The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Elziera, 2021-06-30 22:29:55

SEKEPING TANAH

K3 3C

sinopsis
sekeping
tanah

KUMPULAN 3

Teacher Adeline Palmerston

Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi
menemui abangnya, Harun untuk berbincang mengenai
sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di

bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di
bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan
cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa
tidak selesa menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya

kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia
meninggal dunia.

Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya
untuk menubuhkan sebuah syarikat keluarga yang boleh

membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun
mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor
tahap pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan
bahawa mereka bolehmembuat pinjaman bank dan urusan pinjaman

wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang
merupakan seorang pengurus bank.

Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk
mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia
telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya,
Halimah. Hisyam memberitahu tentang kedegilan
abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas

perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah
bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak

di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu
daripada pengetahuan abangnya, Harun.

Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu,
mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn.

Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka
mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula. Sebulan
kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan
menjual tanah pusaka dengan harga RM 6 625 000.00 kepada Binajaya

Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang
peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00.
Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan
Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka

telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala.

Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di
atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah
setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat
nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan
kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya
Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa
tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya

dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya

Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu
dibina, sebahagian besar pembeli kondo mewah itu

mengambil kunci rumah masing-masing. Harun
tergamam apabila melihat adiknya, Hisyam dan
Halimah yang sebenarnya menguruskan projek
pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan
kunci rumah kediaman mewah itu kepada para

pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan
dipermainkan oleh adik-adiknya

Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam
untuk meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu dan

dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam
menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya,
berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun

berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun
setengah yang lalu.

Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat
Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah memandangkan

kakaknya berpendidikan tinggi dan telah
meletakkan jawatannya di bank. Hisyam pula
bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu

sudah sebati dengan kehidupannya.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version