1
MINIT MUKTAMAR SANAWI ABIM
NEGERI KELANTAN KALI KE 48
03 September 2021
11.15 Pagi – 1.06 Petang
Dewan Utama Kompleks Masjid Al-Hikmah, Tanjung Mas,
Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan & Aplikasi Zoom
********************************************************************************************************
AGENDA 1 : PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI MUKTAMAR SANAWI
1.1 (Pengerusi Jawatankuasa Induk Muktamar) mencadangkan nama-nama pegawai
bagi mengendalikan Muktamar ke 48 ABIM Negeri Kelantan seperti berikut:
Pengerusi : Ustaz Mohammad Amin Bin Abdullah
Timb. Pengerusi : Sdr. Abdullah Bin Mohd Nawi
Pencatat I : Siti Fadhiana Adira Binti Ramli
Pencatat II : Airani Aryani Anis Binti Abdullah
Tauliah : Sdr Ahmad Umar Asyraf Bin Mohamed Yusoff
Resolusi & Pemandu: Sdr Ahmad Aizat Zahier Bin Zakaria
1.2 Cadangan nama-nama pegawai bagi mengendalikan Muktamar ke 48 ABIM Negeri
Kelantan tersebut telah disahkan oleh Abdul Hafeez (ABIM Bachok) dan disokong oleh
Pn Farhana (ABIM Kubang Kerian).
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MUKTAMAR KE 47
2.1 Sdr Muhmmad Azharie Bin Sukeri (Setiausaha ABIM Negeri Kelantan) membentangkan
Minit Muktamar ke 47 ABIM Negeri Kelantan untuk diterima.
2.2 Minit Muktamar ke 47ABIM Negeri Kelantan tersebut telah disahkan Ustaz Amin dan
disokong oleh Sdr Umar Asyraf untuk diterima.
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
3.1 Ustaz Mohammad Amin selaku pengerusi muktamar telah membuka ruang untuk
mengusulkan perkara-perkara berbangkit.
3.2 Ustaz Mohammad Amin membangkitkan supaya kehadiran muktamirin dan
muktamirat ke muktamar sanawi tahunan dicatat.
2
3.3 Sdr Muhammad Aqil Iqbal mencadangkan supaya gerakan wanita Islam lebih
diperkasakan bagi melihat perkembangan bagi kemenjadian kaum wanita. Beliau
juga mencadangkan supaya ABIM bekerjasama dengan PKPIM Kel untuk mencari
barisan kaderisasi ABIM di setiap daerah dan negeri sendiri.
AGENDA 4 : MEMBENTANG, MEMBAHAS, DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN ABIM NEGERI
KELANTAN SESI 2020/2021
4.1 Sdr Muhammad Azharie Bin Sukeri (Setiausaha ABIM Negeri Kelantan)
membentangkan Laporan tahunan Abim Negeri Kelantan Sesi 2020/2021 untuk
diterima.
4.2 Sdr Muhammad Aqil Iqbal mencadangkan supaya laporan dibetulkan, dimasukkan
nombor muka surat supaya Mudah dirujuk. Beliau juga meminta supaya diperbetulkan
nama KPIK kepada PKPIM Kelantan pada mukasurat 3.
4.3 Laporan tahunan ABIM Negeri Kelantan Sesi 2020/2021 telah disahkan oleh Sdr
Muhammad Aqil Iqbal dan disokong oleh Sdri Nik Athirah untuk diterima.
AGENDA 5 : MEMBENTANG, MEMBAHAS, DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
31 DISEMBER 2019
5.1 Sdri. Syazwani Binti Zulkapli (Setiausaha Kewangan ABIM Negeri Kelantan)
membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 untuk
diterima.
5.2 Pn Nur Farhana Binti Zilkifli bertanya adakah pembentangan akaun kewangan betul
daripada ABIM Sesi 2020/2021 dan jika betul dari akaun ABIM sesi 2020/2021, beliau
mencadangkan supaya diperincikan lagi laporan kewangan tersebut supaya lebih
telus.
5.3 Sdr Abdullah Muhammad Nawi mencadangkan supaya laporan kewangan disemak
semula sebelum disahkan termasuklah tajuk di bahagian atas, penyata kewangan
pada sesi keberapa. Beliau turut mencadangkan supaya ABIM setiap daerah
membuka akaun bank supaya mudah jika ada sumbangan dan sebagainya.
