The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membugar Generasi Ummatik: Bitara Untuk Berjasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilzulkiffli, 2022-08-25 15:18:46

UCAPAN DASAR MPATKEL3

Membugar Generasi Ummatik: Bitara Untuk Berjasa

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3
1

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

UCAPAN DASAR
MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN KALI KE-3
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI KELANTAN (MPATKEL3)

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:
BITARA UNTUK BERJASA

Muhammad Aqil Iqbal Bin Mohd Zulkiffli
YDP PKPIM Kelantan
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

‫السلام عليكم ورحمة الله وبركته‬
Dan Salam Sejahtera

Yang Dihormati Sdr. Ahmad Farhan Bin Rosli
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Yang Dihormati Sdr. Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Yang Dihormati Tn. Hj. Wan Azman Bin Wan Ismail
Pengerusi Majlis Syura Negeri Kelantan

Yang Dihormati Ust. Mustafa Bin Mat Daud
Pengerusi WADAH Pencerdasan Ummat Negeri Kelantan

Yang Dihormati Sdr. Mohd Syahiran Bin Muhammad
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan

Yang Dikasihi Seluruh Saf Pimpinan
Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIM Kelantan Sesi 2021-2022

Yang Dihargai Seluruh Penggerak dan Petugas
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM Kelantan Kali Ke-3

Yang Disayangi Seluruh Ahli Keluarga Besar Jemaah dan Agensi
WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Kelantan

Para Muktamiran dan Muktamirat

2

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Esa atas kurniaan hidayah serta
limpahan taufik-Nya, dapat kita bersua kembali dalam memastikan rukun jemaah yang ketiga
ini terlaksana dengan penuh rasa kerendahan hati dan tasyakkur. Buat kesekian kalinya,
medan muhasabah ini menjadi saksi bahawa pertautan hati kita bukanlah sekadar kiasan kata
semata, namun ianya adalah suatu manifestasi amanah kita yang realis terhadap kendera
gerakan ini serta perjuangannya. Moga-moga segala ungkapan kita yang tulus, tingkah laku
kita yang ikhlas serta penyaksian hati kita yang murni pada hari ini, menjadi asbab akan
keredhaan Allah S.W.T terhadap gerakan ini untuk terus kekal releven dan berjasa
menongkah arus masa.

22 Ogos 2020 menjadi suatu titik kebangkitan kembali gerakan pelajar di negeri Kelantan yang
dahulunya cukup gah memacu idealisme kepemudaan sehingga lahirnya ramai pemimpin
ummat yang berwibawa. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Negeri
Kelantan (PKPIM Kelantan) yang dahulunya dikenali dengan Persatuan Pembimbing Pelajar
Islam Kelantan (PPPIK) (awal penubuhan-1997), Persatuan Pembimbing Pelajar Islam
Kelantan (PPIK) (1998-2017) serta Kesatuan Pelajar Islam Kelantan (KPIK) (2018-2019) adalah
sebuah pembuktian rasa kebertanggungjawaban dan kecintaan para generasi terhadap
ummatnya.

PKPIM Kelantan adalah semangat juang baru yang dijelmakan oleh generasi kini dengan
mengangkat aspirasi kejayaan serta memartabat ambisi perjuangan para senior untuk
digarapkan bersama resistensi (kekuatan) pemikiran dan perancangan yang tepat dan
bersesuaian dengan suasana hari ini. Dapat kita ibaratkan bahawasanya PKPIM Kelantan
sebagai seorang bayi yang baru dilahirkan. Walaupun usianya baru sahaja menjengah 2 tahun,
namun ianya jelas memperlihatkan kita hasil didikan serta dokongan perjuangan yang lalu
menjadikan PKPIM Kelantan sebuah gerakan yang tebal prinsip serta inteleknya meskipun
masih nipis kantung kewangannya.

Medan muktamar ini seharusnya menjadi medan yang telus dan jujur dalam kita memastikan
agenda kelangsungan dakwah serta tarbiah PKPIM Kelantan yang menjadi teras utama
gerakan mengakar ke seluruh pelusuk negeri Kelantan tercinta. Gunakanlah medan ini dengan
sebaik mungkin agar kita memperoleh manfaat yang semaksimanya.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah mencipta pelbagai kebanggaan serta mengecapi
pelbagai kebanggaan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya,
kejayaan kita mengadakan Perkampungan Menara Gading Kelantan (PMGKEL) saban tahun
tanpa gagal serta mengangkat kembali medan suara mahasiswa serta belia melalui
penganjuran buat julung kalinya Kongres Mahasiswa Kelantan (KMK) pada tahun lalu.

