The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juliana Omar, 2023-02-06 22:50:18

KURIKULUM & PENTAKSIRAN SENIREKA (KPS)

KURIKULUM & PENTAKSIRAN SENIREKA (KPS)

Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1 Matlamat 2 2 Objektif 2 3 Organisasi Kandungan Kurikulum & Pentaksiran Senireka (KPS) Tingkatan 4 2 4 Fokus 3 5 Kandungan KPS Senireka Tingkatan 4 : 4-5 6 Seni Halus 6-9 7 Seni Lukisan 6 8 Seni Catan 7 9 Seni Cetakan 8 10 Seni Arca 9 11 Reka Bentuk 10-12 12 Rekaan Dalaman 10 13 Rekaan Industri 11-12 14 Seni Tradisi 13-18 15 Seni Ukiran 13-14 16 Seni Batik 15-18 17 Komunikasi Visual 19-20 18 Grafik Ilustrasi 19-20 19 Artistik Senireka 21-22 20 Idea, Konsep & Designomic 21-22 21 Contoh Folio Artistik Senireka : 23 22 Bidang Seni Halus 23-82 23 Seni Lukisan 23-37 24 Seni Catan 38-52 25 Seni Cetakan 53-67 26 Seni Arca 68-82 27 Bidang Reka Bentuk 83-112 28 Rekaan Dalaman 83-97 29 Rekaan Industri 98-112 30 Bidang Seni Tradisi 113-139 31 Seni Ukiran 113-124 32 Seni Batik 125-139 33 Bidang Komunikasi Visual 140-154 34 Grafik Ilustrasi 140-154 35 Borang Pemarkahan Artistik Senireka 155-156 36 Rubrik Penskoran Senireka : 157-164 37 Elemen 1 (Folio) 157-160 38 Eleman 2 (Karya) 161-162 39 Elemen 3 (Nilai) 163-164 40 Rubrik Penialaian Gred / Sijil Senireka 166 1


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum MATLAMAT Kurikulum & Pentaksiran Senireka (KPS) Tingkatan 4 diwujudkan untuk menyelaras aktiviti subjek serta mempertingkatkan potensi pelajar ke arah penjanaan modal insan holistik yang berteraskan pengetahuan dan kemahiran senireka serta menghayati nilai estetik bagi menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan pembangunan negara. OBJEKTIF 1. Menginterpretasi karya Senireka dalam bidang Seni Halus, Reka Bentuk, Seni Tradisi, Komunikasi Visual & Artistik Senireka. 2. Mengaplikasikan 5E iaitu engagement, explanation, explore, ekspresation dan evaluation dalam pelbagai bidang Senireka. 3. Menghasilkan Folio Senireka melalui ekplorasi, ekspresi dan apresiasi media, teknik dan bahan dalam Artistik Senireka. 4. Menzahirkan dokumentasi idea, konsep dan tema dalam penghasilan karya secara kreatif dan inovatif. 5. Menghargai dan menghayati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan melalui penghasilan karya. 6. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan membudayakan nilai-nilai murni serta berupaya menjadi model teladan. 7. Menjelaskan sumbangan hasil karya tokoh seni visual tempatan dan luar negara. 8. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan membudayakan nilai-nilai murni serta berupaya menjadi model teladan. 9. Menjelaskan sumbangan hasil karya tokoh seni visual tempatan dan luar negara. ORGANISASI KANDUNGAN KPS TINGKATAN 4 Peruntukan masa bagi melaksanakan kesemua bidang dalam organisasi kandungan adalah 48 jam minimum setahun mengikut selia masa Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA seperti yang tertera dalam Jadual 1. Pelaksanaan aktiviti PdP pada setiap bidang adalah berdasarkan perancangan, keperluan dan kesesuaian. Guru boleh mengubahsuai susunan bidang dan aktiviti pelajar bagi pelaksanaan PdP. 2


