The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KES SEJARAH KESULTANAN JOHOR RIAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnarieyzan77, 2021-08-31 01:33:10

KAJIAN KES SEJARAH KESULTANAN JOHOR RIAU

KAJIAN KES SEJARAH KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN JOHOR
RIAU

NAMA : WAN HAFIY NUKMAN BIN
WAN HAMZAN
KELAS
NO.MATRIK : 2FLORIDA
: CP201025

BIL MAKLUMAT MUKA TARIKH
SURAT
1. TAJUK KAJIAN
2. JADUAL KERJA 1 26 OGOS
3. OBJEKTIF KAJIAN 2 2021
4. KAEDAH KAJIAN 3
5. ISI KANDUNGAN 4 26 OGOS
6. RUMUSAN 5-8 2021
7. RUJUKAN 9
10 27 OGOS
2021

27 OGOS
2021

28 OGOS-
29 OGOS

2021

30 OGOS
2021

30 OGOS
2021

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat menerangkan pengasasan dan
perkembangan Kesultanan Johor Riau serta kemampuannya
menghadapi segala cabaran untuk mencapai kegemilangan.
Sistem pemenrintahan bercorak empayar yang diwarisi oleh
Kesultanan Johor Riau berakhir dengan Perjanjian Inggeris
Melaka. Dengan kajian ini , saya dapat mengetahui dan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang Kesultanan
Johor Riau.

SAYA TELAH MENJALANKAN TIGA KAEDAH KAJIAN
DALAM PROSES MENYIAPKAN KAJIAN INI AGAR DAPAT
MEMUDAHKAN SUSUNAN DAN PENGHASILAN DATA YANG

KEMAS: ANTARANYA IALAH

1. Merujuk pada buku teks Sejarah tingkatan 2
mukasurat 96 – 110
 Saya merujuk buku teks supaya saya dapat
mendapatkan maklumat yang tepat.

2. Mencari maklumat di internet
 Saya merujuk maklumat di internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan .

3. Merujuk pada kawan
 Saya bertanya kepada rakan saya untuk sebarang
soalan .

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan
yang penting .Asal-usul nama Johor ialah Tanjung Puteri. Semasa abad ke-14, kawasan itu
menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan
Melaka (1262-1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan
pemerintahannya. Pada tahun 1511 , Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan
Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke
Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah 1,
anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang
diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang
hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan
pulau-pulau lain di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun,
Bintan, Bulang , Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan
dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Faktor Kegemilangan Kesultanan Johor-Riau

Faktor-faktor Johor mencapai kegemilangan ialah :

1. Menjadi Pusat Perdagangan Yang Unggul

Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan pedagang. Terdapat beberapa sebab Johor muncul sebagai pusat perdagangan
yang unggul iaitu :

a. Kedudukan strategic

 Pelabuhan Johor Lama,Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh
kapal besar kerana Sungai Johor yang lebat dan dalam.

 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya
mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.

 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang
strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

b. Tumpuan Para Pedagang

 Tumpuan pedagang dari China,Gujerat,Belanda dan pendagang Inggeris.
 Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan

tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.
 Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.
 Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta

kerajaan lain di Alam Melayu.

c. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

 Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab

 Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan
Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.

2. Pengurusan Pelabuhan

a. Kemudahan Pelabuhan
 Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi
mengelakkan daripada kebakaran
 Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan
 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam
dan rempah ratus.

b. Urusan Jual Beli
 Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata
wang.
 Sultan Alauddin Riayat Shah 1 memeperkenalkan mata wang emas dikenali
sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.

c. Sistem Naungan
 Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada
Bendahara, Temenggung Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
 Sebagahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan
naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.
 Melalui sistem ini pedangan mudah mendapat surat kebenaran daripada
Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

3. Pusat Persuratan

a. Sulalatus Salatin
 Bermaksud Salasilah Raja-raja atau Peraturan Segala Raja-raja. Nashkah
asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula
oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Kandungannya menceritakan asal
usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka.

b. Hikayat Hang Tuah
 Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentas
sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Kandungannya berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah
kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK
MEMARTABATKAN KARYA-KARYA PERSURATAN MELAYU KE

PERINGKAT ANTARABANGSA

Langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu ialah dengan
menggerakkan usaha melalui media massa. Media massa mempunyai tanggungjawa social bagi
memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Melayu. Media massa memainkan peranannya yang
terbaik dalam membantu memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini dengan berfungsi sebagai
pemerhati ,penghubung, pentafsir dan penghibur. Pihak pengamal media seharusnya
bertanggungjawab dalam merangka kerja dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa dunia standing dengan Bahasa inggeris. Media cetak pula , haruslah melaksanakan
penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Media siber juga memainkan peranan yang penting
dalam memartabatkan Bahasa Melayu iaitu melalui media social, laman web, blog dan
sebagainya.Penggunaan bahasa rojak, slanga dan bahasa singkatan haruslah dikurangkan kerana
sedikit sebanyak teah merosakkan bahasa negara kita sendiri.

MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU
MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA AGAR KEMAKMURAN

DAN KEMAJUAN NEGARA TERUS TERJAMIN

Hal ini kerana mereka merupakan generasi yang bakal memimpin negara kita. Oleh kerana itu,
pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu mendidik mereka supaya mereka boleh mengharumkan
nama negara dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni di negara kita.

Daripada kajian kes ini, saya dapat mengetahui tentang Kesultanan Johor Riau dengan mendapat
kefahaman daripada kajian kes ini. Terima kasih kepada guru matapelajaran saya kerana
memberikan arahan sebegini kerana dapat memberikan pelbagai jenis manfaat.

Oleh itu, kita sebagai generasi muda perlu memelihara kedaulatan negara agar kita dapat
mengharumkan nama negara kita dan dapat memajukan negara kita. Oleh demikian, kita juga
seharusnya memartabatkan karya-karya Melayu agar dikenang oleh negara lain dan juga
mengingati adat Kaum Melayu.

RUJUKAN

 BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 2:BAB 6 M/S 96-110

 LAMAN WEB
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
 https://www.scribd.com/doc/263034735


Click to View FlipBook Version