The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Balkis Azman, 2020-06-20 14:08:29

MANUAL PKP

MANUAL PKP

PROSEDUR OPERASI 2020
STANDARD (SOP)

BUKA
PERSEKOLAHAN

PASCA PKP

SMK PUNCAK ALAM

42300 PUNCAK ALAM, SELANGOR

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID—19
BUKA SEKOLAH PASCA PKPP

ISI KANDUNGAN 1.0 SOP PERGERAKAN MURID 8.0 SOP DI PUSAT SUMBER
1.1 Peraturan 8.1 Peraturan
1.2 Pelan Lantai Pagar 8.2 Pelan Lantai
1.3 Pelan Lantai Foyer 8.3 Carta Alir
1.4 Pelan Lantai Laluan Murid 8.4 Gambar
1.5 Carta Alir
1.6 Gambar 9.0 SOP DI BILIK SENI
9.1 Peraturan
2.0 SOP DI DALAM KELAS 9.2 Pelan Lantai
2.1 Peraturan 9.3 Carta Alir
2.2 Pelan Lantai Ting 5 9.4 Gambar
2.3 Carta Alir
2.4 Gambar 10.0 SOP DI BILIK GURU
10.1 Peraturan
3.0 SOP DI TANDAS 10.2 Pelan Lantai
3.1 Peraturan 10.3 Carta Alir
3.2 Pelan Lantai
3.3 Carta Alir 11.0 SOP DI PEJABAT
3.4 Gambar 11.1 Peraturan
11.2 Pelan Lantai
4.0 SOP DI KANTIN 11.3 Carta Alir
4.1 Peraturan 11.4 Gambar
4.2 Pelan Lantai
4.3 Carta Alir
4.4 Gambar

5.0 SOP DI MAKMAL SAINS
5.1 Peraturan
5.2 Pelan Lantai
5.3 Carta Alir
5.4 Gambar

6.0 SOP DI MAKMAL KOMPUTER
6.1 Peraturan
6.2 Pelan Lantai
6.3 Carta Alir
6.4 Gambar

7.0 SOP DI BENGKEL RBT
7.1 Peraturan
7.2 Pelan Lantai

1.0
SOP PERGERAKAN MURID

1.1 PERATURAN

DI PAGAR, FOYER & KE KELAS

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI PAGAR DAN FOYER SEKOLAH
A. LALUAN MASUK MURID

1. Murid perempuan akan masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar kecil di koperasi
dan berjalan mengikut laluan terarah yang telah ditetapkan. Jarak antara murid mestilah 1m
mengikut penandaan yang dibuat.

2. Pintu pagar kecil sebelah kiri di parkir motor adalah laluan parkir motor manakala pintu pagar kecil
sebelah kanan di parkir motor adalah laluan terarah murid lelaki sahaja.

3. Murid lelaki akan masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar kecil di parkir motosikal
(bersebelahan pondok pengawal). Murid dikehendaki berjalan dan beratur mengikut laluan yang
telah ditetapkan. Jarak murid mestilah 1m antara satu sama lain.

B. DI FOYER
1. Guru bertugas akan mengambil suhu badan murid mengikut kaunter kelas masing-masing. Murid
yang suhu badannya 37.5 0C ke atas akan diminta rehat sebentar sebelum suhu diambil sekali lagi.
Jika suhu masih mencatatkan 37.5 0C ke atas, murid tersebut akan diletakkan di Bilik Isolasi dan
waris akan dihubungi bagi mengambil pulang anak mereka. Waris perlu mendapatkan rawatan
serta merta di klinik kesihatan berdekatan.
2. Murid dan guru dikehendaki memakai ‘face mask’ setiap hari sebelum masuk ke kawasan sekolah.
3. Guru yang tidak bertugas dikehendaki beratur di laluan guru untuk pengambilan suhu badan
selepas ‘thumb print’.
4. Murid dan guru perlu mencuci tangan dengan menggunakan ‘hand sanitizer’ yang disediakan di
kaunter pengambilan suhu badan.
5. Guru bertugas akan mencatatkan suhu badan murid dan guru di dalam borang senarai nama yang
disediakan.
6. Murid akan terus mengikut laluan terarah yang telah ditetapkan ke kelas masing-masing bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jarak 1m antara murid perlu dikekalkan sepanjang laluan ke kelas.
7. Tiada perhimpunan diadakan sepanjang sesi persekolahan.

