The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Aqilah Badrisya binti Aziz
4 Jazari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraqilaa96, 2021-08-20 10:46:04

E-MINI TESIS NOVEL TING 4 & 5

Nur Aqilah Badrisya binti Aziz
4 Jazari

E-TESIS MINI
NOVEL
TINGKATAN 4 & 5

Oleh

Nur Aqilah Badrisya binti Aziz
Persatuan Sastera Malaysia

15 OGOS 2021
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 4
PENGHARGAAN 5

1. BAB 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG ( APA MAKSUD NOVEL ) 6

1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN 6

1.3 PENYATAAN MASALAH ( BAGAIMANA UNTUK MENARIK PELAJAR

MINAT MEMBACA NOVEL) 6

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 6

1.5 SKOP PENYELIDIKAN ( 8 NOVEL ) 6

1.6 HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL ) 7

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 7

2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN

2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS 8-15
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL 16-24
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL 24-25

3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL

3.1 JENIS NOVEL (FIKSYEN / BUKAN FIKSYEN PRPM ) 26
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA 26-27
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL 27
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM NOVEL 27-28
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA 28
28-29

29

2

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN 29
3.9 KEDUDUKAN NOVEL 29-30
3.10 KESIMPULAN
30
4. BAB 4 : PENUTUP
31
4.1 RUMUSAN KAJIAN ( CARA MENARIK MINAT MEMBACA) 31
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN 31-32
4.3 HIPOTESIS AKHIR 32
4.4 PENUTUP 32
4.5 RUJUKAN

3

ABSTRAK
Tesis ini berkenaan novel- novel yang terdapat bagi setiap zon di Malaysia. Tesis ini
mengandungi 8 buah novel Tingkatan 4 dan 5 bagi zon. Novel bagi Tingkatan 4 ialah novel
Jendela menghadap Jalan, Leftenan Adnan , Di Sebalik Dinara dan Pantai Kasih.Novel bagi
Tingkatan 5 pula ialah Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan Bimasakti Menari.
Tesis ini juga mengandungi latar belakang novel, perbandingan antara novel fiksyen dan bukan
fiksyen, penyataan masalah tentang minat pelajar dalam membaca, objektif kajian , skop
penyelidikan, hipotesis awal, dan kepentingan kajian. Selain itu , tesis ini mengandungi
biografi setiap penulis, sinopsis bagi setiap novel dan tarikan pada setiap novel.
Tesis ini ditulis dengan bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk membaca karya-karya
yang diterbit oleh penulis-penulis terkenal di negara kita. Oleh itu, karya- karya mereka akan
lebih dihargai remaja zaman sekarang.
Tesis ini mengandungi objektif kajian yang merangkumi biografi penulis, ciri ciri novel ,
perbandingan dan persamaan antara novel dan sinopsis . Oleh itu , para pembaca dapat
mengenali novel – novel tempatan dengan lebih terperinci.
Selain itu , tesis ini juga boleh membuka minda para pembaca dengan pelbagai pendapat setelah
selesai membaca tesis ini. Dengan ini , para pembaca akan mendapat serba siedikit idea tentang
pengarangan novel novel yang diterbit di negara kita.

4

PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah Tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadaNya atas segala takdir yang dikehendakkan
kepada isi alam seluruhNya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin.
Saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada
saya tanpa henti. Tanpa keredhaanNya tidak mungkin mampu
Alhamdulillah, setinggi—tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru – guru
Bahasa Melayu yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini
dapat disiapkan.Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan dan ahli keluar
ga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan mini thesis ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah embantu saya sama ada
secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT
memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.

5

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Menurut Rahman Shaari, novel ialah karya fiksyen yang panjang. Di dalam novel terdapat
watak, l ata r, plot dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Ceritanya mengandungi konflik ,
percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan peleraian.Novel timbul sebagai suatu yang
menggambarkan tentang kejadian seharian masyarakat.

1.2 PERBANDINGAN
Novel terbahagi kepada dua jenis, iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Fiksyen adalah satu bentuk
naratif yang berkaitan dengan peristiwa dan tidak berfakta. Watak-watak yang diceritakan
merupakan khayalan dan ciptaan penulis.Manakala bukan fiksyen adalah penulisan naratif
fakta mengenai sesuatu subjek. Novel tersebut boleh menjadi tepat dan bertujuan untuk
menerangkan sesuatu subjek dengan mudah dan jelas.

