The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juliana Omar, 2021-04-01 06:18:11

LAPORAN KEWANGAN TERAUDIT 2020

LAPORAN KEWANGAN TERAUDIT 2020

1

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

LAPORAN JURUAUDIT
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2020

Kepada:
Ketua Pendaftar Koperasi,
Anggota-anggota Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Transkrian Berhad

Laporan Mengenai Penyata Kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Transkrian Berhad
yang merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2020, Akaun Pembahagian
Keuntungan, Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Aliran Tunai Koperasi dan nota-nota
kepada penyata kewangan termasuk ringkasan dasar-dasar perakaunan yang penting, seperti yang
dinyatakan pada muka surat 8 hingga 25.

Pada pendapat kami, penyata kewangan Koperasi yang disediakan memberikan pandangan yang benar
dan saksama tentang kedudukan kewangan dan kedudukan hal-ehwal Koperasi pada 31 Mac 2020
serta prestasi kewangan Koperasi serta aliran tunai Koperasi bagi tahun berakhir tersebut menurut GP
23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi dan kehendak Akta Koperasi 1993,
Peraturan-peraturan Akta Koperasi 1993 serta Manual Perakaunan Koperasi dan Piawaian
Perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

Asas Kepada Pendapat Bersyarat

Semasa pengauditan dijalankan, pihak kami mendapati terdapat kelemahan dalam sistem kawalan
dalaman pengurusan akaun Koperasi sehingga menyebabkan rekod-rekod perakaunan dan rekod-
rekod lain tidak diselenggara dengan sempurna. Semakan kami menemui kelemahan seperti berikut:

a) Kelemahan Sistem Menyimpan Rekod Dan Dokumen Perakaunan

Terdapat perbelanjaan sumbangan berjumlah RM93,874.45 yang dokumen sokongan lengkap
tidak disediakan untuk semakan audit. Oleh yang sedemikian, pihak kami tidak dapat
mengesahkan perbelanjaan tersebut menggunakan tatacara audit yang lain.

Kebebasan Dan Lain-Lain Tanggungjawab Etika

Kami adalah bebas daripada Koperasi selaras dengan Undang-Undang Kecil (ke atas Etika
Profesional, Tingkah-Laku dan Praktis) Institut Akauntan Malaysia (“Undang-Undang Kecil”) dan
Badan Piawaian Etika Antarabangsa bagi Kod Etika Akauntan (“Kod IESBA”), dan kami telah
memenuhi tanggungjawab etika kami yang lain selaras Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.

2

Laporan juruaudit…sam‟b.

Maklumat Selain Dari Maklumat Kewangan Dan Laporan Juruaudit

Ahli Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas maklumat lain. Maklumat lain merangkumi
Laporan Berkanun Lembaga Koperasi, tetapi tidak termasuk penyata kewangan Koperasi dan laporan
juruaudit yang dilampirkan.

Pendapat kami ke atas penyata kewangan Koperasi tidak meliputi maklumat lain dan kami tidak
menyatakan apa-apa bentuk jaminan ke atas kesimpulan mengenainya.

Sehubungan dengan pengauditan kami ke atas maklumat kewangan Koperasi, tanggungjawab kami
adalah membaca maklumat lain dan, dalam melakukannya, mempertimbangkan sama ada maklumat
lain itu secara materialnya tidak selaras dengan maklumat kewangan atau pengetahuan kami yang
diperolehi semasa audit atau sebaliknya menunjukkan salah nyata yang penting.

Jika, berdasarkan kerja yang telah kami laksanakan, kami menyimpulkan bahawa terdapat salah nyata
yang penting mengenai maklumat lain ini, kami dikehendaki melaporkan fakta tersebut. Kami tidak
mempunyai apa-apa yang hendak dilaporkan berkenaan dengan hal ini.

Tanggungjawab Ahli Lembaga Koperasi Ke Atas Penyata Kewangan

Ahli Lembaga Koperasi bertanggungjawab dalam penyediaan penyata kewangan yang memberi
gambaran benar dan saksama menurut GP 23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan dan
kehendak Akta Koperasi 1993 di Malaysia. Lembaga Koperasi juga bertanggungjawab ke atas kawalan
dalaman yang dipertentukan oleh Ahli Lembaga Koperasi untuk membolehkan penyediaan penyata
kewangan yang bebas daripada salah nyata fakta yang penting, sama ada disebabkan oleh penipuan
atau kesilapan.

Dalam menyediakan penyata kewangan Koperasi, Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab
menilai keupayaan Koperasi untuk meneruskan dasar usaha berterusan, mendedahkan, mana yang
berkenaan, perkara-perkara berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas perakaunan
usaha berterusan, melainkan Lembaga Koperasi berhasrat untuk membubarkan Koperasi atau
memberhentikan operasi, atau tidak mempunyai pilihan yang realistik selain berbuat demikian.

Tanggungjawab Juruaudit Ke Atas Penyata Kewangan

Matlamat kami adalah untuk memperoleh keyakinan yang munasabah mengenai sama ada penyata
kewangan Koperasi secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata penting, sama ada
disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan untuk mengeluarkan laporan juruaudit yang
merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah tahap jaminan tahap tinggi, tetapi
bukannya suatu jaminan bahawa suatu audit itu dijalankan menurut piawaian audit diluluskan di
Malaysia dan Piawaian Audit Antarabangsa akan sentiasa mengesan salah nyata penting apabila ia
wujud. Salah nyata boleh berlaku daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap penting sekiranya,
secara individu atau secara agregat, salah nyata ini dijangkakan akan mempengaruhi keputusan
ekonomi yang diambil oleh para pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.