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum FOKUS Jadual 1 : Organisasi Kandungan dan Agihan Masa bagi KPS Tingkatan 4. BIDANG TAJUK JAM MINIMUM SETAHUN Seni Halus Seni Lukisan 2 Seni Catan 2 Seni Cetakan 2 Seni Arca 2 Reka Bentuk Rekaan Dalaman 2 Rekaan Industri 2 Seni Tradisi Seni Ukiran 2 Seni Batik 2 Komunikasi Visual Grafik Ilustrasi 2 Artistik Senireka Idea, Konsep dan Designomic 30 JUMLAH JAM MINIMUM SETAHUN 48 KPS Tingkatan 4 ini memberi fokus kepada perkembangan proses kemahiran pelajar Senireka MRSM. Bagi merealisasikan matlamat yang dihasratkan, pelajar diberi pengukuhan pengetahuan dan pemahaman melalui media, teknik dan bahan terhadap lima bidang iaitu Seni Halus, Reka Bentuk, Seni Kraf, Komunikasi Visual dan Artistik Senireka. Seni Halus Bidang Seni Halus memberi tumpuan kepada empat tajuk iaitu Seni Lukisan, Seni Catan, Seni Cetakan dan Seni Arca. Kempat-empat tajuk ini menyentuh aspek aliran, gaya, pelukis/pengarca dan karya visual tempatan dan luar negara. Reka Bentuk Bidang Reka Bentuk memberi tumpuan kepada dua tajuk iaitu Rekaan Dalaman dan Rekaan Industri. Rekaan Dalaman menjelaskan definisi, penghasilan pelan lantai dan penghasilan model. Rekaan Industri menjelaskan definisi, bentuk produk, bentuk perabot, bentuk automotif, jenis konsep, jenis & lakaran model, alat & bahan, proses penghasilan model dan lukisan persembahan. 3


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum Seni Tradisi Bidang Seni Tradisi memberi tumpuan kepada dua komponen iaitu Seni Ukiran dan Seni Batik. Seni Ukiran menjelaskan definisi, alat, bahan, motif, corak, jenis ukiran, bentuk silat dan proses penghasilan produk. Seni Batik menjelaskan definisi, bahagian kain batik, motif, jenis, alat, bahan dan proses penghasilan. Komunikasi Visual Bidang Komunikasi Visual memberi tumpuan kepada Grafik Ilustrasi. Tajuk ini menjelaskan definisi, jenis, media, teknik dan proses penjanaan idea dalam penghasilan Ilustrasi Industri & Teknikal, Ilustrasi Sains & Perubatan, Ilustrasi Dekoratif, Ilustrasi Imaginasi, Ilustrasi Ekspresi, Ilustrasi Penerbitan, Ilustrasi Fesyen, Ilustrasi Komik & Animasi, Ilustrasi Pengiklanan dan Ilustrasi Fauna & Alam. Artistik Senireka Bidang Artistik Senireka memberi tumpuan kepada Idea, Konsep dan Designomic. Pelajar akan memilih satu tajuk mengikut bidang. Tugasan pelajar secara individu melibatkan tiga proses penghasilan iaitu folio, produk dan nilai. Aspek folio : Format Muka Hadapan Folio Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan Kajian Sumber Ilham Kajian Karya Sedia Ada Lukisan/Catan Realistik Lakaran Perkembangan Idea Kajian Warna & Reka Letak Lukisan/Catan Persembahan Lukisan/Catan Alatan dan Bahan Rujukan dan Bibliografi Dokumentasi Folio Aspek Karya : Menghasilkan Karya Rekaan Yang Asli Menghasilkan Karya Designomik Penggunaan Alatan dan Bahan Mengamalkan Keselamatan Ketika Menghasilkan Karya Saiz Karya Menepati Prinsip Rekaan 4


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum Aspek Nilai : Pengetahuan dan Kefahaman Imaginatif Idea Karya Proses Kerja Menampilkan Ketepatan dan Kehalusan Kerja Karya Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui penerokaan media, teknik, bahan dan proses dalam pelbagai bidang Senireka menjana keupayaan murid untuk menambah baik kualiti karya. Kelima-lima bidang yang diterapkan ini akan melahirkan murid yang mempunyai pemikiran aras tinggi, kreatif, inovatif, inventif dan berdaya saing. 5


