FAKULTI PENGURUSAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ART AND CRAFT FOR YOUNG CHILDREN (DECE 4213) NAMA: NURAMIRA NATASHA SAIFUL KAMAL AMBILAN: SEPTEMBER 2021 GROUP B NOMBOR MATRIKS: DEC09212112 NAMA PENSYARAH: PUAN SYAZA NAJIHAH BINTI RAHIM TUGASAN: JOURNAL ART AND CRAFT
MINGGU 1 – PENGENALAN TENTANG SENI Selasa 9 Mei 2023 Seni visual merupakan 1 ciptaan yang indah. Seni juga mempunyai pelbagai jenis. Antaranya, ialah seni persembahan yang melibatkan pantun, drama, tarian, pergerakan dan muzik. Seterusnya, ialah kraftangan. Kraftangan pula melibatkan anyaman dan menjahit. Maksud seni bagi kanak-kanak pula ialah kanak-kanak dapat meneroka, bereksperimen dan melihat dengan pancaindera. Seni juga merupakan 1 aktiviti yang dapat melatih deria kanak-kanak melalui pengamatan serta dapat memberi peluang untuk kanak-kanak berkarya dan berdikari dalam menghasilkan seni
MINGGU 2 – KAD UCAPAN HARI GURU Selasa 16 Mei 2023 Gambar Kad Ucapan Hari Guru Kad ucapan guru merupakan salah satu seni membuat kad. Kad ucapan adalah kad yang mengandungi ucapan yang bertulis mahupun dicetak. Kad ini boleh direka dan dihias mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan seni, bahan kitar semula, gambar dan hiasan kraf ataupun dibuat menggunakan teknologi seperti aplikasi canva. Objektif: 1. Untuk mengucapkan terima kasih dan menghargai jasa guru. 2. Untuk mengasah kreativiti seseorang. 3. Untuk menguatkan motor halus kanak-kanak. 4. Kanak-kanak dapat belajar menghargai. 5. Meningkatkan kemahiran kanak-kanak untuk menggunakan pensel dan gunting
Bahan-bahan yang digunakan: 1. Kertas Warna 2. Pensil Warna 3. Gunting 4. Gam Langkah-langkah membuat Kad Ucapan Hari Guru: 1. Lipat dua kertas warna yang berwarna jingga. 2. Lukis bentuk pasu dan guntingkan. 3. Seterusnya, lipat dua kertas warna bewarna merah dan merah jambu. 4. Lukis separa bulat pada kertas warna merah dan merah jambu yang telah dilipatkan dan guntingkannya. 5. Kemudian tampalkan kertas separa bulat tadi pada satu sama lain bagi membentuk bunga. 6. Selepas itu, potong kertas bewarna hijau secara memanjang dan tampalkan pada bunga tadi. 7. Selesai sahaja siap bunga itu ditampalkan pada kertas hijau iaitu batangnya. Tampalkan ia pula pada belakang pasu. 8. Tat kala itu, potong bentuk hati pada lebihan kertas warna merah jambu dan tampalkan dibahagian dalam pasu. 9. Dalam pada masa itu, ambil kertas warna berwarna unggu dan lipat seperti kipas dan ikatkan tengah kertas tersebut dengan kertas berwarna unggu juga bagi membentuk reben. 10. Tampalkan reben pada pasu. 11. Akhir sekali, hias kad dengan melukis corak pada pasu dan menulis ucapan selamat hari guru pada kad tersebut.
MINGGU 3 – CAPAN dan BATIK Selasa 23 Mei 2023 dan Khamis 25 Mei 2023 Gambar Capan Capan ialah teknik cop yang menggunakan bahan alam semulajadi yang mempunyai jalinan tertentu. Sebagai contoh bahan alam semulajadi ialah sayur-sayuran seperti kentang, daun, bendi dan lain-lain. Dengan menggunakan jalinan ini juga dapat menghasilkan sebuah lukisan. Objektif: 1. Untuk meningkatkan daya kreativiti. 2. Untuk menguatkan motor halus kanak-kanak. 3. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan melalui seni. 4. Untuk membantu kanak-kanak mengenal warna. 5. Dapat merangsang sensori.
