The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Elziera, 2023-11-02 11:09:10

Santap Istiadat

Santap Istiadat

Santap Istiadat SELOKA JEMIMA ANIS


Rangkap 1 Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.


Rangkap 2 Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.


Rangkap 3 Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan.


Rangkap 4 Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.


Rangkap 5 Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.


Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu. Tema


Persoalan Persoalan adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis. Persoalan kepentingan caracara menjamu selera dalam sesuatu majlis. Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera. Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.


Bilangan katanya dua hingga enam patah kata. Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata. Berbentuk bebas atau tidak terikat. Setiap baris mempunyai maksud tersendiri dan rima akhir akhir bagi setiap rangkap. Rangkap pertama mempunyai lima baris. Rangkap kedua mempunyai tujuh baris. Rangkap ketiga mempunyai enam baris. Rangkap keempat mempunyai empat baris. Rangkap kelima mempunyai dua baris. Bentuk dan Ciri


Gaya Bahasa Imej alam - buah-buahan Kata ganda - hormat-menghormati Bahasa istana - santap Anafora - Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat Responsi - Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua, Dua suap, ketiga sudah


NILAI Nilai bersopan santun Nilai hemah tinggi Nilai mematuhi peraturan Nilai menghormati tetamu


Kita mestilah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera. Kita haruslah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis. Kita perlulah mengikut peraturan dan tatacara ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkaraperkara yang berikutnya. Kita hendaklah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu. 1. 2. 3. 4. Pengajaran


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version