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI LUKISAN Bidang Seni Halus Tajuk Seni Lukisan Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan aliran, gaya, karya dan pelukis dalam seni lukisan visual tempatan dan luar negara. Penerokaan media dan teknik dalam karya seni lukisan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Lukisan Pemahaman terhadap konsep Seni Lukisan. Menjelaskan seni lukisan di Malaysia dan Barat mengikut aspek :- Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang aliran, gaya, karya dan pelukis. Aktiviti melalui kaedah :- Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan atau Nota anekdot. Nota : Contoh aliran dan gaya :- Kubisme, Ekspresionisme, Surealisme dan lain-lain. Pelukis dan karya-karya seni lukisan dari abad ke-20 hingga kini. Contoh pelukis dan karya :- Pelukis : Dzulkifli Buyong – karya : Kelambu, 1967 – media : pensel warna atau Pelukis : Pablo Picasso – karya : Portrait of Françoise, 1946 – media : pensel. Eksplorasi Senireka dalam Seni Lukisan Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan Seni Lukisan. Menghasilkan lakaran idea berdasarkan aliran dan gaya. Cadangan Aktiviti Secara Individu. Meneroka media dan teknik berdasarkan pengalaman lepas. Contoh media dan teknik :- media seperti media kering atau media campuran. teknik seperti lorekan, contengan, gosokan, garisan selari, silang pangkah atau titik. Contoh aliran dan gaya :- Kubisme, Ekspresionisme, Surealisme dan lain-lain. 6


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI CATAN Bidang Seni Halus Tajuk Seni Catan Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan aliran, gaya, karya dan pelukis dalam seni catan visual tempatan dan luar negara. Penerokaan media dan teknik dalam karya seni catan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Catan. Pemahaman terhadap konsep Seni Catan. Menjelaskan seni catan di Malaysia dan Barat mengikut aspek :- Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang aliran, gaya, karya dan pelukis. Aktiviti melalui kaedah :- Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan atau Nota anekdot. Nota: Contoh aliran dan gaya :- Kubisme, Ekspresionisme, Surealisme dan lain-lain. Pelukis dan karya-karya seni lukisan dari abad ke-20 hingga kini. Contoh pelukis dan karya :- Pelukis : Syed Ahmad Jamal – karya : Umpan, 1959 – media : cat minyak atau Pelukis : Salvador Dali – karya : The Persistence of Memory, 1931 – media : cat minyak. Ekplorasi Senireka Dalam Seni Catan. Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dalam penjanaan tugasan. Penerokaan media dan teknik dalam penghasilan karya seni catan. Cadangan Aktiviti Secara Individu. Meneroka media dan teknik berdasarkan pengalaman lepas. Contoh media dan teknik :- Media basah seperti cat poster, cat air dan lain-lain. Teknik cat air – basah atas basah, basah atas kering, kering atas kering, kering atas basah. Teknik cat minyak - glazing, alla prima, impasto dan lain-lain. Contoh aliran dan gaya :- Kubisme, Ekspresionisme, Surealisme dan lain-lain. 7


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI CETAKAN Bidang Seni Halus Tajuk Seni Cetakan Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan aliran, gaya, karya dan pelukis dalam seni cetakan visual tempatan dan luar negara. Penerokaan media dan teknik dalam karya seni cetakan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Cetakan. Pemahaman terhadap konsep Seni Cetakan. Menjelaskan seni cetakan di Malaysia dan Barat mengikut aspek :- Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang aliran, gaya, karya dan pelukis. Aktiviti melalui kaedah : Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan atau Nota anekdot. Nota: Contoh aliran dan gaya :- Baroque, Romantisme, Realisme dan lain-lain. Pelukis dan karya-karya seni cetakan mulai abad ke-14 hingga abad ke-19. Contoh pelukis dan karya :- Pelukis : Lee Joo For – karya : Romance Of Country Life, 1968 atau Pelukis : Thomas Bewick – karya : ‘Yellow Wagtail’. Ekplorasi Senireka Dalam Seni Cetakan. Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dalam penjanaan tugasan. Penerokaan media dan teknik dalam penghasilan karya seni cetakan. Cadangan Aktiviti: Secara individu Meneroka media dan teknik berdasarkan pengalaman lepas. Contoh media dan teknik :- teknik seperti timbulan, benaman, stensil atau litografi. media basah seperti dakwat cetak, cat air, cat poster atau dakwat cina. bahan cetakan seperti blok kayu, lino, plat logam atau saring sutera. 8


