IVNADRIVIAIDSUI
KUMPULAN 4
AHMAD RAFIQUZZAMAN BIN MOHAMAD KASYFULLAH
(157381)
MUHAMMAD HANAFI BIN ISMAIL
(158066)
MUHAMMAD HAFIZ BIN PAUDI
(156983)
KATA ALUAN
E-buku yang bertajuk Variasi Individu
dicipta khas untuk menerangkan tentang
perbezaan individu khususnya berkaitan
dengan pelajar. Segala kandungan di dalam
buku ini boleh dijadikan panduanoleh
pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
untuk diaplikasikan dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr
Md Baharudin Abdul Rahman atas segala
tunjuk ajar dan panduan yang diberikan
kepada penulis untuk menyiapkan buku ini.
KANDIUSNI GAN
1.Pengenalan 1-3
2. BAB 1: Jenis Variasi 4-13
3. BAB 2: PENYEBAB VARIASI 12-19
4. BAB 3:IMPLIKASI PERBEZAAN
INDIVIDU TERHADAP PENDIDIKAN 20-29
5. KESIMPULAN 30
6. SOALAN 31
7. SUMBER RUJUKAN 32
PENGENALAN
1
KATEGORI JENIS
PERBEZAAN
INDIVIDU
2
Menurut kamus dewan dan
pustaka variasi bermaksud
penyimpangan atau sesuatu
yang menyimpang dari
keadaan ( ciri-ciri, sifat dan
sebagainya).
Menurut kamus dewan Variasi individu ini
dan pustaka Individu pula merupakan kelainan oleh
seseorang iaitu dari segi
bermaksud orang fizikal, jantina, kognitif ,
perseorangan. Manusia
seorang diri , terutama sikap, minat dan
menganggap seseorang sebagainya.
yang berbeza dari orang
lain.
Menurut Henson dan Eller dalam
psychology for effective teaching.
Menerangkan sifat-sifat atau ciri-ciri yang
mempunyai potensi sama ada memajukan
keupayaan seseorang atau membataskan
keupayaan seseorang untuk belajar dalam
persekitaran sekolah
3
JENIS PERBEZAAN
INDIVIDU
4
1 . FIZIKAL
Perbezaan individu dari aspek ini
boleh dilihat dari mata kasar atau
yang boleh dilihat seperti ketinggian
iaitu tinggi atau rendah. Kemudian
dari segi warna kulit cerah atau
gelap, jenis rambut lurus atau
keriting dan juga boleh dilihat dari
segi susuk badan dan rupa
seseorang.
5
2 . KOGNITIF
Perbezaan kognitif ini boleh dilihat
oleh kalangan pelajar melalui cara
mereka faham sesuatu tajuk,
menaakul, berfikir, menganalisis dan
belajar sesuatu tajuk. Setiap pelajar
mempunyai kaedah sendiri ataupun
cara mereka untuk memahami
sesuatu perkara disebabkan
rangsangan atau kognitif seseorang itu
berlainan dan cara berfikir mereka
tidak sama.
6
3. KECERDASAN
Setiap pelajar mempunyai
tahap mereka sendiri
kebiasaannya bagi manusia
biasa bacaaan IQ mereka
adalah dari 100 IQ hingga ke
120 IQ manakala golongan
yang lebih daripada 120 IQ
merupakan orang yang super
normal. Manakala bagi
seseorang yang mempunyai
bacaan bawah dari 50 IQ
dianggap sebagai kurang
bijak.
7
4 . SIKAP
Sikap seseorang individu ini berlainan jika
berlainan situasi seperti dengan orang lain, objek,
intitusi dan organisasi yang berbeza. Sikap ini juga
boleh diwarisi oleh ibu bapa seseorang individu.
Sikap ini juga boleh dilihat dari segi percakapan,
perbuatan , interaksi dan aktiviti sosial. Sikap
individu ini boleh dipengaruhi oleh persekitaran
yang positif dan negatif.
