MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DETIK PERBEZAAN
PUAN LEZAWATI BINTI DAT1B
SERON
Neil Carlson Turan Anak Ronita
20DAT22F1037
Joyce Jeslin Anak Juanda
20DAT22F1025
Wong Suk Ping
20DAT22F1049
Nistleroy Macdan Anak Nam@Menam
20DAT22F1062
ISI KANDUNGAN 02
03
01 Objektif Pembelajaran 04
02 Pengenalan
25
03 Detik Perbezaan Antara Kaum 26
Sambutan Perayaan 27
Pemakaian
Kepercayaan/Agama 01
Permainan
Tarian
Jenayah
Tempat Kerja
Pengebumian
04 Kesimpulan
05 Aktiviti Pengukuhan
06 Rujukan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir isu ini, kita dapat:
Menghuraikan matlamat perpaduan tentang
detik perbezaan.
Menunjukkan jenis detik perbezaan antara kaum.
Menunjukkan perkara yang membezakan antara
kita dengan orang yang di sekeliling.
Menunjukkan detik perbezaan menjadi faktor
perpaduan dalam masyarakat di Malaysia.
Menunjukkan isu sensitif yang tidak disantuni oleh
masyarakat.
02
Pengenalan
Detik perbezaan ialah perkara yang membezakan
antara kita dengan orang yang di sekeliling kita,
terutamanya budaya bangsa Malaysia. Perbezaan ini
perlu dilihat daripada aspek positif untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara
kaum.
Detik perbezaan dilihat berlakunya isu-isu
menimbulkan konflik antara kaum. Isu-isu yang
sensitif tidak disantuni oleh sebahagian kecil
masyarakat kita antaranya penggunaan bahasa,
budaya, ideologi, agama, tingkah laku sosial, tulisan,
rasisme dan sebagainya. Terdapat segelintir
masyarakat juga sering membangkitkan isu-isu
sensitif seperti agama, bahasa, hak keistimewaan
orang Melayu dan sebagainya. hal ini sering kali
menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
Malaysia walaupun hal ini telah jelas termaktud
dalam perlembagaan persekutuan sebagaimana
perkara 153, perkara 152, perkara 3(1), perkara 181(1)
dan sebagainya.
03
Detik Perbezaan Antara Kaum
1. Sambutan Perayaan 5. Tarian
2. Pemakaian 6. Jenayah
3. Kepercayaan 7. Tempat Kerja
4. Permainan 8. Pengebumian
04
Sambutan Perayaan
Sambutan hari perayaan yang diraihkan tanpa
mengira latar belakang kaum dan agama berjaya
membina pemahaman dan rasa hormat dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Perayaan
utama di Malaysia, iaitu Aidilfitri, Krismas, Deepavali
dan Tahun Baru Cina ialah perayaan yang memupuk
keharmonian, keamanan, dan perpaduan semua
kaum. Sambutan perayaan ini sama sekali tidak akan
menggugat perpaduan bangsa kerana setiap
budaya dan agama mempunyai ciri-ciri tertentu.
Bagi umat Islam, dua
perayaan utama yang
diraihkan iaitu Hari Raya
Puasa (Aidilfitri) dan Hari
Raya Haji (Aidiladha). Hari
Raya Puasa diraihkan
apabila berakhirnya bulan
Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa
selama sebulan. Hari Raya Haji pula disambut pada
hari ke-10 bulan Zulhijrah (bulan Islam) ketika umat
Islam mengerjakan Haji di Makkah berada pada
peringkat akhir ibadah mereka. Bersempena dengan
perayaan ini, umat Islam yang berkemampuan
digalakkan melakukan ibadah korban dan
disebabkan itu juga perayaan ini turut dikenali
sebagai Hari Raya Korban.
05
Selain dua perayaan utama itu, umat
Islam turut menyambut Maal Hijrah
(Awal Muharam) bersempena tahun
baharu Islam, Maulidur Rasul bagi
memperingati hari kelahiran Nabi
Muhammad SAW dan Nuzul Quran bagi
memperingati hari turunnya al-Quran kepada umat
Islam.
Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan
Tahun Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar
Cina, iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun.
Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga
berkumpul untuk makan malam bersama-sama.
Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari
Chap Goh Meh. Pesta Chap Goh Meh diambut pada
malam ke-15 sebagai tanda berakhirnya perayaan
Tahun Baru Cina. Pemberian angpau merupakan
tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina
khususnya bagi golongan kanak-kanak.
Bagi masyarakat Cina majoritinya
beragama Buddha, mereka menyambut
Hari Wesak pada bulan Mei bagi
memperingati tiga peristiwa penting
dalam hidup Buddha, iaitu hari
kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan hari
06
kematiannya. Kebiasaanya, upacara sembahyang
dan perarakan diadakan dalam perayaan tersebut.
