The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku program mesy pibg 2021 edited

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahaniaris, 2021-09-27 21:49:49

BUKU PROGRAM 2021 edited

buku program mesy pibg 2021 edited

1. ATURCARA MAJLIS …………… 3
2. MINIT MESYUARAT …………… 4
3. PENYATA KEWANGAN ………. 10
4. SENARAI JAWATANKUASA …. 14

1

8:30 Pagi : Kehadiran ahli mesyuarat PIBG
9:00 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
10:00 Pagi : Ucapan Yang DiPertua PIBG
: Ucapan Penasihat PIBG Merangkap Pengetua Kolej Tingkatan Enam Seri
Putera.
: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Tingkatan Enam

Seri Putera bermula:
• Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-5 2020
• Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Bagi
Tahun 2020
• Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Bagi
Tahun 2020
• Membentang dan Meluluskan Cadangan Bayaran Tambahan
PIBG Bagi Tahun 2021.
• Membahaskan Usul dan Cadangan
• Hal-hal Lain
• Ucapan Penangguhan

12:00 Tghari : Bersurai

2

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5, SESI 2020/2021
KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI PUTERA
FAIR PARK 31400 IPOH

Tarikh : 29 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran Ibu bapa : 21 orang
Kehadiran Guru : 35 orang
Jumlah : 56 orang

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

En Roslan Bin Awang mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa ke mesyuarat
agung PIBG. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru atas sikap dedikasi
guru yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Keseimbangan dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin, dan sahsiah penting untuk menentukan kejayaan
pelajar. YDP PIBG menekankan kepentingan gabungan usaha sama antara Kolej
Tingkatan Enam Seri Putera dan ibu bapa. Kerjasama ini dapat mengangkat maruah
anak-anak dan martabat pendidikan negara di mata dunia. PIBG merupakan platform
untuk ibu bapa dan guru memainkan peranan secara menyeluruh untuk mencapai
aspirasi pendidikan negara.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Aluan Pengetua (Tuan Haji Yamin bin Zakaria)

2.1 Ucapan Aluan

Tuan Pengetua merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa
dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 5 sesi 2020/2021. Kerjasama dari
pelbagai pihak amat dihargai.

2.2 Pencapaian Akademik

Tuan Pengetua memaklumkan pencapaian kolej bagi 4 tahun berturut- turut.
PNGK bagi tahun 2016 ialah 2.64, 2.71 bagi tahun 2017 dan 2.69 bagi tahun
2018. Manakala, PNGK bagi tahun 2019 adalah 2.66, iaitu berlaku penurunan
sebanyak 0.03 dari tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, pihak kolej berjaya menghasilkan seorang murid
mendapat keputusan cemerlang dengan nilai PNGK 4.00 iaitu Nur Zahra
Kamilah Binti Zaini Azizuddin, pelajar dari aliran Kemanusiaan. Berkat usaha
sedikit demi sedikit, akhirnya murid tersebut berjaya menempah kejayaan yang
cemerlang.

3

Tuan pengetua bertanyakan rahsia kejayaan Nur Zahra Kamilah Binti Zaini
Azizuddin kepada ibunya yang mana juga merupakan salah seorang ahli
jawatankuasa PIBG bagi tahun 2019/2020. Perkongsian tersebut diharap dapat
menyuntik semangat para murid bagi tahun 2020 ini.
Menyentuh mengenai kewangan, peruntukan yang diterima oleh pihak kolej
adalah terhad kerana ia berdasarkan kepada enrolmen murid bagi tahun tersebut.

2.3 Disiplin
Tuan Pengetua juga memaklumkan murid Kolej Tingkatan Enam Seri Putera
tidak terlibat di dalam kes - kes yang melibatkan jenayah. Namun, ponteng
merupakan masalah yang dihadapi pihak kolej. Masalah ponteng ini
menyebabkan murid gagal dalam mengikuti proses PdPc dengan berkesan.
Secara tidak langsung, murid yang selalu ponteng menunjukkan pencapaian
yang lemah dalam akademik. Ini kerana ketidakhadiran murid ke kelas akan
menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam mengikuti pengajaran guru
bagi setiap mata pelajaran. Oleh itu, tuan pengetua mengharapkan kerjasama
daripada pihak ibu bapa agar memastikan murid dapat hadir ke sekolah setiap
hari. Pihak kolej mensasarkan 90.27% kehadiran murid bagi tahun 2020.

2.4 Kokurikulum
Majoriti murid kolej mendapat markah dari 8 hingga 10 mata keseluruhan bagi
markah kokurikulum. Penglibatan aktif murid sama ada di peringkat sekolah,
negeri atau kebangsaan menentukan markah yang diperoleh murid. Markah ini
penting kerana 10% daripada keseluruhan markah kemasukan ke universiti
adalah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Pihak kolej mensasarkan 71%
murid mendapat markah 8-10 mata dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2020.