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI ARCA Bidang Seni Halus Tajuk Seni Arca Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan aliran, gaya, karya dan pengarca dalam seni arca visual tempatan dan luar negara. Penerokaan media dan teknik dalam karya seni arca. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Arca. Pemahaman terhadap konsep Seni Arca. Menjelaskan seni arca di Malaysia dan Barat mengikut aspek :- Aliran dan Gaya Pengarca dan Karya Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang aliran, gaya, karya dan pengarca. Aktiviti secara koperatif melalui kaedah : Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan atau Nota anekdot. Nota: Contoh aliran dan gaya :- Ekspresionisme, Surealisme, Kubisme dan lain-lain. Pengarca dan karya-karya seni arca mulai abad ke-14 hingga kini. Contoh pengarca dan karya :- Pelukis : Raja Shahriman – karya : Semangat Besi, 2001 – media : besi atau Pelukis : Barbara Hepworth – karya : Square Forms with Circle, 1963 – media : Gangsa Eksplorasi Senireka Dalam Seni Arca. Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan Seni Arca. Penerokaan jenisjenis arca melalui aktiviti lakaran secara kreatif dengan menumpukan aspek :- Tema dan Tajuk Pewujudan Idea Cadangan Aktiviti Secara Individu :- Menghasilkan lukisan rekaan berdasarkan penerokaan jenisjenis arca. Luakan Mobail/kinetik Binaan Asemblaj/Stabail Arca Dinding Acuan Timbulan Gabungan 9


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum REKAAN DALAMAN Bidang Reka Bentuk Tajuk Rekaan Dalaman Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan prospek dan hala tuju pereka hiasan dalaman. Mereka bentuk olahan idea dan perkembangan idea berkonsep rekaan kontemporari. Menghasilkan lakaran reka bentuk hiasan dalaman dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif dan inovatif. Mempamerkan, menghayati dan menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan perkembangan idea reka bentuk hiasan dalaman. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman. Pemahaman terhadap prospek kerjaya Pereka Bentuk Hiasan Dalaman. Menerangkan prospek dan hala tuju pereka hiasan dalaman. Tayangan Multimedia atau penghasilan flyers / pamphlet tentang prospek dan hala tuju pereka hiasan dalaman. Aktiviti secara kolaboratif melalui kaedah :- Pembentangan Perbincangan Eksplorasi Senireka dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman. Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan konsep reka bentuk. Mereka bentuk dan membuat olahan idea berkonsepkan rekaan Kontemporari mengikut pelbagai aspek. Contoh ruang: pejabat/komersial/maktab (ruang dalaman psp,pejabat,kelas,cafe dan lain-lain). Melakar dan membuat pelbagai olahan idea reka bentuk perabut dan pelan lantai dalaman berkonsepkan kontemporari daripada pelbagai sumber. Nota: lakaran awal idea (rekaan perabut). lukisan pelan susun atur perabut . menghasikan lukisan perspketif 3 sudut pandangan. kajian warna (rendering). 10


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum REKA BENTUK INDUSTRI Bidang Reka Bentuk Tajuk Reka Bentuk Industri Jam Minimum 2 Objektif Menyatakan prospek dan hala tuju pereka bentuk industri. Menjelaskan konsep produk dalam reka bentuk industri dan kepelbagaian model produk. Meneroka hasil produk reka bentuk dengan menumpukan aspek kaedah dan proses. Menghasilkan lakaran produk reka bentuk industri dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif dan inovatif. Menjelaskan pengalaman dalam menghasilkan perkembangan idea. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Reka Bentuk Industri Pemahaman terhadap prospek kerjaya pereka bentuk industri. Menyatakan prospek dan hala tuju pereka bentuk industri. Menjelaskan konsep produk dalam reka bentuk industri dan kepelbagaian model produk. Tayangan Tayangan Multimedia atau flyers / pamphlet tentang prospek dan hala tuju pereka bentuk industri. Aktiviti secara koperatif melalui kaedah :- pembentangan perbincangan Nota: Konsep produk mudah alih ergonomik mesra alam Jenis model produk model futuristik model moden model prototaip Eksplorasi Senireka dalam Reka Bentuk Industri Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan kajian produk dan perincian dalam reka bentuk industri Meneroka kajian reka bentuk dengan menumpukan aspek:- Kaedah Proses Membuat kajian reka bentuk produk dengan berpandukan :- latar belakang produk masalah produk sedia ada keburukan dan kelebihan produk sedia ada teknologi terkini merujuk hal benda Proses membuat kajian produk reka bentuk industri: membentuk kajian secara terperinci produk yang telah dipilih memindahkan kajian kepada lakaran idea. 11


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) membuat lakaran idea kepada olahan idea. menghasilkan lukisan preskpektif 3 sudut pandangan. hasilkan kemasan akhir. pembentangan 12