*Bagi murid yang hadir awal ke sekolah (sebelum pukul 7.00 pagi), mereka perlu masuk terus ke
dalam kawasan sekolah mengikut laluan yang ditetapkan dan duduk di dataran perhimpunan mengikut
tandaan hijau yang telah dibuat. Pengambilan suhu badan akan bermula pada pukul 7.00 pagi.

1

1.2 PELAN LANTAIPERGERAKAN MURID DI PAGAR

2

1.3 PELAN LANTAIPERGERAKAN DI ARAS BAWAH

3

1.4 PELAN LANTAIPERGERAKAN DI TINGKAT SATU

4

PERGERAKAN DI TINGKAT DUA 1.5 PELAN LANTAI

6

1.6 CARTA ALIR

DI PAGAR, FOYER & KE KELAS

6

1.7 GAMBAR

LALUAN PERGERAKAN MURID

7

2.0
SOP DI DALAM KELAS

2.1 PERATURAN

DI DALAM KELAS

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID -19
DI DALAM BILIK DARJAH

1. Memastikan MURID telah melalui saringan suhu badan di foyer sebelum masuk ke bilik
darjah.

2. Murid digalakkan sentiasa memakai topeng muka.
3. Mencuci tangan dengan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk ke bilik darjah.
4. Masuk melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang bilik darjah.
5. Mencuci tangan dengan ‘hand sanitizer’ jika menyentuh suis lampu, kipas dan tombol

pintu.
6. Penjarakan sosial 1 meter di antara murid .
7. Duduk di tempat masing-masing. Murid tidak dibenarkan bertukar tempat duduk.
8. Mengelap meja masing-masing menggunakan cecair pencuci yang disediakan setiap

kali masuk ke dalam bilik darjah.
9. Murid diwajibkan duduk di tempat sendiri di dalam bilik darjah pada waktu rehat.
10. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran bilik darjah,
11. Membuang sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan.
12. Semua aktiviti bilik darjah perlu dilaksanakan secara individu.

2.2 PELAN LANTAI

DI DALAM KELAS TING 5

2.3 CARTA ALIR

DI DALAM KELAS

CARTA ALIR PEMATUHAN MURID DALAM BILIK DARJAH

MURID dan guru telah melakukan saringan suhu badan sebelum masuk ke
dalam bilik darjah

Masuk ke dalam bilik darjah menggunakan pintu hadapan dan keluar melalui
pintu belakang

Murid duduk di tempat masing-masing mengikut pelan tempat duduk yang te-
lah ditetapkan

Penjarakan sosial antara murid 1 meter

Aktiviti belajar secara individu

2.4 GAMBAR

DI DALAM KELAS

Alir masuk murid mengikut
anak panah HIJAU

Alir keluar murid mengikut
anak panah MERAH

Pelan Kelas, Senarai nama murid
dan SOP Langkah pencegahan
covid 19 di dalam bilik darjah telah
di tampal pada papan kenyatan.

Pita Keselamatan dipasang pada Meja dan kerusi disusun mengi-
kerusi dan meja lebih di dalam kut penjarakan soaial 1 meter

bilik darjah.

3.0
SOP DI TANDAS

3.1 PERATURAN

DI TANDAS

PERATURAN DI DALAM BILIK DAMAI

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19
DI DALAM BILIK DAMAI

1. Hanya 3 orang dibenarkan berada di dalam bilik damai pada satu-satu
masa.

2. MURID-MURID dikehendaki menunggu giliran di luar bilik damai, dan
berdiri di tepi koridor dalam penjarakan sosial 1 meter. Sila beratur di
garisan kuning yang telah disediakan.

3. MURID diminta agar tidak terlalu lama berada di dalam bilik damai. Beri
peluang kawan- kawan lain menggunakan bilik damai.

4. Cuci dan bersihkan tangan sebelum dan selepas menggunakan bilik
damai.

5. MURID dikehendaki terus balik ke kelas. Elakkan berbual-bual dengan
rakan yang dikenali. Digalakkan memberi salam di antara satu sama lain
dalam keadaan bertopeng muka.

3.2 PELAN LANTAI DI TANDAS

3.3 CARTA ALIR

DI TANDAS

3.4 GAMBAR

DI TANDAS

4.0
SOP DI KANTIN

4.1 PERATURAN

DI KANTIN

SOP OPERASI KANTIN SMKPA PASCA PKPP.