2.5 Kemasukan Murid ke Universiti
Tuan Pengetua juga memaklumkan bilangan lepasan KTESP yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2016 adalah seramai 44 orang
(61%) dan meningkat pada tahun 2017, iaitu seramai 63 orang (73%).
Manakala bagi tahun 2018 adalah seramai 60 orang ( 62.5%). Pihak kolej
mensasarkan seramai 69 orang pelajar (80%) akan berjaya melanjutkan
pelajaran ke unversiti bagi tahun 2019. Pihak kolej mengharapkan pencapaian
tahun 2020 mencapai 75%.
Tindakan : Makluman

4

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 Sesi
2019/2020

3.1 Pengerusi memohon Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat PIBG
sesi 2019/2020.

3.2 Pn Noorhaliza Binti Ismail selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat PIBG bagi sesi 2019/2020.

Beliau meminta semua hadirin merujuk Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi
2019/2020 di dalam buku Program Mesyuarat Agung iaitu dari muka surat 2
hingga 11.

3.3 Encik Abu Seman Bin Bakar mencadangkan Minit Mesyuarat PIBG bagi sesi
2019/2020 disahkan dan disokong oleh Encik Azmi Bin Ahmad.

Tindakan : Makluman

4.0 Membentang Aktiviti PIBG 2019/2020

4.1 Pn Noorhaliza Binti Ismail membentangkan Laporan Pelaksanaan Aktiviti
PIBG bagi tahun 2019 dengan merujuk muka surat 12 hingga 13 dalam Buku
Program Mesyuarat Agung PIBG.

Tindakan : Makluman

5.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Kewangan 2019/2020

5.1 Pn Siti Sarah Binti Mohd Arshad selaku Bendahari PIBG membentangkan
Laporan Kewangan PIBG bagi sesi 2019/2020.

Beliau memohon semua hadirin merujuk Buku Mesyuarat Agung dari muka
surat 14 hingga 16.

5.2 En Manoharan a/l Mari mencadangkan Laporan Kewangan PIBG sesi
2019/2020 disahkan dan disokong oleh Pn Nor Aziah Binti Yang.

Tindakan : Makluman

6.0 Membahas Usul

6.1 Usul Kolej (1)

Penambahan Bayaran Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah Tahun 2020

En. Mohd Asri Bin Ab Majid selaku PK HEM mencadangkan agar bayaran
Minggu Orientasi Kolej Tingkatan Enam Seri Putera bagi tahun 2020 ditambah
sebanyak RM6.00 untuk bayaran yuran koperasi sebanyak RM1 dan saham
modal koperasi sebanyak RM5.00.

6.1.1 Tuan Pengetua menerangkan saham modal akan dipulangkan semula
kepada murid jika mereka berpindah atau meninggalkan kolej. Namun
jika wang tersebut tidak diambil ianya dianggap sebagai derma kepada
pihak koperasi. Perincian bayaran Minggu Orientasi Kolej Tingkatan
Enam Seri Putera adalah seperti di bawah:

5

Bil Butiran Harga ( Ringgit Malaysia )

1. Pendaftaran Lelaki Perempuan
2. T-shirt Kolej
3. Buku Prospektus RM 35.00 RM 35.00
4. Kad Matrik
5. E Momentum RM 40.00 RM 40.00
6. Program Jalinan Mesra
7. Baju Batik RM 15.00 RM 15.00
8. Saham Modal Koperasi
9. Yuran Koperasi RM 15.00 RM 15.00
Jumlah Keseluruhan
RM 20.00 RM 20.00

RM 5.00 RM 5.00

RM 85.00 RM 90.00

RM 5.00 RM 5.00

RM 1.00 RM 1.00

RM 221.00 RM 226.00

6.1.2 Tuan Pengetua juga memaklumkan kutipan sumbangan PIBG bagi
Tahun 2020 dikekalkan seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM170.00
untuk murid Tingkatan 6 dan RM100.00 untuk murid PKI.

6.1.2 Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan usul tersebut, perincian
adalah seperti di bawah:

Bil Perkara Bayaran
1. Sumbangan PIBG RM 70.00
2. Program Akademik RM 70.00
3. Keceriaan dan Keselamatan RM 30.00
RM 170.00
Jumlah Keseluruhan

Tindakan : PK HEM

6.2 Usul Ibu bapa (1)

Usul En Zulkernain Bin Abdul Rashid ( tidak hadir )

Tuan Pengetua membacakan usul yang dicadangkan oleh En Zulkarnain Bin
Abdul Rashid yang mencadangkan agar pihak kolej dapat menyediakan kipas
angin di dewan terbuka untuk keselesaan murid dan warga kolej semasa
menjalankan aktiviti.

