KEM SYED PUTRA
30350 IPOH
PERAK
2 RRD
MUTIARA KATA
1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran
ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya dapatlah Batalion
Kedua Rejimen Renjer Diraja menghasilkan Booklet Profil Pasukan.
Hampir 55 tahun penubuhan Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja,
pelbagai suka duka dan pahit getir telah dilalui. Pengalaman ini telah
mendewasakan pasukan dan menjadi titik tolak kemajuan dan
kecemerlangan pasukan.
2. Tercetusnya idea bagi menghasilkan Booklet Profil Pasukan adalah
bertujuan mengimbas kembali sejarah serta kejayaan yang telah dikecapi
oleh pasukan agar tidak tenggelam ditelan peredaran masa.
3. Harapan saya adalah pembaca-pembaca sekalian dapat
menyelami sejarah, pengorbanan serta perjuangan oleh mereka yang
terdahulu serta mewujudkan rasa bangga diatas segala kejayaan yang
dikecapi oleh pasukan. Akhir kata, semoga pasukan akan terus komited
bagi menjaga kesejahteraan bumi Malaysia yang tercinta ini daripada
anasir luar dan menjadi angkatan yang berkredibiliti bagi
mempertahankan kedaulatan negara.
Mac 2018
………………………………………..
Lt Kol Ahmad Zamil bin Mohamad Nor (3007318)
Pegawai Memerintah Ke-27
OSIOU OH KAMANANG 1
2 RRD
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
(a) (b) (c)
1. Mutiara Kata 1
2. Isi Kandungan 2
BAB 1 – PENGENALAN
3. Pengenalan Pasukan 3 - 4
4. Misi , Visi & Cogan Kata 5
5. Panji-Panji Pasukan 6 - 8
6. Ragaan Pasukan 9 – 10
7. Lagu Pasukan 10 - 11
8. Lokasi Penempatan 11 - 13
9. Wow Factor 14 - 15
BAB 2 - STRUKTUR KEKUATAN
10. Senarai Peg Memerintah dan SMR 16 - 21
11. Penglibatan Operasi 23 - 25
12. Pahlawan Pasukan 26 - 27
13. Penglibatan Latihan 27 - 29
14. Kecemerlangan Sukan 29 - 30
15. Lain-lain Aktiviti 31 - 33
BAB 3 - KESIAPSIAGAAN SEMASA
16. Teras Utama Operasi & Latihan 33 - 34
17. Teras Utama Pentadbiran 34
18. Teras Utama Kualiti Hidup 35
19. Penutup 35
OSIOU OH KAMANANG 2
2 RRD
PENGENALAN PASUKAN
Penubuhan Pasukan
1. Pasukan telah ditubuhkan di Kem Nyassa, Ulu Tiram, Johor pada
16 September 1963. Berdasarkan perjanjian pertahanan di antara
Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan British pada tahun 1963, Kerajaan
British telah menubuhkan dua buah pasukan infantri yang dianggotai oleh
anak-anak tempatan negeri Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai
pasukan “RANGER”. Kedua-dua pasukan tersebut adalah Batalion
Pertama Rejimen Renjer dikenali sebagai „SARAWAK RANGER‟ dan
Batalion Kedua Rejimen Renjer yang dianggotai oleh anak-anak
tempatan Negeri Sabah dikenali dengan “SABAH RANGER”. Batalion
Kedua ini telah ditubuhkan oleh anggota-anggota Tentera British dengan
bilangan besar anggota-anggota terdiri daripada kaum Kadazan. Oleh
sebab itu, pasukan telah memilih cogan katanya dalam Bahasa Kadazan
iaitu “OSIOU OH KAMANANG” yang bermaksud „SIAPA BERANI
MENANG‟. Penubuhan awal pasukan ini terdiri daripada anggota-
anggota dari „Singapore Infantry Regiment, Royal Reconnaissance’‟.
Namun begitu, sejumlah besar daripada anggota pasukan di awal
penubuhan ini adalah terdiri daripada soldadu muda dari Pusat Latihan
Rekrut (PLR) yang berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan
anggota dari batalion-batalion RRD yang lain.
2. Seramai sembilan pegawai daripada Tentera British (British Army)
telah dipinjamkan untuk membantu, mendidik serta mengawasi
penubuhan pasukan ini. Pegawai Memerintah pertama pasukan ini ialah
Leftenan Kolonel W.G Wood MC. Antara personaliti pegawai-pegawai
yang telah menjadi asas dalam penubuhan pasukan adalah seperti
berikut:
a. Lt Kol W.G Wood MC.
b. Mej E.B Bailey
c. Kapt A.J Rose
OSIOU OH KAMANANG 3
2 RRD
d. Kapt (QM) M.O Evans.
e. Lt D.O Christie.
f. Lt R.J Dem Ganher
g. Lt R.B Whittle.
h. Lt R. B Prosters.
i. WO 1 J.E Stone.
Gambar 1.1 : Pegawai dan LLP sewaktu penubuhan pasukan pada 16
September 1963 di Kem Nyassa, Ulu Tiram, Johor.
Warna Pasukan Serta Pengertian
3. Warna pasukan ini ialah hijau dan hitam yang mempunyai
pengertian seperti dirumuskan di bawah :
a. Hijau - Melambangkan ketabahan hati, keteguhan hati, serta
keinginan yang kuat.
b. Hitam - Melambangkan ketegapan, keutuhan dan keberanian.