Usaha-usaha besar yang kita rasakan kecil ini juga sebenarnya sentiasa diperhati serta diikut
rapat oleh pihak-pihak tertentu khususnya kerajaan dan pihak berwajib. Ini kerana, meskipun
kita hanyalah sebuah institusi pelajar yang masih baru, namun prinsip serta semangat
kecintaan kita terhadap negeri Kelantan ini menjadi agenda utama kita dalam memartabatkan
kembali suara serta kebangkitan pelajar, mahasiswa serta belia di bumi tanah serendah
sekebun bunga ini.

3

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Menghayati Semangat Hijrah Dan Kemerdekaan

Firman Allah S.W.T:

‫ِإن ٱل ِذين ءامنُوا وٱل ِذين هاج ُروا وج ٰـهدُوا ِفى سبِي ِل ٱّل ِل أُول ٰـٰٓئِك ي ْر ُجون ر ْحمت ٱّل ِل ۚ وٱّللُ غفُور ر ِحيم‬

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan
Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah (218)

Hijrah dan jihad mempunyai perkaitan yang cukup rapat. Hijrah diertikan sebagai sebuah
perubahan ataupun transisi berlandaskan keimanan kepada suatu keadaan yang lebih baik.
Jihad pula dapat kita fahami sebagai suatu pengabdian rasa kecintaan dalam meninggikan
kalimah tauhid meskipun dalam apa jua keadaan yang dilalui.

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, dapat kita lihat bahawasanya hijrah dan jihad
mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk memperoleh rahmat, pengampunan serta
kasih sayang Allah S.W.T. Dalam konteks kehidupan kini, ianya juga boleh kita ertikan sebagai
matlamat untuk mendapat suatu kebebasan ataupun kemerdekaan.

Dalam kita menyemangati patrotisme kemerdekaan negara yang ke-65 serta keghairahan
menyambut tahun baru hijrah yang ke-1444, kita baru-baru ini dipertontonkan dengan
sebuah filem yang cukup hebat sehingga mencipta satu fenomena “kebangkitan islam dan
melayu”. Ramai yang mula berkobar semangat juang tanah airnya, malah turut membuka
mata akan kepentingan menghayati kembali pengorbanan serta usaha jihad para pahlawan
terdahulu dalam mengangkat kedaulatan agama dan bangsa.

Namun, dalam masa yang sama juga harus kita tetapkan bersama bahawa setiap kebangkitan,
setiap misi perubahan atau setiap usaha pergerakan mesti bermatlamatkan halatuju yang
realistik serta releven yang dipandu oleh keimanan kuat dan budi yang luhur.

Hal ini selari dengan nasihat daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Mantan Ketua Ulama
Indonesia) pernah mengungkapkan bahawa; “Kemerdekaan suatu negara dapat dijamin
teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan suatu negara kalau
tidak berpengkalan kepada kekuatan iman dan budi, nescaya akan runtuh kemerdekaan itu
dari dalam.”

Suka untuk kita ingatkan bersama, bahawa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) secara umumnya serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan
Negeri Kelantan (PKPIM Kelantan) secara khususnya perlu sentiasa sedar bahawa nama Islam
yang dipikul bukanlah hanya semata untuk dijadikan ungkapan kemegahan, bahkan ianya
penuh dengan tanggungjawab dan amanah untuk dibuktikan melalui prilaku serta cara hidup
kita.

Oleh yang demikian, selaku aktivis gerakan PKPIM Kelantan amatlah wajar bagi kita untuk
sentiasa memperkukuhkan jihad kita ini dengan misi penghijrahan ummatik yang murni
berlandaskan keimanan yang utuh.

4

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Memperkukuh Sinergi Tarbiah Dan Kaderisasi

Matlamat sebuah penghijrahan dan misi kemerdekaan yang hakiki dalam konteks kandera
gerakan kita sudah tentu bertunjangkan tarbiah serta kaderisasi. Tarbiah dan kaderisasi
merupakan agenda yang sentiasa dan akan terus kita bicarakan. Tarbiah secara ringkasnya
adalah pendidikan, manakala kaderisasi adalah latihan. Mengikut Kamus Dewan oleh Dr.
Teuku Iskandar yang merupakan penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada
tahun 1970, pendidikan diertikan sebagai “kaedah memelihara atau menjaga dengan berhati-
hati”. Latihan pula dimaksudkan sebagai “pelajaran atau didikan untuk memahirkan”.