3

Laporan juruaudit…sam‟b.

Tanggungjawab Juruaudit Ke Atas Penyata Kewangan…Sam’b.

Sebagai sebahagian daripada audit yang memenuhi piawaian pengauditan diluluskan di Malaysia dan
Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami melaksanakan penilaian profesional dan mengekalkan
keraguan secara profesional sepanjang tempoh pengauditan. Kami juga:

(a) Mengenalpasti dan menilai risiko-risiko salah nyata penting dalam penyata kewangan Koperasi,
sama ada ia disebabkan oleh penipuan dan kesilapan, merangka dan melaksanakan tatacara-
tatacara audit yang responsif terhadap risiko-risiko berkenaan, dan memperolehi bukti audit
yang mencukupi dan wajar untuk menyediakan asas bagi pendapat kami. Risiko untuk tidak
mengesan salah nyata penting yang disebabkan oleh penipuan adalah lebih tinggi daripada yang
disebabkan oleh kesilapan, memandangkan penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit,
pemalsuan, peninggalan yang disengajakan, memberi gambaran salah atau mengatasi kawalan
dalaman.

(b) Mendapatkan suatu kefahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit bagi
tujuan merangka tatacara-tatacara audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan untuk
menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Koperasi.

(c) Menilai kesesuaian dasar-dasar perakaunan yang digunakan dan kewajaran anggaran perakaunan
dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh Lembaga Koperasi.

(d) Membuat kesimpulan tentang kewajaran penggunaan perakaunan berasaskan usaha berterusan
oleh Lembaga Koperasi, dan berdasarkan bukti audit yang diperoleh, sama ada ketidakpastian
penting wujud dengan peristiwa atau keadaan yang boleh menyebabkan keraguan yang ketara
terhadap kebolehupayaan Koperasi untuk meneruskan dasar usaha berterusan. Sekiranya kami
membuat kesimpulan bahawa ketidakpastian penting wujud, kami perlu menarik perhatian
dalam laporan juruaudit kami kepada pendedahan berkaitan di dalam penyata kewangan
Koperasi atau sekiranya pendedahan seumpama itu adalah tidak mencukupi, kami perlu
mengubahsuai pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan atas bukti audit yang
diperolehi sehingga ke tarikh laporan audit kami. Walaubagaimanapun, peristiwa dan keadaan
masa hadapan mungkin boleh menyebabkan Koperasi berhenti daripada menggunakan asas
usaha berterusan.

(e) Menilai keseluruhan pembentangan, struktur dan kandungan penyata kewangan Koperasi secara
keseluruhannya, termasuklah pendedahan dan sama ada penyata kewangan Koperasi
menunjukkan urusniaga dan peristiwa yang mendasari dengan cara yang boleh mencapai bentuk
pembentangan yang saksama.

Kami berkomunikasi dengan Lembaga Koperasi berkaitan dengan, antara lain, skop yang dirancang
dan masa pengauditan dan penemuan audit penting, termasuklah sebarang kekurangan yang penting
dalam kawalan dalaman yang dikenalpasti semasa menjalankan audit kami.

4

Laporan juruaudit…sam‟b.

Laporan Atas Lain-Lain Keperluan Perundangan Dan Peraturan

Menurut keperluan dalam Akta Koperasi 1993, kami juga melaporkan bahawa pada pendapat kami:

(a) Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain, telah disimpan dengan sempurna oleh
Koperasi mengikut kehendak Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.

(b) Penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang serta perolehan dan pelupusan aset oleh
koperasi itu dalam tahun berakhir 31 Mac 2020 adalah mengikut Akta Koperasi 1993,
Peraturan-Peraturan 1995 dan Undang-Undang Kecil Koperasi.

(c) Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti, dalam segala aspek penting adalah dinyatakan
mengikut dasar-dasar perakaunan.

Lain-Lain Perkara

Laporan ini hanya disediakan untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan anggota-anggota Koperasi,
sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 63 Akta Koperasi 1993 di Malaysia dan bukannya untuk
maksud lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada pihak lain untuk kandungan laporan ini.

AJ ISMA & PARTNERS
Nombor Firma: AF 1439
Akauntan Bertauliah

MOHD ARIF MUSTAPAH
Nombor Kelulusan: 01934/03/2023 J
Nombor Juruaudit: SKM(B)0226

Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tarikh:

5

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

LAPORAN BERKANUN LEMBAGA
MENGIKUT SEKSYEN 59(1) AKTA KOPERASI 1993

Kami bagi pihak Lembaga Koperasi dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2020.