8
5. JANTINA
Mcnemar dan Turman telah menemui beberapa perbezaan antara
lelaki dan perempuan.
Perempuan mempunyai keupayaan memori yang
lebih besar dari lelaki. Manakala lelaki mempunyai
kebolehan motor yang lebih besar
Tulisan perempuan lebih
cantik dari lelaki, Manakala
lelaki lebih cenderung ke arah
Matematik dan logik
Perempuan lebih baik dari lelaki dalam
bahasa manakala lelaki leboh baik dalam
fizik dan kimia
Remaja perempuan lebih berminat
dengan cerita dongeng, cinta dan
fantasi manakala lelaki lebih minat
kepada cerita aksi, sains dan
perang.
9
6. KEMAMPUAN
MOTOR
Kemampuan sistem saraf seseorang itu untuk
melakukan sesuatu aktiviti dan dari aktiviti itu
akan menyebabkan perlaku menjadi berkemahiran.
Perbezaan motor ini boleh dilihat dari segi usia yang
berbeza. Seseorang itu boleh melakukan tugas-
tugas mekanikal dengan mudah manakala seorang
lagi tidak. Walaupun pun menggunakan tenaga
yang sama tapi berlaku juga kesukaran untuk
melakukan tugasan tersebut disebabkan oleh
kuasa, kelajuan dan kordinasi seseorang individu.
10
7. MINAT
Minat ialah bakat atau kebolehan
semulajadi seseorang dan minat ini
boleh dipengaruhi oleh faktor latar
belakang keluarga, perbezaan
bangsa dan warganegara. Minat ini
juga boleh dijadikan sebagai sifat
yang diwarisi contohnya, jika
seseorang itu datang dari keluarga
yang terlibat dalam muzik secara
tidak langsung akan mempengaruhi
minat individu tersebut. Minat juga
boleh dicungkil contohnya jika
individu itu seseorang aktif dan suka
perkara lasak dia boleh terlibat
dalam sukan seperti bola sepak,
hoki, badminton dan sebagainya.
11
8. EMOSI
Emosi ialah perasaan ataupun reaksi seseorang.
Setiap individu mempunyai reaksi tersendiri dan
reaksi ini berbeza-beza mengikut situasi. Ada yang
mudah marah dan juga ada yang tenang dan tidak
mudah marah. Emosi ini selalunya diwarisi oleh ibu
bapa dan tahap emosi itu berbeza-beza. Contoh emosi
seperti marah, takut, malu, gembira, sedih, benci dan
sebagainya. Emosi ini dibahagikan kepada 4 iaitu
fisiologi, kognitif, tingkah laku dan pengalaman
subjektif.
12
9. KAUM
Malaysia mempunyai masyarakat
majmuk atau yang berbilang
kaum seperti Melayu, Cina, India,
Kadazan, Iban dan lain-lain lagi.
Setiap kaum mempunyai cara
kehidupan mereka sendiri dan
perbezaan ini boleh dilihat dari
segi agama, adat, kepercayaan,
cara berfikir dan sikap pergaulan.
Setiap kaum di Malaysia ini
mempunyai perbezaannya yang
tersendiri seperti kita boleh lihat
dari bahasa iaitu orang Melayu
menggunakan bahasa melayu,
orang cina menggunakan bahasa
Mandarin manakala orang India
menggunakan bahasa Tamil.
13
PENYEBAB
PERBEZAAN
INDIVIDU
14
KAUM
DAN
BANGSA
Kaum dan bangsa merupakan aspek penyebab
yang ketara dalam perbezaan individu. Kaum
seperti Melayu, Cina, dan India mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri khususnya nilai budaya. Sebagai
contoh, nilai sosial, intelektual, dan cara
berinteraksi setiap kaum mepunyai perbezaan dan
cara tersendiri.
