The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL. 2/2023
SMK MOHD KHALID

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirul2818, 2024-02-06 20:15:12

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL. 2/2023

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL. 2/2023
SMK MOHD KHALID

PK07 – Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 PK 07/3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MOHD KHALID MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL. 2 /2023 Tarikh : 8 Ogos 2023 Masa : 2.30 hingga 4.00 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Mohd Khalid Pengerusi : Puan Anita Binti Hj. Maizan (Pengetua SMK Mohd Khalid) Kehadiran : Pn. Anita Binti Hj. Maizan Pn. Susilawati Binti Ahmad Cik Khairun Nor Syifaq Binti Khairuddin Cik Nur Amirah Binti Mohmad Ali Cik Nur Dayana Binti Omar En. Hakim Bin Tusirin En. Nasta’in Bin M Norhadi En. Muhammad Amirul Bin M Isnin Tidak Hadir : En. Anwar Bin Mohd Fadzil 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi iaitu Pengetua Puan Anita memberikan ucapan alu-aluan. 1.2 Pengerusi merakam ucapan terima kasih kepada semua atas kehadiran dalam Mesyuarat pengurusan Asrama Bil. 2/Tahun 2023. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Dibentang oleh: Puan Anita Binti Hj. Maizan Dicadang untuk disahkan oleh : Cik Khairun Nor Syifaq Binti Khairuddin Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Susilawati Binti Ahmad 3.0 ISU-ISU SEMASA/LAPORAN: 3.1 YDP PIBG menyatakan hasratnya untuk menyumbang penapis air baharu di kantin. Penapis air yang lama akan dipindahkan ke blok aspuri di depan rumah warden. Tindakan: Makluman semua 3.2 Kunci jam pengawal keselamatan akan dipindahkan ke belakang bangunan blok aspuri (kawasan ampaian) agar pengawal keselamatan membuat rondaan sehingga ke kawasan belakang. Tindakan: Penyelia Asrama dan Makluman semua 3.3 Masalah longkang masih dalam membaik pulih. Perbincangan akan dilakukan untuk menghubungi kontraktor supaya masalah ini dapat diselesaikan. Tindakan: Penyelia Asrama


PK07 – Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 3.4 Pada 20 Ogos 2023 akan menjalankan Program Gotong-Royong MADANI yang melibatkan kawasan sekolah dan asrama. “Penyemburan Kabus Nyamuk “Fogging” akan dilakukan pada sesi petang selepas selesai Program Gotong-Royong MADANI. Tindakan: Maklumat semua 4.0 AGENDA 1: PENGURUSAN ASRAMA 4.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama unit asrama akan mengadakan Program Kecemerlangan dengan menjemput penceramah daripada universiti swasta untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Tindakan: UBK dan Makluman semua 4.2 PK HEM menyarankan untuk mengadakan Ceramah Buli yang melibatkan semua pelajar asrama. Tindakan: UBK 4.3 Tempat penyangkut pakaian dalam di blok aspuri akan dibincangankan selepas warden mengambil gambar untuk tindakan selanjutnya. Tindakan: Warden Asrama 4.4 Kelas tambahan telah diadakan untuk pelajar asrama bagi mata pelajaran matematik tambahan. Tindakan: Makluman semua 5.0 AGENDA 2: ISU PELAJAR ASRAMA 5.1 Warden asrama telah membuat pemantauan semasa pelajar keluar untuk solat jumaat di masjid. Terdapat segelintir pelajar menyinggah ke restoran yang berdekatan masjid untuk membeli makanan dan selepas daripada isu itu terdapat beberapa orang pelajar yang sakit perut. Ibu bapa mengingatkan bahawa pihak berkenaaan untuk memantau makanan di dewan makan. Perkara ini seolah-oleh ibu bapa menyalahkan pihak asrama sedangkan ianya berlaku atas tindakan anak mereka sendiri. Tindakan: Makluman semua 6.0 AGENDA 3: KEWANGAN 6.1 DUIT KOKURIKULUM 6.1.1 KPM telah menyalurkan duit kepada asrama untuk menjalankan aktiviti meliputi program kokurikulum yang melibatkan semua pelajar asrama. Tindakan: Makluman semua 6.1.2 Untuk pembelian alatan sukan perlu mendapatkan sebut harga terlebih dahulu dan membuat nota minta. Tindakan: Warden asrama 6.2 DUIT LPBT 6.2.1 Duit ini akan digunakan untuk membuat pembelian peti pertolongan cemas


