SINAR DI HUJUNG
JALAN
Diana merupakan seorang pelajar tahun
6 di Sekolah Kebangsaan Harapan
Negara Kulim, Kedah. Dia adalah
seorang pelajar yang amat disenangi
oleh para guru dan kawan-kawannya.
Dia juga seorang pelajar yang rajin dan
cemerlang dalam pelajarannya. Namun
begitu, sejak Pandemik COVID-19
melanda negara kita, guru kelas dan
rakan-rakannya mula risau melihat
tindakan Diana yang semakin jarang
menyertai kelas-kelas yang dijalankan
secara dalam talian.
Diana juga jarang membalas pesanan-
pesanan ringkas yang dihantar oleh guru
kelas dan rakan-rakannya. Guru
kelasnya cuba bertanya khabar melalui
rakan baik Diana iaitu Alia. Malangnya,
Alia juga tidak mendapat apa-apa
perkhabaran daripada Diana.
1
Guru kelas Diana, Cikgu Kamil mula
berasa lebih risau dan bimbang apabila
permohonan dan pemilihan sekolah
untuk ke sekolah asrama telah dibuka
namun Diana masih tidak menghantar
sebarang permohonan ataupun maklum
balas.
Cikgu Kamil membuat keputusan
untuk melawat Diana supaya dapat
berjumpa dengan kedua ibu bapanya.
Cikgu Kamil terpaksa membuat
keputusan sedemikian kerana beliau
langsung tidak dapat menghubungi ibu
bapanya melalui telefon. Setelah
mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah, Cikgu Kamil bersama kaunselor
sekolah, Cikgu Liew pergi ke rumah
Diana pada tengahari Isnin.
3
Rumah Diana merupakan sebuah
rumah kampung yang agak usang tetapi
persekitarannya dijaga dengan rapi dan
bersih. Setelah beberapa kali Cikgu
Kamil memberikan salam, akhirnya adik
Diana iaitu Nizam membuka pintu
hadapan. Nizam juga merupakan
seorang pelajar tahun 4 di sekolah yang
sama. Nizam terkejut melihat kehadiran
mereka lalu berdiri tersipu-sipu di
belakang pintu. Cikgu Kamil
memberitahu tujuan mereka ke sana
adalah untuk mengetahui tentang Diana
yang sudah lama tidak menghadiri kelas
dalam talian.
4
Nizam mengatakan bahawa sejak
ayah mereka diberhentikan kerja
semasa fasa kedua Perintah Kawalan
Pergerakan, mereka sekeluarga terpaksa
mengikat perut dan ayah mereka tidak
mampu untuk membelikan talian
internet untuk mereka belajar dalam
talian. Nizam meminta maaf kerana
tidak dapat menghadiri kelas tetapi
mereka tetap berusaha untuk belajar di
rumah. Kadang-kadang Nizam akan
menumpang rumah kawan-kawannya
semasa sesi pembelajaran atas talian
dijalankan.
Namun, ada ahli keluarga kawan-
kawan Nizam yang tidak membenarkan
Nizam berjumpa dengan mereka kerana
bimbang boleh menyebabkan penularan
wabak COVID-19. Sejak itu, Nizam hanya
membaca buku-buku teks yang ada
padanya.
5
Ketika mereka sedang berbual di
luar rumah, kelihatan dua orang dalam
keadaan yang letih menghampiri mereka
yang rupa-rupanya merupakan ibu dan
bapa Nizam. Setelah memberi salam,
Cikgu Kamil dan Cikgu Liew
menerangkan tujuan kedatangan
mereka. Ibu dan bapa Diana mengalu-
alukan kedatangan mereka. Mereka juga
meminta maaf kerana keadaan rumah
mereka yang agak kecil dan daif yang
tidak selesa untuk tetamu. Cikgu Kamil
dan Cikgu Liew mengatakan tidak
mengapa kerana mereka amat
memahami kesukaran yang dihadapi
oleh keluarga itu.
6
Ayah Diana menerangkan bahawa
mereka baru sahaja pulang setelah mencari
bahan-bahan buangan untuk dijual di pusat
kitar semula. Apabila ditanya, ayah Diana;
En Ramli menerangkan bahawa pendapatan
beliau tidak menentu seolah-olah untung
sabut timbul dan untung batu tenggelam.
Beliau sedang berusaha untuk mencari
modal bagi membuka gerai nasi lemak dan
kuih- muih kerana isteri beliau pandai
memasak.
Ayah Diana meneruskan perbualan
dengan mengatakan bahawa beliau
bimbang melihat keadaan anaknya, Diana
kerana dia amat terkesan dengan keadaan
sekarang. Diana kerap mengurungkan
dirinya di dalam bilik dan kadang-kadang
kelihatan menangis. Dia juga tiada selera
makan walaupun ayahnya membelikan
makanan kegemarannya apabila
mempunyai duit lebih.
7
Dia jarang berbual mesra dengan
mereka dan sentiasa kelihatan termenung.