1.3 PENYATAAN MASALAH
Pada era globalisasi ini, pelajar kurang meminati membaca novel kerana generasi muda telah
memiliki pelbagai bentuk alatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih mudah berbanding meluangkan masa membaca buku . Perkembangan
teknologi adalah merupakan penyebab minat membaca dalam kalangan pelajar semakin
berkurang.Oleh itu, pelajar tidak dapat mendedahkan diri mereka kepada karya-karya
sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menarik minat pelajar membaca novel dan meluangkan masa
dengan perkara yang lebih berfaedah serta dapat menghargai karya sasterawan – sasterawan
yang terkenal di negara kita.

1.5 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan empat buah novel tingkatan empat iaitu novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib , Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor , Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Selain itu,
kajian ini juga berdasarkan empat buah novel tingkatan lima iaitu Songket Berbenang Emas

6

karya Khairuddin Ayip , Silir Daksina karya Nizar Parman , Tirani karya Beb Sabariah dan
Bimasakti Menari karya Sri Rahaya Mohd Yusop
1.6 HIPOTESIS AWAL
Berdasarkan kajian yang dibuat , novel-novel tingkatan empat dan lima ini mempunyai
beberapa genre yang berlainan dan unik.Selain itu, terdapat jalan cerita yang dapat dijangkakan
. Akhir sekali , kebanyakan novel ini mempunyai jalan cerita yang ditulis dengan baik dan cara
penyampaian yang dapat difahami pembaca dengan mudah.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting bagi menarik minat pelajar dengan menyesuaikan diri pelajar membaca
buku. Oleh itu, pelajar dapat menambah ilmu serta dapat meluangkan masa dengan perkara
yang berfaedah. Sebagai contoh, pelajar dapat mencari ilham dengan penulisan karya seni yang
dapat menambah impian mereka untuk menerbit karya -karya seni pada generasi yang akan
datang.

7

BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS

Abdul Latip Talib ( Novel Leftenan Adnan )

Nama : Abdul Latip bin Talib
Tarikh lahir : 2 Jun 1954
Tempat lahir : Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Karya-karya Abdul Latip Talib telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki
markah pencapaian ujian sejarah Islam. Berikut merupkan salah satu pencapaian dan
sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk
membaca bahaan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS
Fortuna. Selain itu, karya beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu telah berjaya
memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah
Sastera Utusan pada tahun 2005.

8

Ruhaini Matdarin ( Novel Jendela Menghadap Jalan )

Nama : Ruhaini binti Matdarin
Tarikh lahir : 16 Mac 1981
Tempat lahir : Kota Kinabalu , Sabah , Malaysia
Ruhaini Matdarin pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat
kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Beliau pernah berkhidmat di
Tak Community College sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012
– 2013 . Beliau merupakan Penerima Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 bagi kategori novel
remaja, pemenang Sayembara ITBM-Pena BH , tempat pertama bagi kategori novel dan
pemenang Hadiah Sastera Perdana 2017/2018 bagi kategori novel

9

Azmah Nordin ( Novel Pantai Kasih )

Nama : Azmah binti Nordin
Tarikh lahir : 10 Januari 1958
Tempat lahir : Kulim, Kedah

Azmah Nordin mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an iaitu penulisan
rencana. Beliau mula cenderung kepada penulisan sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau merupakan penerima Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989
bagi cerpennya iaitu Singkowoton. Beliau juga menerbit novel Kukui , novel Noor Ainku
Sayang dan novel Dukanya Abadi pada tahun 1980-an

10

Khairuddin Ayip ( Novel Songket Berbenang Emas )

Nama : Khairuddin bin Ayip
Tarikh Lahir : 25 Februari 1962
Tempat lahir : Kampung Jelotong , Parit Raja , Batu Pahat , Johor

Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel
bersiri Dewan Pelajar . Faktor keluarga juga mendorong beliau untuk menjadi seorang penulis.
Beliau mula menulis karyanya yang pertama pada tahun 1975 semasa beliau tingkatan tiga.
Karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian dan dibayar sebanyak RM 10 menerusi
rencana yang tersiar dalam majalah Teruna.