PK07 – Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 yang baharu memandangkan peti pertolongan cemas yang lama telah tamat tempoh. Tindakan: Penyelia asrama 6.3 Hasil daripada pelupusan almari akan digunakan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan blok aspura dan aspuri. Tindakan: Makluman semua 7.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 7.1 Perbentangan kertas kerja untuk pertandingan keceriaan dan kebersihan asrama tahun 2023. Tindakan: Makluman semua 7.2 Hadiah akan dibeli menggunakan duit sumbangan PIBG. Tindakan: Makluman semua 7.3 Puan Pengetua mencadangkan hadiah tersebut berbentuk barangan makanan yang mempunyai khasiat. Tindakan: Makluman semua 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Puan Susilawati (PK HEM) menyatakan bahawa semua warden perlu cakna terhadap barangan larangan yang di bawa oleh pelajar ke kawasan sekolah/ asrama. Tindakan: Warden asrama 8.2 Asrama akan digunakan untuk program anjuran PPD JB. Tindakan: Makluman semua PENUTUP a) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................……… ……...............................………. (MUHAMMAD AMIRUL BIN M ISNIN) ( ) Pencatat Minit Mesyuarat Tarikh: 11 Ogos 2023 Tarikh :


PK07 – Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MOHD KHALID MAKLUM BALAS MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL. 2 /2023 Nama Mesyuarat : Mesyuarat Pengurusan Asrama Bil.2/ 2023 Tarikh : 8 Ogos 2023 Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Mohd Khalid BIL PARA PERKARA STATUS MAKLUM BALAS 1 3.1. YDP PIBG menyatakan hasratnya untuk menyumbang penapis air baharu di kantin. Penapis air yang lama akan dipindahkan ke blok aspuri di depan rumah warden. Telah dilaksanakan Penapis air telah dipasang dan penapis air lama telah dipindahkan ke blok aspuri di depan rumah 2 3.2. Kunci jam pengawal keselamatan akan dipindahkan ke belakang bangunan blok aspuri (kawasan ampaian) agar pengawal keselamatan membuat rondaan sehingga ke kawasan belakang. Tiada tindakan 3 3.3. Masalah longkang masih dalam membaik pulih. Perbincangan akan dilakukan untuk menghubungi kontraktor supaya masalah ini dapat diselesaikan. Telah selesai Masalah longkong telah selesai dalam proses membaik pulih 4 3.4. Pada 20 Ogos 2023 akan menjalankan Program GotongRoyong MADANI yang melibatkan kawasan sekolah dan asrama. “Penyemburan Kabus Nyamuk “Fogging” akan dilakukan pada sesi petang selepas selesai Program Gotong-Royong MADANI. Telah dilaksanakan “Penyemburan Kabus Nyamuk “Fogging” telah di sembur oleh MBJB semasa gotong-royong 5 4.3. Tempat penyangkut pakaian dalam di blok aspuri akan dibincangankan selepas warden mengambil gambar untuk tindakan selanjutnya. Tiada tindakan 6 4.4. Kelas tambahan telah diadakan untuk pelajar asrama bagi mata pelajaran matematik tambahan. Telah dilaksanakan Kelas tambahan telah diadakan di bilik prep aspura