Cikgu Kamil dan Cikgu Liew meminta izin
untuk berjumpa dengan Diana. Pada
mulanya, Diana tidak mahu keluar dari
biliknya namun setelah dipujuk oleh ibunya,
Diana akhirnya keluar. Walaupun Diana
memakai pelitup muka, tetapi mata
merahnya tetap menunjukkan bahawa dia
baru sahaja habis menangis.
8
Ia mengambil masa untuk Cikgu Kamil
dan Cikgu Liew untuk memujuk Diana
bercerita tentang keadaan dirinya. Setelah
ditanya beberapa kali, akhirnya Diana
memberitahu bahawa dia berasa amat
sedih dan tertekan dengan keadaan yang
menimpa keluarganya. Diana amat sedih
kerana tidak dapat mengikuti pembelajaran
atas talian secara konsisten kerana tidak
mampu membeli rangkaian internet dan
telefon yang canggih untuk belajar dalam
talian. Dia juga tidak mahu menyusahkan
ibu bapanya.
Diana juga berasa sedih kerana dia
ingin memohon untuk masuk ke sekolah
berasrama semasa sekolah menengah
tetapi ketiadaan akses internet
menyebabkan dia gagal memuat turun
borang permohonan. Dia juga risau bahawa
keluarganya tidak mampu untuk membayar
yuran yang tinggi sekiranya diperlukan.
9
Diana juga mengatakan bahawa dia
sudah tiada harapan lagi dalam
kehidupannya kerana dia sudah banyak
ketinggalan dalam pelajaran. Diana juga
sedar bahawa perkara ini pasti akan
menyusahkan kedua ibu bapanya. Suara
Diana tersekat-sekat dan air matanya
mengalir perlahan. Kedua ibu bapa Diana
juga sayu hati mendengar kata-katanya.
Cikgu Kamil dan Cikgu Liew menerangkan
bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah Diana amat mengambil berat
tentang para pelajar mereka terutamanya
mereka yang terkesan disebabkan
pandemik yang sedang melanda negara kita
sekarang.
10
Cikgu Liew menerangkan bahawa bapa
Diana boleh membuat permohonan
bantuan gajet yang dilengkapi internet
melalui pihak sekolah kepada pihak PIBG
kerana pihak PIBG sekolah sedang giat
mencari sumbangan daripada badan-
badan bukan kerajaan untuk membantu
para pelajar yang terkesan dari segi
ekonomi dan gagal menyediakan bantuan
pembelajaran semasa musim pandemik ini.
Setelah berbincang, ayah Diana berjanji
akan memohon bantuan tersebut untuk
pembelajaran anak- anaknya.
Cikgu Kamil juga berbincang dengan
kaunselor sekolah berkaitan dengan sesi
kaunseling bagi Diana. Cikgu Kamil
mengatakan bahawa Diana mempunyai
tanda-tanda kemurungan yang perlu
diberikan perhatian.
11
Pada mulanya Diana enggan menghadiri
sesi kaunseling kerana risau kawan-
kawannya akan mengetahui keadaan
keluarga Diana dan mula mengejeknya.
Walaubagaimanapun, Cikgu Kamil dapat
memujuk Diana dengan mengatakan
bahawa apa yang diceritakan oleh Diana
kepada kaunselor akan dirahsiakan.
Seorang guru kaunselor akan memastikan
bahawa perkara yang dibincangkan semasa
sesi kaunseling adalah benar-benar rahsia
dan tidak akan diberitahu kepada guru-guru
atau para pelajar yang lain kecuali pada
keadaan-keadaan yang tertentu.
Mendengar kepada jaminan ini, Diana
berasa lega dan bersetuju untuk
menghadiri sesi kaunseling.
12
Sebelum beredar, Cikgu Kamil
menyerahkan borang permohonan asrama
kepada ayah Diana. Cikgu Kamil
memberitahu bahawa Diana masih layak
memohon kerana dia sentiasa
menunjukkan kecemerlangan dalam
akademik dan aktiviti kokurikulum serta
mempunyai akhlak yang baik. Cikgu Kamil
juga berpesan agar jangan risau tentang
masalah kewangan kerana hal ini boleh
dibincangkan dengan pihak sekolah.
Cikgu Kamil juga berpesan untuk
membawa Diana ke klinik kesihatan yang
berhampiran jika keadaan Diana masih
tidak berubah dan sering kelihatan murung
tidak seperti dirinya yang normal. Hal ini
penting supaya doktor dapat membuat
penilaian kesihatan mental Diana secara
menyeluruh. Ayah Diana mengangguk-
angguk tanda faham. Setelah mengucapkan
terima kasih kepada keluarga Diana, Cikgu
Kamil dan Cikgu Liew pun beredar. 13
PERTANDINGAN MEMBACA
Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021
dan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021
HADIAH UTAMA DITAJA OLEH:
ANJURAN BERSAMA:
Penulisan karya: Dr Nurul Nadia bt Ismail
Editor: Halaman Minda