Berdasarkan dua pemaknaan tersebut, ianya memberikan kita sebuah gambaran yang lebih
jelas dan terperinci berkaitan pemahaman serta fungsi agenda tarbiah dan kaderisasi yang
sebenar. Proses tarbiah (memelihara) dan kaderisasi (latihan) hendaklah digarap sentiasa
bersesuaian dengan suasana serta generasi semasa.

Usaha pentarbiahan melalui penganjuran usrah serta usaha perkaderan melalui tamrin
adalah suatu usaha yang sentiasa releven. Ianya juga telah dibuktikan melalui kejayaan
penganjuran usrah dan tamrin secara virtual ketika kita menempuhi ujian perintah kawalan
pergerakan (PKP) sepanjang wabak COVID-19 yang melanda.

Walaubagaimanapun, kita juga sedar bahawa penganjuran secara virtual amat berbeza
suasananya berbanding fizikal. Kemanisan ukhuwahnya berbeza. Kefahaman isu
perbincangannya berbeza. Malah tidak dinafikan, fokus serta tumpuan ahli usrah dan peserta
tamrin juga berbeza. Akhirnya, hasilnya juga berbeza.

Kemudahan yang ada kini dalam menggerakkan usaha dakwah ini, seharusnya tidak
menenggelamkan kaedah terdahulu yang lebih berkesan dan utuh. Oleh yang demikian,
sinergi kaedah ataupun cara dalam penganjuran aktiviti tarbiah dan kaderisasi perlu
ditekankan dengan mengembalikan aktiviti solat berjemaah, membaca al-mathurat
berjemaah, makan berjemaah serta saling bertukar pandangan dengan aktif.

Firman Allah S.W.T:

‫و ُهو‬ ۖ ‫س ِبي ِل ِهۦ‬ ‫عن‬ ‫ضل‬ ‫بِمن‬ ‫أ ْعل ُم‬ ‫ُهو‬ ‫ربك‬ ‫ِإن‬ ۚ ‫أ ْحس ُن‬ ‫ِهى‬ ‫ِبٱلتِى‬ ‫وج ٰـ ِد ْل ُهم‬ ۖ ‫ٱ ْلحسن ِة‬ ‫وٱ ْلم ْو ِعظ ِة‬ ‫ِبٱ ْل ِح ْكم ِة‬ ‫إِلِبٱْٰلى ُم ْهستبِ ِديي ِلنر ِبك‬ ‫ٱ ْد ُع‬
‫أ ْعل ُم‬

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang
lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa
yang mendapat petunjuk.” Surah An-Nahl (125)

Kaedah berhikmah yang disertakan ajakan serta ajaran yang baik akan menatijahkan kader
yang rabbani dan syumul. Hal ini kerana pada masa kini dapat kita perhatikan andai suatu
kaderisasi itu berjaya, ianya hanyalah pada kuantiti bilangan sahaja. Amat sukar untuk kita
melihat kader yang berkualiti dalam aspek memahami matlamat gerakan serta untuk
mempraktikkan kefahaman itu dalam pergerakan organisasi. Secara tuntasnya, adalah
ditegaskan buat kesekian kalinya bahawa sinergi tarbiah dan kaderisasi wajib diperkukuhkan.

5

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Memperteguh Ukhuwah Sesama Jundiyah Dan Qiyadah

Setelah kita bicarakan soal pentarbiahan dan kaderisasi, adalah wajar kita menyentuh elemen
dakwah yang terpenting iaitu jundiyah dan qiyadah. Dalam satu kata pengantar yang
diterbitkan dalam buku kecil “Tarbiyah Qiyadah” karangan Syeikh Jasim Muhammad Muhalhil
Al-Yasin, ianya ada menyatakan erti jundiyah ialah orang-orang yang “diatur” manakala
qiyadah ialah orang-orang “mengatur”.

Dalam konteks gerakan kita ini, jundiyah lebih sinonim diertikan sebagai mereka yang
diberikan amanah sebagai pengikut manakala qiyadah ialah mereka yang diberikan amanah
untuk memimpin.

Saidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata; “Tiada Islam tanpa jemaah, dan jemaah tidak
akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan.”

Memimpin dan mentaati merupakan amanah yang dikendong oleh jundiyah serta qiyadah.
Ianya juga merupakan fitrah bagi kita selaku ahli gerakan. Jundiyah dan qiyadah mempunyai
fungsi yang amat penting dalam menggapai sebuah matlamat dan cita-cita gerakan. Sejarah
dan sirah juga membuktikan, kehancuran sebuah cita-cita bermula dengan keretakan sebuah
organisasi yang terdiri dari pemimpin dan pengikut.