PK07 – Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 7 6.3 Hasil daripada pelupusan almari akan digunakan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan blok aspura dan aspuri. Telah dilaksanakan Kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di sekitar blok aspura dan aspuri 8 7.1 Pertandingan Kecerian dan Kebersihan Asrama Tahun 2023 Telah dilaksanakan Pertandingan tersebut telah dilaksanakan dan hadiah juga telah diserahkan kepada pemenang Disediakan Oleh, …………………………………… (MUHAMMAD AMIRUL BIN M ISNIN) Tarikh: 11 Ogos 2023


1 ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MOHD KHALID KERTAS CADANGAN MEMBUAT BAJU KORPORAT PELAJAR ASRAMA


2 1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk membuat baju korporat pelajar asrama bagi menggambarkan identiti pelajar asrama SMK Mohd Khalid semasa “outing” dan pulang bermalam. Penampilan yang kemas dan menarik adalah merupakan antara kriteria­kriteria yang perlu dimiliki oleh pelajar asrama. 2.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar asrama yang mementingkan disiplin dengan memakai pakaian yang seragam ketika keluar daripada asrama malah dapat meningkatkan imej Asrama SMK Mohd Khalid. 3.0 OBJEKTIF Menyeragamkan pemakaian baju korporat bagi pelajar asrama ketika mereka keluar dari asrama. Menerapkan nilai disiplin sebagai seorang pelajar asrama. Meningkatkan imej Asrama SMK Mohd Khalid. 4.0 SASARAN Semua pelajar Asrama SMK Mohd Khalid. 5.0 CADANGAN REKA BENTUK BAJU Rujuk Lampiran A 6.0 ANGGARAN PEMBELIAN 6.1 (SYARIKAT RF PRINTING) Bil Perkara Harga (RM) Seunit 1. BAJU KORPORAT LELAKI (LENGAN PENDEK ) Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 60.00 2. BAJU KORPORAT PEREMPUAN (LENGAN PANJANG ) Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 65.00


3 6.2 NURDIANA COLLECTION ENTERPRISE Bil Perkara Harga (RM) Seunit 1. BAJU KORPORAT LELAKI (LENGAN PENDEK ) Size S-L Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 65.00 2. BAJU KORPORAT LELAKI (LENGAN PENDEK ) Size XL-4XL Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 75.00 3. BAJU KORPORAT PEREMPUAN (LENGAN PANJANG ) Size S-L Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 75.00 4. BAJU KORPORAT PEREMPUAN (LENGAN PANJANG ) Size XL-4XL Termasuk Sulam Logo, Nama dan Perkataan Di Belakang Baju 80.00 7.0 SEBUT HARGA (PESANAN MINIMUM 50 PCS) Rujuk Lampiran B dan C 8.0 PENUTUP Dengan adanya pakaian seragam iaitu baju korporat ini sememangnya dapat menonjolkan nama Asrama SMK Mohd Khalid di kalangan masyarakat dan pelajar asrama tersebut menjaga dan membawa imej asrama. Disediakan Oleh, ………………………………………………………. (MUHAMMAD AMIRUL BIN M ISNIN) Warden Asrama SMK Mohd Khalid ULASAN PENGETUA Kertas cadangan membuat baju korporat untuk pelajar Asrama SMK Mohd Khalid diluluskan / tidak diluluskan. Ulasan ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________


4 Disokong Oleh, ………………………………….. (HJH SHARINA BINTI ADNAN) Pengetua SMK Mohd Khalid


5 LAMPIRAN A REKA BENTUK BAJU PERTAMA CONTOH BAJU LELAKI CONTOH BAJU PEREMPUAN (LENGAN PENDEK) (LENGAN PANJANG)


6 LAMPIRAN A REKA BENTUK BAJU KEDUA CONTOH BAJU LELAKI CONTOH BAJU PEREMPUAN (LENGAN PENDEK) (LENGAN PANJANG)


7 LAMPIRAN B SEBUT HARGA RF PRINTING


8 LAMPIRAN C SEBUT HARGA NURDIANA COLLECTION ENTERPRISE


Click to View FlipBook Version