Sesuai dengan kehendak-kehendak Akta Koperasi 1993 dan peraturan-peraturan di bawahnya, kami
bagi pihak Lembaga Koperasi melaporkan bahawa:

a) Perjalanan Koperasi tidak dipengaruhi oleh perkara yang abnormal mengikut Seksyen 59(4);

b) Koperasi bercadang mengeluarkan dividen sebanyak 40% (2019: 15%) berjumlah RM8,757.40
(2019: RM2,531.40) atas modal syer anggota sebanyak RM21,893.50 pada 30 September 2019;

c) Tiada hal-hal berbangkit yang menjadikan cara menilai aset dan liabiliti Koperasi yang digunakan
sekarang mengelirukan atau tidak sesuai;

d) Dalam jangka masa yang diliputi oleh Penyata Pendapatan Komprehensif, tiada liabiliti luar
jangka yang disanggupi oleh Koperasi yang belum diselesaikan;

e) Lembaga Koperasi bercadang untuk memindahkan keuntungan bersih tahun ini kepada:

RM

a. Honorarium Anggota Lembaga 7,900.00

b. Kumpulan Wang Kebajikan Am 5,000.00

c. Kumpulan Wang Keraian 5,000.00

d. Kumpulan Wang Kokurikulum 5,000.00

e. Kumpulan Wang Kursus Dan Latihan 5,000.00

f. Kumpulan Wang Pendidikan 5,000.00

g. Kumpulan Wang Penyelenggaraan 5,000.00

h. Kumpulan Wang Rekreasi 5,000.00

i. Zakat 7,000.00

f) Lembaga Koperasi juga berpendapat bahawa jumlah aset semasa yang ditunjukkan di dalam
Penyata Kedudukan Kewangan adalah munasabah.

6

Laporan Berkanun Lembaga…sam‟b.

Kami bagi pihak Lembaga Koperasi mengaku bahawa selain daripada perkara-perkara yang tersebut di
atas, tiada lain-lain perkara di dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan sepertimana yang
dikehendaki oleh Seksyen 59(3) Akta Koperasi 1993.

……….…………………………………
NURULHUDA BINTI SAHIMIN
Pengerusi

……….…………………………………
JULIANAASNIZAH BINTI OMAR
Setiausaha

……….…………………………………
FADZLIN BINTI HARON
Bendahari

Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tarikh:

7

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

PERAKUAN BERKANUN

Saya, FADZLIN BINTI HARON (NO. K/P: 760412-01-6706), sebagai pegawai yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS
MARA TRANSKRIAN BERHAD dengan ikhlas mengakui bahawa penyata kewangan bagi tahun

berakhir 31 Mac 2020 yang disediakan di muka surat hingga adalah pada pengetahuan dan
kepercayaan saya, benar, dan saya membuat pengakuan dengan sesungguhnya mempercayai bahawa

ini adalah benar dan menurut peruntukan yang dikehendaki oleh Akta Akuan Berkanun 1960.

Ditandatangani dan diakui oleh ) …………………………………
nama yang tersebut di atas ) FADZLIN BINTI HARON
FADZLIN BINTI HARON ) Bendahari
di )
pada )

Di hadapan saya

………………………………
PESURUHJAYA SUMPAH

8

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN
PADA 31 MAC 2020

NOTA 2020 2019
RM RM

HARTA TANAH, LOJI DAN PERALATAN 4 11,683.40
Komputer 9,456.40 130,374.36
Aset-aset Lain 142,057.76
122,129.57
1,082.19
131,585.97
130,848.20
ASET BUKAN SEMASA 5 1,135.53 88,714.55
Pelaburan Dalam Syer Tak Siar Harga 45,433.55
17,694.77
ASET SEMASA 6 130,113.86 105,501.24
Inventori 7 32,090.00 9,113.77
Penghutang Perdagangan 8 47,078.12 397,306.08
Aset Kumpulan Wang Rizab Statutori 9 48,150.00
Pelbagai Penghutang 10 272,524.96 18,847.65
Wang Di Bank 11 5,267.42 9,002.96
Wang Di Tangan 6,390.00
535,224.36 80,480.60
114,721.21
LIABILITI SEMASA 12 34,481.13
Pemiutang Perdagangan 13 15,933.36 282,584.87
Dividen 14 13,873.00 425,724.82
Honorarium 15 128,935.13
Pelbagai Pemiutang 18,116.00
193,222.62 10,619.29
347,403.86
ASET SEMASA BERSIH 342,001.74 376,139.15
474,723.24
49,585.67
DIBIAYAI OLEH: 16 21,893.50 425,724.82
Modal Syer Anggota 17 39,912.42
Lain-lain Kumpulan Wang
Akaun Untung Rugi Terkumpul 363,331.65

KUMPULAN WANG ANGGOTA 425,137.57

Kumpulan Wang Rizab Statutori 18 49,585.67
474,723.24

Sila lihat nota-nota mengiringi penyata kewangan ini.

9

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2020

NOTA 2020 2019
RM RM
13,946.82
Keuntungan Bersih Tahun Semasa 79,785.19
-
Tolak: Pembahagian Berkanun 18 - 13,946.82
Kumpulan Wang Rizab Statutori 79,785.19
-
Keuntungan Selepas Pembahagian Berkanun
(2,531.40)
Tolak: (7,000.00) (1,390.00)
Peruntukan Zakat (9,730.00)
(13,651.40)
Tolak: Lain-lain Pembahagian 13 (8,757.40)
Dividen Atas Syer - 40% (2019: 15%) 14 (7,900.00) 295.42
Honorarium Lembaga 17 (35,000.00) (8,948.45)
Kumpulan Wang (8,653.03)
(51,657.40) 356,056.89
347,403.86
Baki Keuntungan Yang Belum Dibahagi-bahagikan 21,127.79

Tolak: Pelarasan Bukan Operasi 19 (5,200.00)
15,927.79

Keuntungan Terkumpul Pada Awal Tahun 347,403.86
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir Tahun 363,331.65

Sila lihat nota-nota mengiringi penyata kewangan ini.