Bahan-bahan yang digunakan: 1. Cat air 2. Bendi 3. Bawang 4. Span 5. Daun 6. Kertas lukisan 7. Palet Langkah-langkah membuat capan: 1. Sediakan cat air yang ingin digunakan dan letak ke dalam palet. 2. Celup span ke cat air warna biru dan putih lalu capkan pada keseluruhan kertas lukisan. 3. Potong bendi secara memanjang dan celupkan pada cat air warna coklat dan capkan pada kertas lukisan mengikut kreativiti. 4. Potong bawang kepada 4 bahagian dan gunakan bahagian tepi untuk cap. 5. Celup bawang ke cat air warna merah dan pink dan capkannya atas bentuk bendi tadi bagi membentuk bunga. 6. Akhir sekali, celup daun dalam cat air warna hijau dan capkan pada setiap tepi bentuk bendi.
Gambar Batik Batik mempunyai maksud yang terdiri daripada 2 perkataan jawa iaitu amba dan nitik. Ambar adalah bermaksud tulisan manakala nitik bermaksud titik. Batik merupakan dari Indonesia dan telah datang ke Malaysia pada abad yang ke 20. Batik juga mempunyai 3 jenis iaitu batik lukis, batik blok dan batik bercetak. Setiap daripada jenis batik tersebut mempunyai kelainan. Sebagai contoh ialah batik bercetak. Batik bercetak merupakan lukisan batik yang dicetak pada kain dan bukannya hasil batik yang dilukis pada kain tersebut. Seterusnya, untuk membuat batik perlulah menggunakan lilin dan alat mencanting manakala bagi mematikan warna batik haruslah menggunakan soda ash bagi menghasilkan kain batik yang lebih cantik tanpa ada lilin pada kain dan ia akan membuat warna pada kain batik tahan lebih lama. Untuk alat mencanting pula, ia mempunyai pelbagai saiz yang berbeza bagi menghasilkan pelbagai saiz jalinan. Untuk campuran lilin pula boleh menggunakan lilin sahaja ataupun lilin yang dicampur damar.
Objektif: 1. Mengajar kanak-kanak untuk mengenali budaya melalui seni budaya tersebut. 2. Untuk mengasah motor halus kanak-kanak. 3. Untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. 4. Merangsang deria kanak-kanak. Bahan-bahan yang digunakan: 1. Kain 2. Lilin dan damar (jika ada) 3. Pewarna kain 4. Canting 5. Corak yang telah dilukis pada kertas A4 6. Pensil 7. Tisu Langkah-langkah membuat batik: 1. Tekapkan dan lukis balik corak yang telah dilukis pada kertas A4 pada kain dengan menggunakan pensil. 2. Ambil canting dan cedok lilin. Pastikan ia diisi separuh sahaja dan lap canting dengan tisu sebelum mencanting. 3. Canting lukisan pada kain tersebut dengan memegang canting secara tidak senget bagi mengelakkan lilin tumpah. 4. Jika lilin tidak keluar dari canting, kita harus rendam alat canting kembali di dalam lilin panas bagi mencairkan lilin yang beku didalam canting. 5. Seterusnya, apabila lepas mencanting pastikan untuk melihat kembali belakang kain untuk memastikan lilin yang dituang cukup tebal. Jika kelihatan garis yang dibuat putus-putus, itu bermaksud lilin tidak cukup tebal dan harus di tambah baik. 6. Selepas mencanting, anda boleh terus mewarna dengan menggunakan warna kain. Untuk menghasilkan tona warna gelap ke terang anda perlu mencampurkan sedikit air bagi mendapatkan hasil warna yang lebih terang.
7. Selainitu, anda digalakkan untuk mewarna dengan cara layang-layang ataupun “dap dap” bagi menggelakkan warna merebak ke bahagian lain. 8. Selepas sahaja mewarna, keringkan batik di bawah cahaya matahari. 9. Akhir sekali, jika ingin mematikan warna batik. Anda perlu merebus kain tersebut kedalam air panas yang telah di campur dengan soda ash.
MINGGU 4 – LUKISAN MUKA Selasa 30 Mei 2023 Gambar lukisan muka
Seni lukisan muka merupakan seni melukis muka dengan menggunakan cat warna yang berasaskan air dan selamat untuk kulit. Seni lukisan muka ini selalu dilakukan untuk hiburan, pendidikan, ekspresi diri dan lain-lain dengan mengubah wajah menjadi sesebuah karakter atau gambar yang ingin dilakukan. Sebagai contoh melukis muka menjadi haiwan, karakter adiwira, kartun dan sebagainya. Objektif: 1. Untuk meningkatkan kepercayaan diri. 2. Untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. 3. Untuk menguatkan motor halus. 4. Untuk meningkatkan daya tumpuan. Bahan-bahan yang digunakan: 1. Cat lukisan muka 2. Air 3. Berus Langkah-langkah membuat lukisan muka: 1. Bersihkan muka sebelum melukis. 2. Celupkan berus kedalam air. 3. Selepas berus basah, calitkan berus basah pada warna yang hendak digunakan dan lukis corak mengikut kreativiti.
