The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAUZAN BIN MD. NOH Moe, 2020-10-13 08:49:54

PENGORBANAN INSAN BERGELAR GURU

PENGORBANAN GURU

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat
dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga
baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah
baginda SAW hingga ke hari akhirat.

Profesion sebagai seorang guru adalah antara bidang pekerjaan
yang mulia. Guru mempunyai darjat dan martabat yang tinggi, di mana
kalimah keramat gelaran cikgu atau ustaz sentiasa abadi dalam
kehidupan guru dan tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat
sekalipun mereka sudah lama bersara. Panggilan guru tersebut akan
kekal sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa bersama.

Pada masa kini, memegang status sebagai seorang guru bukanlah
satu perkara yang mudah. Realiti pada hari ini, menjadi seorang guru
bermaksud individu tersebut perlu berhadapan dengan karenah
serta perangai pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan pelajar-
pelajar. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah, namun
memerlukan kepada kesabaran dan kesungguhan dalam mendidik
Jjasa para pendidik dalam bersusah payah dan berpahit jerih
membentuk generasi hadapan ini, “Guru dan Kemuliaannya” menurut
perspektif Islam.

1

Semoga penjelasan ini dapat memangkin semangat yang baru dalam
jiwa para guru untuk terus mencurahkan khidmat bakti dalam usaha
mendidik generasi rabbani. Amin.

Pembahagian Manusia

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang unit dan hebat.
Penciptaan manusia ini adalah berbeza dengan maklukNya yang lain
kerana dilebihkan dengan pengurniaan akal fikiran dan banyak lagi.
Allah SWT berfirman:

ْ‫تَق ِويمْ أَح َس ِْن فِي اْ ِلن َسا َنْ َخ َلقنَا َل َقد‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan
keadaannya).”

(Surah al-Tin: 4)

Ibn Kathir menyebut antara kelebihan manusia ialah boleh berjalan
secara berdiri tegap menggunakan kaki, makan dengan tangan yang
membezakan dengan binatang yang berjalan dengan empat kaki dan
makan dengan menggunakan mulut. Manusia juga dikurniakan
pendengaran dan penglihatan dan hati yang dengannya itu boleh
berfikir setiap sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya sendiri, mampu
membezakan tentang sesuatu perkara dan boleh mengetahui
manfaat dan kemudaratan serta kelebihan dalam perkara-perkara
dunia dan agama. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/97)

Allah SWT mengurniakan keistimewaan akal kepada manusia,
kebolehan membezakan serta kesanggupan menerima ilmu yang
pelbagai jenis. Begitu juga, mereka mampu membuat gagasan-

2

gagasan yang menjadikannya mampu menguasai alam wujud.
Disamping itu, mereka juga mempunyai kemampuan dan jangkauan
untuk memperolehi apa yang dikehendaki. (Lihat Tafsir al-Maraghi,
15/7637)

Sebenarnya manusia ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan
ragamnya, tetapi secara khusus dapatlah dibahagikan kepada tiga.
Yang berilmu, yang belajar dan yang tidak berilmu dan tidak belajar.
Justeru itu, Saidina Ali R.A berkata:
ْ‫ثَ ََلثَْة النَّاس‬: ‫ َربَّا ِن ْي فَعَا ِلْم‬، ‫ َن َجاْة َس ِبي ِْل َع َلى َومتَ َع ِلْم‬، ْ‫ َنا ِع ْق ك ِْل أَت َبا ْع َر َعاع َو َه َمج‬، ‫ِريحْ ك ِلْ َم َْع يَ ِميلو َْن‬

Maksudnya: “Manusia ada tiga jenis: Seorang alim rabbani (yang t4kut
kepada Allah SWT) dan seorang murid (pelajar) yang ingin selamat,
dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong
mengikut arah angin.

