The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 809-25-ainisuffiah, 2022-04-18 19:57:43

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : AINI SUFFIAH BINTI AZMI

NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310004

NOMBOR KAD PENGENALAN : 031223-10-1100

KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 1

KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032 / ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BINTI AMBO

TARIKH HANTAR : 30.03.2022

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: AINI SUFFIAH Angka Giliran : 2021052310004
BINTI AZMI

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARA
DIGITAL

Pensyarah : DR. NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 18.03.2022 Tarikh Terima : 29.03.2022

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

2

1.0 DAFTAR KANDUNGAN Muka surat
Daftar kandungan 3
4
1.0 Daftar kandungan 5-6
7
2.0 Pengenalan 8

3.0 Isu jenyah buli siber terhadap kaum wanita 9-10
- Faktor dan kesan 11-12

4.0 Cadagan penambahbaikan bagi isu jenayah buli siber
terhadap kaum wanita

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran

3

2.0 Pengenalan
Kemajuan teknologi digital telah mempegaruhi aktiviti kehidupan manusia pada hari ini.Tidak
kiralah di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun di kawasan awam.Dalam pada itu, dunia
maya ini juga tidak lari daripada jenyah siber bahkan dalam kehidupan realiti. Oleh yang
demikian, karangan penulisan ini akan memperhalusi perbincangan topik isu jenayah siber
khususnya terhadap kaum wanita menerusi aplikasi analisis SWOT.Analisis SWOT ini adalah
satu kerangka perbincangan yang akan menyentuh setiap rinci perbahasan dalam penulisan
ini dan akan menghasilkan buah fikiran dalam menyelesaikan sesuatu isu.

4

3.0 Isu jenyah buli siber terhadap kaum wanita

Jenayah siber adalah perlakuan jenayah yang dilakukan di alam maya.Dalam erti kata lain,
Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk
telefon selular, emel, mesej segera, dan jaringan sosial, yang bertujuan menimbulkan
gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian(che
Hasniza, 2018).Ketika wabak Covid-19 telah melanda dunia, hampir kesluruhan negara telah
menjalankan perintah berkurung bagi mengekang penyebaran wabak tersebut daripada
menjangkiti masyarakat.Dalam masa yang sama masih lagi terdapat satu isu yang tidak dapat
disekat dengan mudah jika dibandingkan dengan wabak Covid-19 ini. Isu tersebut adalah
berkaitan dengan masalah jenayah buli siber yang kini menjadi “trending” dalam kalangan
masyarakat.

Fokusnya dalam penulisan kali ini adalah tumpuan terhadap golongan wanita. Rata-
rata kes yang dilihat pada hari ini melibatkan kaum wanita daripada peringkat kanak- kanak,
remaja serta dewasa. Isu buli siber pada ketika ini lebih menyasarkan golongan wanita ini
berbanding kaum lelaki.Hal ini kerana ,golongan wanita adalah golongan yang paling tinggi
melayari media soaial berbading kaum lelaki.Adapun juga daripada “Laporan badan pemikir
di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu mendapati 67.5 peratus remaja perempuan melayu
yang menjadi mangsa buli berbanding kaum di Malaysia yang lain (Amree, 2021). Oleh itu,
saya turut berpandangan bahawa semua golongan wanita perlu peka terhadap keadaan
semasa ketika melayan media sosial agar tidak terhindar daripada perkara yang buruk. Apa
yang dimaksudkan di sini adalah sikap sentiasa berhati–hati ketika melanggan sesuatu laman
web atau memuat naik gambar ke dalam media sosial.

Sehubungan dengan itu, menerusi skop perbincangan yang lebih mendalam, buli siber
ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk ugutan dan ancaman Antara contoh bentuk buli yang
sentiasa terjadi adalah diabkan di laman media, pencerobohan akaun peribadi,gangguan
seksual secara dalam talian, pengecaman fizikal dan banyak lagi.Oleh itu semua pihak
bertanggungjawab untuk mematuhi setiap etika dan panduan sedia ada kerana setiap individu
yang memiliki alat telekomunikasi ini semuanya adalah warga digital. Justeru, sebagai warga
yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan perlulah bersama-sama untuk membendung
isu buli siber ini terutamanya bagi melindungi hak –hak pengguna lain.

