The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAUZAN BIN MD. NOH Moe, 2021-02-15 07:56:03

INFO DAN NOTA PENGAKAP PKK21

INFO PKK 21

INFO KUMPULAN PENGAKAP SK CHENGKAU SKK
2021

PENDAFTARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGKAU SKK
PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN TAHUN 2021

A. PENGENALAN
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform

yang ditubuhkan di sekolah ini. Pengakap Kanak-kanak sekolah ini mengandungi ahli-
ahli yang berumur antara sepuluh hingga dua belas tahun.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan
yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KSSR
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati
amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula
menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan mereka.

B MATLAMAT
1. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan

jasmani mereka;
2. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
3. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi

pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
4. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-

bidang tertentu;
5. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras

dengan hasrat Rukunegara;
6. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping

dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
7. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada

sekolah dan masyarakat.

Baca Maklumat-maklumat Pengakap di bawah, kemudian catatkan serta
lukiskan logo, lencana dan bahan bergambar di dalam Buku Log Pengakap
berdasarkan tajuk-tajuk di bawah...

C SEJARAH PENGAKAP

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
ROBERT BADEN-POWELL

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun
1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di
Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree"
sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret
yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang
pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia
(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di
Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby
dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.
Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang
juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922,
pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini
bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.

Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku
Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada
tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan
Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C.
Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif
sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap
Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS
Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926
Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM
Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

D LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu
taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan

E LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu:
taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning
bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak
kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia,
iaitu agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk
Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

F ISTIADAT PENGAKAP
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.
1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA”
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa
15. AKELA memberi arahan “Senang diri”

16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan

dalam keadaan sedia.
2. AKELA berteriak “BENDERA”
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke

belakang dan memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

G ISTIADAT LAUNG AGUNG PENGAKAP
Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan
sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi
AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang
tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas
mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT
HABIS BAIK’

7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

H HORMAT PENGAKAP
1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu
menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera
pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
I UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.

Kedua
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,
orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.

Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.

Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan
Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

J PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan
seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Untuk Makluman
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
(PKK)

Fasal 1 : Nama dan Alamat
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-

KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAN CHENGKAU SKK KUMPULAN 21(PKK21)
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN

CHENGKAU

Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan
mengurangkan
masalah disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti
yang
disediakan.

Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 & 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli

persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil

bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang

sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada

awal tahun untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada
akhir tahun berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti
tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah
keseluruhan ahli.

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.
i. Pengerusi

Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha
Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada
Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :

a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti
disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan
Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan
ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar
atau Pentadbir Sekolah.

1. NAMA : KUMPULAN PENGAKAP - PKK 21

2. GURU PENASIHAT :

2.1
2.2
2.3
2.4

3. AHLI JAWATAN KUASA :
3.1 ..................................... (KETUA)
3.2 .................................... (PEN KETUA)
3.3
3.4
3.5
3.6

4. BILANGAN AHLI :

LELAKI : ............... ORANG

PEREMPUAN : ............... ORANG

JUMLAH KESELURUHAN : ............... ORANG

5. KEGIATAN :
TARIKH : ................................. HARI : .............
MASA : ............................

6. TARIKH : ........................

………………………………...
Tandatangan
( GPK. KOKURIKULUM)
EN AHMAD SAFUAN ALI
LULUS / TIDAK DILULUSKAN

………………………………
Tandatangan

( GURU PENASIHAT )
EN FAUZAN MD NOH


Click to View FlipBook Version