Alhamdulillah, kita seharusnya bersyukur kerana dalam keluarga jemaah kita ini amat
menitikberatkan soal tanzim haraki (disiplin gerakan) sesama ahli dan pimpinan. Qiyadah
yang mampu memimpin dengan baik dan jundiyah yang yang thiqah (taat) akan pimpinannya
merupakan kunci kepada sesebuah kestabilan tanzim haraki di samping ciri-ciri lain iaitu saling
menolong sesama ahli, sistem pemikiran (fikrah), jiwa (roh), tamadun (thaqafi), haraki dan
amali yang baik serta perencanaan yang jelas.

Abu Musa Al-Asy’ari pernah berkata bahawa; “Sebuah majlis di mana aku duduk di sana,
Abdullah bin Mas’ud lebih menguatkan jiwaku daripada amal setahun.” Ungkapan ini
memperlihatkan kita akan bertapa pentingnya untuk sentiasa duduk bersama para pimpinan
dan ahli dalam mematangkan pandangan dan melahirkan kekuatan beramal.

Sedangkan gigi dan lidah lagikan tergigit, inikan pula sesama jundiyah dan qiyadah. Ujian di
dalam sesebuah gerakan tidak hanya sebatas dengan kesusahan mencari kewangan bagi
kemandirian persatuan, kepayahan mencetak kader melalui aktiviti mahupun program, atau
kesulitan membina jaringan perhubungan dengan pihak yang lebih berkuasa, ianya juga hadir
dalam kesukaran untuk memahami keadaan sesama jundiyah dan qiyadah.

Peringatan yang cukup jelas turut disampaikan oleh guru haraki kita iaitu Ustaz Datuk Haji
Yahya Haji Othman yang berbunyi; “Dalam perjuangan ini tidak kira kamu ialah qiyadah
mahupun sekadar jundi biasa, kamu tetap sama, yang membezakan kamu di mata Allah ialah
keikhlasan hati.”

Justeru, kesepaduan dan keteguhan ukhuwah sesame pimpinan dan ahli merupakan kunci
kepada kelangsungan serta kejayaan cita-cita murni gerakan ini. Jadilah kita, sebuah keluarga
yang sentiasa menerima kepelbagaian yang menyatu dan bukannya kesamaan yang meroboh.

6

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Menginsafi Makna Kata “Dari Kita Untuk Ummat”

Manifestasi keazaman sesuatu cita yang jelas di antara qiyadah dan jundiyah adalah suatu
kata yang diangkat menjadi sumpah keramat. “Dari Kita Untuk Ummat” adalah sebuah
penyataan prinsip serta ikrar para aktivis PKPIM Kelantan dalam memberdaya gerakan
ummatik ini.

Kata “dari” adalah tafsiran akan sebuah rasa kebertanggungjawaban yang sentiasa dirasakan.
Ianya juga adalah memberi maksud keberanian serta kepercayaan pada diri untuk
melaksanakan sebuah amanah yang telah disandarkan. “Kita” menggambarkan kebersamaan
dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah disandarkan itu. Secara khususnya, “kita”
memfokuskan kepada generasi syabab (belia) yang mempunyai semangat yang berkobar
serta kekuatan jasmani yang utuh. Ianya juga merupakan satu sahutan kepada fitrah
manusiawi selaku khalifah di muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T:

‫وإِ ْذ قال ر ّبُك ِل ْلملـٰٓ ِئك ِة إِ ِنى جا ِعل ِفى ٱ ْْل ْر ِض خ ِليفة ۖ قالُ ٰٓوا أت ْجع ُل فِيها من يُ ْف ِسدُ ِفيها وي ْس ِف ُك ٱل ِدمآٰء ون ْح ُن نُس ِب ُح بِح ْم ِدك‬
‫ونُق ِد ُس لك ۖ قال ِإنِ ٰٓى أ ْعل ُم ما ل ت ْعل ُمون‬

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak
dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan
nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Surah
Al-Baqarah (30)

Frasa “untuk” pula dimaksudkan sebagai haluan ataupun jalan yang akan ditempuh dalam
menggapai cita. Ianya menggambarkan bahawa kepentingan sesebuah perencanaan yang
dirancang mestilah jelas dan padat. Oleh yang demikian, “ummat” dapat kita fahami dengan
mudah sebagai suatu target ataupun matlamat yang hendak dituju.

