MERILIN Di dasar laut, terdapat sebuah kota Merilin yang diduduki oleh sekumpulan haiwan laut yang bersaiz kecil. Terdapat pelbagai haiwan laut yang tinggal di sana. Antaranya ialah keluarga ikan buntal, penyu, udang, tapak sulaiman dan ketam. Tiada satu pun haiwan laut yang bersaiz besar tinggal di sana kerana mereka akan diusir. Pada suatu hari, sebuah keluarga sotong telah berpindah ke kota tersebut. Mereka ialah Guri dan anak tunggalnya,Oto. Mereka berhijrah ke kota Merilin kerana kota Sotong telah dilanda ribut yang memusnahkan tempat tinggal mereka. Kejadian itu juga menjadi punca Oto kehilangan ibunya. Namun, kedatangan mereka sekeluarga dianggap sebagai satu ancaman kerana Oto merupakan sotong gurita yang amat menggerunkan haiwan-haiwan di kota. Oto mempunyai badan dan otak yang besar, berwarna merah dan mempunyai bintikbintik bulat berwarna biru serta mempunyai lapan lengan yang lembut. 1
Keesokan harinya, Oto berjalan kaki ke sekolah. Dia sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan rakanrakan yang baru. Oto pun bernyanyi sambil bersiul. Di dasar laut ada sebuah kota, Hidupan laut hidup bersatu padu, Ada bekerja pagi siang malam, Ada berenang dan bersiar-siar. Udang, ikan, kuda laut, Tapak sulaiman, penyu, obor-obor Can mali can hoi hoi Can mali can hoi hoi Can mali can Ketipung payung (Irama lagu “Can Mali Can”) 2
Setibanya di sekolah Ilmu Merilin, Oto terdengar bisikanbisikan dan jelingan tajam haiwan laut kepadanya. Mereka mengatakan bahawa Oto tidak sama macam sotong yang lain. Ketika Oto cuba menghampiri mereka dengan senyuman, ikan-ikan kecil itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. “Gergasi! Gergasi! Bersembunyi cepat!” jerit ikan-ikan itu. Oto menundukkan kepalanya dan hendak berlalu pergi. Tiba-tiba,datang seekor kuda laut berwarna merah jambu yang kepala dan muncung mulutnya seperti kuda menghampiri Oto. 3
“Hi, nama aku Budi! Siapakah kamu?” tanya kuda laut itu. “Hi Budi! Namaku Oto,” balas Oto dengan senyuman yang tidak putus. “Wah, laju sungguh kamu berenang! Kalau aku ada banyak lengan seperti kamu, sudah pasti aku juara lumba lari,” ujar Budi sambil ketawa. Oto tersenyum riang kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. Kring! Kring! Bunyi berdering yang menandakan waktu pelajaran akan segera mula. Mereka pun berjalan menuju ke kelas. Di dalam kelas, Oto mendapat banyak pujian daripada Cikgu Lulu iaitu seekor ketam. Oto sangat pandai menggunakan pensel dan menulis dengan pantas. Dia juga cekap membuka botol dengan lengannya. 4
“Hei Oto!” jerit seekor udang bernama Tomy sambil matanya memandang tepat ke muka Oto. “Tiada siapa yang lebih hebat daripada aku di sini. Badan kamu itu besar macam gergasi. Muka kamu juga menakutkan,” kata Tomy dengan nada mengejek. Tomy sering dipuji oleh haiwan laut yang lain kerana dia sungguh bijak dan berani. Kehadiran Oto telah membuatnya berasa tercabar. “Kawan-kawan, jangan berkawan dengan Oto! Takut nanti kita yang dimakan,” kata Tomy sambil menarik rakan-rakannya meninggalkan Oto. Haiwan-haiwan laut terus menjauhi Oto. Mereka tidak mahu mengajak Oto bermain bersama kerana termakan hasutan Tomy. Dengan mata yang berair, Oto pulang ke rumahnya. Dia pun bernyanyi untuk menghilangkan rasa sedih. 5
Sedang asyik Oto menyanyi, tiba-tiba terdengar satu jeritan meminta tolong. Dengan mata kuningnya yang tajam, Oto pun melihat sekeliling lautan yang gelap. Kelihatan seekor tapak sulaiman yang terperangkap di antara rumpai laut yang amat panjang. Oto segera menyelamatkan tapak sulaiman itu dengan lengannya. Sotong gurita, besar dan gagah, Di lautan aku berjaya, Tapi kawan-kawan, tinggalkan aku, Digelar gergasi, di sini aku. Bergerak perlahan, di dasar laut, Mencari kawan, di tengah senja. Sotong gurita, hati terluka, Kesunyian, di tengah malam. (Irama lagu “Bintang-bintang Di Langit”) 6