Selain itu, terdapat juga sambutan perayaan lain
seperti perayaan kuih bulan dan tanglung, bulan
hantu serta Qing Ming.
Bagi penganut agama Hindu pula, Deepavali atau
Perayaan Cahaya pada bulan aippasi mengikut
kalendar tamil (Oktober - November) merupakan
masa bergembira. Perayaan ini menandakan
kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan. Perayaan
bermula dengan upacara
sembahyang dan diikuti dengan
kunjungan sanak-saudara dan
sahabat handai.
Pada waktu malam, rumah
akan dihiasi dengan pelita
bagi memeriahkan suasana
perayaan.
07
Penganut agama Hindu juga
merayakan Hari Thaipusam pada
bulan Januari sebagai tanda
penghormatan kepada Dewa
Murugan. Dalam perayaan
tersebut, Batu Caves, Selangor
menjadi tumpuan penganut
Hindu. Di sana, penganut Hindu
membawa persembahan mereka
di atas kavadi untuk
dipersembahkan kepada dewa
tersebut. Selain itu, mereka turut
menyambut Perayaan Ponggal,
Tahun Baru Hindu, Navarathiri
dan Kharthigai.
08
Pemakaian
Pemakaian ini juga salah satu perbezaan antara
kaum dan bangsa. Setiap bangsa dan kaum
mempunyai pakaian rasmi ataupun tradisional
masing-masing.
Kaum Melayu
Pakaian untuk lelaki Melayu ialah Baju
Melayu. Biasanya ia disertakan dengan
sejenis sarung iaitu sampin yang diikat di
pinggang. Ia juga sering disertai dengan
songkok atau kopiah.
Wanita Melayu memakai baju
kurung berlengan panjang
berserta kain skirt yang labuh
sehingga ke tumit. Para
pemakai baju kurung juga akan
mengenakan sehelai tudung
bagi melambangkan kepatuhan
terhadap agama Islam yang
mewajibkan penganutnya
menutup aurat.
09
Satu lagi pakaian tradisional orang
Melayu adalah kebaya, yang dijahit
agak ketat di bahagian sisi badan.
Baju ini hanya dipakai oleh golongan
wanita Melayu. Ia turut dipakai oleh
pramugari dari Malaysia Airlines
sebagai pakaian seragam pramugari.
Kaum Cina
Samfoo merupakan pakaian tradisional
untuk lelaki Cina di Malaysia. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar
dan berbelah di depan dan berkolar
tinggi seta dipakai bersama seluar
longgar.
Wanita Cina memakai
cheongsam, sehelai pakaian
dengan leher yang tinggi dan
menyerong yang ditutup dengan
klip kecil atau bertukar-tukar
(kain kancing). Ia kadang-
kadang boleh mempunyai
belahan di sisi, seperti yang
dibuat dengan kain lembut
seperti sutera. Cheongsam adalah sangat popular di
sekitar waktu Tahun Baru Cina dan majlis-majlis
formal.
10
Kaum India
Pakaian lelaki India ialah Dhoti. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang berwarna
putih. Dhoti diperbuat daripada lembaran
kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit
di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkutkan
pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi
dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga Dhoti yang berwarna
kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan chetty.
Wanita India memakai sari, kain 5-6
meter yang biasanya dipakai dengan
kain yang sama bayangan. Kebanyakkan
kain sari adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, si pemakai perlu
memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sari dililit dari
pinggang dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang sebanyak 3 kali
hingga 5 kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari
yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat.
Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainya.
11
Perbezaan ini sebenarnya perbezaan yang mampu
mengeratkan hubungan antara kaum, ia terjadi
apabila sambutan perayaan berlaku. Contohnya,
pada Hari Raya Aidilfitri, kaum lain boleh turut sertai
mengenakan pakaian orang Melayu. Selain
mengenakan pakaian tradisional kaum Melayu, kaum
lain juga boleh mengenakan pakaian tradisional
masing-masing dan saling mengunjungi.
Kepercayaan/Agama
Malaysia ialah sebuah negara
berbilang budaya dan agama.
agama rasminya adalah agama
Islam. Kaum Cina di Malaysia
menganuti pelbagai kepercayaan:
Buddhisme Mahayana dan agama
tradisional cina (termasuk taoisme).
Hinduisme diamalkan oleh majoriti kaum India di
Malaysia. Agama Kristian telah wujud dalam
beberapa komuniti terutamanya di Malaysia Timur. Ia
tidak terikat pada mana-mana kumpulan etnik
tertentu. Agama lain seperti Baha'i dan Sikhismalso
juga mempunyai penganut di Malaysia.
