The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazirul Hazeim, 2023-01-11 22:15:17

TARIAN GAMELAN

TARIAN GAMELAN

TARIAN
GAMELAN


DIHASILKAN OLEH



1, ABDUL GAPAR BIN MAIDIN

(295999)



2. ROSLITAH BINTI MADUSAH
(296245)



3. NAZIRUL HAZEIM BIN ADAM
MALIK (296215)






DISEDIAKAN UNTUK :




DR. SITI ALWALIYYAH BINTI

MANSOR


ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

PENGENALAN 1-2
OBJEKTIF KAJIAN 3

METODOLOGI KAJIAN 4
ISI-ISI UTAMA 5-10
KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12


Pengenalan

Tarian gamelan merupakan salah satu

warisan tidak ketara negara Malaysia.Ia

adalah tarian istana yang kemudiannya

dipersembahkan kepada umum. Tarian

gamelan dikatakan berasal daripa
da

istana kerajaan zaman Riau- Lingga

pada abad ke-17.


Gamelan diambil daripada perkataan

'gamel' yang berasal dari Jawa. Ga
mel

bermaksud 'pukul' atau 'tabuh' yang
sinonim dengan peralatan muzik gamelan
yang dimainkan secara pukulan. Gamelan
terdiri daripada himpunan instrumen
muzik seperti metalofon, gambang, dan
gong. Instrumen muzik boleh dijumpai di
Kepulauan Jawa, Madura, Bali dan
Lombok, serta sebahagian besar
Semenanjung Malaysia.


 Warisan tidak ketara merujuk kepada

peninggalan peradaban yang terdapat di sesuatu
tempat sama ada dari segi amalan, ungkapan,
peralatan, kemahiran, perwakilan artifak dan
ruang budaya yang perlu dinilai terlebih dahulu
oleh pihak United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization (UNESCO) bagi
melayakkan ia diiktiraf sebagai warisan sesebuah
negara.

1


Setelah memenangi Perang Saudara Pada tahun 1811, tarian gamelan
Pahang (1857-1863), Sultan Ahmad al- dipersembahkan buat kali pertama di
Mu’azzam Shah telah ditabalkan Pekan, Pahang. Ia dipersembahkan untuk
sebagai Sultan Pahang menggantikan meraikan perkahwinan Tengku Hussain,
abang baginda, Tun Mutahir yang putera Sultan Abdul Rahman dari Lingga
tewas dalam peperangan tersebut. dengan Wan Esah, adinda Raja Bendahara
Ali, Negeri Pahang.
Baginda memberi sokongan terhadap
kumpulan tarian gamelan di negeri

Pahang. Tarian gamelan dikenali

sebagai Joget Pahang oleh masyakat
Pahang. Terdapat 3 kumpulan tarian Sultan Ahmad al-
gamelan yang diwujudkan sepanjang Mu'azzam Shah
era pemerintahan Sultan Ahmad. bersama
Ketiga-tiga kumpulan tersebut berada hulubalang
di bawah tunjuk ajar Tengku Ampuan
Fatimah, Cik Besar, dan Cik Zubaidah. Joget Pahang

TAHUKAH ANDA ?

Tarian gamelan Melayu dan Jawa
mempunyai banyak perbezaan. Ia
merangkumi aspek asal-usul, fungsi, alat
muzik, melodi/tona, pengaruh agama dan
tradisi persembahan.

Tengku Ampuan Fatimah

2


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini diijalankan berdasarkan 3 objektif kajian yang
telah ditetapkan oleh pengkaji. Antaranya ialah :




1 Mengkaji latar belakang t
arian gamelan terdapat di
Malaysia.

2 Mengumpul maklumat tentang gerakan-gerakan
dalam tarian gamelan serta memahami maksud

setiap gerakan tersebut.

