The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Selepas Merdeka
1. Laporan Razak 1956
2. Laporan Rahman Talib 1960
3. Ordinan Pelajaran 1967
4. Laporan Jawatankuasa 1979
5.0Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1121-13-hayati, 2022-11-06 07:43:59

Nor Hayati Binti Abd Aziz PDP_PAKK2-Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Selepas Merdeka

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Selepas Merdeka
1. Laporan Razak 1956
2. Laporan Rahman Talib 1960
3. Ordinan Pelajaran 1967
4. Laporan Jawatankuasa 1979
5.0Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Keywords: Selepas Merdeka,Sistem Pendidikan,Perkembangan

Perkembangan Sistem
Pendidikan di Malaysia

Selepas Merdeka

EDUP2073D
Asas Falsafah Dan
Perkembangan Pendidikan

Di Malaysia

Nor Hayati Binti Abd Aziz
PDP PAKK 2

Kandungan

1. Pengenalan
2. Laporan Razak 1956

3. Laporan Rahman Talib 1960

4. Ordinan Pelajaran 1967
5. Laporan Jawatankuasa Kabinet

1979
6. Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP)
7. Kesimpulan
8. Sumber

Pengenalan

Sistem Pendidikan di zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi kesan dalam
mewujudkan polarisasi kaum di Tanah Melayu. Hal ini kerana dasar British yang telah membuat
pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.

Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan
perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu telah dikelolakan, dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang yang
konkrit.

Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu `pecah dan
perintah’ serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama

sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat

bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British.

Secara kronologi sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan pembangunan
negara. Evolusi pendidikan telah melalui lima fasa iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman
Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan
Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai

kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa

Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Negara

mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap

kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping

itu juga, ia member penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang

meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah

menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek

JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu,

berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan,

kesejahteraan serta pembangunan Negara.

Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang kearah pembentukan elemen
pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas
utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang

kaum supaya dapat membina kembali sebuah Negara yang aman dan maju serta bebas
daripada ancaman konflik antara kaum.

Laporan
Razak
1956

Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak

1956. Penyata Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah

satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu Nama laporan ini telah diambil sempena

daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul

Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula system pendidikan di Malaya, yang

akhirnya dikenali sebagai Malaysia.

Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu
dan antara perkara penting yang di cadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Cadangan Penyata Razak
akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

Semua sekolah di Bahasa Bagi sekolah jenis keban
tanah air mempunyai Melayu dijadikan bahasa gsaan, bahasa Inggeris,
sukatan yang sama. Kebangsaan Cina dan Tamil menjadi
dan menjadi Bahasa bahasa pengantar.
pengantar utama.

Semua guru diletakkan di Cadangan Sekolah-
bawah satu perkhidmatan Penyata Razak sekolah rendah ditukar ke
profesional dan Jemaah pada sekolah kebangsaan
Nazir Persekutuan dan bahasa Melayu
ditubuhkan sebagai bahasa pengantar
utama.
Sistem
pendidikan sekolah menengah Penubuhan satu jenis
adalah Sekolah Menengah sekolah sahaja yang
Rendah (SMR) Sekolah terbuka
Menengah Atas (SMA) dan Pra kepada semua kaum.
Universiti.
Guru-guru sekolah rendah dan
menengah
adalah berkelayakan.

Implikasi

1. Asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1961).
2. Bantuan kepada semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar dan kaum.
3. Perkembangan sekolah teknik melahirkan pekerja yang mahir.
4. Sukatan pelajaran yang seragam menwujudkan standard pelajaran yang sama.
5. Pertambahan bilangan murid peringkat rendah dan menengah.
6. Pertambahan maktab perguruan.
7. Pelajaran kenbangsaan dapat melahirkan warganegara bersemangat kebangsaan

Laporan
Rahman

Talib
1960

Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu jawatankuasa

Rahman Talib sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu

Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.

Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib pada 1960. Akta

Pelajaran 1961 telah digubalberdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib

1960. Antara lain, ia juga menyeru:

01 Had umur persekolahan dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.

Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan yang menawarkan kursus

02 vokasional selama 3 tahun.

03 Pihak KPM menganjurkan Latihan separuh masa selama 3 tahun, bagi
melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan.

04 Sekolah Rendah Umum dan Jenis Umum ditukar kepada Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

05 Semua peperiksaan dijalankan dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu atau

Bahasa Inggeris.
Cadangan agar kerajaan memberi bantuan penuh kepada Sekolah

06 Menengah dan Sekolah Jenis Kebangsaan sahaja.

07 Cadangan penubuhan Institusi Teknologi.

08 Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama Islam jika
sekurang-kurangnya 15 orang murid beragama Islam.

.