MINGGU 5 – MOBILE ART (HUTAN), PIPE CLEANER (BUNGA & RAMA-RAMA) dan MESYUARAT UNIT KOSTUM Selasa 6 Jun 2023 Gambar Mobile Art (Hutan) Mobile art merupakan seni mudah alih dan ia adalah sejenis arca kinetik yang dibina untuk memberi manfaat kepada prinsip keseimbangan. Ia terdiri daripada beberapa batang, dari mana objek pelbagai berat dan pelbagai jenis digantung secara tidak teratur. Barang-barang yang tergantung dari rod mengimbangi satu sama lain supaya rod kekal ataupun lebih kurang mendatar. Objektif: 1. Untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. 2. Untuk menguatkan motor halus. 3. Mengalakkan kanak-kanak mengekspresi diri. 4. Mengalakkan kanak-kanak untuk bersosial.
Bahan-bahan yang digunakan: 1. Marker hitam 2. Kertas warna 3. Tali 4. Pita pelekat 5. Dawai Langkah-langkah membuat Mobile Art (Hutan): 1. Rama-rama: https://pin.it/5seogEK 2. Kumbang: https://images.app.goo.gl/6irTaGVLwDyL1SuF7 3. Lebah: https://images.app.goo.gl/kmdkjeknBH1XnULW6 4. Burung: https://images.app.goo.gl/sNx3Q9KaJgBVwFUw5 5. Arnab: https://images.app.goo.gl/Hy1QCYeAw3YK7TWEA 6. Musang: https://images.app.goo.gl/DWYAqE1EHq9C3xTZ8 7. Daun dan daun monstera di lukis di atas kertas warna hijau dan dipotong. 8. Setelah semua origami siap. Origami dilekatkan pada tali menggunakan pita pelekat. 9. Tali yang telah dilekat origami diikat pada dawai.
Gambar Pipe Cleaner (Bunga dan Rama-rama) Pipe cleaner flower adalah bunga yang diperbuat daripada kawat berbulu. Pipe cleaner flower dapat dibentuk dengan pelbagai cara mengikut kreativiti mahupun jenis bunga yang ingin dilakukan. Pipe cleaner flower juga dapat dibuat dengan variasi bentuk dan warna sesuai dengan kreativiti dan imaginasi. Objektif: 1. Untuk dijual bagi mencari dana bagi acara National Children’s Industry yang akan dijalankan pada bulan ogos. 2. Meningkatkan daya tumpuan dan kesabaran. 3. Untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. 4. Untuk menguatkan motor halus. 5. Mengalakkan kanak-kanak mengekspresi diri. Bahan-bahan yang digunakan: 1. Pipe cleaner 2. Dawai
3. Pita pelilit bunga 4. Gam panas (Hot glue gun) 5. Kertas pembalut hadiah 6. Tali 7. Pita pelekat Langkah-langkah membuat Pipe Cleaner (Bunga dan Rama-rama) 1. Rama-rama: https://youtu.be/QbFEVqG05sY 2. Bunga: https://www.tiktok.com/@ditaoktvp/video/7213673343717788955 3. Selepas siap membentuk bunga dan rama-rama lipat dua dan simpulkan dawai lalu gamkan pada bahagian bawah bunga dan belakang rama-rama menggunakan gam panas. 4. Selepas itu lilit dawai tersebut dengan pita pelilit bunga. 5. Seterunya, lipatkan kertas pembalut kepada 8 bahagian dan potong membentuk empat segi sama. 6. Selepas kertas pembalut telah dipotong menjadi empat segi sama potong kertas tersebut mejadi empat segi tepat. 7. Seterusnya balut bunga seperti ini https://www.tiktok.com/@mattoflorist.id/video/7211010437205282075 ?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=724312012815312 6401 8. Akhir sekali ikatkan dengan reben.