OSIOU OH KAMANANG 4
2 RRD
Gambar 1.2 : Lambang Pasukan
MISI
4. Mendukung 2 Briged menjalankan tugas dalam masa perang dan
aman dengan penuh kredibiliti.
VISI
5. Menjadi sebuah batalion yang sentiasa dalam keadaan siap siaga
tempur yang tinggi, seimbang, terlatih, bermotivasi, lengkap dan
berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.
COGAN KATA
6. Cogan kata pasukan adalah “OSIOU OH KAMANANG”.
7. Cogan kata pasukan telah ditubuhkan oleh anggota-anggota
Tentera British dan lebih 75% daripada anggota pasukan ini adalah
daripada anak jati negeri Sabah. Suku kaum yang majoriti di dalam
pasukan ini adalah daripada kaum Kadazan. Pada 1 Jun 1969, cogan
kata pasukan ini telah diisytiharkan dengan rasminya iaitu “OSIOU OH
KAMANANG” (bahasa Kadazan) yang bermaksud “SIAPA BERANI
MENANG (WHO DARES WIN)”.
OSIOU OH KAMANANG 5
2 RRD
PANJI-PANJI
8. Setelah hampir 17 tahun berkhidmat mencurahkan bakti demi
kepentingan, kestabilan serta keharmonian negara, maka sampai masa
pasukan menerima pengiktirafan serta dianugerahkan dengan Panji-Panji
Rejimen. Upacara yang penuh gemilang dan kesegakan rejimental telah
disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed
Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen
Renjer Diraja pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin, Johor
Bharu, Johor Darul Takzim. Seramai 347 pegawai dan anggota pasukan
telah menyertai perbarisan yang mana turut dihadiri oleh Panglima
Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Panglima-
Panglima Formasi dan pegawai-pegawai kanan Kor RRD. Ketua
Perbarisan adalah Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Azam bin Mohd
Hanif, manakala penghormatan Pegawai Panji-Panji diamanahkan
kepada Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya.
Penganugerahan Panji-Panji Rejimen pada 30 April 1980
Gambar 1.3 : Upacara penganugerahan Panji-Panji Rejimen yang
disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed
Hassan Jamalullail.
OSIOU OH KAMANANG 6
2 RRD
Gambar 1.4 : Panji-Panji Rejimen Yang Lama.
9. Setelah hampir 20 tahun mengharungi cabaran, mencurahkan
tenaga dan bekerjasama membantu dalam pembangunan negara, panji-
panji pasukan telah diusahakan pertukarannya dalam satu perbarisan
yang penuh bersejarah dan pengiktirafan pada 27 November 2000
bertempat di padang kawad Kem Syed Putra. Istiadat pertukaran panji-
panji rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua
Rejimen Renjer Diraja, DYMM Tuanku Raja Perlis.
10. Seramai 275 pegawai dan anggota pasukan telah mempamerkan
kesegakan dan ketertiban perbarisan yang amat baik serta menerima
pujian daripada Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Darat
yang turut hadir. Ketua perbarisan selaku Pegawai Memerintah pasukan
pada ketika itu adalah Lt Kol Zulkifli bin Mansor manakala Pegawai Panji-
Panji adalah Lt Annuar bin Abdullah dan SMR perbarisan adalah PW 1
Ibrahim bin Abun.
11. Bersempena dengan upacara pertukaran panji-panji rejimen,
pasukan turut menganjurkan Majlis Makan Tengahari, acara BAKAT dan
Majlis Makan Malam Beradat, yang turut dihadiri oleh DYMM Kolonel
Yang DiPertua Rejimen Renjer DiRaja dan DYMM Tuanku Raja
Perempuan Perlis.
OSIOU OH KAMANANG 7
2 RRD
Istiadat Pertukaran Panji-Panji pada 27 Nov 00
Gambar 1.5 : Lt Annuar bin Abdullah menerima Panji-Panji Rejimen
Yang Baharu.
Gambar 1.6 : Panji-Panji Rejimen Yang Baharu.
OSIOU OH KAMANANG 8
2 RRD
RAGAAN PASUKAN
Gambar 1.7 : The Silver Log
12. Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja telah menjadikan “SILVER
LOG (BALAK PERAK) sebagai Ragaan Utama pasukan. “BALAK
PERAK” ini merupakan penghargaan yang unik oleh penduduk TELUK
WALLACE, Sabah kepada pasukan ini di atas jasa dan pengorbanannya
semasa bertugas di sana. “BALAK PERAK” ini melambangkan hasil
utama penduduk di daerah tersebut , iaitu kayu balak. Kayu-kayu balak
yang dikeluarkan dari daerah tersebut telah memakmurkan rakyat di
daerah tersebut dan Negeri Sabah khasnya. Rakyat tempatan amat
berterima kasih kepada pasukan ini kerana telah mengawal dan
mempertahankan daerah tersebut daripada ancaman musuh
terutamanya semasa menghadapi konfrontasi.
13. “BALAK PERAK” yang melambangkan penghasilan ekonomi utama
pada ketika itu, dihadiahkan kepada pasukan sebagai tanda
penghormatan dan kasihnya masyarakat tempatan atas jasa-jasa dan
pengorbanan pasukan yang juga turut menjamin kelangsungan urusan
ekonomi warga tempatan. Balak pada ketika itu adalah satu produk yang
amat berharga serta merupakan bahan mentah yang dapat memberikan
jaminan masa depan rakyat. Pemberian “BALAK PERAK” dilihat sebagai
tanda ingatan abadi atas pengekalan kesejahteraan dan kemakmuran
halaman penghidupan.
