The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul untuk sumber rujukan atau bahan rujukan bagi tajuk seni sulaman tingkatan 2 PSV

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Sabrina, 2023-06-11 03:34:29

SENI KRAF : SENI SULAMAN

Modul untuk sumber rujukan atau bahan rujukan bagi tajuk seni sulaman tingkatan 2 PSV

Keywords: Sulaman

Seni Kraf Seni Sulaman


KANDUNGAN ISI Objektif Pembelajaran Apa Itu Sulaman? Sejarah Asal Usul Sulaman Jenis seni Sulaman Tangan & Mesin Alat & Bahan Seni Sulaman Prinsip Asas Sulaman Tokoh Seni Sulaman & Produk Cara Penghasilan Seni Sulaman Bunga Teknik Seni Sulaman 1 2 5 3 4 8 6 7 9 Aktiviti


Objektif Pembelajaran 3. Menerangkan teknik penghasilan seni sulaman. 1. Memahami tentang sejarah, asal usul sulaman dan ptinsip asas seni sulaman. 2. Menyatakan jenis, alatan dan bahan seni sulaman.


Pembelajaran Apa Itu Sulaman ? Sulaman merupakan suatu seni persembahan reka bentuk kreatif dengan menggunakan tangan atau mesin yang penuh kreativiti dan nilai estetik yang tersendiri. Penghasilan sulaman yang menarik menunjukkan kehalusan dan ketelitian motif yang dihasilkan. Pada peringkat awal, seni sulaman dihasilkan secara manual. kini adanya teknologi seperti mesin sulaman, sulaman dapat dihasilkan dalam pelbagai motif yang lebih menarik.


Asal Usul Sulaman Orang- orang Mesir Purba, Babylon. pheonix dan Yahudi telah lama mengaplikasikan seni sulaman untuk menghias pakaian mereka. Simbul kepada kemewahan, hanya pedagang- pedagang dan golongan elit yang mampu membayar sejumlah wang yang besar keatas pakaian yang bersulam. 1964 Fosil seorang pemburu dijumpai di tepi sungi di Vladimir, Rusia.Pakaian pemburu ini dihiasi dengan jahitan sulaman tangan beserta baris- baris manik (ivory) dalam bentuk melingtang. sekitar 5000sm-6000sm Siberia; ditemukan kerang yang dilubangi serta dihiasi dengan manik, Di china turut ditemukan pada 35600sm pakaian yang disulam dengan benang sutera. Mendapat pengaruh yang amat besar daripada puluhan gaya sulaman serantau yang berbeza - beza mengikut wilayah dari pelbagai negara. Sejarah


Prinsip Asas Seni Sulaman * Boleh dilihat pada motif seni sulaman. * Gubahan motif seni sulaman banyak menggunakan Bahasa Seni Visual (garisan, jalinan, warna, harmoni, kontra, penegasan, irama dan pergerakan). Gubahan motif menggunakan pelbagai unsur garisan menghasilkan kesan irama dan pergerakan. Susunan rupa motif yang seimbang dan harmoni memberi kesan kemas pada motif. Pemilihan warna pada motif sulaman menghasilkan kesan kontra. Jalinan sulaman mewujudkan kesan penegasan pada motif.


Jenis Seni Sulaman Tangan Dan Mesin Menggunakan benang sulam untuk menghasilkan sulaman. Menggunakan pelbagai jenis manik. Menggunakan reben untuk menghasilkan motif. Menggunakan kain berpetak dengan jahitan silang pangkah. Menggunakan mesin untuk menghasilkan sulaman. Menggunakan perca kain dengan jahitan insang pari.


Alat Dan Bahan 1. Jarum tepestri & jarum jahit 2. Pencucuk jarum 3. Manik 10. Ram pemidang 5. Pen fabrik 4. Benang sulam / jahit 6. Alat penebuk 8. Kain baldu kain 11. Reben pelbagai warna 12. Mesin jahit sulam 7. Gunting besar / kecil 9. Kain satin


Teknik Seni Sulaman Bullion knots Bullion knots Bunga mawar Tulip French Knots Lazy Daisy Blossom Kekwa Chain Stich Jahitan Jelujur Daun Bunga Carnation langkah - langkah Teknik di atas Imbas di sini


Cara Penghasilan Seni Sulaman SENI SULAMAN BUNGA CARNATION 3. jahit jelujur pada bahagian tepi reben 2. Buat ikatan simpul mati reben di bahagian bawah kain jahitan. 1. Potong reben sepanjang 30 inci. Cucuk reben dari bawah ke atas kain dengan jarum. Cucuk semula reben ke bawah kain.


