1.0 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN INDIVIDU KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN • Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus utama dalam psikologi pendidikan. • Pertumbuhan manusia merujuk kepada perubahan fizikal atau struktur badan secara kuantitatif yang boleh dinilai dan diukur mengikut peringkat dan tempoh masa. • Pertumbuhan dapat dilihat secara nyata berdasarkan pengukuran. • Contoh: ketinggian/ berat badan / bilangan saraf-saraf otak. • Perkembangan pada manusia merujuk kepada perubahan kualitatif. Walaupun perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi perubahan ini jelas dilihat seiring dengan peredaran masa. • Perkembangan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu dan berterusan sepanjang hayat. Contohnya: Kanak-kanak akan mengenali objek kemudian memberi nama kepada objek tersebut. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN • Semua manusia mempunyai corak perkembangan yang sama tetapi mengikut kadar yang berlainan • Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam keadaan saling berkaitan, dan mempengaruhi keseluruhan organisma. • Proses perkembangan berlaku dari general kepada spesifik dan konkrit kepada abstrak. • Perkembangan berlaku secara berperingkat. Contoh: Bayi – kanak-kanak – pertengahan kanak-kanak – peringkat awal remaja – peringkat remaja - peringkat dewasa. Arah Cephalocaudal (Arah kepala ke kaki) Perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke belakang tubuh badan dan ke kaki. Contoh: kanak-kanak pada mulanya meniarap, mengangkat dadanya, kemudian dapat mengangkat kepalanya. Arah Proximodistal (Arah pusat ke tepi) Berlaku dari pusat badan dan bergerak menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Contoh: Bayi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. Menyeluruh Bayi memberi gerak balas keseluruhan badannya terhadap sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot belum matang. Contoh: Apabila seorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya akan bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya. Berterusan Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Apa yang berlaku di satu peringkat mempengaruhi peringkat-peringkat yang lain. MODUL PSIKOLOGI PENDIDIKAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN INDIVIDU Faktor Endogen Sifat yang dibawa individu sejak dlm kandungan hingga lahir. Ini adalah faktor baka. Baka, pemakanan, kesihatan ibu, dadah & alkohol, teratogen, rh darah, kesan x-ray, emosi ibu, umur ibu, merokok Faktor Eksogen Sifat yang diperolehi dari luar/ persekitaran individu Pemakanan, tempat tinggal, pusat ibadah, media, persekitaran, rakan sebaya, keluarga, sekolah IMPLIKASI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN TERHADAP GURU ✓ Guru mempunyai kesedaran bahawa setiap murid mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza. ✓ Guru lebih sabar dan prihatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap guru faham bahawa setiap murid mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza dari aspek jasmani, mental, sosial dan emosi. ✓ Guru dapat menetapkan objektif, isi kandungan, aktiviti-aktiviti dan penilaian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid. ✓ Guru dapat merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat merangsang pertumbuhan dan perkembangan murid. ✓ Guru dapat mengetahui kemampuan dan potensi murid dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya dapat memaksimumkan potensi murid. ✓ Guru dapat merancang aktiviti ko-kurikulum dan program yang sesuai dan dapat menarik minat murid yang terdiri daripada pelbagai peringkat pertumbuhan dan perkembangan
2.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGERTIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran merupakan satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik & teliti serta melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan & memotivasikan murid-murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan & menguasai kemahiran yang diperlukan (Mok Soon Sang, 2004). Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yg melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan intelek (Rahil mahyuddin, 2000). Tiga kriteria penting dalam proses pembelajaran (Stalling, 1973): i) wujudnya perubahan tingkah laku ii) penglibatan aspek kognitif iii) perubahan melalui pengalaman atau Latihan PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN Mendapatkan pengetahuan tentang latar belakang murid (status sosioekonomi, kebudayaan dll) dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Menyelaraskan tiga komponen yang utama: i) objektif pembelajaran, ii) aktiviti pengajaran dan pembelajaran iii) penilaian yang akan digunakan untuk menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Memaklumkan kepada pelajar dengan jelas tentang: i) objektif pembelajaran ii) ekspektasi guru terhadap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi keutamaan kepada penyampaian pengetahuan dan kemahiran yang telah ditentukan dalam objektif pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Memberi bantuan /sokongan kepada murid untuk melaksanakan aktiviti supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan berdasarkan penilaian murid dan maklum balas daripada murid.