10

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2020

NOTA 2020 2019
RM RM

PENDAPATAN 20 730,535.00 568,570.53
Pendapatan Dari Aktiviti: 21 174,214.74 124,148.90
Peruncitan 22 7,973.91 10,823.05
Perkhidmatan
Pelaburan 1,353.55 672.85
597.26 1,288.10
Lain-lain Aktiviti: 705,503.43
Komisen Agen Bank Simpanan Nasional 914,674.46
Komisen Jualan Runcit 324.00
587.63
Pendapatan Am: 255.00 2,050.00
Fi Masuk 400.27 1,531.13
Hibah - 709,996.19
Sumbangan 540.00
Pelbagai Pendapatan 494,186.85
915,869.73 97,207.83
JUMLAH 591,394.68

PERBELANJAAN 20 533,386.07 23,449.83
Kos Jualan/Aktiviti: 21 152,047.56 181.30
Peruncitan
Perkhidmatan 685,433.63 81,023.56
696,049.37
Perbelanjaan Am: 4 25,090.39
Susutnilai Aset - 13,946.82
Belanja Mesyuarat Agung
Pelbagai Perbelanjaan 23 125,560.52
JUMLAH 836,084.54

Keuntungan Bersih 79,785.19

Sila lihat nota-nota mengiringi penyata kewangan ini.

11

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

PENYATA ALIRAN TUNAI
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2020

NOTA 2020 2019
RM RM

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI 4 79,785.19 13,946.82
OPERASI 23,449.83
6 25,090.39 37,396.65
Keuntungan Bersih Sebelum Cukai 7&9 104,875.58 7,032.66
Pelarasan Untuk: 12 & 15 (37,526.29)
734.34 1,494.26
Susutnilai Aset Tetap 26,169.32 8,397.28
57,088.01 (8,948.45)
Keuntungan Operasi Sebelum Perubahan Modal Kerja 188,867.25
Kurangan Inventori (5,200.00) (551.17)
Kurangan/(Tambahan) Penghutang 183,667.25
Tambahan Pemiutang -
(37,645.65)
Tunai Diperoleh Daripada Operasi (37,645.65)
Zakat Dibayar
(107,133.55)
Tunai Bersih Daripada Aktiviti Operasi (50.36)

ALIRAN TUNAI UNTUK BAYARAN 14 (417.00) (1,472.69)
BERKANUN DAN AGIHAN 17 (5,706.87) (108,656.60)
Honorarium Anggota Lembaga
Lain-lain Kumpulan Wang (6,123.87) 7,820.00
(5,380.00)
Tunai Untuk Bayaran Berkanun Dan Agihan (3,957.00)
(1,517.00)
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI 4 (14,618.60) (148,370.42)
PELABURAN 5 (53.34) 262,985.43
Belian Aset Tetap 8 (1,644.57) 114,615.01
Tambahan Pelaburan Dalam Syer Tak Siar Harga
Tambahan Aset Kumpulan Wang Rizab Statutori (16,316.51) 105,501.24
9,113.77
Tunai Bersih Daripada Aktiviti Pelaburan
114,615.01
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI 16 8,997.50
PEMBIAYAAN 16 (5,220.00)
Terimaan Modal Syer 13 (1,827.00)
Modal Syer Dikeluarkan
Bayaran Dividen Anggota 1,950.50

Tunai Bersih Daripada Aktiviti Pembiayaan

Kurangan Tunai Dan Setara Tunai 163,177.37
Tunai Dan Setara Tunai Awal Tahun 114,615.01

Tunai Dan Setara Tunai Akhir Tahun 277,792.38

TUNAI DAN SETARA TUNAI DIWAKILI 10 272,524.96
OLEH: 11 5,267.42

Wang Di Bank 277,792.38
Wang Di Tangan

Sila lihat nota-nota mengiringi penyata kewangan ini.

12

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN BERHAD
(Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993)

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2020

1. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(a) Asas-asas Perakaunan

i. Penyata kewangan ini telah disediakan menurut kelaziman kos sejarah. Penyata
kewangan mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan terpakai di Malaysia.

ii. Penyata kewangan yang disediakan ini telah disesuaikan untuk mematuhi Akta
Koperasi 1993 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

(b) Fi Masuk

Fi masuk yang diterima dalam tahun ini dikreditkan ke Penyata Pendapatan
Komprehensif mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Bilangan 13(4).

(c) Harta Tanah, Loji dan Peralatan

i. Susutnilai harta tanah, loji dan peralatan dikira mengikut sistem susut samarata
mengikut aset tersebut dapat mengeluarkan hasil dengan cara yang ekonomik.

ii. Kadar susutnilai yang digunakan ialah 3% - 20% setahun.

iii. Bagi aset yang diperoleh dalam tahun ini susutnilai dikira setahun penuh.

(d) Inventori

Inventori adalah dinilai mengikut kos belian atau harga pasaran yang mana rendah.

(e) Pelaburan Dalam Syer Tak Siar Harga

Pelaburan dalam syer-syer tak siar harga dinyatakan pada kos asal tolak peruntukan
rosotnilai. Peruntukan rosotnilai dibuat apabila Lembaga Koperasi menjangkakan
rosotnilai tersebut berkekalan.

(f) Tunai dan Bersamaan Tunai

Tunai dan bersamaan tunai didefinasikan sebagai baki tunai di tangan dan di bank.

