The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimznor, 2021-03-01 20:27:38

kedudukan makmum dan solat

KEM BESTARI SOLAT KE 4 (2017)
Tahun 4,5 dan 6 (SK PESERAI)

KEDUDUKAN MAKMUM DALAM SOLAT BERJEMAAH

1. Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang makmum.
Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang
makmum, maka disunatkan makmum berdiri di sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.

2. Apabila jemaah itu terdiri daripada dua orang makmum.
Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam dan dua orang
makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke
hadapan dan kedua orang makmum merapatkan semula saf.
Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam
kemudian yang pertama mundur kebelakang untuk menyamai saf.

3. Apabila jemaah terdiri daripada seorang imam, makmum kanak-kanak lelaki.
Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang dengan imam sedangkan kanak-kanak itu
seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

4. Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang imam, makmum lelaki dan makmum wanita.
Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam, seorang makmum lelaki
dan seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf
lelaki.

5. Apabila jemaah terdiri daripada lelaki dewasa dan kanak-kanak.
Apabila makmum terdiri dari lelaki dewasa dan melebihi satu, maka di saf pertama hendaklah orang yang
pandai-pandai, dan yang di saf kedua ialah orang yang kurang pandai. Manakala kanak-kanak hendaklah
berdiri di belakang mereka.
Namun jika kanak-kanak itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka kanak-kanak perempuan
hendaklah berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki

6. Apabila jemaah terdiri daripada lelaki dewasa, kanak-kanak, dan khunsa.
Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa mushkil maka hendaklah mereka berdiri di
belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanak-kanak perempuan.

7. Apabila jemaah terdiri daripada semua peringkat dan golongan.
Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum lelaki hendaklah berada di
saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki, kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-kanak
perempuan, kemudian kaum perempuan.

8. Apabila jemaah terdiri daripada wanita sahaja.
Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri ditengah diantara
jemaah wanita yang lain.

Adab atau cara-cara makmum masbuq masuk sembahyang berjemaah.
Bagaimanakah caranya makmum masbuq masuk ke dalam sembahyang yang
sedang berjalan?
Makmum masbuq hendaklah bergabung dengan makmum muafiq di saf.
Seseorang makmum itu dilarang sembahyang sendirian atau berjauhan dari
jemaah kerana dia akan ditemani oleh syaitan. Jika saf telah penuh dan
makmun masbuq itu lebih dari seorang, maka hendaklah mereka buat saf
yang baharu. Jika makmum masbuq itu seorang, hendaklah dia menepuk
(sekali sahaja) bahu seorang makmum di saf hadapan untuk membuat saf

baharu. Makmum yang ditepuk bahunya itu hendaklah berundur ke belakang
setapak demi setapak untuk berganding dengan makmum masbuq tadi.

Makmum masbuq memasuki sembahyang berjemaah dalam beberapa
keadaan seperti berikut ini:-

1) Ketika imam sedang membaca al-fateha (atau surah)
Makmum masbuq hendaklah angkat takbiratul ihram beserta niat kemudian
baca al-Fateha selepas imam selesai membacanya.

** Jika sebelum selesai makmum itu membaca al-Fatehanya imam sudah pun
rukuk, makmum boleh meneruskan bacaaan al-Fatehanya jika yakin dapat
ikut rukuk imam beserta tamakninah. Jika tidak yakin, maka hentikan bacaan
al-Fateha dan segera ikut rukuk imam.

** Jika imam rukuk ketika makmum masbuq baharu hendak mulakan al-
Fatehanya, maka dia mesti hentikan bacaan al-Fateha dan ikut imam rukuk.

Dalam kedua-dua keadaan ini, rakaat ini dikira sah untuk makmum masbuq
tersebut dan tidak perlu baginya menambah rakaat itu. Bacaan al-Fatehanya
ditanggung imam. Rakaat dikira sah jika makmum masbuq dapat membuat
rukuk dan tamakninah bersama imam dalam satu rakaat.

2) Ketika imam sedang rukuk.
Makmum masbuq hendaklah angkat takbiratul ihram beserta niat. Kemudian
terus rukuk tanpa perlu membaca al-Fateha.

** Jika dia dapat tamakninah (diam dalam rukuk bersama imam) sekurang-
kurangnya 3 detik, maka rakaat itu sah dan tidak perlu ditambah di akhir
sembahyang.

** Jika ketika hendak rukuk, imam pun bangun iktidal, hendaklah dibatalkan
rukuk itu dan ikut iktidal imam. Makmum masbuq itu tidak dapat rakaat ini
(tidak sah) dan wajib ditambah di akhir sembahyang.

3) Ketika imam sedang sujud / duduk antara dua sujud / duduk tahiyat
Makmum masbuq mempunyai 2 pilihan:-

1) Masuk sembahyang dengan bertakbiratul ihram beserta niat. Kemudian
terus sujud dan ikut imam sehingga ke akhir sembahyang.

** Tunggu imam berdiri untuk mulakan rakaat yang baharu. Angkat takbiratul
ihram beserta niat apabila imam sedang membaca al-Fateha. Kemudian
ikutlah imam sehingga selesai sembahyang itu.

Bagi kedua-dua pilihan ini, makmum masbuq tidak dapat rakaat ini dan wajib
menambahnya selepas membaca tahiyat akhir. Namun jika dia ikut imam
duduk tahiyat awal, dia tetap dapat pahala tahiyat itu meskipun rakaat itu
tidak sah baginya dan perlu diganti selepas imam memberi salam.

Adab atau cara-cara makmum masbuq menambah rakaat yang tertinggal
1) Setelah imam selesai memberi salam, makmum masbuq jangan ikut salam
tetapi bangun berdiri semula untuk menambah rakaat yang tertinggal iaitu
rakaat yang tidak dapat rukuk bersama imam.

2) Jika dia tertinggal 1 rakaat, tambahlah 1 rakaat sahaja. Jika tertinggal 2,
tambahlah 2 rakaat lagi. Begitulah seterusnya.

3) Jika hendak menambah rakaat ke 2, buatlah tahiyat awal kerana ia adalah
sunat ab'ad (diberatkan buat).

4) Makmum masbuq tetap wajib mengakhiri sembahyang itu dengan duduk
tahiyat dan baca lagi tahiyat akhir sebelum salam. Dalam ibadah sembahyang,
tidak boleh salam tanpa tahiyat.

Makmum masbuq dalam sembahyang Jumaat.
Makmum yang tidak dapat satu pun rakaat sembahyang Jumaat dengan
imam, mesti menggantikan dengan 4 rakaat setelah sembahyang Jumaat itu
selesai.


Click to View FlipBook Version