Oleh itu, faktor kaum dan bangsa sangat
memainkan peranan yang ketara dalam
membezakan tindakan seseorang individu kerana
mereka lebih cenderung untuk berfikir hasil
pengaruh budaya kaum mereka.
15
PERSEKITARAN
Persekitaran merujuk kepada keadaan yang
berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal,
iklim, sosiobudaya, politik, dan interaksi antara
manusia dan alam sekitar. Faktor persekitaran
ini akan membawa perbezaan individu dari segi
tingkah laku, aktiviti, sikap dan gaya hidup.
Sebagai contoh, gaya hidup orang yang tinggal
di bandar dan luar bandar adalah berbeza.
Mereka yang hidup di luar bandar kurang
terdedah dengan teknologi terkini manakala
mereka yang hidup di bandar lebih banyak
menerima akses terhadap teknologi. Oleh itu,
gaya hidup mereka berbeza seperti dari aspek
pekerjaan dan pendidikan.
Visit Our Website: 16 More Info: Social Media:
www.reallygreatsite.com +123-456-7890 @reallygreatsite
JANTINA
Jantina merupakan penyebab perbezaan
individu adalah kerana jantina menyebabkan
seseorang itu berbeza dari beberapa aspek
seperti perkembangan fizikal, sifat atau fitrah,
dan pencapaian. Dari asek perkembangan
fizikal, perempuan menunjukkan
perkembangan 2 tahun lebih awal berbanding
lelaki. Perempuan menunjukkan ketinggian
yang lebih dalam lingkungan usia 11 hingga 14
tahun manakala lelaki menunjukkan
ketinggiian yang lebih pada usia selepas 15
tahun.
Dari aspek sifat atau fitrah pula, perempuan
menunjukkan sifat lembut, penyayang, baik
hati manakala lelaki lebih menunjukkan sifat
keras, berani, dan cekap.
Dari aspek pencapaian, berdasarkan
Laporan National Assessment of Education
Progress (2000-2007), lebih ramai perempuan
mendapat pencapaian tinggi dalam penulisan
manakala lebih ramai lelaki mendapat
pencapaian tinggi dalam Matematik
17
UMUR
Umur juga merupakan penyebab kepada
perbezaan individu. Fizikal, emosi,
kemampuan motor, kecerdasan dan
variasi individu yang lain dipengaruhi
oleh umur. Sebagai contoh, keupayaan
belajar dan keupayaan penyesuaian
secara semulajadi akan meningkat
seiring dengan penambahan usia. Umur
yang semakin meningkat akan
menyebabkan seseorang dapat
mengawal emosi dengan baik. Seseorang
yang semakin dewasa juga akan banyak
melakukan tanggungjawab sosial.
18
PENDIDIKAN
Pendidikan juga merupakan faktor yang
sangat ketara dalam perbezaan individu.
Hal ini demikian kerana, semua sifat
manusia dikawal dan diubah melalui
pendidikan yang betul. Terdapat jurang
perbezaan dalam tingkah laku individu
yang tidak berpendidikan dengan
individu yang berpendidikan. Individu
yang tidak berpendidikan lebih didorong
oleh naluri dan emosi semata-mata
dalam setiap perkataan yang diluah dan
juga perbuatan yang dilakukan.
Manakala individu yang berpendidikan
pula banyak dibimbing oleh kekuatan
akal sebelum berbicara dan mengambil
sebarang tindakan.
19
IMPLIKASI
PENDIDIKAN
TERHADAP
PERBEZAAN INDIVIDU
20
Implikasi
Pendidikan
Terhadap Perbezaan
Individu dapat
Dibahagikan
Kepada 8 Perbezaan
21
1. PERBEZAAN GAYA BERFIKIR
· Perbezaan gaya berfikir merujuk
kepada gaya kognitif dan gaya murid
belajar yang terhasil daripada perbezaan
individu.
· Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh
murid dalam kelas seperti ada yang lebih
selesa belajar menggunakan kemudahan
audio dan ada pula yang selesa dengan
menggunakan alat visual.