(g) Penghutang dan Peruntukan Hutang Sangsi

Penghutang telah dinyatakan pada nilai yang dijangka boleh direalisasikan.

13

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

1. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING…SAM’B.

(g) Penghutang dan Peruntukan Hutang Sangsi…Sam’b.

Anggaran untuk hutang sangsi adalah mengikut masa kewujudan baki hutang tertunggak
pada akhir tahun kewangan dan peruntukan ke atas hutang sangsi dikenakan mengikut
kadar yang spesifik bagi setiap jenis hutang atau pinjaman berikut:

Masa Penghutang Penghutang Bukan Lain-lain
Anggota Anggota Penghutang

Semasa 0% 20% 0%
2 tahun 20% 35% 30%
3 tahun 35% 65% 100%
4 tahun 65% 100% 100%
5 tahun dan lebih 100%
- -

2. KEGIATAN KOPERASI
Koperasi menjalankan perniagaan menjual barang-barang keperluan pelajar-pelajar,
perkhidmatan dobi, komputer, graduasi, majalah, pembersihan dan ejen bank.

3. POLISI RISIKO PENGURUSAN KEWANGAN

Polisi risiko pengurusan kewangan Koperasi adalah bertujuan untuk memastikan sumber
kewangan yang cukup untuk pembangunan perniagaan Koperasi dalam menguruskan risiko
mata wang, risiko pasaran, risiko kredit, risiko kecairan dan risiko aliran tunai Koperasi.
Koperasi beroperasi mengikut garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi. Polisi-
polisi yang berkaitan aktiviti-aktiviti kewangan yang diamalkan adalah seperti berikut:

(a) Risiko Mata Wang

Koperasi tidak terdedah kepada risiko mata wang yang serius memandangkan tiada
urusniaga yang ketara dijalankan dengan menggunakan mata wang asing.

(b) Risiko Pasaran

Koperasi terdedah kepada risiko pasaran yang timbul akibat daripada perubahan-
perubahan dalam harga ekuiti tersiar. Koperasi tidak menggunakan instrumen derivatif
untuk mengawal ekuiti tersiar.

(c) Risiko Kredit

Koperasi tidak mempunyai sebarang risiko kredit yang maksima yang tertumpu kepada
seorang individu atau pihak ketiga.

14

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

3. POLISI RISIKO PENGURUSAN KEWANGAN…SAM’B.

(d) Risiko Kecairan dan Aliran Tunai

Risiko kecairan dan aliran tunai yang terdedah kepada Koperasi adalah berpunca
daripada sumber kewangan umum dan aktiviti-aktiviti perniagaan Koperasi.

Koperasi mengamalkan pengurusan risiko kecairan yang berhemat dengan memastikan
kecukupan baki tunai dan lain-lain sumber kewangan melalui kemudahan kredit yang
tertentu.

4. HARTA TANAH, LOJI DAN PERALATAN

Baki Pada Tambahan Kurangan Baki Pada
2020 Awal Tahun Dalam Tahun Dalam Tahun Akhir Tahun

RM RM RM RM

Kos/Nilai: 33,070.00 4,258.00 - 37,328.00
Komputer 265,097.51 10,360.60 - 275,458.11
Aset-aset lain
298,167.51 14,618.60 - 312,786.11

Susutnilai terkumpul: 21,386.60 6,485.00 - 27,871.60
Komputer 134,723.15 18,605.39 - 153,328.54
Aset-aset lain
156,109.75 25,090.39 - 181,200.14

Baki Pada Tambahan Kurangan Baki Pada
2019 Awal Tahun Dalam Tahun Dalam Tahun Akhir Tahun

RM RM RM RM

Kos/Nilai: 33,070.00 - - 33,070.00
Komputer 157,963.96 107,133.55 - 265,097.51
Aset-aset lain
191,033.96 107,133.55 - 298,167.51

Susutnilai terkumpul: 15,752.20 5,634.40 - 21,386.60
Komputer 116,907.72 17,815.43 - 134,723.15
Aset-aset lain 132,659.92 23,449.83 - 156,109.75

2020 2019
RM RM

Amaun dibawa pada akhir tahun: 9,456.40 11,683.40
Komputer 122,129.57 130,374.36
Aset-aset lain
131,585.97 142,057.76

15

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

5. PELABURAN DALAM SYER TAK SIAR HARGA

2020 Bilangan Kos Seunit Jumlah Kos
Unit RM RM

Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa 1,000 1.00 1,000.00
Campur: Dividen dilaburkan semula 135.53

1,135.53

2019 Bilangan Kos Seunit Jumlah Kos
Unit RM RM

Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa 1,000 1.00 1,000.00
Campur: Dividen dilaburkan semula 82.19

1,082.19

6. INVENTORI

2020 2019
RM RM

Barangan kedai - pada kos 129,068.06 129,952.20
Barangan dobi - pada kos 230.00 896.00
Barangan kafeteria - pada kos 815.80 -

130,113.86 130,848.20

Inventori perniagaan diambil kira pada harga kos. Inventori ini adalah barangan kedai,
barangan dobi dan barangan kafetaria untuk aktiviti peruncitan dan aktiviti perkhidmatan.