1. Kantin akan mula dibuka seawal jam 7 pagi.
2. Dua menu akan disediakan untuk MURID setiap hari. Senarai menu beserta harga akan ditampal

di setiap kelas.Hanya air mineral yang akan dijual kepada MURID.
3. Guru bertugas akan mengambil pesanan makanan/minuman beserta bayaran pada setiap pagi

dan pada waktu rehat.
4. MURID tidak dibenarkan ke kantin tanpa kebenaran guru bertugas.
5. Hanya dibenarkan dua orang MURID ke kantin untuk mengambil makanan/minuman pada waktu

rehat.
6. MURID perlu mengikut laluan yang telah disediakan untuk ke kantin.
7. Makanan akan siap dibungkus mengikut jumlah pesanan dan diletakkan di atas meja luar mengi-

kut label kelas masing- masing.
8. MURID akan makan di kelas masing-masing.
9. Guru dibenarkan makan di kantin pada bila-bila masa.
10. Ruang makan guru di bilik makan hanya untuk guru mengambil makanan sahaja.
11. Guru dibenarkan makan di ruang makan MURID yang telah ditanda jarak.
12. Hanya 5 orang guru dibenarkn untuk mengambil makanan pada satu-satu masa.
13. Beratur sekurang- kurangnya dalam jarak satu meter ketika membuat bayaran atau memesan

makanan di kaunter.
14. Guru hendaklah mengikut laluan yang telah di label untuk ke kantin.
15. Pembungkus makanan/sisa makanan MURID di kelas hendaklah dimasukkan ke dalam plastik

sampah yang dibekalkan oleh pihak kantin. Dua orang MURID bertugas akan membuangnya di
rumah sampah.

4.2 PELAN LANTAI DI KANTIN

4.3 CARTA ALIR

DI KANTIN

CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DI KANTIN

4.4 GAMBAR

DI KANTIN

5.0
SOP DI MAKMAL SAINS

5.1 PERATURAN

DI MAKMAL SAINS

SOP DI MAKMAL SAINS

PERATURAN

1. Beratur dalam jarak 1meter antara satu sama lain semasa di luar makmal(ketika guru
tiada di dalam makmal

2. Sanitasi tangan di pintu masuk sebelum masuk ke makmal dan terus bergerak ke da-
lam makmal

3. Menggunakan pelitup mulut dan hidung (face mask) pada setiap masa
4. Dilarang duduk tempat yang bertanda “X” .
5. Semasa melakukan eksperimen pastikan jarak 1 meter di patuhi pada setiap masa
6. Mematuhi semua peraturan makmal dan langkah-langkah keselamatan di dalam

makmal sedia ada

PERGERAKAN

1. MURID hendaklah berbaris di luar makmal sebelum masuk ke makmal mengikut gar-
isan jarak 1 meter yang disediakan

2. MURID masuk mengikut anak panah “masuk” seperti yang disediakan.
3. MURID duduk di kerusi yang telah disediakan.
4. Setiap meja makmal hanya dibenarkan 2 orang MURID.
5. Kerusi yang disediakan tidak boleh dialihkan .
6. Setelah selesai kelas, MURID hendaklah keluar mengikut anak panah “keluar” seperti

yang disediakan.
7. MURID keluar mengikut pintu yang ditanda “keluar” sahaja.

5.2 PELAN LANTAI

DI MAKMAL SAINS TULEN

5.3 PELAN LANTAI

DI MAKMAL SAINS TERAS

5.4 CARTA ALIR

DI MAKMAL SAINS

5.5 GAMBAR

DI MAKMAL SAINS

MURID BERBARIS DI LUAR MAKMAL ZON SANITASI DI PINTU MASUK MAKMAL LALUAN MASUK KE MAKMAL

LALUAN KELUAR DAN MASUK PENJARAKAN MURID DAN MEJA GURU TEMPAT DUDUK MURID DI MAKMAL

LALUAN KELUAR ARAH LALUAN KELUAR DARI MAKMAL

6.0
SOP DI MAKMAL KOMPUTER

6.1 PERATURAN

DI MAKMAL KOMPUTER

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID – 19
DI MAKMAL KOMPUTER

PERATURAN
1. Semua murid yang akan masuk ke makmal komputer telah melepasi pemeriksaan

suhu badan di pintu masuk utama sekolah.
2. Murid yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka (face mask).
3. Murid digalakkan sentiasa memakai pelitup muka (face mask).
4. Murid perlulah sentiasa menjaga kebersihan tangan, kerap membasuh tangan atau

menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer)
5. Satu meja untuk mencuci tangan menggunakan hand sanitizer disediakan di pintu

masuk ke makmal komputer.