OSIOU OH KAMANANG 9
2 RRD
14. Semasa penugasan pasukan pada tahun 1965 hingga 1966,
suasana pada ketika itu adalah amat getir kerana menghadapi ancaman
konfrontasi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Indonesia ke atas
Malaysia. Walaupun dalam suasana yang sedemikian, pasukan ini telah
dapat membuktikan keunggulan dan kredibilitinya dengan menjaga
keamanan rakyat tempatan di samping berupaya membantu kerajaan
dalam pembangunan infrastruktur seperti pembinaan denai-denai,
pembesaran jalan-jalan, membaiki dan membina jambatan serta
mendirikan beberapa buah rumah untuk golongan miskin di Pulau
Sebatik dan Sg Limau, Sabah. Mengenangkan jasa-jasa tersebut, Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Hj Pengiran Ahmad bin
Rafaee telah berkenan menyumbangkan “BALAK PERAK” kepada
pasukan ini pada 9 April 1966. “BALAK PERAK” ini mempunyai berat
1.750 kg dan berukuran panjang 30 cm serta berukur lilit 20.5 cm yang
bernilai RM12,200.50 (pada ketika diterima). Kini, ianya disimpan di
markas pasukan.
LAGU PASUKAN
15. OSIOU OH KAMANANG dicipta oleh Kpl Johar bin Affandi dari Pl
Tambor manakala liriknya ditulis oleh Sjn Rahman bin Mufti (KPA
PENDIDIKAN) Jurulatih Pendidikan Pasukan pada 14 Februari 1986.
Penciptaannya mengambil masa 3 bulan dan pada ketika itu pasukan
bertempat di Kem Majidee, Johor Bharu. Sjn Rahman dan Kpl Johar
adalah anggota kugiran KING RANGER pada ketika itu, yang mana
kugiran tersebut merupakan antara yang popular. Kedua-duanya telah
menamatkan perkhidmatan pada tahun 1994 di Kem Syed Putra, Ipoh.
Kini Kpl Johar bekerja di sebuah syarikat swasta dalam bidang muzik di
Bintulu Sarawak. manakala Sjn Rahman pula bekerja di RTM Seremban,
Negeri Sembilan.
OSIOU OH KAMANANG 10
2 RRD
COGAN KATA DUA RENJER
TABAH HATI OSIOU OH KAMANANG
TAAT SETIA KEPADA RAJA
ITULAH SUMPAHAN RENJER KITA
AMALKAN RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KAMI BERJUANG TERUS BERJUANG
KEPENTINGAN NUSA BANGSA
PAHLAWAN RENJER GAGAH PERKASA
PANTANG UNDUR MENYERAH KALAH
BIAR KITA PUTIH TULANG
JANGAN KITA PUTIH MATA
DARI BARAT HINGGA KE TIMUR
KAMI MENJAGA NEGARA
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
PASTI KITA AKAN BERJAYA
LOKASI PENEMPATAN
16. Penempatan pasukan telah berpindah sebanyak 13 kali ke pelbagai
lokasi kem seperti berikut:
Bil Nama Kem Negeri Tempoh
(a) (b) (c) (d)
16 Sep hingga
1. Kem Nyassa Johor
31 Okt 63
1 Nov 63 hingga
2. Kem Baghadad Line Kedah
30 Sep 64
1 Okt 64 hingga
3. Kem Remelies Line Perak
6 Nov 65
7 Nov 65 hingga
4. Kem Tanjung Batu Sabah
4 Ogos 66
5 Ogos 66 hingga
5. Kem Erskine Selangor
29 Jul 68
30 Jul 68 hingga
6. Kem Kukusan Sabah
29 Jul 69
OSIOU OH KAMANANG 11
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
30 Jul 69 hingga
7. Kem Line Sabah
23 Dis 70
24 Dis 70 hingga
8. Kem Lok Kawi Sabah
31 Dis 71
1 Jan 72 hingga
9. Kem Wardieburn K.Lumpur
3 Dis 75
4 Dis 75 hingga
10. Kem Oya Sarawak
16 Nov 78
17 Nov 78 hingga
11. Kem Majidee Johor
10 Feb 89
11 Feb 89 hingga
12. Kem Oya Sarawak
10 Okt 91
11 Okt 91 hingga
13. Kem Syed Putra Perak
Sekarang
Rajah 1.1 : Lokasi Penempatan Pasukan.
OSIOU OH KAMANANG 12
2 RRD
Kem Remelies Line, Perak (1964)
Gambar 1.8 : Berek Bujang di Kem Remelies Line pada April 1964.
Kem Syed Putra, Perak (2018)
Gambar 1.9 : Pandangan Hadapan Balai Pengawal Kem Syed Putra,
Mac 2018
OSIOU OH KAMANANG 13
2 RRD
WOW FACTOR
17. Wow Factor boleh didefinisikan sebagai identiti, karakter dan
kriteria yang melambangkan kemegahan sesebuah pasukan. Dalam
konteks ini, Wow Factor bagi pasukan adalah „Home Of Corps’ Rejimen
Renjer Diraja (Wisma Perwira Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja dan
Rumah Sri Kenyalang).
