MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB BERBASIKAL BAYU BALING BIL. 2 / TAHUN 2023 Tarikh : 19 Jan 2023 Masa : 9.00 malam Tempat : Kedai Burger Pet Own Kompleks Rakan Muda Baling 1. KEHADIRAN : BIL NAMA 1 Mohamad Rizuan b.Musa 2 Mohd Azlisham b. Ibrahim 3 Zahimi b. Ramli 4 Nor Azani bi Abidin 5 Azmi b. Ibrahim 6 Mohammad Kholbi Bin Azizan 7 Nor Azma Binti Zaiduddin 8 Mazlan Bin Mohd Yusof 9 Min Chai A/L Tan Kee Leng 10 Mohd Fauzi B Halim 11 Ruslan Bin Mat Desa 12 Azlin Bin Yacob 13 Muhammad Syafir Bin Md Isa 14 Azmi Bin Ramli 15 TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. Abdul Malik Bin Karim 2. Hafizan Bin Othman 3. Mohd Adib Afham Bin Azlin TURUT HADIR : 1. Tiada 2. UCAPAN ALUAN PRESIDEN 2.1 Mohamad Rizuan bin Musa selaku Presiden Kelab mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sanggup meluangkan masa untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat AJK yang kedua ini. 2.2 Pengerusi berharap selepas mesyuarat agung kali ke-10 MYKB perlu dibuat seminggu selepas mesyuarat agung diadakan. 2.3 Beliau juga mengharapkan ahli mesyuarat dapat memberi idea untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini. 2.4 Pengerusi menjemput bagi wakil Jemputan Walimatulurus YB Cikgu Nasir pada 21 Jan 2023 dan berharap agar ahli AJK dapat menghadirkan diri. Makluman : Semua AJK
2.5 Akhir sekali Pengerusi berharap semua AJK kelab dapat memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan prestasi kelab dan menyampaikan maklumat kelab kepada ahli-ahli yang lain. Makluman : Semua AJK 3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA YANG LEPAS 3.1 Mohd Azlisham Bin Ibrahim mencadangkan minit mesyuarat AJK kali pertama disahkan dan disokong oleh Nor Azma Binti Zaiduddin Dapatan daripada mesyuarat AJK kali pertama 3.2 Pengerusi memaklumkan dalam perkara 3 dalam mesyuarat AJK kali pertama tentang surat jemputan dan surat memohon sumbangan daripada YB ahli Parlimen Baling Ustaz Hassan Bin Saad. Tarikh Mesyuarat Agung Kali Ke-10 dikekalkan 23 Feb 2023. 3.3 Pengerusi memaklumkan juga surat untuk sewaan bilik mesyuarat Kompleks Rakan Muda Baling juga perlu diserah kepada pegawai yang bertugas untuk pemakluman. Tindakan : S/U BCC 3.4 Dalam perkara 4.1 mesyuarat AJK kali pertama Program Kayuhan Ukhwah ke Kuala Terengganu sepatutnya bulan Disember 2022 tetapi ditunda ke tarikh baharu 4, 5 dan 6 Mei 2023. 3.5 Laluan Kayuhan Ukhwah adalah dari Besut ke Kuala Terengganu dan patah balik ke Besut semula dan bermalam di Besut selama 1 malam. Makluman: Semua AJK 3.6 Pengerusi memaklumkan KOM INAS 2.0 akan diadakan mesyuarat semula persiapan selepas hari raya Aidilfitri dan akan dibuat mesyuarat pelarasan tugas. 3.7 Funride dengan kerjasama Polis Daerah Baling akan diadakan bulan Mei dan perlu mendapat persetujuan dari pihak Polis Daerah Baling. 3.8 Kayuhan Ukhwah Betong ke Yala dengan kerjasama kelab berbasikal Yala akan diadakan pada 18 dan 19 Feb 2023 akan berjalan seperti yang dirancang. Jarak kayuhan adalah 135km sehala dan bersama marshal yang telah dilantik oleh kelab 3.9 Surat Pemakluman perlu dihantar pada IPD Baling dan IPD Betong. 3.10 Kayuhan Ukhwah ini juga bertujuan untuk menyalurkan dana kepada Mahaad Tahfiz Yala dan dana akan dicari oleh tuan pengerusi dan masa kayuhan akan bermula dari pukul 8 pagi sehingga ke pukul 4 petang waktu Thailand 3.11 Sewaan hotel telah dibuat oleh ahli kelab dan yuran akan dimaklumkan kelak Tindakan : S/U BCC 4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 5. HAL - HAL LAIN 5.1 Kayuhan Ukhwah BCC peringkat dalaman akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri Cadangan Trek : Baling - Sedim - Baling Baling - Gurun – Baling 5.2 Cadangan akan diadakan perlumbaan antara ahli kelab BCC kategori MTB dan Road Bike 5.3 Cadangan untuk buat jersey baharu sesi 2023 – Warna Purple, harga RM140 Tindakan: AJK BCC
6. PENUTUP 6.1 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. 6.2 Pelaporan MYKB perlu disiapkan selepas mesyuarat agung kali ke-10. 6.3 Harapan pengerusi BCC akan terus maju dalam bidang sukan berbasikal. 7. PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.44 malam. Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh : Tandatangan : ................................. Tandatangan : .................................... Nama : NOR AZANI BIN ABIDIN Nama : MOHAMAD RIZUAN BIN MUSA Jawatan : Setiausaha Jawatan : Presiden Kelab Tarikh : 19/1/2023 Tarikh : 19/1/2023