Gambar Mesyuarat Unit Kostum Pada hari Selasa 6 Jun 2023. Kami telah mengadakan mesyuarat untuk Unit Kostum di tingkat 14 kampus bandar Jalan Tangsi bagi membincangkan bahan asas yang harus dibeli dahulu bagi membuat kostum teater Hendak Kemana Gagak. Kami juga membincangkan cara untuk menghasilkan kostum gagak dengan panduan lakaran yang telah kami terima. Sewaktu perbincangan kami telah memberi idea tentang bahan yang boleh digunakan bagi membuat kostum gagak dengan menggunakan kain perca yang akan dijahit oleh kami dan menggunakan kain ataupun baju lebihan. Kami juga berfikir untuk menggunakan kain lap kaki yang dijual di kedai dua ringgit untuk menjadikan sayap burung gagak dengan menyambungkannya pada tali yang mempunyai velcro agar mudah untuk dibuka sewaktu burung gagak patah sayapnya. Kami juga mencadangkan untuk
melekatkannya pada kotak supaya sayap kukuh, tetapi kami masih lagi memikirkan cara lain selain daripada menggunakan kotak agar sayap tersebut kukuh tetapi tidak terlalu statik. Seterusnya, untuk bahagian tangan burung gagak betina dan baju luar bagi burung gagak jantan. Kami mencadangkan untuk menggunakan plastik hitam bagi mengantikan kain jaring jika kain tersebut mahal. Untuk bahagian kaki pula, kami telah mencadangkan untuk menggunakan stokin yang bergambar kaki burung. Kami juga telah membuat carian bagi harga sepasang stokin tersebut di Shopee dan juga Lazada. Cadangan untuk menggunakan stokin ini adalah bergantung pada bajet. Tambahan daripada itu, kami juga mencadangkan agar pelakon membeli sendiri baju inner hitam, seluar ketat dan tali pinggang sendiri bagi menjimatkan kos perbelanjaan. Tat kala itu, kami juga membincangkan untuk membuat topeng muka gagak menggunakan kain felt ataupun muka mereka harus dilukis. Selain itu, untuk kostum lain seperti orang kampung, arnab dan monyet belum lagi kami bincangkan kerana masih tidak tahu berapa orang pelakon yang akan melakonkan watak tersebut. Untuk kos perbelanjaan membeli barang-barang bagi membuat kostum masih lagi tidak diketahui tetapi kami telah membincangkan untuk mengutip RM 15.00 seorang untuk menjadikan dana dan kami juga dalam proses mencari tahu harga bagi bahan-bahan asas yang akan kami beli terlebih dahulu. Akhir sekali, segala perbincangan ini akan dibincangkan semula dengan Puan Zahra untuk mendapatkan pendapat dan persetujuannya. Lampiran 1. Berikut adalah bahan asas yang kami bincang harus dibeli terlebih dahulu.
2. Sumber idea yang dibincangkan untuk membuat kostum gagak: Sayap gagak: https://pin.it/6t8ZTgS https://pin.it/40EXTlc https://pin.it/ogdJ393 Muka gagak: https://pin.it/1oeBZL8
Stokin gagak: https://shp.ee/ey9sh9t 3. Panduan lakaran yang diterima 1. Gagak
2. Orang Kampung 3. Arnab 4. Monyet
MINGGU 13 – NATIONAL CHILDREN’S INDUSTRY CHAPTER 2023 Sabtu dan Ahad 5 dan 6 Ogos 2023 Alhamdullilah, sayap gagak dan baju gagak yang dijahit oleh ibu Amirah telahpun siap sebelum hari acara ini. Pada 5 dan 6 Ogos 2023 acara NCIC telahpun berlangsung. Para pelakon telah menggunakan kostum yang telah kami buat ini untuk teater Hendak Kemana Gagak. Melalui pemerhatian saya, sayap gagak telah ditambah lagi hiasan kertas bewarna dan glitter serta paruh gagak juga telah ditambah mata oleh pelakon-pelakon yang membawa watak gagak. Saya bersyukur kerana kostum yang kami buat kukuh dan dapat digunakan dengan baik sepanjang 2 hari acara ini berlangsung. Saya juga telah mendapat komen daripada pelakon gagak masalah yang dihadapi pada kostum tersebut sewaktu menggunakannya pada hari kejadian. Beliau berkata “Selesa sahaja cuma tali untuk ikat tu kena ke dalam sikit untuk muat-muat letak kt bahu, yang lain semuanya ok sahaja selesa tak sakit pun”. Jadi melalui komen tersebut, saya dapat beri pandangan bahawa bahagian pengikat sayap gagak mungkin boleh ditambah baik dengan menggantikan tali jenis bergetah supaya sesuai pada bahu mereka. Objektif Kostum Gagak dicipta: 1. Adalah untuk menjadikan teater Hendak Kemana Gagak lebih realisitik. 2. Untuk menarik minat dan perhatian pengunjung yang hadir. 3. Untuk menimbulkan watak gagak. Gambar Kostum Gagak yang dipakai pelakon: