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyatakan sumbangan PIBG yang akan
dikutip adalah sebanyak dengan RM 50 sahaja.
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 YDP sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir.
9.2 YDP juga memohon maaf sekiranya ada tersasul atau tersalah kata sepanjang
pengendalian mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 ptg
16
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
............................................................................ .......................................
(MUHAMMAD AMIRUL ARIF BIN AGUS SALIM) (NGATEMAN BIN AMAT)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Air Putih SK Air Putih
Disemak oleh,
(SITARA BINTI KOMAISE)
Guru Besar merangkap
Penasihat PIBG
SK Air Putih
17
PENYATA
KEWANGAN
PIBG 2021
(27 OKTOBER 2021)
18
PENYATA KEWANGAN PIBG SK AIR PUTIH SETAKAT 27/10/2021 (AHAD)
WANG MASUK WANG KELUAR
TARIKH KENYATAAN JUMLAH TARIKH KENYATAAN JUMLAH
1/1/21 Baki 2020 RM 3622.35 7/1/21 Program Keceriaan 3K RM 500.00
18/2/21 RM 300.00 10/1/21 RM 300.00
Sumbangan kontraktor Baik Pulih Lantai
5/4/21 Pra Sekolah RM 2200.00 1/3/21 koridor Kelas 3 Delima RM 200.00
Sumbangan PIBG Beli Moderm Internet
2021 Sekolah
5/5/21 Sumbangan Hamba RM 150.00 25/3/21 Hadiah Cikgu Amirul RM 100.00
Allah
6/4/21 Beli Payung Bulat RM 110.00
13/10/21 Baik pulih kerosakan RM 50.00
Lampu dan kipas
13/10/21 Sumbangan kepada RM 60.00
murid yang Positif
Covid
25/10/21 Peruntukan RM 200.00
Pengoperasian sekolah
3.0
25/10/21 Mesyuarat Agong PIBG RM 900.00
2021
25/10/21 Program Nilam dan RM 300.00
Keceriaan sekolah
JUMLAH RM6272.35 JUMLAH RM 2720.00
19
BAKI AKHIR 2021 RM 3552.35
YANG MENJALANKAN TUGAS
________________________
(PN. SITI NURUL AQIDAH BTE MUNASIR)
BENDAHARI PIBG SKAP
PEMERIKSA KIRA-KIRA
________________________
(EN. SALIM BIN KASIM)
AJK PIBG SKAP
PEMERIKSA KIRA-KIRA
________________________
(PN. SAHIDA BINTI A. BAKAR)
AJK PIBG SKAP
20
LAPORAN AKTIVITI PIBG SK AIR PUTIH 2021
BIL. AKTIVITI TARIKH
PELAKSANAAN
1. Program Keceriaan 3K 7 Januari 2021
2. Baik Pulih Lantai koridor Kelas 3 Delima 10 Januari 2021
3. Beli Moderm Internet Sekolah
4. Hadiah Cikgu Amirul 1 Mac 2021
5. Beli Payung Bulat 25 Mac 2021
6. Baik pulih kerosakan Lampu dan kipas 6 April 2021
7. Sumbangan kepada murid yang Positif Covid 13 Oktober 2021
8. Peruntukan Pengoperasian sekolah 3.0 13 Oktober 2021
9. Mesyuarat Agong PIBG 2021 25 Oktober 2021
10. Program Nilam dan Keceriaan sekolah 25 Oktober 2021
25 Oktober 2021
21
USUL / CADANGAN
NAMA PERKARA
Nurul Huda Binti Omar Bayaran sumbangan RM 40.
Saya mencadangkan supaya kerja rumah DIKURANGKAN
selepas murid boleh bersemuka di sekolah. Ini bagi memberi
peluang kepada ibu bapa merehatkan minda dan mental
mereka setelah bertungkus lumus sepanjang PdPR. Harap
dipertimbangkan, terima kasih.
Siti Nurul Aqidah Binti Munasir Mencadangkan agar Ibu bapa PraSekolah juga dimasukkan
dalam kalangan Ahli Jawatankuasa PIBG dalam lantikan
baharu.
'Abdul 'Alim Muhammad BinSamiran Mohon bantuan pihak sekolah agar dapat merancang
program- program yang boleh membentuk jati diri,
meningkatkan komitmen dan memperbaiki akhlak dan
disiplin murid. Contohnya program seperti class 123, merit
dan demerit, gotong royong menceriakan kelas dan
kawasan sekolah dan sebagainya, mungkin boleh
diperkasakan lagi agar lebih berkesan.
Siti Fadzilah Binti Rasul Anak-anak perlu diterapkan disiplin dan adab dari rumah
agar sikap ini dapat diamalkan di mana-mana sahaja.
Siti Iswara Binti Abd Samad Sy setujui semua yang terlibat dalam aktiviti pengajaran ini
Mohd Shahrul Razi Bin Salamon Sumbangan kewangan atau penajaan untuk mendapatkan
sebuah mesin air pembelian one off selenggara sendiri
untuk kegunaan guru dan murid SKAP.
Ngateman Bin Amat Kelasprasekolah asyafi,edijadikan ahli PIBG
Nor Halina Abu Seman Sepanjang PDPRnisayanak tanya,kenapa tak ada kuiz untuk
pelajar seperti mana guru-guru buat sebelum mengikuti
PDPR..Kuiz dan menang (hadiah).
Saya juga mencadangkan pemenang ² yg menyertai
pertandingan seperti pertandingan video,swabfoto DLL
ketikahari kemerdekaandi
22