· Murid-murid yang cepat bertindak
akan cepat menyiapkan kerja-kerja
rumah.
· Bagi murid-murid yang tidak
berminat dengan kerja rumah akan
menghantar lewat tugasannya kepada
guru.
· Gaya belajar dapat dilihat dalam
beberapa aspek iaitu belajar bergantung,
bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing
dan mengelakkan diri.
· Guru boleh mengenal pasti dengan
jelas keenam-enam gaya belajar ini di
dalam sesebuah kelas.
· Guru perlu mengenal pasti gaya
belajar yang ditunjukkan oleh para
pelajar di dalam kelas agar
pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik.
22
2. Objektif Pengajaran dan
Pembelajaran
· Objektif pembelajaran perlu
ditentukan mengikut kemampuan murid.
· Bagi murid yang pintar, objektif
pembelajaran perlu lebih tinggi daripada
murid yang lemah.
· Aras kesukaran pada objek atau
penilaian perlu berubah mengikut
prestasi murid.
· Bagi murid-murid yang pintar cerdas
tentu memerlukan objektif yang lebih
luas jika dibandingkan dengan kumpulan
yang lemah.
· Bagi pelajar yang lemah pula adalah
sebaliknya.
23
3. Kesediaan Belajar
· SEMEMANGNYA DIKETAHUI BAHAWA UMUR MERUPAKAN FAKTOR
YANG SANGAT PENTING DALAM MENENTUKAN KESEDIAAN KANAK-
KANAK UNTUK BELAJAR.
· NAMUN DEMIKIAN, KANAK-KANAK YANG SAMA UMURNYA TIDAK
SEMESTINYA BERADA DI PERINGKAT KESEDIAAN BELAJAR YANG SAMA.
· MURID-MURID YANG MENDAPAT PENDIDIKAN ASAS DI RUMAH
DAN PERNAH MEMASUKI KELAS TADIKA DAN PRA SEKOLAH AKAN
KELIHATAN CUKUP BERSEDIA SEMASA GURU MEMULAKAN SESUATU
PENGAJARAN.
· KEADAAANYA ADALAH BERBEZA DENGAN MURID-MURID YANG
TIDAK DAPAT MENIKMATI KEMUDAHAN DAN KEPERLUAN TERSEBUT.
· MURID-MURID YANG PINTAR SELALUNYA BERSEDIA AWAL UNTUK
BELAJAR BERBANDING DENGAN MURID LEMBAM YANG MEMERLUKAN
RANSANGAN YANG LEBIH UNTUK MENGGERAKKAN MEREKA BELAJAR.
· OLEH ITU, DICADANGKAN GURU MEMBUAT PEMERHATIAN AWAL
SECARA RAMBANG UNTUK MENDAPATKAN TAHAP KESEDIAAN MURID
PADA HARI ITU DENGAN BEBERAPA CARA SEPERTI BERMAIN TEKA-TEKI
DENGAN SOALAN SUBJEK YANG SUDAH DIAJAR SERTA MENYEDIAKAN
JAWAPAN BAGI MEMBERI PELUANG UNTUK PELAJAR MEMILIH.
· DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH PULA, PERBEZAAN DARI SEGI
UMUR, FAKTOR MOTIVASI, TEKANAN EMOSI, PEMILIHAN MATA
PELAJARAN YANG SESUAI, DAN KEYAKINAN DIRI.
· SIKAP GURU TERHADAP MURID JUGA MEMPENGARUHI KESEDIAAN
SESEORANG UNTUK BELAJAR, CONTOHNYA, SEKIRANYA SEORANG
PELAJAR TIDAK MEMINATI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TETAPI
DIPAKSA OLEH GURU UNTUK MENGAMBILNYA, BESAR KEMUNGKINAN
PELAJAR TERSEBUT TIDAK AKAN MENYEDIAKAN DIRINYA UNTUK
BELAJAR.