12
Kepelbagaian agama yang dianuti oleh rakyat
Malaysia haruslah dihormati. Walaupun masyarakat
Malaysia tidak menganut agama yang sama, tetapi
mereka berkongsi negara. Oleh sebab itu, perbezaan
agama perlu dihargai demi mewujudkan sebuah
negara yang lebih hebat dan teguh di landasan
perpaduan pada masa akan datang. Prinsip yang
perlu diamalkan oleh masyarakat ialah semangat
toleransi, perkongsian, elemen hormat-menghormati,
dan menghargai perbezaan antara satu sama lain.
13
Permainan
Negara Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan
kaum, jadi setiap bangsa mempunyai permainan
tradisional masing-masing.
Kaum Melayu
Kaum Melayu, mereka terkenal dengan permainan
sepak takraw, batu seremban dan congkak.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Congkak ialah
sejenis permainan
tradisional Melayu
yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau
sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah
dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji
getah atau guli.
Dalam permainan congkak, terdapat dua
bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak berbentuk
sampan dan boleh diperbuat daripada
14
pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan
di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak
tujuh lubang biasanya sekitar 80cm dan lebarnya
18cm.
Kaum Cina
Permainan tradisional kaum Cina pula adalah
mahjong, go dan yo-yo cina.
Yo-yo Cina adalh permainan dari China
yang ada dua cakera yang sama saiz
dihubungkan oleh gandar yang
panjang.Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada
dua batang kayu kecil. Pemain akan
pegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
permainan ini dipercayai telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas
Masihi.
15
Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh. Oleh
sebab ianya diperbuat daripada buluh, yo-yo ini
mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak.
Sesetengah yo-yo Cina dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju.
Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi
kelajuan yo-yo.
Kaum India
Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang
porpular dalam kalangan kaum India. Chaturanga
juga salah satu permainan tradisional kaum India.
Bagi permainan Kho-kho, setiap
kumpulan boleh ada 12 pemain tetapi
hanya 9 daripadanya sahaja yang
akan bermain bagi satu perlawanan.
Ada 2 giliran dalam permainan Kho-
kho ini. Setiap giliran diperuntukkan
selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada
16
di tengah setiap 8 kotak yang ada di padang
permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam
kedudukan yang bertentangan secara berselang-seli.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar
ialah menyentuh pemain lawan dengan
penggunakan tapak tangan.
Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa
melakukan "foul", atau pemain lawan telah melebihi
had garisan ataupun lambat sampai ke had garisan.
Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan
menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata
"Kho-kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan
menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi
setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat
diberikan.
Perbezaan ini tidak menggugat perpaduan kaum
malah perbezaan ini mampu menyemarakkan lagi
semangat perpaduan dengan main sesuatu
permainan bersama-sama tanpa memilih kaum.
17
Tarian
Tiga kaum utama di negara Malaysia adalah kaum
Melayu, India dan Cina. Pelbagai adat dan budaya
yang dapat dipelajari daripada masyarakat
berbilang kaum ini, terutamanya dapat dilihat
daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan
sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan
tangan. Persembahan dari setiap kaum mempunyai
asal usul dan tujuan tersendiri. Antara contoh tarian
bagi etnik yang ada di Malaysia ialah tarian Zapin,
Kathakali, Kipas, Ngajat dan Sumazau.
Kaum Melayu; Tarian Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian
tradisional Malaysia boleh
dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang
terkenal di negeri Johor. Tarian
ini, yang diperkenalkan oleh
para mubaligh dari Timur
Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan
berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah Tamadun Islam.
18
Kaum Cina; Tarian Kipas
Tarian Kipas terkenal di negeri Perak. Tarian ini
tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan
pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penari
antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang
dua buah kipas. Terdapat juga tarian kipas yang
memerlukan 9 orang penari iaitu 7 penari perempuan
dan 2 penari lelaki. Tarian ini menunjukkan bahawa
kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat Cina yang menunjukkkan dewa-dewi
pada masa dulu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat
keperluan mereka. Oleh itu,
tarian ini dimainkan supaya
dapat membawa kebaikan
kepada seluruh anggota
masyarakat.
Kaum India; Tarian Khatakali
Khatakali adalah tarian yang berasal dari Kerala
(India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal
yang bermakna permainan cerita dan ditarikan
untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas
19
kesalahan. Para penari Khatakali
menggunakan riasan wajah serta
kostum tarian yang bewarna
meriah. Ini melambangkan bahawa
karakter-karakter yang dimainkan
merupakan mahluk dari dunia lain.