11

Sri Rahayu Mohd Yusop ( Novel Bimasakti Menari )

Nama : Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tarikh lahir : 18 Jun 1976
Temppat lahir : Tanjong Karang , Selangor
Bimasakti Menari diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam majlis penyampaian
hadiah Sastera Kumpulan Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun keenam berturut-turut. Beliau
membawa RM 7,000 senagai seorang pemenang . Beliau juga menerbit warisnya Kalbu, Odisi
Tanah Kencana, Merdekakan Cinta Ratna dan Bukan Legasi Lalang .

12

Dayang Noor ( Novel Di Sebalik Dinara )

Nama : Noor Aziza Sulaiman
Tahun kelahiran : 1974
Tempat lahir : Pahang , Malaysia
Dayang Noor merupakan penulis karya Bahasa Melayu sambilan dan pemegang ijazah
kejuruteraan dalam bidang Elektronik dan Komputer . Beliau bekerja sebagai esekutif IT di
sebuah syarikat IT yang terbesar di di Selangor . Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen
Bahasa Melayu iaitu Jerat dan Hilang.

13

Nizar Parman ( Novel Silir Daksina )

Nama : MD Nizar Parman
Tarikh lahir : 31 Ogos 1973
Tempat lahir : Batu Pahat , Johor , Malaysia

Nizar Parman mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun 1995 . Beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru
Peringkat Negeri Perak 1995 . Karya- karya beliau juga pernah tersiar dalam Migguan
Malaysia , Berita Minggu , Dewan Sastera , Dewan Pelajar , Mingguan Wanita dan URTV
serta beberapa buah tabloid .

14

Beb Sabariah ( Novel Tirani )

Nama : Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tarikh lahir : 7 November 1949
Tempat lahir : Betong , Sarawak

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi dan
rencana . Beliau merupakan ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi dan Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak . Karya beliau dimuatkan dalam sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar
Magenta dan beberapa buah antalogi cerpen serta puisi antaranya KEPEZI SATU dan KEPEZI
DUA . Beliau pernah memenangi Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak daripada DBP
cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan johan sayembara menulis cerpen

15

tentang sambutan 50 tahun DBP pada tahun 2006 daripada Bahagian Penerbitan dan Penulisan
Sastera Kreatif DBP cawangan Sarawak

2.2 SINOPSIS SETIAP NOVEL
Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa
Negeri Selangor, Negeri Sembilan,WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya

Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam
mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah
bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish,
Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru
pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar. Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat
berita bahawa Askar Melayu Diraja diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu,
malah dua orang adik Adnan, iaitu Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah
yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan
dan kawannya, Mamat terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama
setahun di Port Dickson. Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia
apabila pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi
dan Mak Milah yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang
diatur juga seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa
dan patuh akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan kembali ke bukit Candu untuk
melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan tersebut, isterinya ditinggalkan di kampung
halaman bersama-sama ibunya kerana masih tiada kemudahan untuk dia dan isteri tinggal
sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa Sophia dan anaknya tinggal sekali
ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh sebab kemudahan seperti rumah telah disediakan
untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia sempat tinggal selama setahun di bawah satu
bumbung. Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang Singapura seterusnya menjajah
Tanah Melayu. Oleh itu, Sophia dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan anak-
anak dan isterinya. Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan

16

berhadapan dengan serangan Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Sinopsis Di Sebalik Dinara
Negeri Johor,Sabah dan Sarawak, WP Labuan

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-
sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida

17

mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai
terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Sinopsis Jendela Menghadap Jalan
Negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang, Perak

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung
menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan
pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat

18

dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

Sinopsis Novel Pantai Kasih
Negeri Melaka,Pahang,Terengganu , Kelantan

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur

19

surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di
hatinya.Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa-peristiwa aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang
mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu

Sinopsis Songket Berbenang Emas
Negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang, Perak

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental.

Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.

