The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Elziera, 2022-05-10 01:17:04

TEKS UCAPAN MAK 2021

TEKS UCAPAN MAK 2021

Bismillahirahamanirrahim
Yang Dihormati Cikgu Zanuri Bin
Badri
Penolong Kanan HEM
Yang Dihormati Cikgu Nor Hayati
Binti Ahmad Sidi
Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-Guru, Anggota Kumpulan
Sokongan, serta anak-anak pelajar
sekalian.

Assalamulaikum
Warahmatullahibarakatuh
Salam Sejahtera, Salam SEMESRA
Top 10!

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke

hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya

dapat kita bersama-sama dalam majlis

yang gilang – gemilang ini bagi

menjayakan Majlis Anugerah

Kecemerlangan (MAK) tahun 2021.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan

Salam Tahniah, daripada Yang Berhahagia

Cikgu Datin Zainah Binti Ahmad Sisman

yang tidak dapat bersama-sama pada hari

kerana beliau menghadiri mesyuarat

pengetua di Seremban. Saya ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada

pihak jawatankuasa di bawah pengurusan

Cikgu Mezah Hazril yang berjaya

mengadakan majlis ini demi menghargai

kejayaan dan pencapaian pelajar dan guru
dalam bidang akademik.

Alhamdulillah sekali lagi dengan
peralihan ke fasa endemik Covid-19 ini
dapatlah kita menjayakan majlis seperti ini
dengan penglibatan penuh daripada
semua warga sekolah. Walaupun majlis
ini tertangguh atas sebab yang tidak dapat
kita elakkan, namun pada hari ini saya
dapat rasakan kegemilangan majlis ini
seperti yang dinanti-nantikan oleh semua.
Walau apa-apa pun nama diberikan untuk
majlis seperti ini, yang pastinya Majlis
Anugerah Kecemerlangan merupakan
satu majlis khas untuk meraikan para

pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada para pelajar cemerlang
sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan

pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Para
pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai
pewaris negara agar menjadi modal insan
yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini
selari dengan Falsafah Pendidikan Negara
untuk meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti. Kita perlu bersedia untuk
melakukan pembaharuan dan pembugaran
dalam sistem pendidikan melalui inovasi
dasar dan strategi yang berterusan.

Yang Berbahagia Datin selalu

mengungkapkan bahawa 80% of success
is by being there anak-anak. Dalam hal ini

anak-anak pelajar perlu sentiasa bersedia
dalam semua aspek sama ada mental,
fizikal dan emosi untuk menjadi pelajar

yang cemerlang. Nothing is impossible
with hardwork. Pengorbanan yang bukan

sedikit pastinya akan dituntut daripada
anak-anak untuk merealisasikan kejayaan
terutama pengorbanan masa untuk

bersuka-suka. Jangan sesekali kalah
dengan lelah. Kuatkan semangat nyahkan
segala penat.

Hadirin sekalian,
Saya percaya sambutan Majlis Anugerah
Kecemerlangan pada hari ini adalah selari
dengan matlamat memberi dorongan dan
memotivasikan para pelajar agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Diharapkan semoga
program seumpama ini dapat berterusan
pada masa-masa akan datang bukan
sahaja untuk pelajar yang cemerlang
tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi
ada peningkatan atau kemajuan.

Hadirin sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pelajar dan guru yang akan
menerima hadiah nanti atas pencapaian
mereka dan diharapkan pencapaian
cemerlang tersebut tidak berakhir di sini
sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu
sampai bila-bila. Suka saya ambil tag line
datin pengetua # juang sampai monang!
Jangan pernah mengaku kalah sebelum
hilangnya lelah! Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita.

Kepada para pelajar yang tidak
menerima hadiah, janganlah kecewa
tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk
menjadi seorang pelajar yang cemerlang,
kita harus mempunyai sikap rajin
berusaha dan tidak mudah berputus asa,

berpeganglah pada prinsip alang-
alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan. Saya percaya para

pelajar yang mendapat anugerah pada
hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha.
Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin
pada setiap masa dan bukannya rajin
menjelang peperiksaan semata-mata atau
rajin mengikut musim. Saya percaya jika

para pelajar dapat mencontohi mereka
yang menerima anugerah pada hari ini,
anda juga pasti akan berada di kerusi
tersebut pada tahun akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil
kesempatan sekali lagi mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua guru
dan semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana
berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Kecemerlangan tahun ini.
Sebelum saya berundur diri, saya juga
ingin menarik perhatian hadirin sekalian
pada pantun ini;

Terbang tinggi si burung helang,

Berkicau kenari sambil berterbangan;

Insan cemerlang negara terbilang,

Anugerah diberi tanda

kecemerlangan.

Ikan sembilang, sepat dan kelah,
Guna bubu biasa di hujung;
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Digerak oleh iltizam mencapai

kecemerlangan, saya dengan

lafaz Bismillahhirrahmannirahim

MERASMIKAN Majlis Anugerah

Kecemerlangan tahun 2021.


Click to View FlipBook Version