The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazah farizyan, 2022-06-01 20:22:16

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 2022.23

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 2022.23

PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

MINIT MESYUARAT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA, KLANG

BILANGAN 1/2022

Tarikh : 15 Mac 2022 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kediaman Masing-masing (Google Meet)

Pengerusi : Guru Besar, Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut

Kehadiran :

1. Pn. Umi Khalsom Bt Ibrahim 11. Pn. Asma Hairunnisa Bt Abdullah
2. En. Shahrul Fahmi Bin Idris 12. En. Mohd Irwan Bin Idris
3. Cik Siti Hafsyah Bt Idris 13. En. Noor Azam Bin Osman
4. Pn. Noordiyanah Bt Kusnin 14. Pn. Norlaila Bt Lahwan @ Haji Mustafa
5. Pn. Ummi Atikah Bt Ayob 15. Pn. Azlinahwati Bt Ahmad
6. Pn. Eliza Bt Ebnu Hajar 16. Pn. Mahani Bt Hamidon
7. Pn. Mahida Bt Mohd Ramly 17. Pn. Norhayati Bt Isa
8. Pn. Hajah Roslina Bt Suaid 18. Pn. Siti Zainab Bt Kassim
9. Pn. Fathiyah Bt Mohamed
10. Pn. Rohaliza Bt Parham

Turut Hadir :

Pengerusi : Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut (Guru Besar SK Sementa)
Timbalan Pengerusi : Pn. Nornajmah Bt Muah (GPK HEM)
Naib Pengerusi I : Pn. Hjh Rohaya Bt Haji Abd Wahab (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi II : Puan Sahazian binti Hj Ahmat Talib (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : Pn. Rohana Bt Badri (GPK Petang)

Tidak Hadir :

1. Pn. Farizyan Bt Piut (Cuti Bersalin)

1 AGENDA 1: PENGERUSI, GURU BESAR (Encik Hasbullah Bin Ibrahim @ Lembut)

1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat Hem
kali pertama secara Google Meet pada hari ini.
1.2 Tuan Guru Besar juga amat mengalu-alukan kehadiran 5 orang guru baharu ke SK Sementa dan
meminta mereka memperkenalkan diri kepada guru-guru yang lain.
1.3 Memaklumkan para pentadbir telah menyusun tugas dan jawatan para guru dan berharap para guru
dapat menerimanya dengan positif.
1.4 Mengingatkan guru perlu menjadi teladan untuk anak-anak didik seperti memberi senyuman,
memberi salam, menegur dan mewujudkan hubungan yang baik dengan warga sekolah.

Makluman : semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Pejabat Pelajaran Klang
29hb April 2019 - Keluaran 01 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2 AGENDA 2 : TIMBALAN PENGERUSI, PK HEM (Pn. Nornajmah Bt Muah)
2.1 Ucapan terima kasih kepada Guru Besar, rakan pentadbir dan semua guru yang membantu beliau
meneruskan tugas sebagai PK HEM di SK Sementa.
2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa HEM yang telah menjalankan tugas
pengoperasian sekolah 3.0. Guru perlu berkongsi amalan baik dalam PLC demi kemenjadian murid.
2.3 Beliau menerangkan carta induk unit HEM yang terdiri daripada 19 unit kecil dalam pengurusan
HEM. 12 ketua unit dikekalkan sementara terdapat 7 lantikan baru dipilih bagi mengendalikan unit
untuk tahun ini.
Makluman : Semua Guru
2.4 Guru bertugas mingguan perlu melengkapkan buku laporan yang disediakan dan bertugas
sebagaimana lampiran bidang tugas guru bertugas harian dalam buku pengurusan sekolah.
Perhimpunan mingguan akan bermula pada minggu kedua persekolahan selama 30 minit.
Tindakan : Guru Bertugas