Beliau juga berkata:
‫ال َما ِلْ ِم َْن َخي ْر ال ِعلْم‬، ‫يَحرس َكْ ال ِعلْم‬، ‫ال َما َلْ تَحرسْ َوأَن َْت‬، ْ‫ال َع َم ِلْ َعلَى َيزكو ال ِعلم‬، ْ‫َما بَاقو َْن َوالع َل َما ْء …ال َّن َف َقةْ تن ِقصهْ َوال َمال‬
‫ال َّده ْر َب ِق َْي‬، ْ‫ َمفقو َدْة أَعيَانهم‬، ْ‫ َموجو َدْة القلو ِْب فِي َوأَمثَالهم‬،

Maksudnya:“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu,
sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan
sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan…Dan ulama’ itu akan
tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran
mereka selalu diingati dalam hati.” (Lihat Hilyah al-Auliya’,
1/80, Tarikh Dimasyq, 14/18,Tazkirah al-Huffaz, 1/11 dan Tahzib al-
Kamal, 24/220)

3

Keutamaan Mengajar Ilmu

Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti
mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala
sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Mas’ud
Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda:
‫فَا ِع ِل ِهْ أَج ِرْ ِمث ْل َف َلهْ َخيرْ َعلَى َد َّلْ َم ْن‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka
dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang
mengerjakannya.”

Riwayat Muslim (1893)

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith di atas berkata: “Kelebihan
orang yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, memberikan
perhatian dan membantu orang yang melakukan kebaikan. Pada
hadith ini juga terdapat kelebihan mengajarkan ilmu dan kewajiban
ibadah terutama kepada orang yang akan mengamalkan ibadah
tersebut dari kalangan orang yang rajin beribadah dan selainnya.”
(Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 6/370)

Beliau turut menyebut: “Maksudnya semisal dengan ganjaran/pahala
orang yang melakukannya. Sesungguhnya bagi orang yang
menunjukkan tersebut pahala/ganjaran atas perbuatan tersebut
sebagaimana orang yang melakukannya mendapatkan
ganjaran/pahala. Namun hal ini tidak memberikan konsekuensi
besarnya ganjaran/pahala keduanya sama persis.” (Lihat al-Minhaj fi
Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 6/370)

4

Imam al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesungguhnya semisal (di
sini maksudnya) sama baik kadar atau penggandaannya. Kerana
ganjaran/pahala pelbagai amalan sesungguhnya hanya keutamaan
dari Allah, yang akan Dia berikan kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki-Nya, atas segala sesuatu yang muncul darinya.
Terutama jika niatnya benar, di mana niat merupakan asal/pokok
pelbagai amalan.” (Lihat Syarh Sahih Adab al-Mufrad, 1/290)

Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan,
percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar
daripada Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-
Nya. (Lihat Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh al-Salihin)

Orang yang memberikan suatu kemanfaatan tidak akan terputus
amal perbuatannya, selama mana kemanfaatan tersebut
dinisbahkan kepadanya. Ini adalah tugas dari para nabi dan rasul,
serta yang menyeru kepada agama ini dengan ikhlas. (Lihat Madarij
al-Salikin, 1/87)

Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A,
Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫فِى َس َّْن َو َمنْ َشى ْء أجو ِر ِهْم ِمنْ َينق ْص َولَْ ِب َها َع ِم َْل َمنْ أَج ِرْ ِمث ْل َلهْ ك ِت َبْ َبع َدْه ِب َها َفع ِم َْل َح َسنَةْ سنَّ ْة اْ ِلسَلَ ِمْ فِى َس َّنْ َمن‬
‫َشىءْ أَو َزا ِر ِهْم ِمنْ َينق ْص َو َلْ ِب َها َع ِم َلْ َمنْ ِوز ِرْ ِمث ْل َعلَي ِْه ك ِت َبْ َبع َدهْ بِ َها فَع ِم َلْ َس ِيئَْة سنَّ ْة اْ ِلسَْلَ ِْم‬

Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan
lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya
ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun
tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya,
barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu
diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa

5

semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya
sedikit pun.”

Riwayat Muslim (1017)

Oleh itu, daripada nas-nas yang dinyatakan di atas, jelas bahawa
orang yang menunjukkan sesuatu kebaikan kepada orang lain,
khususnya dalam pengajaran ilmu, maka sudah tentu mempunyai
kelebihan dan keutamaan yang besar.

Gelaran Guru

Betapa mulianya guru sehingga mereka digelar dengan pelbagai
gelaran seperti cikgu, ustaz, maulana, tok guru, syeikh, dan juga
kadang-kadang disifatkan sebagai mursyid, murabbi, muaddib dan
lain-lain. Ini jelas menunjukkan ianya disanjung kerana dengan
merekalah manusia menjadi manusia bahkan diisi dengan jati diri,
akhlak, modal insan di samping membawa kepada ma’rifatullah.