4. Cucuk jarum ke bawah dan tarik sehingga berkedut. 5. Tarik perlahan-lahan kedutan tersebut sehingga membentuk bunga carnation dan matikan jahitan. 6. Contoh hasil seni sulaman bunga carnation yang telah siap. Imbas di sini Video cara penghasilan seni sulaman bunga carnation


Cara Penghasilan Seni Sulaman SENI SULAMAN BUNGA SAKURA 3. kemudian, dengan teknik Bullion nuat dua kelopak dalam secara menegak. Buat lilitan untuk setiap kelopak dalam 2. Lukis lima garisan di luar debunga sakura untuk membuat kelopak. 1. Mulakan sulaman dengan teknik French knot untuk menghasilkan debunga bunga sakura.


4. Kelopak luar bunga sakura juga menggunakan teknik bullion. 5. Ulangi langkah tiga - empat sehingga selesai kelima- lima bahagian kelopak. 6. Contoh hasil seni sulaman bunga sakura yang telah siap. Imbas di sini Video cara penghasilan seni sulaman bunga sakura


TOKOH SENI SULAMAN Nama : Allahyarhamah Pojiah binti Jaya Bidang Kraf : Tekstil Adiguru Kraf : Sulaman Keringkam Negeri : Sarawak Tarikh Lahir : 20 Mac 1925 Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1987 Hasil Produk Kraf Selendang sulaman Keringkam Adiguru Kraf Sulaman Keringkam Antara motif yang sering digunakan oleh beliau ialah bunga mawar, bunga bintang, renda dan tali air


TOKOH SENI SULAMAN Nama : MendiangPuan Lim Swee Kim Bidang Kraf : Tekstil Adiguru Kraf : Sulaman Nyonya Negeri : Pulau Pinang Tarikh Lahir : 17 Jun 1993 Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2006 Hasil Produk Kraf Adiguru Kraf Sulaman Nyonya * Beliau berkemahiran menyulam pakaian Cheongsam dan Baju Kebaya. Rekaan motif terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bunga, binatang, buah-buahan dan abstrak.


TOKOH SENI SULAMAN Nama : Nik Rahimah Binti Nik Idris Bidang Kraf : Tekstil Adiguru Kraf : Sulaman Kelingkam Negeri : Kelantan Tarikh Lahir : 22 September 1941 Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2013 Hasil Produk Kraf Adiguru Kraf Sulaman Kelingkamh Kepakaran beliau dalam sulaman kelingkam telah membawa beliau tinggal di Istana Kelantan apabila Al - Marhumah Raja perempuan Zainab II telah melantik beliau sebagai tukang jahit. Kemahiran : Sulaman Kelingkam, tekatan paku- paku, jahitan manik, jahitan pakaian, smoking( jahitan bunga) dan peealatan singgah sana Diraja Kelantan


TOKOH SENI SULAMAN Nama : Emis @ Emmilianah Binti Dahun Bidang Kraf : Tekstil Adiguru Kraf : Sulaman Linangkit Negeri : Sarawak Tarikh Lahir : 20 Mac 1925 Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1987 Hasil Produk Kraf Adiguru Kraf Sulaman Linangkit Sulaman linangkit menjadi warisan etnik Dusun Tindal di Sabah. Sulaman ini menghiasi kostum wanita Dusun Tindal khasnya di bahagian sarung ( Gonob).


AKTIVITI Imbas di sini Aktiviti : Projek Pereka Muda ( Sulaman - DIY Baju ) Alat : Gunting, jarum jahit, pen fabrik dan ram pemidang Bahan: Benang sulam dan baju kemeja kosong Video Demostrasi - Langkah -langkah penghasilan-


Click to View FlipBook Version