MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB BERBASIKAL BAYU BALING BIL. 1 / TAHUN 2023 Tarikh : 05 Jan 2023 Masa : 9.00 malam Tempat : Kedai Burger Pet Own Kompleks Rakan Muda Baling 1. KEHADIRAN : BIL NAMA 1 Mohamad Rizuan b.Musa 2 Mohd Azlisham b. Ibrahim 3 Zahimi b. Ramli 4 Nor Azani bi Abidin 5 Azmi b. Ibrahim 6 Mohammad Kholbi Bin Azizan 7 Nor Azma Binti Zaiduddin 8 9 10 11 12 13 14 15 TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. Abdul Malik Bin Karim 2. Hafizan Bin Othman 3. Mazlan Bin Mohd Yusof 4. Min Chai A/L Tan Kee Leng 5. Mohd Adib Afham Bin Azlin 6. Mohd Fauzi B Halim 7. Ruslan Bin Mat Desa 8. Azlin Bin Yacob TURUT HADIR : 1. Muhammad Syafir Bin Md Isa 2. UCAPAN ALUAN PRESIDEN 2.1. Mohamad Rizuan bin Musa selaku Presiden Kelab mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sanggup meluangkan masa untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat AJK yang pertama ini. 2.2. Pengerusi menerangkan kepada semua AJK yang hadir tentang tujuan mesyuarat ini adalah untuk tentukan tarikh mesyuarat agong kali ke-10 dan merancang beberapa aktiviti kelab. 2.3. Beliau juga mengharapkan ahli mesyuarat dapat memberi idea untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini.
2.4. Beliau juga mencadangkan nama dua orang AJK baharu Muhammad Syafir Bin Md Isa dan Azmi Bin Ramli ditambah kerana keaktifan dalam segala mesyuarat AJK yang dirancang. 2.5. Beliau juga mengharapkan supaya apa yang akan diputuskan dalam mesyuarat akan mendapat keputusan dan persetujuan bersama demi kebaikan dan kecemerlangan kelab nanti. 2.6 Pengerusi berharap agar BCC akan lahirkan lebih ramai rider yang berbakat di daerah baling sehingga ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti. BCC juga pernah mendapat anugerah Kelab terbaik di Negeri Kedah pada tahun 2014. Dan satu lagi hasrat tuan pengerusi agar dapat berjumpa dengan Menteri Belia Dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang dirancang dalam negeri. Tindakan : Semua AJK 2.7 Akhir sekali Pengerusi berharap semua AJK kelab dapat memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan prestasi kelab dan menyampaikan maklumat kelab kepada ahli-ahli yang lain. Makluman: Semua AJK 3. PENETAPAN TARIKH MESYUARAT AGUNG KALI KE - 10 3.1. Pengerusi mencadangkan tarikh mesyuarat agung kali ke-10 adalah pada : Tarikh : 23 Feb 2023 Masa : 9.00 malam Tempat : Bilik Mesyuarat kompleks Rakan Muda Baling VIP (cadangan) : 1. Ustaz Hassan Bin Saad (Ahli Parlimen Baling) 2. Jiddin Sada (Ahli Perniagaan) 3. Jas Vision 3.2. Pengerusi mengingatkan setiap laporan Minit Mesyuarat Agung perlu dihantar pada atau sebelum bulan Jun. 3.3. Surat jemputan juga perlu disertakan kepada VIP beserta surat sumbangan Tindakan : S/U BCC 4. PROGRAM YANG DIRANCANG 4.1. Pengerusi dan semua AJK mencadangkan PROGRAM KAYUHAN UKHWAH BCC KE TERENGGANU akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan, sumber kewangan juga telah mencukupi. Cadangan Tarikh : 4,5 dan 6 Mei 2023 Tempat : Besut - Kuala Terengganu - Besut (160 km 2 hala) Surat makluman atau surat sokongan juga diperlukan dan dihantar kepada IPD Besut dan IPD Kuala Terengganu dan salinan juga kepada Ahli Parlimen Besut dan Kuala Terengganu Tindakan : S/U BCC 4.2. KOM INAS 2.0 - 2023 Cadangan Tarikh : 26 Ogos 2023 Tempat : Sekitar Baling dan tamat di Dataran Gunung Inas (jarak 50km) 4.3. Funride (Kayuhan Rakyat bersama POLIS ) dengan kerjasama jabatan kerajaan daerah baling. Cadangan Tarikh : Mei 2023 Tempat : Bermula IPD Baling 4.4. Kayuhan Ukhwah BCC ke Yala Cadangan Tarikh : Mei 2023 Tempat : Betong - Yala – Betong (285km 2 hala)
4.5. Awan Nano 2.0 Cadangan Tarikh : Mei 2023 Tempat : Betong - I-reweng– Betong (75km 2 hala) 5. HAL - HAL LAIN 5.1. Bendahari mencadangkan yuran tahunan akan dinaikkan kepada RM30.00 daripada RM20.00 sebelum ini dan untuk ahli baharu akan dinaikkan kepada RM40.00, dan ini juga merupakan usul dalam mesyuarat agung yang akan diadakan. Tindakan: Bendahari 5.2. Cadangan akan diadakan perlumbaan antara ahli kelab BCC kategori MTB dan Road Bike Tindakan: AJK BCC 7. PENUTUP 7.1. Pengerusi menyarankan supaya setiap AJK memain peranan dan mencari ahli baru bagi memantapkan dan mengaktifkan kelab. 7.2. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. 7.3. Pelaporan MYKB perlu disiapkan selepas mesyuarat agung kali ke-10 7.4. Link sewaan BCC onpay RM740 setahun dan untuk kos upah sistem dan sumbangan kepada BCC akan dinaikkan RM2.00 untuk upah dan akaun BCC RM2.00. jadi bermakna setiap peserta BCC akan caskan RM4.00 seorang. 8. PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh : Tandatangan : ................................. Tandatangan : .................................... Nama : NOR AZANI BIN ABIDIN Nama : MOHAMAD RIZUAN BIN MUSA Jawatan : Setiausaha Jawatan : Presiden Kelab Tarikh : 05/1/2023 Tarikh : 05/1/2023