18. Hal ini disebabkan, segala aktiviti Kor Rejimen Renjer Diraja akan
dilaksanakan di Wisma Perwira pasukan. Antara aktiviti yang pernah
dilaksanakan di Wisma Perwira pasukan adalah Majlis Makan Malam
Bersama Pekerja Bosnia Pada 7 Disember 1997. Majlis ini telah dihadiri
oleh semua pegawai pasukan dan seramai 36 orang pekerja dari Bosnia.
Wisma Perwira pasukan juga kerap digunakan bagi mengadakan Majlis
Perpisahan Pengerusi Kor dimana ianya melibatkan semua Pegawai
Kanan dan Pegawai Memerintah Kor Rejimen Renjer Diraja
19. Tidak hanya tertumpu kepada aktiviti melibatkan Rejimen Renjer
Diraja, Wisma Perwira pasukan juga turut menjadi tumpuan kepada
segala aktiviti sosial melibatkan pasukan tentera luar negara bagi
mengeratkan hubungan di antara tentera Malaysia dan tentera luar
negara yang menjalani latihan di kawasan Perak. Selain itu, Wisma
Perwira pasukan juga menjadi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti Badan
Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) di peringkat Briged, Divisyen
mahupun Tentera Darat Malaysia.
20. Pasukan juga mempunyai kemegahan dengan wujudnya bangunan
tersergam indah yang dinamakan Rumah Sri Kenyalang. Rumah ini
terletak bersebelahan Wisma Perwira pasukan dan merupakan lokasi
untuk pelbagai aktiviti atau acara yang dianjurkan di sekitar Ipoh, Perak
bagi peringkat Briged, Divisyen mahupun Tentera Darat Malaysia.
Disamping itu, Rumah Sri Kenyalang juga adalah kediaman transit bagi
Pegawai-Pegawai Kanan yang terlibat dengan sebarang aktiviti atau
acara di sekitar Ipoh, Perak.
OSIOU OH KAMANANG 14
2 RRD
Gambar 1.10: Pandangan Hadapan Wisma Perwira Rejimen Renjer
Diraja.
Gambar 1.11: Pandangan Hadapan Rumah Sri Kenyalang.
OSIOU OH KAMANANG 15
2 RRD
STRUKTUR KEKUATAN
SENARAI PEGAWAI MEMERINTAH
21. Senarai nama-nama Pegawai Memerintah pasukan adalah seperti
berikut:
TARIKH
BIL GAMBAR NAMA
BERKHIDMAT
(a) (b) (c) (d)
16 Sep 1963 hingga
1. Lt Kol W. G. Woods
22 Mac 1966
Lt Kol Mohd Ghazali bin 23 Mac 1966 hingga
2.
Che Mat (12011) 6 Okt 1967
Lt Kol M. A. A. Rodrigo 7 Okt 1967 hingga
3.
(200036) 2 Mac 1969
Lt Kol Harchand Singh 3 Mac 1969 hingga
4.
(200022) 9 Mac 1971
OSIOU OH KAMANANG 16
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
Lt Kol Hussein bin Zainal 10 Mac 1971 hingga
5.
Abidin (12088) 3 Jan 1973
Lt Kol Mohd Zain bin 4 Jan 1973 hingga
6.
Daud (12133) 31 Dis 1976
Lt Kol Kamarul Ariffin bin 1 Jan 1977 hingga
7.
Ibrahim (12134) 31 Dis 1978
Lt Kol James Tomlow ak 1 Jan 1979 hingga
8.
Isa (400595) 31 Dis 1979
Lt Kol Mohd Azzam bin 1 Jan 1980 hingga
9.
Mohd Haniff (12296) 30 Jun 1980
OSIOU OH KAMANANG 17
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
Lt Kol Ghazali bin Suhaidi 1 Jul 1980 hingga
10.
(12480) 31 Dis 1981
Lt Kol Abdul Rahman bin 1 Jan 1982 hingga
11.
Salim (410090) 31 Dis 1983
Lt Kol Wan Mohamad bin 1 Jan 1984 hingga
12.
Ahmad (12273) 31 Dis 1986
Lt Kol Mohd Amin bin 1 Jan 1987 hingga
13.
Mohd Saleh (410063) 31 Dis 1988
Lt Kol Hon Mun Loong 1 Jan 1989 hingga
14.
(200900) 4 Jan 1992
OSIOU OH KAMANANG 18
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
Lt Kol Muhamad Affendi bin 5 Jan 1992 hingga
15.
Mustaffa (411144) 4 Mei 1993
Lt Kol Mohd Daud bin 5 Mei 1993 hingga
16.
Zakaria (411145) 6 Ogos 1996
Lt Kol Omar Hamzah
17. Zamhari bin Mohd Nasir 7 Ogos 1996 hingga
(411430) 24 Ogos 1999
Lt Kol Zukifli bin Mansor 25 Ogos 1999 hingga
18.
(411863) 13 Jan 2001
Lt Kol Mahadi bin Hj Abdul 14 Jan 2001 hingga
19.
(411620) 26 Jan 2002
OSIOU OH KAMANANG 19
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
Lt Kol Md Din bin Hj Abu 27 Jan 2002 hingga
20.
(3001642) 16 Mac 2004
Lt Kol Zulkifli bin Hashim 17 Mac 2004 hingga
21.
(3000565) 10 Nov 2005
Lt Kol Nazrul Edgar bin 11 Nov 2005 hingga
22.
Abdullah (3001854) 13 Jun 2007
Lt Kol Firdaus Quah bin 14 Jun 2007 hingga
23.