Kami lebih cenderung agar guru dikenali sebagai mu’allim yang
memberi maksud pemberi dan pengajar ilmu. Oleh kerana guru
memiliki segunung ilmu, maka sudah pasti ia dapat menaungi,
membimbing, mengasuh dan mendidik murid dan pelajarnya sehingga
jadilah mereka dengan watak-watak mulia, soleh, berpekerti dan
lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi
pelbagai bidang tugas dan pekerjaan. Sudah pasti ilmu yang diterima
oleh seseorang sejak mengenali alif, ba, ta, dari gurunya sentiasa
menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.

6

Martabat Guru

Dengan menekuni nas-nas jelas menunjukkan betapa mulianya guru
kerana dia telah membawa bersamanya ilmu. Begitu juga dengannya
dia dapat menunjukkan pelajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan
yang mana wajib mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Antara
yang menunjukkan kemuliaan guru atau mu’allim ialah:

 Kebaikan yang Allah SWT kurniakan kepadanya. Ini berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah
bersabda:

ْ‫ َخيرا ِب ِْه لَل ََّْا ي ِر ِْد َمن‬, ‫اَل ِدي ِنْ ِفي ي َف ِقه ْه‬

Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh
Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.”

Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Dalam hadith ini terdapat keterangan
yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang berilmu di atas
semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu
yang lain.” (Lihat Fath al-Bari, 1/165)

 Guru sebagai khazanah harta yang tiada ternilai. Benarlah sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

‫ َم َعا ِدنْ َوال َّنا ْس‬، ْ‫َف ِقهوا ِإذَا اْ ِلسَ َل ِمْ ِفي ِخيَارهْم ال َجا ِه ِل ّيَ ِةْ ِفي ِخ َيارهْم‬

Maksudnya: “Manusia itu adalah umpama barang-barang galian
seperti barang galian emas dan perak. Sebaik-baik mereka di zaman
kejahilan dulu juga akan menjadi sebaik-baik manusia setelah
mengikut Islam jika mereka memahami Islam itu.”

7

Riwayat Bukhari (3495) dan Muslim (2526)

 Guru menjadi penunjuk jalan kebaikan. Dalam satu hadith yang
diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah R.Ahuma, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫ َح َس َن ْة س ّنَةْ اْ ِلس ََل ِْم فِي َس َّنْ َم ْن‬، ‫ َبع َدهْ ِب َها فَع ِم َْل‬، ْ‫ ِب َها َع ِم َلْ َمنْ أَج ِرْ ِمثلْ لَهْ كتِ َب‬، ْ‫َشيءْ أجو ِر ِهمْ ِم ْن يَنقصْ َو َل‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam
Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya,
dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan
tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun.”

Riwayat Muslim (1017)

 Guru selamat daripada celaan. Hal ini berdasarkan kepada hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah
bersabda:

‫ َملعو َن ْة ال ُّدن َيا‬، ْ‫متَ َع ِلما أَ ْو َعا ِلما أَوْ الْلِ ِذك َرْ ِإ َّلْ ِفي َها َما َملعون‬
Maksudnya: “Dunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati
Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan
pelajar.”

Riwayat Ibn Majah (4112) dan al-Tirmizi (2322)
Syeikh Syuaib al-Arnaut menghukumkan sanad hadis ini sebagai
hasan

Sebenarnya terlalu banyak kelebihan guru dan penuntut ilmu.
Justeru, memadai apa yang telah disebutkan di atas.

8

Tanggungjawab Kepada Guru
Oleh kerana guru adalah pelita kepada ummah yang
memegang wazifah sebagai pewaris Nabi, sudah pasti
kedudukannya hendaklah dimuliakan. Kerana itu ramai dalam
kalangan para ulama’ mengarang kitab, menekankan betapa
pentingnya penghormatan dan kemuliaan kepada guru. Antara
mereka adalah seperti Imam al-Ghazali, Ibn Abd al-Bar, Abd al-Fatah
Abu Ghuddah, Bakar bin Zid dan al-Ajurri.
Sasterawan Negara, Osman Awang dalam sajaknya yang
bertajuk “Guru Oh Guru” menyebut:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

9

Wajib kita memuliakan guru kita dan antara tanggungjawab yang
sepatutnya kita tunaikan ialah:

 Menghormati dan memuliakannya, walaupun sudah selesai dari
bangku sekolah. Rasulullah SAW pernah bersabda:

‫ِل َعا ِل ِم َنا َو َي ِفْ َك ِبي َر َنا َوي ِج َّلْ َص ِغي َر َنا َير َحمْ َلْم َم ْن ِم َّنا لَي َْس‬
Maksudnya: “Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak
menyayangi yang muda, tidak menghormati yang tua, dan tidak
mengerti hak ulama kami.”