PEMBELAJARAN PROSES PEMBELAJARAN: Model Pembelajaran Sembilan Fasa Gagne Pengetahuan sedia ada seseorang murid dapat membantu atau menghalang proses pembelajaran seterusnya. Kaedah yang digunakan oleh murid untuk mengorganisasikan pengetahuan mempengaruh cara dia belajar dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut apabila terdapat keperluan. Motivasi terutamanya motivasi dalaman/intrinsik berperanan penting untuk mengekalkan murid dalam proses pembelajaran Seseorang murid bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan atau kemahiran yang diajar, malah dia perlu boleh mengintegrasikan pengetahuan tersebut serta mengetahui masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut. Maklum balas daripada guru adalah penting untuk membantu murid meningkatkan kualiti pembelajarannya. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dari segi fizikal, sosial dan emosi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. 1) Mendapatkan perhatian murid 2) Memberitahu objektif pembelajaran kepada murid 3) Merangsang murid untuk mengingati pembelajaran yang lepas 4) Mempersembahkan rangsangan untuk sesi pembelajaran kepada murid 5) Memberi bimbingan dan bantuan kepada murid 6) Murid menunjukkan prestasi dengan memberi tindak balas kepada rangsangan (mengeluarkan maklumat daripada ingatan) 7) Memberi maklum balas kepada murid untuk memperkukuhkan kefahaman murid atau membetulkan kesalahan 8) Menilai prestasi murid dengan pelbagai cara pentaksiran seperti soal jawab 9) Generalisasi (memperkukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat baharu ke konteks yang lain/ baru)
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN IMPLIKASI PROSES PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar. Oleh itu, guru mesti menyediakan rangsangan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid melalui perancangan untuk memotivasikan pelajar melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran kepada murid sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Langkah ini membolehkan murid menyediakan diri dan juga mengingati pembelajaran lampau. 3. Guru perlu memberi maklum balas kepada murid sebaik saja murid memberi respons. Langkah ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperoleh murid, guru juga boleh memperkukuhkan kefahaman murid terhadap pengetahuan atau membantu murid membetulkan kesalahan. 4. Bimbingan dan bantuan guru adalah penting sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Guru perlu menyediakan kaedah pentaksiran yang sesuai untuk menilai tahap penguasaan pengetahuan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Ingatan dan lupa Pemindahan pembelajaran Kesediaan pembelajaran Kecerdasan Kemahiran berfikir Gaya kognitif Persepsi dan penanggapan
3.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURIS ▪ Memberi penekanan kepada tingkah laku dan persekitaran dan bukan pemikiran dalaman. Semua tingkah laku dipelajari melalui pelaziman, pelaziman berlaku melalui interaksi dengan persekitaran. ▪ Pembelajaran berlaku apabila seseorang murid memberi respons kepada rangsangan dari persekitaran. Tugas seseorang guru ialah menyediakan rangsangan tersebut. ▪ Pembelajaran akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pengalaman (interaksi dengan persekitaran). Perubahan tersebut boleh diperhatikan dan diukur. ▪ Setiap orang mempunyai potensi untuk dilatih melakukan sesuatu tugasan tanpa mengira latar belakang genetik, tret personaliti dan pemikiran dalaman, yang penting ialah dia diberi pelaziman yang betul. ▪ Pengukuhan positif seperti hadiah dan gred akan digunakan sebagai motivasi untuk menggalakkan murid mengulangi tingkah laku yang diingini oleh guru. ▪ Tokoh-tokoh: Pavlov, Watson, Thorndike, dan Skinner TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF ▪ Pembelajaran yang berlaku dalam akal fikiran, tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Memberi fokus kepada proses yang terlibat dalam pembelajaran dan bukannya pada tingkah laku yang dapat diperhatikan. ▪ Pembelajaran adalah suatu proses mental yang aktif untuk memperoleh, menyimpan, mengingati dan mengaplikasi ilmu. ▪ Masalah dalam pembelajaran adalah kerana proses kognitif tidak dapat berfungsi dengan baik. Proses kognitif yang dimaksudkan ialah