Punca utama murid gagal atau dapat markah rendah dalam
peperiksaan adalah disebabkan asas Matematik mereka lemah.
Justeru, saya kongsikan nota asas yang SEPATUTNYA murid dah
kuasai bila melangkah ke Tahap Dua khususnya Tahun Enam.
SANGAT RUGI jika anak-anak belum kuasai asas penting ini.
Sila lihat perkongsian nota yang saya sediakan di ini.
PERTAMA
Topik paling awal murid belajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam
ialah Nombor dan Operasi.
Asas yang perlu anak-anak kuasai dalam topik ini ialah:
1) Nilai Tempat
2) Nilai Digit
3) Cerakin
4) Pembundaran
KEDUA
Operasi asas dan penyelesaian masalah. Dalam topik ini anak-anak
kena tahu asas:
1) Nombor Genap
2) Nombor Ganjil
3) Nombor Perdana
4) Tambah, tolak, darab dan bahagi
5) Aturan kepentingan operasi
6) Kata kunci soalan penyelesaian masalah.
Jika ada operasi bercampur, hendaklah selesaikan operasi
berdasarkan urutan berikut :-
1) Kurungan = ( )
2) Bahagi/Darab (Operasi mana di depan, ia didahulukan)
3) Tambah/Tolak (Operasi mana di depan, ia didahulukan)
KETIGA
Perpuluhan juta dan pecahan juta (Tahun Enam). Soalan ini kerap
keluar dalam peperiksaan termasuk peperiksaan sebenar UPSR.
Anak-anak perlu tahu asas menukarkan perpuluhan juta kepada
nombor bulat atau pecahan juta dan sebaliknya.
KEEMPAT
Asas PECAHAN adalah salah satu topik yang WAJIB anak-anak
KUASAI. Topik ini memerlukan anak-anak kuasai:
1) Pecahan Wajar
2) Pecahan Tidak Wajar
3) Pecahan Bercampur
4) Pecahan Setara
5) Pecahan Termudah
6) Penukaran Pecahan Kepada Nombor Perpuluhan dan Sebaliknya.
Sudahkah anak-anak kuasai topik pecahan? Jika belum, asah segera!
NOMBOR BERCAMPUR = Gabungan Nombor
Bulat dengan Pecahan Wajar
Contoh : 2 3 , 5 4, 3 4, 4 1 …
4 662
KELIMA
Perpuluhan. Ia merupakan topik berkaitan dengan topik pecahan dan
murid mudah faham jika menguasai topik pecahan.
KEENAM
Peratus merupakan topik lanjutan daripada topik pecahan dan
perpuluhan yang kerap keluar soalan dalam peperiksaan. Hampir
setiap kali ujian, soalan peratus ada.
Persiapan anak-anak dengan asas peratus ya! Boleh rujuk nota yang
saya sediakan.
KETUJUH
Soalan topik Wang biasanya murid dapat kuasai bila mereka faham
dan kuasai topik perpuluhan.
KELAPAN
Topik masa dan waktu. Topik ini kerap memerangkap murid terutama
berkenaan dengan soalan jarak masa atau tempoh masa. Tambah-
tambah bila tempoh masa yang ditanya itu melibatkan tempoh tamat
berlainan hari dan bulan.
Kena sentiasa buat latihan berdasarkan latihan topikal. Satu-satu
topik itu pulun sampai beratus-ratus soalan, InsyaAllah anak akan
cepat power dalam Matematik.
Matematik perlukan latih tubi yang banyak. Makin banyak latih
tubi, makin cepat anak-anak ingat dan kuasai sesuatu topik.
KOLEKSI LATIH TUBI OPERASI DARAB
PELBAGAI TAHAP KBAT
SEMOGA NOTA YANG DIKONSIKAN INI MEMBERI MANFAAT
KEPADA ANAK-ANAK SEMUA….ASSLAMUALAIKUM WRT