Riwayat Ahmad (5/323) dan al-Bazzar (2718)

Imam Nawawi berkata: “Seorang murid hendaklah melihat gurunya
dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian
gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan
seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih
dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari
gurunya tersebut.” (Lihat al-Majmu’, 1/84)

 Berdoa untuk kepada guru. Sabda Rasulullah SAW:
ْ‫ فَ َكافِئوْه َمعروفا إِ َليكمْ َص َن َعْ َمن‬، ‫َكافَأتموهْ قَدْ أَ َّنكمْ تَ َروا َحتَّى لَ ْه َفادعوا ت َكافِئو َن ْه َما تَ ِجدوا لَمْ َفإِ ْن‬
Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka
balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya,
maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah
membalasnya.”

Riwayat Abu Daud (1672)

10

Hal ini juga sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf al-Soleh.
Antaranya disebut bahawa Imam Ahmad selalu berdoa untuk Imam
al-Syafi’e yang menjadi gurunya.

 Menjaga adab ketika berada dalam majlis guru seperti memberi
sepenuh perhatian dan fokus. Ahmad bin Sinan menjelaskan
mengenai majlis Abd al-Rahman bin Mahdi, guru Imam Ahmad,
katanya: “Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dalam
majlis Abd al-Rahman bin Mahdi, tidak ada seorang pun yang
berdiri, tidak ada seorang pun yang mengasah pena dan tidak ada
yang tersenyum.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 17/161)

 Menolong dan membantu serta menyelesaikan hajat gurunya
apabila gurunya perlu kepada bantuannya dengan ini sudah pasti
unsur keberkatan akan menyelubungi kehidupan murid tersebut.

 Tidak berasa hati apatah lagi berdendam kepada gurunya, begitu
juga dengan memukul gurunya. Ini kerana, sifat tersebut amat
bercanggah dengan nilai dan etika seorang pelajar ilmu.

 Menziarahi gurunya apabila sak1t atau m4ti. Begitu juga jika perlu
pada masa hayat gurunya dengan menzahirkan sifat tawaduk
sekalipun muridnya sudah menjadi tokoh yang terbilang.

 Tidak sombong serta takabbur kepada gurunya. Begitu juga
menjaga adab ketika bersamanya. Saiyidina Ali R.A pernah
berkata: “Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah,
kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara
umum tetapi memberi salam kepadanya secara khusus. Kamu
hendaklah duduk di hadapannya dan jangan menggerak-
gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya. Jangan sekali-
kali kamu mengenyitkan mata di hadapannya, jangan terlalu
banyak bertanya kepadanya, jangan cuba membantunya dalam

11

memberikan sesuatu jawapan, jangan kamu mendesaknya ketika
dia rasa malas dan jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika
dia enggan.” (Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 22)
 Sentiasa bersikap rendah diri kepada guru. Ibn Jama’ah
berkata: “Hendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah
dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya
adalah kebanggaan.” (Lihat Tazkirah al-Sami’ wa al-Mutakallim,
hlm. 88)
Ibn al-Mu’taz berkata: “Pelajar yang tawaduk dan selalu merendah
diri sudah pasti akan mendapat banyak ilmu umpama tanah yang
rendah akan mengalir kepadanya air yang lebih banyak.”
 Mencontohi dan meneladani akhlak guru. Imam al-Sam’ani
menceritakan bahawa majlis Imam Ahmad bin Hanbal dihadiri oleh
lima ribu orang. Lima ratus orang menulis, manakala selainnya
hanya ingin melihat dan meniru adab dan akhlak Imam Ahmad.
(Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 11/316)
Selain itu, antara adab dengan guru juga ialah tidak membenc1 guru,
tidak mem4ki guru, tidak menyak1ti guru, tidak menyak1ti hatinya, tidak
meninggikan suara dengan guru, tidak bermasam muka dengan guru
dan tidak mengh1na guru. (Lihat Tinta Nasihat untuk Penuntut
Ilmu, hlm. 127)

12

Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Guru
Sungguh Mulia di Sisi Allah

Sahabat yang dirahmati Allah, Guru adalah seorang pendidik
sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah
yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan
generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta
sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya
sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup
bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan
kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-
Quran :

‫يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت‬

Maksudnya: “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang
yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing
dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan
penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai
tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan
peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh
dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui
pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan
tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh
masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah
dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah
akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa,
menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata
kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada
pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat
Islam.