20

Sinopsis Silir Daksina
Negeri Johor,Sabah dan Sarawak,WP Labuan

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit

21

demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-

penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat

mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak

ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk

memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.

Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik

tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah

melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sinopsis novel Tirani
Selangor,Negeri Sembilan,WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya

Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel Tirani
cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah

22

diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani

Sinopsis Bimasakti Menari
Negeri Melaka,Pahang,Terengganu,Kelantan

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion
atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.Nurul Hafsa mengambil
keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak
banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau
sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad
Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli

23

akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.Nurul Hafsa dibebaskan
tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik
dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima
aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan
beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL

Novel Leftenan Adnan yang ditulis oleh Abdul Latip Talib merupakan salah satu novel yang
mengandungi pelbagai nilai murni dapat membolehkan pembaca contohi seperti nilai
patriotisme. Sebagai contoh, Leftenan Adnan dan rakan seperjuangannya menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Novel Di Sebalik Dinara yang ditulis oleh Dayang Noor merupakan novel yang mengandungi
jalan cerita yang sangat menarik. Tambahan pula ,Dayang Noor merupakan seorang penulis
novel fixi yang merupakan satu genre novel yang diminati oleh remaja zaman sekarang. Oleh
itu, novel Di Sebalik Dinara mengandungi unsur-unsur penceritaan dalam sebuah novel fixi

24

yang membolehkan para pembaca dapat menikmati penyampaian cerita yang disampaikan oleh
penulis dengan baik.

Novel Jendela Menghadap Jalan yang ditulis oleh Ruhaini Matdarin merupakan novel yang
mempunyai unsur dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili.Novel ini sesuai dibaca oleh
semua peringkat masyarakat terutamanya golongan remaja. Selain itu , pembaca dapat
mencontohi nilai keberanian dan kesungguhan watak- watak remaja yang diceritakan
terutamanya Lili, Danel dan Geetha.

Novel Pantai Kasih yang ditulis Azmah Nordin mengandungi pelbagai nilai murni yang
terkandung . Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati . Kita hendaklah mempunyai matlamat
hidup untuk berjaya . Raiha berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-
sungguh dalam pelajaran.

Novel Songket Berbenang Emas yang ditulis oleh Khairuddin Ayip dapat mengajar kita untuk
mengelakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap orang lain. Novel ini menceritakan
tentang kecekalan seorang remaja yang berusia 19 tahun dalam menempuh cabaran hidup. Oleh
itu, novel ini dikatakan realistik kerana pembaca dapat memahami perasaan Dahlia yang
tertulis di dalam novel .

Novel Silir Daksina yang ditulis oleh Nizar Parman merupakan novel yang menarik kerana
unsur saspens yang terdapat di dalam novel dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan
pembacaan mereka. Sebagai contoh, peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong
dan Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama . Oleh itu , pembaca akan
menimbulkan sifat teruja dan tertanya-tanya terhadap sambungan penceritaan novel tersebut.

Novel Tirani ditulis oleh Beb Sabariah mempunyai alan cerita yang menarik kerana cerita ini
ditulis mengenai isu yang sedang menular di seluruh dunia iaitu kecantikan yang digubah.
Cerita ini dapat menyedarkan pembaca bahawa sesetengah manusia hanya memandang kepada
visual luaran sahaja. Tambahan pula, cerita ini dapat membuktikan bahawa kita tidak perlu
mengubah rupa paras kita hanya untuk pujian orang sahaja.

Novel Bimasakti Menari yang ditulis oleh Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan salah satu novel
yang mempunyai penutupan jalan cerita yang baik.Hubungan antara watak-watak yang
ditampilkan menemui penutup yang baik yang dapt memuaskan hati para pembaca.