Al-Fairuz Abadi pernah menukilkan di dalam bukunya yang bertajuk “Bashairu At-Tamyiz Fi
Luthaifi Al-Kitab Al-Aziz” bahawasanya; “Kata “ummat” secara etimologinya adalah
seseorang yang terkumpul pada dirinya nilai kebaikan”. Dapat kita nyatakan secara relitasinya
bahawa, “ummat” merupakan lubuk dalam kita menerapkan nilai-nilai sosial dan rohani yang
murni dalam menggapai keredhaan dari Allah S.W.T.

Ini selari dengan dengan hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

‫خ ْي ُر النا ِس أ ْنفعُ ُه ْم ِللنا ِس‬

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Hadis riwayat. Ahmad,
ath-Thabrani, ad-Daruqutni.

Intihannya, pemaknaan kata “Dari Kita Untuk Ummat’ ini harus disuburkan sebagaimana kata
“Hidup Biar Berjasa” dalam menggalakkan lagi usaha-usaha perbincangan yang konstruktif
serta pembugaran ideaslime yang membina.

7

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3

Membugar Generasi Ummatik: Bitara Untuk Berjasa
Generasi kita adalah penentu kepada masa hadapan yang mendatang. Pembentukan mereka
adalah berasaskan kerja serta pengorbanan kita pada hari ini. Menelusuri sesi muhasabah dan
pesan-pesan kita pada hari ini, moga-moga ianya dapat memberikan kita tambahan semangat
juang serta idea utama dalam penerusan usaha dakwah melalui kandera gerakan ini.
Hari ini, kita sering mendengar ungkapan, laungan bahkan sorakkan “bitara”. Ianya seolah
sudah sebati dalam perjuangan PKPIM umumnya dan PKPIM Kelantan khususnya. Oleh itu,
suka untuk kita nyatakan kembali bersama “3 Rumus Praktis Bitara” yang telah dibentangkan
oleh Sdr. Fazril Salleh (Mantan Presiden PKPIM Pusat) iaitu:

1. Menjadi kewajiban buat anak-anak perjuangan untuk menghadirkan diri dalam
gerakan dengan akal-budi yang murni dan jiwa-nurani yang ikhlas.

2. Menjadi kemestian yang sesungguhnya bagi anak-anak perjuangan untuk memahami
dan menghadami paradigm keagamaan yang jitu dan wawasan perjuangan yang
berkemajuan.

3. Menjadi suatu kesedaran yang jelas bagi anak-anak perjuangan untuk membangun
agenda kecemerlangan dengan ditandai oleh keterampilan dan konsistensi.

Khatimahnya, kita bukanlah pemula kepada gerakan ini. Bahkan para senior kita juga
bukanlah pemula kepada perjuangan ini. Ia adalah merupakan suatu amanah dan sambungan
perjuangan yang telah dimulakan oleh para rasul terdahulu. Hakikatnya, pembugaran
generasi ummatik adalah suatu penerusan perjuangan yang hanya akan terhenti pabila
tertiupnya sangkakala. Selagi hayat dikandung badan, selagi nafas menyambung nyawa maka
menjadi kewajiban kita untuk meruskan legasi perjuangan ini.
Moga kita semua dikurniakan kekuatan dan keredhaan Allah S.W.T agar terus bitara untuk
berjasa. Aamiin. Selamat bermuktamar, salam perjuangan, terus bitara, terus berjasa. Hidup
Biar Berjasa. Dari Kita Untuk Ummat.

8

MEMBUGAR GENERASI UMMATIK:BITARA UNTUK BERJASA| MPATKEL3
Rujukan
Fazril Salleh, Ucapan Dasar MPAT PKPIM Ke-55: Paradigma Islah & Kesedaran Kepemudaan;
Melestari Generasi Bitara Dalam Keteguhan Gerakan (PKPIM, 2016)
Hasri Harun, Dakwah Dalam Konteks Tanzim Haraki (WADAH, 2018)
Jasim Muhammad Muhalhil Al-Yasin, Tarbiyah Qiyadah (Pustaka Nawaitu, 2005)
Mohd. Jamil Mukmin, Latihan Dan Pendidikan Untuk Belia, Koleksi PKPIM Simposium
Pendidikan Islam (PKPIM, 1979)
MD.Sidin Ahmad Ishak, Pemikiran Dan Perjuangan HAMKA, (ABIM, 2018)

9


Click to View FlipBook Version