SITUASI INI JIKA BERLARUTAN AKAN MENYEBABKAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN PELAJAR TERSEBUT TURUT TERJEJAS.
24
4. GANGGUAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
· Gangguan pengajaran dan
pembelajaran berkaitan dengan
kesediaan belajar.
· Murid-murid yang bersedia belajar
selalunya akan memudahkan guru
memulakan pengajaran.
· Mereka juga biasanya saling
bekerjasama dengan rakan-rakan
dalam sebarang aktiviti pembelajaran
yang dijalankan.
· Sebaliknya bagi murid yang
bermasalah seperti malas belajar,
meminta perhatian yang berlebihan,
nakal dan berkelakuan tidak senonoh,
mereka akan menggangu
pembelajaran.
· Murid-murid ini akan menggangu
rakan, membuat bising dan tidak
mengendahkan arahan guru.
· Guru harus berhati-hati menangani
murid-murid salah laku yang
berkecenderungan merosakkan harta
sekolah dan mencetuskan pergaduhan
dengan rakan lain.
· Walau bagaimanapun, terdapat
kes-kes murid yang cerdik menggangu
pembelajaran seperti terlalu proaktif,
menyudahkan kerja terlalu cepat dan
berani melawan.
25
5. LATAR BELAKANG KEHIDUPAN
· Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah
keluarga ada hubung kait dengan kemajuan anak-
anaknya.
· Sebagai contoh kita sering mendengar
kebanyakan sekolah di Bandar mencatatkan
keputusan peperiksaan umum yang cemerlang
berbanding di luar bandar.
· Apabila ditinjau dan diteliti, murid-murid dari
“sekolah-sekolah cemerlang” ini sebenarnya
mempunyai latar belakang keluarga yang sempurna.
· Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai
kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-
anak mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan
komputer berinternet dan buku-buku rujukan yang
lengkap.
· Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari
kawasan luar bandar biasanya lebih rendah
pencapaian mereka dalam sesuatu peperiksaan
terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik.
· Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan
faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong
mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
· Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya
masyarakat di luar bandar secara tidak langsung
mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan
murid-murid.
26
6. Kebolehan Fizikal
· Pada umumnya, kanak-kanak mempunyai
kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan
kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor.
· Psikomotor merupakan pergerakan tubuh yang
berkaitan dengan aktiviti mental.
· Keadaan ini jelas terbukti melalui kecergasan dan
kemahiran kanak-kanak dalam sebarang kegiatan
atau permainan tertentu yang bergantung kepada
kematangan otot pada organ-organ yang penting.
· Penyelarasan psikomotor dan kebolehan
bertambah selari dengan meningkatnya umur.
· Peningkatan umur akan membawa bersamanya
kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan
otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan
penentangan kepada kelesuan.
· Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus
menguasai asas iaitu kemahiran membaca, menulis
dan mengira.
· Kemahiran-kemahiran asas seperti menulis sangat
bergantung kepada sejauh mana otot kecil mata, jari
dan tangan bekerjasama dengan kekuatan pemikiran
individu.
· Oleh itu, pelajar yang mempunyai koordinasi yang
baik diantara otot-otot mata dengan otot-otot yang
terdapat di bahagian lengan biasanya dapat menulis
dengan cepat dan cantik sekiranya dibandingkan
dengan yang menghadapi masalah dalam
penyelarasan otot-otot tersebut.
2
7
7. PERBEZAAN SOSIAL
· Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya
aktif mengambil bahagian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
· Mereka juga tidak teragak-agak menyoal guru
tentang aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran yang mereka kurang memahami.
· Oleh itu, mereka akan membentuk konsep-
konsep yang lebih jelas den seterusnya dapat
menunjukkan pencapaian persekolahan yang lebih
baik.