25

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN SETIAP NOVEL
3.1 JENIS NOVEL
TINGKATAN 4
1. Jendela Menghadap Jalan : Fiksyen
2. Di Sebalik Dinara : Fiksyen
3. Pantai Kasih : Fiksyen
4. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Fiksyen
TINGKATAN 5
1. Songket Berbenang Emas : Fiksyen
2. Tirani : Fiksyen
3. Bimasakti Menari : Fiksyen
4. Silir Daksina : Fiksyen

26

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA TUGASAN
TARIKH
31 Julai 2021 - Mencari maksud novel
- Mencari maksud novel fiksyen dan
1 Ogos 2021
2 Ogos 2021 bukan fiksyen
9 Ogos 2021 - Mencari maklumat tentang penulis

11 Ogos 2021 dan sinopsis novel
12 Ogos 2021 - Melakukan semakan draf
13 Ogos 2021
14 Ogos 2021 - Menghantar draf Bab 1 dan Bab 2 di
tapak yang disediakan

- Mengenalpasti tema dan keunikan
setiap novel

- Menjelaskan tentang nilai dan
pengajaran di dalam novel

- Membuat rumusan kajian
- Mencadang penambahbaikan novel
- Membuat hipotesis akhir kajian
- Menghantar draf Bab 3 dan Bab 4 di

tapak yang disediakan
- Membuat semakan akhir keempat-

empat draf
- Menghantar kajian yang lengkap

3.3 TEMA SETIAP NOVEL

TINGKATAN 4

Jendela Menghadap Jalan – Kecekalan seorang gadis dalam menghadapo pelbagai cabaran dan
rintangan

Di Sebalik Dinara – Persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga menghapuskan
nilai kemanusiaan

Pantai Kasih – Ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam
menempuh kehidupan

27

Leftenan Adnan Wira Bangsa – Semangat kepahlawanan askar Melayu dalam
mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing
TINGKATAN 5
Songket Berbenang Emas – Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup
Tirani – Ketabahan seorang gadis menempuhi cabaran hidup dengan rupa parasnya
Bimasakti Menari – Kegigihan anak muda dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar
Silir Daksina – Pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan.
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
NOVEL LEFTENAN ADNAN

Penulis menggunakan peristiwa yang sebenar dan mengimbau zaman Malaysia berada di
bawah jajahan dari kuasa luar

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Penulis mengaplikasikan konsep sains dan teknologi yang canggih dan plot cerita seakan-
seakan novel fixi.

NOVEL PANTAI KASIH

Novel ini dapat meluaskan pandangan pembaca terumatanya golongan remaja tentang alam
dewasa yang perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk mencapai kejayaan dan impian yang
diingini.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Para pembaca terutamanya golongan remaja dapat mendalami karakter dalam novel iaitu
Dahlia kerana penggunaan jangka umur karakter dan plot yang sesuai untuk golongan remaja.

NOVEL TIRANI

Novel ini mengandungi pengajaran yang dapat mengubah perspektif seseorang dari segi
kecantikan dan kesempurnaan tubuh badan tidak mampu mengubah nasib seseorang yang tidak
mempunyai ilmu pengetahuan.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

Penulis menggunakan elemen- elemen alam sekitar yang dapat menyedarkan para pembaca
bahawa kita sebagai manusia menggalas tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar demi
masa depan .

28

NOVEL SILIR DAKSINA
Penggunaan plot yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan membaca
novel tersebut . Sebagai contoh , bahagian saspens novel yang membuatkan para pembaca
tertanya-tanya akan sambungan jalan cerita novel
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel ini menggunakan isu konflik antara kehidupan moden dan kehidupan tradisional yang
dapat menyedarkan pembaca bahawa tidak semua perkembangan sains diterima oleh rakyat.

3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Persamaan yang terdapat dalam 8 novel adalah dari segi genre. Setiap novel merupakan genre
fiksyen yang dapat menarik minat murid untuk membaca novel-novel tersebut . Selain itu ,
terdapat beberapa novel yang mempunyai tema yang sama iaitu novel Songket Berbenang
Emas, Tirani dan Pantai Kasih iaitu tentang ketabahan seorang gadis menempuhi cabaran
hidup.

3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Keterbezaan antara 8 novel adalah dari segi penulisan cerita. Setiap novel mempunyai cara
penulisan dan penyampaian cerita yang berbeza. Sebagai contoh, novel Di Sebalik Dinara dan
Leftenan Adnan Wira Bangsa yang mempunyai plot yang berbeza. Novel Leftenan Adnan
merupakan sebua berdasarkan kisah sebenar dapat menarik pembaca untuk menambah ilmu
pengetahuan manakala novel Di Sebalik Dinara yang merupakan novel sains fiksyen dan
mempunyai plot yang sesuai untuk golongan remaja.