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI UKIRAN Bidang Seni Tradisi Tajuk Seni Ukiran Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan prinsip asas, jenis, alatan, bahan dan motif. Mengenal pasti kaedah dan proses penghasilan seni ukiran. Meneroka alatan, bahan dan proses berdasarkan kefahaman terhadap prinsip penghasilan seni ukiran. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Ukiran. Pemahaman terhadap konsep Seni Ukiran. Menjelaskan prinsip asas seni ukiran. Mengenal pasti alat dan bahan seni ukiran. Mengkategorikan motif seni ukiran. Menyenaraikan jenis seni ukiran. Menerangkan proses dan kaedah penghasilan seni ukiran. Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang Seni Ukiran. Aktiviti melalui kaedah :- Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan atau Nota anekdot. Nota: Contoh Jenis seni ukiran :- Layang, Tebuk Timbul Bersilat, Tebuk Timbul Tanpa Silat, Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Tembus Tanpa Silat. Contoh jenis alat dan bahan :- Pahat, Pisau Wali, Gandin Kayu, Ketam, Gerudi, Gergaji, Kikir dan Kertas pasir. Contoh bahan :- Kayu Jelutong, Kayu Nyatoh, Kayu Cengal, Kayu Merbau dan Kayu Meranti Merah. Contoh produk seni ukiran :- Hiasan dinding, Kekisi, Congkak dan Tiang larik, Peralatan domestik dan Pertanian. Contoh motif ukiran :- Flora : Bunga Kangkung, Bunga Cina, Bunga Ketumbit, Bunga Telipot, Bunga Tanjung, Bunga Cempaka, Bunga Emas, Bunga Ketam Guri, Bunga Kiambang, Bunga Melur, Bayam Peraksi dan Sulur Kacang. Fauna: Ayam Berlaga, Badak Mudik, Itik Pulang Petang, Lebah Bergantung, Unduk-Unduk atau Kuda Laut. Kosmos : Awan, Bulan, Bintang dan Matahari. Geometri dan Kaligrafi. Contoh bentuk-bentuk silat :- 13


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Silat Belah Rotan, Silat Serong, Silat Leper, Silat Dada Tuma dan Silat Minangkabau. Proses seni ukiran :- Penyediaan kayu, Melukis corak motif pada kertas, Menyurih motif rekaan pada kayu, Mengukir, Menyilat (membuat silat) dan kemasan. Eksplorasi Senireka dalam Seni Ukiran Eksplorasi dan aplikasi proses Seni Ukiran bagi pengukuhan pemahaman terhadap prinsip asas Seni Ukiran. Mengolah motif seni ukiran. Meneroka jenis seni ukiran. Cadangan aktiviti secara individu. Pengolahan idea secara kreatif dalam penghasilan pelbagai motif pilihan Contoh motif :- flora dan fauna geometri dan kosmos Penerokaan jenis seni ukiran menggunakan pelbagai bahan Contoh bahan :- Lilin Sabun buku Floral foam Kayu plywood Buah – buahan Plaster of Paris 14


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum SENI BATIK Bidang Seni Tradisi Tajuk Seni Batik Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan prinsip asas, jenis, alatan, bahan dan motif serta proses seni batik. Menerangkan proses penghasilan seni batik. Meneroka jenis teknik dalam proses penghasilan seni batik. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Seni Batik. Pemahaman terhadap konsep Seni Batik. Menjelaskan prinsip asas seni batik. Mencerakinkan jenis seni batik. Mengenal pasti alatan dan bahan seni batik. Mengkategorikan motif seni batik. Menerangkan proses seni batik. Meneroka jenis teknik dalam proses penghasilan seni batik Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang seni batik. Aktiviti secara koperatif melalui kaedah : Sumbang saran, Soal jawab, Perbincangan dan Nota anekdot. Nota : Jenis seni batik :- Batik Pelangi, Batik Terap (Blok), Batik Canting dan Batik Skrin. Batik Pelangi (ikat celup) :- Getah, Tali, Batu, Guli, Penyepit, Bekas warna, Pelembut kain, Pewarna Remazol dan Naphtol, Kain Cotton Lawn, Poplin dan Rayon. Batik Terap (Blok) :- Meja terap, Blok tembaga, Kuali, Dapur, Lilin parafin, Rosin (damar), Pewarna Naphtol, Pelembut kain, Kain Cotton Lawn dan Poplin. Batik Canting :- Pemidang kayu, Canting, Berus, Pensil 6B, Periuk, Dapur, Kain sutera seperti Jacquard, Satin, Chiffon dan Habotai, Cotton Lawn dan Poplin, Rayon, lilin parafin, rosin (damar), Minyak kelapa, Pewarna Remazol, Sodium silikat, Soda ash dan Pelembut kain. Batik Skrin :- Meja cetak, Light box, Pemidang kayu, Sekuji, Kain sutera saring, Photo emulsion, Fabric dye dan Pelbagai jenis kain. 15