09 Cadangan agar bayaran sekolah rendah dimansuhkan

10 Cadangan agar dibentuk Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri.

11 Cadangan Penubuhan Jemaah Nazir Negeri.

Implikasi

1. Perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
2. Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa pengantar utama

hingga ke universiti.
3. Pendidikan percuma untuk semua sekolah rendah
4. Sekolah Pelajaran Lanjutan gagal dan digantikan dengan Pendidikan Aneka Jurusan bagi

menenga rendah pada 1965.
5. Di sekolah aneka jurusan murid yang tamat darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan terus mauk ke

Tingkatan 1, manakala dari Sekolah Jenis Kebangsaan masuk peralihan.
6. Pendidikan perguruan dipertingkatkan.
Laporan ini diluluskan dan kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 yang menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

Ordinan
Pelajaran

1967

Akta Bahasa Kebangsaan ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tunggal. Bahasa Inggeris bolehdigunakan untuk tujuan rasmi, tapi atas perkenan Yang Dipertuan Agong
(terkandung dalam Fasa 4 Perlembagaan Persekutuan)

Implikasi

1. Januari 1978 – Mata pelajaran PJK, Seni, Kraf Tangan, Kajian Tempatan dan Muzik untuk
murid Tahun 1-3 di SRJK diajar dalam Bahasa Melayu/Malaysia

2. 1969 – Mata pelajaran Sivik tahun 4 di SRJK ditukar kepada Bahasa Melayu/Malaysia
3. 1970 – Mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam tahun 4 ditukar Kepada Bahasa Melayu/Malaysia.
4. 1970 – Semua mata pelajaran di SRJK kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda (Cina dan

Tamil) diajar dalam Bahasa Melayu/Malaysia.

5. Lembaga Peperiksaan menukar:

 Peperiksaan LCE dimansuh dan diganti SRP

 Peperiksaan MCE dimansuh dan diganti SPM

 Peperiksaan HCE dimansuh dan diganti STPM

6. Kelayakan masuk ke Maktab Perguruan ialah gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM.

7. Mulai 1973, semua kursus di Maktab Perguruan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
Bahasa pengantar.

Laporan
Jawatankuasa
Kabinet 1979

Dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamed. Tujuan Laporan Jawatankuasa Kabinet adalah untuk
mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan system pendidikan yang diamalkan sekarang,
dengan tujuan memastikan sistem pendidikan negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka
panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir,1976)

Kajian berfokus kepada sistem persekolahan dan kurikulum secara mendalam. Jawatankuasa ini
dinamakan Jawaatankuasa Kabinet dan laporannya juga atas nama jawatankuasa tersebut.
Syor-syor jawatankuasa ini termasuk struktur persekolahan, peperiksaan dan pentadbiran. Sukatan
pelajaran, buku teks, pendidikan sivik, agama dan kegiatan kokurikulum.
Kerajaan telah melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR) mulai 1982 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988.

 KBSR yang dibentuk mengambil kira:
1. Cita dan ideologi negara
2. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah dibina – menitikberatkan potensi individu murid
sacara menyeluruh berdasarkan JERI.

 KBSM yang dibentuk pada 1989 adalah hasil kesinambungan KBSR 1980 yang bertujuan
untuk:
1. Memenuhi syor-syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

2. Seiring dengan perlaksanaan KBSR

3. Pendidikan teknik dan vokasional diberi penekanan

4. Memberi pendidikan seumur hidup – ilmu pengetahuan dan kemahiran asas

Cadangan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

01 Tumpuan kepada 3M Menengah atas
dibahagi kepada 2

04 jurusan – akademik dan

vokasional

02 Bahasa Inggeris sebagai Peluang lanjut pelajaran

Bahasa kedua kekal 05 ditambah daripada 9 ke

11 tahun.

Fokus kepada 06 Kurikulum ala
pendidikan kerohanian Malaysia

03 yang kukuh dan unsur

disiplin.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, pembentukan KBSR dan KBSM menjadi teras kepada
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berterampilan,
berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelan Induk
Pembangunan
1979 (PIPP)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

PIPP 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu system pendidikan yang
holistic,progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Daro’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama
yang dikenal pasti iaitu:

1. Pendekatan pertama: Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan
peluang pendidikan.

2. Pendekatan kedua: Kecemerlangan Institusi Pendidikan

PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu:

1. Membina negara bangsa

2. Membangunkan modal insan

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

4. Merapatkan jurang pendidikan

5. Memartabatkan profesion keguruan

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat melaksanakan tugas dan
tanggugjawab masing-masing secara lebih terancang terarah dn berfokus. PIPP penting kerana ia
akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang
lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.



Kesimpulan

Terdapat banyak perubahan dalam Perkembangan pendidikan di Malaysia terutama sejak zaman
penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan
perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat
terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan
negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.

Aspek aspek murni amat penting dan ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah
masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap warganegara.

Oleh itu, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, untuk mencapai matlamat perpaduan
negara yang kukuh, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru.
Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tonggak
kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Sumber

1. https://harakahdaily.net/index.php/2017/11/30/sejarah-sistem-pendidikan-di-malaysia-
selepas-merdeka/

2. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/06/perkembangan-sistem-pendidikan.html
3. https://www.slideshare.net/nor1205/kertas-kerja-26091457
4. https://www.scribd.com/doc/255088682/Bab-3-Dasar-dasar-Pendidikan
5. https://www.slideshare.net/IezaYunos/kuliah-2-evolusipendidikanguru
6. https://www.slideshare.net/hanawrin/pelan-induk-pembangunan-pendidikan-pipp-19069936
7. https://statics.scnu.edu.cn/pics/southeastasia/2020/0623/1592897594677019.pdf
8. http://tuhaulomiding.blogspot.com/2013/09/sejarah-perkembangan-pendidikan-di.html


Click to View FlipBook Version