3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
Beza antara novel Malaysia dan novel luar negara adalah sesetengah novel Malaysia
mempunyai plot yang klise dan boleh diramal oleh pembaca manakala novel luar negara
mempunyai plot yang lebih menarik dan mempunyai pelbagai saspens yang dapat menarik
pembaca untuk meneruskan membaca novel tersebut. Walau begitu, terdapat juga karya penulis
tempatan yang menerbit pelbagai novel yang mempunyai potensi yang baik dalam kalangan
remaja.

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN

29

Setiap novel yang ditulis mestilah mempunyai nilai dan pengajaran yang ingin disampaikan
kepada pembaca supaya mereka dapat mengaplikasikan nilai nilai tersebut dalam hidup
mereka.
Sebagai contoh, novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang mempunyai nilai patriotik, nilai
kebijaksanaan dan nilai bekerjasama manakala novel Bimasakti Menari yang mempunyai nilai
kegigihan,nilai ketabahan dan nilai ketaatan.
Selain itu, terdapat pelbagai pengajaran yang diselit dalam jalan cerita yang boleh dicontohi
oleh para pembaca. Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
ialah kita hendaklah mempunyai sifat patriotik dalam diri untuk membalas jasa pewira yang
berjuang habis-habisan untuk tanah air kita dan kita hendaklah bekerjasama dalam menjaga
keselamatan masyarakat sekeliling kerana nyawa seorang manusia sangat berharga.Bagi novel
Bimasakti Menari pula, pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut ialah kita hendaklah
tabah dalam menghadapi cabaran hidup kerana setiap ujian yang ditempuhi akan membuahkan
hasil. Selain itu, kita juga haruslah bersyukur atas nikmat yang diperoleh .

3.9 KEDUDUKAN NOVEL
1) NOVEL TIRANI
2) NOVEL DI SEBALIK DINARA
3) NOVEL LEFTENAN ADNAN
4) NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
5) NOVEL BIMASAKTI MENARI
6) NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
7) NOVEL PANTAI KASIH

3.10 KESIMPULAN ( BERKAITAN 8 NOVEL )
Kesimpulan yang dapat saya bentangkan berdasarkan kajian ini adalah setiap novel yang
diterbit mempunyai ciri-ciri yang terentu yang membuatkan karya mreka menarik dan istimewa
. Sebagai contoh , penggunaan latar masa yang menarik , plot yang tidak klise , isu-isu yang

30

dimasukkan dalam novel dan lain-lain lagi. Seterusnya, kebanyakan novel ini sesuai bagi setiap
golongan umur terutamanya remaja. Namun, terdapat novel yang mempunyai kelemahan yang
memerlukan sedikit penambahbaikan agar pembaca dapat menghayati jalan cerita yang
disampaikan. Sebagai contoh , unsur – unsur romantis yang tidak sesuai bagi pembaca bawah
umur serta perwatakan karakter dalam novel yang negatif. Pada pendapat saya, setiap novel
yang diterbit mesti ada kelemahannya tersendiri . Namun, penulis dapat menambahbaik karya
mereka menerusi pandangan yang diberikan oleh para pembaca pada masa yang akan datang.

BAB 4 : PENUTUP
4.1 RUMUSAN
Pada pandangan saya, novel yang dapat menarik minat pelajar ialah novel Di Sebalik Dinara
dan Tirani. Walaupun kedua-dua novel tersebut mempunyai genre fiksyen yang berbeza, tetapi
pembaca dapat menghayati jalan cerita yang disampaikan kerana kedua – dua novel amat sesuai
untuk golongan remaja. Sebagai contoh, novel Tirani yang menceritakan tentang pengukur