Mengkaji pengelibatan tarian gamelan dalam
3 istiadat atau ritual masyarakat nusantara

khususnya kaum Melayu

3


Kaedah dan teknik mengumpul dan

METODOLOGI menganalisis data bagi memperoleh
KAJIAN
- data untuk menghasilkan bukti yang
boleh menyokong sesuatu kajian.
Pengkaji telah menggunakan kaedah

kepustakaan sepenuhnya untuk

dmigeum
npaekraonledhalasmumkabjeiarn maklumat yang
ini.

KAEDAH KEPUSTAKAAN



Menjalankan pembacaan buku,risalah,jurnal,majalah atau bahan
bacaan yang mengandungi maklumat berkaitan dengan tajuk
kajian.

Mengakses bahan bacaan digital seperti e-book, e-journal, blog
pendidikan melalui laman sesawang online.

(bahan bacaan fizikal) (bahan bacaan digital)

4


LATAR BELAKANG TARIAN GAMELAN

Keruntuhan kerajaan Riau-Lingga selepas berlaku
penjajahan Belanda pada tahun 1912 dan
kemangkatan Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah pada
tahun 1914 menyebabkan tarian gamelan tidak lagi
dipersembahkan di kedua-dua kerajaan pada masa
tersebut.

Namun, tarian gamelan telah diselamatkan oleh Tengku Tengku Ampuan Mariam & Sultan Sulaiman
Ampuan Mariam, puteri bongsu Sultan Ahmad. Beliau
adalah seorang penari tarian gamelan yang handal.

Setelah berkahwin dengan Tengku Sulaiman, Tengku
Ampuan telah membawa tarian gamelan ke negeri


Terengganu. Usaha Tengku Ampuan membuahkan hasil

yang memberangkan. Hal ini kerana Tengku Sulaiman
juga meminati tarian gamelan. Beliau bahkan telah


membeli perlengkapan alat muzik gamelan yang baharu

untuk digunakan oleh kumpulan tarian gamelan. Selain
itu, Tengku Sulaiman turut memberi kebenaran untuk
kumpulan tarian gamelan menjalankan tarian.

Tengku Sulaiman telah menaiki takhta kesultanan Sultan Sulaiman
Terengganu pada tahun 1920. Setelah itu, baginda telah
memperkenankan tarian gamelan untuk Tarian gamelan adalah sebuah
penceritaan mengenai Raden Galoh

dipersembahkan di Istana Maziah. Walaupun tuanku Cindera Kirana dan Raden Inu
Kertapati. Selain itu, gerakan Timang
sultan mangkat pada tahun 1942, tarian gamelan kekal di Burung dan Lambang Sari
negeri Terengganu sehingga hari ini. menceritakan tentang kisah Nabi
Ibrahim. Menurut Tengku Ampuan

Mariam, beliau telah mengajar

sebanyak 77 gerakan tarian gamelan.
Kini, hanya tinggal 33 gerakan tarian
Istana Maziah gamelan dalam repertoire ( cerita,
muzik, nyanyian untuk dipersembahkan
kepada orang ramai) gamelan.

5


Antara nama Kebiasaannya, kumpulan tarian gamelan terdiri oleh wanita-
gerakan yang wanita muda. Mereka akan mempersembahkan tarian tersebut
terdapat dalam secara ekslusif atau umum.
tarian gamelan
ialah Timang Tarian gamelan pada zaman dahulu akan dipersembahkan di
Burung, Ayak- hadapan sultan/raja dan kerabat-kerabat bangsawan istana.
ayak, Lambang Tarian ini akan diiringi alunan melodi khas gamelan.
Sari, Ketam
Renjung, Geliung, Kini, tarian gamelan dipersembahkan untuk tontonan umum
Antawarda, masyarakat. Tarian ini juga boleh ditonton di saluran media
Selangkah massa dan elektronik.
Tunggal, Baba
Layar, Gondang
Melati, Hujan
Kunang-kunang
Maboki, Tawanm
Rangun-rangunm
Rangda Mangun,
Serama (Sri Rama)
Balik, Galoh
Merajuk, Inu
Ngantuk,
Ramanggong,
Arak-arak Silatin,
Lolo, dan Monab.