Abdullah (3001533) 30 Nov 2010
Lt Kol Abu Hasan 1 Dis 2010 hingga
24. Assha‟ari bin Kamis @ 17 Apr 2014
Shaffiee (3004386)
OSIOU OH KAMANANG 20
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
Lt Kol Diwi bin A. Rahman 18 Apr 2014 hingga
25.
(3004262) 5 Jan 2016
Lt Kol Mohd Nazri Madjan 6 Jan 2016 hingga
26. bin Abdul Rahman 30 Mac 2017
(3005763)
Lt Kol Ahmad Zamil bin 31 Mac 2017 hingga
27. Mohamad Nor (3007318) sekarang
SENARAI SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR)
22. Senarai nama SMR pasukan ini adalah seperti berikut:
Bil Nama Tarikh
(a) (b) (c) (d)
1. PW I J.E Strong 16 Sep 1964 17 Mei 1966.
2. PW I G.W Lewis 18 Mei 1966 30 Mei 1968.
3. PW I Shamsudin bin Kasman 1 Jun 1968 17 Okt 1971.
OSIOU OH KAMANANG 21
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
4. 7203 PW I Husaini bin Kamaruddin 18 Okt 1971 14 Okt 1976.
5. 11842 PW I Nordin bin Che Mat 15 Okt 1976 15 Jun 1977.
6. 14302 PW I Ahmad Zabidi bin Yatim 16 Jun 1977 22 Jan 1978.
7. 929532 PW I Omar bin Ahmad 2 Jan 1978 1 Dis 1979.
8. 925400 PW I Unggi bin Malinau 2 Dis 1979 1 Jan 1980
929566 PW I Zulfatah bin Abd
9. 2 Jan 1980 5 Jul 1984.
Rahman
10. 21643 PW I Rahmat bin Asrat 6 Jul 1984 30 Nov 1986.
11. 929955 PW I Zakaria bin Hj Md Noor 1 Dis 1986 1 Ogos 1989.
12. 933134 PW I Majeri bin Adon 2 Ogos 1989 10 Mei 1991.
13. 932054 PW I Zainal bin Ismail 31 Mei 1991 19 Mei 1992.
1010303 PW I Spencer Sawing ak
14. 20 Jun 1992 4 Jan 1997.
Sumar
15. 1017411 PW I Dzulkifli bin Husin 24 Jan 1997 10 Jan 1999.
16. 1050927 PW I Ibrahim bin Mat Abun 11 Jan 1999 8 Ogos 2002.
1069148 PW I Zukifli bin Abu
17. 9 Ogos 2002 25 Ogos 2005
Hassan
18. 1068891 PW I Samsudin bin Ismail 26 Ogos 2005 10 Jan 2007.
1067801 PW I Raymond ak James
19. 11 Jan 2007 4 Mei 2010.
Tawok
20. 1090147 PW I Hasmizi bin Ismail 5 Mei 2010 4 Okt 2011.
1093081 PW I Abd Karim bin
21. 5 Okt 2011 6 Jan 2014.
Mohamad
22. 1099594 PW I Jali ak Ngabang 7 Jan 2014 13 Jun 2016
23. 1091792 PW I Shamsuri bin Salleh 13 Jun 2016 27 Dis 2016
24. 1124343 PW I Luna 27 Dis 2016 7 Ogos 2017
OSIOU OH KAMANANG 22
2 RRD
(a) (b) (c) (d)
1123539 PW I Mohd Khair bin Abdul
25. 7 Ogos 2017 Sekarang
Wahab
PENGLIBATAN DI DALAM OPERASI
23. OP KONFRONTASI. Pasukan telah terlibat dengan beberapa siri
operasi di seluruh Malaysia bagi menjamin keselamatan negara.
Terdapat beberapa siri operasi yang telah membuahkan hasil yang dapat
dibanggakan. Antaranya ialah Op Konfrontasi di Pulau Sebatu, Sabah
pada 1 Disember hingga 24 Julai 1965. Operasi ini merupakan satu
operasi bagi mengawal pembangkang politik dan Tentera Indonesia dari
menghalang pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah
Melayu dengan tanah jajahan naungan British di Sabah dan Sarawak.
Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol W. G. Woods / Lt Kol Mohd Ghazali
bin Che Mat dengan kekuatan seramai satu batalion. Sepanjang operasi
ini, pasukan telah berjaya mencederakan 1 x musuh.
24. OP GONZALES. Selain itu, pasukan juga turut terlibat dalam Op
Gonzales iaitu satu operasi yang melibatkan tiga formasi Briged Infantri
Tentera Darat Malaysia dan satu Briged dari Pasukan Polis Hutan.
Operasi ini diperintah kawal oleh Markas Dua Divisyen Infantri iaitu
divisyen yang bertanggungjawab kepada keselamatan ke atas negeri-
negeri di utara semenanjung Malaysia. Objektif operasi ini adalah untuk
menghapuskan ancaman pengganas komunis dari Pasukan Penggempur
th
ke-5 (5 Assault Unit) yang telah lama beroperasi di kawasan Ulu Kinta
dan Sungai Siput, Perak. Dalam Operasi Gonzales di Sungai Siput,
Perak, pasukan telah berjaya membunuh 1 x musuh. Operasi ini telah
diketuai oleh Lt Kol Mohd Zain bin Daud dengan kekuatan anggota
seramai satu batalion. Operasi ini telah berlangsung selama sebulan
bermula pada 10 April sehingga 6 Mei 1974.