Riasan wajah-wajah penari dapat
dibezakan sebagai satvik (rupa
dewa), rajasik (rupa ksatria), dan
tamasik (rupa setan). Tema tari Kathakali berasal dari
cerita klasik Ramayama, Mahabharata dan berbagai
kisah.
Kaum Kadazan-Dusun; Tarian Sumazau
Tarian Sumazau ini merupakan
sejenis tarian tradisi yang terkenal
di Sabah dan seluruh Malaysia.
Tarian ini merupakan tarian tradisi
kaum Kadazan-dusun. Gerak dan
irama tari Sumazau adalah
perlahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita
menari berhadap-hadapan dan
20
mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah
kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama musik. Ketika menari, tangan
dikepakkan keluar, gerakkannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan
semasa menyambut Pesta Kaamatan (hari penuaian)
dan semasa majlis-majlis jamuan.
21
Jenayah
Semangat perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan
masyarakat bagi mencegah segala aktiviti jenayah
yang kini semakin berleluasa. Aktiviti Skim Rondaan
Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT)
yang dilakukan oleh masyarakat setempat mampu
mengurangkan kadar jenayah.
Salah satu sikap yang salah adalah pemikiran rakyat
yang mengaitkan jenayah dengan bangsa kerana
setiap jenayah yang berlaku tiada kaitan dengan
sesuatu bangsa. Setiap bangsa dan agama
terdedah dengan jenayah apabila mereka tiada jati
diri dengan pegangan agama yang utuh. Jenayah
yang berlaku atas personaliti seseorang dan tiada
sedikitpun kaitan dengan agama dan bangsa. Kita
perlu berfikiran terbuka kepada setiap perkara yang
berlaku ini tiada kaitan dengan bangsa dan agama.
Perbezaan ini mampu menggugatkan perpaduan
bangsa jika rakyat Malaysia mempunyai sikap
membezakan jenayah dengan bangsa. Sebagai
warganegara, kita haruslah patuh kepada peraturan
dan undang-undang yang telah ditetapkan kerana
hukuman tidak memilih bangsa atas setiap kesalahan
yang dilakukan
22
Tempat Kerja
Telah timbul isu berkenaan tempat kerja yang
memilih bangsa-bangsa tertentu merupakan sesuatu
yang akan menggugat perpaduan bangsa jika tidak
ditangani dengan baik. Isu tempat kerja tidak harus
timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan
menggugat perpaduan kaum memandangkan
pekerjaan tidak terikat kepada kepada bangsa dan
kaum. Sebagai warganegara Malaysia isu tempat
kerja perlu dilihat sebagai satu peluang untuk
meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang terdiri
daripada bangsa dan agama yang berlainan mampu
memberi pelbagai idea dan usaha yang lebih luas
untuk majikan memperoleh manfaat yang pelbagai
dalam kalangan pekerjanya.
23
Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan
agama seseorang. Walau bagaimanapun, agama
tidak menghalang seseorang penganut bersedih dan
menghormati atas kehilangan salah seorang ahli
keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah
menziarahi juga digalakkan sebagai memberikan
sokongan kepada ahli keluarga yang kehilangan
orang yang disayangi.
24
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita dapat mengetahui
tentang detik-detik perbezaan yang berlaku dalam
masyarakat kita. Kita tidak boleh lari daripada
perbezaan ini kerana ianya berkaitan dengan
budaya bangsa Malaysia. Detik perbezaan ini akan
menjadi sukar sekiranya kita tidak dapat menerima
perbezaan ini dalam kehidupan seharian malah ia
akan merenggangkan lagi hubungan antara kaum.
Perbezaan ini perlu dilihat dari aspek positif supaya
tidak menggugat bangsa kerana setiap budaya dan
agama mempunyai ciri-ciri tertentu.
25
Aktiviti Pengukuhan
1. Apakah maksud detik perbezaan?
2. Berikan 3 contoh detik perbezaan.
3. Apakah sebab isu konflik antara kaum masih lagi
dibahaskan sehingga sekarang?
4. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan isu
rasisme terjadi di Malaysia?
5. Pada pendapat anda, justifikasikan cara untuk
mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 daripada
berlaku lagi.
26
Rujukan
Siti Zaharah, Hasnah Hussiin, Nur Afifah
Saharudin, Norhaslina Sulaiman, Mohd Rosdi
Ripin, Solehah Samsudin, Zuharyati Yusof, 2022.
Penghayatan Etika dan Peradaban
Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki Yusuff, Zaleha
Embong, 2021. PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
https://anyflip.com/bhakx/ticj/basic
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pakaian_Malaysia
https://orangkata.my/sukan/permainan-
tradisional-melayu-cina-dan-india-yang-kian-
dilupakan/
27