Busana penari Busana penari korus pula akan seragam dengan
utama tarian penari korus yang lain. Warna busana pula akan
gamelan berbeza dengan warna busana penari utama.
akan diperbuat
daripada kain
songket dan
aksesori yang
berlainan daripada
penari korus

6


GERAKAN-GERAKAN YANG DILAKUKAN DALAM TARIAN GAMELAN

Tarian gamelan terdiri Terdapat empat jenis pergerakan tarian dalam tarian
daripada pelbagai jenis gerak gamelan iaitu posisi dan pergerakan tangan, posisi dan
tari yang akan ditarikan pergerakan kaki, pergerakan kepala serta pergerakan
secara lemah-gemalai bagi badan,
menyerlahkan keanggunan
dan keayuan para penari.

Oleh itu, tarian gamelan
dahulunya hanya
mengkehendaki wanita
sahaja sebagai penari
sebelum ia turut disertai oleh
penari lelaki pada masa kini.

1. Tangan : Lentik atau Petaka. 2. Tangan : Ngiting Lentik/Petaka
-semasa berada dalam posisi ini, Ngiting
penari akan memastikan jari mereka -penari akan memposisikan jari mereka Nyampuri
dalam keadaan terbuka dan saling menyerupai sepit ketam iaitu
rapat antara satu sama lain serta mencondongkan jari ketiga dan keempat
menghadap ke hadapan. ke hadapan manakala ibu jari pula
bersentuhan dengan jari telunjuk.
3. Tangan : Nyampuri
4. Tangan : Ngpal
- jari telunjuk penari akan bertemu
dengan hujung ibu jari, manakala - posisi tangan membentuk separuh
jari ketiga dan jari keempat sedikit penumbuk, manakala ibu jari tangan
dibengkokkan selaras dengan tapak akan diletakkan di bawah jari
tangan. tangan pertama.

5. Tangan : Simha Mukha 6. Tangan : Hamsasya
-penari haruslah memposisikan
tapak tangan mereka agar -jari pertama dan jari kedua beserta
menghadap ke hadapan. Manakala ibu jari saling menyentuh hujung jari
jari pertama dan jari keempat pula antara satu sama lain, manakala jari
dalam keadaan tegak manakala jari ketiga dan keempat pula akan
kedua dan ketiga akan berada dalam keadaan lurus serta
dibengkokkan dan menyentuh ibu menunjuk ke atas.
jari

7


7. Kaki : Geser (heel-toe) 8. Kaki : Trisik atau jalan berjengket

-kedua kaki penari akan dibuka pada sudut 45 -Seperti namanya, gerakan ini hanya
darjah dengan keadaan tumit saling memerlukan penari untu bergerak dengan
bersentuhan. Tumit kiri akan digerakkan ke tepi menjengketkan kaki mereka.
secara bersama dengan bahagian hadapan kaki,
dan menjadikan bentuk ‘V’ terbalik.

Gerakan Geser Gerakan Trisik

9. Badan : Campak lenggang sambut gong 10. Badan : Campak lenggang betul

-penari akan meletakkan tangan kiri di dada -Dalam posisi petaka tepi, penari akan
dengan keadaan kaki dibengkokkan sedikit, meletakkan tangan kirinya agar selaras dengan
kemudian penari akan mengayunkan tangan perut manakala tangan kanan kanan dan badan
kanannya ke tepi dan mengilas ke petaka tepi.
Selepas itu, penari akan menggerakkan tangan
pula akan sedikit menghadap ke kanan. Beban
kanan ke hadapan dengan keadaan sedikit daya penari akan ditampung keseluruhan oleh
condong ke bawah. kaki kiri dan meluruskan tapak kaki kanannya.
Setelah itu, posisi badannya akan digerakkan ke
sebelah kanan dan meletakkan tangan kanannya
di pinggang, dan akan kembali menurunkan
tapak kakinya seterusnya kembali menghadap
ke hadapan.