perhatian, pemerhatian, persepsi, interpretasi, organisasi, ingatan, pengkategorian dan generalisasi. ▪ Faktor dalaman dan luaran dapat mempengaruhi proses mental seseorang untuk mempertingkatkan pembelajaran. ▪ Tokoh-tokoh: Jean Piaget, Kohler, Gagne, Ausubel, Brunner TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME ▪ Pembelajaran berlaku melalui kolaborasi dan interaksi antara pelajar, guru dan bahan bantu mengajar. Ini bermakna pembelajaran berlaku dalam konteks sosial yang aktif dan interaktif serta penglibatan diri dalam aktiviti. ▪ Pengetahuan dibina melalui saling kaitan antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. ▪ Guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Pembelajaran berpusatkan murid. Pembinaan pengetahuan melalui cara scaffolding. ▪ Pelajar sebagai PEMBINA pengetahuan melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dan bukan sebagai PENERIMA pengetahuan iaitu, menerima bulat-bulat pengetahuan daripada guru. Pelajar perlu memahami dan memberi makna kepada maklumat yang dipelajari. ▪ Tokoh-tokoh: Jean Piaget, Lev Vygotsky
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL ▪ Menjelaskan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. ▪ Memberi penekanan kepada pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning). Individu dapat belajar pengetahuan dan maklumat baharu dengan memerhatikan dan meniru tingkah laku orang lain. ▪ Kebanyakan tingkah laku manusia dipelajari secara pemerhatian melalui pemodelan. Seseorang individu akan membentuk idea mengenai bagaimana sesuatu tingkah laku dilakukan berdasarkan pemerhatian, dan idea tersebut akan digunakan sebagai garis panduan kelak. ▪ Seseorang individu cenderung untuk meniru sesuatu tingkah laku sekiranya dia dapat lihat akibat positif (hadiah, ganjaran, pujian) daripada melakukan tingkah laku tersebut. Sebaliknya, sekiranya dia lihat akibat negatif (dendaan, hukuman, marah) daripada melakukan sesuatu tingkah laku, maka kecenderungan untuk dia meniru kelakuan tersebut adalah rendah. ▪ Tokoh: Albert. Bandura TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK ▪ Setiap murid mempunyai cara belajar tersendiri, guru membimbing untuk mengembangkan potensi ke peringkat optimum. ▪ Pendekatan berpusatkan murid digunakan. Murid diberi kebebasan untuk menentukan apa yang dia ingin belajar dan dia mempunyai kuasa untuk menentukan setakat mana yang dia akan belajar. ▪ Menekankan bahawa kanak-kanak sememangnya baik dan apabila semua keperluan asas (makan, minum, pergi ke tandas, keselamatan dll) telah dipenuhi, mereka boleh membuat keputusan dan belajar dengan baik. ▪ Pendidikan sepatutnya fokus kepada mendidik kanak-kanak secara keseluruhan. ▪ Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk menjadikan murid bermotivasi intrinsik untuk belajar. ▪ Penilaian kendiri adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pembelajaran telah berlaku, sebaliknya pemberian gred tidak diberi keutamaan. ▪ Perasaan dan pengetahuan adalah penting dalam proses pembelajaran dan tidak patut dipisahkan. Ini bermakna murid mesti berasa seronok semasa dia belajar. ▪ Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat. Murid perlu berasa selamat dari segi fizikal, mental, sosial, dan emosi sebelum mereka belajar. ▪ Tokoh-tokoh: Abraham Maslow, Carl Rogers
IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Menyediakan asas untuk guru memahami bagaimana individu belajar, dan cara untuk menjelaskan, menganalisis dan meramal pembelajaran. Dalam erti kata lain, teori membantu guru membuat pilihan dan keputusan yang lebih jitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Membolehkan guru memahami bagaimana maklumat digunakan, pengetahuan digunakan dan pembelajaran berlaku bagi seseorang individu. Guru boleh memilih teori yang sesuai mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan serta murid yang mempunyai pelbagai perbezaan individu. 3. Menjelaskan peranan murid, guru dan persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana pembelajaran boleh berlaku dengan cara yang berbeza. 4. Membantu guru memenuhi keperluan semua jenis murid, melayani gaya pembelajaran dan gaya kognitif yang berbeza. Ini membolehkan guru mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif dengan mengambil kira perbezaan individu.