5

4.0 Faktor-faktor dan kesan buli siber terhadap wanita

Faktor yang menjadikan alasan utama masyarakat untuk terdedahkepada jenayah buli siber
ini adalah kerana desakan penggunaan media digital sebagai keperluan dalam pelajaran,
perniagaan dan sebagainya.Lebih lebih lagi apabila dunia telah dilanda pandemic COVID-19
yang mengekang perjalan seseorang untuk berhubung dengan orang lain.Maka inilah asbab
utama yang mejadikan penjenayah siber ini bergiat aktif dalam mencari mangsa. Menurut
laporan statistik daripada SKMM, sebanyak 3,075 insiden keselamatan siber dilaporkan
hanya dalam tempoh 18 Mac hingga 31 Julai 2020 dengan peningkatan sebanyak 109.4%
berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya (Khairul Azhar,2021).

Isu jenayah siber terhadap kaum wanita ini lebih meyakinkan apabila golongan wanita
lebih cenderung kepada penggunaan media sosial oleh kerana sebaba-sebab tertentu seperti
aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanan dan sebagainya.Sebahagian besar daripada
pengguna wanita ini juga tergolong dalam kalangan usahawan.Mengikut Fardaillah Iqmar
2017, usahawan wanita sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam urusan
perniagaan mereka.Kesannya,pengguna media sosial dalam kalangan wanita ini

Situasi akan bertambah buruk jika individu tersebut adalah seorang yang mempunyai
kedudukan atau berprestij.Asbab perkara tersebut, wanita itu akan mengambil tindakan untuk
merahsiakan sahaja perkara ini demi menjaga imej dan tidak mahu menimbulkan sebarang
isu.Bagi saya, perkara inilah yang menyumbangkan lagi keinginan para penjenayah siber di
luar sana untuk menjadikan wanita berkerjaya ini sebagai mangsa mereka.Tambahan lagi
apabila situasi tersebut disusuli dengan ancaman dan ugutan yang akan merosakkan imej
mereka.Situasi lainnya apabila mangsa tidak tahu untuk melaporkan kepada siapa ataupun
tiada sebarang proses dalam siasatan laporan tersebut.

Impaknya,mereka tidaka dapat mempertahankan hak mereka sebagai pengguna
digital sementara penjenayah bebas di luar sana.Emosi serta pemikiran mereka juga
terganggu kesan daripada ugutan atau ancaman yang diberika.Oleh kerana media tanpa
batasan ini pelbagai tetapan yang dicipta bagi melindungi identiti sebenar
penjenayah.Tuntasnya,setiap individu juga harus menceburi bidang ICT ini sebagai benteng
yang dapat memelihara diri dan keselamatan terjamin.

6

5.0 Cadangan penambahbaikan isu buli siber dalam kalangan wanita

Isu jenayah buli siber ini semestinya dibanteras sebelum ianya menjadi satu parasit yang akan
menjejaskan kelompok majoriti. Oleh yang demikian, Pihak yang berwajib atas perkara ini
dapat mengambil langkah yang proaktif bagi membendung gejala buli siber ini.Sistem
“privacy“ atau undang –undang yang berkaitan dengan keselamatan siber ini perlu
diperkukuhkan bagi menyekat kelakuan penjenayah siber ini bagi mencari mangsa mereka
yang leka. Berikutan akta suruhanjaya dan multimedia dan juga akta –akta yang dibangunkan,
adalah perlu untuk mempergiatkan lagi kemajuan sistem pengesan ke atas jenayah siber agar
individu bersifat profesional atau “hacker” ini tidak dapat menerobos sistem pertahanan
individu lain.