PERGERAKAN
1. Murid hendaklan berbaris di luar makmal komputer sebelum masuk ke makmal komputer

mengikut garisan jarak 1m yang disediakan.
2. MURID masuk mengikut anak panah ‘in’ (berwarna merah).
3. Murid duduk di kerusi yang telah ditanda dengan tape kuning sahaja.
4. Hanya dibenarkan jumlah maksima seramai 18 orang murid berada dalam makmal

komputer untuk satu tempoh masa dan setiap barisan meja hanya dibenarkan 4 orang
murid sahaja.
5. Kerusi yang disediakan tidak boleh dialihkan.
6. Setelah selesai tugasan, murid hendaklah keluar mengikut anak panah ‘out’ (berwarna
kuning).
7. Murid keluar mengikut laluan sebelah kiri pintu yang ditanda ‘out’ sahaja.

DI MAKMAL KOMPUTER 1

6.2 PELAN LANTAI

DI MAKMAL KOMPUTER 2

6.3 PELAN LANTAI

6.4 CARTA ALIR

DI MAKMAL KOMPUTER

6.5 GAMBAR

DI MAKMAL KOMPUTER

Laluan murid

Penunjuk arah masuk dan keluar
di dalam makmal komputer.

Tanda X menunjukkan bahagian

meja yang perlu dikosongkan.

Murid hanya duduk di tempat
yang telah ditetapakn

7.0
SOP DI BENGKEL RBT

7.1 PERATURAN

DI BENGKEL RBT

SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID 19
SEMASA PDPC DI BENGKEL RBT

1. Penjarakkan sosial 1m antara MURID di dalam bengkel
2. MURID beratur untuk masuk bengkel dengan jarak 1m
3. Mencuci tangan dengan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk ke bengkel
4. Masuk dan keluar bengkel mengikut arah panah yang ditanda di

lantai bengkel
5. Duduk di tempat duduk masing-masing. MURID tidak dibenarkan

mengubah kedudukan
6. Semua aktiviti secara individu
7. MURID tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan bengkel selesai

Pdpc
8. MURID tidak dibenarkan masuk ke bilik guru Dahlia

7.2 PELAN LANTAI DI BENGKEL RBT

7.3 CARTA ALIR

DI BENGKEL RBT

7.4 GAMBAR

DI BENGKEL RBT

ANAK PANAH ARAH LALUAN KAWASAN LARANGAN KAWASAN LARANGAN
MURID

PENJARAKAN SEMASA MEJA MURID
MENUNGGU MASUK

PENJARAKAN DENGAN 1 MEJA SEORANG

8.0
SOP DI PUSAT SUMBER

8.1 PERATURAN

DI PUSAT SUMBER

PERATURAN PUSAT SUMBER

1. Pelajar hanya dibenarkan masuk pada waktu rehat sahaja
2. Hanya 20 orang pelajar sahaja boleh berada di dalam Pusat Sumber pada satu-

satu masa
3. Semua pelajar wajib membersihkan tangan dengan menggunakan hand sanitizer

yang disediakan
4. Pelajar hendaklah beratur mengikut garisan yang telah ditetapkan
5. Setiap pelajar wajib mencatat nama penuh, tingkatan serta mencatat nombor

meja yang digunakan bagi tujuan sanitasi selepas penggunaan
6. Semua pelajar diingatkan agar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan

dalam usaha membendung Covid 19

#STAY SAFE
#KITA JAGA KITA

8.2 PELAN LANTAI

DI PUSAT SUMBER

8.3 CARTA ALIR

DI PUSAT SUMBER

8.4 GAMBAR

DI PUSAT SUMBER

9.0
SOP DI BILIK SENI

9.1 PERATURAN

DI BILIK SENI

PERATURAN DI BILIK AURORA 1

1. SILA DUDUK DITEMPAT YANG DIBENARKAN / DITANDAKAN SAHAJA.
2. MURID TIDAK DIBENARKAN MENGUBAH KEDUDUKAN KERUSI YANG ASAL.
3. AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL 1 METER PADA SETIAP MASA.
4. MURID AKAN DIPANTAU DAN DIBIMBING OLEH GURU SECARA INDIVIDU

MENGIKUT GILIRAN.
5. MURID DIMINTA MELETAKKAN SEMULA SEGALA PERALATAN DITEMPAT ASAL

SETELAH DIGUNAKAN.
6. GUNAKAN HAND SINITIZER YANG DISEDIAKAN.
7. MURID PERLU MEMINTA KEBENARAN UNTUK BERGERAK DARI TEMPAT

DUDUK KE TEMPAT LAIN SEKIRANYA PERLU .

9.2 PELAN LANTAI

DI BILIK SENI


Click to View FlipBook Version