· Sebaliknya, murid-murid yang bersifat
introvert biasanya akan menarik diri daripada
penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
· Di samping itu, mereka akan berasa malu dan
takut untuk mengemukakan soalan-soalan
sekiranya menghadapi pelbagai kesulitan atau
keraguan.
· Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid
tersebut ketinggalan dalam kemajuan
persekolahan.
· Ekstrovert – Orang yang berminat terhadap hal
yang berlaku di sekitarnya serta suka bergaul
dengan orang yang lain, malah berfikiran terbuka.
Introvert – Orang yang bersifat suka memendam
rasa dan menumpukan perhatian pada diri dia
sendiri, malahan tidak suka bergaul dalam
masyarakat atau dunia luar.
28
8. PERBEZAAN EMOSI
· Murid-murid yang berasal daripada
keluarga yang bahagia serta mendapat
asuhan ibu bapa yang sempurna akan
mengalami kestabilan emosi.
· Murid-murid seperti ini tentu dapat
memberi tumpuan yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
· Situasi seperti ini akan membolehkan
pelajar berkenaan memperoleh
pencapaian akedamik yang baik di dalam
bilik darjah.
· Sebaliknya, murid yang berasal
daripada keluarga yang retak atau ibu
bapa yang terlalu sibuk sentiasa
mengalami masalah emosi kerana
kekurangan kasih sayang dan perhatian.
· Emosi yang kurang stabil tetap akan
menjejaskan penumpuan mereka
terhadap mata pelajaran yang diajar oleh
guru di dalam kelas.
Keadaan ini tentu akan menjejaskan
pencapaian akedemik mereka.
29
KESIMPULAN
Setiap pelajar mempunyai variasi
mereka yang tersendiri dan ia
merupakan perkara normal jika
terdapat perbezaan diantara pelajar.
Sebagai seorang guru kita mestilah
memainkan peranan yang penting
dalam memastikan masalah variasi ini
tidak menjejaskan keadaan pelajar
dalam masalah keciciran dan dapat
meningkatkan kadar pendidikan.
30
SOALAN VARIASI INDIVIDU
1.Variasi Bahasa terbahagi kepada berapa kategori?
2.Apakah perbezaan dari segi jantina yang boleh kita
lihat?
3.Senaraikan 5 penyebab perbezaan individu.
4.Bandingkan orang yang berpendidikan dan tidak
berpendidikan dalam melakukan sesuatu perbuatan.
5. Bagaimanakah objektif pembelajaran dilakukan
kepada pelajar yang pintar dan yang lemah?
6.Adakah kesediaan belajar memberikan impak yang
besar terhadap perkembangan pelajar?
31
SUMBER RUJUKAN
1.Newman, H.H, Freeman, F.N dan Holzinger, K.H (1937) Twins: A Study of
Heredity and Environment, Chicago: University Press
2. Sheldon. W.H et.al (1940), The Varieties of Human Physique. New York:
Harper & Brothers.
3. Galton, F (1869) Hereditary Genius: An Inquiry Into Its Laws And
Consequences. London: Macmillan
4.https://he.kendallhunt.com/sites/default/files/uploadedFiles/Kendall_Hun
t/Content/Higher_Education/Uploads/Henson_Eller_Ed_Psych_2e_Ch1.pdf
5. http://journalarticle.ukm.my/154/1/1.pdf
6. https://www.neliti.com/publications/235797/variasi-individual-dalam-
pembelajaran
7. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/viewFile/55/55
8.http://eprints.utm.my/id/eprint/6265/1/bab6.pdf
9. https://nces.ed.gov/nationsreportcard/
10.https://ejournal.iainkendari.ac.id/al-tadib/article/view/244
11.file:///C:/Users/Administrator/Downloads/MEKANISMETERJADINYAVARIA
SIINDIVIDUDALAMPOPULASINYA.pdf
12. http://cikgumuzikpsiko.blogspot.com/2012/08/implikasi-perezaan-
individu-terhadap-p-p.html
32