3 AGENDA 3 : PERKARA BAHARU UNIT HEM 2022
3.1 Semakan jawatankuasa dan justifikasi tugas setiap unit terdiri daripada :

3.1.1 Unit Pendaftaran/ Data (APDM)/ Enrolmen
- Proses naik kelas dalam APDM bagi tahun 2022 akan dibuka pada 17 Mac 2022. Guru data akan
kemaskini nama guru kelas dan seterusnya guru kelas perlu menyemak bilangan dan nama murid
masing-masing.
- Guru kelas tahun 1 perlu menggunakan modul tetapan murid tahun 1 bagi mengelakkan kesalahan
data. Pertukaran murid tahun 1 dalam daerah Klang hanya boleh dibuat selepas 1 April 2022.
- Guru APDM sesi pagi dan petang akan menyemak dan kemaskini kehadiran murid oleh guru kelas.
Sesi pagi sebelum pukul 10.00 pagi manakala sesi petang sebelum pukul 3.00 petang.
- Terdapat 6 orang murid bukan warganegara bagi data Tahun 2 hingga Tahun 6. Guru kelas murid
tersebut perlu meminta ibu bapa membuat bayaran levi RM120.00 dan membawa resit ke sekolah
sebagai bukti bayaran. Jika sudah dibayar, nama murid akan dimasukkan dalam APDM. Murid tahun
1 bukan warganegara boleh berurusan di sekolah selepas 4 April 2022 untuk mendapatkan surat
penempatan dan bayaran levi. Nombor rujukan resit perlu dimasukkan dalam APDM sebagai bukti
bayaran.

Tindakan : Semua Guru Kelas
3.1.2 Kemasukan SM / Tingkatan 1
- Semakan kemasukan sekolah khusus bagi murid tahun 6 ke tingkatan 1 boleh dibuat pada 15 Mac
2022. Guru kelas tahun 6 bagi tahun ini boleh memaklumkan semula kepada murid yang memohon.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Pejabat Pelajaran Klang
30hb September 2020 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat
- Tarikh rayuan dalam talian mulai 15/3 – 29/3/2022 dan semakan dan rayuan boleh dibuat melalui
URL berikut: Tingkatan 1(SBP & SMKA) https://spskt1.moe.gov.my.

Tindakan : Guru Kelas Tahun 6

3.1.3 Unit Disipin dan Pengawas
- Makluman lanjut berkaitan disiplin murid akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
- Ketika ini PK HEM Negeri Selangor sedang menghadiri Taklimat Pengurusan HEM 2022.
Perkongsian Youtube akan dikongsi dengan semua guru berkaitan kehadiran, murid lewat, penampilan,
pengawas sekolah, salahlaku, SSDM dan sebagainya.

3.1.4 Unit SPBT
-Pemulangan dan agihan buku teks murid telah dilaksanakan kecuali murid Tahun 6.
-Murid Bukan Warganegara tidak layak menerima buku teks SPBT.
-Murid Tahun 5 sudah dibekalkan dengan buku edisi baharu.
-Berikutan pertambahan murid pada tahun 2022 dan isu kekurangan buku teks, JPNS amat
menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan Buku Teks Digital Asas (BTDA) agar PdP
dapat berjalan seperti biasa.

Makluman : Semua Guru

3.1.5 Unit Bantuan (KWAPM/RMT/SUSU/BAPRM100/Sumbangan & Derma)
- Program susu dijalankan dalam RMT dan akan dilaksanakan sebaik sekolah bermula pada 21 Mac
2022.
- Guru APDM juga akan membuat penyusunan pendapatan dan perkapita murid untuk melihat
kelayakan mereka menerima bantuan RMT dan program susu.
- Sekolah tidak perlu mengedar borang permohonan KWAPM dan senarai murid layak menerima
KWAPM akan dipaparkan dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).
- Sekolah hanya perlu memastikan maklumat profil murid dikemaskini dan lengkap terutama bahagian
Pendapatan Penjaga 1, Pendapatan Penjaga 2 dan bilangan tanggungan.
- Sekolah juga perlu mengedarkan Borang PB1, PB2 untuk semua jenis bantuan. Unit HEM PPDK
akan mengadakan Taklimat Pengurusan HEM untuk semua guru Penolong Kanan HEM lantikan
baharu. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Makluman : Pentadbir

- Menu susu dalam RMT akan dilaksanakan sebaik sahaja sekolah dibuka pada 21/3/2022.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Pejabat Pelajaran Klang
30hb September 2020 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat
- Jawatankuasa unit RMT perlu bersedia dengan instrumen pemantauan awal tahun yang perlu diisi
bersama Penolong Kanan dan jawatankuasa RMT.
- Memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 – Maklumat berkaitan akan dimaklumkan
oleh PPD untuk murid Tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023.
- Jawatankuasa Kebajikan murid perlulah mengambil tindakan jika ada diantara murid ditimpa musibah
dan kecelakaan.