Saya sendiri sebagai kaum wanita perlu memupuk sikap sentiasa berwaspada ketika
melayari satu-satu laman atau platform yang tidak mempunyai polisi yang sah.Berikutan
daripada itu, anda boleh bertindak dengan beberapa langkah awal bagi mengelakkan diri
daripada menjadi mangsa seperti mengemas kini tetapan sistem pertahanan akaun peribadi
anda.Dalam islam itu sendiri telah menyarankan wanita untuk memelihara diri dan maruah
mereka.Selain itu,sikap begitu terbuka untuk menceritakan kisah-kisah peribadi perlulah
dihindari daripada disebarkan untuk tontonan umum.Hal ini akan membuka ruang kepada
netizen untuk memberi tujuhan atau perselisihan faham.

Bagi individu yang menjadi mangsa buli ini pula, segeralah dalam membuat laporan
gangguan buli tersebut kerana perekara ini telah tertulis dalam kerangka undang – undang
Seksyen 233(1),Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan peruntukan kesalahan
penggunaan internet.Jika disabit kesalahan bawah seksyen ini boleh dihukum di bawah
s\Seksyen 233 (1) dan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara dalam tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedu-duanya (Sinar, 2019).Selain melaporkan pada PDRM (Polis
Diraja Malaysia,individu juga boleh menghubungi talian kasih 15999,Mercy Malaysia dan juga
platform cyber999.

7

6.0 Kesimpulan
Padahnya jenayah siber ini sehinggakan boleh membawa maut.Oleh yang demikian krisis ini
perlu disuarakan supaya pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya berikutan dengan kecanggihan teknologi serba moden kini.Sungguhpun
begitu,kaum lelaki juga harus mengambil cakna terhadap perkara ini kerana malng tidak
berbau serta aktiviti jenayah ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Arakian,stiap individu
perlu terus membanteras gejala buli siber ini bagi melahirkan situasi yang aman harmoni.

8

7.0 Rujukan

B.E.R.N.A.M.A. (2021, August 14). kerajaan gubal undang-undang tangani buli siber. Berta
Harian. Retrieved April 4, 2022, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851318/kerajaan-gubal-undang-
undang-tangani-buli-siber-cybersecurity

Che Hasniza Che Noh, Mohd Yusri Ibrahim & Fatimah Yusooff. (2018). Meneroka Ciri dan
Faktor Buli Siber dalam Kalangan Remaja di Malaysia, UMT

Faradillah Iqmar Omar, Rahim, S., & Nur Ajeerah Othman. (2017, September
27). Penggunaan Internet dalam Kalangan Usahawan Wanita: Akses, Kemahiran dan
Motivasi.
https://www.researchgate.net/publication/320058545_Penggunaan_Internet_dalam_K
alangan_Usahawan_Wanita_Akses_Kemahiran_dan_Motivasi

Hamdan, o., & abd manaf ismail. (2015). Ancaman keselamatan internet sebagai isu utama
negara: isu-isu kontemporari, pendekatan, dan penyelesaian. Majalah ilmiah
unikom, 13(2). http://dx.doi.org/10.34010/miu.v13i2.126

Hashim, H. (2019, July 30). Undang-undang antibuli siber. Sinarharian. Retrieved April 3,
2022, from https://www.sinarharian.com.my/article/40553/KOLUMNIS/Undang-
undang-antibuli-siber

Khairul azhar meerangani, fahmi, m., ahmad faqih ibrahim, & muhammad. (2021).
Keterdedahan wanita terhadap risiko buli siber dalam media digital semasa
penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (pkp). Jurnal 'ulwan, 6(2), 10–21.
Http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/julwan/article/view/889

Muhammad Adnan Pitchan, & Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar Keselamatan Siber
Malaysia: Tinjauan Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1)
http://dx.doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3501-08

9

8.0 Lampiran

10

Rajah 1.0 statistik keseluruhan kes jenayah di Malaysia mengikut kumpulan

Rajah 2.0 Statistik penggunaan laman Facebook dari tahun 2017 hingga jangkaan pada tahun 2025
11

12


Click to View FlipBook Version