6.2.1 Tuan Pengetua memaklumkan kolej tidak ada peruntukan khas untuk
membuat atau membaiki dewan. Pendawaian untuk mendapatkan
bekalan elektrik ke dewan terbuka tidak disediakan oleh kontraktor.

6

6.2.2 Pn Anida mencadangkan agar pihak kolej menyediakan kertas cadangan
untuk mendapatkan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk
pendawaian dan pemasangan kipas angin di dewan terbuka. Ini akan
dapat memudahkan individu untuk memberi sumbangan.

6.2.3 Tuan Pengetua memaklumkan pihak kolej akan menyediakan kertas
cadangan untuk dipanjangkan permohonan kepada individu yang ingin
memberi sumbangan.

Tindakan: Setiausaha PIBG

7.0 Pembubaran AJK PIBG 2019/2020

7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG
atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang menerajui PIBG sesi 2019/2020
dan beliau seterusnya membubarkan AJK PIBG bagi 2019/2020.

8.0 Pelantikan Jawatankuasa PIBG (Ibu Bapa)

8.1 En Roslan Bin Awang mencadangkan Tn. Hj. Yamin bin Zakaria, Pengetua
KTESP sebagai Pengerusi sementara. En Abu Seman bin Bakar menyokong
cadangan tersebut.

8.2 Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman

8.3 Pengerusi sementara memohon ahli mesyuarat PIBG untuk mencadangkan
nama-nama untuk mengisi jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021 iaitu
jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, dan 4 orang AJK Ibu Bapa. Setiap
ahli dibenarkan untuk mengundi sebanyak 2 kali.

Jawatan Setiausaha, Bendahari, dan 4 orang AJK guru dibentangkan oleh Tn Hj
Yamin Bin Zakaria. Berikut ialah senarai nama penuh AJK PIBG KTESP sesi
2020/2021.

YANG DIPERTUA : EN MOHD DESA BIN ISMAIL
NAIB YANG DIPERTUA : EN MANOHARAN A/L MARI
SETIAUSAHA : EN MOHAMAD HARKIMI BIN MD ISA
BENDAHARI : PN SITI SARAH BT MOHD ARSHAD
AJK IBU BAPA : EN HAMZAH BIN ABD. HAMID
: PN SABARIAH BINTI SHUIB
AJK GURU : EN ZAINAL ABIDIN BIN SAIDIN
: PN RATHI A/P SUPAYA
: TN HJ SHAHIZAN BIN SIRUN
: EN ONG WEI SIANG
: PN NURUL IZZATI BINTI ABDUL RASHID

7

JURU AUDIT : EN HASHIM BIN MOHD HANAFIAH
: EN SHAHRUL ARIF BIN ARIFIN
: PN ROZILAWATI BINTI MUHAMMAD

Tindakan : Makluman

9.0 Hal-hal Lain

9.1 Tuan Pengetua memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan
oleh pihak kolej pada penggal ini iaitu :

9.1.1 Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan
9.1.2 Enam Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan pada 5.3.2020.
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera akan menjadi tuan rumah untuk
pertandingan tersebut.
Putera Fun Run yang akan diadakan di Taman Rekreasi Sultan Abdul
Aziz ( Padang Polo ) pada 14.3.2020. Putera Fun Run terbuka kepada
semua penduduk yang tinggal di Ipoh.

Tindakan : Makluman

10.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat

10.1 En Mohd Desa Bin Ismail, YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Beliau juga
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau
untuk memimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi sesi 2020/2021. Beliau
berharap ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat memberi kerjasama yang
baik dalam menjayakan aktiviti kolej. Beliau juga mengharapkan kerjasama
daripada ibu bapa dan guru untuk menjayakan program-program PIBG yang
akan dirancang dan dilaksanakan. Ibu bapa boleh memberi sokongan, idea dan
pendapat kepada pihak kolej demi untuk kemajuan murid dan kolej.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:05 tengahari.