Tindakan : JK Kebajikan

3.1.6 JK Program 3K
- Guru bertugas mingguan perlu melengkapkan buku laporan yang disediakan. Perhimpunan mingguan
akan bermula pada minggu kedua persekolahan selama 30 minit.
- Gotong royong sebelum pembukaan sekolah untuk penyusunan kerusi meja dan menggantikan kerusi
meja yang rosak.
- Penambahan kelas baru iaitu 1 Gemilang akan menerima kerusi meja baru sebanyak 40 buah.
- Guru kelas perlu menyediakan tagging nama murid di meja, senarai nama murid dan pelan lantai di
kelas masing-masing. Memilih meja dan kerusi yang rosak untuk dikeluarkan dan diganti dengan
kerusi meja yang masih elok.

Makluman : Semua Guru

3.1.7 Unit Bantuan Bencana
- Jawatankuasa tahun 2021 dikekalkan dengan pertambahan kepada 2 orang AJK baharu dilantik.
- Jawatankuasa ini terdiri daripada 4 unit utama iaitu , kesihatan, keselamatan, kebersihan dan kantin.
- Menyediakan senarai semak keperluan dan audit alatan dan bahan dan mempertimbangkan pilihan
model perlaksanaan kawalan murid di pintu pagar.
- Ujian saringan Covid-19 masih diteruskan dan akan bermula pada minggu pertama persekolahan.
- Kit kendiri Covid-19 akan diagihkan kepada murid yang terpilih bagi setiap minggu.
- Berperanan juga menyediakan Manual SOP buka sekolah yang melibatkan persediaan murid,
kehadiran murid, laluan murid, dalam kelas, waktu rehat, ke tandas, mengurus murid bergejala,
semburan cecair nyahkuman, jadual check point guru & bilik isolasi.
- Mengadakan taklimat dan persediaan akan dibuat 2 minggu sebelum buka sekolah atau di atas arahan
KPM.

Makluman : Semua Guru

4 AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN
4.1 Kedai buku sekolah sudah dibenarkan beroperasi sehingga sekolah dibuka

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Pejabat Pelajaran Klang
30hb September 2020 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.2 Membuat makluman dan hebahan berdasarkan keperluan di dalam group whatapps. Contoh :
Ucapan Harijadi, Penghargaan kepada sekolah, Program Kesedaran Warga Emas, Kempen Cegah
aedes denggi, Kempen Disiplin, Kempen pencegahan COVID-19, Program PPDa dan Amalan
menabung.
4.3 Guru perlu melengkapkan Buku Laporan 5 & Buku kawalan Bilik Darjah (BKBD).

Tindakan : Semua Guru

4.4 Rekod Bayaran Hari Kanak (2022) akan dipohon melalui minit mesyuarat agung PIBG.
4.5 Ketua-ketua bilik khas diminta untuk membuat persediaan dan membersihkan bilik tersebut
sebelum sesi persekolah bermula.

Tindakan : Semua Guru Bilik Khas

5 AGENDA 5 : UCAPAN PENANGGUHAN
5.1 PK HEM mendoakan semua guru dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 1.20 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.............................................. .....................................................……...
(PN UMI KHALSOM BT IBRAHIM) (PN. NORNAJMAH BT MUAH)
Naib Setiausaha Unit HEM 2022 GPK HEM
SK Sementa, Klang SK Sementa, Klang
Tarikh : 20hb April 2022 Tarikh : 20hb April 2022

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Pejabat Pelajaran Klang
30hb September 2020 - Keluaran 03 | Pindaan 00


Click to View FlipBook Version