5.4 Sdr Muhammad Aqil Iqbal memohon penjelasan berkaitan laporan yang tidak
diperincikan oleh kerana terdapat beberapa masalah di bahagian ABIM daerah dan
mengharapkan supaya setiap ahli ABIM daerah untuk sama-sama menggerakkan
organisasi di daerah masing-masing.
5.5 Sdri Syazwani menjelaskan beliau mengikut format dari ABIM pusat pada asalnya, dan
akan meminda semula laporan kewangan untuk disahkan.
3
5.6 Laporan kewangan Sesi 2020/2021 disahkan dengan pindaan dan penambahbaikan
oleh Sdri Nabilah Binti Ahmadi dan disokong oleh Sdr Muhammad Azharie Bin Sukeri.
AGENDA 6 : MEMBENTANG, MEMBAHAS, DAN MELULUSKAN USUL
6.1 Sdr Muhammad Aqil Iqbal mencadangkan supaya semua ABIM daerah supaya
terlibat dengan lebih aktif bersama Majlis Belia Jajahan dan Majlis Belia Daerah. Turut
mencadangkan supaya ABIM Negeri memperkemaskan lagi dari segi pengurusan
organisasi dan kaderisasi di bahagian daerah. PKPIM Kel bersedia untuk bekerjasama
dengan ABIM bagi memperkasakan kaderisasi ABIM.
6.2 Ustaz Amin mencadang untuk mempertingkatkan lagi potensi ahli di setiap daerah
terutama di daerah Tanah Merah.
6.3 Pn Farhana mencadangkan supaya ABIM Negeri bergabung dengan ahli ABIM di
daerah untuk tingkatkan ukhwah semula. Beliau mencadang untuk diadakan satu sesi
perjumpaan secara atas talian untuk saling mengenali antara ahli ABIM daerah
bersama WADAH dan juga ABIM Negeri. bagi meningkatkan penambahbaikan dan
supaya ABIM Kelantan lebih terkedepan.
AGENDA 7 : PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KERJA SESI 2020/2021 ABIM KELANTAN
7.1 Sdr Mohd Syahiran Bin Muhammad (YDP ABIM Kelantan) mengumumkan
pembubaran Ahli Jawatankuasa Kerja 2020/2021 ABIM Negeri Kelantan.
AGENDA 8 : PENGUMUMAN DAN PERLANTIKAN EXCO KANAN ABIM NEGERI KELANTAN SESI
2021/2022
8.1 Sdr. Faisal Bin Abd Aziz (Presiden ABIM Pusat) mengumumkan senarai nama Exco
Kanan ABIM Negeri Kelantan sesi 2021/2022 seperti berikut:
Yang Dipertua : Sdr Mohd Syahiran Bin Muhammad
Timb. Yang Dipertua : Sdr Ahmad Umar Asyraf Bin Mohamed Yusoff
Naib Yang Dipertua I : Sdr Saiful Nizam Bin Muhammad
Naib Yang Dipertua II (HELWA) : Sdri Siti Asnida Binti Hanafi
Setiausaha : Sdr Muhammad Aqil Iqbal Bin Zulkiffli
Pen. Setiausaha : Sdri Nik Athirah Binti Muhammad
Setiausaha Kewangan : Sdri Syazwani Binti Zulkapli
4
8.2 Senarai nama Exco Kanan ABIM Negeri Kelantan sesi 2021/2022 tersebut telah
disahkan oleh Sdri Siti Fadhiana Adira Binti Ramli dan disokong oleh Sdri Airani Aryani
Anis Binti Abdullah.
AGENDA 9 : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA ABIM NEGERI KELANTAN SESI
2021/2022
9.1 Sdr. Faisal Bin Abd Aziz (Presiden ABIM Pusat) mengumumkan ahli jawatankuasa kerja
ABIM Negeri Kelantan sesi 2021/2022 seperti berikut:
Ketua Biro Dakwah : Sdr Saiful Anuar Bin Abd. Hadi
Ketua Biro Penerangan : Sdr Wan Khairuddin Bin Wan Ibrahim
Ketua Biro Penataran : Sdri Wan Asiah Binti Wan Ibrahim
Ketua Biro Pendidikan : Sdr Muhammad Sirajuddin Asraf Bin Mohd Noor
Ketua Biro Pembangunan Sosial : Sdr Khairul Azhar Bin Kamaruzaman
Ketua Biro Penyelidikan
& Dokumentasi : Sdri Nabilah Binti Ahmadi
Ketua Biro Ekonomi : Sdri Norasmira Binti Mohd Asri
Ketua Biro Tugas Khas : Sdr Muhammad Rohaizad Bin Mohd Zali
9.2 Senarai nama ahli jawatankuasa kerja ABIM Negeri Kelantan sesi 2021/2022 tersebut
telah dicadangkan untuk disahkan oleh Sdri Siti Fadhiana Adira Binti Ramli dan
disokong oleh Sdri Airani Aryani Anis Binti Abdullah.