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Contoh motif batik :- Flora, Fauna, Geometri dan Abstrak. Proses Batik Pelangi :- Ikat, jahit atau lipat mengikut rekaan. Warnakan (celup, titis atau sapuan berus). Keringkan kain. Buka ikatan atau jahitan kain. Bilas atau matikan warna mengikut kesesuaian bahan pewarna. Proses Batik Terap (Blok) :- Sediakan meja terap. Proses menerap lilin menggunakan blok tembaga. Celup keseluruhan kain dengan pewarna. Rebus, bilas dan keringkan. Proses Batik Canting :- Melukis rekaan motif. Mencanting dan mewarna. Mematikan warna dengan sodium silikat. Rebus dengan soda ash. Bilas dan keringkan. Proses Batik Skrin : Memasang sutera saring. Sapukan photo emulsion pada sutera saring. Dedahkan imej pada cahaya. Cucikan imej rekaan dengan semburan air. Cetak imej. Contoh Teknik Batik :- Teknik Ikat & Celup : Tidak menggunakan lilin. Bahan terdiri daripada kain,tali, getah,berus dan pewarna batik. Warna dye biasa digunakan jenis remazol, dylon dan napthol. Jenis ikatan akan menentukan corak dan polar yang dihasilkan. 16


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Teknik Canting / Lukis : Bahan terdiri daripada kain, lilin canting (untuk melukis), pewarna batik, berus dan sodium silikat (bahan pemati warna). Motif batik dilukis menggunakan alat yang dinamakan canting. Teknik Terap (Blok) : Dikenali juga sebagai batik cap dan batik pukul. Blok juga dikenali sebagai sarang diperbuat dari bahan keluli atau kayu yang diukir motif. Batik blok diterap di atas pelbagai permukaan kain seperti sutera & organza. Teknik Skrin : Proses pembuatan lebih cepat dan lebih ekonomi. Peralatan terdiri daripada skrin (silk screen @ organdi), skuji, dye, blok pemidang dan bahan pewarna. Skrin diletakkan di atas permukaan kain yang rata sebelum proses mencetak dilakukan. Eksplorasi Senireka dalam Seni Batik Eksplorasi dan aplikasi proses Seni Batik bagi pengukuhan pemahaman terhadap prinsip asas Seni Batik Meneroka pelbagai jenis teknik dalam proses penghasilan seni batik. Cadangan aktiviti secara individu. Pengolahan idea secara kreatif dalam penghasilan pelbagai teknik batik. Contoh Teknik Batik :- Teknik Ikat & Celup : Tidak menggunakan lilin. Bahan terdiri daripada kain,tali, getah,berus dan pewarna batik. Warna dye biasa digunakan jenis remazol, dylon dan napthol. Jenis ikatan akan menentukan corak dan polar yang dihasilkan. Teknik Canting / Lukis : Bahan terdiri daripada kain, lilin canting (untuk melukis), pewarna batik, 17


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) berus dan sodium silikat (bahan pemati warna). Motif batik dilukis menggunakan alat yang dinamakan canting Teknik Terap (Blok) : Dikenali juga sebagai batik cap dan batik pukul Blok juga dikenali sebagai sarang diperbuat dari bahan keluli atau kayu yang diukir motif. Batik blok diterap di atas pelbagai permukaan kain seperti sutera & organza. Teknik Skrin : Proses pembuatan lebih cepat dan lebih ekonomi. Peralatan terdiri daripada skrin (silk screen @ organdi), skuji, dye, blok pemidang dan bahan pewarna. Skrin diletakkan di atas permukaan kain yang rata sebelum proses mencetak dilakukan. 18