13

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu
(wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik”.( Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar
mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya
mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut
menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu
dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik,

memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak

didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan

beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa
keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di
dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat
iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak
didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal
soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam
pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan
duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan, Peranan guru dalam mendidik
masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulin untuk
menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan

14

Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah,
mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi
fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah
(pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama
manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi
contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama
menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang
digambarkan oleh Al-Quran:

‫يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور‬

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang),
dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu,
sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-
perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.
(Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:
‫رعيته عن مسؤل وكلكم راع كلكم‬

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan

setiap kamu ditanya berkaitan dengan

tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan
terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas
dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan
asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah s.w.t.
Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan

15

akhlak Islam dan takut kepada azab Allah s.w.t jika
melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik
perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-
jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa
para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah
membawa syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan
ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang
lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada
kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita
sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh
kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-
anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu
bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru
untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan
meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula
perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang
menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan
menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah,
qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group
usrah di waktu-waktu cuti atau hujung minggu.

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti
lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang
diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu
dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu
bapa dan guru merangka program yg bermanfaat. Apabila
aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-
sama menyokong serta memartabatkan profesyen
keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan
nahi munkar.

16

Sahabat yang dikasihi, Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali
dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita
mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan
mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi
wasallam, sejarah para sahabat r.a dan para solehin,
hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani
di sekolah-sekolah.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan
penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara
berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

‫مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع‬

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan
solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah
mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta
pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat
Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

‫علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم‬

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli
rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan
mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.
Firman Allah taala:

‫لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا‬

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu

17

bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan )
Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam
masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat
pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat
yang beriman, berilmu , bertaqwa dan berketerampilan,
yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama,
masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam
yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni,
bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.

Guru membawa misi penyempurnaan akhlak,
sebagaimana misi diutusnya Rasulullah Muhammad s.a.w .
Nabi sendiri dengan tegas pernah bersabda: "Innama
buitstu liutammima makaarima al-akhlaq, artinya
sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan
akhlak (manusia)."

Lantaran itu, tidak salah jika ahli tafsir mengatakan bahwa
posisi guru setingkat di bawah Nabi, sebagaimana yang ia
pahami dalam sabda Nabi s.a.w., : "Al-Ulama'u waratsatu
al-Anbiya', (Ulama [menurutnya termasuk guru] adalah
pewaris para Nabi).

Sahabat, Guru yang menyampaikan ilmunya adalah
berupa ilmu yang bermanfaat, jika ilmu tersebut di
amalkan berterusan hingga ke hari kiamat maka
walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka
pahalanya akan berterusan diperolehi.

Perhatikanlah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Apabila
seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah

18

jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang
mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap
dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau
sudah tidak ada di dunia ini.

Guru Dihormati, Ilmu Diberkati

Islam amat menitik beratkan soal adab dalam kehidupan.
Adab yang perlu dijaga adalah adab dengan Allah SWT,
adab sesama manusia dan alam sekeliling.

Persoalan adab ini banyak diberi penekanan dalam al-
Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Di antara adab
yang perlu diambil perhatian adalah adab dengan guru.
Guru merupakan insan yang mulia.

Mereka mendidik kita sehingga menjadi insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Melalui
didikan dan bimbingan guru, kita menjadi insan yang
berilmu dan dapat pula memanfaatkannya untuk diri
sendiri dan masyarakat.

Oleh itu, kita perlulah menjaga adab semasa bersama
dengan guru sebagai menghargai jasa bakti mereka

Sebuah kisah yang dirakamkan dalam al-Quran berlaku
antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS boleh kita jadikan
pengajaran. Seperti mana maksud ayat 69 daripada
Surah al-Kahfi yang telah dibacakan di awal khutbah tadi
yang bermaksud: “Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati
aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan
membantah sebarang perintahmu.”

Nabi Musa AS dengan sifat merendah diri telah
menzahirkan adab sebagai seorang murid dengan
gurunya. Antaranya sikap sabar dan menurut kata-kata

19

guru. Inilah contoh sikap yang perlu diambil perhatian oleh
seseorang murid terhadap gurunya.