AGENDA 10 : UCAPAN PENANGGUHAN YDP ABIM DAERAH
10.1 Sdr Abdullah Bin Muhamad Nawi (YDP ABIM Kota Bharu) mengucapkan tahniah
kepada ABIM Negeri Kelantan atas perlantikan saf pimpinan baharu bagi sesi
2021/2022. Dapat meneruskan legasi ABIM yang penuh gilang gemilang untuk jadi
lebih baik. Beliau berpesan supaya memperkemaskan pengurusan ABIM supaya
pimpinan lebih rancak dan lebih baik.
10.2 Sdr Umar Asyraf (ABIM Tanah Merah) berharap semoga saf pimpinan baharu dapat
memacu dengan lebih baik, dapat menjadi contoh kepada NGO lain dan berharap
dapat jadi contoh terbaik buat belia di luar sana. Bersedia membantu sebaik mungkin
di peringkat daerah atau negeri bagi menjayakan misi dakwah serta pemerkasaan
belia di negeri Kelantan.
10.3 Ustaz Roslan mengajak untuk menyelami isu masyarakat dan berharap untuk
mendekati permasalahan isu pendidikan masyarakat terutama di era pandemic
covid-19 ini. Berharap untuk saf pimpinan boleh sediakan satu modul latihan bagi guru
mengendalikan PDPR secara atas talian. Penekanan kepada anak-anak asnaf di
kawasan pedalaman yng tidak mempunyai tablet atau keperluan untuk ikuti
pembelajaran secara atas talian, ABIM boleh menggagaskan untuk membantu
5
penambahbaikan isu pendidikan. Berharap supaya ABIM terus lantang dalam
menyuarakan isu pendidikan mendahului agensi lain. Beliau turut ucapkan tahniah
kepada saf pimpinan ABIM yang baharu dan mengharapkan supaya dapat sama-
sama berusaha kearah menjadi khayra ummah.
AGENDA 11 : UCAPAN PENANGGUHAN YDP ABIM NEGERI KELANTAN 2021/2022
11.1 Sdr Mohd Syahiran Bin Muhammad (YDP ABIM Kelantan Sesi 2021/2022) mengucapkan
terima kasih kepada saf pimpinan terdahulu atas segala jada, tenaga dan idea yang
telah diberikan. Beliau juga mengharapkan supaya ABIM terus bersama dalam usaha
mengukuhkan agenda dakwah di Kelantan, bukan sahaja dari segi ajakan melakukan
ibadah sebaliknya turut menekankan kepada praktikaliti. Berharap dengan sokongan
daripada ABIM daerah, semoga ABIM Negeri Kelantan dapat terus maju ke hadapan
dengan kefahaman yang lebih baik mengenai Islam dan dapat terus maju
kehadapan. Beliau turut mencadangkan supaya dapat mengadakan pertemuan
secara atas talian untuk memperkemaskan lagi berkenaan pengurusan di daerah dan
mempertingkatkan potensi ABIM Kelantan. Berharap lebih banyak idea, dan
cadangan penambahbaikan daripada ABIM daerah. Memohon agar seluruh warga
ABIM Negeri Kelantan khususnya untuk bersama beliau dalam mengemudi ABIM
negeri Kelantan kearah yang lebih baik.
Majlis ditangguhkan pada : 1.06 Petang (03 September 2021)
Pencatat 1: Sdri. Siti Fadhiana Adira Binti Ramli
Pencatat 2: Sdri. Ariani Aryani Anis Binti Abdullah
Disemak Oleh:
MUHAMMAD AQIL IQBAL BIN MOHD ZULKIFFLI
Setiausaha ABIM Negeri Kelantan,
Sesi 2021-2022.
Disahkan Oleh:
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Yang Di Pertua ABIM Negeri Kelantan,
Sesi 2021-2022.
6