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum GRAFIK Bidang Komunikasi Visual Tajuk Grafik Ilustrasi Jam Minimum 2 Objektif Menjelaskan definisi, jenis dan fungsi ilustrasi. Meneroka pelbagai media dan teknik dalam proses penghasilan karya ilustrasi. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka dalam Grafik Pemahaman terhadap konsep grafik Menjelaskan definisi ilustrasi. Memerihalkan ilustrasi dari aspek :- Jenis, media dan teknik ilustrasi. Penjanaan idea bergambar. Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta. Pemikiran tentang ilustrasi. Aktiviti secara kolaboratif melalui kaedah :- sumbang saran soal jawab perbincangan nota anekdot Nota: Contoh jenis Ilustrasi :- industri dan Teknikal sains dan Perubatan penerbitan flora dan Fauna imaginasi dekoratif ekspresi Contoh pelbagai media :- poskad buku Cerita poster komik mural Contoh Teknik :- dakwat dan cat air pen dan marker pen tampal dan kolaj seni digital seni foto dan cetakan media campuran Cadangan aktiviti secara individu. 19


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Eksplorasi Senireka Dalam grafik (Ilustrasi) Eksplorasi dan aplikasi proses bagi pengukuhan pemahaman terhadap prinsip asas grafik. Membuat penerokaan ilustrasi dengan pelbagai media dan teknik. Penjanaan idea bergambar dalam bentuk thumbnail (lakaran kenit) menggunakan teknik lakaran pensel atau pen secara ringkas dan pantas. 20


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum IDEA, KONSEP DAN DESIGNOMIC Bidang Artistik Senireka Tajuk Idea, Konsep dan Designomic Jam Minimum 30 Objektif Menjelaskan melalui perbincangan tentang definisi, tujuan, kaedah pembentukan dan proses perkembangan idea, konsep dan designomic Meneroka kaedah penjanaan idea, konsep dan designomic dalam proses pembentukan karya. Mengaplikasikan idea, konsep dan designomic dalam proses pembentukan karya. Menjana dan mengapresiasi hasil karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) Persepsi Senireka Pemahaman terhadap penentuan idea, konsep & Designomic dalam penghasilan karya Menjelaskan tentang definisi, tujuan, kaedah pembentukan dan proses perkembangan idea, konsep dan designomic dalam penghasilan karya dan produk mengikut bidang pilihan :- Seni Lukisan Seni Catan Seni Cetakan Seni Arca Reka Bentuk Dalaman Reka Bentuk Industri Seni Ukiran Seni Batik Grafik Tayangan Multimedia atau penghasilan Peta Pemikiran tentang tema, tajuk, idea, konsep dan designomik. Aktiviti secara individu melalui kaedah :- sumbang saran soal jawab perbincangan pembentangan Eksplorasi Senireka Eksplorasi maklumat daripada pelbagai sumber bagi pengukuhan terhadap Penghasilan Karya Membuat penerokaan secara kreatif berkaitan :- Tema dan Tajuk Pewujudan Idea Konsep Designomik Cadangan aktiviti secara individu :- Membuat satu dokumentasi tentang proses penghasilan karya berdasarkan idea, konsep dan designomic mengikut bidang pilihan dalam bentuk folio. Membuat lakaran dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tema, tajuk, media dan pewujudan idea. Contoh penerokaan :- Penentuan tema dan tajuk :- tema: Alam Semulajadi/Alam Benda 21


Unit Senireka Cawangan Pembangunan Kurikulum STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN : (CADANGAN AKTIVITI) tajuk: Bebas Pewujudan idea :- kajian, pemerhatian dan perbincangan melalui lukisan, gambar atau situasi sebenar. Ekspresi Senireka Penzahiran idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan Menghasilkan tugasan berdasarkan bidang pilihan Cadangan aktiviti secara individu. Menghasilkan satu daripada karya berikut :- Seni Lukisan Seni Catan Seni Cetakan Seni Arca Reka Bentuk Dalaman Reka Bentuk Industri Seni Ukiran Seni Batik Grafik Nota: Contoh penghasilan karya :- Reka Bentuk Industri Pengangkutan/Perabot/Produk Seni Batik Canting/Ikat Celup/Terap/Skrin Apresiasi Senireka Penghayatan terhadap penghasilan tugasan dan karya dengan menggunakan Bahasa Seni Visual. Mempamerkan hasil karya Menghayati dan menjelaskan hasil karya sendiri dan rakan dengan menumpukan aspek Bahasa Seni Visual. Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya seni. Cadangan aktiviti tumpu galeri. Mempamerkan dan membuat pemerhatian terhadap hasil karya atau tugasan. Menjalankan aktiviti Lihat-Fikir-Komen terhadap hasil pameran dengan menggunakan sticky note. Penambahbaikan hasil karya atau tugasan. Murid memilih satu daripada persembahan berikut :- tayangan Multimedia pembentangan Nota: Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas 22