11. Badan : Campak lenggang melayah

-penari akan mundur satu langkah ke

belakang dan memutar tubuhnya. Penari
akan mengerakkan tangannya sejauh
mungkin ke kanan. Dalam masa yang sama,
tumit kaki kiri diangkat dan kedua kaki
dibengkokkan dan penari akan melakukan
hayunan tangan.

Gerakan Badan

8


12. Kepala : Campak campak sambut gong

-penari hendaklah menggerakkan kepala
mereka dengan melakukan pergerakan utama
kepala dari tepi, dan didongakkan sedikit
apabila kaki digerakkan.








(Contoh Gerakan Tarian Gamelan)







9


Pengelibatan tarian gamelan dalam istiadat atau ritual
masyarakat nusantara khususnya kaum Melayu

Sambutan Khas Istana

-Tarian gamelan dahulu dipersembahkan untuk


meraikan kedatangan tetamu bangsawan di istana.


Penari- penari gamelan akan menari untuk

menghibur para tetamu sultan yang seperti
golongan pemerintah, rakan perdagangan & wakil
empayar seperti kerajaan Majapahit, Sriwijaya dan
China.

Sambutan Majlis Perkahwinan Orang Melayu

-Tarian gamelan turut ditarikan di dalam



sambutan majlis perkahwinan orang Melayu
bagi menghiburkan "raja sehari" yang diraikan.

Pertunjukkan Budaya

-Tarian gamelan akan ditayangkan di audiotorium
atau secara langsung melalui kaca televisyen.
Penyiaran biasanya dilakukan oleh Kementerian
Kebudayaan bagi mempromosikan warisan negara
Malaysia ke seantero dunia.




Sambutan Anugerah Kecemerlangan

-Persembahan tarian gamelan diadakan bagi


menyambut pelajar yang berjaya mencapai

kecemerlangan akademik sekaligus menghiburkan
hadirin di dalam sambutan tersebut.

Kelab/Persatuan


Menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan
medium pencarian bakat di dalam
generasi muda.

10


KESIMPULAN

Tarian Gamelan merupakan sebuah tarian yang amat sinonim dengan
masyarakat Malaysia. Tarian ini menjadi simbolik kelembutan, kesantunan,
dan kesopanan orang-orang Melayu . Tarian gamelan mempunyai pelbagai
gerakan yang menarik. Tarian gamelan juga sesuai dijadikan sebagai hiburan
atau persembahan dalam acara sambutan tertentu. Ia merupakan warisan
tak ketara Malaysia yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi khususnya
di dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Oleh itu, tarian gamelan mestilah dipelihara agar ia tidak ditelan zaman
memandangkan negara kita kini semakin berkembang dengan pesat dek
merentas arus kemodenan. Peranan utama pihak berautoriti seperti
Kementerian Kebudayaan adalah dengan mempertingkatkan usaha untuk
memelihara tarian gamelan melalui mempromosikan tarian ini sebagai aset
budaya rantau ASEAN. Selain itu, peranan masyarakat khususnya gen Z
hendaklah berusaha untuk mempelajari tarian gamelan supaya ia mampu
diwariskan kepada generasi masa depan.




11


6.0 RUJUKAN

1.Elfamisa Teda. (2014). Gamelan Melayu & Gamelan
Jawa.
http://gamelancendanasarijmm.blogspot.com/p/sejarah.ht
ml. (diakses pada 27 November 2022)

2. Haji Ahmad Omar. (2005). Joget Gamelan Terengganu &
Pahang. Malaysia : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia

3. Harun Mat Piah, Siti Zainon Ismail. (1986) Lambang Seri :
Tarian Gamelan Terengganu . Malaysia : Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Terengganu

4. Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu.
Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Mubin Sheppard. (1983) Taman Saujana: Dance, Drama,
Music and Magic in Malaya Long and Not-So-Long-Ago.
Malaysia : IBSN Buku Sdn.Bhd

12


Click to View FlipBook Version