25. OP NGELABAN. Disamping itu, pasukan juga berjaya membunuh
1 x musuh dalam Op Ngelaban di Ulu Oya Sibu, Sarawak. Operasi ini
telah berlangsung selama satu tahun bermula pada 4 Ogos 1978
OSIOU OH KAMANANG 23
2 RRD
sehingga 14 Ogos 1979. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol James
Tomlow ak Isa dengan kekuatan keanggotaan seramai satu batalion.
26. OP MERPATI. Akhir sekali adalah penglibatan pasukan dalam Op
Merpati. Op Merpati ini bukanlah datang secara kebetulan tetapi
sejarahnya banyak bermula di meja rundingan sebelum semua pihak
bersetuju mendapatkan bantuan kekuatan pihak tentera. Strategi yang
dinamakan 'Ops Merpati' diatur dengan begitu rapi. Buat julung kalinya,
tenaga serta kepakaran tentera digembleng bagi memastikan percaturan
dilaksanakan dengan tepat sekali gus membendung kebanjiran
pendatang asing tanpa izin ke negara ini. Dalam operasi ini, pasukan
telah mencapai satu kejayaan yang besar apabila berjaya menahan
seramai 243 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika beroperasi
di Kota Tinggi, Johor. Operasi tersebut dikenali sebagai Op Merpati Siri
1/11 dan berlangsung selama dua bulan bermula pada 5 Januari
sehingga 5 Mac 2011. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol Abu Hassan
Assha‟ari bin Kamis @ Shafiee.
Gambar-Gambar Kejayaan Operasi
Gambar 2.1: Pl 12, Komp D berjaya membunuh seorang PGK semasa
pertempuran di kawasan Bukit Tinggal Ulu Oya, Sibu pada 4 Ogos 1978.
OSIOU OH KAMANANG 24
2 RRD
Gambar 2.2: Barang Rampasan PGK yang terbunuh semasa
pertempuran di kawasan Bukit Tinggal Ulu Oya, Sibu pada 4 Ogos 1978.
Gambar 2.3: Sebahagian anggota dari platun 12 Kompeni D yang terlibat
dalam pertempuran di kawasan Bukit Tinggal Ulu Oya, Sibu pada 4 Ogos
1978.
OSIOU OH KAMANANG 25
2 RRD
PAHLAWAN PASUKAN
27. Bagi menjaga kedaulatan tanah air serta memegang cogan kata
Renjer „AGI IDUP AGI NGELABAN’, terdapat anggota yang telah
terkorban semasa melaksanakan tugas gerakan. Berikut disenaraikan
nama anggota yang telah gugur di medan perang :
a. 925190 Sjn Benard.
b. 929866 Rjr Mohd Noor bin Ismail
28. Kedua-dua anggota ini telah terkorban dalam satu operasi yang
dijalankan pada 25 Februari 1977 di Sg Batang Mukah. Operasi tersebut
dikenali sebagai Op Kerangka. Semasa Op Kerangka ini dijalankan,
mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan musuh di Sg Batang
Mukah dan mayat mereka telah dijumpai pada 1 Mac 1997. Atas jasa dan
pengorbanan yang dicurahkan, mereka telah dianugerahkan dengan
Pingat Kepujian Peratusan Keberanian oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong.
Gambar 2.4 : 925190 Sjn Bernard
OSIOU OH KAMANANG 26
2 RRD
Gambar 2.5 : 929866 Rjr Mohd Noor bin Ismail
PENGLIBATAN DI DALAM LATIHAN
29. Sepanjang penubuhan Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja,
pasukan telah terlibat dengan beberapa siri latihan sama ada di peringkat
batalion, briged, divisyen dan juga latihan di peringkat antarabangsa.
Antaranya ialah Ex Playtipus di Australia. Eksesais ini telah berlangsung
selama dua bulan bermula pada 19 Jun sehingga 10 Ogos 1981.
Eksesais ini melibatkan keanggotaan seramai satu kompeni. Sepanjang
eksesais ini berlangsung, tiada sebarang perkara yang tidak diingini
berlaku dan keseluruhan eksesais adalah sangat memuaskan.
30. Selain itu juga, pasukan pernah terlibat dengan Ex Gonzales Lasak
1993 bermula dari Tapah ke Ipoh. Eksesais ini berlangsung selama 7
hari bermula pada 20 Mei sehingga 27 Mei 1993. Eksesais ini telah
melibatkan anggota berkekuatan seramai satu batalion. Keseluruhan
eksesais adalah sangat memuaskan.
OSIOU OH KAMANANG 27
2 RRD
31. Disamping itu, pasukan juga terlibat dengan Ex Land Thamal yang
dilaksanakan di Ipoh antara Royal Thai Army dan Tentera Darat
Malaysia. Eksesais ini berlangsung bermula pada 30 Julai sehingga 6
Ogos 1997. Eksesais ini melibatkan keanggotaan seramai satu batalion.
Keseluruhan eksesais adalah amat memuaskan.
32. Pada tahun 2017 pula, pasukan telah terlibat dengan satu eksesais
yang melibatkan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Australia.