Seseorang yang pernah mendidik kita adalah guru yang
perlu kita hormati. Daripada merekalah kita belajar
membaca, menulis dan mengira sehingga kita menjadi
insan yang berguna. Banyak kisah para ulama silam yang
menghormati guru mereka boleh kita jadikan pengajaran .

Imam Syafie menghormati dan menghargai seseorang
yang pernah mengajarnya walaupun ilmu yang sedikit.
Pada suatu hari sedang beliau memberi kuliah kepada
para pelajarnya, datang seorang Badwi yang comot dan
busuk sekali. Lantas beliau menghentikan kuliahnya
untuk mendekati Badwi itu dan memeluknya dengan erat.

Selepas daripada kuliah, muridnya pun bertanya mengapa
beliau memeluk Badwi tersebut sedangkan dia comot dan
busuk? Beliau memberitahu bahawa Badwi tersebut
adalah gurunya dan kerana itu beliau memeluknya
sebagai cara menghormati guru. Pelajar-pelajar beliau
semakin terpegun apabila mengetahui bahawa Badwi
tersebut adalah guru kepada Imam Syafie.

Selanjutnya Imam Syafie berkata: “Pada suatu hari,
sedang aku menulis kitab fekah, aku menghadapi satu
masalah untuk mengenali dan membezakan antara anjing
yang cukup umur dengan yang belum cukup umur. Lalu
aku fikir tentu Badwi itu tahu kerana Badwi banyak
memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing
mereka. Aku pun bertanya kepada Badwi yang aku peluk
tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup
umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila
membuang air kecil, manakala anjing yang tidak cukup
umur tidak mengangkat kakinya apabila membuang air
kecil. Dengan penerangan Badwi itulah maka aku dapat
menyiapkan kitabku ini.” Walaupun hanya sedikit ilmu yang
diperolehi daripada Badwi tersebut, namun penghormatan

20

beliau kepadanya menggambarkan adab yang mulia yang
dituntut dalam Islam.

Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan bagi
menjaga adab dengan guru. Antaranya adalah dengan
mengucapkan salam semasa bertemu dengan guru.

Amalan mengucapkan salam merupakan amalan yang
mulia yang sangat dituntut dalam Islam. Lebih-lebih lagi
bagi seorang murid hendaklah mengucapkan salam
apabila bertemu dengan gurunya. Jadikan diri kita sebagai
pemberi salam terawal sebelum guru kita memberi salam
kepada kita.

Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu „Anhu, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:“Yang kecil hendaklah
mengucapkan salam kepada yang besar, yang sedang
berjalan kepada yang duduk, dan bilangan yang sedikit
kepada yang banyak.” (Muttafaqun Alaih)

Membantu guru juga merupakan amalan yang digalakkan
dalam Islam. Segala amalan baik yang kita lakukan akan
diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-An‟am ayat 160:
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat),
maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan)
yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal
kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan)
yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya
(sedikitpun).”

Mohonlah kepada Allah SWT kebaikan buat guru-guru kita.
Amaran Allah SWT terhadap mereka yang sombong
daripada berdoa kepada-Nya dirakamkan dalam al-Quran
menerusi Surah al-Mukmin ayat 60:“Dan Tuhan kamu
berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat

21

dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam
dalam keadaan hina.”

Kini, ramai penuntut tidak lagi mementingkan adab kepada
guru mereka. Guru hanya dianggap sebagai manusia biasa
sahaja yang tidak perlu dihormati. Lebih parah lagi, ada
yang bermusuh dengan guru mereka. Terdapat juga
segelintir murid yang melawan, mencalarkan kereta,
menumbuk, menghina, bersangka buruk, mengumpat dan
mencaci maki guru.

Sedarlah bahawa Allah SWT juga memberi amaran keras
terhadap mereka yang bersangka buruk, mengaibkan
orang lain dan mengumpat. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Hujurat ayat 12 :“Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain.”

Marilah kita semua mengambil pengajaran terhadap
perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa menjaga adab
dan budi pekerti yang mulia dalam kehidupan seharian
adalah sikap yang dituntut oleh Allah SWT.

2. Jadilah anak murid yang sentiasa menghormati guru
supaya mendapat keberkatan ilmu mereka.

3. Sebagai umat Islam hendaklah sentiasa menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri walau di mana juga kita berada.

“Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah itu
adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati
dan apabila orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-
kata yang menghina) mereka mengucapkan salam.” (al-
Furqan : 6

22

23


Click to View FlipBook Version