31

tahap kecantikan , iaitu isu semasa yang sedang berleluasa di negara kita. Oleh itu, pembaca
dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang isu yang berlaku di negara kita.Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa novel yang tidak menarik perhatian seperti novel Pantai
Kasih dan novel Bimasakti Menari. Ini adalah kerana terdapat unsur-unsur rumahtangga dan
romantis yang tidak beberapa sesuai untuk golongan remaja. Cadangan saya untuk
menambahbaik novel tersebut adalah dengan mengurangkan unsur-unsur romantis . Penulis
juga perlu mengurangkan penggunaan jalan cerita yang klise kerana pembaca tidak dapat
menghayati plot novel tersebut. Oleh itu, penulis haruslah mementingkan unsur-unsur yang
berkaitan dengan keremajaan

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN

Novel-novel yang ditulis mempunyai banyak nilai yang dapat diambil sebagai pengajaran
namun terdapat juga perkara yang tidak positif yang wajarlah kita elakkan daripada berbuat
sedemikian yang dapat memberikan kesan sampingan terhadap diri kita.Selain itu, terdapat
juga novel yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan sebaliknya. Pembaca akan
menumpukan perhatian yang lebih terhadap novel yang ditulis dengan baik dan kreatif. Oleh
itu, beberapa cadangan penambahbaikan diberikan supaya penulis dapat memperbaiki cara
penulisan mereka pada masa yang akan datang . Sebagai contoh, novel Songket Berbenang
Emas yangtidak mempunyai perkembangan cerita yang menarik dan jalan cerita yang tidak
membangun.Jalan cerita yang tidak menarik akan menyebabkan rasa minat dalam diri pembaca
pudar dan timbul rasa bosan yang melanda.Penulis boleh cuba mengebangkan idea yang dapat
menonjolkan watak watak yang terlibat dalam plot novel tersebu

4.3 HIPOTESIS AKHIR

Pada pandangan saya, hipotesis awal yang dinyatakan boleh diterima.Ini adalah kerana buku-
buku menarik yang diterbit di negara ini dapat menarik minat pelajar dalam menyesuaikan diri
dengan hobi membaca buku. Selain itu, pelajar juga dapat menambah ilmu pengetahuan
melalui buku-buku yang dibaca kerana setiap buku yang ditulis mempunyai intisari yang dapat
digunapakai dalam diri seseorang pada masa yang akan datang.

4.4 PENUTUP

Akhir sekali , saya berharap agar mini tesis yang ditulis ini dapat membuka minda pembaca
untuk mengenali jenis-jenis novel yang terdapat di dalam negara kita.Selain itu, saya berharap

32

agar kita dapat menghargai usaha-usaha yang diberikan oleh para sasterawan negara kita yang
telah menghasilkan karya-karya yang sangat menarik dan unik. Tambahan pula, saya berharap
agar pembaca mini tesis ini dapat memberi ilham kepada mereka yang ingin menerbit sebuah
buku pada masa depan .
4.5 RUJUKAN

Kalsom, C. (n.d.). Biodata Pengarang novel Di SEBALIK dinara - Dayang Noor. Biodata
Pengarang Novel Di Sebalik Dinara - Dayang Noor.
http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html.

Khairuddin Ayip 1962. [WorldCat Identities]. (1991, January 1).
http://worldcat.org/identities/lccn-n82236893/.

Novel tirani : SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN (TINGKATAN 5). Ipendidikan.my. (2021,
May 26). https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html.

Novel songket Berbenang Emas (k6): Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, PENGAJARAN ...
Bumi Gemilang. (2021, June 15). https://www.bumigemilang.com/novel-songket-
berbenang-emas-k6-komsas-tingkatan-5/.

Novel Bima Sakti Menari : Sinopsis, Tema, nilai & Persoalan. Ipendidikan.my. (2021, July 6).
https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html.

adenium2. (2018, April 8). Nilai Dan PENGAJARAN (novel tingkatan 4). Suria Pintar.
https://suriapintar.wordpress.com/2018/04/08/nilai-dan-pengajaran-novel-tingkatan-4/.

Name. (2021, June 15). KOMSAS SPM - NOTA Novel pantai kasih. Karangan Net.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/.

Perbezaan Antara FIKSYEN DAN BUKAN fiksyen - 2021 - Yang lain. Web logo graphic. (n.d.).
https://ms.weblogographic.com/difference-between-fiction-and-non-fiction-231400.

B

33

34


Click to View FlipBook Version