“Terima kasih wahai sotong!” kata tapak sulaiman sambil menangis gembira. Tapak sulaiman itu telah terperangkap selama dua hari di situ kerana tidak ada seekor haiwan pun yang ingin menyelamatkannya. Sebagai balasan, tapak sulaiman telah menawarkan Oto sebuah topi berwarna biru yang bersinar. Topi itu dapat membuatkan badan Oto menjadi kecil dengan satu syarat. “Kamu tidak boleh melepaskan topi itu jika sudah dipakai, jika tidak badanmu akan kembali kepada asal,” perintah tapak sulaiman. Apabila mendengar tawaran itu, Oto membayangkan kehidupannya yang tidak akan diejek lagi oleh rakanrakannya. Dia pun terus memakai topi itu untuk membuktikan kata-kata tapak sulaiman. Alangkah terkejutnya Oto apabila melihat badannya berubah menjadi kecil seperti sotongsotong yang lain. 7
Sudah dua hari berlalu, Oto telah mendapat ramai kawan kerana penampilannya yang tidak lagi menakutkan. Sejak hari itu, Oto tidak pernah melepaskan topi ajaib itu. Keesokan harinya, Oto pergi mengikut rakan-rakannya mencari harta karun. Di sebalik kegembiraan Oto, Tomy berasa cemburu melihat Oto dilayan dengan baik kerana tidak dapat dinafikan bahawa Oto pandai berkawan. Dia pun mencabar Oto. “Jika kamu berjaya menjumpai harta karun, kamu boleh bermain dengan kami. Tapi kalau aku yang jumpa dulu, kamu tidak boleh datang ke sekolah lagi,” kata Tomy dengan penuh keyakinan. Oto pun mencari harta karun dengan bersungguh-sungguh. Dia ingin membuktikan bahawa dirinya layak untuk mendapat rakan. Dia takut kehilangan rakan-rakannya. 8
“Tolong! Tolong!” Kedengaran bunyi riuh meminta tolong. Oto dan haiwan laut lain pun segera mencari dan berlari ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Tomy yang terperangkap di dalam satu perangkap besi yang besar. Kawasan itu amat penuh dengan pelbagai bentuk perangkap. Ada yang sudah berkarat dan rosak. Suasana di kawasan itu juga gelap gelita dan dipenuhi dengan tali-tali yang sudah putus. “Kawan-kawan, kita perlu bekerjasama untuk membuka penutup perangkap ini,” kata Budi separuh cemas. Kelihatan Tomy yang menggeletar ketakutan. Dia merayu kepada rakannya untuk menolongnya keluar. Oto, Budi dan haiwan laut lain cuba untuk membuka perangkap itu tetapi tidak berjaya. Tenaga mereka tidak cukup kuat. Tiba-tiba, Tomy mendapat suatu akal. “Oto, bolehkah kamu tolong aku? Kasihanilah aku. Kamu kan sotong gurita yang kuat,” Tomy merayu . 9
Oto agak terkejut dan teragak-agak untuk membantu Tomy kerana dia perlu melepaskan topi ajaib itu. Topi itulah yang berjaya mengubah nasib hidupnya. “Oto, kamu sahaja yang boleh membantu Tomy,” Budi memecahkan kesenyapan. Apabila mendengar kata-kata Budi, Oto teringat akan pesanan ibunya dahulu. Ibunya sentiasa menyuruh Oto untuk membantu hidupan lain dengan apa cara sekalipun. Ibunya percaya bahawa keistimewaan yang ada pada Oto dapat digunakan untuk perkara yang lebih baik. Oto,gunakan kelebihan kamu untuk membantu haiwan lain. 10
Oto pun membuka topi ajaib itu. Dalam sekelip mata, badannya memancarkan cahaya dan membesar. Dengan kekuatan otot lengannya, Oto dapat membengkokkan perangkap besi itu dan membuka jalan untuk Tomy melepaskan diri. Rakan-rakannya bersorak gembira dan kagum akan kekuatan Oto yang luar biasa. 11
“Terima kasih Oto, aku minta maaf kerana banyak melukakan perasaan kamu,” kata Tomy sambil memeluk Oto. 12
Selepas kejadian itu, nama Oto menjadi buah mulut di kota Merilin. Dia sering membantu hidupan laut yang lain. Kehadiran Oto telah menjadikan kota itu harmoni. Kini, dia tidak berasa malu apabila dipanggil gergasi malah bangga akan dirinya. MERILIN 13
14