Eksesais ini dikenali sebagai Ex Haringgaroo Siri 68/2017. Eksesais ini
telah dilaksanakan di Sg Siput, Perak bermula pada 11 hingga 22
September 2017. Seramai 6 pegawai dan 148 LLP telah terlibat dalam
eksesais ini. Eksesais ini juga telah diketuai oleh Pegawai Memerintah
iaitu Lt Kol Ahmad Zamil bin Mohamad Nor.
Gambar-Gambar Latihan
Gambar 2.6: Eks Playtipus di Australia bersama Tentera Darat Australia
pada 19 Jun sehingga 10 Ogos 1981. Berkekuatan 1 kompeni.
OSIOU OH KAMANANG 28
2 RRD
Gambar 2.7: Eks Gonzales Lasak (Tapah ke Ipoh) selama 7 hari
bermula 20 Mei sehingga 27 Mei 1993.
KECEMERLANGAN SUKAN
33. Tidak hanya tertumpu kepada tugas operasi, pasukan turut
mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan. Kecemerlangan
daripada segi sukan telah bermula sejak era permulaan pasukan ini
ditubuhkan sehingga sekarang. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh
pasukan baik dari peringkat formasi mahupun kor. Terdapat juga anggota
yang terpilih untuk mewakili Kor RRD dan Tentera Darat di dalam acara-
acara yang mereka sertai. Antara kejayaan pasukan di dalam acara
sukan adalah seperti berikut:
a. Pasukan bola sepak telah mendapat naib johan Piala Menteri Besar
Selangor pada 2 Disember 1966.
b. Pasukan lari berganti-ganti (4 x 100m) telah menjadi johan dalam
Kejohanan Olahraga Polis Daerah Kuala Kubu Baru pada 24 Jun 1967.
OSIOU OH KAMANANG 29
2 RRD
c. Pasukan hoki telah menjadi johan dalam Pertandingan Hoki Daerah
Tawau, Sabah pada 17 Oktober 1967.
d. Pasukan telah menjadi Johan dalam Kejohanan Olahraga
Angkatan Tentera Sabah di Kota Kinabalu pada 25 Jun 1971.
e. Pasukan bola sepak telah menjadi johan dalam Piala Liga Dato‟
Yassin di Kota Kinabalu pada 28 September 1971.
f. Pasukan hoki telah menjadi johan dalam Kejohanan Hoki 2 Bgd
pada 22 Jun 1992.
g. Pasukan hoki telah menjadi johan dalam Kejohanan Hoki 2 Bgd
pada 30 Jan 1993.
h. Pasukan ragbi telah menjadi johan dalam Kejohanan Ragbi Renjer
pada 08 Februari 1996.
i. Pasukan tinju telah menjadi johan dalam Kejohanan Tinju 2 Bgd
pada 29 Mei 1997.
j. Kejohanan Ragbi Kor RRD di 8 RRD Kem Terendak, Melaka mulai
11 Jun 2002 hingga 15 Januari 2002. Pasukan telah mendapat johan.
k. Pasukan telah menganjur Pertandingan Hoki antara pasukan Kor
RRD pada Tahun 2014 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh
Perak pada 17 hingga 24 September 2012. Pasukan telah mendapat
tempat johan.
OSIOU OH KAMANANG 30
2 RRD
Gambar 2.8: Pasukan bola sepak 2 RRD yang menjadi johan semasa
Kejohanan Piala Syed Putra pada 14 April 2016.
Lain-lain Aktiviti
34. Jiwa Murni. Program yang dilaksanakan bertujuan merapatkan
silaturahim di antara masyarakat dengan pihak tentera. Selain itu ianya
juga bertujuan mempromosikan pasukan serta membolehkan masyarakat
merasai kehadiran pasukan ini dalam komuniti. Antara program yang
dilaksanakan adalah seperti berikut:
a. Seramai 30 anggota telah terlibat dalam pembinaan jambatan
kayu sepanjang 200 ela di Kampong Lok Kawi ke Jalan Papar pada
23 Januari 1970.
b. Pameran Senjata dan Peralatan Tentera Darat di Kem
Remelies Line Perak pada 16 Mac 1965.
c. Seramai 50 anggota dan 300 orang awam telah membina
jalan sepanjang 3 batu bermula dari batu 5 1/2 Jalan Patutan Di
Kampong Duwasan, Sabah pada 30 April 1970.
OSIOU OH KAMANANG 31
2 RRD
d. Seramai 50 anggota terlibat dalam membuka jalan baru
sepanjang 3 batu di Kampung Duwasan, Kota Kinabalu, Sabah
pada 3 Mei 1971.
e. Seramai 50 anggota telah terlibat membina Pusat
Perkhidmatan Sosial Penempatan Masyarakat Penan yang
dilengkapi dengan kemudahan Pusat Perubatan dan Pelajaran di
Long Kevok, Baram, Sarawak pada 4 Jun hingga 16 September
1991.
f. Seramai 40 anggota telah terlibat membersihkan kawasan
dan mengecat bangunan Rumah Anak-anak Yatim Ipoh, Perak
pada 1 Ogos 1997.
g. Pameran Pengkalan Hutan dan Ikhtiar Hidup telah diadakan
di Sekolah Kebangsaan Dato‟ Bendahara, Tanjung, Perak pada 29
Ogos 1999.
h. Pameran Senjata dan Peralatan Batalion Infantri
Standard/Promosi TD di perkarangan Muzium Negeri Perak.
Sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Negeri Perak pada 4
hingga 6 September 2002.
i. Pameran Senjata dan Peralatan Batalion Infantri
Standard/Ekspo Kerjaya ATM sempena pameran statik sempena
Ekspo Kerjaya ATM di Padang Kota Lama, Pulang Pinang pada 25
hingga 30 September 2002.
j. Pameran senjata dan peralatan BIS di Daratan Shah Alam
Selangor pada 1 hingga 3 Ogos 2003.
k. Projek Tambakan tanah di Jambatan Tambun untuk
Pemusnahan Bom Zaman Jepun yang masih aktif pada 17 Jun
2008.
OSIOU OH KAMANANG 32
2 RRD
l. Pasukan telah memberi sumbangan barangan keperluan
harian kepada rakyat yang kurang berkemampuan di sekitar Ipoh
bagi menghadapi Sambutan Hari Raya Aidifitri pada 25 Ogos 2011.
Gambar 2.10: Pameran Senjata dan Peralatan Tentera Darat di Kem
Remelies Line Perak pada 16 Mac 1965.
KESIAPSIAGAAN SEMASA
TERAS UTAMA OPERASI
35. Mempertahankan KTJ daripada Musuh. Merupakan core business
pasukan apabila melaksanakan sesuatu tugas gerakan di dalam usaha
mendokong Perintah Operasi Formasi.
36. Melaksanakan Perintah Operasi oleh MK Formasi. Pasukan
merupakan satu batalion yang berstatus Full Mission Capable (FMC).
Pasukan sentiasa komited dan bersedia di dalam segala tugas aturgerak
yang telah diarahkan oleh formasi atasan.
OSIOU OH KAMANANG 33
2 RRD
37. Membantu PBA Setempat. Selaras dengan saranan KEMENTAH
bagi National Blue Ocean Strategy (NBOS), pasukan turut berupaya
membantu Pihak Agensi lain dimana pasukan terlibat di dalam Op
RAPAT bersama Pihak PDRM. Pasukan turut terlibat dalam Operasi
Ketenteraman Awam seperti menghulurkan bantuan semasa bencana
alam dan turut membantu agensi Pasukan Keselamatan yang lain bagi
menjamin keselamatan rakyat Semasa musim perayaan di sekitar Ipoh.
TERAS UTAMA LATIHAN
38. Latihan Tempatan. Memenuhi kitaran 24 bulan dengan
melaksanakan Latihan Tempatan secara efisyen. Latihan kepakaran
terhadap Platun Pakar turut ditingkatkan bagi memastikan warga
pasukan lebih kompeten dalam tugas gerakan.
39. Latihan Bilateral. Pasukan kerap diberi kepercayaan untuk
melaksanakan latihan bersama negara luar seperti Eks Haringgaroo
(Australia), Eks Land Thamal (Thailand), Eks Keris Strike (US Army) dan
Eks Land Malphi (Philipina) . Peluang dan kepercayaan yang diberikan
telah membuka peluang kepada pasukan menjalinkan hubungan rapat
dan erat bersama tentera negara asing.
TERAS UTAMA PENTABDIRAN
40. Direktif Tadbir Formasi. Sebagai pasukan naungan 2 Bgd, adalah
menjadi kewajipan pasukan untuk melaksanakan segala perkara yang
telah digariskan di dalam Direktif Tadbir Formasi.
41. Merancang. Bagi melaksanakan Direktif Tadbir Formasi,
perancangan yang komprehensif dirangka dengan sebaiknya.
Perancangan ini berdasarkan perkara gerakan, tadbir dan logistik.
42. Menetapkan KPI. Key Performance Index (KPI) adalah mandatori
sebagai medium mengukur pencapaian terhadap perancangan yang
telah ditetapkan.
OSIOU OH KAMANANG 34
2 RRD
43. Pelaksanaan. Trilogi yang digunakan adalah Man, Machine and
Method. Man adalah merujuk kepada penggunaan sumber manusia yang
ideal, manakala Machine merupakan aset yang ada digunakan sebagai
medium pelaksanaan. Method pula bererti kaedah yang digunakan
adalah efisyen, selari dengan penggunaan Man & Machine.
TERAS UTAMA KUALITI HIDUP
44. Institusi Kekeluargaan. BAKAT memainkan peranan yang penting
untuk menjaga kebajikan isteri-isteri dan anak-anak semasa ketiadaan
para suami yang melaksanakan tugas gerakan. Ini menunjukkan pasukan
bukan sahaja mementingkan tugas hakiki malah turut mementingkan
kebajikan anggota pasukan.
45. Kebajikan. Kebajikan yang dimaksudkan adalah senggaraan-
senggaraan yang dilaksanakan terhadap Bilik Bujang dan RKAT bagi
keselesaan anggota bujang dan keluarga anggota.
46. Kerohanian. Nilai kerohanian turut dititikberatkan di dalam
memastikan kelangsunggan kualiti hidup anggota pasukan tanpa mengira
kaum, bangsa dan agama. Hal ini jelas dapat dilihat kerana pasukan
mempunyai tempat ibadat seperti gereja bagi agama kristian dan surau
bagi anggota beragama islam.
PENUTUP
47. Tuntasnya, adalah diharapkan Booklet Profil Pasukan ini dapat
memberi maklumat tentang sejarah, penglibatan dan pencapaian
pasukan sepanjang penubuhan sehingga sekarang. Ianya juga
merupakan tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh anggota-anggota yang terdahulu.
OSIOU OH KAMANANG 35
2 RRD
“OSIOU OH KAMANANG”
OSIOU OH KAMANANG 36