«First_ MAKTAB RENDA (…………………….NAMA M FOLIO ARTISTIK BIDA SENI H TAJ SENI LU NAMA PELAJAR :……………… NO. KAD PENGENALAN :……………… NOMBOR MAKTAB :……………… KELAS :……………… NAMA GURU :……………… 23


Name» AH SAINS MARA MAKTAB………………….) SENIREKA 2023 ANG HALUS JUK UKISAN ……………………………………………………. ……………………………………………………. ……………………………………………………. ……………………………………………………. …………………………………………………….


2.0 ISI KAN BIL PERKARA 1.0 Format Muka Hadapan Folio 2.0 Isi kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pengenalan 5.0 Kajian Sumber Ilham 6.0 Kajian Karya Sedia Ada 7.0 Lukisan/Catan Realistik 8.0 Lakaran Perkembangan Idea 9.0 Kajian Warna dan Reka Letak 10.0 Lukisan/Catan Persembahan 11.0 Lukisan/Catan Alatan dan Bahan 12.0 Rujukan dan Bibliografi 13.0 Dokum 24


NDUNGAN MUKA SURAT mentasi Folio


3.0 PENGH Saya pelajar tingkatan 4 tahun (....2023....) ingin memanjatkan ra tenaga yang dianugerahkan dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk sa Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedu serta ahli keluarga yang tidak pernah jemu dalam memberi sokongan s rakan seperjuangan, terima kasih saya ucapkan di atas pertolongan kalia seikhlas hati semasa menyiapkan kajian ini. Semoga suatu hari nanti se Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka menghasilkan kerja kursus ini. Sekian, Terima kasih. 25


HARGAAN asa syukur kepada Tuhan dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, n jayanya. ini kepada guru saya, (..........Nama Guru Pembimbing......) di atas aya menyiapkan tugasan ini. ua ibu bapa saya iaitu (................Nama Ibu & Bapa/Penjaga...........) serta dorongan yang padu dalam menyiapkan folio ini. Kepada rakan an dalam memberi tunjuk ajar dan berkongsi idea kepada saya dengan egala impian kita akan menjadi kenyataan dan diberkati Tuhan. yang telah terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses


4.0 PENG Folio Artistik Senireka terdiri daripada 3 elemen utama iaitu pengh syarat lulus subjek khas Senireka tingkatan empat sistem pendidikan MR Penghasilan folio adalah merupakan satu dokumentasi untuk me (..............Tajuk Kajian................) yang mengandungi 12 aspek dimula sehinggalah kepada dokumentasi folio. Manakala Elemen kedua pula, dan tema yang telah ditetapkan. Elemen yang ketiga pula dinilai berdasa semangat kerjasama, saling membantu dan sebagainya. Secara konklusinya, daripada penghasilan artistik senireka ini memberi manfaat kepada saya serta boleh dijadikan rujukan bagi meng 26


GENALAN hasilan folio, artifak dan nilai sikap yang perlu dilakukan bagi memenuhi RSM. enerangkan proses penjanaan serta perkembangan idea yang bertajuk i dengan kajian subject matter sebagai sumber rujukan dalam kajian merujuk kepada penghasilan karya atau model mengikut spesifikasi arkan sikap pelajar dalam proses penghasilan folio serta artifak meliputi saya dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman yang mampu hasilkan folio kajian yang lebih baik pada masa akan datang.


5.0 KAJIAN SU 27


UMBER ILHAM


6.0 KAJIAN KAR 28


RYA SEDIA ADA


7.0 LUKISAN/CA 29


ATAN REALISTIK


8.0 LAKARAN PERK 30


KEMBANGAN IDEA


9.0 KAJIAN WARN 31


NA & REKA LETAK


32


33


34


10.0 LUKISAN/CATA 35


AN PERSEMBAHAN


11.0 LUKISAN/CATAN 36


Click to View FlipBook Version