Tindakan: Makluman

Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020
SALINAWATI BINTI ISA
WAN AFDZAN BINTI RAJA ZULKIFLI

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………..…… ……………………………
(EN MOHAMAD HARKIMI BIN MD ISA) (EN.MOHD DESA BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG
Sesi 2020/2021 YDP PIBG
Sesi 2020/2021
8

9

10

11

12

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- 6 SESI 2021/2022

PENGERUSI : TN HJ AHMAD JEFRI BIN HJ KAMIL
TIMBALAN PENGERUSI : TN HJ ZULKIFLI BIN SHAARI
NAIB PENGERUSI 1 : PN MASTURA BINTI KAHAN SAAIB
NAIB PENGERUSI 2 : PN SUZANA BINTI YAN
SETIAUSAHA : EN MOHAMAD HARKIMI BIN MD ISA
BENDAHARI : PN SITI SARAH BINTI MOHD ARSHAD

Bil AJK Bidang Tugas
1. SETIAUSAHA
• Memantau persediaan, pentadbiran dan
En Mohamad Harkimi Bin Md Isa perlaksanaan sebelum dan semasa majlis
berlangsung
2. BENDAHARI
Pn Siti Sarah Binti Mohd Arshad • Menubuhkan jawatankuasa kerja atas
nasihat pengetua
3. SAMBUTAN
Semua Pentadbir • Melaksana tugas-tugas pentadbiran
Ketua Jabatan majlis, surat menyurat dan fail kerja.
Ketua Unit
• Menyediakan anggaran perbelanjaan
4. PENDAFTARAN / SOP • Menguruskan kewangan majlis
KEHADIRAN • Menyediakan penyata kira-kira kewangan
Pn Naimah Binti Md Saad (K)
Pn Norhamisah Binti Ibrahim PIBG
Pn Norhaya Binti Tajudin
En Abu Seman Bin Bakar • Mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG, Ibu
Pn Siti Rosila Binti Haron Bapa dan Penjaga

5. PENYEDIAAN LATAR PENTAS • Mencatat kehadiran AJK PIBG, Ibu Bapa /
Pn Nor Ashikin Binti Sued (K) Penjaga serta Guru-guru.
Pn Sabrina Binti Azanan
• Laporkan kehadiran mereka kepada
6. JURUACARA MAJLIS Setiausaha PIBG dari masa ke semasa
Pn Zuraini Binti Che Embi
Cik Pushpalatha A/P Sivamugam • Menyediakan latar pentas bagi MAT.
• Mencari bahan yang menarik dan sesuai

untuk latar pentas.
• Memastikan latar pentas tersedia sebelum

MAT

• Mengacarakan keseluruhan majlis

13

7. BUKU PROGRAM • Mengendalikan majlis mengikut aturcara
Cik Mahani Binti Aris program
Cik Premila Verma A/P Khaptan Lal
• Menyediakan teks ucapan yang sesuai.
8. PENCATAT MINIT
Cik Salinawati Binti Isa (K) • Mengumpul semua maklumat yang
Pn Wan Afzan Binti Raja Zulkifli diperlukan bagi muka hadapan buku
Pn Hjh Norzamila Binti Zamri program.
Pn Supiah Binti Yaacob
• Menyediakan muka hadapan buku
9. BACAAN DOA program dalam dua bentuk (secaradalam
Tn Hj Mohd Shahizan Bin Sirun talian dan mencetak mengikut bilangan
En Shamsul Baharin Bin Mohd Yusof yang ditetapkan).

10. PENGIRA UNDI • Mencatat minit mesyuarat Agung ke 5
En Tan Mun Hoow yang lengkap mengikut bahagian seperti
En Ong Wei Siang dalam agenda mesyuarat.
En Subramaniam A/L Kannan
• Mengemaskini catatan minit dan ditaip
11. FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI dengan sempurna
Pn Sharon Yip See Wai (K)
Pn Muna Binti Mohamed Radzi • Menyerahkan salinan minit mesyuarat
Cik Thana Letchumi A/P Thirraja Kepada SU PIBG

12. HEBAHAN • Menyediakan skrip doa yang sesuai
Cik Tan Li Ching (K) • Membaca doa pembuka majlis
Puan Nurul Haslina Binti Abdul
Rashid • Melaksanakan pengiraan undi bagi usul-
En Mohd Hasbullah Bin Saad usul yang dibentangkan.
Pn Rozilawati Binti Muhammad
• Menentukan bilangan jumlah undian bagi
13. JAMUAN usul-usul yang dibentangkan.
Pn Azrina Binti Ariffin (K)
En Hashim Bin Mohd Hanafiah • Merakan gambar sepanjang mesyuarat
berlangsung.

• Menyiapkan dokumentasi bagi selepas
MAT berlangsung.

• Memuatnaik maklumat Mesyuarat Agung
PIBG dalam setiap medium hebahan
kolej.

• Memastikan maklumat dihantar kepada
ibu bapa / penjaga secara langsung atau
melalui pelajar.

• Menyediakan jamuan untuk AJK PIBG
yang terlibat dalam MAT di Kolej.

14


Click to View FlipBook Version