7. PENGHUTANG PERDAGANGAN 2020 2019
RM RM
Baki pada awal tahun
Campur: Jualan kredit dalam tahun 88,714.55 66,231.51
Tolak: Bayaran dalam tahun 167,237.13 172,280.48
Baki pada akhir tahun 255,951.68 238,511.99
Analisa pengumuran penghutang perdagangan: (223,861.68) (149,797.44)
Dalam tempoh kredit (60 hari) 32,090.00 88,714.55
1 hingga 30 hari lepas tempoh kredit
31 hingga 60 hari lepas tempoh kredit 32,090.00 88,714.55
- -
- -

32,090.00 88,714.55

16

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

8. ASET KUMPULAN WANG RIZAB STATUTORI

2020 2019
RM RM

Baki pada awal tahun 45,433.55 43,960.86
Campur: Faedah atas simpanan tetap 1,644.57 1,472.69

Baki pada akhir tahun 47,078.12 45,433.55

Aset Kumpulan Wang Rizab Statutori diwakili oleh simpanan tetap dalam Bank Islam
Malaysia Berhad selaras dengan kehendak Pekeliling SKM Bilangan 1 tahun 2009.

9. PELBAGAI PENGHUTANG 2020 2019
RM RM
Cukai Barangan dan Perkhidmatan
Pembayaran terdahulu - Aktiviti planner - 2,620.37
Pembayaran terdahulu - Aktiviti penapis air - 4,070.40
Pembayaran terdahulu - Aktiviti lawatan Turki - 11,004.00
48,150.00
Analisa pengumuran pelbagai penghutang: 48,150.00 -
Dalam tempoh kredit (60 hari) 17,694.77
1 hingga 30 hari lepas tempoh kredit 48,150.00
31 hingga 60 hari lepas tempoh kredit - 17,694.77
- -
-
48,150.00
17,694.77

10. WANG DI BANK 2020 2019
RM RM
Akaun semasa:
Bank Islam Malaysia Berhad - Cawangan Parit Buntar, Perak 235,739.11 67,758.56
Bank Simpanan Nasional - Cawangan Parit Buntar, Perak 6,533.42 4,816.02
CIMB Bank Berhad - Cawangan Parit Buntar, Perak 30,252.43 32,926.66
105,501.24
272,524.96

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b. 17

11. WANG DI TANGAN 2019
RM
2020 9,113.77
RM
2019
Wang di tangan 5,267.42 RM

Tiada had wang di tangan yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Koperasi. 270.00
-
12. PEMIUTANG PERDAGANGAN 2020 -
RM 4,348.80
Aneka Kerepek -
Aries Mutiara Enterprise 270.00 -
Azhani 17,502.00
CT Well Trading 54.00
Ija Collection 219.00 629.15
Imran - -
Izz Briliant Enterprise 2,439.50 -
Jin Bin Corporation Sdn. Bhd. 192.00 800.00
Mashitah Bookstore - -
Max Capital Trading 263.83 -
Muhajirin Industries Marketing 626.40 -
Musadar 118.08 -
Pembekal Kak Ani 160.00 429.00
Pembekal Kak Ina 106.40 1,550.20
Pembekal Siti 261.40 -
Pemiutang Pakaian 121.00
Pemiutang Makanan 40.00 548.60
PT Office System Sdn. Bhd. 51.00 1,785.00
Semarak Anika Enterprise 9,861.25 6,848.40
SGH Edaran (M) Sdn. Bhd. 986.90 1,463.50
Sin Boon Beng Printing Sdn. Bhd. 105.47 18,847.65
Zaries Mutiara Enterprise 190.90
Zawawi -
-
-
1,087.00
34,481.13

18

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

13. DIVIDEN

2020 2019
RM RM

Baki pada awal tahun 9,002.96 10,428.56
Campur: Peruntukan dalam tahun 8,757.40 2,531.40

Tolak: Bayaran dalam tahun 17,760.36 12,959.96
Baki pada akhir tahun (1,827.00) (3,957.00)

15,933.36 9,002.96

Pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019 telah diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat SKM.P.P.(UU)05/02/245/(63) bertarikh 23
Disember 2019.

Dividen dicadangkan adalah sebanyak 40% (2019: 15%) daripada modal syer anggota pada 30
September 2019 dan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Koperasi telah mengiktiraf dividen dicadangkan ini sebagai
liabiliti di dalam tahun kewangan semasa sebagai memenuhi peruntukan Seksyen 57(5), Akta
Koperasi 1993.

14. HONORARIUM

2020 2019
RM RM

Baki pada awal tahun 6,390.00 5,000.00
Campur: Peruntukan dalam tahun 7,900.00 1,390.00

Tolak: Bayaran dalam tahun 14,290.00 6,390.00
Baki pada akhir tahun (417.00) -

13,873.00 6,390.00

Pembayaran honorarium bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019 telah diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat SKM.P.P.(UU)05/02/245/(62) bertarikh 23
Disember 2019.

Honorarium dicadangkan adalah sebanyak RM10,000.00 (2019: RM1,390.00) daripada
keuntungan selepas pembahagian berkanun dan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung
Tahunan Koperasi yang akan datang. Koperasi telah mengiktiraf honorarium dicadangkan ini
sebagai liabiliti di dalam tahun kewangan semasa sebagai memenuhi peruntukan Seksyen 57(5),
Akta Koperasi 1993.

19

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

15. PELBAGAI PEMIUTANG

Bayaran perakaunan - Terakru (a) 2020 2019
Coway (M) Sdn. Bhd. RM RM
Deposit - Sewa kafetaria
Fi juruaudit luar - Terakru 2,400.00 1,500.00
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Terakru 1,056.00 528.00
Pertubuhan Keselamatan Sosial - Terakru 1,800.00
P.T. Office System Sdn. Bhd. 3,500.00 1,800.00
1,514.00 2,000.00
Skim Insuran Pekerja 1,514.00
Terimaan terdahulu aktiviti perkhidmatan 314.90
Zakat - 114.70
179.11
(a) Terimaan Terdahulu: 82.20 19.60
Aktiviti dobi 111,268.03 72,825.19
Aktiviti komputer -
Aktiviti lawatan Turki 7,000.00 80,480.60
Aktiviti majalah 128,935.13
Aktiviti pakaian 2,400.00
Aktiviti penapis air 18,540.00 46,703.64
Aktiviti planner 26,868.34
49,850.00 -
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian Berhad 5,223.75 18,160.55
4,340.00
- 1,221.00
4,443.00
-
443.01 -
5,899.93 72,825.19
111,268.03

16. MODAL SYER ANGGOTA

Bilangan 2020 Bilangan 2019

Anggota RM Anggota RM

Baki pada awal tahun 638 18,116.00 780 15,676.00
Tambahan dalam tahun 268 8,997.50 145 7,820.00

Tolak: Kurangan dalam tahun 906 27,113.50 925 23,496.00
Baki pada akhir tahun (261) (5,220.00) (287) (5,380.00)

645 21,893.50 638 18,116.00

Dalam tahun kewangan ini, surat pengesahan baki-baki Modal Syer Anggota pada 31 Mac
2020 tidak diedarkan kepada anggota Koperasi.

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b. 20
17. LAIN-LAIN KUMPULAN WANG
2019
Kumpulan Wang Kebajikan Am (a) 2020 RM
Kumpulan Wang Keraian (b) RM
Kumpulan Wang Kokurikulum (c) 1,789.47
Kumpulan Wang Kursus Dan Latihan (d) 5,000.00 1,390.00
Kumpulan Wang Pendidikan (e) 5,217.20 1,456.55
Kumpulan Wang Penyelenggaraan (f) 5,413.55 1,597.67
Kumpulan Wang Rekreasi (g) 6,049.67 1,467.03
8,178.93 1,501.16
(a) Kumpulan Wang Kebajikan Am 5,048.26 1,417.41
Baki pada awal tahun 5,004.81 10,619.29
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 39,912.42
Keuntungan 5,057.86
1,789.47
Tolak: Bayaran dalam tahun 1,390.00
Baki pada akhir tahun 5,000.00 6,447.86
6,789.47 (4,658.39)
(b) Kumpulan Wang Keraian (1,789.47) 1,789.47
Baki pada awal tahun 5,000.00
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 5,000.00
Keuntungan 1,390.00
1,390.00
Tolak: Bayaran dalam tahun 5,000.00 6,390.00
Baki pada akhir tahun 6,390.00 (5,000.00)
(1,172.80) 1,390.00
(c) Kumpulan Wang Kokurikulum 5,217.20
Baki pada awal tahun 5,000.00
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 1,456.55
Keuntungan 1,390.00
5,000.00 6,390.00
Tolak: Bayaran dalam tahun 6,456.55 (4,933.45)
Baki pada akhir tahun (1,043.00) 1,456.55
5,413.55
(d) Kumpulan Wang Kursus Dan Latihan 6,266.20
Baki pada awal tahun 1,597.67
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 1,390.00
Keuntungan 5,000.00 7,656.20
6,597.67 (6,058.53)
Tolak: Bayaran dalam tahun (548.00) 1,597.67
Baki pada akhir tahun 6,049.67

21

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

17. LAIN-LAIN KUMPULAN WANG…SAM’B. 2020 2019
RM RM
(e) Kumpulan Wang Pendidikan
Baki pada awal tahun 1,467.03 5,192.11
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian
Keuntungan 5,000.00 1,390.00
Tambahan dalam tahun 3,700.00 -
10,167.03
Tolak: Bayaran dalam tahun (1,988.10) 6,582.11
Baki pada akhir tahun 8,178.93 (5,115.08)

(f) Kumpulan Wang Penyelenggaraan 1,501.16 1,467.03
Baki pada awal tahun
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 5,000.00 6,976.56
Keuntungan 6,501.16
(1,452.90) 1,390.00
Tolak: Bayaran dalam tahun 5,048.26 8,366.56
Baki pada akhir tahun (6,865.40)
1,417.41 1,501.16
(g) Kumpulan Wang Rekreasi
Baki pada awal tahun 5,000.00 5,042.21
Campur: Pindahan daripada Akaun Pembahagian 6,417.41
Keuntungan (1,412.60) 1,390.00
5,004.81 6,432.21
Tolak: Bayaran dalam tahun (5,014.80)
Baki pada akhir tahun 1,417.41

18. KUMPULAN WANG RIZAB STATUTORI 2020 2019
Baki pada awal/akhir tahun RM RM
49,585.67 49,585.67

Tiada pindahan ke Kumpulan Wang Rizab Statutori dibuat dalam tahun kewangan berakhir 31
Mac 2020 kerana amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori telah melebihi 100% daripada
Modal Syer Anggota.

19. PELARASAN BUKAN OPERASI 2020 2019
Zakat terkurang peruntuk RM RM
5,200.00 8,948.45

22

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b. 2020 2019
RM RM
20. PERUNCITAN
734,338.95 569,513.53
Pendapatan (3,803.95) (943.00)
Jualan 730,535.00
Tolak: Pulangan Jualan 568,570.53
Jualan Bersih
Tolak: Kos Jualan 129,952.20 135,512.86
Inventori awal 479,431.05 452,903.14
Campur: Belian 57,337.82 40,750.78
(2,612.18)
Kos langsung (301.14)
Tolak: Pulangan belian - (62.95)

Diskaun diterima 666,419.93 626,491.65
Tolak: Ambilan (3,634.20) (2,352.60)

Stok rosak (331.60) -
Inventori akhir (129,068.06) (129,952.20)

Keuntungan Kasar 533,386.07 494,186.85

21. PERKHIDMATAN 197,148.93 74,383.68

Pendapatan Dari Aktiviti: 2020 2019
Dobi RM RM
Graduasi
Kafetaria 64,970.00 64,206.50
Komputer 14,720.00 9,730.00
Majalah 58,523.05
Mesin Penapis Air 11,546.30 -
Planner 1,606.80 14,301.55
18,056.00 10,217.60
Tolak: Kos Jualan/Aktiviti 4,792.59 20,054.00
Dobi 5,639.25
Graduasi 174,214.74
Kafetaria 124,148.90
Komputer
Majalah (a) 44,230.11 42,284.63
Mesin Penapis Air
Planner 13,414.10 5,589.20
(b) 54,972.35 -
Keuntungan Kasar
11,210.00 13,885.00
1,560.00 9,920.00

22,008.00 20,054.00
4,653.00 5,475.00

152,047.56 97,207.83

22,167.18 26,941.07

23

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b. 2020 2019
21. PERKHIDMATAN…SAM’B. RM RM

(a) Kos Jualan Dobi 896.00 2,368.00
Inventori awal 11,160.00 8,910.00
Campur: Belian 32,404.11 31,902.63
Kos langsung 44,460.11 43,180.63
Tolak: Inventori akhir (896.00)
(230.00) 42,284.63
(b) Kos Jualan Kafetaria 44,230.11
Inventori awal -
Campur: Belian - -
Kos langsung 41,483.55 -
Tolak: Inventori akhir 14,304.60 -
55,788.15 -
22. PELABURAN -
(815.80)
Dividen dari pelaburan dalam syer tak siar harga 54,972.35
Faedah atas simpanan tetap
Sewa kafetaria 2020 2019
RM RM

53.34 50.36
1,644.57 1,472.69
6,276.00 9,300.00
7,973.91 10,823.05

24

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

23. PELBAGAI PERBELANJAAN 2020 2020
RM RM
Alat tulis dan percetakan
Bayaran perakaunan 1,453.74 1,225.84
Belanja am 2,400.00 1,500.00
Belanja keraian 1,088.30
Belanja peralatan 287.00
Belanja utiliti 420.00 2,983.06
Elaun Ahli Lembaga Koperasi 2,222.85 2,612.38
Elaun pengurusan
Fi juruaudit luar 760.95 908.85
Kenaan bank 6,813.00 1,680.00
Penyelenggaraan 1,290.00 14,680.00
Sewa mesin fotostat 3,500.00 2,000.00
Stok ambilan
Sumbangan 262.00 277.30
Tambang dan kos perjalanan 800.00 2,066.00
960.00
331.60 960.00
102,406.48 -
851.60 48,490.53
125,560.52 1,352.60
81,023.56

24. MAKLUMAT PEKERJA
Bilangan kakitangan dalam pada akhir tahun kewangan adalah seramai 10 (2019: 5) orang.

25. ANGKA-ANGKA PERBANDINGAN

Sebahagian daripada angka-angka perbandingan tahun lalu telah dipinda untuk disesuaikan

dengan persembahan tahun ini. Yang Yang

Dinyatakan Dinyatakan
Semula 2019

RM RM

Perbelanjaan Am: - 36,150.68
Gaji dan perbelanjaan kakitangan: - 28,394.63
- 7,130.00
Gaji pekerja kedai - 889.60
Gaji pekerja dobi - 88.50
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Sistem Insurans Pekerjaan

Kos Jualan/Aktiviti: 40,750.78 -
Peruncitan - Kos langsung 31,902.63 -
Perkhidmatan - Kos langsung

25

Nota-nota kepada penyata kewangan…sam‟b.

26. PERISTIWA SUSULAN SELEPAS TARIKH PELAPORAN

Berikutan penularan wabak Koronavirus („COVID-19‟) sejak akhir ini tahun 2019 yang
menyaksikan peningkatan ketara dalam kes-kes di seluruh dunia telah mendorong Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengisytiharkan wabak penyakit ini sebagai satu pendemik
pada 11 Mac 2020. Rangkaian langkah pencegahan dan kawalan telah dan terus dilaksanakan
di seluruh dunia. Oleh yang demikian, hal ini dijangkakan memberikan kesan material buruk
terhadap ekonomi Malaysia dan juga menyebabkan ketidakpastian terhadap operasi Koperasi
pada tahun 2021.

Koperasi masih dalam proses menilai impak pandemic („COVID-19‟) ke atas pelaporan
kewangan yang belum dapat dipastikan dan diramalkan secara wajar sehingga tarikh terbitan
penyata kewangan ini.

Koperasi menjangkakan sebarang impak yang berpotensi ke atas pelaporan kewangan
rentetan („COVID-19‟) akan diiktiraf dalam penyata kewangan Koperasi pada tahun
kewangan berakhir 31 Mac 2021.


Click to View FlipBook Version